Post on 14-Jan-2020
LAPORAN
PROGRAM CERIA WARGA EMAS
TEMPAT
Pusat Jagaan Siti Noraini,No 23, Jalan Maju 2, Taman Maju Semenyih 43000, Kajang
Selangor.
ANJURAN
Eksekutif Pembangunan Siswi
Eksekutif Sukan Dan Rekreasi
Eksekutif Kebudayaan Dan Warisan
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Tun Hussien Onn
Universiti Kebangsaan Malaysia
TEMA:
WARGA SIHAT PADUAN KEGEMILANGAN
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 PROGRAM KE PUSAT JAGAAN SITI NORAINI
2.1 MISI PROGRAM
2.2 MATLAMAT PROGRAM
2.3 ANJURAN
2.4 TARIKH DAN MASA
2.5 TEMPAT PROGRAM
2.6 STRUKTUR ORGANISASI
2.7 ATURCARA PROGRAM
2.8 BELANJAWAN
3.0 LAWATAN KEPUSAT JAGAAN NORAINI
3.1 NILAI DAN PENGAJARAN
3.2 DEFINISI
3.3 SIAPA MEREKA DI MATA MASYARAKAT
3.4 FAKTOR-FAKTOR PENGABAIAN WARGA EMAS
3.5 KESAN KEPADA WARGA EMAS
4.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Program Khidmat Masyarakat ini dirancang bertujuan bagi memenuhi kehendak kursus yang
memerlukan pelajar menjalankan satu projek. Program ini berhasrat untuk melaksanakan
khidmat bakti di sebuah rumah warga emas di daerah Bangi.
Warga Emas harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang
bernasib baik kerana sesetengah daripada mereka telah dibuang keluarga dan di hantar ke rumah
warga emas. Di samping itu, rata-rata mereka berasal daripada keluarga yang susah dan tidak
mempunyai tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan
program ini.
Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus,
kemahiran berkomunikasi dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Juga diharapkan
program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun
secara globalnya kepada negara.
2.0 PROGRAM KE PUSAT JAGAAN SITI NORAINI
2.1 MISI PROGRAM
Program ini adalah bertujuan bagi melihat kehidupan warga emas dan berinteraksi
bersama mereka. Program ini juga ingin menerapkan kemahiran komunikasi di antara
mahasiswa dan warga yang lebih berusia.
2.2 MATLAMAT PROGRAM
Program ini dirancang dengan bermatlamat :
I. Mempraktikkan teknik komunikasi yang telah dipleajari.
II. Memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan.
III. Mempraktikkan ‘Komunikasi Interpersonal’ dalam suasana mencabar di
mana kumpulan sasaran adalah warga emas yang terputus hubungan
kasih sayang dengan keluarga masing-masing.
IV. Menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan kepada
golongan kurang bernasib baik dan terpinggir.
V. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah
dikurniakan melalui observasi terhadap golongan warga emas.
VI. Mengembirakan golongan orang tua yang kesunyian dengan aktiviti yang
menceriakan.
VII. Mengeratkan silaturahim antara golongan warga emas.
2.3 ANJURAN
Eksekutif Pembangunan Siswi
Eksekutif Sukan Dan Rekreasi
Eksekutif Kebudayaan Dan Warisan
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Tun Hussien Onn
Universiti Kebangsaan Malaysia
2.4 TARIKH DAN MASA
Program dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 6 Disember 2014
Masa :9.00 pagi hingga 10.00 malam
2.5 TEMPAT PROGRAM
Pusat Jagaan Siti Noraini,No 23, Jalan Maju 2, Taman Maju Semenyih 43000, Kajang
Selangor
2.6 STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM CERIA WARGA EMAS
KETUA PENGARAH :NURUL NATASHA BINTI RIDUAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH 1 :NUR SHUHADA BINTI ISMAIL
TIMBALAN KETUA PENGARAH 2 :LYDIA EMAK
SETIAUSAHA :MARLIDA BINTI MD NOR
NAIB SETIAUSAHA :ALFRED KHAW
BENDAHARI :MUHAMMAD NASRUDDIN BIN RUSU
KETUA PROJEK :NOR HASNITA
(1)NURSYAHIRA BINTI MOHD RAPIZA
(2)FATIN NAJIHAH BINTI ZULKAPELI
(3)NURUL AZUA BINTI ADNAN
(4)MOHAMMAD IZWAN BIN MD ZAIDI
KETUA PROTOKOL :MUNIRAH BINTI ABD WAHID
(1)SITI NUR AMIEZA BINTI HAD
(2)NURUL YUSRA BINTI AZMI
(3)SITI ATTIYAH MARZUKI
(4)MUHAMMAD BIN ABD RAZAK
KETUA CENDERAMATA :AISYAH AJIS
(1)MANISAH BINTI MAHAMAD
(2)SAIDAH RUQAIYAH BINTI KAMAL
AZMI
(3)NUR IZZATI BINTI ABU BAKARI
