08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

24
BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu Tajuk 4 Refleksi: Pemikiran dalam Linguistik 4.1 Edward Sapir 4.2 Leonard Bloomfield 4.3 Ferdinand de Saussure Sinopsis Tajuk satu ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Hasil Pembelajaran (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh linguistik mengikut zaman (ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh- tokoh linguistik Kerangka Tajuk: 4.1 Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk Language (1881) 4.2 Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori Behaviourisme 1

Transcript of 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

Page 1: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 4 Refleksi: Pemikiran dalam Linguistik

4.1 Edward Sapir4.2 Leonard Bloomfield4.3 Ferdinand de Saussure

Sinopsis

Tajuk satu ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu

pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure.

Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada

perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

Hasil Pembelajaran

(i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh linguistik mengikut zaman

(ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa

sejak zaman awal hingga zaman moden

(iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

Kerangka Tajuk:

4.1 Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya bertajuk

Language (1881)

4.2 Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori Behaviourisme

4.3 Hasil pemikiran Ferdinand de Saussure telah melayakkan beliau diberikan

jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”

1.1 Pemikiran Edward Sapir dalam Bidang Linguistik

Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan

antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan

bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.

1

Page 2: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains.

Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur

yang menentukan sturktur pemikiran manusia.

Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat

arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk

Language berbeza dengan Bloomfield kerana manmggunakan pendekatan

antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.

Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan

sentiasa berubah.

1.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik

Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme

yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa.

Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang

boleh mengeluarkan segalaa unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu

tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya ransangan.

Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada

adanya ransangan atau stimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai

gerak balas atau respons terhadap ransangan itu.

Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia.

Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan

yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan

dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular ialah Language

(1933).

1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik

Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu

linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ telah

terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalaam

bidang bahasa secara moden.

2

Page 3: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang

mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari

sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik

sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis

mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-

perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’

dan ‘parole’. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-

ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.

Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku

bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau

ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan

menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang

kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Aktiviti:

1. Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan

Bloomfield.

2. Huraikan secara ringkas dengan menggunakan ayat sendiri tentang

sumbangan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran

bahasa.

3

Page 4: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Tajuk 5 Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik

5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Sinopsis

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu

linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang

berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai

berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian

orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada

abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti

dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

Hasil Pembelajaran

i. Mengetahui sejarah perkembangan linguistik Zaman Yunani, Zaman Iskandariah,

Zaman Rom

ii. Meneliti sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan

iii. Membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman moden

Kerangka Tajuk

5.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang

pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu

tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini

merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan

dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan

4

Page 5: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang

bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah

merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan

kekuatan masyarakat ketika itu

Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman

Yunani ialah Plato dan Arsistotle. Plato merupakan orang pertama yang menyelidik

tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato

telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja

sebagai penerangan kepada perbuatan. Perbincangan tentang bahasa terdapat dalam

bukunya Cratylus. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 –

322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa,

iaitu kata penghubung. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui

tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani.

Ringkasnya dalam bidang falsafah Yunani, sarjana-sarjana Stoik dikatakan

paling banyak memberikan perhatian kepada bahasa. Satu perbezaan ketara yang

pernah mereka lakukan ialah pebezaan antara bentuk dan makna. Usaha mereka ini

telah menjadikan bahasa Yunani sebagai satu bahasa yang kuat dan unggul.

Tanggapan tinggi mereka terhadap bahasa menjadikaqn mereka mematuhi,

menghormati dan mentaati semua system bahasa mereka. Tahukan anda bahawa

kesan daripada fenomena ini, mereka menganggap bahasa itu mereka sudah

sempurna dan tidak perlu diperbaik dan diubah-ubah.

Secara umumnya, anda mendapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era

Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka

lebih bercorak logik bukannya bersifat saintifik. Perkembangan ilmu linguistik pada

masa itu telah membawa kepada beberapa persoalan dan menjadi isu perdebatan ahli

falsafah pada masa itu. Kelompok cendekiawan ini berselisih pendapat berkenaan asa

usul perkataan sama ada bersifat semula jadi atau konvensyen. Kelompok ini dinelai

sebagai golongan analogis dan anomalis.

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik

zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini

5

Page 6: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani,

Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesuasteraan dan linguistik tamadun

Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu

pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan

kepada adverb, patisipal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut

memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang

terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman

Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani

runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat

kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih

kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin.

Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa.

Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka

menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

5.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman

pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa

mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman

ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu

bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil

tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal

kepada fungsi kesuasateraan.

Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan

logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan

zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga

dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa

Inggeris.

6

Page 7: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada

zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia.

Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir

pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada

pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya

perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta

terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India.

Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar

kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris

kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik,

morfologi dan sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah

kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji

bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal

daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir

semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga

hampir sama.

5.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada

linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan

wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa

berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu

bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa

bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang

sama.

Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun

bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan

bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan

7

Page 8: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

dan bahasa berfleksi. Hokum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hokum R-G-L

dan R-D-L.

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat

sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu

bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik

huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan

diakronis. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka

dan satu fenomena sosial.

Aktiviti:

Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak

sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda

faham apa yang dibincangkan.

Tajuk 6 Struktur Linguistik 6.1 Fonologi dan Fonetik

6.2 Morfologi 6.3 Sintaksis

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan sistem bunyi dalam bahasa Melayu. Antara bidang yang

menjadi keperluan dalam perbincangan ini ialah fonologi dan fonetik, morfologi, dan

sintaksis.

Hasil Pembelajaran

i. Menyatakan konsep aspek-aspek penting dalam bidang fonologi dan

fonetik seperti bunyi, fonem serta bentuk vokal dan konsonan.

ii. Membincangkan bidang morfologi yang merangkumi bentuk dan proses

pembentukan kata.

8

Page 9: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

iii. Menjelaskan aspek-aspek penting dalam bidang sintaksis terutama pola

ayat dasar dan jenis ayat bahasa Melayu.

Kerangka Tajuk

6.1 Fonologi dan Fonetik

Bidang fonologi ialah ilmu yang meneliti bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya

dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun mengikut sistem yang terbahagi

kepada dua cabang, iaitu fonetik dan fonemik.

Fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan

memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Hanya bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk

tujuan pertuturan sahaja yang dikaji. Bidang ini meneliti tiga cabang, iaitu fonetik

pendengaran, fonetik akustik dan fonetik artikulasi. Fonetik pendengaran (auditori)

mengkaji pendengaran dan persepsi bunyi bahasa. Fonetik akustik pula meneliti sifat

fizikal bunyi bahasa (fonetik fizikal) manakala fonetik artikulasi mengkaji fungsi alat

artikulasi yang terlibat dalam proses penghasilan sesuatu bunyi bahasa.

6.1.1 Bunyi bahasa

Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk pertuturan. Dalam

pertuturan, manusia cuba menghasilkan bunyi yang bermakna. Bunyi yang dikeluarkan

dalam bentuk ujaran itu berterusan atau berentetan. Bagaimanapun, untuk tujuan kajian

bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi unti-unit kecil yang

dipanggil bunyi penggalan (fon) seperti bunyi-bunyi [p], [w] dan [a].

Bunyi-bunyi lain yang tidak bersifat penggalan digolongkan sebagai bunyi-bunyi

suprapenggalan termasuk unsur kepanjangan (harakat) yang membezakan maksud

perkataan bagi beberapa bahasa di dunia contohnya bahasa Inggeris, bahasa Arab,

Mandarin dan sebagainya. Perkataan [sit] vokal i pendek berbeza dengan [si:t] yang

memanjangkan bunyi vokal i dan ditandai dengan lambang dua titik [:].

6.1.2 Fonem

Istilah fonem merujuk suatu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan

huraian sistem bunyi sesuatu bahasa secara khusus (fonemik). Bagi tujuan analisis,

bunyi-bunyi bahasa yang terhasil dipenggal-penggal, diberi lambang dan dibahagikan

kepada golongan fonem atas dasar ciri-ciri fonetiknya. Dua bunyi tergolong ke dalam dua

9

Page 10: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

fonem jika berlawanan makna dalam persekitaran yang sama misalnya [parang] dan

[barang] merupakan pasangan yang sama kecuali antara bunyi [p] dan [b]. Oleh sebab

kehadiran dua bunyi tersebut membawa perbezaan makna, bunyi [p] dan [b] dianggap

dua fonem yang berasingan.

Penggunaan kurungan perlu difahami, iaitu kurungan jenis [ ] digunakan bagi

menggambarkan sesuatu bunyi, misalnya [p] dalam [parang] dan [b] dalam [barang]. Jika

telah dapat dipastikan [p] dan [b] mewakili dua fonem yang berasingan, maka jenis

kurungan yang digunakan ialah /p/ dan /b/. Kurungan / / digunakan untuk menunjukkan

status fonem.

Selanjutnya, perlu diingat bahawa ada fonem yang mempunyai anggota-anggota

lain yang ciri fonetiknya sama tetapi berbeza dari segi kehadirannya dalam perkataan.

Misalnya, fonem /p/ seringkali terhasil sebagai bunyi letupan yang sempurna letupannya

seperti dalam perkataan [pagi] dan [apa], iaitu p pada awal dan tengah perkataan.

