Post on 28-Mar-2019
SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB
BERTAJUK BLOG DAN SOCIAL BOOKMARKING
RAFIDAH BINTI ANTAS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB
BERTAJUK BLOG DAN SOCIAL BOOKMARKING
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya RAFIDAH BINTI ANTAS
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
����
����
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR)
Alamat Tetap:
NO 9, JLN PP 2/6
TAMAN PUTRA PERDANA,
47100 PUCHONG, SELANGOR.
Tarikh: ____________________________ Tarikh: ______________________________
PROF. MADYA DR. JAMALLUDIN BIN
HARUN
Nama Penyelia
Disahkan oleh
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : …………………………..............
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. JAMALLUDIN BIN HARUN
Tarikh : …………………………..............
SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB
BERTAJUK BLOG DAN SOCIAL BOOKMARKING
RAFIDAH BINTI ANTAS
Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penulis : RAFIDAH BINTI ANTAS
Tarikh : ………………………………………….
iii
untuk Ayahnda Antas Bin Sahi dan Bonda Norbaini Binti Jalali
yang di kasihi dan di sayangi
serta semua yang dekat di hati ini,
juga yang teristimewa buat Tunangku, Mohd Faizal Bin Abd Rahim,
tidak lupa buat abang-abangku dan adikku
Edwin, Mohd Faisal dan Fazly,
Terima kasih di atas segala sokongan, pengorbanan
dan kasih sayang.....
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya telah diberi kekuatan
untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Setinggi-
tinggi penghargaan ikhlas dan terima kasih tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr.
Jamalludin Harun selaku penyelia Projek Sarjana Muda, kerana kesanggupan dan
dedikasi beliau dalam memberikan bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta cadangan
sepanjang proses menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.
Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan
yang sudi menghulurkan bantuan bila-bila masa diperlukan seterusnya semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang kajian ini dijalankan.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan laman
pembelajaran berasaskan situasi menerusi web mengikut ciri-ciri seperti yang
dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Model rekabentuk ADDIE dijadikan
panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi
tumpuan pula ialah kemudahan “Blog dan Social Bookmarking serta Aplikasinya
dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran” di mana kumpulan sasarannya atau
penggunanya pula ialah guru atau bakal guru. Pendekatan pembelajaran berasaskan
situasi dipilih sebagai strategi penyampaian maklumat kerana ia merupakan salah
satu pendekatan pembelajaran aktif yang lebih kearah pembelajaran kendiri serta
mementingkan penglibatan pengguna secara aktif dan interaktif dalam proses
pembelajaran. Dengan sokongan konteks atau situasi pembelajaran yang autentik,
pengguna dapat mengaitkan pengalaman pembelajaran dalam dunia sebenar dan
mereka juga diharapkan boleh menguasai isi pelajaran dengan lebih berkesan. Bagi
melihat potensi laman pembelajaran yang telah disediakan, penilaian formatif telah
dijalankan menerusi sesi temubual. Analisis isi kandungan menerusi teknik
pembentukan tema telah digunakan. Berdasarkan data yang dianalisis dan
perbincangan yang telah dijalankan, pengkaji telah membuat rumusan dan
mengemukakan beberapa cadangan serta memberi huraian mengenai sistem
pembelajaran berasaskan situasi menerusi sistem pembelajaran web yang
dibangunkan.
