TERJEMAHAN BAHAN AUTENTIK

Post on 30-Nov-2015

460 views 12 download

description

AS

Transcript of TERJEMAHAN BAHAN AUTENTIK

TERJEMAHAN BAHAN AUTENTIK

BIDANG BAHASA

• Melibatkan penterjemahan yang berkaitan bahan autentik yang menggunakan laras bahasa (Bahasa Melayu).• Contoh perkataan;1) Morfologi2) Semantik3) Sintaksis4) Tatabahasa

• Contoh petikan laras bahasa Bahasa Melayu;“Morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.”

(Kamarudin Hj.Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83)

BIDANG BAHASA

• Terjemahan petikan;

Teks tersebut memberikan definisi morfologi iaitu disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk tersebut merujuk kepada bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

BIDANG BAHASA

BIDANG AGAMA

• Melibatkan penterjemahan yang berkaitan laras bahasa agama.• Contoh perkataan;1) Tuhan 2) Ibadah3) Dosa4) Pahala

BIDANG AGAMA

• Contoh petikan laras bahasa agama;

“Janganlah kamu mendekati perbuatan zalim yang dimurkai oleh Tuhan kamu. Jika tidak kamu akan dimurkai dan mendapat dosa.” kata Ustaz Mansor kepada anak-anak muridnya.

• Terjemahan petikan;

Ustaz Mansor memberi nasihat kepada murid-muridnya agar tidak mendekati perbuatan yang zalim (jahat) yang boleh dimurkai oleh Tuhan (yang maha kuasa) agar tidak memperoleh dosa (kesalahan yang mendapat balasan buruk).

BIDANG AGAMA

BIDANG PENDIDIKAN JASMANI

• Melibatkan penterjemahan yang berkaitan laras bahasa Pendidikan Jasmani.• Contoh perkataan;1) Psikomotor2) Lokomotor3) Olahraga

BIDANG PENDIDIKAN JASMANI

• Contoh petikan laras bahasa agama;

Guru Pendidikan Jasmani mementingkan aspek kemahiran dari segi psikomotor untuk menentukan tahap kecergasan murid-muridnya.

• Terjemahan petikan;

Petikan tersebut menerangkan bahawa guru Pendidikan Jasmani mementingkan aspek psikomotor (pergerakan anggota badan) untuk menentukan tahap kecergasan murid-muridnya.

BIDANG PENDIDIKAN JASMANI