Sistem Otot

Post on 11-Aug-2015

81 views 4 download

Transcript of Sistem Otot

SISTEM OTOT

ASILAH BT ZAINAL RASIDAINI MUNIRAH BT ALIASAIDA NURIN BT SH’ARI

MUNIRAH BT AHMAD SABRI

Otot adalah sebuah jaringan dalam tubuh di

mana tugas utamanya ialah kontraksi.

Otot merupakan alat gerak aktif. Gerakan

tersebut disebabkan kerja sama antara otot

dan tulang. Tulang tidak dapat berfungsi

sebagai alat gerak jika tidak digerakan oleh

otot.

Ciri-ciri otot

Menghasilkan pergerakan. Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh peguncupan otot.

Otot memberi bentuk pada manusia untuk menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.

Menstabilkan sendi. Otot-otot rangka menstabilkan sendi-sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi.

FUNGSI OTOT

Menghasilkan haba. Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting untuk mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka. Tenaga yang tidak digunakan akan terbebas sebagai haba.

Jenis-jenis otot

Otot rangka merupakan sejenis otot berstria yang

menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain.

Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur

badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan

sendi melalui pengecutan.

Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi

saraf.

TISU OTOT RANGKA

Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang

dan nukleus berbilang.

Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma

yang mengosongkan bahagian tengah gentian otot

untuk miofibril. Aturan unik ini membenarkan

pergerakan yang lebih berkesan.

Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya

terlekat kepada tulang seperti skapula, dan hujung

satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang

yang lain seperti humerus.

ANATOMI OTOT RANGKA

TISU OTOT RANGKA

Otot biasanya diatur berlawanan agar

apabila satu kumpulan otot mengucup,

satu kumpulan otot lagi mengendur.

Sel otot rangka dirangsangkan oleh asetilkolina yang di

bebaskan di neuromaskular oleh neuron motor. Apabila sel

dirangsangkan, retikulum sarkoplasmanya akan

membebaskan ion kalsium (Ca2+). Ini akan saling bertindak

dengan miofibril dan, dengan itu, mendorong penguncupan

otot (melalui mekanisma gelongsoran filamen. Selain

kalsium, proses ini memerlukan adenosina trifosfat (ATP).

ATP dihasilkan melalui proses yang memetabolisme kreatina

fosfat dan glikogen yang disimpan dalam sel otot serta

glukosa dan asid lemak yang diperolehi daripada darah.

Fiber Otot Merupakan sel-sel otot. Berbentuk silinder & mempunyai banyak

nukleus. Berjalur dan bersaiz besar. Diameternya di antar 10µm – 100µm. Panjangnya mencapai sehingga 40cm

Komponen-Komponen Otot Rangka

Epimisium Dikenali juga sebagai tisu penghubung

kasar. Meliputi keseluruhan bahagian luar otot. Tendon yang terdapat pada kedua-dua

hujung otot rangka terbina daripada unjuran epimisium.

Tisu Penghubung

Perimisium Otot terdiri daripada fasikel-fasikel. Setiap fasikel diliputi tisu penghubung berfiber. Membentuk berkas fiber otot yang dikenali

sebagai fasikel.

Endomisium Dikenali juga sebagai tisu penghubung halus &

meyelaputi setiap fiber otot.

Tendon Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot

kepada tulang. Tidak begitu kenyal. Menghasilkan daya ketegangan yang tinggi. Tendon yang lebar dipanggil apourosis.

OTOT RANGKA

Rajah : sel otot rangka

Rajah : sel otot rangka

Ciri-ciri Huraian

Lokasi Melekat pada tulang atau kulit

Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur

Kekerapan

Kontraksi

Terkawal dan dikawal oleh

sistem saraf

Kelajuan

Kontraksi

Dari perlahan ke cepat

KARDIAK DAN TISU OTOT LEMBUT

OTOT LICIN

Ciri-ciri Huraian

Lokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi

kencing dan saluran jantung

Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur

Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf,

hormon, bahan kimis dan regangan.

Kelajuan Kontraksi Sangat perlahan

Rentak Kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja

OTOT KARDIAK

Rajah : sel otot kardiak

Ciri-ciri Huraian

Lokasi Dinding jantung

Bentuk Sel Berangkai dan berjalur

Kekerapan

Kontraksi

Luar kawal dan diikawal oleh

perentak jantung.

Kelajuan

Kontraksi

Perlahan

Rentak Kontraksi Ada

Otot kardiak

Setiap otot rangka melekat pada tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain.

Dua tempat lekatan otot ialah: Lekatan Proksimal

Lekatan yang dikenali sebagai origin.Lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih hampir dengan batang tubuh.

Lekatan DistalLekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih jauh dari batang tubuh.Dikenali sebagai ‘Insertion’.

