PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... ·...

22
PENGENALAN Firma perbadanan moden yang biasanya memisahkan antara pemilikan dan pengawasan memerlukan tadbir urus korporat yang berkesan untuk melindungi aset-aset firma. Tadbir urus korporat yang merupakan kebimbangan utama pada awalnya didorong oleh semangat ingin melindungi kepentingan pemegang saham daripada dirampas atau diambil oleh pihak pengurusan. Ini adalah kerana pemilik firma (pemegang saham) bukan daripada kalangan mereka yang menguruskan firma. Sebaliknya, ejen yang dilantik (pengurus) untuk menguruskan firma. Oleh itu, wujud keperluan untuk melindungi kepentingan pihak minoriti daripada pemegang saham yang mengawal (controlling shareholders) di mana pemegang saham ini atau pemilik juga terlibat dalam pengurusan seperti yang diamalkan di firma-firma perniagaan keluarga. Kita telah menyaksikan kejatuhan firma korporat berprofil tinggi seperti Barings Bank, Enron, WorldCom, Royal Ahold, Parmalat dan HIH yang semuanya berkait kerana tadbir urus korporat yang kurang berkesan. Semasa krisis kewangan di negara-negara Asia Timur pada tahun 1997 sehingga 1998, tadbir Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mentakrifkan maksud tadbir urus korporat; 2. Menerangkan kepentingan tadbir urus korporat; 3. Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan tadbir urus korporat; dan 4. Membincangkan peranan tadbir urus korporat di sesebuah syarikat dengan pemisahan pemilikan dan pengawasan. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 1 1 Aspek Teori Tadbir Urus Korporat

Transcript of PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... ·...

Page 1: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

PENGENALAN

Firma perbadanan moden yang biasanya memisahkan antara pemilikan dan pengawasan memerlukan tadbir urus korporat yang berkesan untuk melindungi aset-aset firma. Tadbir urus korporat yang merupakan kebimbangan utama pada awalnya didorong oleh semangat ingin melindungi kepentingan pemegang saham daripada dirampas atau diambil oleh pihak pengurusan. Ini adalah kerana pemilik firma (pemegang saham) bukan daripada kalangan mereka yang menguruskan firma. Sebaliknya, ejen yang dilantik (pengurus) untuk menguruskan firma. Oleh itu, wujud keperluan untuk melindungi kepentingan pihak minoriti daripada pemegang saham yang mengawal (controlling shareholders) di mana pemegang saham ini atau pemilik juga terlibat dalam pengurusan seperti yang diamalkan di firma-firma perniagaan keluarga. Kita telah menyaksikan kejatuhan firma korporat berprofil tinggi seperti Barings Bank, Enron, WorldCom, Royal Ahold, Parmalat dan HIH yang semuanya berkait kerana tadbir urus korporat yang kurang berkesan. Semasa krisis kewangan di negara-negara Asia Timur pada tahun 1997 sehingga 1998, tadbir

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mentakrifkan maksud tadbir urus korporat;

2. Menerangkan kepentingan tadbir urus korporat;

3. Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan tadbir urus korporat; dan

4. Membincangkan peranan tadbir urus korporat di sesebuah syarikat dengan pemisahan pemilikan dan pengawasan.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

11 Aspek Teori

Tadbir Urus Korporat

Page 2: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

2

urus korporat yang lemah adalah sebahagian daripada penyebab krisis tersebut. Selepas krisis tersebut, kerajaan di seluruh dunia menumpukan usaha menerapkan amalan tadbir urus korporat yang baik dengan membangunkan kod tadbir urus korporat dan peraturan-peraturan lain bagi memastikan firma-firma awam mempraktikkan amalan terbaik dari aspek ketelusan dan penzahiran, pengawasan dan akauntabiliti, dan struktur lembaga pengarah yang berkesan.

TADBIR URUS KORPORAT – DEFINISI DAN KEPENTINGAN

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan lebih lanjut tentang konsep tadbir urus korporat dan sebab-sebab perlunya ada tadbir urus korporat yang berkesan dalam sesebuah syarikat.

1.1.1 Apakah Tadbir Urus Korporat?

Rajah 1.1: Apakah tadbir urus korporat? Sumber: http://www.planetgeek.ch/2012/03/27/open-source-software-and-medical-

technical-projects/

1.1

Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada keruntuhan atau kemusnahan Barings Bank, Enron, WorldCom, Royal Ahold, Parmalat dan HIH.

AKTIVITI 1.1

Page 3: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

3

Sebelum kita mulakan perbincangan kita, adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan tadbir urus korporat (rujuk Rajah 1.1)? Marilah kita meneruskan perbincangan dengan definisi tadbir urus korporat terlebih dahulu. Pada peringkat awal perkembangan tadbir urus korporat, tumpuan diberikan pada hubungan antara prinsipal (pemegang saham atau pemilik) dan ejen (pengurusan), yang pada dasarnya berkait rapat dengan menguruskan konflik yang mungkin timbul antara para pemegang saham (pelabur luar) dan pengurus (orang dalaman korporat) akibat pengasingan pemilikan dan kawalan firma. Rujuk Jadual 1.1 untuk definisi tadbir urus korporat.

