TINGKAH LAKU LANGSANG

Post on 12-Jan-2016

225 views 111 download

description

TINGKAH LAKU LANGSANG. PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Tingkah laku langsang/agresif merupakan tingkah laku yang lumrah, berada di sekitar kita. Kita sendiri mungkin hari ini telah bertingkah laku langsang. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of TINGKAH LAKU LANGSANG

TINGKAH LAKU LANGSANG

PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN Fakulti Ekologi Manusia,Universiti Putra Malaysia

PENGENALAN

• Tingkah laku langsang/agresif merupakan tingkah laku yang lumrah, berada di sekitar kita.

• Kita sendiri mungkin hari ini telah bertingkah laku langsang.

• Di tv, radio, majalah, surat khabar setiap hari menceritakan tentang tingkah laku langsang – peperangan, pembunuhan, penderaan, penyeksaan, etc.

KONSEP TL

• Baron dan Byrne: Apa sahaja tingkah laku yang diarahkan ke matlamat untuk merosak, mencelaka, menyakit dan mencederakan manusia lain, yang mana manusia lain itu cuba mengelak daripada tindakan dan perlakuan tersebut.

• Definisi ini perlu penjelasan

1. TL merupakan tingkah laku dan bukannya emosi (marah); ianya bukan juga motif atau sikap.

2. TL merupakan tingkah laku sengaja mencederakan orang lain (niat sengaja). Ini sukar dianalisis kerana niat bersifat dalaman. Adakah doktor gigi/pakar bedah langsang? Ahli gusti?

3. Mangsa punyai dorongan untuk mengelakkan diri daripada dicederai. Bagaimana dengan masokisme?

JENIS-JENIS LANGSANGAN

1. Langsangan emosi-instrumental– Langsangan emosi: tingkah laku langsang yang didorong oleh

emosi (marah) dan bertujuan untuk mencederakan orang lain.– Langsangan instrumental: langsangan sebagai alat (instrumen)

untuk mengawal/mempengaruhi tingkah laku orang lain; memukul anak, menembak pencuri etc.

2. Langsangan sah – tidak sah– Langsangan sah: langsangan yang dilakukan secara sah seperti

seorang polis membunuh perompak (tindakan disahkan / legal oleh masyarakat). Kedudukan pelaku disahkan oleh masyarakat.

– Langsangan tidak sah: kesemua tingkah laku langsang yang tidak diterima oleh masyarakat, kemungkinan status pelaku tidak disahkan/diterima oleh masyarakat (perompak membunuh etc).

LANGSANGAN DAN KEGANASAN

• Tingkah laku langsang berkait rapat dengan keganasan – berlaku di merata dunia (pergaduhan kaum etc)

• Bentuk kelangsangan yang berkaitan dengan keganasan (Forsyth):1. Keganasan jenayah2. Serangan seksual3. Keganasan domestik4. Keganasan belia5. Keganasan kolektif

PENDEKATAN TEORITEKAL

• Apakah punca tingkah laku langsang? Mengapa tingkah laku langsang terjadi?1. Pendekatan Psikoanalisis2. Pendekatan Naluri3. Pendekatan Sosiobiologi4. Pendekatan Kekecewaan-langsangan5. Pendekatan Tingkah Laku Sosial

Psikoanalisis (Freud)

• Berasal daripada gerakuasa yang tersimpan dalam bahagian prasedar – yang boleh dibawa kepada sedar.

• Ia merupakan dorongan asas – primitif (seksual, ganas, etc yang menunggu untuk keluar.

• Dua dorongan asas:1. Eros – naluri hidup, berseronok, nikmat2. Thanatos – naluri untuk membinasakan diri (naluri maut).

• Oleh kerana manusia ingin nekmat (eros) dengan demikian manusia mangalihkan tinglah laku membinasakan diri kepada tingkah laku membinasakan orang lain.