LEKATAN OTOT

NAMA OTOT-OTOT RANGKA

SISTEM OTOT

PANDANGAN BAHAGIAN HADAPAN DAN BELAKANG BADAN ( OTOT

UTAMA )

BAHAGIAN KEPALA

OTOT MUKA

OTOT LEHER

BAHAGIAN BADAN

OTOT TENGAH BADAN

OTOT BELAKANG BADAN

OTOT BAHAGIAN LENGAN

OTOT LENGAN

OTOT BAHAGIAN KAKI

OTOT KAKI

OTOT AKSIALOtot aksial adalah otot yang terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang rusuk dan tulang dada (sternum).

Menyokong & menggerakkan kepala dan kolum tulang belakang/spinal

Menyokong dan melindungi abdomen badan & anggota pelvik

Terbahagi kepada dua:Otot kepala dan leher

Otot spine

Otot Kepala dan Leher

1) Otot kepala terbahagi kepada 2:

Otot muka Frontalis Orbikular okuli Buccinator Zygomaticus Orbikular oris

Otot kunyah Maseter Temporal

2) Otot leher Platisma Sternoklidomastoid

NAMA OTOT KEDUDUKAN FUNGSI

FRONTAL/FRONTALIS(dahi)

Dari tengkorak hingga ke kening

Mengerakkan kulit kepala & mengangkat kening

TEMPORAL Sisi kepala & melindungi temporal fossa (lekuk)

Membuka & menutup rahang atas dan bawah

MASETER (mastication/kunyah)

Sisi pipi bermula dari rahang atas hingga ke belakang rahang bawah

Membuka & menutup rahang atas dan bawah(mengunyah)

ORBIKULAR OKULI Sekeliling mata Mengedip & menutup kelopak mata

NAMA OTOT KEDUDUKAN FUNGSI

ZYGOMATICUS Tulang pipi hingga ke tepi mulut

Ekspresi wajah

ORBIKULAR ORIS Sekeliling mulut Membuka & menutup mulut

BUCCINATOR Pipi Meniup,bersiul

STERNOKLIDOMASTOID

Kedua-dua belah leher

Menggerakkan kepala ke depan, belakang & sisi

PLATISMA Kedua-dua belah leher

Membantu dalam proses menelan

Otot Spine

1) Trapezius mengangkat tulang belikat mengangkat bahu tarik kepala ke belakang

2) Latissimus dorsi menyokong bahagian bawah badan membantu badan utk bergerak, berlari dan

berjalan

OTOT APENDIKULAR

Otot Bahu dan Belakang Badan

Otot Tangan

Nama dan Fungsi Otot Tangan

Nama otot Fungsi otot

Otot pektoralis major berfungsi untuk memutar lengan

Otot pektoralis minor menarik bahu kebawah

Otot triseps dan otot biseps

untuk menggerakan lengan

Otot serratus anterior menarik bahu kesekeliling

Otot Jari

Flexor Digiti

Minimi

Otot Kaki

Nama dan Fungsi Otot Kaki

Nama otot Fungsi otot

Otot sartorius berfungsi untuk memilin paha dan membengkokkan pinggul dan lutut

Otot guadriseps femoris

berfungsi untuk menekuk pinggul dan meluruskan lutut

Otot gastroknemius

berfungsi untuk mengangkat tumit dan menekuk lutut

Otot tibialis anterior

berfungsi untuk mengangkat kaki

Otot peroneus berfungsi untuk melengkungkan kakiOtot gluteus maksimus

berfungsi untuk meluruskan pinggul

Otot archiles tendon

berfungsi untuk menggerakan telapak kaki

Fungsi utama sistem otot manusia adalah pergerakan, sokongan dan penghasilan haba. Pada usia sekitar 25 tahun, otot kita telah mencapai saiznya yang maksimum. Otot-otot ini akan kehilangan hampir 20% daripada jisim sebenar apabila mencecah usia 50 tahun, dan pada usia 80 tahun, ia akan mengecut sehingga 50%.

Kesan Umur ke atas Sistem Otot

• Apabila berlaku pertambahan usia, otot akan mula mengecut dan hilang berat. Ini adalah proses semulajadi. Bilangan dan saiz gentian-gentian pada otot juga akan berkurangan, disebabkan ini juga, otot kita akan mengambil masa yang lebih lama untuk bertindak sewaktu usia 50-an berbanding pada usia 20-an

Kandungan air pada tendon juga akan berkurangan semakin kita berusia. Ini menyebabkan tisu otot akan menjadi lebih keras dan keupayaannya kepada tekanan juga semakin berkurangan.

Kekuatan pada pegangan tangan juga berkurangan, menjadikan ia lebih sukar untuk melakukan aktiviti rutin seperti membuka tudung botol, bangun daripada kerusi , berjalan ataupun memanjat tangga.

