Post on 11-Mar-2018
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
JABATAN PERDANA MENTERI
PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK: MENELUSURI KEGEMILANGAN PERDANA MENTERI, SATU NARATIF
RETROSPEKTIF
untuk
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)
TARIKH PELAWAAN 17 OKTOBER 2017 (SELASA)
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA23 OKTOBER 2017 (ISNIN)
1
DOKUMEN SEBUT HARGA KECILNOMBOR SEBUT HARGA: 7/2017
1. KENYATAAN TAWARAN
1.1 Sebutharga Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Membekalkan Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif Retrospektif adalah dipelawa kepada
penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod
bidang seperti berikut:
KOD BIDANG
221601Mencetak Buku, Majalah dan Laporan Akhbar (perlu lesen KDN); dan
221615 Rekabentuk Percetakan (printing design)
1.2 Penyebutharga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan
Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan;
1.3 Tawaran sebut harga akan dibuka pada 17 Oktober 2017 (SELASA) dan akan
ditutup pada 20 Oktober 2017 (JUMAAT) sebelum 12.00 tengahari. Tawaran
yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
2. FORMAT DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyebutharga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-
lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang
www.mampu.gov.my;
2.2 Penyebutharga WAJIB menyerahkan kesemua dokumen mandatori seperti di
JADUAL 1:
2
2.3 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan
secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:
Alamat:
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana MenteriAras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA(u.p: Urus Setia Perolehan)
Emel:
mohdhafedzy@mampu.gov.my;mhussin@mampu.gov.my
2.4 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen Tawaran
Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.
3
JADUAL 1Lampiran 1 Jadual Harga (WAJIB) Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi (WAJIB)Lampiran 3 Rekabentuk Pameran (WAJIB)Lampiran 4 Surat Akuan Pembida (WAJIB)Lampiran 5 Surat Perwakilan Kuasa (WAJIB)Lampiran 6 Keterangan Penyebutharga (WAJIB)
Lampiran 7Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (WAJIB);Sijil Akuan Bumiputera (JIKA ADA); dan
Sijil pendaftaran GST dengan JKDM (JIKA ADA)
Lampiran 8Penyata Akaun Bank syarikat bagi satu (1) bulan terkini (OGOS 2017) (WAJIB)
3. SYARAT-SYARAT AM
Penyebutharga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila
menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah
ini akan menyebabkan tawaran penyebutharga tidak akan dipertimbangkan.
3.1 Pembiayaan
Penyebutharga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan
penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU tidak akan
bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan
Dokumen Sebut Harga;
3.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga
3.2.1 Penyebutharga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari
segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan
sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi
penyebutharga sendiri; dan
3.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan
tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan.
3.3 Tempoh Sahlaku Tawaran
3.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh
tutup sebut harga;
3.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran
asal, MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis; dan
4
3.3.3 Penyebutharga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi
hanya diminta untuk melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.
3.4 Harga Tawaran
3.4.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan
hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan
yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran dan
lain-lain kos yang bersangkutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.;
3.4.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan
tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa
selama dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh
penyebutharga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa
perkhidmatan berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan;
3.4.3 Penyebutharga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan secara
elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had
maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2
juta atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub
dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem
eP;
3.4.4 Penyebutharga dikehendaki mengemukakan tawaran harga tanpa mengambil kira elemen cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi
menyertai sebutharga ini kerana pihak Kerajaan akan mengambil kira
elemen tersebut sebagai tambahan kepada harga yang ditawarkan
(sekiranya berkaitan) tertakluk pada pendaftaran syarikat dengan Jabatan
Kastam Diraja Malaysia; dan
3.4.5 Penyebutharga perlu mengisytiharkan status pendaftaran GST dan
mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada pihak Kerajaan dan
5
kenaan GST akan ditambah ke atas harga tawaran dalam Surat Setuju
Terima (SST) ATAU Pesanan Tempatan sekiranya pembekal berdaftar
GST.
