[000152]

11
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM NOMBOR DUA DIGIT 10 HINGGA 50 DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN MELALUI PERMAINAN PICAN. SUZANAWATI BINTI SUKIMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN [email protected] ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran mengecam nombor dua digit sepuluh hingga lima puluh dalam kalangan murid Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di negeri Perlis melalui Permainan PICAN. Empat orang murid dipilih berdasarkan pencapaian dalam subjek Matematik. Data awal diperolehi melalui ujian diagnostik dan pemerhatian awal. Instrumen dalam kajian ini ialah skor sebelum intervensi dan skor selepas intervensi. Instrumen penilaian turut digunakan dalam kajian ini di mana borang skor akan digunakan pada setiap kali pemerhatian dijalankan yang bertujuan untuk mencatat jawapan murid dalam jangka masa yang ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Permainan PICAN dapat membantu murid meningkatkan prestasi mereka dalam subtopik menentukan nilai nombor bulat. Selain itu, murid juga dapat menyebut dan menentukan nilai nombor dua digit dengan betul dan cepat. Mereka juga semakin berminat untuk belajar dan murid juga telah menunjukkan peningkatan daya tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pada kajian akan datang, pengkaji akan menggunakan teknik yang sama mengikut kesesuaian yang dihadapi oleh murid yang lain dengan mempelbagaikan penggunaan bahan pembilang dan aktiviti bermain. ABSTRACT The purpose of this study is to improve the skills of identifying two digit numbers from ten to fifty among special education students with learning disabilities in Perlis by PICAN Game. Four students, were selected based on their achievement in mathematics. Student’s weakness in identifying two digit numbers were identified through diagnostic test and observations made. Instruments used in this study were scores collected before intervention and after intervention. Identifying two digit numbers skills is under the topic of whole numbers in the Special Education Mathematics Syllabus for Learning Disabilities. The study showed that the use of PICAN game can help students improve their performance in determining the value of whole numbers. In addition, students can recognize and determine the value of two digit numbers correctly and quickly. They are also keen to learn and the attitudes of the students have improved during the process of teaching and learning . For future research the same techniques could be used by diversifying the use of counters and play activities .

description

tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Transcript of [000152]

Page 1: [000152]

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM NOMBOR DUA DIGIT 10 HINGGA 50 DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH

PEMBELAJARAN MELALUI PERMAINAN PICAN.

SUZANAWATI BINTI SUKIMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

[email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran mengecam nombor dua digit sepuluh hingga lima puluh dalam kalangan murid Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di negeri Perlis melalui Permainan PICAN. Empat orang murid dipilih berdasarkan pencapaian dalam subjek Matematik. Data awal diperolehi melalui ujian diagnostik dan pemerhatian awal. Instrumen dalam kajian ini ialah skor sebelum intervensi dan skor selepas intervensi. Instrumen penilaian turut digunakan dalam kajian ini di mana borang skor akan digunakan pada setiap kali pemerhatian dijalankan yang bertujuan untuk mencatat jawapan murid dalam jangka masa yang ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Permainan PICAN dapat membantu murid meningkatkan prestasi mereka dalam subtopik menentukan nilai nombor bulat. Selain itu, murid juga dapat menyebut dan menentukan nilai nombor dua digit dengan betul dan cepat. Mereka juga semakin berminat untuk belajar dan murid juga telah menunjukkan peningkatan daya tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pada kajian akan datang, pengkaji akan menggunakan teknik yang sama mengikut kesesuaian yang dihadapi oleh murid yang lain dengan mempelbagaikan penggunaan bahan pembilang dan aktiviti bermain.

ABSTRACT

The purpose of this study is to improve the skills of identifying two digit numbers from ten to fifty among special education students with learning disabilities in Perlis by PICAN Game. Four students, were selected based on their achievement in mathematics. Student’s weakness in identifying two digit numbers were identified through diagnostic test and observations made. Instruments used in this study were scores collected before intervention and after intervention. Identifying two digit numbers skills is under the topic of whole numbers in the Special Education Mathematics Syllabus for Learning Disabilities. The study showed that the use of PICAN game can help students improve their performance in determining the value of whole numbers. In addition, students can recognize and determine the value of two digit numbers correctly and quickly. They are also keen to learn and the attitudes of the students have improved during the process of teaching and learning. For future research the same techniques could be used by diversifying the use of counters and play activities.

