Post on 27-Jan-2016
description
TUGASAN 3
Isu Pertama :Menilai tahap kecemerlangan pelajar
Dalam sesebuah sekolah, prestasi akademik pelajar dalam sekolah itu merupakan salah
satu aspek untuk mentakrifkan kecemerlangan, kejayaan dan kualiti sesebuah sekolah itu.
Statistik memainkan peranan sebagai alat bantu untuk menolong pendidik menilai tahap
kecemerlangan pelajar. Ini boleh dilakukan apabila data dari markah pelajar dikumpulkan,
data tersebut dapat dibentuk menjadi satu taburan normal. Taburan normal membolehkan guru
menganalisis tahap pelajar dan jumlah orang pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah. Ini
adalah penting kerana guru dapat mengesan pelajar yang lemah dan memberi perhatian yang
lebih banyak kepada mereka dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar. Ini
secara langsungnya dapat meningkatkan prestasi akademik keseluruhan sesebuah sekolah.
Hal ini juga dapat mengelakkan murid yang lemah ketinggalan dan kehilangan minat dalam
pelajaran.
Di dalam sesebuah kelas, memang terdapat perbezaan tahap individu antara setiap
murid tersebut. Terdapat murid yang lemah, sederhana dan pandai. Menurut Henson dan Eller
(1999) di dalam bukunya Educational Psycholigy for Effective, kepelbagaian individu merujuk
kepada ciri atau sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan
seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran
sekolah . Jadi, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui tahap prestasi akademik
seseorang pelajar melalui statistik dan berusaha mengambil inisiatif untuk membantu pelajar
yang lemah kerana setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza daripada individu yang lain.
Statistik membantu seorang guru untuk menilai hasil pendidikan.Seorang guru
memerlukan statistik untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar atau pencapaian
kelas yang diajar dengan pencapaian mereka sebelumnya.Dengan menggunakan bentuk angka
hasil penilaian tersebut tidak akan memberi gambaran yang begitu jelas jika berbanding dengan
data kuantitatif.
Oleh itu,guru dapat mengetahui prestasi sesuatu kelas mengikut peperiksaan yang
diadakan.Dengan ini,guru dapat mengambil langkah-langkah yang inisiatif untuk membantu
pelajar kelas tersebut mencapai tahap kecemerlangan.Guru juga dapat membezakan
peningkatan sesuatu kelas dengan kelas yang lain.Sebagai contoh,berikut adalah bilangan
pelajar yang lulus dalam semua subjek mengikut kelas.Dengan menggunakan statistik guru
dapat membezakan peningkatan prestasi oleh pelajar tahun 6 tersebut dalam setiap
peperiksaan.
Contoh:
Jadual dibawah menunjukkan data pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bandar Banting,tahun 6
yang lulus semua subjek mengikut kelas.Pencapaian pelajar diperhatikan pada Ujian Bulanan
1,Ujian Bulanan 2 dan Ujian Percubaan UPSR.Setiap kelas terdiri daripada 40 pelajar.
UJIAN BULANAN 1
Kelas Bilangan Pelajar YangLulus dalam semua subjek
6 Cemerlang 35
6 Cerdik 30
6 Bestari 28
Jadual 1.1
6 Cemerlang 6 Cerdik 6 Bestari0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
PELAJAR TAHUN 6 YANG LULUS DALAM SEMUA MATAPELAJARAN DALAM UJIAN BULANAN 1
Kelas
Pe
ratu
s
Graf di atas menunjukkan peratus pelajar yang lulus dalam semua matapelajaran dalam Ujian
Bulanan 1
UJIAN BULANAN 2
Kelas Bilangan pelajar yang lulus dalam semua
subjek
6 Cemerlang 36
6 Cerdik 32
6 Bestari 24
Jadual 1.2
6 Cemerlang 6 Cerdik 6 Bestari0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
PELAJAR TAHUN 6 YANG LULUS DALAM SEMUA MATAPELAJARAN DALAM UJIAN BULANAN 2
Kelas
Per
atu
s
Graf di atas menunjukkan peratus pelajar yang lulus dalam semua matapelajaran dalam Ujian
Bulanan 2
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR
Kelas Bilangan pelajar yang lulus dalam semua
subjek
6 Cemerlang 40
6 Cerdik 36
6 Bestari 34
Jadual 1.3
6 Cemerlang 6 Cerdik 6 Bestari0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
PELAJAR TAHUN 6 YANG LULUS DALAM SEMUA MATAPELAJARAN DALAM PEPERIKSAAN PER-
CUBAAN UPSR
Kelas
Per
atus
Graf di atas menunjukkan peratus pelajar yang lulus dalam semua matapelajaran dalam
peperiksaan percubaan UPSR.
