The Collapse Stadium Roof Pindaan 1(Sebab Dan Kesan Runtuh Bumbung) Uitm
ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan...
Transcript of ifolio.ukm.my file · Web viewMODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK) ... Contoh kesan-kesan...
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
(SET 48)
Usul : Pencemaran Alam Sekitar : Salah Kerajaan (Kumpulan 1)
Tarikh : 1 Disember 2014
Pensyarah: Mr. Ramalinggam A/L A.Rajamanickam
Nom. Nama Nombor Matrik
1 NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK A146440
2 RAUDHAH BINTI MAZMAN A146450
3 LILY SYARMEELA ASYIQIN BINTI HAMID A146483
4 STEWARD LEE WAI FOONG A146973
5 MAHFUZAH AINI BINTI YUNUS A146506
6 MUNIRAH BINTI ABD WAHID A146493
7 NURUL ELEENA BINTI ROSLAN A146474
8 NG SIEW HOON A146445
9 KEVIN BRENDAN KUNG A146459
10 LEE AI YIN A146490
11 GHAYATHRI A/P K SANGKAR A146484
PENDAHULUAN
MODERATOR ( NURUL FARAHUSNA BINTI RAZAK)
Pencemaran boleh didefinisikan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan
hasil daripada aktiviti manusia ke alam sekitar yang menyebabkan terganggunya keselesaan
atau kemandirian kehidupan. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 pula pencemaran
adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat
fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-
kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya
kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan
dan haiwan.
Manakala “alam” bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di
bumi dan “sekitar” bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan “alam sekitar” atau
dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau
lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan
“alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.
Dapat kita lihat pada masa kini dalam mengejar kemajuan pencemaran alam sekitar
semakin menjadi-jadi. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai
bentuk pencemaran alam contohnya seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran
bunyi dan pencemaran tanah. Contoh kesan-kesan pencemaran yang seringkali terjadi adalah
jerebu, banjir, tanah runtuh, pemanasan global dan banyak lagi. Jadi, dapat kita lihat bahawa
pencemaran sememangnya mendatangkan kesan yang buruk terhadap manusia dan
ironinya,manusia jugalah yang menjadi penyebab utama berlakunya pencemaran alam. Jadi
persoalan yang akan dibahaskan di sini adalah “Adakah pencemaran alam sekitar merupakah
salah kerajaan?” Adakah wajar kerajaan dipersalahkan kerana terjadinya pencemaran alam?
USUL : PENCEMARAN ALAM SEKITAR : SALAH KERAJAAN
KERAJAAN
Speaker Pertama ( RAUDHAH BINTI MAZMAN)
Ada kalanya kita perlu untuk menoleh ke belakang, untuk munasabah diri untuk mencapai
penambahbaikkan pada masa hadapan. Kita perlu sedar apa masalah yang kita hadapi pada
hari ini, maka saya selaku speaker pertama akan mengagaskan usul “Pencemaran Alam
Sekitar : Salah Kerajaan”. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada
Tuan Speaker, rakan seperjuangan dari pihak kerajaan dan sahabat-sahabat dari pihak
pembangkang dan seterusnya kepada sidang hadirin.
Tuan Speaker, sebelum saya memberikan penghujahan perwakilan kerajaan , ada beberapa
perkara yang perlu untuk saya kenalkan dalam Dewan Perdebatan. Pertama, apa yang
dimaksudkan dengan “pencemaran alam sekitar”. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, pencemaran didefinasikan sebagai suatu perbuatan yang mencemarkan dan
mengotorkan alam sekitar. Sebagai contoh, mencemarkan kebersihan alam sekitar dengan
sampah sarap. Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974, Seksyen 2 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang
perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat fizik, kimia, biologi atau aras-
aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan
satu keadaan bahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan , keselamatan atau kebajikan
atau organisma-organisma lain. Terdapat 3 jenis pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran
udara, air dan bunyi. Pencemaran air berlaku akibat daripada pembuangan air kumbahan,
sisa-sisa kimia , pembuangan sampah dan sebagainya. Pencemaran udara berlaku akibat
daripada pelepasan gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap
kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Pencemaran bunyi
adalah ialah bunyi yang berlebihan yang tidak dikehendaki dan meyebabkan kacau ganggu.
pencemaran bunyi adalah sesuatu yang subjektif. Maka kami di sini, sekali lagi menyokong
usul bahawa “Pencemaran Alam Sekitar : Salah Kerajaan” dan dalam kes perwakilan
kerajaan kami akan menunjukkan bagaimana kealpaan kerajaan menyumbang kepada isu
pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing.
Pertama sekali, pencemaran alam sekitar berlaku, kerana kerajaan telah mengambil sikap
tidak endah terhadap isu ini. Secara spesifiknya , kementerian yang bertanggungjawab iaitu
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah gagal dalam mengambil langkah proaktif
untuk menyelesaikan kemelut ini.
