Post on 21-Feb-2020
1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO' ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA MERANGKAP
PRESIDEN ASEAN COOPERATIVE
ORGANIZATION (ACO)
2
MAJLIS PELANCARAN
PLATFORM VLONGRICH
25 OGOS 2019 (AHAD)
2:00 PETANG
WISMA LONGRICH, JALAN YAP
KWAN SENG, KUALA LUMPUR
3
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamulaikum WBT dan Salam
Sejahtera
Terima Kasih Pengacara Majlis
[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA]
4
Alhamdulillah, saya memanjatkan
kesyukuran kehadrat Illahi kerana
dengan izin dan rahmatNya
dapat kita berkumpul bersama
dalam majlis perasmian yang
amat bermakna ini. Terlebih
dahulu saya ingin merakamkan
5
jutaan terima kasih kepada pihak
pengurusan Longrich Bioscience
(M) Berhad atas jemputan untuk
memberi kata-kata aluan serta
merasmikan platform baru
Vlongrich pada hari yang indah
ini.
6
Hadirin sekalian,
1. Negara Malaysia adalah
sebuah negara yang sedang
membangun. InsyaAllah, suatu
hari nanti kita semua akan melihat
7
negara Malaysia menjadi sebuah
negara maju. Oleh yang
demikian, rakyat Malaysia harus
mengejar kemajuan teknologi
terkini dalam semua bidang,
khususnya, teknologi informasi (IT),
Artificial Intelligence (AI) dan
8
Revolusi Industri (IR 4.0). Dengan
platform baru yang akan
dilancarkan sebentar lagi, rakyat
Malaysia daripada pelbagai
kaum dapat menikmati teknologi
terkini.
2. Syarikat Longrich Bioscience
9
telah lama bertapak di Negara
China iaitu selama 33 tahun. Hari
ini Longrich Bioscience (M) Berhad
yang telah memulakan
perniagaan sejak tahun 2012,
mewujudkan satu program baru
yang mana ia boleh memberi
10
peluang kepada para usahawan
untuk bekerjasama dengan
syarikat dalam pemasaran
produk-produk yang ditawarkan.
3. Produk-produk keperluan
harian tersebut adalah keluaran
11
kilang-kilang Longrich Bioscience
sendiri buat masa sekarang.
Kilang gergasi ini menggunakan
teknologi moden lagi canggih
selaras dengan IR 4.0.
4. Oleh yang demikian,
12
barangan yang berkualiti dapat
dipasarkan pada harga terendah
iaitu pada harga kilang. Justeru,
syarikat mempunyai satu slogan
"Kenapa Membayar Lebih".
Produk-produk yang berkualiti
serta mesra alam ini akan
13
memberi suntikan baru kepada
perniaga-peniaga kerana
mereka akan melihat lonjakan
jualan yang memuaskan.
5. Penduduk dari semua lapisan
masyarakat kini dapat berniaga
14
dengan penuh yakin kerana
produk-produk yang ditawarkan
adalah pada harga kilang namun
berkualiti tinggi.
6. Saya percaya dengan
tawaran istimewa ini yang mana
15
syarikat bukan hanya membekal
barangannya melalui kedai-kedai
khas tetapi juga melalui VShop,
sebuah laman web yang boleh
menerima tempahan secara
dalam talian (online). Dengan itu
pasaran akan menjadi sangat
16
luas kerana ia tidak terbatas.
7. Sehubungan itu, Syarikat
Longrich Bioscience juga
memberi kesempatan kepada
pengeluar-pengeluar tempatan
untuk memasarkan produk-
17
produk mereka dalam platform
ini. Oleh itu, jangan hairan suatu
hari nanti barangan yang kita
biasa gunakan di sini juga
menjadi pilihan rakyat di negara
luar.
18
8. Syarikat ini menawarkan
peluang perniagaan kepada
semua yang berminat dengan
modal permulaan paling minima.
Ia juga menawarkan penjimatan
wang yang besar kepada semua
pengguna yang membeli melalui
19
platform baru ini. Dengan
cogankata "Why Pay More" ia
akan menarik perhatian para
peniaga untuk bekerjasama
dengan Longrich Bioscience (M)
Berhad.
20
9. Jelas dengan kehadiran
seramai ini, saya percaya
bahawa platform VLongrich yang
baru akan mendapat sambutan
luas daripada rakyat Malaysia
mahupun dari negara-negara
lain.
21
10. Saya juga ingin
mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada En Alex
Wong, Pengurus Besar serta
pengurusan Longrich Bioscience
(M) Berhad dan juga Dr Ammar
22
Hassan, Pengarah Yayasan
Keusahawanan Ssial Malaysia
(YKS) yang sudi menjemput saya
untuk menyempurnakan majlis
Perasmian Pelancaran Platfom
baru Vlongrich pada hari ini.
23
Sekian, Wabillahitaufik wal
hidayah, Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih.