SKeMAPENULISAN

Post on 31-Dec-2015

23 views 6 download

description

upsr

Transcript of SKeMAPENULISAN

04/19/23

04/19/23

04/19/23

04/19/23

ARAHAN AM

1. Dalam bahagian A, calon akan diberikan gambar tunggal atau bersiri yang menunjukkan perkara: jadual, urutan atau lain-lain yang besesuaian.

2. Gambar tersebut memaparkan pelbagai situasi atau aktiviti.

04/19/23

ARAHAN AM

3. Calon diminta membina lima (5) ayat sahaja yang berkaitan dengan gambar.

4. Keseluruhan jawapan memper

- untukkan 10 markah

5. Masa yang dicadangkan 15 minit.

04/19/23

ISI

1. Aspek ini sangat ditekankan dalam pemberian markah. Sesuatu ayat itu akan dianggap isi sekiranya maklumat yang dinyatakan bertepatan dengan gambar.

2. Calon jangan mereka-reka pernyataan yang tidak terdapat dalam gambar.

04/19/23

ISI

3. Calon dikehendaki menulis perkara-perkara yang terdapat dalam gambar sahaja.

4. Markah akan diberi pada ayat yang menepati gambar.

04/19/23

BAHASA

1. Ayat-ayat yang ditulis hendaklah gramatis.

2. Markah akan ditolak jika kesalahan tatabahasa dalam ayat.(perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan ,tanda baca & ejaan)

04/19/23

TEKNIK MENJAWAB

1. Perhatikan dengan teliti gambar yang diberikan. Catatkan maklumat yang terdapat dalam gambar.

2. Pilih maklumat-maklumat yang penting sahaja. Kembangkan maklumat dalam membentuk ayat yang sempurna.

04/19/23

TEKNIK MENJAWAB

3. Calon digalakan menomborkan ayat dengan 1,2,3,4 dan 5.

4. Jawapan yang ditulis dalam bentuk perenggan akan menurunkan aras pencapaian calon. (Aras Cemerlang, Baik, Memuaskan & Pencapaian Minima)

04/19/23

TEKNIK MENJAWAB

5. Calon dilarang menulis pandangan peribadi tentang gambar.

6. Ayat-ayat untuk gambar bersiri hendaklah mengikut nisbah yang dicadangkan.

04/19/23

KESIMPULAN

1. Bahagian ini merupakan bahagian yang mudah untuk calon memperoleh markah penuh.

2. Bina ayat yang sempurna.

3. Jika siap lebih awal, berpindah ke bahagian lain.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

CEMER

LANG

9-10

I. Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati grafik.

II. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas seta sesuai dengan bahan grafik.

III. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

BAIK 7-8

I. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik.

II. Pengguanaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik.

III. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

MEMU

ASKAN

4-6

I. Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas sesuai dengan bahan grafik.

II. Penggunaaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.

III. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

MINI

MUM

1-3

I. Ayat yang tidak sesuai dengan grafik.

II. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan grafik.

III. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

04/19/23

04/19/23

PENGENALAN

1. Dalam bahagian ini calon akan diberikan tiga soalan.

2. Calon hendaklah memilih satu soalan sahaja yang boleh dijawab dengan sempurna.

3…..

04/19/23

PENGENALAN

3. Calon diminta mengarang satu karangan lengkap yang melebihi 80 patah perkataan.

4. Masa yang dicadangkan ialah 40 minit.

5. Karangan ini menawarkan 30 markah.

04/19/23

ISI

1. Setiap karangan perlu ada pendahuluan, 4 atau 5 isi dan penutup.

2. Pendahuluan isi dan penutup hendaklah ditulis dalam perenggan yang berasingan.

04/19/23

ISI3. Bagi karangan berunsur fakta, tulis

gambaran secara umum sebagai pendahuluan dan ini secara khusus dalam perenggan seterusnya disertakan dengan contoh yang sesuai dan berkesan.

4. Penutup ialah rumusan dengan tajuk.5….

04/19/23

ISI

5. Karangan yang berunsurkan cereka, isi akan dinilai berdasarkan tindakan atau urutan peristiwa.

04/19/23

BAHASA

1. Ayat-ayat dalam karangan hendaklah gramatis.

2. Penggunaan peribahasa atau pantun pada keadaan yang sesuai adalah digalakkan.

04/19/23

BAHASA

3. Markah akan ditolak jika terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat. (perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan, tanda baca dan ejaan)

04/19/23

CARA MENJAWAB

1. Teliti solan yang telah dipilih.

2. Pastikan jawapan yang perlu ditulis sama ada berformat atau tidak.

3. Catatkan isi- isi penting, rangka karangan dan kembangkan isi.

04/19/23

CARA MENJAWAB

4. 5 minit dicadangkan unutk mencatatkan isi-isi, 30 minit untuk mengarang dan 5 minit terakhir untuk menyemak.