Sebaliknya, apabila [p] hadir pada akhir perkataan contohnya [atap], bunyi letupan telah

tidak disempurnakan.

6.1.3 Bunyi-bunyi Vokal

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang semasa

menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan

rongga mulut tanpa mendapat sebarang sekatan atau geseran. Hal ini bermaksud, bunyi-

bunyi vokal mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. bersuara

ii. udara keluar dari paru-paru berterusan, dan

iii. udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu, iaitu:

i. keadaan bibir, iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan,

ii. bahagian lidah yang terlibat, iaitu sama ada bahagian hadapan atau

belakang,

iii. turun naik lidah, iaitu sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, sedikit atau

diturunkan,

iv. kedudukan lelangit lembut, iaitu sama ada dinaikkan dan udara dari paru-

paru keluar melalui rongga mulut sahaja (mengeluarkan bunyi-bunyi vokal

atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru

10

Page 11: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

keluar dari rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi

vokal sengau), dan

v. keadaan glotis, iaitu glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-

paru, pita suara bergetar.

Bunyi-bunyi vokal juga merangkumi bunyi separuh vokal, diftong (gabungan bunyi dua

vokal [ai], [au], dan [oi]) serta vokal rangkap (vokal yang mewakili suku kata seperti [a/ir]

[bu/ih], [ku/ah] dan sebagainya.

6.1.4 Bunyi-bunyi Konsonan

Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal sama ada

bersuara atau tidak bersuara yang ketika dihasilkan udara dari paru-paru menerima

sekatan atau geseran yang terjadi di dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga

hidung. Ciri-ciri bunyi konsonan seperti yang berikut:

i. wujudnya konsonan yang bersuara dan tidak bersuara, bergantung pada

pita suara sama ada digetarkan atau tidak,

ii. arus udara yang keluar dari paru-paru sama ada menerima sekatan atau

geseran,

iii. ketika menghasilkannya, berlaku sekatan atau geseran di dalam rongga

tekak atau rongga mulut akibat sentuhan antara alat artikulasi dengan

daerah artikulasi, dan

iv. kewujudan konsonan sengau dan konsonan tidak sengau bergantung pada

keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.

Sebagaimana vokal, penghasilan bunyi-bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa

faktor seperti yang berikut:

i. keadaan glotis, iaitu sama ada glotis dirapatkan dan pita suara bergetar

ketika arus udara keluar dari paru-paru, menghasilkan bunyi bersuara atau

glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, mengeluarkan bunyi

tidak bersuara. Harus diteliti jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak

bergetar semasa arus udara dari paru-paru melaluinya, bunyi yang terhasil

ialah bisikan;

ii. keadaan lelangit lembut yang boleh dinaikturunkan. Sekiranya lelangit

lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-

bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat

keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau (nasal);

11

Page 12: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

iii. cara arus udara keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai

kategori bunyi konsonan, iaitu konsonan letupan, letusan, geseran,

sengauan, sisian,getaran, dan separuh vokal; dan

iv. sentuhan antara alat artikulasi dan daerah artikulasi yang akan

menghasilkan pelbagai bunyi konsonan antaranya konsonan dua bibir,

konsonan bibir-gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi-

lelangit keras, konsonan lelangit lembut, dan konsonan anak tekak.

6.2 Morfologi

Bidang morfologi ialah ilmu bahasa yang meneliti struktur kata, bentuk kata, dan

penggolongan kata. Struktur kata merujuk susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang

(dalam tulisan) yang menjadi unit menjadi unit bahasa yang bermakna. Dua contoh

struktur kata ialah kita dan kekitaan. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa

sama ada berbentuk tunggal, contohnya rumah, atau yang dihasilkan melalui beberapa

proses pembentukan kata seperti proses pengimbuhan (yang menghasilkan kata terbitan,

perumahan), pemajmukan (yang menghasilkan kata majmuk rumah tangga) dan

penggandaan (rumah-rumah). Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan

perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi

dengan perkataan lain dalam golongan yang sama. Umpamanya, menggolongkan

perkataan ke dalam golongan kata nama, kata kerja dan sebagainya.

6.2.1 Bentuk Kata

Tatabahasa Dewan telah menentukan empat bentuk kata dalam bahasa Melayu,

iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.

6.2.1.1Kata Tunggal

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak

melalui proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, pemajmukan, atau

penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal

satu suku kata (ekasuku) dan kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih.

Umpamanya, perkataan roh, wang, dan yu merupakan perkataan yang terdiri daripada

satu suku kata manakala perkataan ambil, dagu, cahaya, singgahsana, universiti, dan

maharajalela terdiri daripada dua hingga enam suku kata.