KETUA JAMUAN :MUHAMAD HAZIQ BIN MD KHALID
(1)WAN NURUL HANNAH BINTI NARRUDDIN
(2)NURFARAHIN BINTI RAMBEDAN
(3)ANA NUR FAHATTUN BINTI AWI
KETUA PUBLISITI :NUR AFIQAH BINTI MUSTAFA KAMAZ
(1)NUR AYUNANI MAT GHANI
(2)SYAKILA BINTI MOHD YUSSOF
KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK :AZIZUL FIKRI BIN MAAIIF
(1)FURNIVAL ANAK LINGGANG
(2)NURUL AQILA BINTI OTHMAN
KETUA TEKNIKAL :MUHAMMAD FUAD BIN RAZALI
(1)SITI NUR FAZIRA BINTI ABDULLAH
(2)NOOR ATIKAH HANANI BINTI AZMAN
(3)NORSAHIRA IDAYU BINTI SUHAIMI
2.7 ATURCARA PROGRAM
MASA BUTIRAN GERAKAN TINDAKAN PIC7.00 am Berkumpul Semua peserta
program berkumpul di Dataran Perwira.
Persiapan alatan teknikal.
Makan
Semua peserta
7.30 am Ketibaan Dato pengetua
Peserta berbasikal akan stretching
Dato akan menikmati sarapan pagi
Sesi stretching akan diketuai oleh Syuhada (mep)
Protokol Program
8.00 am Bacaan doa Ucapan perasmian
Bacaan doa pembukaan
Ucapan perasmian daripada pengetua KTHO
Protokol
8.30 am Pelepasan peserta kayuhan amal
Pengetua KTHO melepaskan peserta-peserta dengan membunyikan tiupan heller
Protokol
10.00 am Tiba di destinasi Ketibaan semua peserta di Pusat Jagaan Siti Nor Aini (Bas)
Emcee mengumumkan ketibaan peserta kayuhan amal
Protokol Teknikal
10.30 am Gotong Royong Peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan
- Memasak- Mengemas
Jamuan Semua
peserta
Memasak akan diketuai oleh AJK jamuan dengan menu yang telah dirancang
12.00 pm Makan tengah hari Semua warga Pusat Jagaan Siti Nor Aini dan peserta menjamu selera
Jamuan Semua
warga pusat jagaan
Peserta1.00 pm Solat berjemaah Semua warga dan
peserta akan solat berjemaah ( lelaki sahaja )
Semua peserta lelaki muslim
Warga Pusat Jagaan Siti Nor Aini
1.30 pm Ketibaan dato pengetua
Dato akan makan tengahari bersama vip
Protokol Program
2.00 pm Bacaan doa Bacaan doa oleh saudara Shawal
Program Protokol
2.05 pm Ucapan Ketua Program
Ucapan penutupan program oleh Ketua Program
Program Protokol
2.10 pm Ucapan Pengurus Pusat Jagaan
Ucapan penutupan program oleh Pengurus Pusat Jagaan Siti Nor Aini
Program Protokol
2.15 pm Ucapan Dato Pengetua
Ucapan penutupan program oleh Dato Pengetua KTHO
Program Protokol
2.25 pm Persembahan kebudayaan
( Tarian & nyanyian )
Persembahan nyanyian dan tarian dari kebudayaan KTHO
Program
2.45 pm Sesi karaoke Sesi karaoke bersama penghuni Pusat Jagaan Siti Nor Aini
Program
3.00 pm Penyampaian Usher akan mengiringi Teknikal
cenderamata Dato / Ketua Program ke hadapan untuk memberi hadiah dan cenderamata kepada Pengurus Pusat Jagaan Siti Nor Aini
Protokol
3.30 pm Pulang ke UKM Semua peserta akan pulang menaiki bas
Basikal akan dibawa oleh lori
Semua peserta
2.8 BELANJAWAN
Belanjawan pos jamuan
Menu Pagi:
- Makanan disediakan oleh pihak cafe - Bihun goreng dan air teh o panas - Bungkusan roti krim dan air minuman
Tengah hari:- Masak di rumah jagaan- Kuantiti untuk 90 orang makan- Nasi putih, kari ayam, sup sayur, buah tembikai, air oren
Bil Perkara Kuantiti Jumlah 1 Makan pagi RM 5.50 x 50 orang RM 275.002 Makanan tengah hari
- Beras - Ayam - Sayur carrot, bunga kobis, broccoli,
jagung- Tembikai - Barang mentah lain:
GaramMinyak masakSerbuk kariRempah ratusBawang, kentangSantan
- Kordial oren
RM35.00 x 1 kampitRM15.00 x 10 ekor
RM50.00RM7.00 x 5kilo
RM70.00
RM12.00 x 1botol
RM35.00RM150.00
RM50.00RM35.00
RM70.00
RM12.00
3 Keperluan lain:- Pinggan polisterin- Cawan polisterin- Sudu dan garpu plastik
RM10.00 x 2RM7.00 x 2RM7.00 x 2
RM20.00RM14.00RM14.00
Jumlah RM675.00
Gerak kerja:- Pagi disediakan oleh café- Tengah hari akan mula masak sama dengan aktiviti gotong royong- 10 orang memasak
3.0 LAWATAN KE PUSAT JAGAAN SITI NOR AINI
Pada 6 Disember 2014, bertempat di Pusat Jagaan Siti Noraini,Kajang Selangor, seramai
33 pelajar Kolej Tun Hussien Onn Universiti Kebangsaan Malaysia bersama pegawai iringan
telah membuat lawatan mesra dan gotong-royong membersihkan rumah tersebut.