Jadual 1.1: Definisi Tadbir Urus Korporat

Sumber Definisi

Laporan Cadbury (1992)

Menakrifkan tadbir urus korporat sebagai „keseluruhan sistem kawalan yang mengarah dan mengawal sesebuah firma‰. Sehubungan dengan itu, tadbir urus korporat tertumpu pada peranan lembaga pengarah dan peranan pemegang saham yang merupakan pemilik firma dalam menyediakan tadbir urus yang sesuai bagi firma. Lembaga pengarah dianggap sebagai salah satu mekanisme tadbir urus korporat. Mekanisme tadbir urus korporat yang lain adalah pasaran untuk kawalan, juruaudit, undang-undang dan peraturan- peraturan.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) (1999)

OECD mempunyai definisi yang lebih luas tentang prinsipal meliputi pihak-pihak berkepentingan yang lain. Ia ditakrifkan sebagai „... satu set hubungan antara lembaga pengarah firma, pemegang saham dan pihak berkepentingan yang lain. Ia juga menyediakan struktur di mana objektif firma itu ditetapkan, dan cara-cara untuk mencapai objektif dan memantau prestasi ditentukan‰.

Sheilfer dan Vishny (1997)

Memfokuskan pada skop tadbir urus korporat yang melibatkan pihak tertentu yang berkepentingan yang merupakan pembekal kewangan. Tadbir urus korporat ditakrifkan sebagai „... cara-cara di mana pembekal kewangan memastikan diri mereka memperoleh pulangan ke atas pelaburan mereka‰.

Laporan Higgs(2003)

Mengaitkan tadbir urus korporat dengan kebertanggungjawaban korporat yang mengambil kira struktur serta proses lembaga pengarah dalam menguruskan kepentingan pemegang saham.

La Porta et al. (2000)

„Satu set mekanisme di mana pelabur luar melindungi diri mereka daripada rampasan oleh orang dalaman (pengurus dan pemilik)‰.

Page 4: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

4

Di negara-negara Barat, banyak firma-firma yang bercirikan Âpemilikan tersebarÊ di mana saham dipegang oleh ramai pemegang saham dalam kuantiti yang kecil. Walau bagaimanapun, di negara-negara membangun di Asia, firma-firma lebih bercirikan Âpemilikan tertumpuÊ di mana saham dipegang oleh sebilangan kecil pemegang saham dalam kuantiti yang besar. Di dalam firma perniagaan keluarga, pemilik juga boleh menjadi pengurus. Ada perbezaan antara tadbir urus korporat dalam pemilikan tersebar dan pemilikan tertumpu. Dalam pemilikan tertumpu, kebimbangan utama adalah potensi konflik kepentingan antara pemilik dan pemegang saham minoriti. Keputusan yang dibuat mungkin memihak kepada pemilik. Dalam keadaan sebegini, tadbir urus korporat digunakan untuk melindungi pemegang saham minoriti daripada rampasan oleh pemilik. Definisi tadbir urus korporat oleh La Porta et al. (2000) adalah lebih relevan di sini. Di Malaysia, Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (Code) pertama kali dikeluarkan pada bulan Mac 2000. Ia menandakan peristiwa penting dalam reformasi tadbir urus korporat di Malaysia. Kod ini disemak semula pada tahun 2007 (Kod 2007) untuk mengukuhkan peranan dan tanggungjawab lembaga pengarah, jawatankuasa audit dan audit dalaman. Pada tahun 2012, Kod 2007 sekali lagi disemak semula di mana fokus utama adalah pengukuhan struktur dan komposisi lembaga pengarah. Pada masa yang sama, peranan pengarah diiktiraf sebagai fidusiari aktif dan bertanggungjawab. Pengarah memikul tanggungjawab sebagai pengelola dan penjaga yang efektif bagi sesebuah firma. Bukan sahaja pengarah perlu menentukan hala tuju strategik dan menyelia perjalanan perniagaan, tetapi beliau juga perlu memastikan bahawa firma tersebut mematuhi undang-undang dan nilai-nilai etika serta mengekalkan struktur tadbir urus berkesan bagi memastikan pengurusan risiko dan tahap kawalan dalaman yang bersesuaian. Walaupun semakan semula dibuat, Kod 2012 mengekalkan definisi tadbir urus korporat seperti yang dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Tertinggi Kewangan 1999 di mana tadbir urus korporat ditakrifkan sebagai:

„Proses dan struktur yang digunakan untuk mengarah dan mengurus hal ehwal perniagaan ke arah meningkatkan kemakmuran perniagaan dan tanggungjawab korporat dengan objektif utama untuk merealisasikan nilai pemegang saham pada jangka panjang, di samping mengambil kira kepentingan pihak berkepentingan yang lain.‰

Page 5: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

5

Definisi tadbir urus korporat mempunyai kaitan terutamanya dengan kebimbangan tentang interaksi antara pelbagai kumpulan yang boleh dikategorikan kepada kumpulan dalaman dan kumpulan luar dalam membentuk firma untuk mencipta nilai-nilai dalam firma itu sendiri. Kumpulan dalaman adalah orang-orang yang membuat keputusan dan mengambil tindakan, dan kumpulan luaran adalah mereka yang berusaha untuk mempengaruhi dan mengawal keputusan. Pihak pengurusan kebiasaannya dianggap sebagai kumpulan dalaman manakala pemegang saham dianggap sebagai kumpulan luaran. Ahli Lembaga Pengarah boleh terdiri daripada kumpulan dalaman dan/atau luaran. Pihak berkepentingan juga boleh jadi kumpulan dalaman dan/atau luaran. Definisi dalaman dan luaran tidak mudah untuk ditentukan. Seperti dalam kes firma keluarga, ahli keluarga yang terlibat dalam pengurusan biasanya dianggap sebagai orang dalaman (eksekutif) dan eksekutif bukan keluarga dianggap sebagai orang luar. Bagi ahli-ahli lembaga pengarah, ahli-ahli eksekutif biasanya dirujuk sebagai ahli dalaman dan bukan eksekutif dikategorikan sebagai ahli luaran.