vi
ABTRACT
The purpose of this study is to design and develop a web-based learning
system that use situation based learning strategy based on the criterion suggested by
Herrington et al., (2000). ADDIE model design is used as the work’s guideline to
ensure that the web development process is arranged systematically. The main focus
on this study is to give a clearer picture and better understanding on how to use the
“Blog and Social Bookmarking with their application in teaching and learning
process”, which the target group or users are teachers or future teachers. The web-
based learning system that use situation based learning strategy has been choose
because it is an active learning method that more towards self learning approach with
emphasized the user to be involve actively and interactively in teaching and learning
process. With the support from the authentic situation context, it is hoped that the
users can apply their learning experience in real life and can give easier learning and
teaching process for the teacher and student. A formative evaluation by interview
session has been done to evaluate the potential of the web based learning that has
been developed. Based on the data gathered from the evaluation and discussion, the
researcher then come out with a conclusion and several recommendations as well as
explanations regarding the situation based learning strategy through web learning
system that has been develop.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Rasional Kajian 11
viii
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.6.1 Guru 13
1.6.2 Pelajar 13
1.6.3 Kementerian Pelajaran 14
1.7 Skop dan Batasan Kajian 14
1.8 Definisi Istilah 15
1.8.1 Web 2.0 15
1.8.2 Blog 15
1.8.3 Social Bookmarking 16
1.8.4 Pembelajaran Berasaskan Situasi 16
1.8.5 Simulasi 16
1.9 Penutup 16
2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kepentingan PBK dalam Pengajaran dan Pembelajaran 19
2.2.1 Kelebihan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 21
2.3 Perkembangan Internet dalam Pendidikan 23
2.4 Perkembangan Web 2.0 dalam Pendidikan 24
2.4.1 Ciri-ciri Web 2.0 25
2.4.2 Kelebihan Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran 25
2.5 Penggunaan Blog dalam Pengajaran dan Pembelajaran 26
2.5.1 Kelebihan Blog dalam Pengajaran dan Pembelajaran 27
2.6 Penggunaan Social Bookmarking dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 28
2.6.1 Kelebihan Social Bookmarking dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 29
2.7 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 30
2.8 Teori Pembelajaran 30
ix
2.8.1 Teori Behaviorisme 31
2.8.2 Teori Kognitif 32
2.8.3 Teori Konstruktivisme 33
2.9 Pembelajaran Berasaskan Situasi 35
2.9.1 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi 35
2.9.2 Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Situasi 36
2.9.3 Pembelajaran Berasaskan Situasi dalam Persekitaran
Pembelajaran Elektronik 36
2.10 Simulasi 37
2.10.1 Ciri-ciri Simulasi 38
2.10.2 Kelebihan Simulasi 39
2.10.3 Simulasi Berasaskan Video Interaktif 41
2.10.3.1 Ciri-ciri Video Interaktif 41
2.10.3.2 Kelebihan Video Interaktif 42
2.11 Penggunaan Laman Web sebagai Medium Pengajaran 43
2.11.1 Kelebihan Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran 44
2.12 Model Reka Bentuk Instruksional 44
2.13 Penutup 48
3 REKA BENTUK LAMAN WEB 49
3.1 Pengenalan 49
3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran yang digunakan dalam Pembangunan
Laman Web 50
3.2.1 Fasa Analisis 50
3.2.2 Fasa Rekabentuk 51
3.2.3 Fasa Pembangunan 53
3.2.4 Fasa Penilaian 54
3.3 Carta Alir Laman Web 54
3.4 Reka Bentuk Laman Web 56
3.4.1 Reka Bentuk Informasi / Strategi Pembelajaran 56
x
3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 59
3.4.3 Reka Bentuk Antaramuka / Visual 60
3.4.4 Lain-lain Kemudahan atau Aspek Reka Bentuk 61
3.5 Pemilihan Perisian untuk Membangunkan Laman Web 62
3.6 Pembangunan Aplikasi yang Dihasilkan 63
3.7 Penyebaran Aplikasi yang Dihasilkan 64
3.8 Penutup 65
4 HASIL PEMBANGUNAN 66
4.1 Pengenalan 66
4.2 Aliran Sistem Pembelajaran 66
4.3 Reka Bentuk Antara Muka Sistem Pembelajaran 72
4.4 Reka Bentuk Interaksi 74
4.5 Reka Bentuk Strategi Pembelajaran Laman Web 76
4.5.1 Gambaran Konteks Sebenar Atau Autentik Yang
Mengambarkan Situasi Dimana Pengetahuan Akan
Digunakan 76
4.5.2 Aktiviti Yang Autentik: Di Mana Aktiviti Yang Ill-Define
Yang Mengambarkan Aktiviti Yang Sebenar Di Dunia
Nyata 77