Pada jam 7.30 pagi,dimulakan dengan kayuhan amal ke pusat jagaan Siti Noraini .
Dalam pukul 10.00 kami tiba di Pusat Jagaan tersebut, dan dimulakan dengan kerja-kerja
gotong-royong seperti membersihkan kawasan sekitar dan dalam rumah, mengemas barang-
barang penghuni dan memasak untuk makan tengah hari. Para pelajar yang terlibat juga
mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan penghuni di rumah tersebut.
Program ini berakhir pada jam 5 petang dengan penyampaian cenderamata dari pihak
kami. Pengasas rumah tersebut mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan yang dibuat
dan mengharapkan kunjungan serta bantuan seumpama ini dapat diberikan lagi bagi memberi
keceriaan kepada para penghuni
3.1 Nilai dan Pengajaran
Antara Objektif-objektif program ini diadakan adalah untuk menerapkan rasa
simpati, kasih sayang dan keprihatinan kita serta memberi khidmat sokongan moral
kepada warga emas. Selain itu juga, program ini dapat menanamkan rasa syukur kepada
Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan
kurang bernasib baik.
Selain itu juga, ketika kami sampai pihak pengurusan Pusat Jagaan Siti Noraini
telah menyediakan sedikit jamuan ringan buat kami. Hal ini membuatkan kami rasa dirai
dan dialu-alukan. Sememangnya, tetamu perlu diraikan dan itulah yang dipraktikkan oleh
pihak mereka. Sementara setelah kami menyiapkan aktiviti dan bersiap untuk pulang,
mereka juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi datang serta mengajak kami
untuk berkunjung lagi di rumah mereka itu. Jadi, nilai meraikan tetamu dan menghargai
orang lain dapat kami pelajari di Pusat Jagaan Siti Noraini Sementelahan itu, kami boleh
melihat sendiri keadaan warga tua di rumah jagaan itu. Ada yang terlantar di atas katil,
ada yang hanya boleh duduk di atas katil ada yang berkerusi roda. Hal ini memberi
pengajaran kepada kami untuk memanfaatkan masa muda kami untuk melakukan aktiviti
yang bermanfaat sebelum semua tenaga dan daya kami tiada.
Seterusnya, pada masa sama ketika kami berprogram, datang dua orang insan
yang baik hati yang bergelar dato dan datin datang ke rumah jagaan warga tua itu bagi
menyampaikan sedikit sumbangan. Hal ini menunjukkan perlunya kita untuk bersifat
rendah diri, pemurah dan menolong orang lain meskipun kita di kedudukan yang tinggi.
Di samping itu, memberi pertolongan dan membuat baik tidak hanya berhenti setelah kita
pencen bahkan selagi kita termampu memandangkan insan yang bergelar dato itu telah
bersara dari pekerjaannya namun beliau masih turun di medan masyarakat bagi memberi
apa yang termampu.
Bagi membolehkan sesebuah program berjalan dengan lancar ialah dengan
merancang dan mempunyai organisasi yang efektif. Kami telah membuat pembahagian
kerja dan menjalankan tugas masing-masing dengan sebaiknya. Hasilnya, tidak banyak
masalah ketika program diadakan kerana persiapan rapi telah dilakukan. Jadi, untuk
memastikan setiap apa yang kita lakukan berjalan lancar, kita perlu untuk membuat
persiapan, bersedia dengan masalah yang bakal berlaku dan menyediakan perancangan
lain jika mempunyai masalah. Selain itu, kami juga belajar untuk bekerja berkumpulan,
cara komunikasi dan sifat kepimpinan.