1.1.2 Mengapakah Tadbir Urus Korporat Penting?

Mallin (2007) menekankan bahawa tadbir urus korporat adalah penting kerana: (a) Tadbir urus korporat yang baik diiktiraf sebagai ciri penting bagi menarik

pelaburan ke dalam syarikat-syarikat yang berdaya saing dan pasaran kewangan yang cekap. Amalan ini menanamkan keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan syarikat-syarikat dan pasaran kewangan yang akan menarik kemasukan pelaburan asing secara langsung ke dalam sesebuah negara;

(b) Sistem tadbir urus korporat memastikan bahawa sistem kawalan dalaman yang mencukupi dan bersesuaian beroperasi dalam sesebuah syarikat. Ini akan memastikan bahawa syarikat itu diurus dengan baik demi kepentingan para pemegang saham dan pihak berkepentingan yang lain;

(c) Sistem tadbir urus korporat seharusnya akan dapat mengawal pengaruh

mana-mana individu yang terlalu kuat. Kod tadbir urus korporat memastikan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli lembaga pengarah terdiri daripada pengarah bebas dan jawatan yang berasingan diwujudkan untuk ketua eksekutif dan pengerusi lembaga pengarah. Jika penggabungan kedua-dua peranan tersebut (CEO duality) diterima pakai, firma tersebut perlu memasukkan unsur bebas yang kuat dalam lembaga pengarah tersebut; dan

Page 6: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

6

(d) Sistem tadbir urus korporat menitikberatkan hubungan antara pengurusan firma, lembaga pengarah, pemegang saham dan pihak berkepentingan yang lain. Ia menggalakkan ketelusan, pendedahan dan kebertanggungjawaban, yang akan memupuk keyakinan pelabur terhadap pengurusan korporat dan prestasi korporat. Contohnya, pendedahan yang berkaitan dengan urus niaga pihak ketiga dan hubungan keluarga.

Ciri utama dalam tadbir urus korporat adalah membangunkan mekanisme pemantauan yang berkesan untuk melindungi kepentingan pemegang saham dan pihak berkepentingan yang lain. Beberapa contoh mekanisme pemantauan termasuk sistem kawalan yang baik (contohnya audit dalaman, pengurusan risiko dan audit luaran), komposisi serta struktur lembaga pengarah yang kukuh dan jawatankuasa lembaga pengarah yang efektif (jawatankuasa audit, jawatankuasa pencalonan dan jawatankuasa saraan). Dalam Kod 2012, ada lapan prinsip dan 26 cadangan yang berkaitan. Prinsip-prinsip dan cadangan-cadangan tersebut memberi tumpuan pada peletakan asas yang kukuh bagi lembaga pengarah dan jawatankuasa lembaga pengarah supaya mereka menjalankan peranan mereka dengan berkesan, menggalakkan pendedahan yang tepat pada masanya dan seimbang, memelihara integriti pelaporan kewangan, menekankan kepentingan pengurusan risiko dan kawalan dalaman serta menggalakkan penyertaan pemegang saham di dalam mesyuarat agung. Sekarang, kita akan lihat kelapan-lapan prinsip (rujuk Rajah 1.2) dan 26 cadangan yang berkaitan.

Page 7: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

7

Rajah 1.2: Prinsip-prinsip tadbir urus korporat

Sekarang, mari kita bincang prinsip-prinsip tersebut dengan lebih lanjut. (a) Prinsip 1 Mewujudkan Peranan dan Tanggungjawab Yang Jelas (sila

rujuk Jadual 1.2).

Jadual 1.2: Prinsip 1

Cadangan Deskripsi

Cadangan 1.1 Lembaga perlu menyatakan dengan jelas fungsi yang dikhususkan kepada lembaga dan fungsi-fungsi yang diwakilkan kepada pihak pengurusan.

Cadangan 1.2 Lembaga perlu menyatakan dengan jelas peranan serta tanggungjawabnya dalam melaksanakan fungsi fidusiari dan kepimpinan.

Cadangan 1.3 Lembaga harus menjadikan piawaian etika sesuatu yang rasmi melalui kod atau tatakelakuan serta memastikan pematuhannya.

Page 8: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

8

Cadangan 1.4 Lembaga perlu memastikan bahawa strategi firma menggalakkan kemampanan.

Cadangan 1.5 Lembaga hendaklah mempunyai prosedur untuk membenarkan ahli- ahlinya mendapat maklumat dan nasihat.

Cadangan 1.6 Lembaga perlu memastikan ia disokong atau dibantu oleh setiausaha syarikat yang berkelayakan dan berwibawa.

Cadangan 1.7 Lembaga harus menjadikan piagam lembaga pengarah rasmi, mengkaji semula secara berkala dan mewar-warkan piagam tersebut kepada umum.

(b) Prinsip 2 Memantapkan Komposisi (sila rujuk Jadual 1.3).

Jadual 1.3: Prinsip 2

Cadangan Deskripsi

Cadangan 2.1 Lembaga hendaklah menubuhkan jawatankuasa pencalonan eksklusif yang terdiri daripada pengarah bukan eksekutif dan majoriti ahli lain mestilah bebas.

Cadangan 2.2 Jawatankuasa pencalonan harus membangunkan, mengekalkan dan mengkaji semula kriteria yang akan digunakan dalam proses pengambilan pengarah dan penilaian tahunan mereka.

Cadangan 2.3 Lembaga harus menetapkan dasar dan prosedur saraan yang formal dan telus untuk menarik dan mengekalkan pengarah.

(c) Prinsip 3 Mengukuhkan Kebebasan (sila rujuk Jadual 1.4).

Jadual 1.4: Prinsip 3

Cadangan Deskripsi

Cadangan 3.1 Lembaga perlu menjalankan penilaian tahunan ke atas pengarah bebasnya.