4.5.3 Capaian Kepada Pakar: Capaian Kepada Pakar Dalam
Pelbagai Peringkat Melalui Saluran Komunikasi Dalam
Eblogger Dan Sebagainya 79
4.5.4 Pelbagai Peranan Dan Perspektif: Pelajar Boleh Mengakses
Bahan Pembelajaran Dari Pelbagai Perspektif Serta Boleh
Menggunakan Pengetahuan Dalam Pelbagai Cara 80
4.5.5 Pengetahuan Yang Dikonstruk Secara Kolaborasi:
Pencarian Penyelesaian Atau Maklumat Secara
Kolaboratif 82
xi
4.5.6 Refleksi: Refleksi Yang Digunakan Haruslah
Menggunakan Contoh Ataupun Tugasan Sebenar Yang
Dapat Dikaitkan Dengan Dunia Nyata 83
4.6 Penutup 85
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 86
5.1 Pengenalan 86
5.2 Perbincangan / Ringkasan Sistem Pembelajaran Web Ini 86
5.3 Kelebihan Dan Kelemahan Sistem Pembelajaran Web Ini 87
5.3.1 Kelebihan Sistem Pembelajaran Web Ini 87
5.3.2 Kelemahan Sistem Pembelajaran Web Ini 89
5.4 Masalah Yang Dihadapi Semasa Rekabentuk Dijalankan
5.4.1 Masalah Untuk Memikirkan Pelbagai Situasi Yang Sesuai
Dengan Pendekatan Yang Dipilih 90
5.4.2 Masalah Untuk Mengenalpasti Cara Penyampaian Yang
Digunakan Bersesuaian Dengan Strategi Pembelajaran 90
5.4.3 Masalah Untuk Menetukan Rekabentuk Informasi,
Rekabentuk Interaksi, Rekabentuk Antaramuka Yang Dibina
Bersesuaian Dengan Pendekatan Pembelajaran 91
5.4.4 Masalah Untuk Menentukan Tahap Kefahaman Pengguna
Terhadap Sistem Pembelajaran Web Ini 91
5.5 Pandangan Pengguna Terhadap Sistem Pembelajaran Laman
Web Ini / Maklum Balas Pengguna Secara Temubual 91
5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 95
5.7 Penutup 96
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.2 Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi 57
4.1 Penerangan Mengenai Ikon atau Pautan Utama Yang
Digunakan Di Dalam Sistem Pembelajaran Menerusi
Web 70
5.1 Maklum Balas Pengguna Terhadap Temu Bual Yang Di
Lakukan 92
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model ASSURE oleh Heinich, Molenda,
Rusell dan Smaldino (1996) 45
2.2 Model Reka bentuk Hannafin & Pick (1988) 45
2.3 Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE 47
3.1 Carta Alir Laman Web 56
4.1 Antaramuka Intro 67
4.2 Antaramuka Utama 67
4.3 Antaramuka Blog 68
4.4 Antaramuka Web 2.0 69
4.5 Antaramuka Social Bookmarking 69
4.6 Antaramuka Objektif Pembelajaran 70
4.7 Penggunaan imej / grafik sebenar 72
4.8 Penggunaan Video 73
4.9 Penggunaan Teks 74
4.10 Penggunaan Icon 75
4.11 Penggunaan Anak Panah 75
4.12 Penggunaan Konsep Iframe 76
4.13 Gambaran Konteks Autentik 77
4.14 Pencarian Maklumat Menggunakan Komputer 78
xv
4.15 Penyampaian Maklumat dengan Menggunakan
Video 78
4.16 Capaian kepada Pakar 79
4.17 Perbincangan Diantara Pelajar 80
4.18 Enjin Pencarian Google 81
4.19 Mendapatkan Maklumat Menggunakan Skype 82
4.20 Pencarian Maklumat Secara Kolaborasi 83
4.21 Gambaran Refleksi 84
4.22 Refleksi untuk Pembelajaran Social Bookmarking 85
xvi
SENARAI SINGKATAN
MSC - Koridor Raya Multimedia
CAI - Computer Assisted Instruction
CAL - Computer Assisted Learning
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
WWW - World Wide Web
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan negara pada masa kini lebih maju kerana telah mengalami
perubahan yang pesat dari pelbagai aspek. Ini disebabkan pelbagai langkah yang
telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita
supaya ia setanding dengan negara-negara maju yang mana telah menerapkan
penggunaan teknologi dan ICT dalam bidang pendidikan. Langkah yang diambil oleh
kerajaan ialah dengan menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) di mana ia
merupakan salah satu projek mega kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri
Malaysia ke-4 pada tahun 1996 yang merupakan langkah kerajaan untuk membentuk
rakyat Malaysia ke arah masyarakat celik IT dan bersedia menghadapi era teknologi
maklumat. Dengan pengwujudan Sekolah bestari yang juga merupakan salah satu
aplikasi perdana MSC, ianya telah merealisasikan hasrat negara untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat
dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis,
inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Perkembangan teknologi dalam bidang komputer masa kini terus berkembang
dengan pesatnya. Perkembangan inilah yang mencetuskan pemikiran untuk
menerapkan teknologi bidang komputer dalam sistem pendidikan hari ini. Aspek
teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya ke arah
menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran.
