Post on 03-May-2019
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN
BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS
ZAIDAH BINTI AWANG
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iii
DEDIKASI
Buat ma dan abah yang dikasihi dan dihormati:
En Awang bin Saman
Pn Siti Noriah binti Derahaman
Juga kepada insan yang banyak membantu, menyokong dan prihatin pada diri ini:
Keluarga tercinta:
(Asiah & Azman, Azimah & Amran ,
Zaleha & Zool Fadli, Ismail, Ibrahim, Mohd Zamri serta keluarga)
Junainah binti Othman
Hidayah binti Subakir
Suhailah binti Samson
Nur Faizah binti Zainal Abidin
Rakan-rakan dan teman yang dikasihi
Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Dikesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pembimbing yang saya kasihi dan hormati Prof.
Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas segala ilmu, bimbingan, nasihat, tunjuk
ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan seperjuangan, peserta
kajian yang memberikan kerjasama dengan baik dalam menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat, segala jasa yang diberi amat
dihargai.
v
ABSTRAK
Kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik
perhatian penyelidik. Kajian tahap kefahaman proses sains iaitu kemahiran
mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains telah
dijalankan. Seramai 39 orang peserta kajian daripada Program Pendidikan Sains
terlibat dalam kajian ini. Terdapat tiga pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu
tahun pengajian, latar belakang akademik dan PNGK. Kajian ini berbentuk tinjauan
dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran
Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi (USAINS) dengan nilai
kebolehpercayaan iaitu α= .707. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min,
sisihan lazim telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan
berkomunikasi secara keseluruhannya adalah baik. Kajian ini juga mendapati tidak
terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan
berkomunikasi merentas tahun pengajian iaitu pelajar 3SPN dan pelajar 4SPN berada
pada tahap kefahaman baik tetapi terdapat perbezaan dalam merentas latar belakang
akademik dan PNGK. Pelajar berlatar belakang akademik STPM dan Diploma
berada pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar berlatar belakang
akademik Matrikulasi berada pada tahap kefahaman baik. Di samping itu, pelajar
yang mempunyai PNGK lebih besar atau sama dengan 3.67 (PNGK≥3.67) berada
pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar yang mempunyai PNGK lebih
kecil atau sama dengan 3.66 tetapi lebih besar atau sama dengan 3.00
(3.00≤PNGK≤3.66) berada pada tahap kefahaman baik.
vi
ABSTRACT
The level of understanding towards scientific skills has become an interest
among researchers. A study was conducted among future science teacher to
determine the level of understanding in the science process which involved the skill
of the students in operational definition skill and communication skill. Thirty nine
respondents from the science education program were involved in this study. The
three independent variables for this survey are year of study, academic background
and CGPA. This is a survey research and the research instrument used is the Ujian
Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan
Berkomunikasi (USAINS) with the reliability test is α= .707. The descriptive
statistical analysis used is in the form of mean and standard deviation. The results
indicate that the understanding level in operational definition skill and
communication skill are good. In addition, this study also shows that there is no
difference in the level of understanding in operational definition skill and
communication skill across the year of study regarding 3SPN and 4SPN students are
at the good level but exist a difference across academic background and CGPA.