Cadangan 3.2 Tempoh seorang pengarah bebas tidak boleh melebihi tempoh kumulatif sembilan tahun. Setelah tamat tempoh sembilan tahun, seorang pengarah bebas boleh terus berkhidmat dalam lembaga pengarah, tertakluk kepada pengarah tersebut diubah sebagai pengarah bukan bebas.

Cadangan 3.3 Lembaga mesti mendapatkan kelulusan pemegang saham sekiranya dia mahu mengekalkan jawatan sebagai pengarah bebas, kriteria itu mengambil kira seseorang yang telah berkhidmat dalam jawatan tersebut selama lebih dari sembilan tahun.

Page 9: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

9

Cadangan 3.4 Jawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif perlu dipegang oleh individu-individu yang berbeza, dan pengerusi hendaklah ahli bukan eksekutif lembaga.

Cadangan 3.5 Majoriti ahli lembaga hendaklah terdiri daripada pengarah bebas sekiranya pengerusi lembaga bukan merupakan seorang pengarah bebas.

(d) Prinsip 4 Memupuk komitmen (sila rujuk Jadual 1.5).

Jadual 1.5: Prinsip 4

Cadangan Deskripsi

Cadangan 4.1 Lembaga harus menggariskan jangkaan terhadap komitmen masa bagi ahli-ahli lembaga serta protokol dalam menerima pengarah baru.

Cadangan 4.2 Lembaga perlu memastikan ahli-ahlinya mempunyai akses kepada program pendidikan berterusan yang bersesuaian.

(e) Prinsip 5 Menjaga Integriti Laporan Kewangan (sila rujuk Jadual 1.6).

Jadual 1.6: Prinsip 5

Cadangan Deskripsi

Cadangan 5.1 Jawatankuasa Audit perlu memastikan penyata kewangan mematuhi piawaian pelaporan kewangan yang diterimapakai.

Cadangan 5.2 Jawatankuasa Audit harus mempunyai dasar dan prosedur dalam menilai kesesuaian dan kebebasan juruaudit luar.

(f) Prinsip 6 Mengakui dan Mengurus Risiko (sila rujuk Jadual 1.7).

Jadual 1.7: Prinsip 6

Cadangan Deskripsi

Cadangan 6.1 Lembaga perlu mewujudkan satu rangka kerja yang kukuh dalam mengurus risiko.

Cadangan 6.2 Lembaga harus mewujudkan satu fungsi audit dalaman yang melapor terus kepada Jawatankuasa Audit.

Page 10: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

10

(g) Prinsip 7 Memastikan Pendedahan yang Tepat pada Masanya dan Berkualiti Tinggi (sila rujuk Jadual 1.8).

Jadual 1.8: Prinsip 7

Cadangan Deskripsi

Cadangan 7.1 Lembaga harus memastikan syarikat mempunyai dasar dan prosedur pendedahan korporat yang sewajarnya.

Cadangan 7.2 Lembaga harus menggalakkan syarikat agar memanfaatkan teknologi maklumat dalam penyebaran maklumat yang berkesan.

(h) Prinsip 8 Memperkukuhkan Hubungan antara Syarikat dan Pemegang

Saham (sila rujuk Jadual 1.9).

Jadual 1.9: Prinsip 8

Cadangan Deskripsi

Cadangan 8.1

Lembaga perlu mengambil langkah-langkah yang berpatutan bagi menggalakkan penyertaan pemegang saham didalam mesyuarat agung.

Cadangan 8.2 Lembaga harus menggalakkan pengundian.

Cadangan 8.3 Lembaga harus menggalakkan komunikasi yang berkesan dan penglibatan proaktif dengan pemegang saham.

1. Apakah yang membentuk tadbir urus korporat yang baik dalam syarikat?

2. Apakah yang membentuk lembaga pengarah yang berkesan?

3. Bagaimanakah pendedahan penuh berkait dengan tadbir urus korporat yang baik?

4. Mengapakah pemilik syarikat perlu memberi perhatian dalam meletakkan mekanisme pemantauan dalam syarikat?

AKTIVITI 1.2

Page 11: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

11

TEORI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN TADBIR URUS KORPORAT

Perkembangan tadbir urus korporat adalah kompleks kerana ia dipengaruhi oleh undang-undang, budaya, struktur dan perbezaan pemilikan di dalam negara tertentu. Sebagai contoh, negara-negara di bawah undang-undang common menerima pakai amalan tadbir urus korporat yang berbeza berbanding dengan negara-negara di bawah undang-undang sivil. Negara-negara di bawah undang-undang common, yang bercirikan perlindungan yang tinggi bagi para pemegang saham, telah membangunkan amalan tadbir urus korporat yang lebih baik berbanding negara-negara di bawah undang-undang sivil yang bercirikan perlindungan yang rendah bagi para pemegang saham. Oleh itu, dalam pelaksanaan tadbir urus korporat, seseorang itu perlu mengambil kira faktor-faktor sebegini. Tidak ada satu struktur tadbir urus korporat yang sesuai bagi semua keadaan. Banyak bidang yang mempengaruhi perkembangan tadbir urus korporat termasuk undang-undang korporat, ekonomi, kewangan, teori organisasi dan sosiologi. Ada beberapa teori yang berkaitan dengan perkembangan tadbir urus korporat. Teori-teori utama adalah teori agensi, ekonomi kos transaksi, teori pengawasan dan teori pihak berkepentingan. Rajah 1.3 menyenaraikan empat teori utama yang dikaitkan dengan perkembangan tadbir urus korporat.

Rajah 1.3: Teori-teori utama dalam perkembangan tadbir urus korporat

Sumber: Mallin (2007, ms. 17)

1.2

Page 12: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

12

Ada juga teori-teori lain yang berkait dengan tugas-tugas lembaga seperti perspektif legalistik, teori kebergantungan sumber, pandangan berasaskan sumber dan teori kekuasaan pengurusan.

