Post on 05-Jul-2018
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 1/18
1
MODUL 7Teknik dan Gaya Penulisan Ilmiah
Objektif Pengajaran/Pembelajaran:
Mengenal pasti ciri-ciri laras ilmiah.Membandingkan laras ilmiah dan bukan ilmiah.Menganalisis bentuk perubahan laras ilmiah dalam konteks bahasaMelayu.
Kandungan Modul:
1. Ciri-ciri laras bahasa ilmiah2. Contoh pengungkapan idea dalam laras ilmiah3. Kaedah mengeja istilah pinjaman4. Sumber istilah
Pengenalan
Laras ilmiah bererti ragam bahasa yang digunakan untuk mengungkapkanilmu.Struktur dan perbendaharan kata berbeza dengan bahasa harian dalaminteraksi sosialLaras ini merupakan wacana formal dengan sifat-sifat objektif.Laras dihubungkan dengan laras bahasa saintifik. Hal ini demikian oleh sebabilmu itu sendiri merupakan sesuatu yang saintifik, iaitu ada aturan dankaedahnya.Laras ini juga sering kali berkait dengan Bahasa Melayu Moden atau BahasaMelayu Tinggi, iaitu ragam bahasa untuk pengantar ilmu (Bahasa MelayuBaku).Laras bahasa ilmiah mempunyai satu sifat yang amat penting iaitu kejelasan(clarity), tidak seperti laras bahasa kreatif yang bersifat ambiguiti (ketaksaanmakna/kekaburan).Laras ini juga mempunyai struktur yang tersendiri dan sering kali diimbangidengan data.Tujuan wacana ini adalah untuk menyampaikan hujah dan idea yang autoritisifatnya.Oleh sebab setiap laras bahasa memiliki ciri-ciri yang khusus, maka perlulahseseorang pengguna bahasa menguasai laras bahasa yang hendak digunakandan mengenal pasti tujuan ia menggunakan bahasa tersebut.Antara contoh laras ilmiah termasuklah laras sejarah, sains, ekonomi,
matematik, geografi, agama, dan linguistik.
Salah satu aspek penting yang dapat dilihat dalam laras bahasa ilmiah ialahaspek kosa kata yang melibatkan istilah dan penyesuaian ejaan.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 2/18
2
CIRI-CIRI LARAS BAHASA ILMIAH
1. Bernada formal dan bersifat objektifBahasa ilmiah mesti bersifat formal. Oleh itu setiap fakta atau hujah perludisampaikan dengan sempurna, iaitu dengan menggunakan bahasa yangteratur dan cukup jelas.
Kita tidak boleh mengandaikan bahawa pembaca tulisan kita sedia faham ataudapat menduga maksud kita. Selain itu, tulisan juga perlu objektif, iaitu
berdasarkan fakta dan kajian. Tidak wajar misalnya kita menggunakanungkapan pada umumnya, barangkali, mungkin, sudah tentu, dansebagainya.
Contoh:
Pada umumnya , kajian tentang kategori maklumat dalam kamus telahdiasaskan oleh Clarence Barnhart pada tahun 1962. (×)(Pada umumnya - frasa digugurkan) Kajian tentang kategori maklumatdalam kamus telah diasaskan oleh Clarence Barnhart pada tahun 1962. ( √ )
2. Menggunakan sudut pandangan orang ketigaWalaupun bukan syarat yang mutlak, disarankan agar penulis menggunakansudut pandangan orang ketiga dan mengelakkan sudut pandangan orang
pertama (diri penulis) dan kedua.
Contoh: Kajian yang sama telah dilakukan oleh saya pada tahun 1981. (×) Kajian yang sama telah dilakukan oleh penulis/pengkaji pada tahun 1981.( √ )
Ciri ini disarankan untuk mengelakkan hubungan yang bersifat personal antara pengkaji dengan pembaca. Sekali lagi ciri formal memang mengelakkanhubungan personal. Penggunaan ungkapan ‘kita’ dalam buku kajian ilmiahterdapat pengecualian untuk menggunakannya. Namun, dalam penulisan tesis
penggunaan ini tidak dibenarkan.