Results for students with STPM and Diploma background are at the excellent level
whereas the Matriculation academic background students are at a good level. In
addition, the students who obtained CGPA greater than or equal to 3.67 (CGPA
≥3.67) are at the excellent level whereas the students who obtained CGPA lower than
or equal to 3.66 but greater than or equal to 3.00 (3.00≤CGPA≤3.66) are at the good
level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN TATANAMA xiii
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
xv
xvi
1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.1.1 Kurang Penguasaan Mata Pelajaran Sains
Dalam Kalangan Guru
2
1.1.2 Kaedah Pengajaran Guru Yang Kurang
Berkesan
5
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Rangka Kerja Konsep 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Pelajar Pendidikan / Bakal Guru 10
viii
1.6.2 Pensyarah 10
1.6.3 Fakulti Pendidikan 11
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Andaian Kajian 12
1.9 Batasan Kajian 12
1.10 Takrifan 13
1.10.1 Tahap Kefahaman 13
1.10.2 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 14
1.10.3 Kemahiran Berkomunikasi 14
1.10.4 Tahun Pengajian 15
1.11 Rumusan 15
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan 17
2.1 Teori Berkaitan Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi
17
2.1.1 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 17
2.1.2 Kepentingan Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi
19
2.1.3 Langkah-langkah Menguasai Kemahiran
Mentakrif Secara Operasi
20
2.1.4 Contoh Soalan Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi
21
2.2 Teori Berkaitan Kemahiran Berkomunikasi 21
2.2.1 Kemahiran Berkomunikasi 21
2.2.2 Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi 23
2.2.3 Pendekatan Menguasai Kemahiran
Berkomunikasi
24
2.2.4 Contoh Soalan Kemahiran Berkomunikasi 25
2.3 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Proses Sains
(KPS) Dalam Negara
26
2.4 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi Dalam Negara
27
ix
2.5 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi Luar Negara
28
2.6 Rumusan 30
3 PENGKAEDAHAN
3.0 Pendahuluan 31
3.1 Reka bentuk kajian 31
3.2 Peserta kajian 32
3.3 Alat kajian 33
3.4 Tatacara kajian 36
3.4.1 Kajian Rintis 36
3.4.2 Kajian Sebenar 36
3.5 Analisis data 37
3.6 Rumusan 40
4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 42
4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi
42
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi Merentas Tahun Pengajian
44
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi Merentas Latar Belakang
Akademik
45
4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi Merentas PNGK
48
4.5 Rumusan 50
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan
5.1 Ringkasan
51
51
5.2 Kesimpulan 53
5.3 Perbincangan 55
x
5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi
55
5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif
Secara Operasi dan Berkomunikasi Merentas
Tahun Pengajian
58
5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi Merentas Latar
Belakang Akademik
61
5.3.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi Merentas PNGK
64
5.4 Implikasi 66
5.1.1 Pelajar 66
5.4.2 Fakulti Pendidikan 67
5.4.3 Pensyarah 67
5.4.4 Kurikulum 68
5.5 Cadangan 69
5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 72
5.7 Rumusan 73
RUJUKAN 74
LAMPIRAN 78
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK HALAMAN
2.1 Keputusan eksperimen untuk mengkaji hubungan
antara panjang bandul dengan tempoh bagi 10
ayunan bandul
24
3.1
Bilangan peserta kajian mengikut tahun
pengajian
32
3.2 Item-item kemahiran mentakrif secara operasi 35
3.3 Item-item kemahiran berkomunikasi 35
3.4 Jadual sistem gred dan nilai Universiti Teknologi
Malaysia
38
3.5 Pemeringkatan tahap kefahaman bagi setiap
kemahiran mentakrif secara operasi dan
berkomunikasi
38
3.6 Pemeringkatan tahap kefahaman bagi kedua-dua
kemahiran mentakrif secara operasi dan
berkomunikasi
39
4.1 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman
kemahiran mentakrif secara operasi dan
berkomunikasi
43
4.2 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman
kemahiran mentakrif secara operasi dan
berkomunikasi merentas tahun pengajian
44
4.3 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman
kemahiran mentakrif secara operasi dan
berkomunikasi merentas latar belakang akademik
46
xii
4.4 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman
kemahiran mentakrif secara operasi dan
berkomunikasi merentas PNGK
48
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK HALAMAN
1.0 Rangka kerja konsep 9
