Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

Post on 05-Dec-2014

5.587 views 4 download

description

 

Transcript of Sistem pemerintahan dan pentadbiran yunani

PEMBENTUKAN NEGARA KOTA YUNANI

• Tamadun Yunani bermula drpd kampung-kampung kecil yang terletak berselerak di seluruh tanah besar Yunani dan pulau-pulau di selatan.

• Orang Yunani yang membina tamadun itu berbangsa Agean dan mereka dikatakan orang Yunani terawal memasuki tanah besar.

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN YUNANI

PEMBENTUKAN NEGARA KOTA YUNANIEMPAYAR YUNANIPEMERINTAHAN DI YUNANIPROSES PERKEMBANGAN TAMADUN YUNANI

• Bagi penduduk Yunani, setiap negara kota atau polis mempunyai latar belakang sejarah, undang-undang dan tuhan mereka merupakan sesuatu yang unik dan menganggap mereka sebagai sebahagian drpd institusi tersebut.

• Negara kota Yunani biasanya tidak besar dengan purata penduduk setiap polis adalah antara 5000 - 10000 orang. Athens pada suatu masa mempunyai penduduk berjumlah 40000 orang.

• Orang Yunani mencurahkan perasaan kasih sayang dan kemesraan terhadap polis maka sanggup mempertahankan negara kota sepanjang hidup mereka dari waktu lahir hingga ke akhir hayat.

• Bagi Aristotle, negara kota Greek terbentuk daripada 3 institusi iaitu keluarga, kampung atau bandar dan negara kota.

• Fungsi negara kota ialah memelihara ketertiban dan penyusunan masyarakat dengan menjaga akhlak serta melindungi rakyatnya drpd kekasaran dari luar dan dalam kota itu.

• Tengah-tengah negara kota di Yunani terdapat sebuah acropolis yang menjadi pusat pentadbiran dan tumpuan aktiviti negara kota.

Aristotle

EMPAYAR YUNANI

• Raja Philip II meletakkan asas kekuatan ketenteraan Macedonia dan beliau berjaya menakluk wilayah-wilayah di Mediterranean, selatan Eropah dan beberapa kawasan di Timur Tengah.

• Beliau pernah menjadi tawanan perang tentera Thebes yang telah mengalahkan tentera Yunani, dan beliau pernah menyaksikan tentera Thebes melakukan pembentukan phalanx.

• Beliau menggunakan masa lebih 20 tahun untuk menjadi pemerintah semua negara kota Yunani.

• Beliau merancang menyerang Parsi tetapi rancangannya tidak tercapai kerana beliau mati dibunuh ketika sibuk mengendalikan majlis perkahwinan anak perempuannya.

• Iskandar Zulkarnian yang menggantikan bapanya sebagai pemerintah Yunani, telah mengembangkan pengaruh Yunani di benua Asia.

• Beliau berjaya menawan Asia Minor, sebuah wilayah jajahan Parsi dan kemudiannya berjaya menawan Parsi.

Iskander Zulkarnain

• Beliau bercita-cita menyatukan Eropah dengan Asia berdasarkan kebudayaan Yunani tetapi telah meninggal dunia ketika berusia 33 tahun dan cita-citanya membentuk empayar dunia dari Eropah ke Asia lenyap.

• Walau bagaimanapun, kewujudan kebudayaan baru iaitu kebudayaan Hellenistik yang menggabungkan budaya Yunani dan Parsi.

• Bandar Iskandariah di Mesir muncul sebagai pusat ilmu pengetuhuan yang penting di dunia pada masa itu sehingga berjaya mengambil alih peranan Athens dan Yunani.

PEMERINTAHAN DI YUNANI

• Setiap persidangan mempunyai sebanyak lebih kurang 40000 warganegara dibenarkan hadir.

• Golongan tidak bertanah dan hamba tidak dibenarkan menghadiri Dewan Perhimpunan kecuali sewaktu pemerintahan Solon, apabila beliau meminda perlembagaan.

• Majlis dibentuk untuk melaksanakan keputusan-keputusan Dewan Perhimpunan.

• Oleh kerana Majlis diwakili oleh orang yang berlainan, maka sukar untuk melahirkan semangat kerjasama di kalangan ahli. Namun itulah tujuan sebenar Majlis ditubuhkan, iaitu supaya kuasanya tidak melebihi Dewan Perhimpunan.

• Kebanyakan jabatan kerajaan dikendalikan oleh ahli-ahli Majlis dan setiap tahun ahli-ahlinya digantikan dengan muka-muka baru.

• Majistret terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang diputuskan oleh Majlis. Peranan sama dengan kakitangan perkhidmatan awam di negara kita.

• Ada di kalangan mereka ini yang menjadi pendidik, pemungut cukai, tentera dan pembanci.

• Dari segi pengadilan, kuasanya terletak di tangan warganegara. Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang tertuduh tidak berpeluang untuk merayu.

• Jumlah juri adalah berbeza mengikut seriusnya sesuatu kes tersebut. Jumlah juri ialah antara 101 hingga 1001 orang.

PROSES PERKEMBANGAN TAMADUN YUNANI

• Bentuk pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai perubahan daripada:

Monarki Oligarki

Demokrasi

Aristokrasi

Diktator (Tirani)

• Sebelum Sistem Demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan Sistem Beraja.

• Dalam sistem ini, raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul.

• Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.

• Apabila kuasa konsul menjadi kuat, lahirnya sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya amat terhad.

• Hal ini kerana pemerintahan yang dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

• Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul dinamakan oligarki.

• Golongan aristokrat yang kuat dilahirkan daripada kalangan konsul tersebut.

• Golongan aristokrat memiliki kuasa yang besar dan pemerintahan ini dinamakan aristokrasi.

• Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul pula golongan yang menuntut hak dan keadaan ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa.

• Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator.

• Diktator biasanya terdiri daripada golongan kaya atau tentera.

• Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut, tindakan tersebut ditentang oleh golongan aristokrat.

• Dengan ini, sistem demokrasi dilahirkan.

Sistem Demokrasi

• Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.• Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi

peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara 6 bulan hingga setahun.

• Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak 3 kali dalam sebulan.

• Setiap ahli Dewan ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.

• Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.

• Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan.

• Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya.

• Walaupun sistem demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.

• Jika demokrasi diamalkan di Athens, di Sparta pula, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan.

• Dengan ini, sistem pertahanan diberikan perhatian yang penting.

• Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang bersemangat patriotik yang tinggi serta berani lagi handal.

• Sistem demokrasi yang diperkenalkan di Athens lebih kurang 3000 tahun dahulu telah diwarisi oleh hampir seluruh negara di dunia pada hari ini tetapi sistem ini berbeza antara negara-negara di dunia ini.