Sidang hadirin yang dihormati,
Pada tahun 1975, Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang merupakan salah satu agensi
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ditubuhkan untuk menguatkuasakan Akta Alam
Sekeliling 1974. Jabatan Alam Sekitar mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir
pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. JAS juga hanya akan bertindak setelah
berlakunya pencemaran. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk
mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak
menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan
fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan.
Permasalahan utama yang dihadapi adalah JAS tidak dan kurang berperanan. JAS
merupakan badan penasihat kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan juga
kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain, namun nasihat mereka tidak semestinya
akan diterima. Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah
pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat
pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika Kementerian
tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana Kementerian dan pihak
kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Peranan JAS hanyalah pada pelaksaan peraturan
alam sekitar sahaja dan setelah berlakunya kerosakan. Lebih utama dari itu, jika Kementerian
induk tidak mengambil tahu akan JAS apatah lagi kementerian-kementerian lain. Selain itu,
tidak terdapat unit-unit khas pegawai dalam setiap unit (pencemaran, air , udara ) yang
bertanggungjawab untuk laksanakan peraturan. Pertindihan kuasa antara bidang kuasa
pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan
kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan
JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu,
mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri
kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat
sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil
tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada Kerajaan Negeri yang
membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada
mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka
mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke
mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan dalam menyelesaikannya.Hal ini adalah
ibarat, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Oleh itu, saya sekali lagi ingin menyatakan bahawa kami bersetuju dengan usul harini
bahawa Pencemaran Alam Sekitar :Salah Kerajaan.
KERAJAAN
SPEAKER KEDUA (LILY SYARMEELA ASYIQIN BINTI HAMID)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan yang dipertua , para
hakim, penjaga masa, dan juga pihak lawan yang sudah kelihatan takut walaupun masih
belum memulakan perdebatan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Berdirinya saya
pada hari ini sebagai menteri kedua adalah untuk menyokong usul yang telah dikemukakan
oleh perdana menteri dan juga akan mengemukakan satu lagi isi yang relevan iaitu sikap
individu merupakan salah satu faktor pencemaran alam sekitar.
Tuan yang dipertua,
Tanpa melengahkan masa izinkan saya untuk menyatakan isi-isi saya yang dapat membunuh
seangkatan tentera hanya dengan hujah-hujah menarik dan tertarik yang akan saya
kemukakan sebentar lagi iaitu kekangan politik dan ekonomi merupakan salah satu punca
berlakunya pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pihak kerajaan.
Pencemaran alam sekitar kini kian berleluasa. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan
alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Masalah alam sekitar
berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah .
keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak
menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi .ketidakstabilan ekonomi negara akan
menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah . kerajaan pusat dan
negeri juga memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan.
Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada alam sekitar itu sendiri.
contohnya , pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran
Sungai Gombak dan perlahan –lahan menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak
berguna . pembinaan jalan raya Relau-Balik pulau telah merosakkan tanaman di enam buah
kampung di daerah Relau dan Balik Pulau .
Selain itu , keanggotaan Majlis Kualiti Alam Sekitar juga gagal untuk mencerminkan
penyertaan rakyat . daripada 9 perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada satu pun daripada
rakyat awam atau daripada mana2 badan bukan berkepentingan kerajaan. Cuma seorang
sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti dan perwakilan yang
seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada prioriti pembangunan ekonomi.
Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan
dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan
menjejaskan aktiviti kilang tersebut kerana keluaran mungkin dikurangkan atau harga barang
keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan , ini menyebabkan pihak berkuasa
berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar , misalnya ,
pada bulan Februari 1982,Hotel Holiday Inn telah didenda cuma rm300 kerana mencemarkan
air laut batu feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa2 air buangan . di sini
banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan , unsur korupsi dan sebagainya .
tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih
mementingkan kepentingan ekonomi semata – mata dengan berlembut dengan pihak yang
bersalah . denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang
sedikit pun tiak memberi sebarang pengajaran kepada mereka , mereka akan terus melakukan
pencemaran dengan membayar denda yang kecil.
Selain itu , berlaku juga pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri dalam isu-isu
dan hal berkaitan alam sekitar . peruntukan dalam perlembagaan persekutuan dan negeri
berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas . perundangan subsidiari sama ada
undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh kerajaan persekutuan dan negeri adalah
mengikut garis panduan perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang-undang
yang tertinggi , kerajaan persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang-undang yg
seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat
digunakan di semua negeri . Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun
tidak dapat dicapai kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukan khas di dalam
Perlembagaan Persekutuan kerana tiada apa-apa pindaan yg boleh dibuat dalam
perlembagaan persekutuan yang berkait dengan hal ehwal tertentu tanpa persetujuan yang
Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.
