Post on 22-Dec-2015
description
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
K.M 7.75, Jalan Kluang,
83009 Batu Pahat, Johor.
Kepada :
Koh Kok Wei
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn 07 Ogos 2012
Tuan,
PENUTUPAN PROGRAM CERAMAH BINA INSAN GURU
Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Unit GERKO Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn akan mengadakan ceramah Bina Insan Guru (BIG) Fasa kedua bagi kumpulan guru pelatih PISMP ambilan Januari 2012. Program tersebut adalah seperti yang berikut :
Tarikh : 7 September 2012
Masa : 2.45 pm – 6.30 pm
Tempat : Dewan Seri Budiman, IPTHO
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan untuk menutup rasmi majlis ceramah ini. besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk menyempurnakan majlis penutupan seperti yang tercatat.
4. Bersama-sama ini juga disertakan aturcara majlis untuk makluman tuan.
5. Perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Disediakan oleh,
______________
(NG CHAI SUAN)
Setiausaha jawatankuasa BIG
TARIKH HARI MASA TENTATIF7 September 2012
Jumaat
2.30 petang
2.45 petang
2.50 petang
3.00 petang
3.50 petang
4.00 petang
4.50 petang
5.00 petang
5.10 petang
6.10 petang
6.30 petang
Ketibaan para peserta program BIG
Ketibaan Tutor dan Penceramah jemputan
Ucapan pengerusi majlis
Slot 1: “Pembinaan Insan Guru yang Seimbang”Penceramah:
Sesi soal jawab dibuka
Slot 2: “Guru dan Hubungan Komuniti”Penceramah:
Sesi soal jawab dibuka
Ketibaan En. Koh Kok Hwee, Timbalan Pengarah IPTHO diiringi oleh Penyelaras BIG, KU GERKO dan pensyarah-pensyarah Unit GERKO
Slot 3: “Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme”Penceramah:
Sesi soal jawab dibuka
Penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan.
Penyampaian cenderamata kepada En. Koh Kok Hwee, Timbalan Pengarah IPTHO.
Ucapan Perasmian Penutup oleh En. Koh Kok Hwee, Timbalan Pengarah,