2
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang
menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di
samping aktiviti latih tubi (PPK, 1993; Jamaludin, 1989). Criswell (1989)
mendefinisikan PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan
pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif.
Secara ringkasnya, komputer sebagai satu pendekatan yang digunakan untuk
menyampaikan isi pelajaran supaya pembelajaran dapat menjadi lebih mudah,
menarik dan berkesan serta berinteraksi dengan komputer mengikut kehendak dan
keupayaan sendiri, berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar
terhadap pelajaran, meningkatkan motivasi pelajar, membolehkan pembelajaran
bersendiri (individualise learning), membolehkan pelajar mengakses maklumat yang
sukar diperolehi, membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan
masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperolehi, mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar, membolehkan pelajar mencuba
atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, atau bahaya untuk dilaksana
dengan cara biasa, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar, memberi
peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum
dan meningkatkan kemahiran ICT dikalangan pelajar dan pada guru itu sendiri.
Pada masa kini, transformasi yang sangat besar telah berlaku bagaimana
penggunaan internet telah berubah cara dan kaedah penggunaan internet. The World
Wide Web (WWW) yang dahulunya adalah media ‘read only’, kini telah bertukar
menjadi media ‘read/write’. Pengguna Internet kini sudah boleh menjadi pencipta,
pemberi ataupun menyalurkan maklumat secara teks, audio mahupun video. Ia juga
boleh membentuk rangkaian dan komuniti sendiri contohnya dengan penggunaan
Web 2.0.
Web 2.0 adalah trend atau gaya pembangunan laman web dengan
menggunakan Teknologi World Wide Web untuk tujuan meningkatkan kreativiti,
memastikan perkongsian maklumat adalah selamat dan meningkatkan fungsi dan
kecekapan laman web. Konsep Web 2.0 telah membawa kepada perubahan dalam
3
komuniti pengguna laman web seperti perkongsian blog, wiki dan website berunsur
sosial seperti Facebook dan Friendster. Teknologi Sosial seperti komuniti atas talian
(Communiti Online), Pengantara Komunikasi Video (Video Mediated Comunication)
dan Perkhidmatan Media Sosial (Social Media Services) seperti Facebook dan
Youtube, Blog, Photo Sharing (flickr), Presentation Sharing (slideshare.net), Social
Bookmarking (delicious) sebenarnya telah meletakkan kuasa kepada pengguna.
Kemudahan kepada orang ramai berkongsi kepakaran dan saling mempelajari di
antara satu sama lain (Attwell 2006, Downes 2005, Siemens 2006).
Perkataan Web 2.0 diasaskan oleh O’Reilly Media, Inc. Menurut O’Reilly (2004)
“Web 2.0 is the network as platform spanning all connected devices. Web
2.0 applications are those that make the most of the intrinsic advantages of that
platform: delivering software as a continually-updated service that gets better the
remixing data from multiple sources, including individual users, while providing
their own data and services in form that allows remixing by others, creating network
effects through an “architecture of participation,” and going beyond the page
metaphor of web1.0 to deliver rich user experiences.”
Walau bagaimana pun Web 2.0 bukanlah versi baru bagi World Wide Web,
sebaliknya ianya hanya berbeza dari segi cara pembangunan laman web dan cara
pelayar menggunakan web tersebut. Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0
lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna.
Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya
mendapat maklumat daripada webmaster. Perubahan yang ketara dalam Web 2.0
memperkenalkan sistem "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca
maklumat, menghantar sebarang data dan memaparkan kembali data tersebut di
dalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, Web 2.0 merupakan generasi
kedua dalam pembangunan Internet yang merangkumi perubahan sesuatu laman
menjadi satu platform aplikasi laman web interaktif untuk pengguna.