Dalam kes pemuliharaan alam sekitar , Akta Kualiti Alam Sekeliling 1985 merupakan akta
yang digubal tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan . Kejayaan akta
tersebut bergantung pada kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri, namun kerjasama
ini susah dicapai jika berkait rapat dengan kepentingan kedua2 buah pihak seperti dalam kes
pembalakan Endau Rompin. Kes Endau- Rompin merupakan contoh pertelingkahan
kepentingan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan masalah ini akan tetap berlaku
kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar
seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan membuat
pindahan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi
mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan kerajaan pusat dan
tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan negara .
KERAJAAN
SPEAKER KETIGA (STEWARD LEE WAI FOONG)
Pencemaran alam sekitar menjadi salah kerajaan turut dilihat dari segi kegagalan kerajaan
untuk menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada serta memperkasakan
penguatkuasaaan undang-undang tersebut melalui agensi yang bersepadu. Walaupun
Malaysia telah menggubal undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS) dan
Akta Perhutanan Negara 1984 (APN), terdapat kelemahan dari penguatkuasaan undang-
undang tersebut. Kes pertama yang di mana satu parti telah didakwa di bawah Akta Kualiti
Alam Sekelilingadalah pada tahun 1985. Tambahan pula, sehingga tahun ini, bilangan
dakwaan di bawah AKAS adalah kurang daripada 20 kes. Di samping itu, bilangan kes yang
melibatkan APN turut kurang daripada 20 kes . Hal ini menunjukkan kelemahan kerajaan dari
segi perlaksanaan undang-undang tersebut.
Selain itu, terdapat pertindihan antara kuasa negeri dan kuasa persekutuan di bawah senarai
kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan yang akan menyebabkan pertindihan dari segi
penguatkuasaan. Sebagai contoh, air berada di bawah kuasa negeri yang akan melibatkan
pencemaran air. Sebaliknya, Jabatan Alam Sekitar diperkuatkuasakan oleh Akta Kualiti Alam
Sekeliling untuk menghukum pesalah yang mencemarkan alam sekitar. Hal ini akan
menimbulkan kekeliruan apabila satu pihak berpendapat bahawa pihak lain yang
bertanggungjawab membawa prosiding undang-undang terhadap pesalah, dan akhirnya tiada
parti yang mengambil tindakan. Secara keseluruhannya, terdapat kekurangan agensi
bersepadu yang bertanggungjawab terhadap isu alam sekitar dimana satu agensi mempunyai
tugas dari segi penguatkuasaan undang-undang.
Kelemahan undang-undang yang sedia ada turut dilihat daripada isi kandungan akta-akta
tersebut. Terdapat beberapa seksyen undang-undang yang mengecualikan liabiliti daripada
kesalahan pencemaran apabila agensi tersebut bertindak di bawah kuasa persekutuan atau
negeri. Hal ini tidak menyelesaiakan masalah pencemaran kerana terdapat banyak aktiviti
pencemaran akan dibenarkan jika terdapat kelulusan pihak kerajaan. Sebagai contoh,
sehubung dengan hujah Dr.Mahathir pada 29 November 2014, pembalakan sah merupakan
penyumbang tertinggi kepada kemusnahan hutan rimba dan konsesi harus dikawal. Salah satu
cadangan yang boleh diambil ialah Kerajaan Persekutuan boleh memberi pampasan atau
memberi lebih peruntukkan kepada negeri yang menyekat pemberian konsesi pembalakkan.
Justeru, kerajaan negeri akan kurang bergantung kepada keuntungan daripada sumber
pembalakan.
KERAJAAN
SPEAKER KEEMPAT (MAHFUZAH AINI)
Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta
Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan
pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada
tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan
peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.
Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat JAS
yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud
dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun
sebelum dapat dilaksana dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-
tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta
ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir
Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975,
kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa
kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan
yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei
1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah
berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi
masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan.
Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan
kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana
yang diharapkan. Misalnya, kawasan yang perlu dipantau seperti kilang2, tapak pembinaan,
loji, gudang, sungai dan hutan tidak dapat diperiksa akibat kekurangan kakitangan JAS.
Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan
pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk
menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan
berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada
awal tahun berkenaan.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi
apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi
masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan.
Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguatkuasa masih belum
mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi
daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang
lain.
Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri
dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga
jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan
melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatakan dalam pelan Rancangan
Malaysia Ketiga hingga sekarang.
