05 MPU3123 Topik 1 dtp edit Jan15 -...

download 05 MPU3123 Topik 1 dtp edit Jan15 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/MPU3123/57882... · ... matlamat dan sumber tamadun; 3. Menganalisis perbezaan dan hubungan

If you can't read please download the document

Transcript of 05 MPU3123 Topik 1 dtp edit Jan15 -...

  • PENGENALAN

    Seorang sarjana bernama Courtland Canby (1980) telah menyenaraikan rentetan tamadun manusia yang bermula sejak 10,000 SM. Ia bermula di Timur Tengah pada zaman Hassuna Ware hingga ke tamadun yang lebih maju seperti tamadun Mesir (Saba dan Samarra), Babylon, Yunan, Romawi, Byzantium dan Parsi, China, India dan Semenanjung Arab. Pembinaan tamadun dan peradaban oleh bangsa dan negara berkenaan berlaku secara evolusi yang didukung oleh para sarjananya yang memiliki keilmuan yang tinggi sehingga dapat menyumbangkan hasil kesarjanaan mereka kepada keperluan bangsa dan negaranya. Sejarah kewujudan manusia di dunia ini juga turut membawa kepada penemuan yang mengagumkan daripada pelbagai hasil man-made yang datangnya daripada sesuatu bangsa. Setiap negara dan bangsa memiliki tamadunnya tersendiri yang berbeza-beza mengikut sumbangan para sarjana mereka. Pembentukan tamadun berasaskan kepada ilmu dan kesarjanaan. Sejarah juga telah membuktikan kepada kita bahawa sewaktu memuncaknya sesuatu tamadun, ia sentiasa diiringi dengan kehadiran begitu ramai para cendekiawan dalam pelbagai bidang kesarjanaan yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan tamadun tersebut.

    TTooppiikk

    11 Pengenalan

    Ilmu

    HASIL PEMBELAJARANPada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan maksud tamadun;

    2. Menghuraikan konsep, ciri, prinsip, matlamat dan sumber tamadun;

    3. Menganalisis perbezaan dan hubungan tamadun dengankebudayaan; dan

    4. Menilai persamaan dan perbezaan antara tamadun.

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU 2

    Tamadun Barat moden yang sedang kita saksikan sekarang merupakan peradaban baru yang begitu dikagumi oleh seluruh penghuni dunia. Ia juga tidak terlepas daripada pembangunan keilmuan dan budaya yang ingin diterapkan oleh tamadun tersebut. Namun malangnya tamadun moden kini, sama ada yang muncul di dunia Barat mahu pun di sebelah Timur, rata-rata tidak bertunjangkan kepada sistem nilai moral dan agama. Akhirnya kita menyaksikan dua aspek yang terpecah dan terpisah, di mana pembangunan material nampaknya begitu hebat pada satu sisi, manakala pada sisi yang lain pembangunan rohaninya kelihatan terabai. Ketidakseimbangan ini menyebabkan sesuatu tamadun yang dimiliki oleh sesebuah bangsa dan negara lambat launnya akan hancur. Peperangan, perbalahan etnik dan agama, ketamakan kuasa politik dan perebutan sumber ekonomi menjadi punca runtuhnya sesebuah tamadun yang telah dibina sekian lama.

    KONSEP TAMADUN

    Perkataan tamadun pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis Kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab. Sesetengah sarjana pula berpendapat Ibn Khaldunlah yang mula-mula memperkenalkan istilah tamadun yang diambil daripada Bahasa Arab. Dari sudut etimologi dalam bahasa Inggeris, tamadun selari dengan perkataan civilisation. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin civitas yang bererti bandar (city ) atau proses urbanisasi, dengan alasan bahawa setiap perubahan bermula di bandar dan ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di bandar. Civilisation juga bermaksud tamadun manusiawi yang merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara. Penggunaan perkataan ini mula digunakan dan terjelma dalam buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi. Mengikut Kamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama pengertiannya dengan perkataan tamadun ialah perkataan peradaban yang membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani). Tamadun secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Istilah tamadun juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi peradabannya. Tokoh Barat (Eropah) seperti Max Weber, Dancy Ribeiro, Arnold Toynbee, Clicve Bell dan David Rodnick (sarjana Sains Kemasyarakatan) melihat konsep tamadun dari perspektif material (kebendaan) semata-mata dengan mengaitkan tamadun dengan kebudayaan, di mana