1.2.1 Teori Agensi

Teori agensi bersandar pada bidang ekonomi dan kewangan. Teori ini menganggap firma pertalian kontrak sesebuah firma merupakan siri kontrak dalam kalangan pelbagai kumpulan seperti kontrak antara pekerja dan firma. Teori agensi melibatkan hubungan agensi yang melibatkan prinsipal (pemegang saham atau pemilik) dan wakil pengurusan firma (ejen atau pengurus). Teori ini menganggap bahawa kepentingan pengurus tidak semestinya selari dengan kepentingan pemegang saham. Teori agensi menjurus pada bagaimana prinsipal boleh mengurangkan kos agensi yang berkaitan dengan tindakan ejen. Teori ini mengandaikan bahawa pengurus mempunyai maklumat yang asimetri (tidak sama rata) dengan ejen atau pengurus dan orang yang mengambil kesempatan dan pengurus bertindak untuk memaksimumkan kepentingan diri sendiri. Teori ini mengakui ketidaksempurnaan struktur tadbir urus sedia ada dalam melindungi kepentingan dan meredakan kebimbangan pemegang saham. Ia juga merangkumi kesan terjadi akibat konflik kepentingan antara pengurus dan pemegang saham. Teori ini juga menjelaskan pelbagai insentif yang menselarikan antara kepentingan pengurus dengan kepentingan pemegang saham. Antara insentif tersebut adalah struktur lembaga pengarah itu yang boleh dianggap sebagai satu mekanisme yang cekap dan berkesan untuk memantau pengurus firma bagi pihak pemegang saham.

1.2.2 Ekonomi Kos Transaksi

Ekonomi Kos Transaksi (EKT) sering dilihat berkait rapat dengan teori agensi. EKT menganggap firma sebagai salah satu struktur tadbir urus. Saiz firma mempengaruhi kos transaksi. Apabila saiz sesebuah firma itu bertambah, ia perlu mencapai skala ekonomi di mana ia memerlukan lebih banyak modal dan pemegang saham yang lebih ramai. Coase (1937) mengkaji kecekapan firma dalam menjalankan urus niaga dalaman dan bukannya luaran bilamana firma mendapat manfaat ekonomi yang tertentu, sebagai contoh, ia boleh menghasilkan produk pada harga yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, kecekapan untuk mempunyai urus niaga dilakukan secara dalaman hanya boleh digunakan pada tahap tertentu. Tatkala firma itu menjadi semakin besar, urus niaga luaran akan menjadi lebih murah dan dijalankan dengan lebih cekap. Firma itu juga mungkin perlu mendapatkan pembiayaan melalui pasaran luar. Maka, pengasingan antara pemilikan dan kawalan menjadi lebih besar. Kontrak antara prinsipal dan ejen mungkin tidak begitu lengkap dan perlu dikaji semula.

Page 13: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

13

Williamson (1984) berpendapat bahawa mempunyai struktur tadbir urus dan bukannya semata-mata menyelaraskan bahawa insentif boleh mengurangkan kos agensi. Hart (1995) menunjukkan bahawa struktur tadbir urus boleh menjadi mekanisme yang berkesan bagi mengawal bencana moral dan pilihan yang negatif kesan daripada tindakan pengurus.

1.2.3 Teori Pihak Berkepentingan

Teori pihak berkepentingan adalah berkenaan keseimbangan pihak berkepentingan. Ia bertujuan mengelakkan kumpulan-kumpulan tertentu mengambil kesempatan dan apa jua tindakan dilakukan secara perundingan dan kompromi. Persoalan tentang „siapa‰ atau „apa‰ benar-benar diambil kira. Oleh itu, perkara utama adalah untuk menentukan pihak berkepentingan yang paling penting yang berkait dengan kepentingan ekonomi teras firma. Pihak-pihak berkepentingan yang mempunyai minat yang sama biasanya dikelaskan dalam kumpulan yang sama. Pihak-pihak berkepentingan seperti pekerja, pengurusan, orang ramai dan pelanggan biasanya dianggap sebagai pihak berkepentingan utama. Teori ini dianggap sebagai teori agensi yang lazim dengan pelbagai prinsipal. Menurut teori pihak berkepentingan, tugas lembaga pengarah ini adalah memastikan bahawa tanggungjawab sosial korporat merangkumi lebih banyak pihak yang berkepentingan termasuklah pekerja, pengurusan dan masyarakat awam. Kepentingan pihak berkepentingan ini dilindungi melalui penubuhan undang-undang atau peraturan-peraturan tertentu seperti kod amalan terbaik untuk prestasi alam sekitar dan sebagainya.

1.2.4 Teori Pengawasan

Teori pengawasan dibentuk daripada teori organisasi. Ia menjelaskan lembaga pengarah sebagai pengelola yang baik bagi sesebuah firma. Teori ini juga berpendapat pengurus adalah pengelola baik yang bekerja untuk pulangan korporat yang tinggi. Lembaga pengarah bertanggungjawab memastikan pengawasan aset korporat. Pengarah dalaman (pengarah eksekutif) yang mendominasi lembaga adalah lebih berkeupayaan berbanding pengarah luar dari segi menjalankan fungsi strategik syarikat.