KOTA KINABALU: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah memerlukan lebih
100 orang lagi kakitangan termasuk pegawai penguatkuasa untuk menjalankan tugas
pemantauan dan penjagaan alam sekitar secara menyeluruh di negeri ini.Menurut
pengarahnya Datuk Eric Juin, ketika ini jabatan itu hanya mempunyai lebih kurang 60
kakitangan termasuk pegawai penguatkuasa, bahagian pentadbiran dan teknikal. Oleh itu
katanya JPAS masih memerlukan lebih kurang 120 hingga 150 pegawai penguatkuasa,
teknikal dan pentadbiran bagi membantu jabatan itu memantapkan lagi pemantauan secara
menyeluruh terhadap aktiviti dan projek-projek pembangunan di negeri ini.Jabatan perlu
lebih ramai kakitangan bagi membolehkan JPAS mencapai objektifnya iaitu mengawal
aktiviti pembangunan dan pengeksploitasian sumber-sumber semula jadi yang menyebabkan
pencemaran atau berpotensi untuk mengakibatkan kesan sampingan yang ketara ke atas alam
sekitar.
Berdasarkan keratan akhbar bertarikh, 15 November 2014- Kota Bharu,Kerajaan negeri
Kelantan memantau beberapa kawasan di tanah tinggi Lojing yang didakwa berlaku aktiviti
penerokaan haram termasuk penanaman sayur-sayuran secara sembunyi.Menurut Timbalan
Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah “Penerokaan haram melibatkan penanaman
sayur-sayuran berlaku di tengah hutan memerlukan bantuan Jabatan Alam Sekitar (JAS)
namun pihak kerajaan negeri kelantan dimaklumkan JAS berdepan masalah kekurangan
kakitangan."Kita harap kerajaan persekutuan dapat menambah kakitangan penguat kuasa
alam sekitar tetapi walaupun kurang kakitangan, pegawai JAS yang ada tetap komited
menjalankan tugas dengan mengeluarkan surat amaran termasuk beberapa kes melibatkan
syarikat pemaju yang sudah dibawa ke mahkamah".
Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang
diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain agar masalah ini
tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di
samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik.
Jadi,sudah terang lagi bersuluh bahawa pencemaran alam sekitar berpunca dari kelemahan
kerajaan dalam memastikan bilangan kakitangan yg mencukupi dlm (JAS).
KERAJAAN
SPEAKER TERAKHIR (MUNIRAH BINTI ABD WAHID)
Adalah wajar dikatakan bahawa pencemaran alam sekitar ini bermula kerana salah kerajaan
yang tidak menjalankan kuasa yang diberikan kepada mereka. Selamat sejahtera saya
ucapkan kepada Mr Rama, penjaga masa dan juga pihak pembangkang. Berdirinya saya
adalah untuk membuat kesimpulan mengenai usul yang dibentangkan iaitu “Pencemaran
Alam sekitar : Salah Kerajaan”.
Tuan yang Dipertua,
Saya bersetuju dengan usul tersebut dan dengan ini meletakkan bahawa kerajaan
merupakan punca utama berlakunya pencemaran alam sekitar. Pertama, kegagalan kerajaan
dalam mengetatkan undang-undang dilihat sebagai punca pencemaran ini semakin berleluasa.
Walaupun Jabatan Alam Sekitar telah ditubuhkan dan juga Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
telah digubal dan diperuntukkan dengan tujuan untuk membendung pencemaran, tetapi ia
masih tidak berupaya untuk mengekang pencemaran ini daripada terjadi. Jabatan Alam
Sekitar dilihatkan seperti tidak mempunyai mandat untuk menjalankan kuasa mereka dengan
sepenuhnya kerana adanya percampuran bidang kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan
negeri.
Seperti yang telah speaker pertama sebutkan tadi, Jabatan Alam Sekitar hanyalah
berperanan tidak lebih sebagai badan penasihat yang mana nasihat tersebut tidak terpakai
secara sepenuhnya. Kementerian sewajarnya menerima nasihat dan pandangan yang
diberikan oleh jabatan alam sekitar kerana mereka lebih arif mengenai kesan sesuatu projek
yang bakal dijalankan oleh kerajaan itu. Apabila kerajaan sendiri tidak menyokong tindakan
dan pandangan jabatan alam sekitar dan lebih menitik beratkan sesuatu keuntungan, maka
cadangan mereka adalah seperti diperkatakan, tidak berguna.
Kerajaan dilihat seperti tidak memandang akan kesan sesuatu projek pembangunan itu
terhadap alam sekitar. Hal ini mungkin kerana apabila terjadinya pencemaran, pihak utama
yang akan dipersalahkan adalah pihak yang melakukan pencemaran tersebut. Tetapi haruslah
diingatkan bahawa kerajaan merupakan badan utama yang dirujuk sebelum sesuatu projek itu
boleh dimulakan.
Misalnya, sekiranya kerajaan membenarkan sebuah kilang itu dibina di tepi sungai, maka
kilang tersebut akan dibina berdekatan sungai. Tetapi apabila berlakunya pencemaran air,
kilang tersebut akan dipersalahkan dan bukannya kerajaan yang meluluskan pelan
pembinaan.
