Post on 23-Apr-2019
TAJUK PROJEK:
KNOWLEDGE TRANSFER IN RELATION TO WATER CATCHMENT MANAGEMENT
KOD PROJEK:
I-GT/5 (USM-11)
IPTA:
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KETUA PROJEK:
PROFESOR IR. DR. HJ. MD AZLIN MD SAID
AKADEMIA:
PROFESOR DR. HJ. ISMAIL ABUSTAN
PROFESOR MADYA DR. ROZI ABDULLAH
PROFESOR IR DR. HJ. MOHD NORDIN ADLAN
RAKAN INDUSTRI:
LEMBAGA AIR PERAK
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU
TEMPOH PROJEK:
1 JUN 2011 – 31 MEI 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Projek ini bermatlamat untuk memindahkan ilmu mengenai kesedaran kesan daripada kemusnahan
tanah di kawasan empangan air dan impaknya kepada sumber air. Selain itu, projek ini juga
bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai manfaat dan kaedah menilai, menghargai dan
melindungi sumber air di kawasan empangan serta membangunkan kerjasama antara Lembaga Air
Perak dan Universiti Sains Malaysia berkaitan dengan sumber air dan bekalan air, teknologi serta
kejuruteraan yang berkaitan. Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini adalah ilmu mengenai
kaedah penyelidikan, kaedah menilai dan teknik bagi menangani masalah teknikal. Pemindahan
ilmu tersebut telah membantu industri menentukan punca dan menilai tahap mendapan empangan.
Perkara ini adalah kerana pemendapan menyebabkan pengurangan kapasiti simpanan air di dalam
kawasan takungan air. Dengan adanya pemindahan ilmu yang disampaikan ini sekaligus telah
dapat membantu Lembaga Air Perak menangani isu bekalan air yang kini semakin berkurangan.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Memberi kesedaran mengenai kesan degradisi tanah dalam kawasan
tadahan air, serta kesan-kesannya terhadap sumber air. 2) Meningkatkan kefahaman dalam kaedah menaksir, menilai dan
melindungi sumber air di dalam kawasan tadahan air. 3) Mewujudkan usaha sama penyelidikan yang kukuh antara LAP dan USM
bagi sumber dan pembekalan air, kejuruteraan dan teknologi yang berkaitan.
4) Mengesan aktiviti-aktiviti pemindahan ilmu pengetahuan.
SUMBER
Jumlah Geran yang diluluskan : RM 147,000.00
Upah dan Elaun (Graduan Pelatih) : RM 72,000.00 Perjalanan dan Pengangkutan : RM 12,000.00 Perhubungan dan utiliti : RM 1,000.00 Sewa : RM 40,000.00 Bekalan dan bahan penyelidikan : RM 10,000.00 Perkhidmatan Ikhtisas : RM 12,000.00
AKTIVITI
1) Bagi mencapai objektif, beberapa mesyuarat dan seminar telah
dijalankan bagi menilai kesan kemusnahan tanah terhadap kawasan empangan air dan sumber air. Ilmu yang diperolehi daripada projek terdahulu dipindahkan kepada peserta melalui pembentangan oleh pensyarah USM dan kakitangan LAP. Hasil yang diperolehi digunakan untuk merangka perancangan bagi mengatasi isu-isu kemusnahan tanah di kawasan empangan air.
2) Beberapa bengkel telah diadakan iaitu: a) Bengkel Kualiti Air (Water Quality Workshop) - Bengkel ini adalah
untuk pemindahan ilmu berkaitan isu kualiti air di kawasan empangan.
b) Bengkel Penderiaan Jauh dan GIS (Remote Sensing and GIS) - Bengkel adalah berkaitan pengetahuan untuk menganalisis imej-imej penderiaan jauh bagi penilaian alam sekitar yang berkaitan dengan hakisan tanah, sumber air dan proses pemendapan.
c) Bengkel Pemprofilan Terkini (Current Profiling) - Bengkel adalah mengenai pemindahan pengetahuan berkaitan pengukuran aliran air menggunakan teknologi baru seperti ADCP.
d) Bengkel Tahap Simpanan Berperingkat dan Pengukuran Kapasiti -
Bengkel adalah mengenai kaedah untuk mengira jumlah penyimpanan/kapasiti air berdasarkan julat paras air di empangan.
e) Bengkel Mendapan (Sedimentation) - Bengkel mengenai kaedah pengukuran aras sungai dan dasar tasik.
3) Bagi menjana potensi penemuan baru, hubungan dan kerjasama terus
antara industri dan akademia telah dibangunkan. Kerjasama penyelidikan, pertukaran pendapat dan cadangan telah dibuat bagi mencari idea-idea baru di samping menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.
4) Satu pangkalan data web telah dibangunkan bagi merekod dan menguruskan aktiviti pemindahan pengetahuan dan pengalaman yang dirancang. Pangkalan data ini juga boleh berfungsi sebagai aspek utama dalam perkongsian dan penyebaran maklumat.
OUTPUT
Industri: 1) Kos selenggaraan kawalan endapan telah dapat dikurangkan. Analisis
kapasiti takungan telah dijalankan di mana kerugian kapasiti tahunan disebabkan oleh pemendapan.
2) Pengukuran kapasiti menggunakan SonTek/YSI RiverSurveyor-S5 ADCP pada empangan dan pengukuran Remotely Controlled Deep Water Acoustic Bathymetry System (RC_DWABS) pada air takungan. Analisis kapasiti yang telah dibuat menggunakan data SPOT 5 remote dan ARCGIS Software menunjukkan perbezaan jumlah dari adalah sebanyak RM2,077.15 juta iaitu pengurangan 7.17% daripada kapasiti asal.