Page 2: [000152]

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Khas merupakan program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan pelajar dari segi perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial. Fokus kajian pengkaji adalah kepada aliran pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pengkaji telah ditugaskan mengajar Matematik Kelas Gigih pada bulan Februari 2011. Oleh sebab pengkaji baru lagi berada di sekolah ini, maka pengkaji telah menemubual murid mengenai topik yang mereka telah pelajari di samping menemubual guru mata pelajaran Matematik untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang tahap pembelajaran mereka. Pengkaji juga telah meneliti buku-buku latihan yang digunakan oleh mereka. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid-murid boleh menjawab soalan dengan betul apabila interaksi pengajaran secara kelas dijalankan. Oleh itu, pengkaji mengandaikan murid-murid ini sudah mahir dalam kemahiran mengenal dan mengecam nombor dua digit dengan baik. Apabila latihan bertulis secara individu dijalankan terhadap murid, pengkaji dapati ramai murid yang tidak dapat menjawab dengan betul.

Murid juga masih keliru apabila pengkaji meminta mereka untuk menulis nombor dua digit yang disebut oleh pengkaji. Kebanyakan mereka akan menulis jawapan yang salah. Contohnya nombor 19 ditulis 91. Mereka hanya dapat melakukan latihan ini dengan betul jika hanya ada bimbingan daripada pengkaji sahaja. Ini menimbulkan persoalan dalam fikiran pengkaji adakah mereka benar-benar telah faham dan menguasai kemahiran mengenal dan mengecam nombor dua digit dengan baik. Mereka hanya mahir dalam mengenal nombor satu hingga sepuluh kerana nombor ini sudah biasa bagi mereka. Bagi nombor dua digit, mereka hanya boleh menyebut secara lisan dengan lancar tetapi tidak dapat melakukan proses mengenal dan mengecam nombor ini dengan baik apabila latihan dan soalan secara individu dijalankan. Ini jelas menunjukkan mereka hanya menghafal turutan nombor dan bukannya memahami konsep membilang nombor dengan betul.

Dalam keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan, hanya seorang sahaja murid yang menguasai kemahiran menulis nombor yang disebut oleh pengkaji manakala empat orang lagi tidak dapat menjawab dengan betul. Pengkaji menyedari kelemahan mereka dalam kemahiran mengenal dan mengecam nombor dua digit ini. Melalui pemerhatian pengkaji juga, guru Matematik kerapkali menggunakan bahan bantu mengajar alat pembilang sahaja semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru Matematik juga menggunakan papan putih untuk menulis nombor yang disebut oleh murid tanpa ada bantuan kad nombor, kad gambar atau kad poket. Ini menyukarkan proses pengecaman murid terhadap nombor berlaku. Interaksi pengajaran dan pembelajaran di kelas juga kadangkala dilihat agak pasif. Ini mungkin disebabkan tiada unsur selitan permainan atau pergerakan dalam proses pembelajaran .

Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kad nombor sebagai salah satu bahan bantu belajar wajib bagi intervensi yang akan digunakan oleh pengkaji. Di samping itu, unsur permainan dalam pembelajaran juga digunakan bertujuan untuk menarik minat murid belajar dan meningkatkan penguasaan Matematik. Pengkaji juga telah memilih untuk menjadikan empat orang murid sebagai responden dalam kajian tindakan yang akan pengkaji jalankan. Aspek kemahiran yang akan diuji adalah dari segi kemahiran mengecam nombor dua digit 10 hingga 50 melalui Permainan PICAN.

