Post on 17-Feb-2018
PENGHARGAAN
Alhamdulillah kami bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menyiapkan
projek khidmat masyarakat yang telah diberikan oleh pensyarah dengan sempurna.
Begitu juga, kami bersyukur diberikan kesihatan yang baik sepanjang melakukan
projek ini.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami Ustazah
Mahfuzah Binti Mohammed Zabidi yang banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan
dorongan bagi menyiapkan tugasan ini sehingga ke akhirnya. Tidak lupa juga
kepada ustazah yang membantu dalam menyokong dan memberi penerangan untuk
tajuk kami iaitu “Keprihatinan”.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang
mendoakan dan memberi kebenaran untuk kami mengikuti aktiviti bersama Islamic
Relief Malaysia. Begitu juga,memberi semangat dan dorongan sehingga projek ini
siap sepenuhnya.
Kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada Islamic Relief Malaysia
kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menyertai aktiviti mereka dan
membantu orang-orang yang memerlukan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
kelas yang banyak membantu untuk projek ini dan ribuan terima kasih kepada yang
membantu secara langsung ataupun tidak langsung.
1
PENGENALAN
Projek khidmat masyarakat untuk subjek CTU 555 ini ialah Keprihatinan.
Menurut kamus dewan edisi keempat keprihatinan bermaksud “kesungguhan
menunjukkan minat atau perhatian berat pada seseorang atau sesuatu- terhadap
kebajikan sosial dan kepentingan awam”. Contoh membantu orang-orang yang tidak
berkemampuan dari segi wang ringgit dan harta benda.
Kami memilih projek ini untuk melihat sejauh mana masyarakat Malaysia
mengambil berat terhadap masalah kekurangan orang lain dan menunjukkan minat
untuk membantu meringankan beban. Banyak agensi-agensi yang terlibat dan juga
dokumentari “Bersamamu yang bersiaran di TV3 memaparkan keluarga yang susah
dan memerlukan bantuan dari kita. Pada pandangan kami, mereka bukan tidak
prihatin antara satu sama lain tetapi tidak tahu cara untuk menyalurkan sumbangan
dan mengetahui keberadaan orang yang tidak berkemampuan ini.
Selain itu, kami berkerjasama dengan pihak Islamic Relief Malaysia untuk
mengetahui golongan yang tidak berkemampuan bagi membantu meringankan
beban mereka. Justeru kami memilih pendekatan terhadap pelajar Pengurusan Hotel
dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam bagi memupuk
sifat keprihatinan dalam kalangan mereka.
2
Permulaan Kajian
Projek ini kami mahu menilai sejauh mana pelajar mengambil berat terhadap
orang di sekeliling mereka dan mahu membantu antara satu sama lain. Selain itu,
kami menyediakan tabung derma bagi membolehkan pelajar memberi sumbangan
sepanjang 8 minggu projek ini dijalankan. Begitu juga kami memilih tajuk
keperihatinan ini bertujuan untuk memupuk sifat keprihatinan dalam kalangan
pelajar. Selain dari itu juga, kami berkerjasama dengan Islamic Relief Malaysia untuk
mengetahui jumlah dana yang ingin disumbangkan berserta tempat menetap
keluarga yang tidak berkemampuan.
Salah satu usaha kami melaksanakan projek ini dengan cara menjual
makanan ringan seperti nugget, sosej, isi ketam dan lain-lain di fakulti selama 14 hari
sambil membuat satu tabung derma dimana pelajar boleh membeli sambil
menderma. Setiap seringgit pembelian, 20 sen akan didermakan kepada insan yang
memerlukan tetapi kami mengambil kira sesiapa yang membeli makanan ini
dianggap menderma. Alhamdulillah sepanjang dua minggu jualan kami ianya
mendapat sambutan daripada pelajar fakulti pengurusan hotel dan pelancongan dan
kami sangat bersyukur kerana para pelajar prihatin terhadap insan yang
memerlukan.
3
Hasil dari jualan dan sumbangan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM550
dan didermakan kepada pelajar miskin bandar di Putrajaya dengan kerjasama
Islamic Relief Malaysia. Dengan dana sebanyak RM550 ,kami dapat memberi
sumbangan kepada tiga keluarga miskin bandar di Putrajaya dengan bantuan usaha
kedua bersama Islamic Relief.
4
HASIL KAJIAN
Pada tanggal 26 Mei 2016, kami bergerak ke Putrajaya bagi menghadiri
taklimat khas mengenai nasib orang-orang yang memerlukan bantuan yang
dijalankan oleh pihak Islamic Relief. Sekolah Menengah Presint 11 (1) Putajaya
menjadi lokasi taklimat khas pada hari tersebut. Sedikit sebanyak kami dapat
maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Islamic Relief Malaysia dan
memberi bantuan kepada tiga pelajar yang kurang bernasib baik. Pelajar yang
pertama itu ialah Nik Muhammad Sulaiman bin Nik Mohd Hasnidi dimana pelajar itu
anak yatim, kurang upaya, dan mempunyai adik beradik yang ramai. Keluarga
pelajar ini tidak mampu menyediakan keperluan seharian seperti anak-anak yang
lain kerana harus menyara anak-anak yang ramai. Kedua ialah Siti Hanisa bt Ab
Razak dimana pelajar ini juga anak yatim dan dijaga oleh abang. Abang nya yang
berusia 21 tahun terpaksa mencari rezeki dan menyara keluarga. Ketiga ialah Nur
Shahmiza bt Yusof dimana pelajar ini mempunyai ayah yang sedang sakit dan tidak
mampu untuk menanggung keluarga. Mereka ini ialah penerima sumbangan
daripada kami.