Seterusnya hadirin sekalian, haruslah diingatkan bahawa kerajaan memerlukan sumber
kewangan yang kukuh untuk mentadbir negara. Maka, seperti yang dikatakan oleh menteri
kedua sebentar tadi, bahawa kekangan politik dan ekonomi menyebabkan kerajaan
mengambil inisiatif untuk lebih mengutamakan projek pembangunan memandangkan ia
mendatangkan hasil yang lebih lumayan.
Kemudian, penguatkuasaan undang-undang juga adalah sangat longgar dan berdasarkan
kenyataan menteri tadi, denda yang realistik tidak dikenakan terhadap pemaju dan pengilang
terhadap kesalahan yang telah mereka lakukan. Maka disebabkan itulah, denda yang
diharapkan dapat memberi pengajaran tidak lebih hanyalah merupakan alat untuk menutup
mulut pihak lain daripada menuding jari dan menyatakan bahawa kerajaan tidak menjalankan
tugas mereka.
Kerajaan dilihat bersikap sambil lewa dalam mengambil sesuatu tindakan sehinggakan
kadangkala dilihat seperti sesuatu pendedahan mengenai pencemaran itu dibuat oleh pihak
media massa dan orang ramai. Pihak berkuasa seperti hanya akan bertindak setelah diberikan
informasi oleh orang ramai. Mereka bagaikan tiada usaha untuk membanteras pencemaran ini
dari mula.
Sekiranya mereka melaksanakan dengan sepenuhnya kuasa yang diberikan ke atas mereka,
adalah tidak mustahil pihak yang berkenaan akan berasa takut untuk mengambil mudah
terhadap pencemaran alam sekitar. Mereka tidak akan bersikap sambil lewa dalam
menghapuskan sisa lebihan kerana mereka sedar bahawa mereka sentiasa dipantau oleh pihak
berkuasa kerajaan.
Seterusnya tuan yang dipertua, isu kekurangan kakitangan di jabatan alam sekitar menjadi
salah satu punca menyebabkan kekurangan tenaga kerja untuk memantau dan menyelia tapak
pembinaan dan kilang-kilang seperti yang telah diperjelaskan oleh menteri sebentar tadi.
Kekurangan pekerja menyebabkan matlamat utama Akta Kualiti Alam Sekitar gagal
dipraktikkan sepenuhnya menyebabkan masih ada pihak-pihak yang mengambil langkah
mudah dengan membuang sisa dan lebihan di mana sahaja.
Jadi walaupun tertubuhnya lebih banyak pecahan jabatan di bawah Jabatan Alam Sekitar,
tetapi sekiranya ketiadaan tenaga kerja juga tidak membolehkan penguatkuasaan undang-
undang dilaksanakan. Maka, fokus utama kerajaan sekarang ini adalah untuk mengambil
lebih banyak pekerja agar lebih banyak pencemaran dapat dicegah di masa hadapan.Oleh
yang demikian, adalah dapat disimpulkan bahawa kerajaan adalah punca utama sesuatu
pencemaran itu terjadi. Sekiranya kerajaan mengambil langkah dan inisiatif yang lebih baik
maka adalah tidak mustahil pencemaran dapat dikurangkan di masa akan datang.
PEMBANGKANG
SPEAKER PERTAMA ( NURUL ELEENA BINTI ROSLAN)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang DiPertua, barisan kabinet Kerajaan, rakan-rakan proksi
Pembangkang dan seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Jutaan apresiasi juga tidak
dilupakan buat Y.A.B Perdana Menteri atas gagasan usul, Pencemaran Alam Sekitar Salah
Kerajaan. Namun kami di barisan pihak Pembangkang tidak bersetuju dengan gagasan usul
tersebut. Ini kerana kami yakin dan percaya Pencemaran Alam Sekitar Bukan Salah
Kerajaan.
Tuan Yang Dipertua, dan sidang dewan yang dimuliakan,
Pada era globalisasi ini, bukan sahaja pembangunan berlaku di setiap pelusuk dunia malah
pencemaran alam sekitar juga berlaku di setiap pelusuk dunia. (then, I wil list the pollution
that happened around the world eg. In Texas) Disini kita boleh lihat betapa seriusnya
pencemaran alam sekitar yang berlaku kini. Namun, siapa yang harus dipersalahkan? Tidak
mungkin ini hanya salah satu pihak sahaja. Oleh itu, pencemaran alam sekitar bukan salah
kerajaan .