04/19/23

KESIMPULAN

1. Pencapaian calon dalam penulisan bergantung kepada bahagian ini.

2. Calon hendaklah mahir menulis dalam semua bentuk karangan.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

CEMER

LANG

24-30

I. Penyampaian atau persembahan yang jelas dan menarik untuk dibaca. Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema.

II. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema.

III. Penggunaan ejaan dan tanda bacaan yang betul berdasarkan jenis karangan.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

BAIK 17-23

I. Penyamapaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema.

II. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema.

III. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

MEMU

ASKAN

11-16

I. Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas. Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan tema.

II. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.

III. Penggunaan tanda baca yang terhad{huruf besar, noktah(.) dan koma(,)}. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

MINI

MUM

1-10

I. Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema. Isi tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami.

II. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema.

III. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

04/19/23

04/19/23

PENGENALAN

1. Satu teks yang panjangnya sekitar 100 patah perkataan akan disediakan. Teks boleh dalam bentuk cerita, dialog atau puisi.

2. Calon akan diminta menyatakan amalan baik, nilai atau pengajaran yang terdapat dalam teks tesebut.

04/19/23

PENGENALAN

3. Soalan ini menawarkan 20 markah.

4. Masa yang dicadangkan ialah 20 minit.

04/19/23

ISI

1. Aspek isi dalam bahagian ini ialah nilai, amalan baik atau pengajaran yang terdapat dalam teks yang diberi.

04/19/23

BAHASA

1. Ayat-ayat dalam karangan ini hendaklah gramatis.

2. Markah akan ditolak jika terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat. (perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan, tanda baca dan ejaan)

04/19/23

TEKNIK MENJAWAB

1. Fahami kata kunci yang diberi sama ada meminta menulis tentang nilai murni, amalan baik, nilai mulia, sifat-sifat yang boleh dicontohi, faedah-faedah, kebaikan atau pengajaran.

2. Calon dikehendaki menulis semula nilai yang terdapat dalam teks diikuti dengan contoh-contoh.

04/19/23

TEKNIK MENJAWAB

3. Calon boleh menulis seberapa panjang yang perlu tetapi tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

4. Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

5….

04/19/23

TEKNIK MENJAWAB5. Gunakan penanda wacana seperti :

seterusnya, selain dari itu, nilai yang kedua dan yang sesuai untuk mengaitkan antara satu isi dengan isi yang lain.

6. Jika soalan meminta calon menulis tentang pengajaran, gunakan frasa: kita hendaklah atau kita perlulah.

04/19/23

TEKNIK MENJAWAB

7. Jika cerita yang dipaparkan berunsur negatif:

• “Zul seorang budak lelaki yang suka menghabiskan waktunya bermain komputer”

Calon hendaklah menukarkan unsur negatif kepada unsur positif.

04/19/23

TEKNIK MENJAWAB

• “Kita janganlah membazirkan waktu dengan bermain komputer seperti yang dilakukan oleh Zul.”

8. Calon hendaklah menulis sekurang-kurangnya 5 nilai yang terdapat dalam teks atau lebih.

9. Calon dilarang menokok-tambah nilai.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

CEMER

LANG

17-20

I. Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat gramatis berdasarkan bahan rangsangan.

II. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dangan bahan rangsangan.

III. Penggunaaan ejaan dan tanda baca yang betul.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

BAIK 12-16

I. Ulasan jelas dan tepat menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan.

II. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan.

III. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

MEMU

ASKAN

6-11

I. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah dan ringkas.

II. Penggunaaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.

III. Terdapat banyak kesalahn dalam tanda baca dan ejaan.

04/19/23

PENS

KORAN

MA

TA

KRITERIA

MINI

MUM

1-5

I. Ulasan tidak meneapati bahan rangsaangan.

II. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan rangsangan.

III. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaaan.