Oleh itu, alangkah bagusnya jika penggunaan web 2.0 ini digunakan sebagai
salah satu alat bantu mengajar didalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia
bersesuaian dan bertepatan dengan trend zaman sekarang di mana pelajar lebih
4
percaya, yakin, selesa dengan menggunakan teknologi sosial untuk berkongsi,
mencari maklumat dengan mudah berbanding dengan pendekatan pengajaran
tradisional.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan Web 2.0 pada masa kini selalu diperkatakan oleh ramai pihak
termasuklah juga dikalangan pelajar. Mereka menggunakan Web 2.0 itu sebagai
media sosial seperti Facebook, Myspace, Friendster, Delicious, Blog, Wiki, Youtube
untuk berinteraksi, mencari maklumat, berkongsi maklumat dan sebagainya. Tetapi
terdapat juga segelintir pelajar yang kurang mendapat pendedahan dalam
perkembangan arus teknologi dan ICT ini. Menurut kajian Kalyani (2007) yang
bertajuk Tinjauan terhadap tingkah laku maklumat dalam kalangan pelajar sarjana
pendidikan UTM, enjin pencarian maklumat seperti Google dan Yahoo! paling kerap
digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat, yang mana kita tahu bukan
semua maklumat yang diterima adalah sahih. Mereka juga tidak boleh berkongsi
maklumat atau pendapat kerana penggunaan internet pada masa itu hanya
membenarkan pengguna memuat turun maklumat tetapi tidak boleh menambah
maklumat. Selain itu kaedah pembelajaran luar kelas yang terbatas menyebabkan
terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar. Contohnya interaksi
pelajar dengan guru amat sedikit berlaku selepas diluar waktu kelas. Ini
menyebabkan masalah yang dihadapi oleh pelajar berkaitan dengan pelajaran tidak
boleh diselesaikan. Komunikasi juga jarang berlaku diantara pelajar, dan ini
menyukarkan mereka untuk berbincang tentang pelajaran, kerja kursus atau projek,
dan sukar berkongsi maklumat ataupun bertukar-tukar pendapat sesama sendiri.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik juga menyebabkan pelajar
tidak berminat untuk belajar. Selain itu, maklumat terkini atau isu semasa yang
berkaitan dengan pendidikan lambat diterima oleh guru dan pelajar. Pembelajaran
luar kelas juga sukar dilaksanakan dengan tanpanya teknologi dan ICT. Oleh itu, cara
untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberi pendedahan kepentingan web 2.0
5
dan penggunaan blog dan social bookmarking dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Jika web 2.0 ini digunakan sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mungkin ini amat menarik kerana banyak
kelebihan yang boleh didapati daripada penggunaannya seperti berpeluang
menerokai kaedah pembelajaran yang lebih efisien, memberikan maklumat dan
berkongsi maklumat atau kerja dengan pengguna lain, mengumpul maklumat dan
mengabungkan maklumat yang didapati dengan maklumat yang sedia ada,
mewujudkan kerjasama diantara beberapa pengguna dalam apa jua aktiviti bercirikan
inovasi dan boleh membangunkan beberapa teknik yang menarik dan bersesuaian
dengan kehendak pengguna. Selain itu juga, boleh membantu memaksimumkan
penggunaan teknologi dan ICT untuk pembelajaran luar kelas. Daripada dapatan
kajian Jafry Mohd Daud dan Zuhaidi Mukrim (2007) yang bertajuk Perspektif
pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran telah menunjukkan sebanyak
41.9% bersetuju bahawa dengan ICT pelajar dapat melakukan perbincangan secara
online dan penggunaan ICT membantu pelajar mengimbas nota kuliah (71%),
mengimbas soalan tutorial (67.7%) dan pelajar dapat melakukan latihan tanpa had
waktu (71%).
Tetapi persoalannya adakah pelajar dan guru sudah bersedia menggunakan
web 2.0 ini sebagai satu perantaraan untuk membuat segala aktiviti yang berkaitan
dengan akademik dan pengurusan sekolah. Mungkin mereka perlu mengubah
pemikiran mereka dengan menerima web 2.0 sebagai salah satu alat bantu mengajar
dalam proses pembelajaran kerana mereka bukan sahaja mendapat kepelbagaian
dalam teknik pengajaran malah keberkesanan pembelajaran dapat dicapai.
