Tanam Sendiri Kohlrabi

Post on 24-May-2015

445 views 2 download

description

Cara menanam kohlrabi di rumah. Benih kohlrabi boleh didapati di tanamsendiri.com

Transcript of Tanam Sendiri Kohlrabi

Tanam Sendiri Kohlrabi

Iskandar Ab Rashidhttp://www.tanamsendiri.com

Pengenalan

Kohlrabi adalah daripada keluarga kobis. Bahagian batangnya yang bengkak adalah bahagian yang dimakan. Walaupun Kohlrabi jarang ditanam di negara kita, jangan risau kerana ia sesuai ditanam. Ia tahan panas dan kering.

Tanah

Kohlrabi tidak perlukan tanah yang dalam. Akarnya tidak tumbuh dalam. Gunakan tanah yang kaya dengan organik. Jika telah tanam kobis atau kailan sebelum ini, tambahkan baja organik dan biarkan selama 1 hingga 2 minggu.

Lokasi

Pilih lokasi yang mendapat cahaya sepenuhnya, dan tidak terlindung.

Menyemai

Semai benih sedalam 1 cm. Jarakkan antara benih 15 cm. Jika tanam atas tanah, semai dalam barisan. Jarakkan antara barisan 30 cm. Benih kan bercambah antara 1 hingga 7 hari.

Penjagaan

Siram sekurang-kurangnya sekali sehari di sebelah pagi. Merumpat apabila perlu, atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Tuai

Kohlrabi dapat dituai kira-kira 80 hari selepas disemai. Kalau tanam sendiri jangan tunggu terlalu besar sebab ia akan berserat dan rasanya menjadi terlalu kuat. Saiz paling enak ialah apabila batangnya sebesar bola tennis.

Penyakit

Kohlrabi mungkin diserang makhluk perosak atau penyakit yang lazimnya menyerang pokok kobis dan kailan.