Contoh sudut pandangan orang pertama: saya, kami, kitaSudut pandangan orang kedua: anda, kamu, awak
3. Menggunakan ragam pasifCiri kedua di atas dapat dilaksanakan dengan bantuan ragam pasif. Ragam
pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayataktif menjadi ayat pasif. Konsep ayat pasif berkaitan dengan penegasan objekayat (kajian), bukan subjek (pelaku).
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 3/18
3
Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral,iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Walau bagaimanapun, perludinyatakan di sini bahawa ciri ragam pasif neutral bukanlah syarat mutlakkerana penulis masih boleh mengekalkan pelaku.
Contoh : Data yang dikumpul oleh pengkaji berdasarkan kaedah soal selidik. ( √ )* Data yang dikumpul berdasarkan kaedah soal selidik. ( √ - ayat pasif neutral)*
* Kedua-dua struktur ayat di atas dianggap betul kerana ayat pasif tersebutboleh menggugurkan pelaku (ayat pasif neutral) atau mengekalkan pelaku(iaitu menggunakan sudut pandangan orang ketiga -
pengkaji/penyelidik/penulis ).
4. Istilah khususLaras bahasa ilmiah dengan jelas ditandai oleh istilah-istilah khusus menurut
bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu, kata-kata yangdalam penggunaan biasa dapat digunakan secara agak bebas menjadi demikiankhususnya dalam tulisan ilmiah.
Hal ini bererti bahawa pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisanilmiah. Misalnya, kata bahasa dalam penggunaan umum kadang-kadang
begitu longgar konsepnya. Bahasa mungkin difahami sebagai ucapan atau
pertuturan. Dalam penulisan ilmiah, bahasa dihubungkan dengan sistem.
Contoh: Istilah sains : anatomi, spesies, medula, endoktrin, serebelum, dll. Istilah linguistik : bahasa, metafora, naratif, ujaran, figuratif, dll. Istilah ekonomi : untung, rugi, defisit, kos, modal, upah, sewa-beli, dll.
5. Tingkat bahasa rasmiBahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi. Bahasa rasmi ialah bahasa yangmematuhi aturan- aturan bahasa, iaitu „bahasa terbina‟ menurut Prof. Dr NikSafiah Karim.
Oleh itu bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa yang baku. Kesalahantatabahasa, ejaan, tanda baca dan kosa kata sama sekali tidak boleh dimaafkan.Unsur-unsur bahasa basahan tidak boleh ada dalam huraian penulis, kecualisebagai data, jika penulis menggunakan data bahasa basahan.
Contoh : Manifestasi yang dimaksudkan sekali gus melambangkan transformasi social yang menukar wajah ethnic itu di sisi masyarakat lain di Malaysia. (×)
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 4/18
4
Manifestasi yang dimaksudkan sekali gus melambangkan transformasi sosial yang menukar wajah etni k itu di sisi masyarakat lain di Malaysia. ( √ )
6. Wacana pemaparan/pendedahan
Dalam penulisan, ada empat jenis wacana yang biasa digunakan iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah, jenis wacana pemaparan digunakan kerana wacana jenis ini memaparkan hasilkajian yang benar atau menyajikan fakta-fakta secara objektif dan langsung.
4 jenis wacana:
i. Wacana PemaparanWacana pemaparan digunakan untuk memaparkan perkara yang ingindisampaikan oleh pengarang. Sifat paparan itu lebih jelas apabila
pengarang menjelaskan sesuatu dengan gaya ilmiah.
Contoh: Bidang etnomuzikologi melibatkan kajian muzik sebagai tradisi yanghidup dalam masyarakat dan sebagai aspek yang mustahak untukkesempurnaan masyarakat dan budaya.
ii. Wacana PerbincanganAsas wacana ini adalah untuk membincangkan sesuatu idea. Sifat
perbincangan ini dapat dikesan dengan apabila pengarang mengupasidea utama dengan beberapa ayat susulan.
