TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MERAIKAN...
Transcript of TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MERAIKAN...
1
TEKS UCAPAN PRESIDEN
ANGKASA
MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK
YATIM KUMPULAN UTUSAN
SEMPENA NUZUL AL-QURAN
BERSAMA ANGKASA DAN BANK
ISLAM MALAYSIA BERHAD
2
IBU PEJABAT UTUSAN
8 JUN 2017
5.00 PETANG
------------------------------------------------
YBhg. Datuk Mohd Noordin Abbas
Pengarah Urusan Kumpulan,
Kumpulan Utusan Melayu
(Malaysia) Berhad
3
Encik Hizamuddin Jamalludin
Ketua Pegawai Strategi
Bank Islam Malaysia Berhad
YBhg. Tuan Hj. Mutadho Bahri
Timbalan Presiden ANGKASA
YBhg. Naib-Naib Presiden
ANGKASA
4
❖ Prof. Madya Datuk Hj.
Mohamad Ali Hasan
❖ YBhg. Dato’ Hj. Kamarudin
Ismail
❖ YBhg. Dato’ Hj. Aliasak Hj.
Ambia
❖ YBhg. Encik Mohamad Azmi
Omaruddin
5
YBhg. Tuan Haji Nasir Khan Yahaya
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKASA
YBhg. Datuk Abdul Aziz Ishak
Ketua Pengarang Kumpulan
Kumpulan Utusan Melayu
(Malaysia) Berhad
6
YBhg. Datuk Othman Mohamad
Timbalan Ketua Pengarang
Kumpulan Utusan Melayu
(Malaysia) Berhad
YBhg. Datuk Zaini Hassan
Penolong Ketua Pengarang 1
7
YBhg. Datuk Mohd Hassan Mohd
Noor
Penolong Ketua Pengarang
YBhg. Datuk Zulkefli Hamzah
Pengarang Utusan Malaysia
YBhg. Datuk Baharom Mahusin
Pengarang KOSMO
8
YBhg. Encik Badrul Azhar Abdul
Rahman
Pengarang Mingguan Malaysia
Assalamualaikum
Warahmatullahiwabaraktuh,
1. Alhamdulillah, segala puji dan
syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana
9
dipanjangkan usia, untuk kita
semua bersama-sama hadir sekali
lagi ke Majlis Berbuka Puasa ini.
Semoga dengan penganjuran
majlis ini, dapat menambah
barakah dan silaturrahim sesama
kita bersempena dengan bulan
Ramadhan yang mulia ini.
10
1. Kepada semua hadirin
hadirat sekalian, selamat
menjalankan ibadah berpuasa
dan antara sedar dan tidak,
sudah 13 hari tempoh kita
berpuasa.
2. Saya selaku Presiden
ANGKASA, amat menyambut
11
baik inisiatif penganjuran majlis
ini kerana sebagai umat Islam,
amatlah digalakkan untuk kita
bersedekah dan seboleh –
bolehnya menambah amal dan
ilmu pada bulan yang mulia ini.
Semoga dengan usaha ini,
dapat memberi makna kepada
para pelajar dan adik – adik
12
yang saya kira bersemangat
dalam menjalankan ibadah
puasa. Sama – sama kita rebut
peluang untuk mencari
keberkatan dan Keredhaan-
Nya.
3. Alhamdulillah, syukur juga
diucapkan kerana dengan
13
keizinan daripada Allah SWT, kita
dapat berjumpa sekali lagi
tahun ini untuk kali yang
KEENAM.
4. Pada petang yang mulia ini,
ingin saya ucapkan sekalung
tahniah dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada
14
Kumpulan UTUSAN Melayu (M)
Berhad kerana sudi menerima
penajaan ANGKASA bagi
mengadakan majlis meraikan
anak-anak yatim dan berbuka
puasa bersama seluruh warga
kerja UTUSAN. Alhamdulillah
semua persiapan dapat
15
dilaksanakan dengan baik oleh
kakitangan Kumpulan Utusan.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
5. Saya difahamkan, majlis hari
ini dimeriahkan dengan
kehadiran 62 ORANG penerima
sumbangan daripada anak-
16
anak yatim warga UTUSAN.
Semoga dengan kehadiran adik
– adik ini, dapat membawa
keceriaan ke dalam majlis dan
melalui sumbangan juga dapat
meringankan beban yang
dihadapi. Saya amat berharap
dengan sokongan semua pihak
kita dapat membantu jika tidak
17
semua, setidak-tidaknya
menyokong mereka dalam
aspek pembelajaran supaya
menjadi insan yang dapat
bergelar pemimpin pada masa
hadapan.
6. Ianya bukan rahsia lagi
bahawasanya ANGKASA dan
18
Utusan mempunyai hubungan
yang amat rapat dan hubungan
ini diperkukuhkan dari tahun ke
tahun. Adalah menjadi harapan
saya, dan seluruh warga
ANGKASA supaya hubungan ini
dapat dikekalkan dan
dipereratkan lagi dalam
mencapai hasrat dan cita – cita
19
murni menyebarkan maklumat
mengenai koperasi sebagai
wadah jihad dan perjuangan
ekonomi yang mapan baik
kepada masyarakat mahupun
kepada negara.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
20
7. Tahun ini, MALAYSIA diberi
penghormatan untuk menjadi
tuan rumah International
Cooperative Alliance (ICA)
Global Conference and General
Assembly atau ICAKL 2017 yang
akan diadakan pada 14-17
November 2017 di Sunway
Resort Hotel & Spa. Ini adalah
21
program dwi-tahunan anjuran
ICA dengan kerjasama koperasi
ahli ICA, iaitu ANGKASA untuk
penganjuran di Kuala Lumpur.
8. ANGKASA turut
menganjurkan Karnival Produk
dan Perkhidmatan Koperasi
Malaysia (MACCOPS) bermula
22
dari 17 hingga 19 November
sempena program ICAKL 2017
ini.
9. Pelbagai promosi dan
program sedang dan akan
diadakan sempena dengan
ICAKL 2017 dan ANGKASA amat
mengalu-alukan kerjasama
23
daripada Kumpulan Utusan dan
Koperasi utusan untuk
mempromosikan dan memberi
maklumat kepada Gerakan
Koperasi dan masyarakat
mengenai program
antarabangsa ini.
24
10. Harapannya supaya
usahasama antara ANGKASA
dan Utusan akan sentiasa
diperhebat dan gerakan
koperasi dapat diperkasa
melalui usahasama ini. Semoga
Utusan juga terus menjadi
peneraju kepada gerakan
media massa di negara ini.
25
11. Akhir kata, ingin saya
ucapkan selamat berbuka
puasa dan semoga majlis yang
diadakan pada hari ini
mendapat keberkatan dan
kerahmatan daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.