Kata akronim juga termasuk ke dalam bentuk kata tunggal. Akronim bermaksud

singkatan yang terbentuk daripada penggabungan huruf awal suku kata misalnya ABIM

12

Page 13: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

(Angkatan Belia Islam Malaysia) atau gabungan huruf awal dan suku kata pertama

daripada satu rangkai kata dan ditulis serta disebut sebagai kata yang wajar seperti

tadika (taman didikan kanak-kanak) dan kugiran (kumpulan gitar rancak).

6.2.1.2 Kata Terbitan

Perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan (gabungan kata dasar

dengan imbuhan) dipanggil kata terbitan. Imbuhan pula terdiri daripada morfem terikat

manakala kata dasar ialah morfem bebas. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu:

i. awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berlari dan di-

dalam dibawa;

ii. akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, contohnya –kan dalam jadikan dan

–i dalam ragui;

iii. apitan, yang hadir secara pada awal dan akhir sesuatu kata dasar serentak

seperti ke- ...-an dalam kekalutan dan di-...-kan dalam disatukan; dan

iv. sisipan, yang kedudukannya ditengah-tengah sesuatu kata dasar misalnya

–el- dalam geletar dan –in- dalam sinambung.

Suatu keunikan bagi bahasa Melayu ialah kewujudan sejumlah besar perkataan dalam

bentuk kata terbitan dengan jenis imbuhan yang banyak dan pelbagai yang terdapat

dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

6.2.1.3Kata Majmuk

Kata majmuk merupakan perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata

dasar atau lebih dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu serta bertindak

sebagai satu unit yang lazimnya dieja terpisah. Contoh kata majmuk: hijau lumut, campur

aduk, dan segi tiga. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas contohnya: bandar

raya, bom tangan, dan kuning langsat. Kata gelar juga termasuk dalam

jenis ini misalnya: Profesor Madya, Ketua Pengarah, dan Imam Besar;

ii. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus contohnya: deria rasa, pita

suara, dan segi empat panjang;

iii. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa

umpamanya: anak emas, kaki bangku, dan rabun ayam.

Selain jenis di atas, Dewan Bahasa juga telah menetapkan 15 kata majmuk yang telah

mantap dieja sebagai satu perkataan, iaitu: antarabangsa, sukarela, jawatankuasa,

tanggungjawab, olahraga, setiausaha, bumiputera, tandatangan, kerjasama,

pesuruhjaya, beritahu, suruhanjaya, kakitangan, warganegara, dan matahari.

13

Page 14: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

6.2.1.4Kata Ganda

Perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar dinamakan kata

ganda. Terdapat tiga bentuk kata ganda, iaitu kata ganda penuh, kata ganda separa, dan

kata ganda berentak. Keterangan bagi kata-kata ganda tersebut adalah seperti yang

berikut:

i. kata ganda penuh, iaitu kata ganda yang mengalami ulangan secara

keseluruhan. Kata ganda ini boleh terdiri daripada kata dasar yang diulang

sepenuhnya seperti rumah-rumah, baju-baju, dan sekolah-sekolah atau

terbina daripada kata berimbuhan yang berulang misalnya, pelari-pelari,

jabatan-jabatan, dan kementerian-kementerian;

ii. kata ganda separa, iaitu kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan

sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda ini terbina daripada kata dasar

tunggal yang diulang suku kata pertamanya sahaja disertai pelemahan

vokal [a] menjadi vokal e pepet [ə] seperti sesiku, lelangit, dan jejari. Selain

itu, kata ganda separa juga terbentuk daripada kata berimbuhan yang

digandakan kata dasarnya sahaja dan hanya melibatkan kata kerja dan

kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar

(berjaga-jaga, tercari-cari, dan sebaik-baik) atau di hadapannya (beri-

memberi, puji-memuji, dan tolong-menolong);

iii. kata ganda berentak, iaitu kata ganda yang mengalami pengulangan kata

dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Pertama, kata ganda berentak

pengulangan vokal (sayur-mayur, saki-baki, dan calar-balar). Kedua, kata ganda

berentak pengulangan konsonan (kayu-kayan, mundar-mandir, dan tanah-tanih). Ketiga,

kata ganda berentak bebas (lintang-pukang, kusut-masai, dan rempah-ratus).

6.3 Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Bidang

ini juga mengkaji hukum (rumus) tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan

penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam sesuatu

bahasa. Antara subbidang sintaksis yang dimuatkan di sini ialah pola ayat dasar, jenis

frasa, susunan ayat, ragam ayat, jenis ayat, dan bentuk ayat.