Contoh: Antara fungsi sosial yang penting bagi agama termasuklahmemberikan rasa kesatuan (esprit de corps) kepada sesuatukumpulan manusia. Rasa kesatuan ini timbul kerana sistem agamamenimbulkan keseragaman, bukan sahaja kepercayaan yang sama,bahkan perlakuan, aspirasi, pandangan dunia, nilai, etos atau
norma yang sama. Suasana ini berlaku dalam masyarakat yangkompleks, yang terdiri daripada pelbagai kelompok yangmenganuti berbagai-bagai agama atau mazhab.
iii. Wacana PelukisanWacana pelukisan dapat dikesan apabila pengarang cubamemaparkan penjelasan secara visual atau deskriptif. Pengarangcuba menggunakan daya imaginasinya untuk melakarkan gambaranyang ingin disampaikannya.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 5/18
5
Contoh:Gedombak mempunyai satu muka diperbuat daripada belulangkambing yang dipasangkan kepada baluh dengan menggunakan
siratan tali rotan. Baluh itu berbentuk piala di satu hujung dankakinya memanjang daripada bahagian piala itu.
(Kajian di atas ialah kajian budaya benda)
iv. Wacana PenceritaanWacana penceritaan dapat dikenal pasti apabila pengarangmenggunakan kaedah atau gaya bercerita untuk menyampaikansesuatu. Aspek ini dapat dikesan apabila pengarang menggunakankata kunci seperti “pada zaman itu,”, “suatu ketika dahulu”.
Contoh: Pada zaman itu alat-alat buluh dicipta dan disebarkan ke kepulauan Pasifik hingga ke benua Afrika melalui penghijrahan awal orang Melayu. Dua alat buluh yang digemari pada awal zaman prasejarah ialah zilofon dan ziter yang berbentuk tiub. Kemudianangklung (buluh- buluh yang digoyang) dan alat “organ” mulut
serta “gendang” gangsa (atau gendang Dongson) yang dicipta pada akhir zaman prasejarah.
7. Tidak menggunakan nada bersahaja
Dalam tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang ekstrem, berlebihan danemosional. Oleh itu ungkapan seperti amat mendukacitakan, sayangnya,malang sekali dan sebagainya tidak harus muncul dalam tulisan ilmiah. Sesuaidengan wacana pemaparan, tugas penulis ilmiah ialah memaparkan hasilkajiannya, bukannya memaparkan sentimen. Hal ini sesuai pula dengan
peribadi ahli ilmu yang sepatutnya bijaksana, matang dan tenang.
Contoh :Clifford Geertz yang merupakan ahli antropologi bertaraf dunia, dalamkajiannya amat mendukacitakan mendapati amalan keagamaan di Bali telahmempengaruhi sarwajagat masyarakat tersebut. (×)Clifford Geertz yang merupakan ahli antropologi bertaraf dunia, dalamkajiannya ( amat mendukacitakan - frasa digugurkan) mendapati amalankeagamaan di Bali telah mempengaruhi sarwajagat masyarakat tersebut. ( √ )
8. Tidak menggunakan kata mubazirOleh sebab tulisan ilmiah perlu bersifat tepat, maka kata yang digunakan
perlulah yang setepat-tepatnya. Kata mubazir tidak diperlukan. Maksud katamubazir ialah kata yang tidak berfungsi dan jika ditinggalkan tidakmengurangkan makna. Dalam tulisan biasa, sering kali penulis menggunakan
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 6/18
6
kata-kata yan g sebenarnya berfungsi sebagai ‘luasan’ semata-mata. Dalamtulisan ilmiah kita mengharapkan pembaca cepat memahami huraian kita.Oleh itu usahlah pembaca „diganggu‟ oleh kata -kata yang tidak diperlukan.
