Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

16
HADIS DAN AS-SUNNAH DALAM ISLAM (BAHAGIAN 1) AISYAH NURSYAKIRAH BAHRUM M11U

description

 

Transcript of Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

Page 1: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

HADIS DAN AS-SUNNAH DALAM ISLAM (BAHAGIAN 1)

AISYAH NURSYAKIRAH BAHRUMM11U

Page 2: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

PENDAPAT AHLI HADIS MENGENAI TAKRIF HADIS

• Segala perkara yang datangnya dari nabi samada perbuatan, pengakuan, akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah samada sebelum baginda diutuskan menjadi rasul atau selepasnya.

Page 3: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

PENDAPAT AHLI USUL MENGENAI TAKRIF HADIS

• As-Sunnah al-Huda pada bentuk amalan perbuatan seperti sembahyang berjemaah, azan, iqamah dan lain-lain.

• As-Sunnah al-Zawai’d termasuk jenis pakaian, berdiri, adat atau sesuatu kebiasaan yang baginda lakukan.

Page 4: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT TAKRIF ANTARA AHLI HADIS DAN

AHLI USUL• Kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan mereka tinjau.

• Ahli hadis membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang dijadikan ikutan bagi umatnya.

• Ahli usul membahaskan rasul sebagai seorang pengatur undang-undang yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad bagi para mujtahid sesudahnya, dan menerangkan kepada manusia perlembagaan hidup

Page 5: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

Autoriti Hadis• Wajib taat kepada Rasulullah

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.“ (Surah Yusuf:108)

Page 6: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

Autoriti Hadis• Nabi sebagai pentafsir Al-Quran

“Dan Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhmmad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau memberikan penerangan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka.” (Surah An-Nahl: 44)

• Rasul sebagai peggubal undang-undang.

• Al-quran dan sunnah dari satu sumber.

Page 7: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

Fungsi As-Sunnah

• Menguatkan nas-nas Al-Quran (Contoh: Kewajipan menunaikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji).

• Menghuraikan nas-nas Al-Quran yang mujmal (Contoh: Bilangan rakaat dalam solat, cara menunaikan haji, cara menunaikan zakat dan kaedah jual-beli).

Page 8: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

Fungsi As-Sunnah

• Mengkhususkan maksud nas-nas umum.(Contoh: Allah memerintah memotong tangan pencuri, tanpa menentukan had potongan, adakah dipotong di bahu, siku, atau pergelangan tangan. Riwayat 'Umar Ibn Syu'aib."Rasulullah telah (menjatuhkan hukuman) ke atas pencuri, di mana Rasulullah telah memotong tangannya di pergelangan tangan.")

Page 9: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

Fungsi As-Sunnah• Membatasi nas Al-Quran yang

mutlak. (Contoh: makan daging dhab (biawak padang pasir), arnab, dan anak kambing dalam perut ibunya).

• Menguatkan hukum-hukum asas yang terdapat di dalam Al-Quran.(Contoh: Tidak dikenakan hukuman potong tangan jika mencuri barang yang kadar nilainya tidak mencapai kadar 1/4 dinar)

Page 10: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

PENULISAN DAN PENYUSUNAN AS-SUNNAH

Zaman Rasulullah• Abu Hurairah meriwayatkan yang bermaksud

”Rasulullah s.a.w. telah keluar kepada kami pada waktu kami sedang menulis hadith-hadith. Nabi s.a.w lalu bertanya ”Apa yang kamu semua tulis ini ?” Jawap kami; ‘hadith-hadith yang kami ambil dari tuan’. Sabda Nabi s.a.w ”Sebuah kitab yang lain dari kitabullah? Tahukah kamu bahawa sebab mengapa orang-orang terdahulu menjadi sesat ialah kerana mereka menulis kitab-kitab lain di samping Kitabullah ta’ala.”

