sunnah dan bidaah

Post on 14-Dec-2014

757 views 29 download

description

 

Transcript of sunnah dan bidaah

Pengertian al-SunnahAl-Sunnah menurut bahasa ialah jalan yg terpuji atau tercela berdasarkan Hadīth riwayat Muslim:

“Barangsiapa yang mencontohkan dalam Islam sunnah yang baik, maka bagi dia pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya. Barangsiapa yang mencontohkan sunnah yang buruk, maka atasnya dosa dan dosa orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim)

Pengertian IstilahMenurut ahli fiqh, Sunnah ialah 'salah satu

hukum syariat' atau lawan dari fardhu dan wajib.

Menurut para ahli usul fiqh, Sunnah adalah apa yang diriwayatkan dari Nabi saw., sama ada dari segi ucapan, perbuatan, atau persetujuan.

Menurut ahli Hadīth, Sunnah ialah segala yang bersumber dari Nabi SAW samada berbentuk perkataan, perbuatan, taqrir, sifat fizikalnya atau akhlaknya sama ada sebelum dan sesudah diangkat menjadi Rasul.

Pengertian di atas sama seperti makna Hadīth.

Makna sunnah yang lain iaitu “apa yang disunnahkan dan disyariatkan oleh Rasulullah saw. untuk umatnya lawan kepada apa yang direka oleh para pembuat bid'ah setelah masa Rasulullah saw.”

Sunnah ialah lawan kepada bid'ah.

Rasulullah saw. berucap dalam khutbahnya, "Sesungguhnya sebaik-baik pembicaraan adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk perkara adalah perbuatan bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat.”

Dari hadith Arba`in, Rasulullah SAW bersabda: …hendaklah kalian berpegang pada Sunnahku dan Sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah kuat-kuat dengan gigi gerahammu dan janganlah kalian mengikuti hal-hal bid'ah, karena setiap perbuatan bid'ah adalah sesat."

Pengertian Bid`ah

Bid`ah dari segi bahasa ialah perkara yang diada-adakan- menciptakan sesuatu tanpa ada contoh sebelumnya.

Bid`ah pada pengertian syarak adalah sesuatu yang diada-adakan oleh manusia, baik berupa ucapan maupun perbuatan dalam masalah agama dan rukun-rukunnya yang tidak diambil dari Rasul SAW atau sahabat.

Berdasarkan makna di atas, Sunnah adalah lawan kepada Bid`ah.

Al-Syatibi mengatakan bahawa bid‘ah iaitu jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam beribadah kepada Allah SWT.

Bidah adalah “ mengada-ada dalam beragama".

Sabda Rasulullah saw.,

د� �ه� ف�ه�و� ر� �س� م ن �ي �ا ه�ذ�ا م�ا ل م�ر ن� �ح�د�ث� ف ى أ م�ن� أ

"Siapa yang menciptakan hal baru dalam ajaran agama kita yang bukan sebahagian darinya, maka perbuatannya itu tertolak.“ (Riwayar Bukhari dan Muslim)

�د �ا ف�ه�و� ر� ن م�ر�� �ه أ �ي �س� ع�ل �ي ! ل م�ن� ع�م ل� ع�م�ال

“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim no. 1718)

Kefahaman terhadap Sunnah dan Bid`ahBid'ah hanya berlaku dalam bidang agama. Perbuatan bid'ah tidak berlaku dalam

perkara-perkara adat kebiasaan sehari-hari.Perlu diketahui perbuatan yang dituntut oleh

Rasulullah sebagai bentuk beribadah kepada Allah SWT, dan tindakan yang bersifat kebiasaan dan alami.

Menurut al-Qaradawi, jika seseorang yang berusaha seboleh mungkin mencontohi seluruh perilaku Rasulullah saw hingga pada masalah-masalah yang tidak berkaitan dengan tuntunan agama karena dorongan kecintaannya yang tinggi terhadap Rasulullah saw., ia juga suatu tindakan yang terpuji, meskipun hal itu tidak dianjurkan oleh agama.

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi, “Sebahagian orang menyangka bahwa seluruh apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw. adalah sunnah. Padahal, para ulama berkata bahwa perbuatan-perbuatan Nabi saw. yang termasuk sebagai sunnah hanyalah perbuatan yang ditujukan oleh baginda sebagai perbuatan ibadah.”

Membuat bid'ah adalah menciptakan ajaran agama yang tidak ada aturannya dari Rasulullah saw., juga dari Khulafa ar-Rasyidin, yang diperintahkan kepada kita agar mengikuti sunnah mereka.

Sesuatu yang mempunyai asas dan sumber dalam syariat tidak dikira sebagai bid'ah.

Misalnya, penulisan dan pengumpulan Al-Qur'an dalam satu mushaf, seperti yang dilakukan oleh Abu Bakar berdasarkan usul Umar r.a..

Pengumpulan al-Quran demi kebaikan dan kepentingan kaum muslimin, walaupun ia tidak dilakukan oleh Nabi saw..

Agama Islam dapat dipertahankan dengan menjaga dan memelihara Al-Qur an kerana Al-Qur an adalah sumber Islam yang abadi.

Menjaga dan memeliharaAl-Qur'an dari keciciran dan penyelewengan adalah satu kewajiban.

Tindakan Umar r.a. yang menyatukan orang-orang yang melaksanakan solat tarawih dalam satu solat berjamaah di bawah satu imam solat, iaitu Ubay bin Ka'ab.

