Tugasan1 kpt6054 aman_shah

Post on 22-Jun-2015

110 views 4 download

Transcript of Tugasan1 kpt6054 aman_shah

TUGASAN 1 : ULASAN JURNAL

KAJIAN DALAM TEKNOLOGI

INSTRUKSIONALPensyarah :Prof. Madya Dr. Abd Latif bin Hj.

Gapor

Oleh:AMAN SHAH BIN SYED ALI

(M20121000458)

TAJUK JURNAL 1

ADAKAH JENIS FON MEMBERI KESAN TERHADAP KEBOLEHBACAAN TEKS BAHASA MELAYU DI LAMAN WEB?

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, Jilid 1, Nombor 3, September 2011

 Oleh

 Rahani Wahid & Ahmad Zamzuri

Mohamad AliFakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGENALAN

Fon Serif merupakan fon yang digemari untuk blok teks yang panjang kerana Serif membantu pembaca membezakan setiap huruf secara individu. Fon Gothic pula atau San Serif tidak mempunyai garisan kecil seperti yang terdapat pada fon serif. Fon ini banyak digunakan untuk penerbitan buku dan sebagainya.

PERSOALAN KAJIAN

1- Adakah fon serif dan san serif kategori paparan skrin komputer memberi kesan terhadap kebolehbacaan teks pada paparan skrin komputer ?

2- Adakah fon serif dan san serif kategori percetakan memberi kesan terhadap kebolehbacaan teks pada paparan skrin komputer ?

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesan penggunaan fon serif dan san serif kategori percetakan serta kategori paparan komputer dari sudut kebolehbacaan teks Bahasa Melayu di laman web.

METODOLOGI KAJIANPeserta : Dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) dan populasi yang dipilih adalah terdiri daripada 48 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, UPSI yang dipilih secara rawak. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diuji dengan dua fon yang ditentukan .

Pengukuran : Tugasan membaca, Dua petikan yang ditulis menggunakan dua fon yang berbeza, skala pemarkahan menggunakan Skor Rubrik (Sumber: Mertler (2001)

PROSEDUR KAJIANUjian Membaca dijalankan kepada kumpulan 1 dan meminta mereka membaca Teks 1 dan Teks 2 yang dpaparkan menerusi pelayar web Internet Explorer pada monitor skrin rata LC 21”. Resolusi pada skrin adalah 1280 x 1024 pixel. Fon yang digunakan dalam kumpulan 1 adalah fon Georgia ( Teks 1 ) dan Verdana ( Teks 2 ).

Fon yang digunakan oleh kumpulan 2 adalah berbeza. Teks 3 menggunakan fon Times New Roman dan Teks 4 menggunakan fon Arial. Teks 1 dan Teks 2 mewakili kategori Paparan Skrin Komputer dan Teks 3 dan Teks 4 mewakili fon kategori percetakan.

DAPATAN KAJIANIndependent Sample T-Test digunakan untuk menguji sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara kebolehbacaan responden. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang siginifikan dari sudut kebolehbacaan antara fon Georgia ( serif ) dan Verdana ( san serif ).

Tidak wujud perbezaan yang signifikan dari sudut kebolehbacaan antara fon Times New Roman ( serif ) dan Arial ( san serif ). Nilai Min menunjukan bahawa kebolehbacaan fon Times New Roman ( serif ) dan fon Arial ( san serif ) pada paparan skrin komputer adalah hampir sama.

PENUTUPKesimpulannya, melalui dapatan kajian fon serif dan san serif kategori paparan skrin komputer dan percetakan tidak memberi kesan yang jelas terhadap kebolehbacaan teks pada laman web. Oleh itu, beberapa kajian kajian lanjutan perlu dijalankan antaranya menguji sudut kefahaman pembacaan menggunakan fon yang berbeza, kajian terhadap peringkat umur yang berbeza, kesan resolusi monitor dan lain-lain kajian yang sesuai dengan penggunaan fon dalam laman web.

TAJUK JURNAL 2ASSESSING THE DIMENSIONALITY OF

COMPUTER SELF-EFFICACY AMONG PRE-SERVICE TEACHERS IN SINGAPORE : A

STRUCTURAL EQUATION MODELING APPROACH

International Journal of Education and Development using Information and

Communication Technology (IJEDICT), 2010, Vol. 6, Issue 3, pp. 7-18

OlehTimothy Teo, Joyce hwee Ling Koh

Nanyang Technological University, Singapore

PENGENALAN

Kajian ini adalah satu kajian tentang efikasi kendiri komputer dalam kalangan guru-guru pelatih institut latihan perguruan di Singapura.

TUJUAN KAJIANMengkaji dimensi efikasi kendiri komputer dalam kalangan guru pelatih di Singapura. Antara aspek yang diteliti dalam kajian ini ialah efikasi kendiri komputer guru pelatih dibandingkan dengan tiga dimensi yakni pengetahuan asas komputer, hubung kait media dengan kemahiran dan kemahiran menggunakan web.

TINJAUAN LITERATUR

Selwin ( 2001 ) - keyakinan diri guru tentang kemampuan diri sendiri adalah perkara penting mempengaruhi perubahan terknologi termasuklah integrasi teknologi untuk P&P.

Bandura ( 1997 ) - efikasi kendiri merupakan penilaian kendiri tentang perubahan sikap dan tingkah laku untuk menentukan pencapaian objektif dan sasaran.

Compeau A& Higgins ( 1995 )- individu yang menggunakan komputer mempengaruhi efikasi kendiri mereka dan inividu yang mempunyai efikasi komputer yang tinggi menggunakan komputer lebih tinggi berbanding dengan mereka yang bimbang terhadap penggunaan komputer.

METODOLOGI KAJIANSampel : 708 orang guru pelatih dipilih daripada

seramai 786 orang guru pelatih semasa pengambilan tahuan pertama Diploma Pendidikan di institut latihan perguruan Singapura

Instrumen : 13 item kajian dibina oleh pengkaji untuk mengukur tahap efikasi kendiri komputer disamping beberapa soalan tentang demografi. Responden akan menjawab soalan tentang efikasi kendiri komputer tentang perbezaan antara ‘web-based’ dengan ‘media-based technologies’. Setiap item diukur dengan skala 7 mata Likert iaitu 1- sangat tidka bersetuju hingga 7-sangat setuju.

Analisis Data : Analisis data dalam kajian ini menggunakan kaedah ‘Structural Equation Modeling’ ( SEM ).

DAPATAN KAJIANEfikasi kendiri komputer guru pelatih adalah satu gagasan multidimensi iaitu ‘Basic Computer Skills’, Multi-Reated Skills’ dan ‘Web-Based Skills.

Mengesahkan secara statistik bahawa setiap individu mempunyai efikasi kendiri yang berbeza antara satu sama lain. Kajian ini telah membuktikan efikasi kendiri komputer adalah satu cara yang berkesan untuk mengukur kesediaan seseorang guru pelatih untuk menggunakan teknologi.