• Ia diumpamakan wap dalam dandang yang terdorong untuk keluar; dan ianya perlu dikeluarkan dari masa ke semasa dengan cara selamat (katarsis)

Naluri

• TL perlu untuk kelangsungan (survival) – naluri kelangsungan (Darwin)1. Kelangsangan pemangsa: pemangsa menyerang untuk berburu makanan (untuk

survibal) – singa menyerang kuda belang.2. Kelangsangan penyiksaan: berlaku sesama haiwan, untuk menentukan “survival

of the fittest”, haiwan yang kuat sahaja melahirkan juriat.

• TL akibat naluri gaduh sejadi (Lorenz) yang berkembang ikut evolusi manusia.1. Peperangan menyebabkan manusia tersebar di merata dunia.2. Berkaitan dengan tingkah laku berkelamin – yang kuat sahaja yang mampu

melahirkan zuriat (“ngayap”!)3. TL di kalngan manusia membawa maut, berbeza dengan TL di kalangan haiwan.

Sosiobiologi

• TL adalah tertanam dalam diri manusia semasa proses evolusi.

• Berperanan membantu manusia untuk survival – tingkah laku yang mengganggu survival perlu dihapuskan.

Rumusan teori naluri/biologi

• TL memang telah tertanam dalam diri manusia secara sejadi.

• Ianya berfungsi untuk survival manusia• Oleh kerana telah tertanam (sejadi) maka ianya

sukar untuk dihapuskan.

Langsangan akibat dorongan luaran

• Menentang idea bahawa langsangan telah diprogamkan.• Langsangan adalah dipelajari/diperolehi melalui

pengalaman (rangsangan luaran –persekitaran).• Hipotesis kekecewaan-langsangan:

1. Rangsangan luaran menyebabkan manusia merasa kecewa

2. Dan rasa kecewa ini mendorong manusia bertingkah laku langsang.

• Oleh kerana faktor luaran menyebabkan manusia bertingkah laku langsang maka TL boleh diubah dengan cara mengubah sumber/rangsangan daripada persekitaran.

Teori Tingkah Laku Sosial

• Pandangan ahli-ahli psikologi sosial: Langsangan adalah dipelajari (teori pembelajaran sosial).

• Mengikut pandangan ini, 1. tindakan-tindakan tingkah laku langsang adalah dipelajari

melalui pengalaman.2. TL dilakukan kerana menjangkakan akan memperolehi

ganjaran/atau hukuman.3. TL dirangsang oleh kondisi-kondisi (rangsangan)

persekitaran.• Oleh kerana TL adalah dipelajari maka ianya boleh dikawal dan

diubah, iaitu dengan mengubah rangsangan (persekitaran) atau dengan ganjaran dan hukuman.

FAKTOR LANGSANGAN

• Mengapa manusia bertingkah laku langsang? Apa faktornya?1. Faktor diri manusia itu sendiri:

1. Faktor otak2. Faktor hormon/kromoson3. Faktor jantina

2. Faktor situasi, emosi dan motif1. Kekecewaan 2. Reaksi terhadap kesakitan-serangan3. Provokasi lisan dan fizikal4. Ancaman dan persaingan5. Model sosial6. Persekitaran fizikal

3. Keadaan pencetus langsangan1. Marah2. Salah atribusi3. Tanda saran situasi4. Motivasi untuk langsang

FAKTOR DIRI INDIVIDUPeranan Otak

• Bahagian dalam otak: sistem limbik (amigdala) berperanan sama ada seseorang itu menyerang atau cabut lari – fight or flight.

• Sekiranya amigdala dirangsang atau dirosakkan seseorang bertingkah laku langsang atau sebaliknya.

• Sekiranya anda terserempak dengan harimau dalam hutan apa yang anda lakukan? Bagaimana kalau harimau itu dalam kandang di Zoo Negara?

Hormon dan Kromosom

• Peranan sistem endokrin (hormon) dan kromosom dalam merangsang tingkah laku langsang.1. Hormon testosteron (lelaki): kelebihan hormon ini

merangsang untuk bertingkah laku langsang.2. Siondrom XYY: kromosom pasangan ke 23

(penentuan jantina – XY untuk lelaki) terlebih kromosom Y, i.e lebih kelelakiannya, lebih langsang (ramai nisbah mereka dipenjara). Adakah faktor pembelajaran (Bandura!) atau faktor kromosom?