2.1 Graf masa graf masa bagi sepuluh ayunan
lengkap melawan panjang tali bandul
24
3.1 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran
mentakrif secara operasi
34
3.2 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran
berkomunikasi
34
xiv
SENARAI SINGKATAN NAMA
CGPA - Cumulative Grade Point Average
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPSN - Falsafah Pendidikan Sains Negara
IPT - Institusi Pendidikan Tinggi
KBSM - Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPS - Kemahiran Proses Sains
KS - Kemahiran Saintifik
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
M - Min
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
R&D - Penyelidikan dan Pembangunan
SL - Sisihan Lazim
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik/
Matematik)
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Fizik)
SPSS Statistical Package For Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
USAINS - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kefahaman
Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan
Berkomunikasi
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK HALAMAN
1.0 Rangka kerja konsep 9
2.1 Graf masa graf masa bagi sepuluh ayunan
lengkap melawan panjang tali bandul
24
3.1 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran
mentakrif secara operasi
34
3.2 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran
berkomunikasi
34
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK HALAMAN
A Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman
Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara
Operasi dan Berkomunikasi (USAINS)
79
B Jawapan bagi soalan USAINS 96
C Surat Pengesahan Alat Kajian Projek Sarjana
Muda
97
D Pengesahan pakar bidang bagi soalan USAINS 98
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Perdana menteri Malaysia pada 28.1.1991 telah menyatakan hasratnya untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Antara initipati
ucapan belia ialah untuk “mewujudkan masyarakat yang saintifik yang progresif,
yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah sebagai penyumbang kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Mohd Najib, 1999:87)”. Oleh itu,
Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang ke arah status negara maju perlu
melahirkan masyarakat yang saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan
yang tinggi, memandang jauh kehadapan serta menyumbang kepada perkembangan
tamadun sains dan teknologi untuk mengambil bahagian dalam abad ke-21 ini.
Dalam objektif mata pelajaran sains yang dipetik daripada Huraian Sukatan
Pelajaran Sains Tingkatan Empat 2001, ada dinyatakan dengan jelas objektif mata
pelajaran sains iaitu “menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik”. Di
samping “mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif
berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam menyelesaikan masalah, membuat
keputusan dan mengkonsepsikan”. Hal ini berketepatan dengan Kurikulum Sains
2
Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia yang memberi penekanan kepada
penguasaan Kemahiran Saintifik (KS).
Penguasaan KS ini amat penting kerana ia merupakan salah satu keperluan
dalam Kurikulum Sains. Sebagaimana dalam Kurikulum Sains KBSR, beberapa
aspek penting turut terlibat dalam Kurikulum Sains KBSM. Aspek penting ini
merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai. Hal ini adalah
bertujuan memperkembangkan lagi potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu
bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sahsiah. Di samping memenuhi Falsafah Pendidikan Sains Negara yang
bertujuan memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta
dapat menguasai ilmu sains dan berketerampilan teknologi.
1.1 Latar Belakang Masalah
Terdapat dua faktor yang akan dibincangkan oleh penyelidik iaitu masalah
kurangnya penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan guru dan kaedah
pengajaran guru yang kurang berkesan.
1.1.1 Kurangnya Penguasaan Mata Pelajaran Sains dalam Kalangan Guru
Guru adalah pendidik yang berilmu pengetahuan. Mereka dilatih untuk
menguasai kemahiran yang diajar dan diberi tugas untuk menyampaikan ilmu kepada
pelajar. Namun timbul persoalan tentang tahap kefahaman yang ada pada bakal
guru dalam memahami dan menguasai kemahiran saintifik.
3
“Institusi pendidikan tinggi adalah tempat pelajar dianggap telah mencapai
tahap kematangan fizikal dan emosi. Keluaran daripada IPT juga akan
menjadi pelaksana program negara. Sekiranya mereka kekurangan idea, tidak
kreatif dan inovatif, maka hasrat kerajaan menuju wawasan 2020 mungkin
terbantut”.