    1.1

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

    3

    kebudayaan mencakupi aspek bahasa, cara berfikir, agama, adat resam, kepercayaan dan kesenian. Kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran (lihat Rajah 1.1). Pendapat tokoh-tokoh Timur (Islam) seperti Ibn Khaldun, Muhammad al-Bahi, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Beg M. A. J pula mengatakan bahawa tamadun bukan berdasarkan kepada aspek material semata-mata atau akal fikiran sahaja, sebaliknya tamadun perlu berlandaskan kepada aspek kerohanian (agama) iaitu wahyu dan sunnah. Sesuatu bentuk tamadun dan kebudayaan yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis adalah bukan tamadun dan kebudayaan Islam. Menurut mereka, tamadun merupakan kesepaduan pencapaian manusia dalam aspek kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, perundangan dan politik. Tamadun menurut mereka adalah beberapa situasi dan kondisi yang melebihi daripada apa yang ada dalam konteks kemajuan. Dengan itu tamadun membawa makna segala kemajuan dan perkembangan yang mencakupi kegiatan manusia yang meliputi semua aspek kebudayaan, keilmuan dan agama manusia.

    Rajah 1.1: Tamadun Mesir purba dari perspektif material

    Sumber: http://s4g09hhloh-ppc.blogs.smjk.edu.my/category/tamadun-mesir-purba/

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU 4

    CIRI-CIRI TAMADUN

    Dari dekad ke abad, manusia menjadi lebih inovatif dan kreatif untuk menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam persekitaran. Perubahan ini bergantung pada pencapaian keilmuan dan kekuatan rohaniah mereka. Proses pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua aspek ini. Perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan dapat dilihat dalam sebuah negara yang bertamadun. Rajah 1.2 menunjukkan ciri-ciri tamadun yang dapat dilihat dalam sesebuah negara. Setiap ciri tersebut akan diikuti dengan penjelasan dalam subtopik yang seterusnya.

    Rajah 1.2: Ciri-ciri sesebuah tamadun

    1.2

    SEMAK KENDIRI 1.1

    1. Jelaskan perbezaan konsep tamadun dari sudut pandangan JurjiZaidan dan Ibnu Khaldun.

    2. Bagaimanakah anda memahami maksud tamadun dari perspektifBarat dan Timur?

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

    5

    1.2.1 Pertumbuhan, Pembinaan dan Perkembangan Kota (Urbanisasi)

    Ciri utama kelahiran tamadun ialah kehidupan manusia ketika itu yang hidup lebih teratur dan bersistematik. Mereka ingin memastikan bekalan makanan mereka mencukupi dan berterusan. Pada masa ini, manusia menetap di suatu tempat. Mereka memilih persisiran sungai sebagai penempatan kerana lembah sungai yang subur amat sesuai untuk aktiviti pertanian bagi pengeluaran makanan. Selain itu, sungai juga amat kaya dengan sumber bekalan makanan. Manusia juga boleh menggunakan sungai sebagai salah satu jalan pengangkutan. Dengan adanya bekalan air yang mencukupi, ia memainkan peranan yang penting dalam menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan, perikanan dan perdagangan. Daripada perusahaan pertanian mereka berkembang dari segi penanaman, penyimpanan bahan makanan dan penternakan binatang. Masyarakat ketika ini, lebih maju dan berdaya saing dalam mencipta peralatan baru seperti cangkul untuk memudahkan aktiviti pertanian. Mereka juga turut membina empangan dengan menggunakan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan untuk menampung keperluan asas kehidupan. Contohnya, penempatan awal bermula di Mesir sejak tahun 7000 Sebelum Masihi lagi. Kesinambungan daripada berlakunya Revolusi Pertanian, akhirnya membawa kepada kemunculan banyak bandar baru. Antara bandar yang muncul ketika ini ialah Memphis, Dhilkah dan Thebes.