9. Ayat majmukAyat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggalatau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentusehingga menjadikannya ayat baharu (Nik Safiah karim, 2007: 497). Tulisanilmiah sering kali ditandai oleh ayat majmuk, sama ada ayat majmukgabungan atau ayat majmuk pancangan. Timbulnya keperluan menggunakanayat majmuk disebabkan oleh hakikat bahawa tulisan ilmiah mengungkapkanhal yang abstrak dan kompleks. Namun demikian pola-pola ayat inti dantunggal masih tetap diperlukan dalam tulisan ilmiah. Oleh itu penulis karyailmiah perlu benar-benar menguasai binaan ayat, supaya biarpun dengan ayat
majmuk yang kompleks, gagasannya masih tetap jelas kepada pembaca.
10. Bantuan ilustrasiTulisan ilmiah sering kali berisi jadual, rajah, gambar, peta, dan sebagainya.Hal ini bererti bahawa huraian dalam tulisan ilmiah ada kalanya tidak cukupdengan huraian bahasa sahaja, tetapi perlu dibantu oleh huraian ilustrasi. Olehitu, penulis karya ilmiah perlu mempunyai kemampuan merumuskan faktaatau hasil kajiannya dalam bentuk grafik. Kemampuan ini juga termasukdalam kemahiran bahasa.
Jelaslah bahawa tulisan ilmiah, sebagaimana bentuk-bentuk tulisan yang lain,menuntut disiplin diri yang tinggi. Penguasaan ilmu yang tidak disertai penguasaanketrampilan mengungkapkan ilmu itu secara berkesan akan menjadikan ahli ilmu
beku dan kehilangan fungsi.
Contoh Pengungkapan Idea dalam Laras IlmiahTeks saintifik lebih banyak ungkapan epistemik daripada ungkapan operasional:
A. Contoh Ungkapan Epistemik
1. Merujuk Kepada Pendekatan Kaedaha) Apabila membincangkan tentang penyebaran bahasa Latin, hal ini dapat
diteliti dari segi sejarah kuno atau sejarah terdekat. Dari segi sejarahkuno , penyebarannya dari Rom, Itali ke kepulauan Inggeris hingga kePalestin. Dari aspek sejarah terdekat pula , penyebarannya berdasarkanfungsi agama, undang-undang dan bahasa rasmi dalam empayar Rom.
b) Menurut Sigmund Freud , terdapat konsep id, ego dan superego dalammenganalisis manusia.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 7/18
7
c) Daripada penjelasan mengenai interpretasi budaya dan kebudayaan,dapatlah dirumuskan bahawa konsep 1Malaysia bukanlah sesuatu yang
baru kerana konsep ini bertolak daripada gagasan kontrak sosial,Perlembagaan Persekutuan dan ideologi Rukun Negara.
2. Menjelaskan Makna/Tujuana) Zaman edan dimaksudkan sebagai zaman pancaroba dalam pelbagai
aspek termasuk moral, agama dan politik. b) Kesusasteraan kebangsaan ialah kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa
kebangsaan. Hal ini bermakna karya yang ditulis bukan dalam bahasatersebut tidak dianggap sebagai kesusasteraan nasional dalam sesebuahnegara tersebut.
3. Menghujahkan
a) Sekiranya filem-filem pada awal abad ke-21 dijadikan ukuran , hal ini bermakna filem-filem di Malaysia masih lagi ketinggalan berbandingdengan negara Thai dan Korea Selatan.
b) Sekiranya dilakukan perbandingan , maka dapat dirumuskan bahawaterdapat peranan kuasa ketiga yang mempengaruhi hubungan Malaysia-Indonesia menjadi keruh.
4. Menguatkan Keyakinan
a) Berdasarkan hujah-hujah t ersebut, penggunaan bahasa kebangsaandapat menyatukan seluruh rakyat di negara ini dan memberikan identitinasional serta kebanggaan bersama.
b) Data-data tersebut jelas menunjukkan kepentingan menangani masalahinflasi di negara ini.
c) Penyelidik yakin pandangan yang dikemukakan orientalis berbaur prasangka dan mempunyai agenda tersirat.
