Post on 30-Dec-2019
1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN DAN
MENANDATANGANI MOU
PROGRAM TAKLIMAT PHARMA
WELLNESS ANGKASA
2
13 APRIL 2019 (SABTU)
8.30 MALAM
HOTEL SERI MALAYSIA, GENTING
HIGHLANDS, PAHANG
Bismillahhirrahmannirrahim,
Assalamulaikum WBT dan Salam
Sejahtera
3
Terima Kasih Pengacara Majlis
1. YBhg. Datuk Mohamad Ali Hasan
Naib Presiden
merangkap Pengerusi
Sektor Pelancongan, Penjagaan
Diri dan Kesihatan ANGKASA
4
2. YBhg. Tuan Haji Amrahi Buang
Presiden
Persatuan Farmasi Malaysia
merangkap Jawatankuasa
Sektor Pelancongan, Penjagaan
Diri dan Kesihatan ANGKASA
5
3. YBhg. Dato’ Syed Ali Syed
Mohammad
Pengerusi Pahang Zon 3
4. Encik Abdul Aziz Jamaludin
Pengerusi
Koperasi Farmasi Muslim Pahang
Berhad
6
5. Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang
dihormati sekalian.
1. Pertama sekali saya bagi pihak
ANGKASA mengucapkan rasa
syukur kepada ALLAH S.W.T. di atas
limpah dan kurniaNya, kita semua
dapat berkumpul pada hari ini
7
bagi menyempurnakan ‘Program
Taklimat Projek Pharma Wellness
bersama Koperasi-Koperasi
Farmasi Muslim Pahang, Selangor
dan Negeri Sembilan’ yang
diadakan selama 3 hari dan 2
malam bertempat di Hotel Seri
Malaysia, Genting Highland.
8
2. Saya mengambil kesempatan ini
mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada para hadirin
kerana sudi hadir ke program ini.
3. Untuk makluman, Projek
Perniagaan Pharma Wellness
ANGKASA ini adalah projek
9
kerjasama antara ANGKASA dan
Koperasi Farmasi Muslim Pahang
Berhad (KOPFAM) yang
merupakan pilot projek sebelum
dipanjangkan ke negeri-negeri lain.
Projek ini juga adalah di bawah
kelolaan Sektor Pelancongan,
Penjagaan Diri dan Kesihatan
ANGKASA. Untuk makluman juga,
10
Koperasi ini dianggotai oleh
Pemilik-pemilik Farmasi, Ahli-Ahli
Farmasi dan juga Ahli-Ahli
Akademik Farmasi di seluruh Negeri
Pahang.
Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Para
Hadirin yang dihormati sekalian,
11
4. ANGKASA selaku badan APEX
dalam gerakan Koperasi di
Malaysia, akan sentiasa memberi
perhatian dan sokongan kepada
gerakan koperasi bukan sahaja
untuk memastikan koperasi dapat
bergerak dengan baik, malah
ANGKASA juga turut memberikan
penekanan kepada peluang-
12
peluang perniagaan dan
pelaburan seperti ini yang dapat
memberi manfaat kepada
koperasi.
5. Industri kesihatan adalah salah
satu industri yang dapat
memberikan pulangan yang
13
lumayan jika dapat dijalankan
dengan cara yang betul. Bidang
Farmaseutikal domestik telah
dikenal pasti sebagai industri yang
berpotensi dalam pelan
pembangunan ekonomi baharu
negara. Nilai pasarannya
merangkumi RM7.5 bilion sehingga
suku tahun ke-3 2018.
14
6. Dasar kerajaan telah
menetapkan bahawa keperluan
ubat-ubatan berkualiti haruslah
berpatutan untuk semua rakyat.
Kosnya tidak boleh menjadi
penghalang bagi memastikan
ubat-ubatan mudah diperoleh oleh
setiap penduduk negara ini.
15
Sehubungan itu, pelbagai usaha
perlu diambil untuk mewujudkan
persaingan sihat secara adil, telus
dan mapan bagi tujuan kos
rawatan berkesan.
7. Kelompongan dasar harga telah
mengakibatkan pihak pengilang,
pengedar dan peruncit
16
menetapkan harga sewenang-
wenangnya. Kewujudan
pembekal tunggal telah
menyebabkan berlaku dominasi
dan monopoli pasaran sektor itu
sekali gus menyebabkan harga
menjadi tidak kompetitif. Hak
eksklusif diberikan kepada pihak-
17
pihak tertentu untuk menaikkan
harga sehingga wujud jurang
perbezaan melampau antara
sektor awam dan swasta. Akta
Kawalan Harga dan Anti
pencatutan 2011 ketika ini hanya
melibatkan komoditi-komoditi
tertentu.
18
8. Inilah antara peranan yang
akan dimainkan oleh farmasi-
farmasi komuniti dimana sebanyak
39 outlet Farmasi di Pahang
bersedia untuk menggalas
tanggungjawab ini, mereka ini
terdiri daripada Anggota Koperasi
Farmasi Muslim Pahang Berhad.