    1.2.2 Pembahagian Kerja secara Kolektif

    Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia, setiap anggota masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu, pengkhususan pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian pekerjaan dan kepakaran menjadi amalan mereka. Kewujudan pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, penternak dan nelayan menjadikan kehidupan masyarakat ketika ini seimbang dan saling bergantungan antara satu sama lain. Barangan atau produk dihasilkan oleh ahli komuniti ini secara tidak langsung membawa kepada proses pertukaran antara barang dengan barang sesama mereka bagi memenuhi tuntutan keperluan seharian. Proses pertukaran barang dengan barang ini dikenali sebagai sistem barter. Ketika itu, penggunaan mata wang masih belum berkembang. Sistem barter inilah yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan yang berlaku pada zaman tersebut. Sebagai contoh, tamadun China mengkhusus dalam pengeluaran kain sutera. Hasil daripada kepelbagaian pengkhususan pekerjaan ini akan

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU 6

    mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun. Kesannya, hubungan dengan tamadun luar akan berlaku dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya antara masyarakat.

    1.2.3 Stratifikasi dan Organisasi Sosial

    Penambahan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang mencakupi pelbagai aspek seperti aspek sosial, ekonomi dan politik. Bermula daripada sebuah keluarga kecil kemudiannya ia menjadi sebuah masyarakat yang kompleks. Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid adalah secara stratifikasi (bersusun lapis). Pemimpin atau raja menggunakan unsur religi (agama) dan magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengiktirafan sebagai pemerintah. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir. Golongan teknokratik menjadi pemimpin diikuti oleh pembesar istana dan seterusnya ahli agama, golongan pendeta dan paling rendah adalah golongan rakyat. Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan dan penghakiman untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa serta harta benda. Contoh kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi.

    1.2.4 Tulisan dan Komunikasi

    Kewujudan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun. Hasilnya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Pada awalnya tulisan dipahat dalam bentuk gambar, simbol atau berbentuk pepaku. Tulisan ini digunakan untuk menceritakan kisah dan peristiwa sesuatu perkara. Lambang bertulis merupakan alat bagi melahirkan idea secara kronologi seperti perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan pada zaman itu. Bahasa amat penting untuk tujuan komunikasi dan penyebaran ilmu pengetahuan dalam sesebuah masyarakat dan juga menjadi medium antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Tulisan pula amat penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan. Oleh sebab itu, bahasa dan tulisan

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

    7

    merupakan instrumen paling penting untuk menyampai, memperkembang serta mencatatkan idea pemikiran manusia. Sistem bahasa dan tulisan adalah alat bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit. Contoh tulisan awal ialah tulisan Heiroglyphic iaitu tulisan orang Mesir Purba yang dipahat dengan cantik, halus dan penuh kesenian pada makam dan batu. Tulisan Cuneiform pula tulisan bergambar yang dipermudahkan dengan bentuk simbol yang ditulis pada kepingan tanah liat oleh masyarakat Mesopotamia untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan. Sistem tulisan berbentuk pepaku pula dihasilkan oleh orang Sumeria. Tulisan Piktograf (huruf berbentuk gambar) pula telah dicipta oleh masyarakat Indus yang masih belum dapat ditafsirkan lagi. Tulisan Histogram merupakan tulisan yang berbentuk simbol terkenal dalam masyarakat Cina.

    1.2.5 Sistem Agama dan Kepercayaan

    Menganuti sesuatu agama adalah fitrah manusia. Manusia memerlukan agama supaya ia mengetahui matlamat hidup agar tidak tersasar daripada destinasi yang ingin ditujuinya. Kehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi merupakan perkara yang dititikberatkan dalam kehidupan bertamadun. Pada awal ketamadunan, masyarakat mengamalkan kepercayaan secara berevolusi bermula daripada naturalisme atau penyembahan alam semula jadi seperti pokok, batu dan sebagainya, berunsur kepada kepercayaan animisme iaitu percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling seperti roh, kemudiannya dinamisme iaitu penyembahan kepada unsur ghaib (supernatural ) seperti matahari, api, angin dan petir yang dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup. Dari semasa ke semasa, secara evolusi kepercayaan bertukar menjadi agama yang menjadi pegangan hidup mereka (lihat Rajah 1.3).