3) Pemindahan ilmu, penilaian dan teknik menangani masalah teknikal membantu LAP menentukan punca dan menilai tahap mendapan di Empangan Sultan Azlan Shah.
4) Industri telah dapat memanfaatkan 40% ilmu taktikal kepada strategi yang dipindahkan oleh IPTA.
5) Kesedaran pekerja mengenai kepentingan teknologi terkini telah meningkat sebanyak 15% melalui pemindahan ilmu dan juga kepakaran.
6) Peningkatan daya kreativiti pekerja melakukan kerja pemetaan dan pensampelan.
IPTA:
1) Pengetahuan tentang penambahbaikan teknologi sumber air dengan kaedah pembinaan empangan yang lebih dalam telah meningkat sebanyak 5%.
Pembangunan Modal Insan: 1) Kemahiran insaniah dan kemahiran kendiri Graduan Pelatih telah
meningkat sebanyak 5% melalui Bengkel Penderiaan Jauh dan Bengkel GIS yang dibangunkan melalui projek ini.
2) Pembelajaran berterusan telah berjaya ditingkatkan sebanyak 10% melalui bengkel-bengkel yang telah diadakan.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2) LEMBAGA AIR PERAK 3) EMPANGAN SULTAN AZLAN SHAH
OUTCOME
Industri:
1) LAP dapat memahami dan memperolehi maklumat penting hasil daripada pemindahan ilmu mengenai kualiti air, pemendapan, anggaran kapasiti takungan, penderiaan jauh dan teknologi GIS dalam mengendalikan sumber air.
2) Penilaian mendapan dalam takungan air empangan dapat membantu dalam pengurusan empangan.
3) Mengurangkan kos penyelenggaraan bagi pengawalan pemendapan. 4) Memindahkan ilmu daripada universiti kepada industri dalam bidang
berkaitan dengan industri air untuk rekaan takungan air, operasi dan penyelenggaraan (O&M).
5) Peningkatan kecekapan dengan wujudnya sistem GIS yang lengkap. 6) Menjimatkan masa mencari maklumat dengan adanya sistem GIS yang
lengkap. 7) Menjimatkan tenaga kerja bagi kerja-kerja pemetaan. 8) Peningkatan kualiti perkhidmatan dengan pelanggan. 9) Meningkatkan kualiti air bersih. 10) Membolehkan pemprosesan maklumat dengan segera. 11) Meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan
IPTA:
1) Pengetahuan terkini mengenai sumber air terutama berkaitan dengan empangan air.
2) Potensi Graduan Pelatih dalam meningkatkan kemahiran insaniah dan kemahiran interpersonal.
3) Potensi kerjasama di antara IPTA dan industri. Pembangunan Modal Insan:
1. Graduan Pelatih mempunyai pengetahuan dalam bidang analisa data spatial, pemendapan dan penilaian empangan.
2. Memperolehi pengalaman yang boleh digunakan dalam industri.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK
A) Laporan Berkala Dari Ketua Projek
KETUA PROJEK TAJUK PROJEK PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN Akhir
Profesor Ir. Dr. Haji Md Azlin Md Said
Knowledge Transfer in Relation To Water Catchment Management
B) Laporan Berkala Dari Industri
KETUA PROJEK TAJUK PROJEK 6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN AKHIR
Profesor Ir. Dr. Haji Md Azlin Md Said
Knowledge Transfer in Relation To Water Catchment Management
Laporan dihantar Tiada penghantaran laporan Projek telah tamat
4. ANALISIS PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Lembaga Air Perak Tarikh Lawatan : 21 November 2014 Panel Penilai : 1) Dr. Oskar Hasdinor Hassan (UITM) 2) Profesor Madya Dr. Mohd Fauzi Sedon @ M.Dom (UPSI)
Analisis Keseluruhan Penilaian (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian daripada pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 31% 30%
B AKADEMIA (10%) 8% 9%
C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 7%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8% 7%
E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 24% 24%
MARKAH KESELURUHAN (%) 79% 78%
MARKAH SELEPAS KUMULATIF 76%
Penilaian daripada pihak Industri terhadap eleman yang ditetapkan:
A) Penilaian Ilmu Yang Dipindahkan (Akademia)
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada organisasi
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing organisasi bagi menyelesaikan masalah sepertimana yang dikehendaki oleh organisasi
4/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 4/5
B) Penilaian Ilmu Yang Dipindahkan (Organisasi/Industri/Komuniti)
BIL
PENILAIAN ORGANISASI/INDUSTRI/KOMUNITI
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
4/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh syarikat/ komuniti.
4/5
C) Penilaian Ilmu Yang Dipindahkan (Graduan Pelatih)
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diprolehi oleh graduan pelatih daripada projek
4/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
4/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
4/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek
Lembaga Air Perak amat berpuas hati daripada outcome projek. Projek yang dilaksanakan dapat membantu
Lembaga Air Perak menstrategi tindakan masa hadapan bagi menangani isu yang dihadapi.
Komen Dari Panel Pakar KTP
Berdasarkan daripada keseluruhan penilaian, projek ini berada di kategori Hijau. Projek ini telah meningkatkan dan memperkayakan pemindahan ilmu dan dilihat mempunyai nilai tambah kepada Industri.
LAMPIRAN
Lawatan panel penilai KTP Pemantauan: Ketua projek sedang menerangkan mengenai projek yang telah
dijalankan.
Temubual antara akademia, panel penilai dan rakan industri.
Projek rintis Program Pemindahan Ilmu ini telah bermula pada 1 Jun 2011.
Keadaan degradisi tanah yang berlaku di kawasan tadahan [Teknik penderiaan jauh telah digunakan
untuk mengenal pasti dan menilai degradisi]
Tinjauan bagi mengenal pasti punca dan tahap mendapan di kawasan Tadahan Air Empangan Sultan
Azlan Shah