Dengan menggunakan statistik seseorang guru bukan sahaja dapat mengetahui prestasi
sesuatu kelas dalam peperiksaan yang telah diadakan.Malah,mereka juga boleh
membandingkan perbezaan peratus lulus antara kelas lain dan juga peningkatan prestasi
sesuatu kelas.Graf dibawah menunjukkan prestasi keseluruhan pelajar tahun 6.
6 Cemerlang 6 Cerdik 6 Bestari0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
GRAF KESELURUHAN PRESTASI PELAJAR TAHUN 6 DALAM PEPERIKSAAN
UB 1 UB 2 Percubaan
Graf ini menunjukkan keseluruhan prestasi pelajar.
Statistik amat membantu guru-guru bagi membuat analisa prestasi pelajar.Dalam
keadaan sebegini guru dapat membezakan pencapaian mereka dimana mereka boleh
mengambil langkah-langkah yang efisian untuk membantu pelajar sesuatu kelas memperolehi
kecemerlangan.Melalui graf tersebut kita dapat mengetahui bahawa pelajar 6 Bestari
mempunyai bilangan pelajar yang kurang lulus dalam semua matapelajaran.Pada ujian bulanan
1 dan 2 bilangan pelajar mendapat lulus keseluruhan adalah kurang jika berbanding dengan
kelas lain.Ini menunjukkan kelas tersebut perlu diberi perhatian oleh para guru.
Antara perkara seseorang guru dapat melakukan untuk pelajarnya termasuklah mencari
strategi pembelajaran yang sesuai untuk pelajar tersebut. Hal ini demikian kerana setiap
seorang pelajar itu adalah unik. Keunikan mereka tidak sama antara satu sama lain. Seorang
guru tidak boleh menganggap semua murid boleh belajar dengan cara yang sama. Biasanya
penyampai seseorang guru itu bergantung pada persekitaran tempat tinggal pelajar, status
sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran. Guru harus berusaha untuk menolong murid
memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Dengan mengambil kira
faktor-faktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan pembelajaran yang
berkesan mengikut kemampuan. Menurut Dunn dan Dunn (1979), setiap individu mempunyai
gaya pembelajaran tertentu. Oleh itu, guru perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang gaya
pembelajaran dan bagaimana menyesuaikan gaya pembelajaran pelajar dengan pengajaran
guru agar dapat mencapai pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang. Ini dapat mencapai
tujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Program seperti kelas intensif dapat memberi kesan yang baik.Sesetengah pelajar tidak
suka membuat ulangkaji sendiri di rumah selepas waktu persekolahan.Ini adalah antara punca
pelajar tidak dapat menjawab dengan baik semasa peperiksaan.Ulangkaji pada akhir saat
memberi tekanan kepada pelajar dan mereka tidak dapat menguasai semua topik pada saat
akhir.Oleh itu,selepas mengadakan kelas intensif pelajar kelas tersebut dapat mengulangkaji
semasa kelas intensif.Dengan adanya,bimbingan guru mereka dapat menanyakan soalan-
soalan yang mengelirukan mereka dan mendapat penjelasan oleh guru.Terdapat peningkatan
bilangan pelajar yang lulus semasa peperiksaan percubaan.Melalui statistik guru dapat
mengetahui bahawa langkah yang diambil memberi kesan atas pencapaian pelajar
itu.Pencapaian pelajar yang meningkat tersebut menunjukkan bahawa kelas intensif membantu
mereka untuk persediaan sebelum peperiksaan.