Page 14: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

14

1.2.5 Perspektif Legalistik

Perspektif legalistik berasal daripada undang-undang korporat. Ia memberi tumpuan kepada tugas-tugas atau peranan lembaga pengarah sebagai mereka yang bertanggungjawab dalam kepimpinan korporat. Oleh yang demikian, fungsi lembaga adalah melaksanakan tanggung jawab yang dimandatkan secara sah dari segi undang-undang. Lembaga pengarah tidak seharusnya campur tangan dalam operasi harian sesebuah firma itu kerana urusan harian adalah di bawah kendalian Ketua Pegawai Eksekutif firma. Contoh tugasan rasmi undang-undang adalah mewakili kepentingan pemegang saham, memilih dan menggantikan Ketua Pegawai Eksekutif, memberi saranan dan nasihat kepada pengurusan atasan, dan bertindak sebagai mekanisme kawalan dengan memantau keputusan pengurus dan prestasi syarikat.

1.2.6 Teori Kebergantungan Sumber

Teori kebergantungan sumber berasal daripada teori organisasi dan sosiologi. Teori ini mencadangkan bahawa lembaga pengarah mempunyai keupayaan untuk melangkaui sempadan firma. Lembaga pengarah dilihat sebagai alat untuk berinteraksi dengan persekitaran luar dan dengan itu bertindak sebagai mekanisme yang dipilih lantik untuk mencari akses kepada sumber-sumber luar. Lembaga pengarah juga dilihat sebagai pemudah cara dalam penggubalan atau pelaksanaan strategi. Pengarah yang mempunyai hubungan dengan orang luar lebih cenderung memiliki akses pada sumber-sumber luar yang penting dalam memastikan peningkatan prestasi firma.

1.2.7 Pandangan Berasaskan Sumber Firma

Menurut pandangan berasaskan sumber firma, lembaga pengarah adalah sumber dalaman penting untuk kelebihan daya saing. Teori ini mencadangkan bahawa sumber dan pengetahuan lembaga pengarah mungkin penting untuk pertumbuhan jangka panjang strategik dan kelangsungan firma. Ada dua andaian asas teori ini: (a) Sumber diedarkan secara berbeza ke seluruh firma; dan

(b) Firma akan menanggung kos sekiranya sumber yang produktif dipindahkan ke firma lain.

Page 15: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

15

Pandangan berasaskan pengetahuan dan pandangan berasaskan kecekapan firma juga terangkum dalam teori ini. Pengetahuan, kecekapan dan keupayaan semuanya digunakan silih berganti dalam pandangan berasaskan sumber. Keupayaan di sini bermaksud penyelarasan penggunaan sumber supaya dapat bertindak secara cekap apabila firma itu sedang menghadapi masalah dan cabaran. Keupayaan dinamik termasuk pengetahuan atau kecekapan ahli-ahli lembaga serta keupayaan lembaga pengarah untuk mengubah pengetahuan menjadi prestasi tugas yang sebenar.

1.2.8 Teori Kekuasaan Pengurusan

Teori kekuasaan pengurusan menjelaskan lembaga pengarah sebagai fiksyen undang-undang. Lembaga pengarah wujud untuk memenuhi keperluan mandatori semata-mata. Ia dianggap sebagai ciptaan Ketua Pegawai Eksekutif dan tugas lembaga adalah untuk meningkatkan kebajikan Ketua Pegawai Eksekutif. Pemilihan ahli-ahli lembaga biasanya dikawal oleh pihak pengurusan. Dalam keadaan ini, lembaga tidak mempunyai kebebasan. Ia tidak diharapkan untuk melindungi kepentingan pemegang saham.

1. Bezakan antara teori agensi dan teori pengawasan.

2. Bezakan antara teori kebergantungan sumber dan pandangan berasaskan sumber firma.

3. Jelaskan persamaan antara teori agensi dan ekonomi kos transaksi.

AKTIVITI 1.3

Jelaskan apa yang anda faham berkenaan istilah-istilah berikut:

(a) Lembaga pengarah;

(b) Pemilikan tersebar;

(c) Pemilikan tertumpu;

(d) Beza antara undang-undang common dan undang-undang sivil; dan

(e) Jawatankuasa lembaga pengarah.

SEMAK KENDIRI 1.1

Page 16: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

16

PENGASINGAN ANTARA PEMILIKAN DAN KAWALAN

Pengasingan antara kawalan dan pemilikan berlaku dalam keadaan di mana saham tersebar secara meluas atau para pemegang saham tidak terlibat dalam pengurusan firma. Keadaan ini tidak dapat dielakkan dalam sebuah firma awam. Pemegang saham yang memiliki saham dalam firma dikenali sebagai pemilik, manakala pengarah yang menguruskan firma dikatakan mempunyai kawalan terhadap entiti. Rajah 1.4 menunjukkan contoh pengarah menjaga pengurusan firma.

Rajah 1.4: Hanya pengarah yang mempunyai kawalan terhadap entiti

Sumber: http://users.aber.ac.uk/uuk/corpgov.html Berle dan Means (1933) membincangkan konsep kawalan dan pemilikan dalam buku mereka The Modern Corporation and Private Property (Perbadanan Moden dan Harta Persendirian). Menurut Berle dan Means (1933) dan Herman (1981):

„Penyebaran yang lebih besar bagi pemilikan saham akan menyebabkan penurunan dalam kuasa dan kepentingan pemegang saham dalam sesebuah firma‰.