19
Terdapat 3 lagi Koperasi Farmasi
Negeri di negara ini iaitu Koperasi
Farmasi Komuniti Kelantan Berhad,
Koperasi Farmasi Muslim Selangor
Berhad dan Koperasi Farmasi
Muslim Negeri Sembilan Berhad.
9. Dalam masa terdekat, akan
muncul lagi 1 Koperasi Farmasi di
20
kawasan Utara yang akan
mengumpulkan 100 outlet Farmasi
di mana ANGKASA akan
membantu untuk menubuhkan
Koperasi dan seterusnya akan
memberikan galakan untuk
menyertai projek Pharma Wellness
ANGKASA ini. Jika digabungkan
21
kesemuanya, bilangan outlet
Farmasi yang bernaung di bawah
Koperasi mencecah 300 outlet dan
ini merupakan antara Jaringan
Farmasi yang terbesar di Malaysia.
Dato-Dato, Tuan-Tuan, Puan-Puan
dan Para Hadirin yang dihormati
sekalian,
22
10. Premis Farmasi dengan jenama
“CoopFarmasi akan di bangunkan
oleh PHARMA WELLNESS ANGKASA
ini akan menjadi jenama farmasi
koperasi pertama di Malaysia dan
akan menjadi pemangkin kepada
Gerakan koperasi di Malaysia
kerana buat masa ini tidak banyak
23
koperasi-koperasi yang
menjalankan aktiviti perniagaan
Farmasi dan dalam masa yang
sama dengan kewujudan Premis
Farmasi dengan jenama
‘CoopFarmasi’ yang telah
dipatenkan oleh ANGKASA akan
menjadi 1 penanda aras terbaru di
dalam gerakan Koperasi di
24
Malaysia. Seterusnya koperasi-
koperasi di luar akan ditawarkan
untuk membangunkan Premis
CoopFarmasi dengan cara dan
konsep yang sama di seluruh
Malaysia. Selain dari itu dengan
adanya projek Hub-Pembelian
berpusat ‘Pharma Wellness’ yang
25
akan dibangunkan, maka outlet-
outlet ni dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik di
samping dapat mendapatkan stok
produk dengan harga yang
‘kompetitif’.
11. Kewujudan projek ini juga dapat
menghapuskan eksploitasi dan
26
penindasan yang dilakukan oleh
orang tengah terhadap
pengusaha-pengusaha Farmasi
yang juga adalah anggota
Koperasi.
12. Impak kepada gerakan koperasi
di Malaysia adalah sangat besar,
27
ketika ini masih tidak banyak
koperasi yg menceburkan diri
dalam bidang kesihatan khususnya
di dalam bidang Farmasi.
ANGKASA melalui Syarikat Pharma
Wellness ini akan bertindak sebagai
pelopor perkidmatan Farmasi dan
pembekalan produk-produk
28
Farmaseutikal dan kesihatan yang
berpotensi pada masa hadapan.
13. Dengan wujudnya Pharma
Wellness ini juga ianya memberikan
peluang kepada koperasi-koperasi
yang berminat untuk membuka
perniagaan Farmasi, tetapi tidak
29
mempunyai kepakaran. Maka
PHARMA WELLNESS ini akan
membantu dari awal hingga
Farmasi ini beroperasi dan akan
dipantau setiap masa.
14. Manakala impak kepada
masyarakat pula Projek ini dapat
memenuhi permintaan masyarakat
30
terhadap ubat-ubatan di setiap
pelusuk tempat dengan harga
yang berpatutan selain dapat
meningkatkan kesedaran
masyarakat mengenai
kepentingan penjagaan diri dan
kesihatan disamping Meningkatkan
jenama CoopFarmasi kepada
31
masyarakat iaitu Gerakan Koperasi
kini mempunyai 1 jaringan Farmasi
yang terbesar di negara.
15. Dari sudut sosial pula kewujudan
Projek Hub Pembelian Berpusat
Pharma wellness memberi peluang
pekerjaan kepada graduan
lepasan Universiti atau Kolej. Di
32
dalam sesebuah premis Farmasi, 4
– 6 orang kakitangan diperlukan
untuk beroperasi sepenuhnya dan
ianya bergantung juga kepada
saiz keluasan Farmasi tersebut.
33
Dato-Dato, Tuan-Tuan, Puan-Puan
dan Para Hadirin yang dihormati
sekalian,
16. Saya sekali lagi mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak
yang menjayakan program ini dan
menyeru kepada semua Koperasi
untuk saling bekerjasama dan
34
menyokong aktiviti serta
perkhidmatan diantara Koperasi.
17. AKHIR KATA SAYA DENGAN
LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
SAYA MERASMIKAN PROGRAM
TAKLIMAT PROJEK PHARMA
WELLNESS BERSAMA KOPERASI-