Teknologi merupakan satu konsep yang luas danfiles.orazza.webnode.com/200000004-e4ddee5d7b/Nota...

Post on 03-Nov-2020

12 views 0 download

Transcript of Teknologi merupakan satu konsep yang luas danfiles.orazza.webnode.com/200000004-e4ddee5d7b/Nota...

Teknologi merupakan satu konsep yang luas danmempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalahmanusia.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan danaksesori menggunakan prinsip sains dan proses terkini.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yakni teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasadalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produkyang dikehendaki.

Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuanteknikal kita berubah (Wikipedia, 2007).

Apakah hubungan teknologi denganmaklumat dan komunikasi?

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakanteknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.

Ruang lingkup tajuknya sangat luas, iaitu berkenaansegala aspek dalam pengurusan dan pemprosesanmaklumat.

Secara tepat dan mudah dapat dikatakan sebagaipenggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengiratempat dan waktu (Wikipedia, 2007).

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) wujudberdasarkan perkembangan dan kemajuan pesat dalambidang mikroelektronik yang menghasilkan kemudahanteknologi seperti komputer meja dan komputer riba, jaringan internet, e-mel, laman sesawang dan sebagainya.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan dalamteknologi maklumat dan komunikasi (TMK) pada peringkatantarabangsa.

Namun demikian, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu jugamampu menggalas tanggungjawab penting untukmenyebarkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat dankomunikasi (TMK) kepada masyarakat di Malaysia.

Sambung...

Apakah pula hubungan bahasadengan teknologi maklumatdan komunikasi (TMK)?

Bahasa merupakan alat untuk berhubungantara anggota masyarakat. Komunikasi inidilakukan secara meluas, baik secara rasmiatau tidak rasmi.

Masyarakat pada hari ini perlu menerimahakikat bahawa perkembangan teknologimaklumat dan komunikasi (TMK) berkaitsecara langsung dengan kemampuan menjanaidea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkanpenggunaan Bahasa Melayu.

Strategi yang perlu dirancang ialahmemperkukuhkan kekuatan bahasa secaradalaman yang telah terbina sekian lama.

Masyarakat pengguna Bahasa Melayu perlubersikap terbuka dan bersedia menerimacabaran perkembangan dunia teknologimaklumat dan komunikasi (TMK) yang dipengaruhi oleh bahasa asing, iaitu BahasaInggeris.

Usaha untuk membentuk peristilahan Bahasa Melayudalam bidang ini perlu lebih progresif dan terbukadengan menerima penyerapan masuk kata-kata asingbagi pengayaan perbendaharaan kata Bahasa Melayu.

Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayutelah menempuh beberapa zaman yang mencabardengan kedatangan unsur asing ke alam Melayu

Misalnya kedatangan Portugis, Belanda danInggeris. Evolusi Bahasa Melayu turut berlaku secaraperlahan-lahan.

Perkembangan pesat dalam teknologi maklumatdan komunikasi (TMK) telah mencorakkan bentukmasyarakat, struktur ekonominya dan persaingansengit dalam pasaran antarabangsa.

Kewujudan bahasa amat penting dalam konteks inikerana bahasa merupakan sumber komunikasiyang penting.

Bahasa Melayu perlu kukuh dan mantap untukmembolehkannya memperkatakan apa sahajabidang yang begitu cepat muncul dan berkembangdalam kehidupan manusia.

Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari kaedahuntuk membolehkan Bahasa Melayu mempunyainilai tambah dalam masyarakat yang kelihatannyajelas sekali mementingkan Bahasa Inggeris.

Perkembangan era globalisasi memberikan cabaranbaru kepada Bahasa Melayu. Perkembangan pesatdalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasarojak.

Bahasa rojak semakin berkembang luasdalam kalangan pengguna bahasa. Inidicirikan dengan penggunaan BahasaMelayu yang bercampur aduk denganBahasa Inggeris. K

elahiran K-Ekonomi pula telah membawaperubahan besar kepada semua bentukperlakuan dan pemikiran manusia.

Penggunaan Bahasa Melayu dalam internet juga perludipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia.

Penggunaan Bahasa Melayu dalam ruang siber inimenyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnyaruang sembang siber yang memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni Bahasa Melayu internet.

Muncul perkataan seperti kang (nanti), a’kum(assalamualaikum), tipon (telefon), persal (mengapa), nko(engkau) dan lain-lain.

Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiriakan mencemarkan nilai-nilai asli dalam Bahasa Melayu.

Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhihukum tatabahasa Bahasa Melayu dankelihatan janggal.

Inilah yang perlu disedari oleh penggunainternet yang menggunakan Bahasa Melayusebagai wadah komunikasi agar tidakmenggunakan Bahasa Melayu sesuka hatitanpa mengambil kira soal peraturan yang sedia ada.

Keupayaan Bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak bergantung kepada keupayaanmasyarakat penutur Bahasa Melayu itu sendirimenyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

Sikap masyarakat terhadap Bahasa Melayu telahmenyebabkan kesukaran untuk meletakkanBahasa Melayu di persada antarabangsa.

Ketidakyakinan terhadap bahasa ibunda berkembangmenjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa dalamkalangan penutur Bahasa Melayu mengakibatkan BahasaMelayu terus tercicir dalam persaingan dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Penutur Bahasa Melayu lebih senang menggunakan BahasaInggeris atau bahasa rojak yang kini semakin menjadiancaman terhadap kemurnian Bahasa Melayu.

Mereka menganggap Bahasa Melayu tidak setandingdengan Bahasa Inggeris dan akhirnya mula meminggirkanBahasa Melayu secara perlahan-lahan.

Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti penggunaan Bahasa Melayu pasar. Justeru, penekanan terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang betulharus diutamakan khususnya dalam laman sesewang yang dikendalikan oleh anak Malaysia, walaupun menggunakandwibahasa.

Amalan berbahasa yang baik dan betul perlu dipupuk dandibajai daripada peringkat sekolah lagi dan secara menyeluruhmencapai segenap anggota masyarakat.

Hanya dengan cara ini sahajalah, Bahasa Melayu akanmendapat tempat yang sewajarnya dalam dunia teknologimaklumat dan komunikasi (TMK).

Kita menerima hakikat bahawa bidangteknologi maklumat dan komunikasimerupakan ilmu yang datang dari luar.

Konsep yang didukung oleh bidang ini tidakditemui dalam dunia Melayu.

Namun begitu, ini tidak bermakna kitaharus berkiblatkan Barat dalammenghasilkan istilah bidang ini.

Bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya bahasabagi dunia siber, malah kini kita dapati bahasaArab dan Bahasa Mandarin mulai mendapattempat dalam kalangan pengguna internet.

Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang cukup besar di dunia. Bak kata perumpamaanMelayu, “hendak seribu daya, tidak hendak seribuhelah”.

Laman sesawang yang dibina oleh badan kerajaan dan badanbukan kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu ataudwibahasa agar maklumat tersebar dalam Bahasa Melayuselain daripada Bahasa Inggeris.

Sokongan yang berterusan daripada semua pihak amatlahdiperlukan bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayuberterusan, di samping pembinaan pangkalan data yang bersesuaian bagi pengembangan Bahasa Melayu.

Dengan cara ini, bahasa ini mudah dicapai oleh pusat-pusatPengajian Melayu di luar negara yang menggunakan BahasaMelayu.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam usaha untukmemantapkan penggunaan BahasaMelayu dalam teknologi maklumatdan komunikasi.

Perbincangan kendiri

Sekian, terima kasih