• Nabi melarang para sahabat menulis atau menyalin selain dari Al-Quran kerana bimbang ada percampuran antara Al-Quran dan hadis dan tidak ramai para sahabat yang tahu membaca dan menulis.

Page 11: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

PENULISAN DAN PENYUSUNAN AS-SUNNAH

Zaman Sahabat• Para sahabat mengambil inisiatif untuk

mengusahakan pengumpulan dan pencatatan Hadis walaupun tidak diarah oleh Rasulullah s.a.w. Antara sebabnya ialah mereka semua menyedari bahawa baginda merupakan model yang terbaik dan sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh umat Islam. Ini ditambah dengan seruan al-Quran sendiri agar umat Islam mengambil apa sahaja yang bersumberkan diri baginda.

• Para khalifah menegah para sahabat yang lain daripada banyak memperkatakan dan mengeluarkan hadis. Mereka begitu teliti dan ditentukan syaratnya seperti seorang saksi atau sumpah ketika hendak mengeluarkan hadis.

Page 12: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

PENULISAN DAN PENYUSUNAN AS-SUNNAH

Zaman Tabiien • Tabiien bermaksud muslim yang bertemu dengan

sahabat, berguru dan belajar kepada sahabat, tapi tidak bertemu dengan Nabi dan tidak pula sezaman dengan Nabi.

• Mula menyusun hadis disebabkan:1. Perpecahan kalangan orang Islam dengan lahirnya

puak Jamhur, Syiah dan Khawarij.2. Peranan hadis semakin menonjol apabila sahabat

menghadapi masalah untuk menyelesaikan kes-kes yang tidak dinyatakan dalam al-Quran secara khusus.

3. Al-Qur·an sudah dibukukan dalam mushaf, sehingga tidak ada lagi kebimbangan tercampur dengan hadis bila hadis dibukukan.

4. Ulama hadis berkurang kerana wafat dalam peperangan.

Page 13: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

PENULISAN DAN PENYUSUNAN AS-SUNNAH

Zaman Umaiyah• As-sunnah dibukukan secara rasminya pada zaman

pemerintahan Umar Ibn Abdul Aziz. • Beliau mengutuskan surat kepada ulama' agar

mengumpulkan hadith Rasulullah s.a.w. seperti surat beliau kepada Abi Bakar Ibn Muhammad Ibn ' Amru Ibn Hazmi, ketika itu menjadi qadhi di Madinah. Begitu juga Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz telah mengutuskan surat kepada Muhammad Ibn Syihab al-Zuhri agar mengumpulkan hadith.

• Kitab hadis yang paling tua ialah Al-Muwatta yang disusun oleh Imam Malik.

Page 14: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

PENULISAN DAN PENYUSUNAN AS-SUNNAH

Zaman Abassiyah• Muncul golongan ulama yang mengumpulkan

hadis. Ulama Tahun Lokasi

Ibn Juraij 150 H Makkah

Abu Ishaq 151 H Madinah

Imam Malik 179 H Madinah

Ar-Rabi ibn Syabih 160 H Basrah

Hammad ibn Salamah 176 H Basrah

Sufyan As-Sauri 116 H Kufah

Al-Auzaie 156 H Syam

Page 15: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

PENULISAN DAN PENYUSUNAN AS-SUNNAH

Penulis Karya

Imam Bukhari Kitab al-Jami' as-Sahih (Sahih al-Imam al-Bukhari)

Imam Muslim Kitab al-Jami' as-Sahih (Sahih Muslim)

Imam Nasai Kitab Sunan an-Nasai

Imam Abu Daud Kitab Sunan Abi Daud

Imam Tirmidzi Kitab Sunan at-Tirmizi

Imam Ibnu Majah Kitab Sunan Ibnu Majah

•Ada beberapa buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia. Enam kitab di bawah ini dikenali sebagai Sunan Sittah.

Page 16: Hadis dan As Sunnah Dalam Islam

Sesi Soal Jawab