    Rajah 1.3: Evolusi agama dan kepercayaan tamadun awal

    Selain itu, terdapat amalan politeisme iaitu penyembahan banyak Tuhan seperti menyembah dewa-dewi yang dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Mereka mempercayai jika tidak disembah, dewa-dewi ini akan marah dan boleh mendatangkan malapetaka seperti banjir serta kemarau. Amalan Politeisme ini diamalkan ketika zaman tamadun Indus yang mana mereka

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU 8

    menyembah dewi bermuka tiga. Masyarakat tamadun Mesopotamia juga mempunyai kepercayaan bahawa terdapat penyembahan dewa dewi. Ia banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat oleh masyarakat Zeus.

    1.2.6 Penggantian Kehidupan Nomad kepada Kehidupan Moden melalui Kemajuan Sains dan Teknologi

    Penaakulan pemikiran dan keilmuan yang tinggi melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Kreativiti dan peningkatan inovatif dalam penciptaan teknologi dan pembinaan dibuat bertujuan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan manusia. Masyarakat awal adalah golongan nomad yang sentiasa berpindah randah dengan membuka kawasan pertanian dan penternakan baru. Pada zaman itu mereka sudah pandai mencipta peralatan pertanian seperti parang, bajak dan cangkul yang kemudiannya maju setapak dengan mencipta kincir air, roda, kapal, empangan, terusan dan peralatan peperangan. Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah tamadun amat bergantung kepada ketinggian sains dan teknologi. Kehidupan nomadik beralih kepada kehidupan yang lebih moden dengan penciptaan yang lebih hebat seperti robotik, komputer, telefon dan sebagainya.

    1.2.7 Kesenian dan Estetika

    Setiap unsur kesenian memiliki nilai estetika (lihat Rajah 1.4). Nilai estetika merupakan perasaan indah yang dapat dirasakan jauh ke dalam jiwa manusia. Hal ini dapat dilihat dari segi seni lagu, seni tari, seni bina, seni ukir, lukisan, kraf dan sastera. Contohnya, dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan bangsanya iaitu Illiad dan Odyssey. Homer juga banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani. Keindahan seni lukisan Leonardo da Vinci, keindahan seni muzik oleh Mozart dan kelunakan taranum al-Quran adalah contoh kesenian estetika yang melambangkan ketinggian sesebuah tamadun yang dicipta.

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

    9

    Rajah 1.4: Keindahan seni bina masjid kini akan menjadi nilai estetika untuk

    rujukan di tamadun akan datang Sumber: http://www.panoramio.com/photo/31442368

    PRINSIP TAMADUN

    Subtopik ini akan membincangkan prinsip tamadun yang mencakupi pelbagai aspek seperti yang diringkaskan dalam Rajah 1.5. Setiap prinsip tersebut akan dijelaskan lagi dalam perenggan berikutnya.

    1.3

    AKTIVITI 1.1

    Dengan merujuk kepada satu tamadun tertentu dan secara berkumpulan, bincangkan ciri-ciri tamadun yang boleh didapati dan bentangkannya di dalam kelas.

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU 10

    Rajah 1.5: Prinsip tamadun

    (a) SSosioekonomi Sosioekonomi merupakan prinsip paling asas dalam mewujudkan sebuah tamadun. Ini supaya manusia boleh menjalani kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Sosioekonomi menggambarkan bagaimana sesebuah masyarakat melaksanakan aktiviti perekonomian berdasarkan sesuatu etnik dan kaum. Pada asalnya sesuatu kaum melambangkan kegiatan penguasaan perekonomiannya seperti kaum Cina dengan perniagaannya, masyarakat India dengan perladangan estetnya dan kaum Melayu sinonim dengan pertanian. Pendidikan dan keilmuan telah mengubah persepsi ini yang pada zaman pasca modernisme tiada lagi berlaku penguasaan ekonomi berasaskan kaum, sebaliknya semua kaum bebas menjalankan kegiatan perekonomian mengikut kebolehan dan minat mereka. Kebijaksanaan sesuatu kaum dalam menguasai dan memonopolikan perekonomian melambangkan ketinggian keilmuan dan kemahiran dalam mencipta ketamadunan bangsa.