6.3.1 Pola Ayat Dasar

14

Page 15: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Pola ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar bagi pembentukan semua ayat lain

dalam sesuatu bahasa. Bagi bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:

Pola Subjek Predikat

Pola 1 Frasa Nama

Lelaki itu

Frasa Nama

pelajar universiti..

Pola 2 Frasa Nama

Kereta di hadapan rumah itu

Frasa Kerja

telah dicuci

Pola 3 Frasa Nama

Plaza Tol Sungai Besi

Frasa Adjektif

amat sibuk

Pola 4 Frasa Nama

Buah jambu itu

Frasa Sendi

di dalam bakul

6.3.2 Susunan Ayat

Susunan ayat pula merujuk dua bentuk susunan subjek dan predikat sama ada

susunan biasa atau susunan songsang.

6.3.2.1Susunan biasa bermaksud susunan yang subjek ayat mendahului

predikatnya. Contohnya:

i. Kejadian itu sungguh menyentuh perasaan saya.

ii. Pengajaran guru baharu menarik.

iii. Sistem saliran di bandar itu tidak diselenggara.

6.3.2.2Susunan songsang pula merujuk susunan ayat yang predikatnya

dikehadapankan mendahalui subjek. Contohnya:

i. Sungguh menyentuh perasaan saya kejadian itu.

ii. Menarik pengajaran guru baharu.

iii. Tidak diselenggara sistem saliran di bandar itu.

6.3.3 Ragam ayat

Ragam ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal

sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif

dan ayat aktif tak transitif.

15

Page 16: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Contohnya:

i. Para pelajar sedang mengikuti kuliah. (aktif transitif)

ii. Mereka sedang berbincang tentang masalah itu. (aktif tak transitif)

Ayat pasif pula terbina daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang

mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Contohnya:

i. Kuliah sedang diikuti oleh para pelajar. (ayat pasif dengan kata kerja pasif)

ii. Jurnal itu akan saya beli sekarang juga. (ayat pasif dengan ganti nama diri

orang pertama)

6.3.4 Jenis Ayat

Jenis ayat dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat

tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

6.3.4.1Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu

pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan mengatakan atau memberi keterangan

tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.

Contohnya:

i. Bapa mentuanya pegawai tentera.

ii. Ahmad belum pernah ke Kuala Lumpur.

iii. Bentuk kereta itu sungguh menarik.

iv. Kini dia menjadi usahawan besar.

6.3.4.2Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan dengan tujuan menanyakan sesuatu

hal. Ayat tanya tergolong kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya contohnya:

Dia telah pergi mengajar?

Jenis yang kedua ialah ayat tanya dengan kata tanya seperti:

Kakaknya seorang pensyarahkah?

6.3.4.3 Ayat Perintah

16

Page 17: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkan

sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata

ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang boleh

digugurkan dalam ayat. Terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu:

i. Ayat Suruhan

Contoh: Pergi ke sekolah sekarang juga.

ii. Ayat Larangan

Contoh: Jangan bertindak melulu.

iii. Ayat Silaan

Contoh: Jemput makan nasi dagang ini.

iv. Ayat Permintaan

Contoh: Minta perhatian tuan-tuan sebentar.

6.3.4.4Ayat Seruan

Ayat seruan pula ialah ayat yang diujarkan dengan membawa nada dan

intonasi untuk melahirkan suatu keadaan perasaan umpamanya takut, marah, sakit, dan

sebagainya dengan diikuti tanda seru (!) yang lazimnya terletak pada akhir ayat. Kata

seru yang sering digunakan pula ialah oh, amboi, wah, eh, aduh, dan syabas.

Contohnya: i. Oh, ibuku!

ii. Wah, cantiknya bunga itu!

iii. Syabas, anda telah lulus ujian ini!

Selain perkara yang telah dibincangkan di atas, sintaksis juga menyentuh bentuk

ayat yang terdiri daripada bentuk tunggal (satu subjek satu predikat) dan ayat majmuk.

Sila rujuk dan baca buku Tatabahasa Dewan untuk penjelasan lanjut.

Aktiviti:

1. Berdasarkan tiga rangkap pantun tradisional yang anda tahu, bincangkan

tentang peranan bunyi vokal dan konsonan yang terkandung di dalamnya.

2. Huraikan gejala penggandaan dalam bahasa Melayu dengan menyertakan

contoh-contoh yang berkaitan.

3. Bincangkan ragam ayat dalam bahasa Melayu dengan bukti-bukti ayat yang

berkaitan.

Rujukan:

17

Page 18: 08bisi pelajaran interaksi-2 (1)

BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

Abdullah Hassan (2006). Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan

Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18