03 - Tajuk 6 - Aplikasi Pendekatan DALCROZE
-
Upload
ernieyanti-bakri -
Category
Documents
-
view
416 -
download
3
Transcript of 03 - Tajuk 6 - Aplikasi Pendekatan DALCROZE
-
7/28/2019 03 - Tajuk 6 - Aplikasi Pendekatan DALCROZE
1/4
TAJUK 6 APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE
6.1 Aplikasi Pendekatan Dalcroze
5.2.1 Rancangan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah
i. semulajadinya kanak-kanak normal memang aktif bergerak dan
pastinya mereka seronok apabila aktif bergerak. Justeru itu, Dalcroze
mengambil pendekatan memfaatkan penggunaan ruang, masa, tenaga
tempo dan kelajuan yang pelbagai sewaktu melakukan sebarang
pergerakan. Lihat contoh berikut ;
a. bergerak dengan cepat ( berlari ), lambat ( berjalan ) atau
bergerak secara terjingkit-jingkit
b. melompat, meniarap dan berguling
Kesemua aktiviti ini merupakan satu kaedah penerokaan dan bagaimana
ruang dapat dimanipulasi.
ii. menggunakan deria pendengaran, murid dapat memberi respon
pergerakan yang tepat dengan mengambil kira penggunaan masa, ruang
dan tenaga. Seorang kanak-kanak tidak dapat mengucapkan perasaan
mereka dengan perkataan, tetapi dia boleh menyampaikannya dalam
bentuk interpretasi terhadap kesemua elemen muzik termasuk lirik lagu,
dinamik, bentuk lagu dan sebagainya.
-
7/28/2019 03 - Tajuk 6 - Aplikasi Pendekatan DALCROZE
2/4
5.2.2 Pelaksanaan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah
rendah
1. Aktiviti Eurythmics
Main Lompat
Mari main lompat bersama kawan,
Lompat ke kiri, lompat ke kanan,
Pusingkan badan,
Tepuk di atas tepuk di bawah,
Kecilkan badan
Lompat tinggi sampai ke awan.
(Pendidikan Muzik KBSR Tahun Dua)
Aktiviti yang boleh dilakukan adalah nyanyian dan gerakan badan. Murid bolehmelakukan gerakan mengikut rentak dan lirik lagu.
-
7/28/2019 03 - Tajuk 6 - Aplikasi Pendekatan DALCROZE
3/4
Cadangan pelaksanaan aktiviti eurythmics:
1. Menyanyikan lagu Main Lompat
2. Menepuk tangan untuk not kuaver
3. Melompat untuk not krocet
4. Mendepakan tangan ke atas untuk not minim.
Pemerhatian :
Pastikan murid melompat ke kiri dan ke kanan mengikut lirik lagu dan
pusingkan badan.
Latihan
Latihan 1
Anda dikehendaki mencari sebuah lagu yang mudah dan cadangkan
beberapa gerakan lain selain contoh yang telah diberikan di atas.
Dokumentasikan langkah-langkah pelaksanaan aktiviti berkenaan dan
simpan sebagai bahan untuk folio.
2. Aktiviti Solfege
Mengikut kaedah Dalcroze, aktiviti mendengar serta memberi respon sponta
terhadap pic-pic rendah dan tinggi adalah signifikan. Pada peringkat awal latihan
pendengaran ( permulaan ), murid di asuh agar membiasakan diri mendengar suara
mereka sendiri dan mengecam apakah yang sedang dilakukan. Contohnya ialah
seperti menyanyi, menjerit dan bersiul dengan suara yang tinggi dan rendah serta
bercakap dan membunyikan vokal.
Contoh pelaksanaan aktiviti:
-
7/28/2019 03 - Tajuk 6 - Aplikasi Pendekatan DALCROZE
4/4
Berdasarkan skor yang tertera di bawah, anda sebagai guru
1. Akan membunyikan satu pic secara humming ( skor la la la ). Melalui skor
pic berkenaan ialah not G dan membunyikannya sehingga sepanjang 2 bar.
2. Membunyikan skel dari C ke C sepanjang 2 bar.
3. Membunyikan skel dari C ke C sepanjang 2 bar juga.
4. Membunyikan not C sepanjang 1 bar diikuti not E sepanjang 1 bar
5. Membunyikan secara menurun dari not G ke not C.