Saya mulakan dengan satu kenyataan bahawa pencemaran alam sekitar adalah disebabkan
kerakusan tangan manusia itu. Justeru, punca yang paling utama yang menjadi tunjang
berlakunya pencemaran alam sekitar yang boleh kenalpasti ialah masalah sikap individu itu
sendiri. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri individu untuk menjaga
alam sekitar. Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius
pada alam sekeliling kita. Sesetengah individu akan sewenang-wenangnya membuang
sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Malahan, yang lebih sadis
lagi apabila mereka merasakan membuang sampah merata rata seperti mencampakkan
secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan adalah perkara remeh sahaja. Walhal, jika
direnungkan andai ada seratus orang yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan
raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Oleh itu, mari kita cuba lihat
senario yang berlaku di Malaysia, di mana terdapat segolongan individu yang tidak
bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya membuang sampah di kawasan yang telah
diletakkan papan tanda yang menunjukkan ‘kawasan larangan membuang sampah’. Sikap
sambilewa dan tidak bertanggungjawab individu inilah yang menyebabkan usaha kerajaan
untuk menjaga alam sekitar terjejas.
Seterusnya, kita lihat sikap individu yang mengusahakan tanah bagi tujuan penanaman
pokok. Terlalu banyak bahan sintetik dan bahan kimia di dalam tanah boleh menyebabkan
pencemaran tanah. Penggunaan pestisida bagi mematikan serangga sebenarnya boleh
menyebabkan tanaman dan mikroorganisma yang bergunna di dalam tanah mati begitu
sahaja, padahal kesuburan tanah bergantung kepada organisma di dalamnya.
Selain itu, ingin sekali lagi saya tegaskan bahawa jika kerajaan telah mengambil inisiatif
untuk melaksanakan penjagaan alam sekitar, namun jika tidak mendapatkan sokongan
individu di dalam negara tersebut, maka segalanya tidak akan berkesan. Sebagai contoh
senario yang berlaku di negara jiran kita di Indonesia, di mana usaha Presiden Susilo
Bambang Yudhoyono untuk mencegah pembukaan tanah baru dan pembakaran terbuka yang
tidak mengikut undang-undang tidak dapat direalisasikan keran tidak mendaopat sokongan
individu dinegara tersebut. Akibat dari perkara ini, telah berlaku peningkatan jerebu yang
kesannya dirasai oleh kita jua.
Saya akhiri hujah saya dengan apa guna, kerajaan sibuk dengan wawasan dan usaha
mencegah alam sekitar tapi minda individu itu sendiri masih kelas bawahan kerana tidak
cakna akan pentingnya penjagaan alam sekitar. Oleh itu, Pencemaran Alam Sekitar Bukan
salah kerajaan. Mohon terus membangkang.
PEMBANGKANG
SPEAKER KEDUA ( NG SIEW HOON)
Bak kata pepatah ‘bagaimana rupa begitulah bayangnya’. Ibu bapa merupakan insan yang
paling rapat dan dekat dengan anak-anak mereka. Memang tidak boleh dinafikan bahawa
mereka mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak mereka, dan merekalah
merupakan titik permulaan pembentukan kelakuan atau perangai seorang anak. Dengan ini,
ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam memupuk kesedaran
kepentingan alam sekitar dalam jati diri anak. Walau bagaimanapun, ibu bapa masa kini
kurang berperanan memupuk kesedaran ini. Kebanyakan mereka lebih menitikberatkan
pembangunan anak mereka dari aspek akademik dan tingkah laku. Tiada inisiatif yang
diambil oleh mereka untuk memupuk nilai-nilai alam sekitar kepada anak-anak mereka.
Mereka selalunya menganggap bahawa nilai-nilai ini tidak perlu dititikberatkan sangat kerana
anak mereka akan mengetahui nilai-nilai tersebut secara sendirinya. Dengan ini, apabila
anak-anak mereka membuang sampah di merata-rata tempat, mereka tidak menegur mereka
kerana menganggap itu merupakan sesuatu perkara yang biasa. Malahan, ibu bapa tidak
menjadi teladan yang baik serta menyalurkan konsep yang salah kepada anak mereka.
Misalnya, banyak ibu bapa mengamalkan sikap mementingkan diri dan tidak
bertanggungjawab suka membuangkan sampah di mana-mana tempat sahaja asalkan tempat
itu senang untuk mereka menbuangkan sampah tersebut. Ini kemudian diikuti pula oleh anak-
anak mereka. Terdapat juga ibu bapa sendiri yang menyuruh anak-anak mereka berbuat
demikian. Ini tentulah akan merosotkan nilai-nilai alam sekitar generasi seterusnya serta akan
menyebabkan pencemaran yang lebih serius. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa ibu bapa juga
harus dipersalahkan atas kegagalannya untuk memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar
serta merosotkan lagi nilai-nilai tersebut.