1.3

Page 17: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

17

Ini dikenali sebagai pengasingan pemilikan daripada kawalan. Mereka berhujah bahawa hasil daripada pengasingan pemilikan daripada kawalan, pemegang saham tidak lagi mempunyai kawalan ke atas hala tuju firma dan pengarah diberi kuasa yang lebih luas dalam membangunkan firma (Sheikh & Chatterjee, 1995). Kesannya, akan ada perbezaan kepentingan antara pengurus dan pemilik dalam keadaan tertentu. Menurut Sheikh dan Chatterjee (1995):

Apabila wujud pengasingan antara pemilik dan pengawal di sebuah firma, ada kemungkinan bahawa kepentingan para pemegang saham tidak akan ditangani kerana mereka tidak mempunyai kawalan terhadap perjalanan firma. Dalam erti kata lain, perbezaan itu akan menyebabkan firma tersebut menyimpang dari teori tradisional untuk memaksimumkan keuntungan (Sheikh & Chatterjee, 1995; Monsen & Downs, 1965). Ini adalah kerana pengarah yang juga merupakan pengurus firma mempunyai kawalan dan akan bertindak ke arah memaksimumkan pendapatan seumur hidup mereka sendiri (Sheikh & Chatterjee, 1995). Kawalan, menurut Herman (1981):

Oleh itu, para pengarah mungkin tidak mengambil kira kepentingan para pemegang saham yang sepatutnya menjadi pertimbangan utama mereka. Walaupun pengarah boleh memiliki beberapa saham, pemilikan mereka biasanya hasil daripada jawatan eksekutif mereka dan bukannya berpunca daripada mereka memegang jawatan pengarah (Herman, 1981). Oleh itu, pengarah-pengarah yang mengendalikan perniagaan syarikat itu adalah didorong terutamanya oleh

„Berkait dengan kuasa keupayaan untuk memulakan, mengekang, membatasi atau membatalkan tindakan, sama ada secara langsung atau melalui pengaruh yang dilaksanakan ke atas mereka yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan‰.

„Perbezaan kepentingan antara pemilikan dan kawalan telah mewujudkan pembahagian fungsi-fungsi. Dalam firma, pemegang saham hanya mempunyai kepentingan dalam firma tersebut manakala pengarah mempunyai kuasa ke atas firma. Kedudukan para pemegang saham telah dikurangkan kepada kepentingan undang-undang dan faktual dalam firma.‰

Page 18: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

18

kepentingan diri, yang mungkin tidak bertepatan dengan kepentingan pemilik (Herman, 1981). Selain itu, pengasingan pemilikan daripada kawalan menjadikan pemilik terhad sebagai pihak yang mudah berpuas hati dan bukannya ingin memaksimakan keuntungan (seperti dividen). Ini bermakna pemegang saham akan berpuas hati dengan dividen yang diterima tanpa mengambil bahagian dalam pengurusan firma itu dalam usaha mendapatkan keuntungan maksimum. Apabila pemilik kekurangan kawalan di dalam firma, mereka tidak biasa dengan dasar-dasarnya. Hasilnya, pengurus mungkin (hanya) berusaha untuk mencapai pertumbuhan pendapatan yang stabil dan bukan untuk memaksimumkan keuntungan untuk pemilik (Herman, 1981). Keadaan ini juga dikenali sebagai kepasifan pemegang saham. Jawatankuasa Cohen mengakui bahawa kekurangan penyertaan aktif daripada para pemegang saham adalah disebabkan oleh pengasingan pemilikan daripada kawalan. Tambahan pula, penyebaran modal dalam kalangan semakin ramai pemegang saham yang kecil menjadikan mereka kurang memberi perhatian kepada pelaburan mereka dan mereka berpuas hati dengan dividen yang akan diterima (Jawatankuasa Cohen, 1945). Kedua-dua Jawatankuasa Cohen dan Jawatankuasa Jenkins yang telah ditubuhkan pada tahun 1962 mengesyorkan pendedahan aktiviti firma untuk membetulkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa oleh lembaga pengarah. Pengasingan pemilikan daripada kawalan tidak dapat dielakkan tetapi pengarah tidak harus menyalahgunakan kawalan dan seterusnya, pemegang saham harus dibenarkan untuk memantaunya. Pemantauan ini tertakluk pada tahap tertentu supaya tidak mengganggu kebebasan pengarah untuk melakukan apa yang difikirkan terbaik dalam memelihara kepentingan firma. Ini disokong oleh Jawatankuasa Cohen (1945), dan Lipton dan Rosenblum (1991) yang melihat hubungan antara pengurus dan pemegang saham sebagai cabaran dalam firma awam yang moden dan percaya perlu ada satu sistem di mana kedua-dua pihak boleh bekerjasama ke arah kejayaan firma untuk jangka panjang firma. Pengasingan pemilikan dan kawalan dianggap bermasalah di bawah teori agensi kerana pengurus kekurangan insentif untuk mengendalikan firma sebagaimana dalam keadaan di mana pemilik adalah juga pengurus. Akibatnya pengurus mungkin terlibat dalam isu moral dan membuat pilihan yang negatif. Jensen dan Meckling (1979) berpendapat bahawa pengasingan adalah masalah agensi yang melibatkan kos agensi. Dalam pendekatan agensi, ejen-ejen (pengurus) biasanya mahu memaksimumkan keuntungan peribadi yang berbeza daripada prinsipal (pemegang saham) dan ada kebimbangan dari aspek tingkah laku pengurusan. Skim insentif kemudiannya dibangunkan untuk menyelaraskan objektif

