02 contoh kertas cadangan

10
KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN 1. Tajuk kajian 2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap 3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian 5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian 6. Kumpulan Sasaran 7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan 8. Bahan-Bahan Yang DiPerlukan 9. Jadual Pelaksanaan Kajian MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULA PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS ” Oleh: Suhaili Binti Rahmat SK Taman Perling, Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling , 81200 Johor Bahru, Johor 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab 2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka soalan darab 2 digit mereka

Transcript of 02 contoh kertas cadangan

Page 1: 02 contoh kertas cadangan

KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN

1. Tajuk kajian 2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian6. Kumpulan Sasaran7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan8. Bahan-Bahan Yang DiPerlukan9. Jadual Pelaksanaan Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULAPENDARABAN 2 DIGIT DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH“PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS ”

Oleh:

Suhaili Binti RahmatSK Taman Perling,

Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling , 81200 Johor Bahru, Johor

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab 2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi majoritinya tidak pasti.

Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru. Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4 Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu. Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkah-langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya tidak difahami oleh mereka.

Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2 digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak mahu hafal sifir.

Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang

Page 2: 02 contoh kertas cadangan

senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan kemerosotan markah mereka.

2. FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah kerana :

(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.

Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan guru.

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah “Pistol dan Hammer on the stairs”. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula hasil darab 2 digit.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

(i) Objektif UmumTujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2 digit bagi murid tahap 2.

(ii) Objektif khusus Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul

menggunakan bentuk ”Pistol dan Hammer”. Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk

permainan.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :3 orang pelajar India1 orang pelajar Cina6 orang pelajar Melayu

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:

(i) Pemeriksaan buku sifir.(ii) Ujian Pra

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

(i) Pemeriksaan buku sifir

Page 3: 02 contoh kertas cadangan

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.Contoh soalan yang diberikan ialah:

a. 2321 X 12 d. 5241 X 65b. 1245 X 24 e. 3282 X 97c. 1437 X 38

Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :

Peratus markah murid dalam soalan sifir

Markah Bil murid PeratusLulus (3-5 markah ) 20 67%Gagal (0-2 markah ) 10 33%

(ii) Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam mengira hasil darab 2 digit.

Analisis daripada ujian Pra.Bil soalan betul Bil muird

5 -4 -3 -2 -1 6 ( 60%)0 4 (40%)

Page 4: 02 contoh kertas cadangan

Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:(a) penguasaan sifir yang kurang cekap.(b) Mendarab angka ”puluh” dahulu contohnya 305 x 24 (mereka

mendarab 2 dahulu)(c) Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua

Contohnya : 365 X 24

1460 730

2190(d) Pengumpulan semula nombor yang salah.

5.3 Tindakan yang dicadangkan

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik ”pistol dan hammer on the stairs” untuk mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:

(i) Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.(ii) Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor dan menyesesaikannya)

5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i) Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas transparent yang berlainan warna.

Langkah 1Setiap murid akan menggunakan 4 kertas “transparent” yang berlainan warna.Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.Murid melakar “pistol” dan “hammer” menggunakan 2 kertas “transparent” yang berlainan warna.Kemudian gunting.

Pistol

Hammer

Contoh:

Langkah 2

Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Kesilapan ditemui

Page 5: 02 contoh kertas cadangan

ContohContoh ::

Hammer

Pistol

Langkah 3 Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan “stairs” dan “answer

box”. Lubangkan bahagian tengah kotak.

CONTOH :CONTOH :

Stairs

Answer

boxes

(ii) Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan menyelesaikannya).

Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1 Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences) untuk diselesaikan oleh murid.

contoh: 3 4 2 x 1 2 = ?

Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.Cara dan pengisian nombor :Letakkan “pistol” di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak “pistol” .Kemudian selesaikan jawapan.

Page 6: 02 contoh kertas cadangan

Langkah 2Seterusnya, letakkan bentuk “hammer” pada kertas yang sama, bertindan dengan “pistol” . Mula mengisi nombor.Selesaikan jawapan.

Nota:Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama telah diisi oleh bentuk “ pistol”.

SelesaikanSelesaikan

3 4 23 4 2XX 22

6 8 46 8 4

3 4 2

2

4 2

1

3

SelesaikanSelesaikan

3 4 23 4 2XX 11

3 4 33 4 3

Contoh :

Langkah 3Setelah jawapan “pistol” dan “hammer” dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk “stairs” untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.contoh : jawapan “pistol” = 684

jawapan “hammer” = 342

Page 7: 02 contoh kertas cadangan

jawapan

jawapan

3 4 2

2

4 2

1

3

2

8 4

4

6

3

Contoh:

Langkah 4

Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).Cari hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “hammer”.Isikan di dalam kotak jawapan.

jawapan

3 4 2

2

4 2

1

3

2

8 4

4

6

3

0 414

jawapan

6. Bahan yang digunakan

Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

Gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil kertas A 4 transparent yang berlainan warna

7. Jadual Pelaksanaan Kajian

Page 8: 02 contoh kertas cadangan

Bil Aktiviti TempohPelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu2 Menulis proposal kajian 2 minggu3 Merancang tindakan – individu/kumpulan 1 minggu4 Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 1 minggu5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 2 minggu6 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 1 minggu7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 2 minggu8 Ujian untuk mengesan perubahan murid 1 minggu9 Refleksi kajian 1 minggu10 Menulis laporan kajian 2 minggu11 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah. 1 minggu

Disediakan oleh,Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Johor