PEMBANGKANG
SPEAKER KETIGA (KEVIN BRENDAN KUNG)
Pencemaran alam sekitar adalah berpunca daripada pembakaran terbuka dan pertambahan
bilangan kenderaan bermotor . Kenderaan bermotor memerlukan tenaga yang banyak untuk
bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya .
Pembakaran bahan api fosil ini menyebabkan pembebasan gas – gas beracun seperti karbon
monoksida , nitrus oksida , hydrocarbon , zarah-zarah dan habuk . Gas gas ini akan
menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kesan rumah hijau serta membahayakan
kesihatan manusia sejagat.. Pada tahun 2014 , sebanyak 14 juta kenderaan telah berdaftar
digunakan di Malaysia . Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad yang
lalu . Angka ini dijangka akan meningkat 2 kali ganda lagi sebelum tercapainya tahun 2020.
Pencemaran alam sekitar juga disebabkan oleh pembakaran terutamanya untuk aktiviti
penanaman semula dan sampah sarap . Petani-petani akan membakar jerami padi untuk
aktiviti penanaman semula . Pembakaran aktiviti ini sering berlaku terutamanya di kawasan
Dataran Kelantan dan Perlis . Pembakaran ini akan menyebabkan kesan rumah hijau dan
juga jerebu . Pembakaran ladang kelapa sawit juga menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Pembakaran terutamanya di Riau dan Sumatera menyebabkan jerebu daripada Indonesia
tersebar menyelumbungi tanah Malaysia . Ketua Setiausaha Kementerian Perhutanan dan
Perladangan Indonesia, Suripto juga telah menyatakan bahawa terdapat 12 syarikat yang
melakukan pembakaran untuk penanaman semula yang menyumbang kepada jerebu di
Malaysia. Data yang dikeluarkan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan
Jabatan Alam Sekitar bahawa di Sarawak terdapat 16 syarikat yang membakar ladang secara
haram untuk penanaman semula. Pembakaran oleh syarikat syarikat ini menyumbang kepada
peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap yang tidak sihat iaitu antara
201-300 .
Secara tuntasnya , pencemaran alam sekitar adalah disebabkan oleh pembakaran untuk
penanaman semula dan juga pertambahan bilangan kenderaan bermotor.
PEMBANGKANG
SPEAKER KEEMPAT (LEE AI YIN)
Salah satu daripada faktor pencemaran alam sekitar adalah sikap pengilang yang tidak
bertanggungjawab. Dewasa ini, banyak kilang-kilang telah ditubuhkan seiring dengan
pembangunan negara yang pesat ini. Namun pada masa yang sama, perkembangan industri
ini telah menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Pihak kilang yang tidak bertanggungjawab telah menyalurkan sisa-sisa toksik ke dalam
sungai dan melepaskan asap-asap tanpa ditapis. Pengusaha kilang yang berusaha untuk
menjimatkan kos telan mangambil jalan mudah untuk terus membuang sisa toksik ke dalam
laut. Sisa-sisa toksik yang disalurkan ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air
dan asap-asap yang tidak ditapis oleh kilang telah menyebabkan pencemaran udara yang
serius. Pihak kilang tidak mengambil langkah keselamatan untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar semasa operasi kilang mereka. Contohnya, pihak kilang seharusnya
menggunakan cara yang lebih mesra alam seperti pengasing elektrosatik dan wet scrubber
untuk melupuskan sisa-sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang. Sikap mereka yang
indivualisitik dan hanya mementingkan keuntungan kilang mereka menyebabkan mereka
tidak mengambil berat terhadap pencemaran yang dibawakan kepada alam sekitar.
Selain itu, kerajaan telah pun menetapkan piawaian keselamatan yang patut diikuti oleh
kilang-kilang. Namun kebanyakan kilang tidak menepati piawaian keselamatan yang
ditetapkan oleh kerajaan. Walaupun surat amaran telah diberikan kepada kilang-kilang
tersebut, tetapi mereka langsung tidak mengendahkannya. Hal ini merupakan di luar kawalan
kerajaan kerana kerajaan telah pun mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan
pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh kilang-kilang ini. Begitu juga, pengusaha
kilang seolah-olahnya telah lupa akan organisasi kilang yang sepatutnya menjalankan operasi
pengeluaran yang melibatkan pengurusan sisa toksik dalam penghasilan produk mereka, oleh
itu mereka mengambil jalan mudah untuk terus membuang sisa toksik ke sungai atau tidak
menapis asap dari kilang. Jadi, mereka tidak sanggup untuk mengambil langkah keselamatan
seperti pemasangan alat penapis di serombong asap kerana ia melibatkan kos yang agak
tinggi. Mereka beranggapan bahawa kos-kos yang diperuntukkan untuk mengelakkan
pencemaran alam sekitar yang serius ini akan membawa kerugian kepada kilang mereka dan
tidak membawa bebarang manfaat.