Ligamen, tisu penghubung antara tisu lain dan tulang akan menjadi semakin kurang elastik, sekaligus mengurangkan kefleksibelannya.

Otot jantung juga menjadi semakin lemah untuk mengepam darah dengan cepat ke seluruh badan. Kesannya, kita akan cepat letih, dan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Kebanyakkan masalah yang menyumbang kepada perubahan dalam sistem otot adalah lebih banyak disebabkan oleh penyalahgunaan daripada kesan usia.

Aktiviti ‘weight training’ dapat membantu meningkatkan jisim otot dan kekuatannya.

Bagaimana mengatasi kesan usia kepada otot?

Senaman anaerobik dapat menguatkan otot dengan memaksa otot bekerja menentang gravity. Otot akan menarik dan menolah pada tulang, sekaligus merangsang pertumbuhan sel.

Untuk kesan yang lebih baik, senaman perlu disertakan dengan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.

Pengurangan pada jisim otot dan kekuatannya disebabkan usia juga dipanggil sebagai sarcopenia, yang bermaksud ‘hilang daging’.

Ketidakaktifan boleh menyebabkan sarcopenia.

Penyakit berkaitan otot dan peningkatan umur.

Sarcopenia merupakan sejenish penyakit yang melibatkan kehilangan jisim dan kekuatan otot tulang rangka yang degeneratif, serta ia dikaitkan dengan faktor usia. (0.5-1% kehilangan setiap tahun selepas usia 25)

Sarcopenia juga dikategorikan dengan pengurangan ukur lilit yang gentian otot yang penting.

Semasa sarcopenia, ukurlilit gentian otot jenis II akan berkurang, dengan sedikit atau tiada pengurangan dalam gentian otot jenis I, sungguhpun kita sebenarnya akan mengalami pengurangan kedua-dua jenis gentian secara sekata apabila usia bertambah.

Sarcopenia

Disebabkan pengurangan dalam aktiviti fizikal, dan peningkatan usia dalam populasi industri, sarcopenia semakin meningkat. Ia mungkin menjadi sehingga seseorang itu sukar untuk hidup secara berdikari.

Sarcopenia sebagai masalah kesihatan masyarakat

Pergerakan lebih lambat. Pergerakan menjadi lebih keras dan tidak

begitu fleksibel. Pegangan tangan berkurangan ( sukar untuk

memutar tombol pintu, memegang tiang tangga,dan sebagainya.

Lebih berisiko untuk mendapat penyakit arithritis.

Risiko untuk kecederaan meningkat.

Kesan sacropenia dan ketidaktifan

Bersenam- Meningkatkan kebolehan dan keupayaan otot rangka untuk mensinstesis protein sebagai tindak balas kepada senaman jangka pendek.

Ubat- Penggunaan dadah seperti anabolik steroid, rawatan testosteron memberi kesan negatif kepada kesihatan

Pemakanan yang seimbang dan sihat

Kawalan & Rawatan

Muscular dystrophy, merupakan sejenis penyakit otot yang melemahkan sistem otot rangka dan pergerakan. Ia juga dikategorikan sebagai kelemahan otot rangka progresif, mencacatkan protein otot, dan membunuh sel dan tisu otot.

Terdapat sembilan jenis utama penyakit ini.

Muscular Dystrophy

Penyakit ini lebih banyak dikesan pada lelaki, walaupun wanita boleh menjadi pembawa kepada penyakit genetik ini.

Kebanyakkan jenis muscular dystrophy ini memberi kesan kepada sistem badan, termasuk jantung, sistem gastrointestinal, sistem saraf, sistem endokrin, mata dan otak.

Penyakit ini merupakan sejenis penyakit keturunan.

33% pesakit Duchenne Muscular Dystrophy mengalami mutasi pada gen dystrophin dan kecacatan nutrisi pada peringkat prenatal.

Gen ini boleh ditemui pada membran gentian otot. Ia menyambung filamen membran actin.

Diagnosis dilakukan berdasarkan keputusan biopsi otot, peningkatan CpK3, elektromiografi, electrokardiografi, dan analisis DNA.

Pemeriksaan fizikal dan sejarah kesihatan pesakit akan membantu doktor dalam mengenalpasti jenis penyakit ini.

Diagnosis

Setakat ini, tiada rawatan bagi menyembuhkan penyakit ini.

Terapi fizikal, berkala, orthotic intervention, terapi bercakapan, dan alatan ortopedik (cth:Kerusi roda) boleh membantu.

Ketidakaktifan seperti rehat di atas katil, duduk pada jangka masa yang lama boleh memburukkan penyakit ini.

Rawatan

Pengambilan diet yang melibatkan daging, makanan laut, susu, telur, minyak zaitun, sayur-sayuran berdaun, serat, gandum, adalah digalakkan. Manakala pengambilan makanan berkarbohidrat, berlemak dan hasil tenusu perlu dikurangkan.