07 tajuk 1

17

Click here to load reader

description

modul falsafah

Transcript of 07 tajuk 1

Page 1: 07 tajuk 1

Tajuk 1 SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA

Sinopsis

Perbincangan berkenaan Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia

termasuk Laporan-laporan penting seperti Laporan Cheeseman, Feng-Wu, Razak,

Rahman Talib, Laporan Kabinet,

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan Sejarah Persekolahan di

Malaysia (1.1).

2. Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan (3.4)

3. Menginterpretasikan Sejarah Perkembangan Persekolahan kepada penentuan

hala tuju persekolahan masa kini (1.3)

Kerangka konsep tajuk ini

1

Sejarah perkembangan persekolahan di

Malaysia

Sebelum MerdekaImplikasi sejarah perkembangan persekolahan

Selepas Merdeka

Page 2: 07 tajuk 1

KANDUNGAN

Sebelum anda mula, fikirkan kepentingan pengetahuan sejarah pendidikan di Malaysia.

1.1 Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia

1.1.1 Sebelum Merdeka

Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat tiga sistem pendidikan di Malaysia . Sistem

Pendidikan Melayu, Sistem Pendidikan Cina dan Sistem Pendidikan India. Ketiga-tiga

sistem pendidikan ini berbeza dari segi sukatan pelajaran, isi pelajaran dan cara

pengajaran.

Sekolah Melayu yang didirikan dalam tahun 1891

Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama

Islam dan menghafaz surah-surah Al-Quran. Murid-murid di bawah tunjuk ajar guru-

guru agama (ustaz) di pondok-pondok, surau-surau, madrasah-madrasah atau masjid-

masjid. Selain mempelajari pelajaran agama, murid-murid lelaki juga diajar

pertukangan tangan seperti membina peralatan untuk berkebun, memancing dan

mencari hasil hutan. Murid-murid perempuan pula diajar hal-hal berkaitan memasak

2

Page 3: 07 tajuk 1

dan menjahit. Mulai pertengahan abad ke -19, sekolah-sekolah vernakular Melayu

ditubuhkan. Pada awalnya, sekolah-sekolah vernakular melayu ini ditentang oleh

masyarakat melayu dan guru-guru agama kerana mereka bimbang pihak Inggeris

cuba mengkristiankan anak-anak mereka atau cuba menjadikan anak-anak mereka

sekular. Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah ini mendapat sambutan yang

menggalakkan apabila diperkenalkan pembelajaran akademik pada waktu pagi dan

pelajaran Al-Quran pada sebelah petang. Hasilnya, terdapat peningkatan dari segi

bilangan pelajar. Namun, terdapat pula masalah kekurangan guru-guru terlatih untuk

mengajar di sekolah Melayu. Pihak Inggeris juga telah menubuhkan kelas khas

Melayu di sekolah-sekolah rendah dan menengah Inggeris bagi keperluan anak-anak

dan keluarga elit Melayu seperti anak-anak raja dan bangsawan Melayu. Ini bertujuan

untuk memberi pelajaran kepada anak-anak tersebut supaya mereka dapat menjadi

pegawai-pegawai rendah dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Melayu. Selain itu,

pihak Inggeris juga mendirikan beberapa pusat latihan guru seperti Maktab Perguruan

Sultan Idris, untuk mengatasi masalah kekurangan guru terlatih.

Pendidikan kaum Cina di Malaya bermula seawal 1829. Sekolah-sekolah ini didirikan

dan diurus oleh peniaga-peniaga Cina bertujuan menyediakan pekerja untuk

perniagaan mereka. Kurikulum sekolah Cina sebahagian besarnya berkaitan ajaran

Kung Fu Tze yang mengutamakan etika, nilai murni dan menghormati orang yang

lebih tua. Guru-guru kebanyakannya dari negara Cina. Oleh kerana sekolah-sekolah

ini ditubuhkan oleh peniaga-peniaga, maka bilangannya bertambah dengan cepat.

Pihak Inggeris telah melihat ini sebagai suatu ancaman kepada pemerintahan mereka.

Sekolah-sekolah Tamil pula mula dibuka di kawasan ladang-ladang getah dimana

mubaligh-mubaligh kristian mendirikan sekolah-sekolah Tamil di Pulau Pinang, Melaka

dan Singapura. Kerajaan Inggeris telah menyokong penubuhan sekolah-sekolah

tersebut dengan memberi bantuan kewangan. Sekolah-sekolah ini berorientasikan

negara India dan menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Secara

relatif, sekolah Tamil tidak memiliki nilai sosial dan ekonomi yang tinggi. Matlamat

utama sekolah Tamil adalah untuk menyediakan murid-murid sebagai buruh murah di

estet. Guru-guru tidak terlatih dan merupakan guru sambilan yang terdiri daripada

kerani yang mengajar untuk beberapa jam pada sebelah petang. Kehadiran murid

bermasalah kerana mereka perlu bantu ibu bapa mereka di rumah dan ladang.