3.5 Publisiti
Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam
sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan/media massa
kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.
3.6 Tafsiran
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah
diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan
penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah
Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang
mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul
daripadanya.
3.7 Hak Menerima Atau Menolak
3.7.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan
membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebutharga pada
bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan apa-apa
tanggungan kepada penyebutharga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada penyebutharga yang terlibat;
6
3.7.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebutharga
sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah
atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi; dan
3.7.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebutharga
yang terendah sekali atau mana-mana penyebutharga jua pun.
Keputusan MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan
untuk memberi sebab penolakan mana-mana penyebutharga.
3.8 Kaedah Perolehan
3.8.1 Pesanan Tempatan
MAMPU akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan Tempatan kepada penyebutharga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui
dalam tempoh sahlaku sebut harga; dan
3.9 Penamatan Perkhidmatan
MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa apabila penyebutharga yang berjaya gagal memenuhi obligasi sebut harga mengikut perjanjian.
3.10 Pembetulan Kesalahan
3.10.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh
penyebutharga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak
dibenarkan sama sekali;
3.10.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam sebut harga
ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:
7
(i) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan
perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira;
(ii) Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang
didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit yang dicatitkan akan diambilkira; dan
(iii) Jumlah yang dinyatakan di atas sebut harga akan diubah oleh
MAMPU mengikut prosedur di atas bagi pembetulan kesalahan dan
penyebutharga adalah terikat atas perubahan ini.
3.11 Hak Milik dan Deliverables
3.11.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak
boleh ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain
tanpa kebenaran MAMPU; dan
3.11.2 Penyebutharga yang berjaya hendaklah memastikan supaya semua kerja
disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah ditetapkan.
3.12 Rasuah
3.12.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada
dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694);
3.12.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa
suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang
ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan
segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai
polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan
8
suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta 694);
3.12.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694); dan
3.12.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan
dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan
diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan
tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
3.13 Integrity Pact
Penyebutharga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah
menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau
memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat
yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat
Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Surat Akuan Pembida
adalah seperti di LAMPIRAN 4 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti di
LAMPIRAN 5.
3.14 Pertanyaan
Penyebutharga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen
sebut harga boleh merujuk kepada:
i. Encik Azhar bin Abdul Aziz - No. Tel: 03-8892 3187ii. Puan Constance Anak Gerunsin - No. Tel: 03-8872 5023
LAMPIRAN 1
9
JADUAL HARGA
SPESIFIKASI KUANTITI KADAR SEUNIT
(RM)JUMLAH
(RM)
Spesifikasi Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif RetrospektifSaiz : 10.7” (W) x 10.7” (H) (Close)Kertas (Cover): Hard coverKertas (Text) : Matte Art Paper 128 gsmMuka Surat 200m/sCetakan : 4 warnaJilid : Jahit + GamKemasan (Cover) : Matte lamination + Spot UV
Termasuk:-Kos termasuk 1st & 2nd prototype set (2 sets each)
300
-Kos termasuk creative design & idea concept
NOTA:
i. Harga tawaran tidak termasuk elemen GST 6%;
Jumlah harga tawaran (RM)
a. Harga Tawaran : Ringgit Malaysia ……………………………………............................. …….
…………………………………………………………..................................................
b. Tempoh sah laku Sebut Harga : …………… hari
Dengan ini saya mengesahkan bahawa penerangan di atas adalah benar dan semua harga
yang ditawarkan adalah termasuk semua cukai/Fi Perkhidmatan, kos pembungkusan (meliputi
‘cutting cost’, ‘polybag’, ‘carton box’ dan ‘individual packaging cost’), kos pemunggahan
dan
10
kos penghantaran serta kos-kos lain yang berkaitan ke destinasi terakhir/pengguna yang telah
ditentukan termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam.