Begitu juga dengan kelas-kelas lain,kelas tersebut adalah kelas pertama dan
kedua.Oleh itu,pelajar dari kelas mempunyai bilangan yang ramai lulus semua matapelajaran
berbanding dengan kelas Bestari.Ini kerana kelas-kelas tersebut terdiri daripada pelajar yang
pandai dimana mereka dapat belajar tanpa bimbingan guru selepas waktu persekolahan.Faktor
seperti,latar belakang keluarga atau inisiatif murid itu sendiri mewujudkan pencapaian
sebegini.Ibubapa yang memberi penekanan kepada pencapaian peperiksaan pelajar dan selalu
membimbing mereka untuk belajar dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk belajar.Di
mana mereka akan berasa bertanggungjawab untuk mencapai keputusan yang baik.
Selain itu,faktor seperti kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa juga membantu
pelajar tersebut mencapai prestasi yang baik.Sesetengah ibubapa membelikan buku-buku
latihan bagi anak mereka untuk membuat ulang kaji.Ini akan membantu pelajar untuk
mengukuhkan lagi pemahaman mereka dalam pelajaran dan dapat pendedahan kepada
struktur-struktur soalan.
Isu Kedua : Menilai tahap tekanan dan punca tekanan pelajar di sekolah
Selain itu, statistik juga boleh membantu mengetahui tahap tekanan dan punca tekanan
pelajar di sekolah. Data tahap dan punca tekanan pelajar boleh dikumpulkan melalui soal
selidik. Selepas mendapat data tersebut dan dipersembah dalam bentuk carta pai ataupun graf,
seseorang kaunselor dapat tahu jumlah orang pelajar yang berasa tertekan, tahap tekanan
mereka dan punca tekanan tersebut.
Bagi seseorang pendidik, adalah sangat penting bagi mereka untuk mengetahui tahap
tekanan dan punca tekanan pelajar. Stress telah dikenalpasti sebagai punca kepada hampir
semua masalah yang wujud dan kecelaruan psikologi. Stress sering dikaitkan dengan
pembelajaran. Stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia
dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada
kesihatan mental. Cara pelajar menangani stress yang dihadapi amat penting dalam
menentukan kesihatan mental dan fizikal.
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari aspek negatif atau
stress yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan
pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh kerana stress di kalangan pelajar merupakan
satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak, ianya perlu ditangani secara
menyeluruh. Maka adalah penting untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab stress pelajar
terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka bentuk.
Melalui statistik, seseorang pendidik akan mendapat tahu tentang punca stress pelajar.
Dengan pengetahuan tentang faktor stress, pendidik akan dapat menambahbaikan strategi
pengajarannya dan langkah tertentu dapat dilakukan supaya pelajar belajar dalam keadaan
yang ceria dan harmoni. Ibu bapa menjadi salah satu punca tekanan pelajar. Kebanyakan ibu
bapa mahukan anak-anak mereka mencapai kejayaan dalam pendidikan sebagai jaminan
mendapat kerjaya yang baik di masa hadapan. Menggalakkan anak-anak berjaya dalam bidang
pendidikan perlu mengikut landasan yang betul dalam setiap langkah dan tindakan dan
bukannya mengenakan sesuatu peraturan tanpa rasional. Penggunaan peraturan tanpa
rasional dan meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap pencapaian anak-anak akan
memberi tekanan kepada anak-anak. Sekiranya harapan yang diletakkan ibu bapa tidak dapat
dicapai oleh anak -anak, ini akan menyebabkan anak-anak mengalami tekanan yang teruk
sehingga boleh menyebabkan trauma.