Antara contoh web 2.0 yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah blog dan social bookmarking. Blog adalah satu jenis web yang
dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary (Doctorow et al., 2002)
Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam
bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru
6
dan begitulah seterusnya. Blog menggunakan bahasa php web programming kerana
ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.
“Blogs are powerful communication tools. Blogging as in reading and
thinking and reflecting and then writing is connecting and learning”. (Richardson,
2006).
Penggunaan web blog di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mungkin
salah satu cara yang boleh membantu guru untuk menyediakan tips untuk guru-guru
lain, membuat refleksi tentang kerja kursus, berkongsi idea dan mencari maklumat
atau isu-isu penting yang berkaitan dengan profesion mereka.
Menurut Richardson (2006) kepentingan web blog kepada pelajar ialah
pelajar boleh berkomunikasi tentang isu semasa atau maklumat yang terbaru secara
terus, menyediakan portal untuk kegunaan pelajar, memudahkan pelajar untuk
menghantar tugasan, dan juga memudahkan pelajar melihat ulasan terhadap tugasan
atau subjek yang dibincangkan. Selain itu, ruangan post forum yang disediakan juga
bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar membuat refleksi setiap topik
yang diajar di dalam kelas, memberi komen kepada setiap maklumat terbaru,
mengadakan aktiviti perbincangan tentang pembelajaran, bengkel, atau kerja kursus.
Web blog ini juga adalah salah satu cara untuk membenarkan pelajar berinteraksi
dengan pelajar lain tentang apa jua aktiviti pembelajaran dan juga salah satu cara
untuk memberi pelajar ruang melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Social Bookmarking pula membenarkan pengguna internet untuk membaca,
menyimpan, mengklasifikasi, memberi rating, memberi komen, menyusun setiap
topik atau kategori yang ditanda untuk digunakan dalam tag dan memberikan
kelebihan kepada pengguna untuk berkongsi alamat laman web yang bersesuaian,
menarik dan yang paling popular untuk dilayari dengan pengguna lain.
Kelebihan social bookmarking ialah kategori di dalam ruangan blog senang
untuk di kemaskini, senang untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar, boleh
mendapatkan sumber atau rujukan daripada pengguna lain dan membolehkan pelajar
membina pembelajaran aktif (Trevino, 2005).
7
Kelebihan social bookmarking dalam pendidikan ialah pengguna mudah
untuk mencari maklumat, pengguna boleh menyusun dan mengklasifikasikan sumber
pembacaan, dan membenarkan pengguna yang mempunyai minat yang sama untuk
membina satu komuniti. Social bookmarking amat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran contohnya dari aspek pembelajaran ia boleh digunakan untuk
memupuk pembelajaran berpusatkan pelajar, memudahkan rangkaian sosial di
kalangan pelajar dan guru, dan membenarkan pembelajaran seumur hidup.
Pada masa kini, masih terdapat guru yang menggunakan pendekatan secara
tradisional dimana pengajaran hanya berlaku di dalam kelas. Dengan perkembangan
teknologi dalam pendidikan, guru disarankan melakukan perubahan dalam gaya
pengajaran mereka di bilik darjah supaya dapat disesuaikan dengan gaya
pembelajaran pelajar pada masa kini. Cara pengajaran tradisional contohnya
pengajaran berpusatkan guru, ‘chalk and talk’, kaedah buku teks dan penyoalan dan
sebagainya tidak boleh membantu para pelajar dalam mempraktikkan gaya
pembelajaran berkesan. Oleh itu, gaya pengajaran guru perlu diubahsuai kepada
bentuk gaya pengajaran lain seperti gaya pengajaran berpusatkan individu yang
boleh memantapkan gaya pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian
akademik. Gaya pembelajaran berkesan di kalangan pelajar juga banyak bergantung
kepada motivasi, minat dan cara pengajaran yang diperkenalkan guru. Pembelajaran
berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989). Menurut
Ismail Zain (2009) dari artikelnya yang bertajuk Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah
Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran, beliau menyatakan
keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru
terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan
berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh
mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang
menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran.