B. Ungkapan Operasional dan Teks AkademikUngkapan Operasional diwujudkan untuk menggambarkan langkah-langkahyang diambil ketika menjalankan penyelidikan. Kesemua ungkapan berupayamemberikan kesan wacana kepada khalayak pembaca. Ungkapan-ungkapanini termasuklah;
Penyelidikan ini dilakukan untuk...Pemilihan informan dihadkan kepada...Dalam perenggan awal, sudah dikemukakan ...Beberapa hipotesis dibincangkan ...Cara menyelenggarakan kaedah...
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 8/18
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 9/18
9
Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diridaripada segi ucapan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan caramengubah apa yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat. Cara inimemudahkan istilah baru itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasasumber. Penyesuaian ejaan istilah baru itu menurut kaedah berikut:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Heroism HeroismeSocialism Sosialisme
Materialism Materialisme Monotheism Monoteisme
Realism RealismeOctave Oktaf Aerial Aerial
Aerograph Aerograf Aerobe Aerob
Aesthetics Estetika Hemoglobin Hemoglobin
Aileron AileronCaisson Kaison Primer Primer
Rail RelTautology Tautologi
Cobalt KobaltCybernetics Sibernetik
Cylinder Silinder Accrue Akru
Accommodation Akomodasi Accumulation Akumulasi
Technique TeknikChiffon Sifon
Echelon Eselon Frequency Frekuensi
Ream Rim Beaker Bikar Easel Isel
Chimpanzee Cimpanzi Decree Dekri Zeolite Zeolit
Neutron NeutronCatalogue Katalog
Textile Tekstil Dialect Dialek Diesel Diesel
Bogie Bogi Pie Pai
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 10/18
10
Cardioid Kardioid Ion Ion
Premium PremiumCongress Kongres
Linguistics Linguistik
Oleomargarine OleomargarinaThrombosis TrombosisCardboard Kadbod Monsoon Monsun
Proof PrufCartoon Kartun
Zoology ZoologiTourmaline Turmalin
Journal JurnalSerious Serius
Insurance Insurans Ambulance Ambulans
Coupon KuponContour Kontur
Accountant Akauntan Phoneme Fonem
Phosphorus Fosforus Physiology Fisiologi
Banquet Bankuet Rhetoric Retorik Rhythm RitmaScandium SkandiumScooter SkuterScript Skrip
Scenario SenarioScheme Skim / skema
Scholastic SkolastikOrthography Ortografi Nucleolus NukleolusStructure Struktur Dualism Dualisme
Duet Duet
Tissue Tisu Equinox EkuinoksQuota Kuota
Continuum KontinumVacuum Vakum Xenon Xenon Latex Lateks Extra Ekstra
Polytheism Politeisme Zenith Zenit
Assimilation Asimilasi
Ferrum FerumContingent Kontinjen
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 11/18
11
Dividend Dividen Rational Rasional
Ideal Ideal Action Aksi
Organization Organisasi
Revolution RevolusiConfrontation Konfrontasi
Projector Projektor Logical Logis
Psychological Psikologis Logic Logik
Phonetics FonetikCommunist KomunisCommunism Komunisme Modernism Modenisme Descriptive Deskriptif
Sabotage SabotajGarage Garaj Image Imej
Democracy Demokrasi Novelette Novelet Amateur AmaturTelegraph Telegraf
Autobiography Autobiografi Decentralization Desentralisasi Rationalization Rasionalisasi
Professional Profesional Flexible FleksibelVersion Versi
SUMBER ISTILAH
1. Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk dialek daerah atau
dialek kuno/usang) boleh dijadikan istilah dengan syarat:a. Kata itu tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri
yang dimaksudkan. b. Kata yang tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.c. Kata yang paling singkat dipilih (sekiranya ada sekelompok
sinonim). Contohnya: hospital dan rumah sakit , dipilih hospital ; fisiologi dan kaji tugas organ , dipilih fisiologi
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 12/18
12