Umar al-Khattab berkata: "Bid'ah yang paling baik adalah ini”.

Bid'ah adalah cara berlebihan dalam beribadah kepada Allah SWT.

Melakukan hal itu dengan tujuan untuk berlebih-lebihan dalam bertaqarrub kepada Allah SWT.

Dalam masalah beribadah, harus melengkapi dua hal: i. niat (hanya semata untuk Allah SWT) danii. mutaba'ah iaitu 'beribadah dengan mengikuti cara yang diajarkan oleh Al-Qur'an dan Rasulullah saw.'.

PEMBAGIAN BID'AH MENURUT ULAMA Terdapat ulama yang membahagi bid'ah

kepada dua jenis:i. bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) dan ii. bid'ah sayyi'ah (bid'ah yang buruk')

Izz al-Din ibn ‘Abd al-Salam membahagikan bid'ah kepada lima jenis (seperti lima hukum syariat): i. bid'ah wajibah (bid'ah yang wajib dilakukan)- susun ilmu B. Arabii. bid'ah mustahabbah (bid'ah yang dianjurkan untuk dilakukan)- bina sekolah.iii. bid'ah makruhah (bid'ah yang makruh

dilakukan)-ketelaluan menghiasi masjid iv. bid'ah muharramah (bid'ah yang haram

dilakukan)-melagukan al-Quran sehingga ubah lafaz dan maknav. bid'ah mubahah (bid'ah yang boleh dilakukan) – sediakan pelbagai hidangan

Al-Nawawi berkata: “Perkara-perkara baru itu dua bentuk: Pertama; perkara baru yang menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah atau athar atau ijma’, maka ini merupakan kesesatan. Kedua; perkara baru yang baik, tiada khilaf di kalangan ulama dalam perkara ini, maka ini merupakan perkara baru yang tidak dicela”. Ia juga dipegang oleh Imam al-Syafi’i.

Menurut al-Qaradawi , bid‘ah diringkaskan seperti berikut:-a) Bid‘ah mughallazah (sangat berat): Iaitu bid‘ah yang membawa kepada kekufuran seperti kumpulan-kumpulan yang menyanggahi usul al-’aqidah termasuk antaranya kumpulan Nusairiyah, Duruz dan Isma‘iliyyah Batiniyyah.b) Bid‘ah ghalizah (berat): Iaitu bid‘ah yang agak berat tetapi tidak mengeluarkan pelakunya daripada Islam. Ia sekadar menyebabkan pelakunya menjadi fasiq danberdosa seperti kumpulan Khawarij dan Mu‘tazilah.

c) Bid‘ah ringan: Iaitu bid‘ah yang berlaku disebabkan kesilapan dalam berijtihad, atau kekeliruan dalam mengambil hukum daripada nas. Ia dikira termasuk dosa-dosa kecil dalam bab ma‘siat.

d) Bid‘ah yang diperselisihi ulama: Iaitu bid‘ah yang diakui oleh satu puak dan ditolak oleh puak yang lain. Contohnya: Melazimi sesuatu ‘ibadah tertentu. Ia hanyalah perbezaan pendapat dalam masalah cabang hukum syara‘ yang dibenarkan.

MENGAPA ISLAM BERSIKAP TEGAS DALAM MASALAH BID'AH?1. Pembuat dan pelaku bid'ah mengangkat

dirinya sebagai pembuat syariat baru dan sekutu bagi Allah swt.-Ini adalah satu bentuk mensyirikkan Allah. -Ia telah berlaku kepada agama samawi terdahulu

%ه لل ا م)ن د�ون �ا ب � �ه� أ *ن �ـ ب ه� و�ر� �ار� ب � � أ %خ�ذ�و-ا ٱت �� ب ر� ر� ر� ر� ر ٱ(al-Taubah: 31)

2. Pembuat bid'ah memandang agama tidak lengkap dan bertujuan melengkapinya.Allah berfirman, “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuridhai Islam itu jadi agama bagimu," (al-Maa'idah: 3)

Membuat bid'ah dalam agama Islam bererti telah menuduh Nabi saw. berkhianat dan tidak menyampaikan risalah agama secara lengkap.

3. Amalan bid'ah menyukarkan agama dan menghilangkan sifat kemudahannya.Firman Allah: "...Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...." (al-Baqarah:185)

4. Bid'ah dalam agama mematikan sunnah.Ungkapan dari kalangan salaf, "Setiap kali suatu kaum menghidupkan bid'ah maka saat itu pula mereka mematikan sunnah dengan kadar yang setara."

6. Bid'ah dalam agama membuat manusia tidak kreatif dalam urusan-urusan keduniaan.-Generasi Islam yang pertama banyak mempelopori perkara baru => peradaban yang besar => menyatukan ilmu pengetahuan dan keimanan, antara agama dan dunia seperti ilmu alam, matematika, kedoktoran dan astronomi, =>masyarakat dunia belajar tentang ilmu-ilmu itu dari kaum muslimin.-Pada masa keemasan Islam,umat Islam hanya berpegang pada nas dan Sunnah dalam urusan agama dan menciptakan hal-hal baru dalam bidang kehidupan serta kembangkan ilmu pengetahuan dan penemuan yang sedia ada.

Bid'ah dalam agama memecah belah dan menghancurkan kesatuan umat-Berpegang teguh kepada Sunnah mengukuhkan umat kerana Sunnah hanya satu, sedangkan bid'ah tidak terbilang banyaknya.