Berbanding aliran lain, sekolah Inggeris mendapat layanan istimewa daripada

pemerintah Inggeris. Sekolah-sekolah Inggeris mula diperkenal di Malaya pada tahun

3

Page 4: 07 tajuk 1

1816 dengan terdirinya Penang Free School. Singapore Free School dan Malacca

Free School. Walaupun sekolah-sekolah tersebut dibuka kepada semua tetapi

kebanyakan pelajarnya terdiri daripada kaum Cina. Ini kerana sekolah-sekolah

tersebut terletak di kawasan bandar yang mana penduduknya terdiri daripada kaum

Cina. Pendidikan di peringkat menengah hanya diadakan di sekolah Inggeris kerajaan,

sekolah-sekolah mubaligh dan di sekolah Cina.

Pengajian tinggi bermula dengan penubuhan King Edward VII College of Medicine dan

Raffles College di Singapura. Kedua-dua institusi tersebut kemudiannya disatukan

sebagai University of Malaya di Singapura.

.

Buat interpretasi tentang kewujudan sekolah-sekolah yang berasingan bagi

setiap kumpulan etnik, ialtu Melayu, Cina dan India.

Anda boleh rehat sebentar.

Semasa kependudukan Jepun antara 1942 – 1946, semua jenis sekolah telah

dipaksa tutup kecuali beberapa buah sekolah yang mengajar bahasa Jepun. Apabila

Malayan Union dibentuk pada 1946, Laporan Cheeseman telah diterima bagi

membentuk polisi pendidikan yang baru. Walaubagaimanapun, polisi tersebut tidak

dapat dilaksanakan kerana kerja-kerja pembangunan yang perlu selepas

kependudukan Jepun. Setelah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948,

Laporan Holgate telah mencadangkan saranan-saranan yang terkandung dalam

Laporan Cheeseman diterima dan dilaksanakan. Di sini cadangan untuk menjadikan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah telah ditolak.

Sebelum kemerdekaan dicapai pada 1957, tidak terdapat sebarang kesamaan dalam

aspek peruntukan pendidikan formal di Malaya. Pada 1951, Laporan Barnes telah

diterbitkan. Laporan tersebut menyarankan dua jenis sekolah sahaja yang perlu

diteruskan iaitu sekolah Melayu dan sekolah Inggeris. Laporan tersebut mendapat

bangkangan yang keras daripada komuniti Cina . Ekoran itu, Laporan Fenn-Wu telah

mencadangkan bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-

4

Page 5: 07 tajuk 1

sekolah Cina. Namun, murid-murid perlu mempelajari bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris Hasil percanggahan pendapat dalam cadangan kedua-dua laporan diatas,

suatu jawatankuasa khas dibentuk untuk mencari penyelesaian. Saranan-saranan

yang dibuat oleh jawatankuasa ini telah diterima dan dilaksanakan dibawah Ordinan

Pelajaran pada 1952. Ciri-ciri yang terkandung dalam Ordinan tersebut adalah:

Menyokong pembentukan satu sistem persekolahan kebangsaan

dimana penggunaan bahasa Inggeris diperkenalkan secara beransur-

ansur di sekolah-sekolah Melayu, manakala di sekolah-sekolah aliran

Cina dan Tamil, diperkenalkan penggunaan bahasa Melayu dan

Inggeris.

Mengekalkan sekolah jenis kebangsaan aliran bahasa Inggeris

Membangunkan sekolah-sekolah menengah aliran vokasional.

Malangnya, saranan-saranan di atas tidak dapat dijalankan kerana masalah

kewangan. Pada 1956, Laporan Razak telah mengumumkan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama bahasa Cina, Tamil dan Inggeris

diterima sebagai bahasa pengantar di sekolah sekolah aliran Cina, Tamil dan

Inggeris. Saranan-saranan dalam Laporan Razak adalah:

Pengajaran berorientasikan Malaya dengan memperkenalkan

kandungan sukatan dan jadual waktu persekolahan yang sama di

semua sekolah

Bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) menjadi bahasa pengantar

utama di semua jenis sekolah

Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran

wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah

Mengubah sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan (aliran

bahasa Melayu) dan sekolah jenis kebangsaan (aliran bahasa

Inggeris, Cina dan Tamil)

Membentuk hanya satu jenis sekolah menengah kebangsaan dan

dibuka kepada semua kaum dengan menggunakan kandungan

sukatan yang sama berserta kurikulum yang fleksibel.