Page 3: [000152]

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Huraian Fokus Kajian

Kajian yang pengkaji lakukan adalah lebih berfokus kepada meningkatkan kemahiran mengecam nombor dua digit 10 hingga 50 dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Kelemahan murid mengecam nombor dua digit ini dikesan semasa ujian sebelum intervensi yang telah dijalankan oleh guru. Semasa aktiviti bertulis dan interaksi secara individu dijalankan, murid-murid ini gagal menjawab soalan dan latihan yang diberikan oleh guru dengan betul. Mereka masih keliru dengan kedudukan tempat nombor puluh dan sa. Kegagalan memahami konsep puluh dan sa inilah yang menyebabkan murid gagal untuk melakukan kemahiran mengecam nombor dua digit dengan baik. Mereka juga kurang yakin dengan jawapan mereka dan akan bertanya kepada pengkaji sama ada jawapan yang ditulis oleh mereka betul atau tidak. Ini jelas menunjukkan mereka hanya menghafal turutan nombor secara lisan sahaja.

Selain itu, apabila pengkaji menjalankan aktiviti menulis nombor berdasarkan nombor yang disebut oleh pengkaji terdapat ramai murid yang gagal menjawab dengan betul. Mereka tidak dapat membayangkan kedudukan nombor yang disebut oleh pengkaji dengan betul. Apabila bimbingan diberi oleh pengkaji sama ada menggunakan kad nombor atau alat pembilang barulah mereka mampu untuk menulis nombor yang disebut oleh guru dengan betul.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

i. Murid dapat mengecam nombor dua digit 10 hingga 50 melalui permainan PICAN yang diterapkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

ii. Meningkatkan daya tumpuan murid yang lebih lama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran melalui permainan PICAN

3.2 Soalan kajian

i. Sejauh mana Permainan PICAN dapat meningkatkan kemahiran mengecam nombor dua digit 10 hingga 50 yang berkesan ?

ii. Sejauh mana Permainan PICAN dapat meningkatkan daya tumpuan yang lebih lama dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan empat orang murid Kelas Gigih Bermasalah Pembelajaran yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Masalah setiap responden ialah ‘Slow Learner’. Pengkaji hanya memilih empat orang daripada lima orang sebagai responden kerana hanya empat orang sahaja yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran mengecam nombor dua digit.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Page 4: [000152]

5.1 Prosedur tindakan

Terdapat tiga fasa dalam pelaksanaan tindakan iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga. Ketiga-tiga fasa ini adalah seperti berikut :

5.1.1 Fasa Pertama :

Fasa pertama merupakan fasa paling penting dalam melaksanakan tindakan. Dalam fasa pertama, pengkaji telah menjalankan proses mengenal pasti masalah dan pengumpulan data. Semasa proses mengenal pasti masalah dijalankan, pengkaji telah menggunakan skor sebelum intervensi untuk mengesan kelemahan murid dalam penguasaan asas Matematik.

5.1.2 Fasa Kedua :

Fasa kedua merupakan fasa di mana aktiviti-aktiviti permainan PICAN akan dijalankan oleh pengkaji. PICAN merupakan akronim kepada perkataan Pilih dan Cantum. Permainan Pilih dan Cantum ini merangkumi pelbagai aktiviti yang menggunakan kad nombor sebagai bahan bantu belajar wajib bagi setiap langkah dan alat pembilang sebagai bahan tambahan. Fasa ini mempunyai tiga langkah di mana setiap langkah terdiri daripada satu aktiviti yang berbeza.

i. Permainan PICAN 1 – Kad nombor dan alat pembilanga) Permainan PICAN di sini merujuk kepada pilih kad nombor puluh (10, 20, 30, 40) dan sa

(1,2,3,4,5,6,7,8,9) dan kemudian cantumkan menjadi kad nombor dua digit. b) Pengkaji akan menyediakan dua set kad nombor iaitu kad puluh dan sa serta kad nombor

satu digit. c) Kad nombor puluh dan sa pula digunakan bagi membantu murid mengecam nombor sambil

membilang alat pembilangd) Pilihan di sini juga membawa maksud memilih alat pembilang mengikut bilangan nombor yang

dikehendaki dan kemudian mencantumkan kad nombor tersebut berdasarkan bilangan alat pembilang. Pada langkah ini, alat pembilang konkrit seperti batang aiskrim digunakan.

e) Aktiviti ini dijalankan sebanyak lima kali. Borang skor boleh dirujuk pada Lampiran 2.