Kami juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara para pelajar dengan
penghuni rumah tersebut. Kami bersama-sama bergotong-royong mengemas sekitar dan
dalam rumah tersebut supaya rumah tersebut kelihatan kemas dan ceria. Kedatangan
kami juga menjadi pengubat kerinduan warga emas di Pusat Jagaan Siti Noraini kerana
ada segilintir daripada mereka telah lama tidak bertemu dengan ahli keluarga yang
disayangi dan dirindui
Nilai yang kami perolehi dari program ini adalah nilai kasih sayang dan kesabaran
diantara pekerja dan warga emas tersebut.Jika ayah dan ibu gembira apabila anak-anak
membesar dengan sempurna, kalau guru-guru mahukan anak murid menjadi pandai
sebagaimana yang diajar, tapi bagi pekerja disana? mereka gembira apabila kesakitan
insan yang dijaga dapat dikurangkan dan kembali hidup seperti biasa. Nilai yang kami
perolehi dari program ini adalah nilai kerjasama iaitu ketika bergotong-royong
membersihkan kawasan rumah tanpa mengenal latar belakang dan kaum diantara pelajar
dan juga pekerja di Pusat Jagaan Siti Noraini.
Dari program ini juga, kami dapat menerapkan nilai semangat bermasyarakat.
Walaupun kami terdiri daripada pelajar universiti, kami tidak terasa bebanan ketika
melakukan aktiviti bersama warga emas ini malah kami berasa bersyukur kerana diberi
peluang untuk bersama-sama bergotong-royong dirumah warga emas ini.
3.2 Definisi
Terdapat berbagai definisi yang diberikan kepada warga emas. Di antaranya ialah,
"Warga tua ialah warga yang berusia melebihi 60 tahun. Warga tua juga lebih dikenali
sebagai 'warga usia emas'. Manakala Sabitha (1996) di dalam rencananya yang bertajuk
'Penelitian ke atas perkembangan warga tua dalam mencapai dasar masyarakat
penyayang' pula memberikan definisi warga emas sebagai mereka yang berusia 60 tahun
dan lebih. Selain daripada itu menurut Chong (1992), sesebuah negara dikatakan
menghadapi masalah penuaan penduduk sekiranya kadar penduduk yang berusia 65 tahun
dan ke atas melebihi kadar 7%. Melihat kepada berbagai definisi yang diberikan oleh
beberapa penulis, di sini dapat disimpulkan bahawa warga emas merupakan warga usia
emas di dalam lingkungan umur antara 60 tahun dan ke atas.
3.3 Siapakah Mereka (warga emas) di Mata Masyarakat?
Soalan ini patut ditujukan kepada semua. Ini adalah kerana semua peringkat
lapisan masyarakat mempunyai peranan tertentu di dalam menjaga kebajikan mereka agar
tidak diabaikan. Siapa mereka di mata kita adalah bergantung kepada tanggapan dan
pandangan kita terhadap mereka. Adakah mereka merupakan bebanan atau
tanggungjawab kepada kita? Tepuk dada, tanyalah selera! Walau bagaimanapun, sebagai
seorang yang beragama, bertanggungjawab dan prihatin serta mempunyai sifat
kemanusiaan, kita perlulah menjaga kebajikan mereka. Ini adalah kerana tanpa kita
siapalah mereka (merujuk kepada kehidupan mereka sekarang yang mana mereka amat
memerlukan kita kerana mereka tidak lagi terdaya menguruskan diri). Di dalam usia yang
lanjut dan tidak berkeupayaan, mereka amat memerlukan kita di samping mereka di
dalam menguruskan hari-hari yang mendatang.
3.4 Faktor-faktor Pengabaian Warga Emas
Kenapa warga emas di negara ini diabai dan dibiarkan tanpa jagaan yang
sempurna terutamanya oleh kaum keluarga terdekat? Antara faktor-faktor pengabaian
warga emas di negara ini ialah kerana:
a) Kesibukan tugas harian terutamanya anak-anak di dalam mencari kesenangan hidup.