    (b) IInteraksi Manusia dengan Alam Manusia perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk terus hidup. Interaksi dengan alam pula hendaklah dibudayakan secara kolektif. Pembudayaan idea, tenaga, usaha dan pengalaman akan terhasil daripada interaksi antara manusia dengan alam. Bermula dengan memahami dan menerokai alam, manusia dapat mengeluarkan isi alam untuk dimanfaatkan bagi mengisi keperluan kehidupan manusia. Penciptaan peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan hasil mahsul bumi menunjukkan kebijaksanaan manusia dalam menggunakan teknologi yang menjadi salah satu prinsip tamadun.

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

    11

    (c) DDaya Kreativiti Manusia Manusia diberi akal dan pancaindera untuk berfikir serta mencari jalan penyelesaian. Daya cipta manusia yang tinggi melambangkan tamadun sesebuah bangsa. Bangsa Mesir, contohnya, telah membina piramid yang begitu unik sekali yang tidak dapat ditandingi dengan teknologi moden masa kini. Tiada satu bangsa pun di dunia ini yang dapat menandingi ketinggian tamadun mereka yang hebat pada zaman itu.

    (d) PPersaingan Manusia Setiap manusia mempunyai kehendak masing-masing. Manusia perlu berhadapan dengan dua batasan bagi memenuhi kehendaknya, iaitu keupayaan diri sendiri dan batasan sumber yang diperlukan. Ini menyebabkan manusia terpaksa bersaing antara satu sama lain. Dalam persaingan manusia sudah tentunya mereka saling berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu idea dan penciptaan akhirnya memberi manfaat kepada individu lain. Penciptaan dan inovasi baru inilah salah satu prinsip tamadun.

    (e) PPeminjaman Kepakaran Manusia mempunyai keupayaan diri masing-masing dan kemungkinan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, pertukaran kerjasama dan bantuan diperlukan. Perkongsian idea atau kepakaran akan membantu menjimatkan tenaga, jarak dan masa.

    MATLAMAT TAMADUN

    Tamadun mempunyai pelbagai matlamat dan setiap matlamat ini membezakan suatu tamadun dengan tamadun yang lain. Jadual 1.1 menjelaskan beberapa matlamat tamadun dengan lebih terperinci.

    1.4

    SEMAK KENDIRI 1.2

    Apakah perbezaan antara ciri-ciri dan prinsip sesuatu tamadun? Senaraikan.

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU 12

    Jadual 1.1: Matlamat Sesuatu Tamadun

    Matlamat Tamadun Penjelasan

    Ilmu pengetahuan Ilmu merupakan kekuatan ekstrinsik dan intrinsik sesuatu bangsa. Bangsa Yunan yang hidup 2,000 tahun yang lalu sangat cintakan ilmu pengetahuan sehingga daripada kalangan mereka inilah lahirnya ahli falsafah yang terkemuka seperti Plato, Socrates, Hippocratic yang telah mempengaruhi bangsa lain di Eropah dan dunia Arab.

    Pencapaian material Tamadun yang dibangunkan daripada pencapaian kebendaan melalui pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian, perindustrian, perkapalan, penternakan dan sebagainya boleh memberikan kehidupan yang sempurna kepada manusia.

    Pengamalan agama, moral dan akhlak

    Tamadun yang tinggi juga terbina daripada individu yang konsisten mengamalkan agama dan nilai moral serta akhlak. Setiap tamadun menghendaki setiap insan atau bangsa bukan sahaja perlu memiliki agama bahkan diwajibkan untuk melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala tegahan sesuai dengan taraf manusia sebagai khalifah (pemimpin) di dunia ini.

