TEKNIK MENJAWAB SPM BM 1103/2

Post on 09-Aug-2015

300 views 13 download

Transcript of TEKNIK MENJAWAB SPM BM 1103/2

( 30 MARKAH )

Rumusan• Markah penuh 30 dibahagi kepada :

(a) isi -20 markah(b) bahasa -10 markah

• 4 perenggan • Jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja

diperiksa.• Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan.

– Nama khas*– Perkataan berulang*– Penggunaan kata sendi nama di dan ke*– Tarikh*– Angka yang ditulis dalam nombor atau perkataan*– Gelaran*

Rumusan (sambungan)

• Setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja diberi 2 markah

• Setiap ayat mesti ada subjek dan predikat.• Tambahkan penanda wacana dan kata hubung

Contoh: Seterusnya, di samping itu, selain itu, selanjutnya, dan

Bahagian Markah Markah

Pendahuluan 2

Isi tersurat 12 10 8 6 4

16Isi tersirat 4 6 8 10 12

Kesimpulan 2

Jumlah markah 20

(pendahuluan diambil daripada tajuk utama) Petikan membincangkan kelebihan/ keistimewaan/ punca/ sebab/ alasan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan pada masa kini (di dunia /di Malaysia / dalam kalangan masyarakat-bergantung kepada keseluruhan petikan)

(terdapat dalam petikan)-biasanya dalam petikan terdapat sekurang-kurangnya 9 isi tersurat

(Tiada dalam petikan, berdasarkan kretiviti calon )

(Berdasarkan tajuk /tema*)

Penutup ditulis dengan ayat cadangan dan ayat harapan.Ayat cadangan dan ayat harapan dihubungkan dengan kata hubung agar, supaya atau demi

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama memajukan industri pelancongan kesihatan agar Malaysia terus menjadi pilihan pelancong asing.

Bilangan patah perkataan tulis di sebelah kanan (112 patah

perkataan)

0 markah

• Pendahuluan- tidak menukar perkataan yang sama erti :contoh:-faktor sebab/punca, kesan _________,cara _________

• Isi tersurat- tiada subjek Contoh: Membaca dapat menambahkan ilmu.

Selain itu, dapat mengetahui isu semasa• Penutup –tidak mengambil subjek daripada

tajuk / tema

( 35 MARKAH )

• Jumlah markah yang diperuntukkan ialah 9 markah.

Soalan (iii)

Soalan (ii)

Soalan (i)

o Berdasarkan maksud rangkai kata dalam petikan. Anda hanya perlu merujuk kepada petikan Jangan tulis huraian maksud.*

o Jawapan terdapat dalam petikan. 3 isi*

o Jawapan berdasarkan KBKK jawapan soalan ini tidak dapat dalam teks tetapi dalam pemikiran anda. Huraikan jawapan anda*

Drama & Cerpen Antologi Dirgahayu Bahasaku

Antologi Harga Remaja

( 9 MARKAH )

• Jumlah markah yang diperuntukkan ialah 9 markah.

Bahagian 2b

Soalan (i)- Jawapan berdasarkan petikan (2 isi).

Soalan (ii)- Jawapan berdasarkan pemikiran pelajar yang berbentuk KBKK.

Soalan (iii)- Biasanya jawapan berdasarkan sebahagian dalam petikan dan keseluruhan cerpen atau drama tersebut.

Antologi Dirgahayu Bahasaku Antologi Harga Remaja

( 8 MARKAH )

Berbentuk maksud rangkai kata dalam petikan yang diberikan.

Soalan berdasarkan petikan dan jawapan terdapat dalam petikan.

Soalan yang memerlukan pelajar memikirkan penyelesaian dan berbentuk KBKK.

• Jumlah markah yang diperuntukkan ialah 8 markah.

Soalan (i)

Soalan (ii)

Soalan (iii)

( 9 MARKAH )

Anda perlu memahami mesej yang terkandung dalam sesebuah karya melalui kata dan rangkai kata dalam baris serta memahami unsur unsur yang membentuk gaya bahasa sesebuah karya itu.