(Mohd Najib, 1999:88)
Berdasarkan pernyataan di atas, seseorang bakal guru atau guru itu sendiri
harus menguasai dan mempersiapkan diri dengan ilmu yang lebih daripada pelajar
supaya pelajar dapat menerima dan memanfaatkan ilmu yang disampaikan. Hal ini
adalah berketepatan dengan masalah yang timbul dalam kalangan guru-guru iaitu
kurangnya penguasaan dalam mata pelajaran yang diajar disamping kelemahan
dalam pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi, jika guru
kurang menguasai mata pelajaran sains, maka ia akan mengganggu penyampaian
guru untuk menerangkan sesuatu fakta semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Langkah KPM memberi inisiatif dan kemudahan kepada guru sains dan
matematik adalah supaya guru-guru dapat mengajar dengan baik dalam Bahasa
Inggeris seperti memberikan komputer riba dan mengikuti kursus pengusaan Bahasa
Inggeris adalah wajar. Ini kerana, jika guru kurang menguasai mata pelajaran sains
secara tidak langsung ia akan menyebabkan ilmu KS guru juga adalah kurang
seterusnya pelajar tidak dapat menguasai ilmu dengan sempurna.
“Guru perlu menerapkan konsep KS yang berasaskan sains dan teknologi
dalam pengajaran mereka (Mohd Najib, 1999:88)”. Kebolehan guru dalam
menerapkan konsep KS yang berasaskan sains dan teknologi dalam pengajaran sains
dengan berkesan adalah sangat penting bagi membolehkan pelajar mengetahui dan
memahami tentang sains dan teknologi. Oleh sebab itu, penguasaan yang baik dalam
Bahasa Inggeris penting bagi memudahkan guru memberi penerangan dan seterusnya
dapat menerapkan konsep KS yang berasaskan sains dan teknologi dalam pengajaran
sains dalam Bahasa Inggeris.
4
Objektif ketiga mata pelajaran sains adalah menguasai kemahiran berfikir dan
kemahiran saintifik.
“Kegagalan pelajar dan guru menguasai KS akan mengakibatkan kegagalan
penerapannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran”.
(Tan et al, 2001:2)
Berdasarkan kenyataan di atas, penguasaan kemahiran saintifik penting dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru dalam menguasai kemahiran
saintifik akan menyebabkan kegagalan dalam mata pelajaran sains. Ini kerana
pembelajaran sains memerlukan penguasaan kemahiran saintifik dalam
menyelesaikan sesuatu masalah sains. Sekiranya guru dan pelajar kurang menguasai
kemahiran saintifik, maka objektif mata pelajaran sains turut terjejas. Seterusnya
akan timbul masalah kurangnya penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan
guru di sekolah.
“Kemahiran proses sains penting bagi perlaksanaan aktiviti saintifik. Kaedah
terbaik mengajar kemahiran proses ialah secara membiarkan pelajar
melaksanakan penyiasatan saintifik sambil pengajar menunjuk dan
menerangkan kepada mereka kemahiran proses yang mereka gunakan semasa
melaksanakan penyiasatan saintifik. Keupayaan berkomunikasi dalam apa jua
bentuk samada secara lisan, penulisan, gerak tubuh atau secara simbol
merupakan satu kemahiran proses yang penting dalam pembelajaran sains.
Tanpanya tidak mungkin pembelajaran sains boleh berlaku dengan berkesan”.
(Zol Azlan, 2000:2)
Berdasarkan pernyataan di atas, kemahiran proses sains seseorang guru
adalah penting bagi membantu pelajar menjalankan sebarang aktiviti penyelidikan
dengan berkesan. Kemahiran berkomunikasi yang baik perlu ada pada guru supaya
pembelajaran sains boleh berlaku dengan baik serta dapat menyelesaikan masalah
yang timbul dalam pembelajaran sains.
5
1.1.2 Kaedah Pengajaran Guru Yang Kurang Berkesan
Konsep pengajaran dan pembelajaran yang efektif adalah penting bagi
menjamin keberkesanan penyampaian dan penerimaan ilmu pengetahuan.