Dengan perkembangan teknologi dan ict dalam bidang pendidikan, guru di
bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan
pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian
yang berkesan dan bermakna (Abdullah Mohd Noor, 2007). Menurut Rio Sumarni et
8
al., (2002) stail pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran guru seharusnya
sepadan untuk membolehkan pembelajaran berkesan pelajar. Bagi memastikan
sesuatu pengetahuan itu mampu menjadi maklumat yang berguna dan boleh
digunakan dalam kehidupan, suasana atau persekitaran pembelajaran yang
disediakan haruslah lebih kepada pengaplikasian kepada dunia sebenar dan
berkonsepkan autentik. Oleh itu pembelajaran aktif harus dititkberatkan kerana ia
amat sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar masa kini yang lebih kearah kendiri.
Pembelajaran aktif merujuk kepada satu proses pembelajaran yang
memerlukan pelajar aktif dalam proses pengumpulan maklumat atau isi pelajaran.
Mereka tidak lagi pasif dan hanya menerima input daripada guru. Pelajar akan
terlibat dengan pemikiran aras tinggi, menganalisa tugasan, sintesis dan menilai.
Oleh itu pembelajaran aktif adalah satu bentuk aktiviti pengajaran yang melibatkan
pelajar melakukan tugasan dan memikir tentang apa yang mereka lakukan. Terdapat
pelbagai teknik pembelajaran aktif yang boleh diaplikasikan contohnya pembelajaran
berasaskan situasi, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran secara penemuan
dan sebagainya. Kindley (2002) telah membuat beberapa perbandingan antara
pendekatan pembelajaran secara tradisional dengan pembelajaran menggunakan
pendekatan pembelajaran berasaskan situasi dan mendapati pembelajaran tradisional
lebih menumpukan kepada pengetahuan manakala pembelajaran berasaskan situasi
lebih mementingkan prestasi dan interaktiviti yang tinggi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu pendekatan pembelajaran berasaskan situasi amat sesuai
digunakan dalam menyampaikan maklumat berkaitan penggunaan blog dan social
bookmarking dalam pengajaran dan pembelajaran.
Teori pembelajaran berasaskan situasi ialah satu kemahiran menggunakan
komputer untuk komunikasi berperantarakan komputer boleh diperoleh dengan
hanya berada dalam situasi yang memaksa pengguna mengguna dan mempelajarinya.
Ia boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran bersituasi iaitu teori umum mengenai
pemerolehan ilmu. Cognition & Techonology Group at Vanderbilt (1993)
mengatakan bahawa teori ini boleh diaplikasikan dalam konteks pembelajaran
berasaskan teknologi yang berfokus kepada kemahiran penyelesaian masalah. Teori
ini adalah berasaskan kefahaman bahawa ilmu diperoleh dari situasi kontekstual dan
dipengaruhi oleh konteks, aktiviti dan budaya persekitaran di mana pembelajaran
9
berlaku (Brown et al., 1989). Ini bermaksud, pelajar memperoleh ilmu melalui
pengalaman autentik membuat pekerjaan atau tugasan yang dilakukan oleh ahli
professional dalam bidang berkenaan. Melalui pengalaman autentik ini pelajar
mendapat akses dan maklumat mengenai cara bagaimana melakukan sesuatu
pekerjaan dengan matlamat yang telah ditentukan dan penuh bermakna (Brown et al.,
1989). Interaksi sosial merupakan elemen paling penting dalam teori ini. Pelajar
terlibat dalam komuniti yang memerlukannya memperoleh ilmu tertentu. Apabila
pelajar semakin banyak terlibat dengan komuniti berkenaan mereka menjadi semakin
aktif dan terikat dengan budaya yang akan menjadikannya pakar yang
berpengalaman. Dua prinsip utama dalam teori ini ialah ilmu perlu diperoleh dalam
situasi yang autentik dan pembelajaran memerlukan interaksi sosial dan kolaboratif.
Berdasarkan teori ini, seseorang pelajar walaupun bukan dari bidang komputer
mampu menjadi pakar menggunakan komunikasi berperantarakan komputer
sekiranya ia terlibat secara langsung dalam aktiviti kolaboratif menggunakan sistem
komunikasi berperantarakan komputer.
Selain itu kaedah simulasi juga digunakan untuk menyampaikan maklumat
penggunaan blog dan social bookmarking dalam pengajaran dan pembelajaran. Layte
(1997) menyatakan simulasi boleh dihasilkan dengan memberi peluang pancaindera
kita berada dalam kehidupan yang sebenar dengan erti kata boleh menyentuh objek
sebenar (Freedman, 1998). Mungkin lebih menarik ada unsur teknologi video
interaktif dalam simulasi kerana ia amat sesuai dengan cara penyampaian dan akan
memberi kesan pengajaran lebih menarik. Pendekatan pembelajaran berbantukan
teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses
pengajaran dan pembelajaran. Manakala video pula merupakan elemen atau media
yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan ia
sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.