Page 19: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

19

pengurus dengan objektif prinsipal. Skim ini memerlukan tadbir urus korporat untuk memantau dan memberi ganjaran kepada prestasi (sistem saraan). Kos yang ditanggung adalah jumlah kos pemantauan, kos ikatan dan kehilangan residual daripada perbezaan tingkah laku. Kos pemantauan termasuk mempunyai lembaga pengarah, penggunaan juruaudit, penggunaan peraturan-peraturan dan lain-lain. Kos ikatan pula termasuk kekangan dalam membuat keputusan dan tingkah laku oleh pengurusan seperti mempunyai perjanjian „golden parachute‰ dan lain-lain. Kerugian residual dalam kos agensi menunjukkan bahawa kos agensi wujud apabila pengurus tidak boleh memastikan kepentingan pemegang saham dimaksimakan. Sistem saraan, seperti gaji dan bonus eksekutif yang dikaitkan dengan prestasi, adalah insentif yang sedia ada untuk mengurangkan kos agensi. Sistem pembayaran berdasarkan prestasi digunakan untuk menggalakkan eksekutif memaksimumkan usaha ke arah meningkatkan kemewahan pemegang saham. Pemilikan pengurus juga boleh digunakan untuk menyelaraskan kepentingan para pemegang saham dan eksekutif dari perspektif teori agensi. Pemilik pengurusan atau pemilik dalaman adalah eksekutif dan pengarah yang memiliki saham dalam syarikat. Mereka akan mengarahkan semua usaha mereka ke arah memaksimumkan nilai firma. Fama dan Jensen (1983) berpendapat bahawa pemilikan saham yang signifikan di dalam firma mendorong eksekutif yang juga pemilik untuk memastikan strategi beliau selari dengan kepentingan pemilik lain. Kewujudan pasaran bagi kawalan korporat akan memaksa pengurus untuk mengambil tindakan memaksimumkan nilai saham, atau mengambil risiko pengambilalihan, yang menyebabkan mereka hilang pekerjaan. Oleh itu, pengurus tidak cekap akan dikeluarkan melalui proses pengambilalihan. Dalam keadaan ini, pasaran modal boleh digunakan untuk mengurangkan kos agensi kerana prestasi pengurusan tercermin dalam harga saham. Walau bagaimanapun, keberkesanan mekanisme ini bergantung kepada hipotesis pasaran cekap. Jika pasaran tidak cekap, maka hubungan antara prestasi pengurusan dan harga saham tidak kuat. Satu lagi isu adalah harga saham mungkin tidak mencerminkan nilai asas firma kerana faktor-faktor atau berita-berita lain boleh mempengaruhi harga saham.

Page 20: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

20

Tadbir urus korporat diperlukan bagi menangani kos agensi yang berkaitan dengan pengasingan antara pemilikan dengan kawalan.

Mekanisme tadbir urus korporat yang pelbagai seperti mekanisme

pemantauan dan skim insentif digunakan bagi mengurangkan kos agensi. Perkembangan tadbir urus korporat di seluruh dunia dipengaruhi oleh

pelbagai faktor seperti perbezaan undang-undang, budaya, hak milik dan lain-lain struktur.

1. Jelaskan bagaimana konsep pengasingan pemilikan dan kawalan berkait dengan tadbir urus korporat.

2. Jelaskan kos-kos yang akan terlibat apabila terdapat pengasingan antara pemilikan dengan kawalan.

3. Analisa peranan pemilik pengurusan dalam kes syarikat-syarikat awam dalam mengurangkan kos agensi yang berkaitan dengan pemisahan pemilikan dan kawalan.

AKTIVITI 1.4

Jelaskan istilah-istilah berikut:

(a) Bencana moral;

(b) Pilihan negatif;

(c) Hipotesis pasaran cekap;

(d) Golden parachute; and

(e) Pengarah bukan eksekutif.

SEMAK KENDIRI 1.2

Page 21: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

21

Ekonomi kos transaksi

Kepentingan minoriti

Kepimpinan lembaga pengarah

Laporan Cadbury

Laporan Higgs

Lembaga pengarah

Pandangan berasaskan sumber firma

Pemegang saham yang mengawal (Controlling shareholders)

Pemilikan tersebar

Pemilikan tertumpu

Pengasingan pemilikan dan kawalan

Penggabungan peranan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO duality)

Tadbir urus korporat

Teori agensi

Teori kebergantungan sumber

Teori kekuasaan pengurusan

Teori pengawasan

Teori pihak berkepentingan

Berle, A. A., & Means, G. C. (1933). The modern corporation and private

property. New York: Macmillan. Board of Trade. (1945). Report of the Company Law Committee, Cmnd 6659

(Cohen Committee). Coarse, R. H. (1937). The nature of the firm. Economica, IV, 13-16. Davies, A. (2006). Best practice in corporate governance: Building reputation and

sustainable success. England: Gower Publishing Company. Demsetz, H. (1988). Ownership control and the firm. UK: Basil Blackwell Ltd. Fama, E. F., & Jensen, M. C. (1983). Separation of ownership and control. Journal

of Law and Economics, XXVI, 301-325. Hart, O. (1995). Corporate governance: some theory and implications. The

Economic Journal, 105. Herman, E. S. (1981). Corporate control, corporate power. New York: Cambridge

University Press.

Page 22: PENGENALAN - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBCG3103/10040... · Membezakan antara pelbagai teori yang berkaitan dengan ... Ada perbezaan antara tadbir

TOPIK 1 ASPEK TEORI TADBIR URUS KORPORAT

22

Huse, M. (2007). Boards, governance and value creation. New York: Cambridge University Press.

Jensen, M. C., & Meckling, W. H. (1976). Theory of the firm: managerial

behaviour, agency costs and ownership structure. Journal of Financial Economics, 3(4), 305-360.

Lipton, M., & Rosenblum, S. A. (1991). A new system of corporate governance:

The quinquennnial election of directors. The University of Chicago Law Review, 87.

Mallin, C. A. (2007). Corporate governance (2nd Ed.). New York: Oxford

University Press. Monsen, R., & Downs, A. (1965). A Theory of Large Managerial Firms. The

Journal of Political Economy, Vol LXXIII, 221. Saleem Sheikh., & Chatterjee, S. K. (1995). Perspectives on Corporate

Governance, in Dr Saleem Sheikh and Prof William Rees (eds), Corporate Governance & Corporate Control. London: Cavendish Publishing Limited.

Williamson, O. E. (1984). Corporate governance. Yale Law Journal, 93.