    Kesejahteraan hidup Segala penciptaan terbaru hasil daripada kreativiti dan inovasi sesuatu bangsa telah memberikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia sejagat. Penciptaan komputer dan alat terbaharu, contohnya, memudahkan manusia melakukan tugas dengan cepat dan dapat berkomunikasi tanpa sempadan ruang dan masa.

    SUMBER TAMADUN

    Semua bangsa di dunia ini mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Jadual 1.2 menunjukkan sumber asas sesuatu tamadun.

    1.5

    AKTIVITI 1.2

    Merujuk kepada prinsip dan matlamat tamadun yang telahdibincangkan, berikan contoh sesuai yang diambil dari tamadun tertentu. Bincang dan bentangkan di kelas bersama tutor dan rakan.

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

    13

    Jadual 1.2: Sumber Tamadun

    Sumber Tamadun Penjelasan

    Ilmu Manusia dianugerahkan oleh Tuhan dengan ilmu pengetahuan yang mengangkat darjat ketinggian manusia berbanding dengan makluk-Nya yang lain. Dengan ilmulah manusia membina tamadun dan peradaban melalui pelbagai penciptaan yang sangat maju.

    Pemikiran Tamadun awal manusia seperti tamadun Yunan, Babylonia, Sumero-Assyro-Mesopotamia dan Mesir berkembang seiring dengan perkembangan pemikiran, peradaban, kebudayaan dan pembangunan bangsa mereka. Melalui pemikiran yang tinggi, mereka dapat membina monumen yang dikagumi sehingga hari ini.

    Material Kebendaan ialah asas bagi pembinaan sesebuah negara. Tanpa sumber dan hasil bumi yang ada manusia tidak dapat membangunkan negara. Semakin kaya hasil bumi sesebuah negara, maka semakin tinggi kualiti tamadun yang dicipta.

    Agama Agama dapat membentuk peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat, negara atau bangsa.

    PERBEZAAN DAN HUBUNGAN TAMADUN DENGAN KEBUDAYAAN

    Kebiasaannya tamadun merujuk kepada pembangunan atau perubahan daripada sesuatu yang bersifat tradisional kepada pembangunan yang lebih sempurna. Kebolehan manusia dalam mencipta dan melahirkan sesuatu yang baru juga disebutkan sebagai tamadun. Dengan kata lain, tamadun sering digunakan bagi menunjukkan elite sesuatu masyarakat atau negara. Menurut Kamus Dewan (1970), perkataan tamadun bermaksud kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Dari segi penggunaan, peradaban sinonim dengan tamadun. Beradab bererti bersopan dan hidup diatur oleh hukum dan mempunyai tingkat kebudayaan yang lebih tinggi. Dari segi penguasaan makna, maksud tamadun adalah lebih meluas berbanding peradaban dalam konteks penggunaannya.

    1.6

    Berikan contoh terperinci tamadun yang dibangunkan dengan sumber yang telah dibincangkan.

    SEMAK KENDIRI 1.3

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU 14

    Dalam kehidupan bertamadun, masyarakat manusia dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitarannya (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat daripada dua keadaan berikut: (a) PPengaruh tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh

    budaya. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka kini jauh berbeza dari dahulu. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan pengaruh budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

    (b) TTamadun lebih bersifat universal merentasi sempadan geografi dan

    budaya. Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam. Budaya sesesuatu tamadun biasanya terikat dengan kedudukan geografi.

    PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

    Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari sudut teologi, epistemologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

    1.7

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

    15

    Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan: (a) AAlam sekitar

    Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Namun, dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini, namun tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam sekitar.

    (b) KKeluarga Tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat. Dalam sesebuah keluarga, telah menjadi warisan turun-temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa. Menurut Konfusianisme, kesetiaan dan pertalian yang erat melalui konsep kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati.