Selain itu, penceraian dalam kalangan ibu bapa juga menyebabkan anak-anak
mengalami tekanan. Penceraian ibu bapa menyebabkan, kehidupan anak-anak terabai. Anak-
anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan
anak-anak berasa tersisih dan kurang mendapat kasih sayang sehingga menyebabkan anak-
anak mengalami tekanan perasaan. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa menjadi salah satu
punca kepada tekanan yang dialami oleh pelajar.
Punca yang seterusnya merupakan punca persekitaran. Pelajar akan mengalami
pelbagai perubahan persekitaran dalam hidupan seharian mereka bergelar pelajar. Contohnya
mereka akan mengalami perubahan gaya hidup dari peringkat menengah kepada peringkat
institusi pengajian tinggi. Mereka akan mengalami tekanan jika tidak dapat menerima dan
menyesuaikan diri dengan perubahan besar bergelar mahasiswa universiti seperti untuk
mendapat keputusan yang cemerlang mereka perlu berusaha sendiri tanpa bantuan.
Selain itu, sistem penentuan gred bagi setiap subjek tidak hanya bergantung kepada
markah dalam perperiksaan akhir semata-mata, inilah yang menjadi pembaharuan besar bagi
pelajar yang memasuki alam kampus. Tambahan pula, mereka akan mengalami tekanan
kerana dibebani dengan pelbagai tugasan yang diberikan oleh pensyarah, pada masa yang
sama mereka perlu mengulangkaji pelajaran bagi setiap subjek untuk menghadapi ujian dan
kuiz. Hal ini menunjukkan bahawa persekitaran juga menjadi punca tekanan pelajar.
Di samping itu, persekitaran sosial merupakan salah satu penyumbang utama kepada
berlakunya tekanan dalam kalangan pelajar hari ini. Pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan
perempuan menyebabkan mereka mudah terjebak dalam gejala sosial seperti pembuangan
bayi, pelacuran, 'mat rempit', dan banyak lagi. Kesannya, mereka yang terlibat ini akan
mengalami tekanan kerana tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Sebagai
contoh, seorang pelajar perempuan yang telah mengandungkan anak teman lelakinya akan
berasa tertekan kerana malu dan takut kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula apabila
teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab terhadap perbuatannya.
Hal ini menyebabkan berlakunya pembuangan bayi dan lari dari rumah, seterusnya para
pelajar tersebut mengabaikan pelajaran kerana terlalu tertekan akibat masalah yang
dihadapinya. Sesungguhnya, gejala sosial yang semakin berleluasa menyebabkan para pelajar
mengalami tekanan dalam diri mereka.
Yang di atas merupakan punca stress pelajar. Sebagai seorang guru yang professional
dan prihatin, kita hendaklah sentiasa mengambil berat tentang situasi pelajar dan membuat
segala yang boleh dilakukan supaya mental pelajar dapat berkembang dalam situasi yang sihat
dan mereka dapat belajar dalam keadaan yang ceria. Ini menunjukkan kepentingan statistik
bagi seseorang guru ataupun seseorang kaunselor kerana mereka akan mengetahui tahap
stress dan punca stress pelajar dengan soal selidik yang dilakukan.
Untuk menangani stress di kalangan pelajar, seseorang guru ataupun kaunselor harus
dapat mengambil langkah yang bijak untuk menambahbaikan pengajaran ataupun membuat
sesuatu supaya pelajar dapat belajar dengan ceria. Contohnya, seseorang kaunselor boleh
memberi bimbingan untuk pelajar yang berasa stress. Guru dan kaunselor harus memastikan
bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar haruslah sejajar dengan prinsip dan etika
tertentu. Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara
sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada “pelajar bermasalah” sahaja. Fokus
utamanya ialah pencegahan – iaitu, untuk mencegah masalah yang serius dalam kalangan
pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah sementara masalah itu
masih boleh dikawal. Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang
lain, seperti guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan
masyarakat. Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta
membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya – iaitu, faham bahawa ia bertanggungjawab
terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam hidupnya pada akhirnya.
Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar.
Seseorang guru ataupun kaunselor harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan
dan kaunseling, seperti (i) semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan
kaunseling adalah sulit – iaitu, maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa
sesi tersebut tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut; (ii)
guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap pelajar, dan
mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak beretika dengan
pelajar tersebut. Guru atau kaunselor perlu menggunakan kemahiran interpersonal seperti
mendengar dengan aktif dan empati, dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif
terhadap murid, supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar. Dengan bimbingan
kaunselor, stress di kalangan pelajar akan dapat ditangani dan mereka akan belajar dalam
keadaan yang ceria.
Isu : Kedatangan pelajar ke perpustakaan sekolah
Perpustakaan merupakan tempat yang berkhidmat sebagai medium yang akan
mengedarkan kita bahan-bahan pelajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan
pelajar.Perpustakaan di sekolah berkhidmat sebagai panduan kepada guru dan pelajar untuk
mencari, memilik, menghasil dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan
masing-masing.Kelebihan pusat sumber masih tidak dapat dihayati penuh oleh pelajar-pelajar
sekolah pada zaman sekarang.Bagi mengatasi masalah ini,cara yang alternatif untuk
mengatasinya adalah pengunaan statistik.
Contoh:
Bilangan pelajar yang melawat ke perpustakaan sekolah SK Bandar Banting pada bulan
Jun,Julai dan Ogos
Bulan Bilangan Pelajar
Jun 200
Julai 100
Ogos 160
Jadual 2.1
JUN
JULAI
OGOS
0 50 100 150 200 250
Bilangan pelajar yang melawat ke perpustakaan sekolah SK Bandar Banting pada bulan Jun,Julai dan Ogos
Carta palang ini menunjukkan bilangan pelajar yang melawat ke perpustakaan sekolah SK Bandar Banting pada bulan Jun,Julai dan Ogos.
Berdasarkan graf tersebut,kita boleh membuat kesimpulan bahawa kedatangan pelajar
ke perpustakaan sekolah adalah tidak sekata.Dimana,bilangan pelajar juga amatlah kurang dan
ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai minat untuk melawat ke perpustakaan
sekolah.Perpustakaan di sekolah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah membuat
rujukan atau untuk aktiviti membaca seperti buku cerita dan novel.Selain itu,perpustakaan juga
menyediakan pelbagai kemudahan seperti pengunaan komputer secara percuma,permainan
dalaman dan juga menyediakan surat khabar.Walaupun perpustakaan sekolah mempunyai
pelbagai kemudahan kedatangan pelajar masih tidak memuaskan.
Graf tersebut menunjukkan,pada bulan Jun seramai 200 pelajar telah melawat
perpustakaan sekolah.Pada bulan tersebut,sekolah mengisytiharkan bulan nilam.Program
NILAM adalah Nadi Ilmu Amalan Membaca yang merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang
berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka
tamat persekolahan.Pelajar yang berjaya membaca dan merekod bilangan buku yang banyak
akan diberikan sijil dan hadiah-hadiah yang menarik oleh pihak sekolah.Oleh itu,pelajar
bertungkus lumus untuk melawat ke perpustakaan sekolah bagi merekodkan bahan pembacaan
mereka.Faktor ini menjadi penyebab untuk kenaikan bilangan pelajar yang melawat ke
perpustakaan pada bulan tersebut.
Seterusnya,pada bulan julai kita dapat melihat bahawa kedatangan pelajar menurun ke
100 pelajar.Keadaan ini berlaku,akibat tiada program yang dilaksanakan pada bulan
tersebut.Bulan berikutnya,bilangan pelajar menaik semula dimana seramai 160 pelajar datang
ke perpustakaan.Ini kerana pada bulan kemerdekaan sekolah telah mengadakan pelbagai
aktiviti di perpustakaan yang berkaitan dengan tema kemerdekaan.Oleh itu,pelajar dikehendaki
datang ke perpustakaan bagi menyertai pertandingan.