2. Perbendaharaan Kata Bahasa SerumpunKalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, makacarilah pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu.Misalnya :
gambut (Banjar) peatnyeri (Sunda) painmerarau (Iban) lunchgabi (Iban) dinner
3. Perbendaharaan Kata Bahasa Asing Kalau istilah yang diperlukan tidak terdapat dalam bahasa Melayu danbahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu, maka bolehlah diambil
katakata daripada bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklahmengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (iaitu disesuaikan,
seperlunya) dan penyebutannya mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Demikeseragaman, bahasa yang paling internasional (iaitu Inggeris) menjadi
sumber, melainkan bidang ilmu itu di luar kemampuan bahasa Inggeris. Misalnya :
atom atomelectron elektron
professional profesional
structure struktur
3.1 Penyerapan Istilah AsingIstilah asing dipinjam atas dasar:a) sesuai maknanya
b) lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunyac) istilah asing yang diserap itu mempermudah penyelarasan,
sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyaksinonim
3.2 Bentuk-bentuk SerapanKata yang diambil daripada bahasa asing bergantung pada:i) konteks/ situasi dan pemakaiannya dalam ayatii) kemudahan belajar bahasa; daniii) kepraktisan
3.3 Istilah Asing yang Sudah LazimIstilah asing yang sudah lama digunakan akan terus dipakai,misalnya :
campaign kempen
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 13/18
13
custom s kastam pension pencen
Contoh Istilah Pinjaman Lain:
Bahasa Sanskrit:agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca, negara,keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana, pustaka, tentera,cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja.
Bahasa Parsi: bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai.
Bahasa Arab:
adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat, musim, ilmu,khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafsu, hikayat, sejarah,riwayat, kisah.
Bahasa Cina:angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng, sempoa, tauge, tauhu,tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang.
Bahasa Tamil:
batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose, cerpu, katil, perisai,talam, pinggan.
Bahasa Hindi:acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca, pateri, roti, tala, topi.
3.4 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap Istilah asing (ungkapan) tertentu yang lafaz dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syaratdiberi garis bawah atau dicetak miring. Misalnya:
bona fide (Istilah bahasa Latin)- diinterpretasi dengan niat baik, autentik yang tidak perlu
dipersoalkan)
esprit de corps (Istilah bahasa Perancis)- semangat berpasukan
feit accompli (Istilah bahasa Perancis)
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 14/18
14
- kenyataan yang dicapai / persetujuan yang dihadapi
weltanschauung (Istilah bahasa Jerman)- pandangan dunia, sarwajagat
lingua franca (Istilah bahasa Latin)- bahasa perantaraan
3.5 Ejaan SanskritImbuhan yang berasal dari bahasa sanskrit ialah jenis imbuhan yangtelah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa Melayu. Imbuhan initerbahagi kepada dua, iaitu awalan dan akhiran.i. Awalan Sanskrit
Contohnya;maha-: maharani, mahakarya, maha mulia, maha besar,
maha agungtata-: tatatertib, tatasusila, tatacara, tatakerja,
tataniaga, tatabahasa pra-: prasiswazah, prauniversiti, prasarana, prasyaratswa-: swadaya (kekuatan sendiri), swasta (berdiri
sendiri), swasambada (keperluan sendiri),swatantra (pemerintahan sendiri), swatenaga
(tenaga sendiri), swalayan (layan sendiri)tuna-: tunanetra (buta), tunakarna (tuli), tunakarya