04/19/23

04/19/23

sSerigala berasa sangat lapar. Tiba-tiba, serigala ternampak sekumpulan biri-biri sedang meragut rumput di padang. Serigalahendak menangkap biri-biri itu. Malangnya, disitu terdapat seorang pengembala yang mempunyai sepucuk senapangsedang mengawasi ternakannya. Serigala pun berfikirbagaimana untuk menangkap biri-biri itu. “Tentunya aku ditangkap sekiranya aku memasuki kawasan padang itu.” KetikaSedang merayau-rayau di situ, serigala ternampak bulubiri-biri yang dijemur. Serigla pun mencuri bulu biri-biri itu.

Serigala menyarungkan bulu biri-biri itu ke badannya dan terusberjalan ke arah sekumpulan biri-biri itu. Tanpa pengetahuanpengembala, serigala telah melarikan seekor biri-biri ke hutanberhampiran dan memakannya. Seekor demi seekor biri-biri telahdimakannya. Pengembala hairan kenapa biri-birinyasemakin berkurangan. “Aku akan siasat perkara ini,” kata pengembala itu sendirian.

04/19/23

Pada suatu hari, serigala menyamar lagi sebagai biri-biri. Serigala pun menerkam ke arah biri-biri. Serigala tidak sedar yangperbuatannya sedang diintip oleh pengembala. Belum sempat serigala menjamah biri-biri tersebut, pengembala telah menyentap bulu biri-biri yang dipakai oleh serigala. “Rupa-rupanya engkau yang memakan biri-biriku selama ini,” kata pengembala denganmarahnya. Serigala ditangkap dan dihukum atas perbuatan jahatnya.

04/19/23

20 minit20 markah

• Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.

• Panjang jawapan kamu tidak lebih dari 50 patah perkataan

• Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

04/19/23

NILAI MURNI

1. Gigih bekerja mengembala biri-biri.

2. Sentiasa menjaga keselamatan

ternakan atau harta sendiri.

3. Mencuri hak orang lain adalah salah

disisi undang-undang dan agama

4. Makan atau mengambil harta orang lain tanpa kebenaran merupakan kesalahan besar.

04/19/23

NILAI MURNI

5. Tidak menuduh orang lain secara melulu tetapi selidik terlebih dahulu.

6. Setiap perbuatan jahat pasti mendapat balasan yang setimpal.

04/19/23

LATIHAN

• Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.

• Panjang jawapan kamu tidak kurang dari 50 patah perkataan

• Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

04/19/23

04/19/23

Sofea: Nadia jom kita pergi makan! Awak lapar tak?

Nadia: Ya, saya pun lapar juga, Sofea. Dimanakah kita hendakmakan?

Sofea: Saya tidak kisah makan di gerai mana-mana pun asalkankenyang. Awak bagaimana pula, Nadia?

Nadia: Yalah, sayapun tidak kisah.

(Nadia dan Sofea pun berjalan menuju ke sebuah gerai yang terletak di tepi jalan. Mereka duduk dan membuat pesanan)

Sofea: Berikan saya nasi goreng dangan air sirap.

Nadia: Saya pula mi goreng dengan air suam.

04/19/23

Sofea: Eh, Nadia banyaknya lalat di sini. Tengok di bawah kaunter itu ada lipas dan tikus berkeliaran.

Nadia: Yalah, cuba awak tengok tempat dia memasak makanan berdekatan dengan tong sampah pula.

(Tidak lama kemudian, makanan dan minuman yang dipesan oleh mereka pun sampai. Mereka terus menjamah makanan kerana lapar.)

Sofea: Eh, daging ayam ini ada telur lalatlah!

Nadia: Alamak, air sirap saya pula ada semut dan lalat!

Sofea: Eloklah kita beritahu pada tukang masak itu akan perkaraini. Saya pun tidak ada selera hendak makan lagi.

Nadia: Mari kita bayar dan beredar dari sini.

04/19/23

pengajaran1. Kita mesti bijak memilih tempat untuk

menjamu selera kerana terdapat kedai yang tidak menjaga kebersihan.

2. Makanan yang terdedah akan memberi peluang kepada lalat untuk bertelur dan membiak larva lalat.

3. Keracunan makanan boleh terjadi sekiranya termakan makanan tercemar.

04/19/23

4. Kita perlu membuat pemerhatian dahulu sebelum membuat keputusan memesan makanan.

5. Tukang masak perlu menjaga kebersihan ketika memasak dan menyediakan makan kepada pelanggan.

6. Kita mesti menjaga kebersihan kerana kesihatan diri amatlah penting.