Menurut Smellie et al. (1997) media pengajaran yang menggunakan teknologi
multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memudahkan pelajar
memahami dan mendapat maklumat yang kompleks berbanding dengan
penyampaian melalui lisan. Smellie et al. (1997) juga menyatakan teknologi
multimedia membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang. Media
pengajaran yang berasaskan komputer mampu untuk menggunakan teknologi
10
multimedia yang mempunyai ciri-ciri interaktif yang membolehkan para pengguna
mencapai maklumat dari segmen ke segmen yang lain tanpa mengikut urutan.
Menurut Jamaludin (1996) ‘interaktiviti’ ialah suatu proses yang membenarkan
pemperosesan maklumat yang mendalam di dalam minda pelajar. Mikovec dan Dake
(1995) pula mengatakan bahawa ‘interaktif’ berkait rapat dengan maklum balas atau
kawalan individu.
Penggunaan Blog dan Social Bookmarking dalam pengajaran dan
pembelajaran memang tidak boleh dinafikan keberkesanannya. Sebagai seorang
pendidik, teknologi ini seharusnya dipraktikkan. Penggunaan web 2.0 ini sesuai
digunakan sebagai alat bantu mengajar yang amat mudah dikendalikan dan menarik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan membantu melancarkan aktiviti
dalam pengurusan pendidikan yang mana menyusun atur, perkongsian ilmu,
kolaborasi dalam persembahan dokumen bukan hanya terhad di dalam kelas malahan
ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Blog dan Social Bookmarking boleh dijadikan
platform dalam melaksanakan proses ini.
Secara keseluruhannya perkhidmatan Blog dan Social Bookmarking terkini
dan cara penggunaan dan kaedah pembelajaran yang sesuai akan memberikan hasil
yang berkualiti. Oleh itu, sebagai pendidik, perlu mengambil peluang ini untuk
digunakan dalam mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran secara online.
Teknologi sosial boleh memperbanyakkan lagi aktiviti yang lebih menarik
berbanding kaedah tradisional yang mana pelajar hanya boleh menerima sebarang
maklumat tetapi tidak boleh berkongsi maklumat dengan pelajar lain.
1.3 Pernyataan masalah
Bagi mempertingkatkan lagi cara penggunaan internet dalam pengajaran dan
pembelajaran, kepentingan web 2.0 perlu di dedahkan untuk di realisasikan dalam
pendidikan. Sebuah laman web, penggunaan blog dan social bookmarking dengan
pendekatan pembelajaran berasaskan situasi dan simulasi berasaskan video interaktif
telah dibangunkan. Dengan adanya laman web ini sekurang-kurangnya ia dapat
11
membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan
pelajar.
1.4 Objektif Kajian
i) Merekabentuk aktiviti pembelajaran berasaskan situasi dan kaedah
simulasi dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan
penggunaan blog dan social bookmarking dalam pengajaran dan
pembelajaran.
ii) Membangunkan sistem pembelajaran menerusi web bertajuk blog dan
social bookmarking berasaskan pendekatan
a. Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi.
b. Teknologi simulasi.
1.5 Rasional Kajian
Penggunaan blog dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan
situasi dan disokong lagi dengan kaedah simulasi iaitu video interaktif amat sesuai
ini kerana memberi galakan dan kepercayaan kepada pelajar dan guru bahawa web
blog memberi banyak manfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran contohnya
pelajar boleh berkongsi sebarang maklumat, bertukar-tukar pendapat, memberikan
komen, boleh mendapatkan info terkini dengan cepat dan sebagainya. Manakala guru
juga boleh memuat naik nota, dan ini akan memudahkan pelajar untuk membuat
ulangkaji pelajaran. Interaksi antara guru dan pelajar meningkat walaupun
pembelajaran luar kelas. Setiap kes atau situasi yang ditunjukkan akan memberi
impak lagi mendalam tentang keberkesanan web blog dalam pengajaran dan
pembelajaran.