Dapatkan bahan-bahan rujukan tentang Laporan-laporan mengenai

Pendidikan dan hasilkan nota ringkas berkenaan rujukan tersebut.

Beberapa program latihan guru telah dirangka. Selain Sultan Idris Training College

yang dibina bagi melatih guru-guru Melayu, terdapat juga Kota Bahru Training

5

Page 6: 07 tajuk 1

College yang didirikan pada 1954. Kerajaan juga telah menghantar guru-guru pelatih

ke Malayan Teachers’ College di Kirby dan Brinsford Lodge di England.

1.1.2. Selepas Merdeka

Pada 1957, semua sekolah rendah di negara ini telah diubah menjadi sekolah

kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Sekolah rendah Melayu telah ditukar

nama kepada sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar. Dewan Bahasa dan Pustaka telah didirikan pada 1956 untuk

menerbitkan buku-buku teks sekolah dan buku-buku rujukan dalam bahasa

kebangsaan. Institut Bahasa telah didirikan pada 1958 untuk melatih guru pakar

bahasa Melayu.

Pada masa yang sama, sekolah menengah Inggeris dan Cina telah diubah menjadi

sekolah menengah jenis kebangsaan. Bahasa pengantar bagi sekolah-sekolah

tersebut adalah bahasa Inggeris. Bahasa ibunda diajar sebagai satu mata pelajaran.

Bahasa kebangsaan adalah mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah berkenaan.

Hasilnya, sekolah-sekolah tersebut mendapat status sekolah kerajaan atau bantuan

kerajaan.

Era selepas kemerdekaan telah menyaksikan dua peringkat perkembangan sekolah

kebangsaan. Peringkat pertama ialah dengan terlaksananya Laporan Razak..

Peringkat kedua pula ialah dengan terbentuknya Laporan Rahman Talib yang

merupakan semakan Laporan Razak. ( Rujuk Jadual 1.)

Laporan Razak (1956) Laporan Rahman Talib (1960)

Sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah

Umur persekolahan sehingga usia 16 tahunKenaikan darjah secara automatik hingga tingkatan 3

Penubuhan pusat latihan guru Penubuhan sekolah menengah lanjutan bagi murid-murid yang gagal Peperiksaan masuk sekolah menengah/mendapat tempat di sekolah menengah akademik

Menerbitkan buku teks yang seragam bagi semua sekolah kebangsaan

Peperiksaan awam hanya menggunakan bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris) sahaja

Bahasa kebangsaan dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah

Bantuan kewangan diberi kepada sekolah-sekolah aliran Melayu dan Inggeris sahaja

Semua sekolah kebangsaan dan Pendidikan secara percuma bagi sekolah

6

Page 7: 07 tajuk 1

sekolah jenis kebangsaan perlu menyediakan tempat untuk belajar kepada semua

kebangsaan (menengah/rendah) Sekolah menengah teknik dan vokasional didirikan bagi melatih murid-murid dalam bidang teknik

Jadual 1: Laporan Razak dan Rahman Talib

Sistem pendidikan menengah rendah yang menyeluruh dikenali sebagai sistem aneka

jurusan telah diperkenalkan pada 1965. Pendidikan teknik dan vokasional pula telah

mengalami perkembangan yang pesat dengan penubuhan Bahagia Teknik dan

Vokasional pada 1964. Pada 1970, berlaku proses secara berperingkat untuk

mengubah semua sekolah jenis kebangsaan aliran Inggeris menjadi sekolah

kebangsaan. Sebagai permulaan, lima mata pelajaran di darjah satu hingga tiga diajar

dengan menggunakan bahasa Melayu.( Rujuk Jadual 2).

1963 – 1965

Sekolah Lanjutan untuk murid yang gagal peperiksaan persekolahan biasa didirikan.

Penekanan diberi terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan pada semua tahap persekolahan.

Sistem Pendidikan Aneka Jurusan diperkenalkan pada tahun 1965.

Kenaikan secara automatik dari sekolah rendah ke sekolah menengah.1966 – 1970

Usaha memupuk integrasi kaum.

Memperbaiki ketidakseimbangan pendidikan antara kawasan luar bandar dan bandar.

Meningkatkan lagi kemudahan latihan pendidikan.

Menghasilkan guru-guru terlatih yang mencukupi.