    (c) KKomuniti Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai dan norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggotanya. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

    (d) KKerajaan Falsafah tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun silam. Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil. Manakala dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi,

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU 16

    al-Ghazali dan Ibn Khaldun turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun tradisional.

    (e) EEkonomi Dalam tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks Moral Semesta (Moral Universe). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eightfold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep wang, keuntungan, ganjaran dan pasaran sangat dipengaruhi oleh pertimbangan moral. Walau bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.

    (f) PPendidikan Dalam tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat mulia seseorang (character-building) melalui proses pengajaran ilmu. Menyedari akan perkara tersebut, dimensi inner being diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

    (g) KKesihatan Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat yang penting dalam konsep kesihatan tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan. Menurut konsep holistik, mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan dengan melalui proses ini, keharmonian dapat dipulihkan dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya mencapai keseimbangan dalam kehidupannya.

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

    17

    Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

    Perbezaan pendapat mengenai definisi tamaduan antara sarjana Barat dan

    Timur dilihat dari sudut etimologi. Barat lebih memfokuskan kepada maksud kebendaan dengan pembentukan bandar sebagai kayu ukur pemodenan, kemajuan, peradaban dan perubahan, manakala sarjana Timur pula mentakrifkan tamadun dari sudut pandangan kerohanian dengan impak akhlak, moral, keimanan, hidup dalam peraturan dan perundangan syariat di samping tidak menolak aspek materi.

    Dari segi ciri-ciri tamadun, ia mencakupi aspek urbanisasi, sosial, pekerjaan, bahasa, komunikasi, agama dan kepercayaan, sains dan teknologi dan seni estetika sebagai manifestasi kandungan tamadun yang perlu ditunjukkan oleh sesuatu bangsa.

    Interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan ketinggian keilmuan mengisi prinsip tamadun itu sendiri.

    Matlamat tamadun adalah untuk memperlihatkan kehebatan hasil penciptaan manusia dalam pelbagai aspek kebendaan di samping pengamalan terhadap agama bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia.

    SEMAK KENDIRI 1.4

    Melalui aktiviti berkumpulan jelaskan:

    (a) Perbezaan dan hubungan antara peradaban dan tamadun; dan

    (b) Cari persamaan dan perbezaan ciri-ciri tamadun yang dimiliki oleh sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain.

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU 18

    Sumber tamadun diambil daripada ilmu, pemikiran, material dan agama.

    Perbezaan antara tamadun dengan kebudayaan amat ketara jika dilihat dari segi maksud antara dua etimologinya. Tamadun memberi pengaruh yang berkekalan sepanjang zaman, bersifat universal dan merentasi sempadan geografi, manakala kebudayaan lebih bersifat sementara dan sentiasa berubah mengikut perubahan sesuatu kaum.

    Setiap bangsa dan negara memiliki tamadunnya yang tersendiri dan senantiasa dikongsi bersama secara sejagat.

    Animisme

    Dinamisme

    Estetika

    Falsafah

    Kemajuan

    Naturalisme

    Pemodenan

    Peradaban

    Perubahan

    Politeisme

    Sosioekonomi

    Stratifikasi

    Tamadun

    Transformasi

    Urbanisasi

    Bell, C. (1973). Civilization and old friends. Chicago, IL: The University of Chicago

    Press.

    Ibn Khaldun., & Abd. Rahman Ibn Khaldun. (1960). Muqaddimah Ibn Khaldun, Qaherah, Mesir: Dar al-Kutub al-Arabiyah.

    Kamus Dewan. (1991). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohamad Taba. (1994). Pengenalan tamadun Islam, al-Quran dan ideologi masa kini. Bangi, Malaysia: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Muhammad Abdul Jabar Beg. (1980). Islam and Western concept of civilization. Kuala Lumpur, Malaysia: The Universiti of Malaya Press.

  • TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

    19

    Renfew, C. (1972). Before civilization. London, England: The Chaucer Press.

    Ribeiro, D. (1968). The civilization process. Washington, WA: Smithsonian Institution Press.

    Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1977). Islam: Fahaman agama dan asas akhlak. Kuala Lumpur, Malaysia: ABIM