(penganggur), tunawisma (tiada berumah),tunaanggota (cacat)
eka-: ekabahasa (satu Malaysia), ekamatra (satudimensi), ekanada (satu nada)
dwi-: dwifungsi, dwibahasatri-: tribulan (3 bulan), triwindu (24 tahun)
panca-: pancasila (lima dasar) pasca-: pascasiswazah, pascamerdeka, pascamodenisme
ii. Akhiran SanskritContohnya:-wan dan -man: seniman, budiman, cendekiawan,
jelitawan, ilmuwan, budayawan(kecenderungan kini: ahli kimia, ahliantropologi)
-wati: seniwati, angkasawati, biduanita,karyawanita (rujuk karyawan),
sukarelawati
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 15/18
15
3.6 Imbuhan daripada Arab-Parsi
Awalan bi- berasal daripada bahasa Parsi. bilazim (tidak lazim) biadab (tidak beradab)
Akhiran (-wi, -i, -iah) membawa makna sifat atau ciri yangterkandung dalam kata dasar)Sejarawi, duniawi, bahari, manusiawi, azaliAlamiah, lahiriah, ilmiah, batiniah
Akhiran -in, -at, -ahMukminin, mukminat, muslimin, muslimatustaz,ustazah, sultan, sultanahhadirin, hadirat, salihah, qariah
Rujukan
Asmah Hj. Omar. (2006). Panduan Wacana Akademik: Teori dan Penerapan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Asmah Hj. Omar. (2005). Bahasa Malaysia Saintifik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.Ismail Ahmad. (1996). Penulisan Saintifik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.Puteri Roslina Abdul Wahid. (2005). Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam
Peristilahan Undang-Undang . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.S. Nathesan. (1995 ). Laras Bahasa Ilmiah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 16/18
16
Latihan Teknik dan Gaya Penulisan Ilmiah
Latihan 1:Arahan: Berikan ejaan dalam bahasa Melayu yang betul untuk setiap istilah dalam
bahasa Inggeris berikut:
a. scheme - ______
b. projector -
c. phoneme -
d. myth -
e. aerial -
f. pension -
g. efficient -h. decentralization - ______
i. latex -
j. equinox -
k. aesthetics -
l. monotheism -
m. flexible -
n. lingua franca - _________________
Latihan 2.
Arahan: Terdapat 10 kesalahan penggunaan perkataan/frasa/ayat yang kurangsesuai untuk laras ilmiah. Garis dan nomborkan kesalahan tersebut, dan seterusnyagantikan dengan perkataan/frasa/ayat yang lebih tepat di ruangan yang disediakan.
Seni Persembahan Tradisi Menjelang Awal Abad ke-21
Oleh:Mohamed Ghouse Nasuruddin
Seni persembahan tradisi atau klasik (0) yang merangkumi bentuk-bentuk tarian,
muzik dan teater tradisional seperti yang kita sedia maklum boleh ditinjau dari segi
hiburan, ritual dan pengubatan. Seperti yang umum ketahui, seni ini juga boleh
dikategorikan dan dikelaskan dari segi genrenya, iaitu rakyat, istana atau dibahagikan
mengikut kegunaan unsurnya, iaitu tari, muzik dan drama.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 17/18
17
Persembahan untuk ritual yang mungkin merangkumi bentuk tarian dan teater
memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan ahli suku kaum
bagi memenuhi pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk kesyukuran, bernazar dan
perlindungan daripada malapetaka. Aspek kesyukuran, bernazar dan perlindungan
ialah sebahagian daripada persembahan untuk tujuan ritual.
Pada umumnya, kategori ritual untuk pengubatan ialah tarian yang dipanggil
magunatip dan mansayau daripada suku kaum Kwijau dan tarian sumayau daripada
suku kaum Dusun.
Kajian saya memperlihatkan tarian yang memenuhi keperluan yang sama
seperti tarian tolak bala dipersembahkan dan ditarikan oleh suku kaum Bidayuh untuk
menyemah rumah panjang. Suku kaum Melanau pula mengadakan tarian aluk-aluk
semasa berkabung sepanjang empat hari bagi meredakan suasana sedih dan muram
yang mengiringi sesuatu kematian.