ii. PERMAINAN PICAN 2 – Kad nombor satu digita) Permainan PICAN 2 pula merujuk kepada pilihan dua kad nombor satu digit (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6,

7, 8, 9) dan kemudian lekatkankannya menjadi nombor dua digit. b) Pengkaji akan meletakkan kad nombor satu digit secara rawak sama ada di atas meja dan

papan putih. c) Murid akan memilih dua kad nombor satu digit berdasarkan nombor yang disebut oleh

pengkaji. d) Nombor yang dipilih oleh murid akan dicantumkan untuk membentuk nombor dua digit yang

dikehendaki oleh pengkaji. e) Aktiviti ini dilakukan sebanyak lima kali.

iii. PERMAINAN PICAN 3– Kad nombor dua digita) PICAN bermaksud kad nombor akan dipilih dan kemudian dicantumkan oleh murid. b) Kad-kad nombor satu digit (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9) disusun secara rawak sama ada di atas

lantai, dinding atau papan putih . c) Satu balang ajaib yang mengandungi 40 bola ping pong disediakan. Pada setiap bola ping

pong ditulis nombor dua digit nombor.

d) Setiap murid dikehendaki memilih tiga biji bola ping pong dan menyebut nombor yang terdapat pada bola ping pong masing-masing

Page 5: [000152]

e) Kad-kad nombor satu digit perlu dicantum mengikut nombor yang diperoleh pada setiap bola ping pong.

5.1.3 Fasa Ketiga

Skor selepas intervensi akan dilakukan pada fasa ini. Keputusan skor selepas intervensi ini akan memberi gambaran kepada pengkaji bahawa teknik Permainan PICAN yang dijalankan oleh pengkaji mampu untuk meningkatkan kemahiran pengecaman murid terhadap nombor dua digit 10 hingga 50 ataupun tidak.

5.2 Cara mengumpul data

5.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan terhadap perlakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Beberapa aspek yang perlu diambil perhatian oleh pengkaji ke atas murid sebelum melakukan pemerhatian iaitu daya tumpuan murid, jangka masa pemerhatian dan cara pemerhatian pengkaji.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap jangka masa yang diambil oleh setiap murid ketika proses mengecam nombor pada setiap aktiviti PICAN dijalalankan. Jangka masa yang diambil oleh murid akan dicatat oleh pengkaji ke dalam borang skor intervensi. Masa maksimum murid untuk melakukan setiap aktiviti PICAN adalah lima minit. Murid yang menjawab aktiviti PICAN melebihi masa lima minit akan diminta untuk mengulang aktiviti tersebut. Pengkaji juga melakukan pemerhatian terhadap kebolehan murid untuk melakukan penyelesaian dan pengecaman nombor dua digit sama dalam jangka masa yang ditetapkan semasa aktiviti PICAN dijalankan.

5.2.2 Skor sebelum intervensi dan skor selepas intervensi

Skor sebelum intervensi dapat menunjukkan kelemahan murid dalam penguasaan asas Matematik dan dijalankan ke atas murid secara serentak. Skor ini dicatat sebelum pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan permainan PICAN untuk melihat sejauh mana kebolehan serta keupayaan murid untuk mengecam nombor dua digit.

Manakala untuk skor selepas intervensi pula, pengkaji telah menjalankannya sebaik sahaja selesai sesi pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan permainan PICAN yang terakhir. Skor ini menunjukkan tahap keberkesanan kaedah PICAN ini kepada kumpulan sasaran bagi melihat sejauh mana peningkatan murid dalam kemahiran mengecam nombor dua digit.