Disamping itu juga, kami ada memberi sumbangan kepada seorang cikgu
yang mempunyai anak kembar dan isteri yang sakit iaitu Puan Habsah. Kami
membuat lawatan ke rumah mereka dan memberi sumbangan berbentuk keperluan
asas seperti beras, gula, garam, bawang dan lain-lain. Kami juga ada menanyakan
beberapa soalan kepada orang yang merawat Puan Habsah.
Justeru itu, tidak ramai pelajar dan masyarakat menyedari akan permasalahan
miskin bandar ini kerana menurut Presiden Islamic Relief Malaysia Datin Norelan,
kita bukan hanya membantu orang yang hanya berada di pedalaman sahaja tetapi
orang yang berada di bandar besar juga turut memerlukan perhatian dari masyarakat
dan sebab itu juga lah kami memilih untuk membantu memberi sumbangan kepada
mereka. Ada yang mempunyai anak ramai dan mempunyai pendapatan yang rendah
untuk membiayai kos keperluan anak-anak terutamanya apabila menetap di bandar
besar. Kami memilih pendekatan di Putrajaya kerana sara hidup di sana tinggi dan
ada orang yang tidak berkemampuan untuk menyara hidup keluarga. Kami mahu
pelajar dan masyarakat menyedari dan melihat kepayahan mereka tinggal di bandar
dengan keperluan yang tidak mencukupi berbanding orang lain.
5
6
REFLEKSI
SHAHIRAH: Saya sangat tersentuh hati apabila pergi melihat sendiri keadaan
penerima sumbangan. Semasa melawat sendri ke rumah salah seorang penerima
sumbang, ini adalah pengalaman yang paling beharga yang tak pernah saya lalui
sebelum ini. Ramai orang terlepas pandang terhadap golongan miskin bandar.
Sungguh tidak sangka, terdapat juga insan yang dalam keadaan ssusah yang tinggal
di Putrajaya yang merupakan sebuah bandar yang sangat membangun. Hal ini
menjadikan saya rasa lebih bersyukur atas kehidupan yang saya jalani sekarang.
Saya juga tidak sangka, terdapat insan lain yang lebih muda usianya dari saya tetapi
terpaksa bekerja bagi mencari duit belanja supaya dapat pergi ke sekolah seperti
kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah, kehidupan saya sederhana dan masih
mampu sambung belajar tanpa sebarang masalah.
NURUL AISYA: Saya sangat terkesan apabila mengetahui kisah seorang daripada
penerima bantuan kami iaitu Puan Habsah yang merupakan pesakit tumor otak
selama tiga tahun dan baru sahaja kehilangan suami.Kita perlulah sentiasa
bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau kita merasai diri kita sudah
susah, ingatlah ada orang lain yang lagi susah dan berat dugaannya daripada kita.
Jadi, kita sebagai rakyat yang perihatin seharusnya membantu meringankan beban
mereka yang kurang bernasib baik. Walaupun kita rasa nilai yang kita sedekah itu
kecil, tetapi bagi mereka besar nilainya. Bantulah mereka yang memerlukan
mengikut kemampuan kita. Tidak perlu jadi kaya untuk membuat kebajikan.
ATIKAH SHAHIRA: Saya sangat berterima kasih kepada ustazah, ibu bapa yang
menyokong dan rakan-rakan seperjuangan. Projek ini mengajar saya supaya lebih
besyukur dalam kehidupan dan memupuk sifat perihatin. Bukan mudah untuk
mengutip derma daripada masyarakat. Jadi kami melaksanakan projek membeli
sambil beramal. Dengan projek ini, ia dapat membuka mata masyarakat akan
kepentingn menderma dan membantu insan yang memerlukan. Selain itu juga, saya
dapat mengenali akan agensi yang membantu insan yang memerlukan dan berharap
dapat membantu mereka lagi pada masa akan datang. Ini adalah pengalaman baru
bagi saya berkerjasama dengan pihak Islamic Relief Malaysia. Terima kasih untuk
sebuah projek yang membuka mata dan hati saya mendalami insan-insan yang tidak
berupaya.
7
KESIMPULAN
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita seharusnya membantu mereka
yang memerlukan tidak kira agama dan bangsa. Menurut islam, semua manusia
sama, yang membezakan seseorang manusia itu ialah ketakwaannya. Justeru itu,
kita harus membantu insan yang memerlukan. Hal ini boleh meringankan beban
seseorang. Dengan itu kita dapat memupuk sikap tolong menolong dan
meningkatkan rasa syukur dalam diri.
Dengan melakukan projek khidmat masyarakat ini, pelbagai perkara baru
yang kami dapat pelajari. Kami juga mengetahui bahawa tidak susah untuk
membantu masyarakat. Setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Kita
merasakan bantuan tersebut sedikit, tetapi ia amat bermakna pada insan yang serba
kekurangan dan memerlukan. Ringankan beban orang lain adalah perkara mulia.
“Sesungguhnya memberi lebih baik daripada menerima”.
Projek ini juga menjadikan kami lebih matang. Kami berfikir di luar kotak bagi
mencari sesebuah masalah dan cuba untuk atasi masalah tersebut. Keprihatinan
ialah tema yang kami pilih, kami kategorikan projek ini berjaya kerana ia mendapat
sambutan oleh rakan-rakan serta pelajar-pelajar Uitm. Ia juga memberi kesan yang
mendalam dalam hati kami. Projek seperti ini dapat membuka mata warga Uitm
untuk melakukan kerja amal dan bersedekah kepada insan yang memerlukan.
“Sedekah menambahkan kekayaan”.
8
LAMPIRAN
9
10
11