Perbezaan antara Jantina

1. Mana lebih langsang, lelaki atau perempuan? 2. Hasil kajian: Sama sahaja, sekiranya tiada

halangan sosial (situasi) bagi wanita?3. Tetapi stereoytaipnya perempuan adalah

lembut, penyayang etc.

SITUASI, EMOSI DAN MOTIFKekecewaan

• Teori kelasik: frustration and aggression:1. Kekecewaan sentiasa membawa kepada langsangan2. Langsangan sentiasa berasal daripada kekecewaan.

• Kritikan teori:1. Kekecewaan tidak sentiasa membawa kepada langsangan kerana

ada halangannya.2. Manusia yang kekecewa mungkin berusaha untuk mengatasi

kekecewaan dengan cara tertentu (misalnya memendamkannya).3. Kekecewaan hanya salah satu faktor sahaja daripada banyak

faktor.• Kekecewaan boleh membawa kepada langsangan sekiranya:

1. Kekecewaan adalah hebat.2. Sekiranya tingkah laku dipersepsi sebagai sembarangan, bukan

salahnya (layanan yang tidak adil etc).

Reaksi Kesakitan

• Manusia marah apabila dirinya disakiti atau emrasa sakiti.• Emosi marah ini bioleh mendorong manusia/haiwan untuk

menyerang/bertingkah laku.• Bagaimanakah boleh berlaku pergaduhan, peperangan dan

persengkitaan?• Namun: ini bergantung kepada atribusi tentang penyebab

kepada sakit itu. Apabila bezanya di antara faktor sengaja menyakiti dan tidak sengaja menyakiti dalam mempengaruhi tingkah laku langsang?

Provokasi lisan dan fizikal

• Mengapa manusia marah?• Mungkin diprovok secara lisan (ejek, cela) atau fizikal

(tolak).• Apa faktor/situasi yang memulakan sesuatu

pergaduhan, peperangan – tingkah laku langsang?• Contoh dalam perlawanan bola sepak!• Provokasi menyumbang kepada TL bergantung kepada

proses atribusi sosial, sama ada provokais itu secara sengaja (faktor dalaman), atau tidak sengaja (faktor luaran).

Ancaman dan Persaingan

• Ancaman sama ada dalam bentuk fizikal atau sudah cukup menimbulkan sesuatu reaksi (marah atau bimbang) dan mendorong TL.

• Kadang kala ancaman itu bukan sebenarnya; ia hanya hanya dalam bentuk persepsi (rasa dirinya diancam).

• Persaingan antara manusia boleh membawa langsangan; persaingan politik, kuasa, harta etc

Model Sosial

• Bolehkah manusia bertingkah laku langsang akibat daripada meniru daripada model?

• Sejauh mana pentingya model sosial dalam mempengaruhi tingkah laku langsang.

• Kajian “Bobo Doll” oleh Albert Bandura!• Kajian Eron: siapakah kanak-kanak yang mudah dipengaruhi oleh

model langsang?:1. Yang mudah dipengaruhi oleh adegan ganas di TV2. Yang tidak popular di sekolah.3. Yang berpencapaian rendah (kerap menonton cerita ganas)4. Yang ibu bapa mereka menggunakan hukuman fizikal.

Persekitaran Fizikal• Rangsangan fizikal berperanan dalam mendorong

tingkah laku langsang.• Persekitaran fizikal:1. Kesesakan (jalan raya!)2. Suhu-panas dan sejuk.3. Kebisingan4. Bau-bauan5. Rangsangan erotik.• Kesaratan kognitif: telalu banyak rangsangan yang akan

diproses menyebabkan seseorang tidak mampu – marah.

• Kajian Kes: penjara yang sesak; sekolah yang sesak

KEADAAN PENCETUS LANGSANGAN:Marah

• Rangsangan daripada persekitaran mendorong tingkah laku langsang sekiranya ia dapat merangsang wujudnya perasaan marah.