Oleh itu,jelaslah bahawa pelajar pada zaman sekarang hanya datang ke perpustakaan
jika ada keperluan.Pengunaan teknologi baru yang menjadi sesuatu penghalang bagi mereka
untuk mendekati perpustakaan.Dengan adanya akses kepada internet dalam telefon bimbit
mereka dapat memperolehi maklumat yang diperlukan dengan segera.Ini mengurangkan
pembaziran masa mereka untuk mencari sesuatu maklumat.Oleh itu,pelajar zaman sekarang
memilih pembelajaran secara virtual.Selain itu,jika pelajar meminjam buku dari perpustakaan
mereka dikehendaki memulangnya dalam tempoh 2 atau 3 hari.Bagi memanjangkan tempoh
tersebut pelajar dikehendaki melawat ke perpustakaan sekali lagi.Peraturan seperti ini
membebankan pelajar dan mereka hilang keinginan untuk melawat ke perpustakaan.
Statistik membantu guru perpustakaan dan pihak sekolah untuk membuat analisis
tentang kedatangan pelajar ke perpustakaan.Dengan adanya,panduan statistik mereka dapat
membuat analisa tentang sebab pelajar tidak datang.Ini kerana dengan penggunaan statistik
kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas.Dengan itu,kita dapat membuat konklusi sebab
sesuatu situasi berlaku.Contohnya,graf di atas menunjukkan ramai pelajar melawat ke
perpustakaan pada bulan jun dan ogos.Ini kerana aktiviti-akitiviti seperti pertandingan dan
kempen membaca telah diadakan pada bukan tersebut.Oleh itu guru perpustakaan dapat
membuat konklusi bahawa dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti ini pelajar
akan datang ke perpustakaan.
Guru yang bertugas boleh menganjurkan program-program yang bermanfaat supaya
pelajar dapat berpeluang untuk datang ke perpustakaan.Menerusi program seperti ini pelajar
dapat mengetahui tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah di
perpustakaan dan akan mula meluangkan masa di perpustakaan.Bagi menarik pelajar zaman
sekarang pihak sekolah juga bolehlah,menyediakan akses internet yang percuma dan sentiasa
menyediakan buku-buku yang baharu.
Statistik juga akan membantu pihak sekolah melalui cara yang lain.Pihak sekolah atau
pihak perpustakaan boleh membuat kajian terhadap pelajar tentang jenis buku yang digemari
oleh mereka.Dengan adanya,analisis buku yang digemari oleh pelajar sekolah tersebut.Pihak
sekolah dapat berusaha untuk mendapatkan buku-buku tersebut.Mereka juga dapat mencari
sponsor untuk menderma buku-buku untuk perpustakaan sekolah.Sebagai bukti,mereka boleh
menunjukkan statistik yang dibuat selepas kajian yang dibuat terhadap pelajar sekolah
mereka.Ini akan membantu pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan dengan lebih
mudah.Dimana pihak yang memberi sponsor akan berasa lebih yakin untuk membantu sekolah
kerana mereka menunjukkan sesuatu bahan yang boleh dipercayai.
Keadaan seperti ini,menunjukkan kita bagaimanakah statistik dapat membantu pihak
sekolah untuk mengatasi masalah.Statistik juga memberi peluang bagi pihak sekolah untuk
mengetahui punca sesuatu masalah berlaku.Contohnya,dalam graf untuk Jadual 2.1 dimana
kita dapat membuat kesimpulan bahawa program-program yang diadakan oleh pihak
perpustakaan sekolah akan mempengaruhi kedatangan pelajar ke perpustakaan.Oleh
itu,jelaslah bahawa statistik membantu sesuatu organisasi di sekolah untuk mencapai sesuatu
keputusan dan membantu mereka untuk membuat pilihan yang terbaik.
(2695 patah perkataan)