………..………………………………… (Tandatangan)
Nama : Cop syarikat : Jawatan :
* Perolehan bekalan Kerajaan adalah diberi pelepasan daripada kenaan GST kecuali
bagi kereta import dan petroleum (RON 97). Pelepasan daripada kenaan GST bagi perolehan
bekalan, pihak MAMPU akan mengeluarkan Certificate of GST Relief (CoGSTR) kepada
penyebut harga yang Berjaya bagi perolehan ini.
11
LAMPIRAN 2
JADUAL PEMATUHAN
Penyebutharga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam jadual ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan Penyebutharga berkenaan tidak dipertimbangkan.
SPESIFIKASI KUANTITI MANDATORI PEMATUHAN(YA/TIDAK)
CADANGAN PENYEBUTHARGA
Spesifikasi Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif RetrospektifSaiz : 10.7” (W) x 10.7” (H) (Close)Kertas (Cover): Hard coverKertas (Text) : Matte Art Paper 128 gsmMuka Surat 200m/sCetakan : 4 warnaJilid : Jahit + GamKemasan (Cover) : Matte lamination + Spot UV
300 YA
Kos termasuk 1st & 2nd prototype set (2 sets each) YA
Kos termasuk creative design & idea concept YA
Disahkan oleh:
………..………………………………… (Tandatangan)
Nama : Cop syarikat : Jawatan :
12
LAMPIRAN 3
REKA BENTUK COFFEE TABLE BOOK
Penyebut harga WAJIB mengemukakan cadangan rekabentuk Coffee Table Book.
(Muka depan sahaja dalam hardcopy dan softcopy)
13
LAMPIRAN 4
SURAT AKUAN PEMBIDA
Kepala Surat
Saya,(Nama Wakil Syarikat) nombor K.P ……………..................... yang mewakili ….(Nama Syarikat……nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……….................…(Nama dan No. KP)Cop Syarikat :
Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
LAMPIRAN 514
SURAT PERWAKILAN KUASA
Kepala Surat SyarikatKetua PengarahUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)Kompleks Jabatan Perdana MenteriAras 5, Blok B2, Kompleks BPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA Tarikh:
Tuan,
PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………. no I/C:……………………………… selaku pemilik Syarikat……………………………akan menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebutharga Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Membekalkan Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif Retrospektif untuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atau mewakilkan kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu:
Nama : …………………………………………Alamat : …………………………………………Jawatan : ………………………………………No. I/C : …………………………………………No Telefon : …………………………………………Emel : …………………………………………
3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi perkara ini secara rasmi.
Sekian, terima kasih.………(Tandatangan)…........(NAMA PEMILIK SYARIKAT)Jawatan:Cop Syarikat:* potong yang mana tidak berkenaan.
15
LAMPIRAN 6
KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT
1. Nama Syarikat : ………………………………………………………….
2. Alamat Syarikat : ………………………………………………………….
3. No.Telefon : ………………………………………………………….
4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : …………………………………………………………
5. Jenis Syarikat : ………………………………………………………….
6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………
7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………………..
Bil Nama No. K/P Warganegara
1.
2.
3.
8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.
Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %
Bumiputera
Bukan Bumiputera
9. Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………………..
10. Nombor Akaun Bank : ……………………………………………………………..
16
11. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………………
Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah
Eksekutif
Teknikal
12. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini:
Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan Penyebutharga : ………………………………………………………….
Tarikh : ………………………………………………………….
Nama : ………………………………………………………….
Jawatan Rasmi : …………………………………………………………
No. Telefon (Pejabat) : …………………………………………………………
No. Telefon (Bimbit) : …………………………………………………………
Emel : …………………………………………………………
Cop Rasmi Syarikat :
17
LAMPIRAN 7
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN
Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (WAJIB); Sijil Akuan Bumiputera (jika ada); dan Sijil pendaftaran GST dengan JKDM (jika ada)
18
LAMPIRAN 8
DOKUMEN KEWANGAN
Penyata Akaun Bank syarikat bagi satu (1) bulan terkini (OGOS 2017) (WAJIB)
19