Secara umumnya, kita boleh melihat bahawa pencemaran alam sekitar bukanlah salah
kerajaan. Jelas diperlihatkan bahawa, sikap pengilang yang tidak bertanggungjawab
merupakan salah satu faktor penyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
PEMBANGKANG
SPEAKER TERAKHIR ( GAYATHRI A/P SANGKAR)
Selamat pagi diucapkan. Kami, dari pihak pembangkang tetap berdiri di landasan yang
nyata, Tidak Bersetuju dengan tajuk perbahasan yang diutarakan iaitu Pencemaran Alam
Sekitar merupakan salah kerajaan. Dengan ini, sebagai pembangkang terakhir, saya akan
menyimpulkan segala hujah yang telah diberikan oleh pihak pembangkang kami.
Hujah pihak pembangkang kami yang pertama iaitu mengenai salah individu itu sendiri
kerana tiada nilai moral dan kesedaran sivik. Sesetengah individu yang tidak kisah mengenai
isu kebersihan alam sekitar di mana walaupun terdapat amaran yang mengatakan
‘DILARANG MEMBUANG SAMPAH’, namun ada juga di antara mereka yang masih
melakukannya. Oleh itu, seseorang itu harus sedar mengenai perlakuan masing-masing, dan
bukannya menuduk kerajaa semata-mata bagi sebarang aspek, kerana ia merupakan
tanggungjawab seseorang individu untuk menjaga kebersihan demi kesejahteraan semua.
Keduanya, yang telah dibincangkan adalah peranan ibu bapa. Terdapat satu peribahasa
yang mengatakan bahawa, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, dan bak kata ini amat
bersesuian untuk digunakan untuk peranan ibu bapa dalam membentukkan kesedaran dalam
diri anak-anak mereka sejak kecil lagi. Amalan penjagaan alam sekitar harus dimulakan
dengan mempraktikkan di rumah supaya mereka akan mengaplikasikan nilai tersebut apabila
mereka berada di luar . ibu bapa harus menjadi teladan kepada anak-anak mereka dengan
mereka sendiri membiasakan diri dengan tidak mencemarkan alam sekitar supaya anak-anak
mereka akan menjejak kaki ibu bapa mereka dalam perkara ini. Oleh itu, peranan ibu bapa
adalah dominan dalam menyelesaikan isu ini.
Seterusnya adalah, kenderaan bermotor yang makin berleluasa pada zaman sekarang.
Haruslah sedar bahawa peningkatan dari segi kenderaan bermotor akan semakin
mencemarkan udara pada tahap yang tinggi. Pergerakan kenderaan bermotor yang
menggunakan bahan api fosil serta mengeluarkan asap yang berbahaya akan menjadi
penyumbang kepada berlakunya pencemaran udara. Oleh itu, setiap pengguna harusla sedar
mengenai perkara ini dan mengambil langkah yang efektif seperti berkongsi kereta atau
menggunakan kenderaan awam untuk mengurang kan kadar penggunaan kenderaan bermotor
untuk kebaikab semua.
Akhir sekali, faktor pencemaran alam sekitar yang dipunca oleh pihak pengilang. Kilang-
kilang yang didirikan memberikan kesan yang agak kritikal dan pelepasan asap yang
berbahaya dan pembuangan sisa toksik dengan kandungan atau campuran yang berbahaya.
Oleh itu, pihak pengilang harus sedar mengenai perkara ini dan mengambil langkah efektif
untuk terus menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dengan tidak menyalahkan pihak
kerajaan.
Berdasarkan segala hujah pembangkang yang telah disimpulkan, ingin ditegaskan bahawa,
ia bukan salah kerajaan tetapi setiap individu yang tidak bertanggungjawab terhadap
kepentingan penjagaan alam sekitar.
PENUTUP
MODERATOR (NURUL FARAHUSNA)
Sebagai kesimpulannya di sini semua pihak mestilah berganding bahu untuk mengatasi
masalah pencemaran alam kerana kita bertanggungjawab terahadap alam ini. Kita tidak
bolehlah menunding jari menyalahkan kerajaan sahaja dalam hal ini. Setiap pihak
mempunyai peranan masing-masing dalam menangani masalah pencemaran ini. Sebagai
manusia itu sendiri, kita mestilah menjaga alam ini dengan mengurangkan atau tidak
melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mencemarkan alam sekitar. Manakala, kerajaan pula
haruslah peka terhadap isu-isu alam sekitar dalam mentadbir negara contohnya sepeti
menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar dan mengatur pembangunan yang
sistematik tanpa menjejaskan alam sekitar.
Bak kata Mahatma Gandhi, “"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek
moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah
alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata ini menunjukkan
bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya.
Oleh itu, dalam mengejar kemajuan janganlah kita mengabaikan alam sekitar kita.