SelokaSajak GuridamSyairPantun

Soalan (i) – soalan berdasarkan sajak atau puisi yang diberikan.

Soalan (ii) – Jawapan berdasarkan penyelesaian secara pemikiran kritis dan keratif. ( KBKK )

Soalan (iii) – Jawapan berdasarkan keseluruhan sajak atau puisi yang diberikan.

( 30 MARKAH )

FORMAT MENJAWAB 3a (Bina ayat)Baca arahan soalan*• Kebiasaan 0 markah• Calon menambah sebarang imbuhan, atau memasukkan

perkataan yang diberi dalam bentuk peribahasa atau kata nama khas. Contoh : Makan – makan suap, makanan (salah)Tompok – Si Tompok (salah)•Bina 2 ayat . Contoh:remuk-redam* Perasaan Haidah remuk-

redam setelah ditinggalkan oleh kekasihnya sehingga dia tidak lalu hendak makan nasi walaupun dipaksa oleh ibunya/ Dia berasa terlalu sedih. Perasaannya remuk-redam setelah ditinggalkan kekasih.•Dialog boleh digunakan tetapi harus disertai dengan tanda baca yang betul. Setiap ayat perlu dinoktahkan.“Ibu sangat gembira melihat saya pulang ke rumah”, kata Ali•Pastikan setiap ejaan dan noktah pada setiap ayat*

a) Menggabung/memisahkan ayat b) Menukar ayat – cakap ajuk dan cakap pindah*c) Menukar ayat – ayat aktif atau ayat pasifd) Menentukan jenis ayat e) Menganalisis ayat f) Menukarkan susunan ayat-ayat songsang kepada

ayat biasa

Soalan 3c• Kesalahan ejaan (ke/pe-an/me-kan/per-ber/pe-me)

cth:penggalakkan/penggalakan pegolakan/pergolakan

• Kesalahan imbuhan (kan)

Soalan 3d• Kesalahan kata dan istilah• Kesalahan bahasa

• Buat ayat dari peribahasa yang diberikan.• Kenal pasti peribahasa daripada ayat disediakan.• Kenal pasti peribahasa yang sesuai dengan petikan/

karangan pendek yang diberi.• Terangkan maksud peribahasa.

PAPA…(akhirnya kau tewas jua)&

Konserto Terakhir

( 15 MARKAH )

soalan novel:-

• Soalan 1 berdasarkan sebuah novel yang dipelajari• Markah isi maksimum 4 markah• Markah bahasa 3 markah• Soalan 2* berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari• Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi

setiap novel)• Markah bahasa maksimum 2 markah• Jawapan hendaklah dalam ayat lengkap• Jika calon menjawab tetapi mendapat 0 markah untuk isi , 1

markah diberi untuk markah bahasa*

Cara menjawab soalan komsas:-• Mesti mempunyai ayat isi dan ayat contoh.• Jika soalan….1. Persoalan- Persoalan yang pertama ialah persoalan

ketabahan menghadapi ujian Tuhan. Contohnya…..2. Watak &Perwatakan- Perwatakan Julia yang pertama

ialah Julia seorang yang tabah menghadapi ujian Tuhan. Contohnya…..

3. Latar masyarakat- Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang tabah menghadapi ujian Tuhan. Contohnya…..

4. Nilai- Nilai yang pertama ialah nilai ketabahan. Contohnya……

5. Pengajaran- Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah tabah menghadapi ujian daripada Tuhan. Contohnya…..

0 markah:-• Persoalan tabah menghadapi ujian Tuhan.• Perwatakan Intan Julia yang sentiasa tabah

menghadapi ujian daripada Tuhan tanpa sedikit pun berputus asa.

• Nilai tabah menghadapi ujian Tuhan.• Nilai taat kepada suruhan agama

SEMOGA BERJAYA

Daripada kami:- Cikgu-cikgu BM SMK USJ 23…

Terima kasih kerana mendengar..Ingatlah yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.