(Dipetik dan diubah suai daripada Syarahan Perdana Pelantikan Profesor)
Jawapan
0. Gugurkan frasa tersebut_________________
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)
8/15/2019 Teknik Dan Gaya Penulisan Ilmiah
http://slidepdf.com/reader/full/teknik-dan-gaya-penulisan-ilmiah 18/18
18
Latihan 3
Arahan : Huraikan TIGA (3) ciri laras ilmiah yang terdapat dalam petikan yangdiberi. Jawapan anda haruslah berserta contoh dan huraian yang sesuai. Panjang eseianda adalah antara 360 hingga 380 perkataan.
HatiOleh
Dr. Saifuzzaman Haji Yusoff
Hati ialah salah satu organ utama badan. Ia terletak di bahagian kanan atas abdomendan dilindungi oleh tulang rusuk. Pada keadaan normal, hati tidak dapat dirasai keranakeseluruhan organ ini berada di bawah tulang rusuk kanan. Ia berbentuk segi tiga dan
berat normalnya sekitar 1.4 hingga 1.6 kilogram.
Hati terdiri daripada sekumpulan sel yang berbentuk heksagon atau segi enam
jika dilihat dengan menggunakan mikroskop. Susunan sel ini membentuk satu laluanyang dinamakan sinusoid. Terdapat vena pusat yang melalui celahan sel ini. Sel-selhati ini disalir oleh salur darah hepatik yang bersambung dengan salur darah gaster.
Dalam keadaan normal, hati bekerja 24 jam sehari bagi memastikan fungsi badan dapat berjalan dengan sempurna. Sel-sel darah merah yang sudah lama(melebihi 120 hari) akan mengalami pemecahan, seterusnya membentuk satu bahanyang dikenali sebagai bilirubin. Bilirubin dalam keadaan ini tidak larut air dan perlumenjalani konjugasi, iaitu satu proses yang berlaku di dalam hati. Pada masa yangsama, sekiranya hati tidak berfungsi dengan baik, konjugasi ini tidak akan berlaku dankeadaan ini akan mengakibatkan peningkatan tahap bilirubin di dalam aliran darah,
lalu menyebabkan masalah penyakit kuning atau jaundis.
Kekuningan boleh berlaku sekiranya terdapat penyumbatan saluran hempedu(seperti dalam kes batu hempedu). Keadaan ini disebabkan oleh ketepuan bilirubinyang dikonjugasi oleh hati tidak dapat dirembeskan oleh hempedu hati ke dalam
perut. Kesannya, bilirubin yang telah dikonjugasi meningkat dengan tinggi dalamdarah dan seterusnya kesan kekuningan dapat dilihat pada mata, kulit dan air kencing.
Bagi bayi yang baru lahir, kekuningan biasanya berlaku pada usia empat hari.Lazimnya keadaan ini berlaku bukan disebabkan masalah hati tetapi dua faktor lain.Pertama ialah sel darah merahnya yang masih muda dan senang mengalami
pemecahan (hemolisis). Hal ini mengakibatkan kandungan bilirubin yang tinggidalam darah. Kedua berpunca daripada hati bayi pada usia ini masih belum matangdan tidak dapat melakukan proses konjugasi dengan sempurna. Sekiranya kekuninganyang berlaku pada bayi melebihi 300 mmol/dl kandungan bilirubin, bilirubin ini bolehmemasuki otak dan mengakibatkan kernikterus. Kernikterus boleh mengakibatkan
bayi tersebut mengalami terencat akal seumur hidup. Keadaan ini boleh dielakkandengan membuat pemeriksaan awal di hospital atau klinik bagi menentukan tahap
bilirubin. Sekiranya tahap bilirubin bayi tinggi, proses pengurangan bilirubin di dalamdarah boleh dilakukan dengan meletakkan bayi bawah sinaran lembayung ungu (ultraviolet) atau jika bayi tersebut berada dalam keadaan yang sangat serius, penukarandarah harus dilakukan dengan segera.
(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Kosmik, Januari 2007) PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)