Post on 19-Jun-2015
description
TEKANAN UDARA DAN EDARAN UMUM ATMOSFERA
Konsep Tekanan Udara
Merujuk kepada daya yang terdapat pada sesuatu turus udara terhadap kawasan dibawahnya.
Udara tertakluk kepada hukum gas Daya dan tekanan berubah mengikut ketinggian.
Tekanan udara mempunyai kaitan dengan taburan tenaga dan kelembapan.
Terdapat hubungan songsang antara suhu dengan tekanan udara.
Tekanan udara juga mempunyai perkaitan dengan pembentukan angin.
Taburan Tekanan Udara Global
Faktor
yang mempeng
a-ruhi
Taburan
daratan dan lautan
Taburan suhu globalLatitud
Kaedah
• Menggunakan peta garisan setekanan udara (isobar)
• Isobar ialah garisan yang dilukis di atas peta cuaca yang menghubungkan nilai-nilai tekanan udara yang sama di sesuatu kawasan.
• Isobar menggunakan unit milibar (mb).• Jarak antara isobar menunjukkan nilai daya
cerun tekanan.
Pusat Tekanan Udara Global
Pusat tekanan udara hemisfera utara
• Dipengaruhi oleh daratan yang luas.• Musim sejuk (Jan)
• Tekanan tinggi Asia Tengah (Siberia), Timur Laut Pasifik (Luar Pantai California) dan Timur Laut Atlantik (Luar Pantai Sepanyol)• Tekanan rendah Laut Pasifik Utara, Selatan Greenland.
Pusat tekanan udara hemisfera selatan
• Dipengaruhi oleh lautan• Musim sejuk (Julai) – Tekanan Udara Tinggi Timur Afrika Selatan, Australia Tengah, Lautan Pasifik Selatan dan Pantai Timur Amerika Selatan.• Musim panas (Jan) – Tekanan Udara Rendah Pantai Barat Afrika, Australia Utara dan bahagian tengah Amerika Selatan.
Kesimpulan
• Pusat tekanan udara tinggi di kedua-dua hemisfera (sekitar 30oU dan 30oS)• Pusat tekanan udara rendah di kawasan berhampiran khatulistiwa (doldrum)
Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin
Daya Cerun Tekanan
• Wujud hasil daripada perbezaan antara kawasan tekanan udara tinggi dengan kawasan tekanan udara rendah
• Mempunyai komponen menegak dan mendatar.• Komponen menegak
• Nilai tekanan udara yang semakin menurun apabila bertambah tinggi• Komponen mendatar
• Berbeza mengikut taburan tenaga suria di permukaan bumi mengikut latitud.• Perbezaan kadar tiupan angin amat bergantung kepada cerun tekanan.
Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin
Daya kariolis
• Daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya.• Hukum Ferrel
• Sebarang benda atau bendalir yang bergerak secara mendatar di Hemisfera Utara cenderung menjadi terpesong ke kanan dari arah pergerakannya. Di Hemisfera Selatan pula, pesongan yang sama adalah ke kiri dari arah pergerakannya.
• Nilai daya kariolis – Bernilai 0 di Khatulistiwa dan bertambah besar ke arah kutub.
Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin
Daya putaran memusat
• Merujuk kepada suatu badan yang bergerak dalam bentuk pengaliran berliku yang diiringi oleh satu daya tarikan ke arah pusat putaran keluar atau masuk
• Mempengaruhi pergerakan angin secara putaran.• Membentuk pelbagai jenis siklon seperti siklon tropika, tornado, siklon sederhana dunia dan
antisiklon.
Daya yang Mempengaruhi Tiupan Angin
Daya geseran
• Daya yang terhasil kesan daripada pergeseran angin dengan permukaan bumi.• Bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah daya cerun tekanan.• Bergantung kepada kadar kekasaran permukaan dan ketinggian angin.
Edaran Umum Atmosfera
Proses pergangkutan haba oleh angin antara kawasan tropika (latitud rendah) ke kawasan kutub (latitud tinggi).• Kawasan tropika – penerimaan tenaga tinggi, tekanan
udara rendah.• Kawasan kutub – penerimaan tenaga rendah, tekanan
udara tinggiBerlaku kerana perbezaan penerimaan tenaga dan tekanan udara antara;-
Berlaku di fasa lautan dan fasa daratan
Pemidahan tenaga dalam bentuk haba rasa dan haba pendam dalam wap air
Udara panas (tropika) mengalir pada aras tinggi ke kutub.
Udara dingin (kutub) mengalir pada aras permukaan.
Edaran Umum Atmosfera
jurry/ag1133/0708k7
10
Edaran Umum Atmosfera
Edaran udara atmosfera komplek daya kariolis yang membiaskan pergerakan angin (Hukum Ferrel)• Angin timuran tropika• Angin baratan• Angin timuran kutub
Pembiasan angin akan membentuk 3 sistem angin dunia.