Pengajaran adalah proses penyampaian kemahiran atau ilmu pengetahuan manakala
pembelajaran adalah proses perolehan kemahiran atau ilmu pengetahuan yang
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran guru yang
berkesan menjamin penerimaan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Keberkesanan
pengajaran guru di sekolah dipersoalkan sama ada kaedah yang digunakan adalah
sesuai atau sebaliknya.
“Ramai dalam kalangan guru masih menggunakan kaedah tradisi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sains (Zurida, 1998:109)”. Kaedah tradisi ini
adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru dimana guru
tidak melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini
bermaksud tiada penekanan terhadap kesepaduan domain afektif, kognitif dan
psikomotor pelajar. Oleh itu, penekanan kepada prinsip-prinsip pembelajaran perlu
diambil kira supaya pembelajaran boleh berlaku secara berkesan. Salah satu prinsip
pembelajaran adalah penglibatan semua aspek.
“Bagi menjamin pembelajaran yang berkesan, semua aspek seseorang
individu perlu terlibat. Sekiranya murid itu meminati topik (aspek afektif),
dia akan memperoleh fahaman yang lebih cepat (kognitif). Aspek
psikomotor juga terlibat apabila murid itu mencatat nota atau menaip
laporan”.
(Ee, 2000:12)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aspek afektif, kognitif
dan psikomotor akan menyebabkan perkara yang dipelajari diingati dengan lebih
lama tetapi jika pengajaran yang hanya berdasarkan syarahan atau penerangan tanpa
melibatkan pelajar melakukan aktiviti, proses pembelajaran sebegini akan
menimbulkan rasa bosan dalam diri pelajar dan seterusnya tidak menggalakkan
pembelajaran. Kesannya, pelajar akan menjadi malas dan seterusnya proses
6
penerimaan pengetahuan tidak akan tercapai jika kaedah pengajaran yang kurang
berkesan masih lagi digunakan. Jadi, guru perlu melibatkan pelajar secara aktif
dalam proses pembelajaran sains supaya kemahiran proses sains dapat diterapkan
pada tahap yang maksimum supaya mencapai objektif kurikulum sains iaitu
“membolehkan pelajar menguasai kemahiran saintifik (KS), memperkukuhkan teori
dan konsep sains serta memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2003:5)”. Oleh itu, guru perlu mengubah kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar secara aktif.
1.2 Pernyataan Masalah
Kurangnya penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan guru dan kaedah
pengajaran guru yang kurang berkesan akan menjejaskan objektif mata pelajaran
sains. Dalam kajian ini, penyelidik berminat untuk mengkaji masalah kurangnya
pemahaman tentang KPS dalam kalangan bakal guru sains khususnya dalam
kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi.
1.3 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini ialah:
1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi
dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
2. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif
secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan kalangan bakal
7
guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas tahun
pengajian.
3. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif
secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas latar belakang
akademik.
4. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif
secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas PNGK.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini diharap dapat membantu memberikan maklumat yang berguna
terhadap beberapa persoalan. Antaranya:
1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan
berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai?
2. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif
secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas tahun pengajian?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif
secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas latar belakang
akademik?
8
4. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif
secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas PNGK?
1.5 Rangka Kerja Konsep
Rangka kerja konsep dalam Rajah 1.0 ialah susunan idea yang ingin
dilakukan oleh penyelidik dalam mengkaji tahap kefahaman kemahiran mentakrif
secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains UTM. Tahap
kefahaman peserta kajian ini akan diukur menggunakan alat kajian yang dinamakan
Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan
Berkomunikasi (USAINS). Tahap kefahaman akan dikelaskan kepada Cemerlang,
Baik, Sederhana, Lemah, dan Sangat Lemah. Pembolehubah bersandar dalam kajian
ini adalah tahap kefahaman pelajar manakala pembolehubah bebas adalah tahun
pengajian, latar belakang akademik dan PNGK.