6.0 DAPATAN : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

6.1 Analisis Skor Sebelum Intervensi

Page 6: [000152]

Berdasarkan andaian awal, murid dijangkakan sukar untuk menjawab soalan sebelum intervensi. Ini berikutan hasil pemerhatian awal dan ujian diagnostik yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum memperkenalkan kaedah baru. Andaian awal yang dibuat adalah tepat. Murid-murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Skor murid telah direkodkan dan keputusan skor sebelum intervensi adalah seperti Jadual 5 berikut :

Jadual 5 : Keputusan skor sebelum intervensi

BIL PERKARA/ RESPONDEN MURID A

MURID B

MURID C

MURID D

1 Menama dan menentukan nilai nombor 3/5 3/5 3/5 2/52 Menyusun nombor secara menaik dan

menurun2/5 1/5 2/5 1/5

3 Menentukan nilai tempat 4/5 3/5 3/5 3/54 Menulis nombor dalam bentuk panjang 2/5 3/5 2/5 2/55 Menulis nombor 11 hingga 50

3/5 3/5 3/52/5

JUMLAH SKOR 14/25 13/25 13/ 25 10/ 25

Berdasarkan analisis skor didapati responden A, B, C dan D tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Mereka masih keliru dengan konsep nombor bulat. Masalah ini berpunca daripada kegagalan mereka untuk memahami konsep puluh dan sa. Murid juga masih keliru untuk menentukan nilai nombor. Kegagalan untuk memahami konsep puluh dan sa menyebabkan mereka tidak boleh melakukan pengecaman terhadap nombor dua digit.

Berdasarkan Rajah 4 di bawah, jelas terbukti bahawa murid menghadapi masalah dalam pengecaman nombor dua digit. Skor tertinggi yang diperoleh sebelum intervensi ialah sebanyak 14 iaitu responden A. Responden B dan C mencatat skor sebanyak 13 dan responden D mencatat markah yang terendah iaitu 10. Skor sebelum intervensi yang diperoleh membuktikan bahawa betapa pentingnya seorang pengkaji membuat perubahan untuk membantu murid memperbaiki kelemahan dalam kemahiran nombor bulat.

Rajah 4 : Graf Skor Sebelum Intervensi

6.2 Analisis Skor Selepas Intervensi

Setelah kaedah baru diperkenalkan, skor selepas intervensi diadakan bagi menilai prestasi murid. Kaedah baru telah diperkenalkan kepada murid bertujuan untuk membantu murid meningkatkan

Page 7: [000152]

penguasaan kemahiran mengecam nombor dua digit dengan menggunakan permainan PICAN. Keputusan skor selepas intervensi adalah seperti berikut:

Jadual 6 : Keputusan skor selepas intervensi

BIL PERKARA/ RESPONDENMURID

AMURID

BMURID

CMURID

D

1Menama dan menentukan nilai nombor

5/5 5/5 5/5 5/5

2Menyusun nombor secara menaik dan menurun

4/5 4/5 5/5 5/5

3 Menentukan nilai tempat 5/5 5/5 5/5 5/5

4Menulis nombor dalam bentuk panjang

5/5 5/5 5/5 5/5

5 Menulis nombor 11 hingga 50 5/5 5/5 5/5 5/5

JUMLAH SKOR 24/25 24/25 25/ 25 24/25

Berdasarkan analisis skor selepas intervensi didapati responden A, B, C dan D dapat menjawab soalan dengan baik. Mereka sudah memahami konsep nombor bulat serta konsep puluh dan sa dengan tepat. Responden C dan D menunjukkan tahap pemahaman yang paling baik dalam mengecam nombor dua digit.

Berdasarkan Rajah 5 di bawah, jelas terbukti bahawa murid sudah menguasai kemahiran mengecam nombor dua digit. Skor tertinggi yang diperoleh melalui ujian selepas intervensi ialah sebanyak 25 iaitu responden C dan D. Responden A dan B mencatat markah yang sama iaitu 24. Skor selepas intervensi yang diperoleh membuktikan bahawa kaedah permainan PICAN yang diperkenalkan telah menarik minat murid serta mampu meningkatkan keupayaan murid dalam mengecam nombor dua digit dengan baik.