• Marah bertindak sebagai penghubung rangsangan dengan TL.• Dengan demikian, orang yang cepat marah lebih cenderung ber

TL. Siapa dia orang tersebut?• Teori Personaliti Jenis A dan Personaliti Jenis B.• Ciri Personaliti Jenis A : bersaing, sensitif, mementingkan masa,

tergesa-gesa, ingin mendahului orang lain, kurang sabar (dikaitkan dengan faktor penyakit kardiovaskular). Mereka cenderung terlibat dalam tingkah laku langsang (permusuhan, penentang, pergelutan/persaingan, kurang mempercayai orang lain etc).mudah marah apabila diprovokasi.

1. Ciri Personaliti Jenis B: lawan kepada personaliti jenis A.

Salah Atribusi

• Teori pemindahan gantian (Zillman)1. Rasa ketidakselesaan yang tidak hebat tidak cukup

untuk mendorong tingkah laku langsang; namun apabila memang telah terbangkit fisiologinya, dengan adanya faktor ketidak selesaan yang sedikit sudah cukup mendorong.

2. Dengan pengambilan dadah/menonton bahan lucah dapat merangsang tinmgkah laku langsang yang sudah sedia ada.

Tanda saran situasi

• Rangsangan persekitaran boleh mendorong tingkah laku langsang.

• Objek-objek yang boleh mengingatkan seseorang kepada perisitiwa lalu yang menyakitkan boleh membangkitkan langsangan.

• Berkowitz dengan teori Kesan senjata.

Model Motivasi Langsangan

• Model ini lanjutan daripada model kekecewaan-langsangan.

• Langsangan adalah dibangkitkan oleh beberapa faktor: persekitaran, kemarahan, salah atribusi, tanda saran situasi.

PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN LANGSANGAN

• Dua teknik dicadangkan untuk mencegah langsangan: hukuman dan katarsis.

• Namun teknik ini tidak sentiasa berjaya dan berkesan.

• Mungkin teknik lain lebih berkesan.

Hukuman• Hukuman telah biasa digunakan untuk mengawal dan mencegah langsangan.• Kadang kala dengan memberikan ancaman sahaja sudah cukup mencegah

langsangan.• Hukuman berfungsi, membalas balik tindakan langsang dan memberikan

amaran kepada orang lain.• Hukuman tidak sentiasa berkesan kerana:1. Langsangan boleh membiakkan langsangan2. Orang yang memberikan hukuman boleh dijadikan model yang ditiru oleh orang

lain – menggalakkan langsangan.3. Keberkesanan hukuman hanya bersifat sementara.• Keberkesanannya apabila:1. Ketika bertingkah laku langsang, tidak terlalu marah.2. Mempersepsi tidak ada faedah apabila ebrtingkah laku langsang3. Mempersepsi akan menerima hukuman yang serius.4. Kemungkinan/kebarangkalian untuk dikenakan hukuman adalah tinggi.

Katarsis

• Melepas tenaga langsang dengan cara yang selamat.• Melepaskan tenaga marah melalui tindakan yang tidak

berbahaya.• Wap di dalam dandang perlu dilepaskan dari masa ke

semasa.• Sejauh mana melalui katarsis boleh mengurangkan

kecenderungan untuk bertingkah laku langsang?

Tindakan Berlawanan Dengan Langsangan

• Andaian: manusia tidak mampu berada dalam dua emosi/keadaan yang berlawanan: gembira dan sedih; khayal dan memberikan tumpuan dalam satu waktu.

• Dicadangkan mereka yang marah menonton / mendengar cerita lucu; apabila tersenyum maka marah akan hilang!!!

Cara-cara lain

1. Permintaan maaf2. Penghalangan pemilikan senjata –

pembunuhan tidak berancang berlaku apabila ada senjata.

3. Pembelajaran sosial – ganjaran, pemodelan, cara pemeliharaan anak (sosialisasi)