• Sel kutub• Gelombang sederhana dunia• Sel Hadley
Tiga unit utama pola edara umum atmosfera
Sistem Angin Dunia
Angin timuran tropika
• Bersifat tetap dari segi arah• Zon pergaruh – 5o hingga 30oU/S• Bertiup dari kawasan sejuk ke kawasan panas.• Terbias ke timur akibat pengaruh daya kariolis.• Kesan
• pantai timur benua menerima hujan lebat• Pantai barat benua panas dan bergurun
Terbentuk kesan taburan udara yang berbeza di permukaan bumi.
Empat sistem yang utama
Sistem Angin Dunia
Angin baratan
• Zon pengaruh – 35o hingga 60oU/S • Angin baratan di Hemisfera Utara, halajunya berubah-ubah kerana banyak halangan
kerana banyak daratan.• Angin baratan di Hemisfera Selatan, halajunya lebih tetap kerana banyak melalui daratan.• Mempercepatkan proses penerbangan di hemisfera selatan.
Angin timuran kutub
• Zon pengaruh – lebih 60oU/S• Arah tiupannya tidak jelas kerana datang dari kutub.• Merupakan angin sejuk dan berat.
Sistem Angin Dunia
Angin Monsun
• Pola angin maksimum yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan dan kemudiannya ia hilang untuk satu tempoh masa singkat (biasanya sebulan), angin ini bertiup kembali dalam arah bertentangan untuk tempoh beberapa bulan lagi yang tinggal dalam satu tahun.
• Perubahan arah tiupan angin dipengaruhi oleh:-• Liputan perubahan suhu mengikut garisan
lintang.• Perubahan suhu mengikut musim.• Perbezaan dalam kadar penyerapan sinaran
matahari oleh daratan dan lautan.• Menghasilkan nilai tekanan udara yang berbeza di
pedalaman benua Asia dan benua Australia.
Angin Monsun
1. Angin Monsun Timur Laut
2. Angin Monsun Barat Daya
3. ANGIN SUMATERA
4. ANGIN TEMPATAN(BAYU LAUT DAN BAYU DARAT)
Pembentukan Angin Monsun Timur LautNovember hingga Mac (musim sejuk di hemisfera utara), pedalaman Asia mengalami suhu rendah (bawah 0oC) membentuk pusat tekanan rendah. • Menyerdahanakan suhu (angin lembap)• Hujan lebat (timur benua)Hemisfera selatan mengalami musim panas, suhu di
pedalaman Australia tinggi akan membentuk pusat tekanan rendah.Mewujudkan cerun tekanan dari Asia (tekanan tinggi) ke Australia (tekanan rendah) menyebabkan angin bertiup dari Asia ke Australia.Daya kariolis menyebabkan angin yang keluar dari benua Asia terpesong ke kanan membentuk angin Monsun Timur Laut.Daya kariolis menyebabkan angin tadi sekali lagi terpesong dan membentuk angin Monsun Barat Laut di hemisfera selatan
Kesan
ANGIN MONSUM TIMUR LAUT
Pembentukan Angin Monsun Barat DayaMei hingga September (musim panas di Hemisfera Utara), Asia Tengah mengalami suhu yang tinggi dan membentuk pusat tekanan rendah.• Hujan lebat di kawasan pantai barat negara-negara
di kawasan tropika• Banjir besarHemisfera selatan pula mengalami musim sejuk, suhu di
pedalaman Australia pula rendah akan membentuk pusat tekanan tinggi.
Mewujudkan cerun tekanan udara dari Australia ke Asia Tengah membentuk angin Monsun Tenggara.
Daya kariolis menyebabkan angin tadi terpesong dan membentuk angin Monsun Barat Daya di hemisfera utara.
Kesan
ANGIN MONSUM BARAT DAYA
Musim Antara Monsun
Berlaku ketika angin monsun bertukar arah dalam masa yang singkat (kebiasaannya sebulan)
Di Malaysia, musim antara monsun terjadi pada bulan April dan Oktober
Sering kali berlaku fenomena hujan perolakan dan kejadian kilat dan petir.
Angin Tempatan
Angin PergununganAngin KatabatikAngin Anabatik
Badai Selari(Angin Sumatera)Angin LintangBayu DaratBayu laut
Proses Kejadian Angin Katabatik
Pada malam hari, puncak gunung membebaskan bahangan bumi ke angkasa lebih cepat berbanding permukaan lurah
Suhu sekitar di puncak gunung lebih cepat sejuk, lalu membentuk tekanan udara tinggi
Permukaan lurah yang terletak di bawah gunung berkeadaan panas, lalu membentuk tekanan udara rendah
Akibatnya angin bertiup dari puncak gunung yang bertekanan udara tinggi menuruni lereng-lereng ke lembah/lurah yang bertekanan udara rendah.