Rajah 5 : Graf Skor Selepas Intervensi

6.3 Analisis Perbandingan Skor Sebelum Intervensi dan Skor Selepas Intervensi

Catatan perbandingan di antara skor sebelum intervensi dan skor selepas intervensi di buat bagi melihat perbezaan yang direkodkan. Rekod perbezaan adalah seperti Jadual 7 berikut:

Jadual 7 : Perbandingan skor sebelum intervensi dan skor selepas intervensi

BIL PERKARA / RESPONDEN A B C DPRA POS PRA POS PRA POS PRA POS

Page 8: [000152]

1 Menama dan menentukan nilai nombor

3/5 5/5 3/5 5/5 3/5 5/5 2/5 5/5

2 Menyusun nombor secara menaik dan menurun

2/5 4/5 1/5 4/5 2/5 5/5 1/5 5/5

3 Menentukan nilai tempat4/5 5/5 3/5 5/5 3/5 5/5 3/5 5/5

4 Menulis nombor dalam bentuk panjang

2/5 5/5 3/5 5/5 2/5 5/5 2/5 5/5

5 Menulis nombor 11 hingga 50 3/5 5/5 3/5 5/5 3/5 5/52/5

5/5

JUMLAH SKOR 14/25

24/25

13/25

24/25

13/25

25/ 25

10/ 25

24/25

PERBEZAAN (+ ATAU -) +10 +11 +12 +14

Perbandingan skor yang ketara dapat dilihat sebelum intervensi dan selepas intervensi yang direkodkan. Perbezaan yang ketara menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Peningkatan yang direkodkan menandakan bahawa kaedah yang diperkenalkan telah berjaya membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran mengecam nombor dua digit murid. Perbandingan yang lebih jelas dapat dilihat di dalam Rajah 6 di bawah :

Rajah 6 : Graf Perbandingan Skor Sebelum Intervensi Dan Selepas Intervensi

6.4 Skor Intervensi (Borang Skor)

Borang skor digunakan semasa pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji pada setiap langkah aktiviti PICAN 1, PICAN 2 dan PICAN 3 dijalankan. Borang skor digunakan bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah permainan yang digunakan di mana jawapan setiap murid akan dicatat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Jadual 2 di bawah menunjukkan keupayaan murid untuk melakukan aktiviti permainan PICAN 1. Pengenalan kaedah permainan ini dapat meningkatkan daya tumpuan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di mana murid sangat berminat dengan aktiviti permainan PICAN . Ini jelas terbukti melalui markah borang skor yang diperoleh selepas aktiviti permainan PICAN 1 dijalankan. Semua responden dapat melakukan aktiviti permainan PICAN dalam tempoh yang ditetapkan. Responden A telah mencatat skor yang tertinggi iaitu 5 diikuti responden C dan D mendapat skor 4 dan responden B mencatat skor 3.

Page 9: [000152]

Jadual 2 : Skor intervensi permainan PICAN 1

Bil MuridPusingan

1 Pusingan

2Pusingan

3Pusingan

4Pusingan

5JUMLAH

SKORJUMLAH

CATATAN MASA

Jawapan Jawapan Jawapan Jawapan Jawapan

1 A / / / / / 5 20/25 min

2 B x / / x / 3 19/25 min

3 C / / / / x 4 22/25min

4 D x / / / / 4 20/25 min

Jadual 3 di bawah pula menunjukkan skor murid melakukan aktiviti permainan PICAN 2. Aktiviti permainan PICAN 2 telah menggunakan kad nombor 1 digit. Setelah aktiviti permainan PICAN 2 diperkenalkan, didapati murid telah menunjukkan peningkatan dalam daya tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid sangat berminat dengan aktiviti permainan PICAN ini. Ini terbukti melalui skor yang diperoleh selepas aktiviti permainan PICAN 1 dijalankan. Semua responden dapat melakukan aktiviti permainan PICAN dalam tempoh yang ditetapkan. Responden A dan D telah mencatat skor yang tertinggi iaitu 5, di ikuti responden C mendapat 4 dan responden B mencatat skor 3.