Sekolah menengah teknik dan vokasional didirikan untuk menyediakan peluang kepada murid-murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang vokasional.

1971 – 1975Menyemai perpaduan nasional selepas tragedi 13 Mei

Reformasi Pendidikan diperkenalkan bagi tujuan menyemai perpaduan antara kaum.

Keperluan terhadap pekerja mahir di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Membanteras kemiskinan

Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan pelbagai kaum

7

Page 8: 07 tajuk 1

Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi kaum bumiputera.

Menghormati dan mengamalkan Rukun Negara:Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan

Reformasi latihan Perguruan di Malaysia Jadual 2: Sistem Pendidikan Malaysia Selepas Merdeka

Bermula dari 1970, bahasa pengantar di sekolah-sekolah telah diubah secara

berperingkat-peringkat. Sehingga 1983 bahasa Melayu telah menjadi bahasa

pengantar pada semua peringkat pengajian. Sekarang, bahasa Melayu telah menjadi

bahasa pengantar bagi semua sekolah kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib

di sekolah aliran Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua. Pada

1980, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dikendalikan dalam bahasa Melayu sahaja.

Mulai tahun 1970, bahasa Inggeris semakin kurang digunakan sebagai bahasa

pengantar dalam program latihan guru sekolah rendah.

Pentadbiran sistem Pendidikan telah dikembangkan dan dikemas kini bagi

membolehkan kerajaan melaksanakan strategi serampang dua mata Dasar Ekonomi

Baru di mana bidang pendidikan menjadi wahananya. Pusat Perkembangan Kurikulum

telah didirikan pada 1973 berperanan untuk menilai, mengkaji dan membentuk

kurikulum sekolah agar selari dengan matlamat negara.

Pada tahun 1975, Jawatankuasa Kabinet telah dibentuk bagi mengkaji sistem

pendidikan negara agar ia selari dengan objektif negara iaitu untuk membentuk

masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan berketrampilan. Cadangan-cadangan

utama Jawatankuasa tersebut:

Penekanan terhadap penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis

dan mengira

Penekanan terhadap pendidikan kerohanian dan unsur-unsur disiplin lain yang

diperlukan

Penekanan terhadap kurikulum mengikut acuan Malaysia

Menyediakan dua peringkat pendidikan menengah iaitu bersifat akademik, dan

vokasional

Peluang belajar ditingkatkan daripada 9 tahun ke 11 tahun

8

Page 9: 07 tajuk 1

Pengurusan pendidikan yang dirangka khusus bagi memajukan tahap kualiti

keseluruhan pendidikan

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menetapkan pelaksanaan program Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) pada 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989.

Pada tahun-tahun 1990-an, Pendidikan Prasekolah telah dilaksanakan. Kebanyakan

kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun memasuki tadika sebelum mereka

memasuki sekolah rendah. Selepas tahun 1988, KBSR telah disemak.Didapati

terdapat beberapa kelemahan yang perlu dikemaskini agar dapat menghadapi

cabaran-cabaran Wawasan 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 90-an. Hasilnya

kurikulum ini telah diubah menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang

mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Wawasan 2020.

Perubahan yang ketara dalam KBSR adalah mengintegrasi nilai-nilai murni semasa

proses pengajaran dan pembelajaran, penguasaan dan pengaplikasi kemahiran-

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, menyusun semula kemahiran-kemahiran

belajar bermula daripada yang asas kepada yang lebih kompleks mengikut tajuk

pelajaran, menyemak semula sukatan setiap mata pelajaran, mengintegrasi

penyelesaian masalah matematik dan perniagaan ke dalam pelbagai topik, dan

memisahkan mata pelajaran Alam dan Manusia menjadi dua mata pelajaran

berasingan iaitu Sains dan Kajian Tempatan.

Buat penulisan reflektif tentang mengapa Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah Cina dan Tamil.

Mulai tahun 1990, Sistem Pendidikan Malaysia dapat dirumuskan kepada dua

peringkat, peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan peringkat pengajian tinggi

(Universiti, institut dan kolej). Kanak-kanak mula bersekolah pada umur 7 tahun

(Tahun 1) selama enam tahun sehingga mereka berumur 12 tahun. Bahasa

pengantarnya boleh jadi dalam bahasa Melayu atau bahasa Cina atau bahasa Tamil

berdasarkan jenis sekolah. Semua sekolah tersebut menggunakan kurikulum yang

sama. Murid-murid akan dinilai pencapaian mereka melalui ujian penilaian sekolah

rendah (UPSR) sebelum dinaikkan ke peringkat pendidikan menengah. Bagi murid-

9

Page 10: 07 tajuk 1

murid dari sekolah Cina dan Tamil, mereka dikehendaki memasuki Kelas Peralihan

selama setahun untuk menguasai bahasa Melayu sebelum memasuki tingkatan 1.