Mereka lebih mementingkan kerjaya dan kemewahan hidup lebih daripada ibu bapa
sendiri. Ada di antara anak-anak hanya pulang menjenguk ibu bapa hanya setahun sekali
iaitu pada hari perayaan dan jarang sekali bertanya khabar serta keperluan mereka.
b) Anak-anak merasakan satu bebanan jika sekiranya tumpuan yang lebih diberikan kepada
ibu bapa mereka. Ramai juga anak-anak menganggap adalah menjadi satu perkara yang
leceh menjaga orang tua kerana mereka mempunyai banyak kerenah mungkin disebabkan
oleh faktor sakit mental, lupa ingatan dan sakit tua.
c) Keluarga terdekat merasakan bukan menjadi tanggungjawab mereka menjaga warga
emas kerana ada di antara warga emas ini masih mempunyai anak-anak yang mampu
menjaga kebajikan mereka. Terlalu ghairah mengejar kemajuan tanpa mengambil kira
warga emas yang sudah tidak berkeupayaan untuk menyumbang kepada pembangunan
negara. "Masyarakat moden kini lebih mengejar kebendaan dan kekayaan daripada nilai
kasih sayang. Gangguan emosi, pengabaian, ketidakselesaan dan perselisihan faham
dengan keluarga menjadi punca warga tua memilih untuk tinggal di institusi kebajikan
kerajaan." (Wan Muhd. Zaini, 1999).
3.5 Kesan Kepada Warga Emas
Terdapat banyak kesan-kesan negatif yang akan menjejaskan keharmonian hidup
bekeluarga dan bermasyarakat sekiranya fenomena pengabaian warga emas ini dibiarkan
berlanjutan. Antara kesan-kesan tersebut ialah:
a) Kesan terhadap diri warga emas itu sendiri. Warga emas yang diabaikan akan menyesali
kehidupan hari tuanya. Beliau juga akan merasa tertekan yang mana hasilnya akan
membawa kepada aktiviti yang di luar jangkaan seperti membunuh diri. Beliau juga
akan menyesali akan pengorbanan yang telah dilakukan serta sumbangan yang diberikan
kepada keluarga dan masyarakat.
b) Kesan terhadap institusi kekeluargaan di mana akan hilang rasa hormat sesama sendiri.
Masing-masing membawa haluan yang memberi kebaikan kepada diri sendiri. Ini dapat
kita lihat di dalam sesebuah keluarga yang mana setiap anggotanya sibuk membawa
haluan masing-masing dalam mengejar aktiviti dunia. Warga emas di dalam keluarga
tersebut akan terpinggir. Keperluannya diabaikan serta keluhan serta rintihannya tidak
didengari. Akibatnya akan hilang rasa hormat terhadap mereka.
c) Kesan terhadap masyarakat. Masyarakat akan memandang warga emas ini sebagai
bebanan dan bukan lagi sebagai tanggungjawab. Mereka akan melabel warga emas
sebagai warga yang suka berleter dan membebel oleh kerana teguran-teguran mereka
yang bersifat memberi peringatan dan nasihat. Akibatnya segala pendapat dan
pandangan mereka tidak diendahkan.
4.0 KESIMPULAN
Sememangnya, berbuat baik dan cakna kepada orang lain sangat dituntut dalam semua
agama kerana nilai ini akan membentuk masyarakat yang saling membantu serta mewujudkan
suasana yang harmoni dan tenang. Program di rumah jagaan warga tua ini telah memberi
peluang kepada para pelajar untuk berbakti dan belajar bagaimana cara untuk berbakti kepada
masyarakat.
Oleh itu, semua pihak seharusnya menyokong dan memberi dorongan kepada para pelajar
untuk terus mengadakan program seperti ini kerana banyak pengajaran dan pengalaman yang
bernilai yang dapat diambil sepanjang program sehari di rumah jagaan warga tua ini. Jika tidak,
maka lahirlah pelajar yang tidak prihatin serta tidak tahu menghargai orang lain. Justeru,
program seperti ini sepatutnya perlu diadakan agar pelajar dapat mempelajari nilai dari pelbagai
aspek yang dapat diaplikasikan sepanjang kehidupan seperti kepimpinan, menyelesaikan masalah
serta komunikasi efektif dengan orang lain.
5.0 RUJUKAN
I. Keprihatinan yang Luntur Terhadap Warga Emas,
http://ir.uitm.edu.my/11562/1/AJ_SURINA%20NAYAN%20JI%2006.
II. Pandangan Warga Tua di Rumah Warga Tua,
http://eprints.uthm.edu.my/3996/1/PANDANGAN_WARGA_TUA_DI_RUMAH_WAR
GA_TUA.pdf
III. Jurnal Kebajikan Masyarakat Vol. 37 Jun 2011 ,
http://jkm.pahang.gov.my/index.php/berita-2/arkib/keratan-akhbar/210-penerbitan/413-
jurnal-kebajikan-masyarakat-vol-37-jun-2011