Angin Katabatik
Proses Kejadian Angin Anabatik
Pada siang hari, puncak gunung lebih cepat menerima panas matahari daripada lurah gunung yang dalam keadaan tertutup.
Kesannya, puncak gunung bersuhu tinggi dan tekanan udara menjadi rendah berbanding dengan kawasan lurah
Di kawasan lurah yang masih sejuk pula membentuk tekanan udara yang rendah, justeru, kecerunan tekanan udara terbentuk dari permukaan lurah ke permukaan gunung.
Oleh itu, angin akan bertiup menaiki atau mendaki lurah ke puncak gunung.
Angin Anabatik
Faktor Yang Mempengaruhi Halaju Tiupan Angin Katabatik dan Angin Anabatik
Orientasi Cerun Lurah Permukaan cerun lurah yang menghadap matahari lebih
cepat dipanaskan berbanding permukaan cerun lurah yang terlindung . Ini mempengaruhi daya cerun tekanan
Kedalaman Lurah Lurah yang semakin dalam dan sempit menyebabkan
tekanan udara dan halaju angin semakin tinggi.Bentuk Lurah/Geometri Lurah
.Halaju angin lebih kencang di permukaan lurah yang lurus dan licin berbanding dengan lurah yang berliku-liku dan kasar. Ini disedabkan oleh kesan daya geseran angin terhadap permukaan lurah.
Angin Lintang
merujuk kepada angin yang bertiup secara melintang daripada arah perjalanan. Sebagai contoh, di dalam penerbangan, angin lintang merujuk kepada konponen angin yang bertiup 90 darjah merentangi landasan kapal terbang, menjadikan pendaratan bertambah sukar dan berbahaya berbanding dengan angin yang bertiup selari dengan arah penerbangan.
Selain itu, angin lintang juga boleh berlaku di atas jambatan yang panjang ataupun di lebuh raya.
Angin Lintang di Lebuh Raya
Badai Selari/Angin Sumatera
Bertiup antara bulan April – Mei dan September – Oktober.
Angin berasal dari Pulau SumateraAngin ini bertiup dengan kencang (Sehingga
80km/jam) dalam masa yang singkat secara tiba-tiba pada waktu malam hingga subuh.
Angin ini membawa hujan lebat yang disertai petir dan kilat ke kawasan antara Pelabuhan Klang hingga Johor Bahru.
Angin ini boleh menyebabkan kerosakan pada rumah dan kawasan pertanian.
ANGIN SUMATERA
BAYU DARAT
BERTIUP WAKTU MALAMUDARA DI DARATAN MENJADI SEJUKSUHU DARATAN LEBIH RENDAH
DARIPADA LAUTANTEKANAN UDARA TINGGI DI DARATAN,
TEKANAN DI LAUTAN RENDAHUDARA BERGERAK DARI DARATAN KE
LAUTAN
BAYU DARAT
BAYU LAUT
TERJADI WAKTU SIANG
DARATAN CEPAT PANAS PADA WAKTU
SIANG
TEKANAN UDARA RENDAH DIDARATAN
TEKANAN UDARA TINGGI DI LAUTAN
UDARA BERGERAK DARI LAUTAN KE
DARATAN
BAYU LAUT
Pengaruh Angin Tempatan Terhadap Aktiviti Manusia di Malaysia.
Terhadap pelancongan pantai
Terhadap aktiviti perikanan pantai
Terhadap aktiviti industri kecil dan sederhana
Terhadap Pelancongan Pantai
Aktiviti pelancongan di tepi pantai seperti berkelah dan bersantai dapat dijalankan dengan baik kerana angin bayu bertiup dengan nyaman pada waktu pagi dan petang.
Tiupan angin bayu yang lebih kuat pula menyebabkan aktiviti permainan wau tradisional dapat dijalankan.
Permainan perahu layar, seperti pertandingan Monsoon Cup di Terengganu dijalankan pada musim tengkujuh kerana tiupan angin kencang.
Terhadap Aktiviti Perikanan Pantai
Aktiviti perikanan pantai di pantai timur Semenanjung Malaysia (Pahang, Terengganu dan kelantan) tergendala pada musim tengkujuh kerana tiupan angin kencang yang menyebabkan laut bergelora dan merbahaya kepada nelayan pantai.
Aktiviti perikanan berjalan dengan baik sebelum dan selepas musim tengkujuh kerana tiupan angin yang sederhana menyebabkan laut lebih tenang dan ikan lebih banyak.
Terhadap Aktiviti Industri Kecil dan Sederhana
Aktiviti IKS seperti perusahaan batik dapat dijalankan dengan baik dalam keadaanj berangin serta cuaca panas kerana kain batik yang dijemur cepat kering berbanding cuaca lembab.
Begitu juga dengan perusahaan ikan kering dan keropok yang memerlukan aktiviti menjemur dalam keadaan cuaca berangin. Aktiviti ini banyak dijalankan di pesisir pantai Terengganu, Kelantan dan Pahang.