Murid-murid tersebut akan dinaikkan ke tingkatan 1 secara automatik sekiranya

mereka lulus kertas Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan pada peringkat UPSR.

Pada peringkat sekolah menengah, semua mata pelajaran akan diajar dalam bahasa

Melayu kecuali bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda. Pada

penghujung Tingkatan 3, mereka akan menduduki peperiksaan menengah rendah

(PMR). Jika mereka gagal, mereka ini perlu mengulang semula Tingkatan 3. Jika

lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran, mereka meneruskan pengajian ke

Tingkatan 4 selama 2 tahun. Pada akhir tempoh ini, mereka akan menduduki

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Murid-murid yang menunjukkan prestasi baik dibenarkan menyambung pelajaran

mereka ke Tingkatan 6 rendah atau ke institusi pengajian tinggi lain.Pada akhir

tingkatan 6 atas, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan

Malaysia. Bagi yang layak, mereka boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke

universiti, kolej atau institut pengajian tinggi tertentu. Kini terdapat banyak institisi

seperti ini, sama ada awam atau swasta.

Bincangkan hala tuju murid-murid yang tamat persekolahan mereka pada masa kini.

Pada masa sekarang, perkembangan pendidikan sekolah rendah, menengah dan

pengajian tinggi telah berlaku dengan intensif. Dalam perkembangan pendidikan

rendah, sains diajar dalam Tahun 1. Pada peringkat menengah, kenaikan secara

automatik ke tingkatan 4 dari tingkatan 3 telah berlaku.

Pembelajaran Terbuka telah mula diperkenalkan bagi membolehkan para pelajar

belajar mengikut masa, tempat dan kadar yang sesuai serta bersesuaian dengan

kelayakan mereka. Penekanan dibuat kearas ini bagi memberi peluang kepada

mereka yabg mempunyai masalah dari segi geografi, masalah peribadi atau kerja,

atau masalah mengikuti struktur kursus yang konservatif. Pada masa yang sama,

Pendidikan Jarak Jauh juga diperkenalkan dimana penggunaan teknologi

dimanfaatkan.

10

Page 11: 07 tajuk 1

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang bagaimana

guru boleh menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

TMK.

1.2 Implikasi sejarah perkembangan persekolahan kepada penentuan hala tuju persekolahan masa kini

Sebagai rumusan, perkembangan persekolahan di Malaysia telah membawa kita

kepada situasi sekarang:

Pada era sebelum merdeka, setiap kumpulan etnik mempunyai tujuan, model,

kurikulum, buku teks, dan guru serta sistem pendidikan tersendiri.

Kebanyakan sekolah Melayu terletak di kawasan luar bandar, sekolah Cina di

bandar dan sekolah Tamil di ladang getah.

Pihak Inggeris memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina dan

Inggeris sahaja.

Selepas mencapai kemerdekaan, beberapa jawatankuasa telah dibentuk

untuk membina dan menyelaras pendidikan formal di Malaya.

Penyata Razak menjadi tonggak dan dasar pendidikan kebangsaan.

Laporan Rahman Talib menyemak dan mengemaskini Penyata Razak.

Berdasarkan Penyata Rahman Talib, semua sekolah umum diubah menjadi

Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan

Sekolah umum menjadi Sekolah Kebangsaan dengan bahasa Melayu menjadi

bahasa pengantar

Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk menyemak semula sistem

pendidikan negara agar bersesuaian dengan matlamat negara untuk

membentuk masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan berketrampilan

tinggi.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Menengah telah diperkenalkan

Akta Pendidikan 1961 telah diganti dengan Akta Pendidikan 1996.

Untuk menghadapi era globalisasi, Pendidikan Terbuka, Pendidikan Jarak

Jauh, TMK dan Sekolah Bestari diperkenalkan.

11

Page 12: 07 tajuk 1

TUGASAN TERARAH

Dengan merujuk daripada bahan buku dan internet, jelaskan bagaimana laporan-

laporan pendidikan telah mempengaruhi sistem pendidikan masa kini di Malaysia.

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah

dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN

Amir Hassan Dawi, 1999. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tg. Malim. Quantum Books.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Perangkaqan Pendidikan/ Educational Statistics. Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan. K.L.

LAMAN WEBwww.en.wikipedia.org/wiki/education

12

Page 13: 07 tajuk 1

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

13