Jadual 3 : Skor intervensi permainan PICAN 2

Bil Murid

Pusingan1

Pusingan2

Pusingan3

Pusingan4

Pusingan5 JUMLAH

SKORJUMLAH

CATATAN MASAJawapan Jawapan Jawapan Jawapan Jawapan

1 A / / / / / 5 19/25 min

2 B x / / / x 3 18/25 min

3 C / / x / / 4 17/25min

4 D / / / / / 5 19/25 min

Jadual 4 pula merupakan skor intervensi permainan PICAN 1 yang menggunakan kad nombor satu digit dan dua digit. Selepas kaedah diperkenalkan, murid telah menunjukkan peningkatan daya tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini jelas terbukti melalui skor yang diperoleh selepas aktiviti permainan PICAN 1 dijalankan. Semua responden dapat melakukan aktiviti permainan PICAN dalam tempoh yang ditetapkan. Responden A dan C telah mencatat skor yang tertinggi iaitu 5, diikuti responden D sebanyak 4 dan responden B mencatat 3.

Jadual 4 :Skor intervensi permainan PICAN 3

Bil Murid

Pusingan1

Pusingan2

Pusingan3

Pusingan4

Pusingan5 JUMLAH

SKORJUMLAH

CATATAN MASA

Jawapan Jawapan Jawapan Jawapan Jawapan

1 A / / / / / 5 20/25 min

Page 10: [000152]

2 B x / / x / 3 18/25 min

3 C / / / / / 5 17/25min

4 D x / / / / 4 19/25 min

7.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Fokus kajian pengkaji adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengecam nombor dua digit kepada murid Pendidikan Khas melalui kaedah permainan PICAN. Terdapat beberapa kesulitan dan kebaikan sepanjang pelaksanaan kaedah permainan PICAN ini.

Sebelum kaedah baru diperkenalkan, murid kurang berminat dengan latihan yang diberikan oleh pengkaji. Murid juga sering kali malu bertanya apabila mengahadapi masalah dalam Matematik. Setelah kaedah baru diperkenalkan, murid telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi mereka iaitu sudah mahir dalam kemahiran mengecam nombor dua digit. Murid juga tidak malu bertanya untuk menyelesaikan masalah matematik. Ini terbukti melalui hasil dapatan kajian yang diperoleh melalui analisis skor sebelum intervensi dan skor selepas intervensi. Peningkatan skor telah membuktikan bahawa prestasi murid meningkat setelah penggunaan kaedah permainan PICAN dalam kemahiran mengecam nombor dua digit dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran.

Kaedah intervensi Permainan PICAN yang digunakan telah berjaya membantu meningkatkan keupayaan murid untuk mengecam nombor dua digit dengan betul. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya kaedah ini boleh disebar dan dibuat kajian lanjutan. Bilangan murid yang terlibat secara langsung boleh ditambah kepada bilangan yang lebih ramai. Jenis masalah murid yang dijadikann responden juga boleh dipelbagaikan dan tidak tertumpu kepada jenis masalah ‘Slow Learner’ sahaja. Selain itu, dari segi tempoh masa permainan PICAN ini boleh dipanjangkan dan digunakan pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kaedah permainan PICAN juga boleh diperkembangkan kepada murid tahap satu kelas aliran perdana.

RUJUKAN

Alis B Putih. (2008). Kajian Tindakan Sekolah Definisi, Proses Dan Cabaran. Kedah: Penerbit Honey Enterprise.

Jabatan Pendidikan Khas. (1999). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. (2004). Tuntas. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Kedah: Pencetakan Ustaras.

Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. PTS Professional Publishing.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Akses pada 15 April 2011 dari http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/2001/2001_10_Laikl.pdf

Page 11: [000152]

Mangal, S.K. (2007). Educating Exceptional Children: An Introduction to Special Education. New Delhi: PHI learning Pvt. Ltd

Marzita Puteh, Wan Yusof Wan Ngah dan Chan Yook Lean. (2010). Buku Teks Matematik Tahun 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Murid dan Alam Belajar. Selangor : Penerbitan Multimedia.

Mook Soon Sang. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Selangor : Penerbit Multimedia.

Raghbir Kaur A/P Joginder Singh. (2007). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Kursus Perguru an Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah & Menengah Selangor: Kumpulan Budiman. Sdn. Bh

Saayah Bt Abu. Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melaluii Bermain Di Tadika-tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka. Akses pada 16 April 2011 dari http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saayah.pdf

S.A Kirk, Gallagher, J.J &Anastasiow N.J. (1993). Educating Exceptional Children (7th ed). Boston, MA : Houghton Mifflin.