8(a) Isi Pelajaran - Interaksi 2

32
2. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASAS 2.4. CARA PENTAKSIRAN Pembelajaran asas merujuk kepada kebolehan murid dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dalam proses menguasai pembelajaran asas, aspek pengamatan memainkan peranan utama bagi membantu murid-murid menerima, memahami, mengingat dan menguasai setiap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Terdapat beberapa cara untuk mentaksir pembelajaran asas iaitu ; i. Pemerhatian ii. Temu bual/ Soal Selidik iii. Sampel kerja iv. Pengujian 2.5. PENUTUP Kesimpulannya, topik ini telah menjelaskan tentang kebolehan pembelajaran asas dalam kalangan murid dipengaruhi oleh faktor pengamatan, konsepsualisasi dan konsep serta kepantasan pemprosesan maklumat. Bagi melihat kemampuan murid dalam menguasai pembelajaran awalnya, ialah dengan mentaksir secara pemerhatian, temu bual, sampel kerja dan pengujian. Pentaksiran

description

interaksi

Transcript of 8(a) Isi Pelajaran - Interaksi 2

2. MENTAKSIR KEBOLEHAN PEMBELAJARAN ASAS

2.4. CARA PENTAKSIRAN

Pembelajaran asas merujuk kepada kebolehan murid dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dalam proses menguasai pembelajaran asas, aspek pengamatan memainkan peranan utama bagi membantu murid-murid menerima, memahami, mengingat dan menguasai setiap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Terdapat beberapa cara untuk mentaksir pembelajaran asas iaitu ;

i. Pemerhatianii. Temu bual/ Soal Selidikiii. Sampel kerjaiv. Pengujian

2.5. PENUTUP

Kesimpulannya, topik ini telah menjelaskan tentang kebolehan pembelajaran asas dalam kalangan murid dipengaruhi oleh faktor pengamatan, konsepsualisasi dan konsep serta kepantasan pemprosesan maklumat. Bagi melihat kemampuan murid dalam menguasai pembelajaran awalnya, ialah dengan mentaksir secara pemerhatian, temu bual, sampel kerja dan pengujian. Pentaksiran bagi mengenal pasti tahap pembelajaran asas murid-murid sangat penting bagi merancang pengajaran yang sesuai dan seterusnya membuat tindakan susulan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam pembelajaran asasnya

LATIHAN 1

Berdasarkan cara-cara pentaksiran dalam bab terdahulu, dan dengan sokongan pengurusan grafik, terangkan setiap cara mentaksirkan pembelajaran bagi kanak-kanak yang bermasalah pengamatan penglihatan, pendengaran dan kinestetik. Bagi setiap ciri tersebut cadangkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk mengatasi masalah pembelajaran asas yang dihadapi oleh murid-murid.

3. MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL Dan TINGKAH LAKU

3.0SINOPSISTajuk ini memberi pengetahuan kepada anda tentang pentaksiran dalam kemahiran sosial dan tingkah laku dalam pendidikan pemulihan. Dalam bahagian ini juga, akan menjelaskan tentang pentaksiran dan matlamat pengajaran setelah membuat taksiran terhadap kemahiran sosial dan tingkah laku murid-murid.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini anda dapat ;1. Mengetahui maksud pembelajaran asas.2. Mengetahui cara cara pentaksiran bagi murid-murid yang menghadapai masalah pembelajaran asas.

3.2 PENGENALAN

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam kelas bergantung kepada kawalan kelas yang baik oleh guru. Guru-guru sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tingkah laku pelajar dalam aktiviti seharian mereka. Tingkah laku-tingkah laku tersebut bolah dibahagikan kepada tingkah laku positif dan negatif.

Sehubungan itu dalam hal ini, tingkah laku murid sangat perlu dikawal oleh guru supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Bagi murid-murid pemulihan, tingkah laku mereka sangat ketara. Oleh itu, guru perlu mahir tentang pengurusan tingkah laku supaya masalah yang dihadapi oleh murid dengan berkesan.

3.3 KEMAHIRAN SOSIAL

Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk membolehkan seseorang berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama-sama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa mengganggu orang lain. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenal pasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yang biasa digunakan di luar negara ialah (a) pengukuran sosiometrik, (b) penilaian oleh guru, (c) ujian role play dan (d) pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka.

Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri daripada orang lain dan menyebabkan kemurungan.

Kemahiran tingkah laku melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itumembawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Sekiranya seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran yang aman dan harmoni, maka dia akan berkelakuan baik serta bertamadun. Sebaliknya, sekiranya seseorang itu dibesatkan dalam suasana berpecah belah seperti peperangan, kemungkinan besar dia akan menjadi seorang yang kasar dan panas baran. Walau bagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi pembelajaran. Tingkah laku manusia akan berubah apabila mereka menjadi semakin terpelajar.

Dalam ilmu psikologi sosial pula, konsep pengaruh sosial sebagaimana menurut Banduran dan Byrne (1981), merujuk kepada sebarang tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan orang untuk mengubah sikap, tingkah laku atau perasaan orang lain. Tedeschi et. al (1985) menyatakan pengaruh sosial merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku, niat, kepercayaan dan nilai seseorang akibat daripada campur tangan orang lain. Gordon Allport menjelaskan psikologi sosial merupakan satu bidang ilmu yang cuba memahami dan menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu dipengaruhi dengan kehadiran individu-individu lain, sama ada kehadiran itu secara benar (individu-individu itu hadir bersama), dikhayalkan, diingati atau hanya dijangkakan. Secara ringkasnya, psikologi sosial merupakan ilmu yang menekankan kajian secara saintifik pada proses mental dan tingkah laku individu-individu dalam hubungannya dengan individu-individu lain, kelompok-kelompok dan kebudayaan.

Sehubungan itu, kemahiran sosial merujuk kepada kemampuan seseorang individu menguruskan mental, fizikal dan aktivitinya semasa berada dalam kelompok atau dengan individu yang lain. Selain itu, dengan memiliki pengetahuan yang tepat mengenai emosi dan perasaan orang lain sangat penting dan berguna khasnya memudahkan kita untuk berinteraksi dengan mereka secara berkesan. Namun demikian, dengan mengetahui perasaan seseorang sekarang ini dapat menolong menerangkan tingkah lakunya sekarang sahaja, dan kurang berguna untuk meramal bagaimana orang tersebut akan bertindak esok hari atau selepas satu jam dari sekarang. Emosi dan mod berubah sehinggakan agak sukar untuk dijadikan asas yang tekal bagi memahami dan meramal tingkah laku orang lain. Atas alas an ini dalam percubaan kita untuk mengetahui siapa dia di sekeliling kita, kita perlu memahami penyebab tindakan mereka yang tekal, seperti tret-tret dan motif-motif stabil mereka. Usaha seperti ini ada kaitan dengan apa yang dinamakan sebagai atribusi sosial. Dua sebab penting mengapa ianya demikian iaitu ;i. Atribusi sosial memainkan peranan utama dalam persepsi sosial. Persepsi seseorang terhadap orang lain dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang orang-orang tersebut yang diperoleh melalui proses atribusi sosial.ii. Terdapat kesedaran yang semakin bertambah tentang hakikat bahawa atribusi sosial member kesan yang banyak kepada bentuk tingkah laku sosial seperti tingkah laku langsang, cinta, dan tarikan antara perseorangan.

Kemampuan menguruskan diri dapat dilihat kepada tingkah laku, pembentukan imej, pemikiran, tindakan dan keperibadiannya. Sehubungan itu, kita cuba mengetahui dan memahami orang lain yang berada di sekitar kita melalui beberapa sumber maklumat. Misalnya, kita akan member perhatian terhadap wajah fizikal iaitu dengan mengenal pasti latar belakang mereka seperti umur, gaya pakaian dan daya tarikan yang boleh dijadikan petunjuk-petunjuk penting kepada tret-tret utama mereka. Begitu juga, kadangkala kita cuba memperoleh pengetahuan dan pemahaman tersebut secara terus iaitu dengan menyuruh mereka menyatakan fikiran dan motif-motif mereka kepada kita. Walau bagaimanapun, sumber paling penting bagi membantu untuk membuat kesimpulan tentang seseorang itu adalah tingkah laku orang itu sendiri. Atas dasar itu, kita dapat mendapat maklumat mengenai seseorang itu dengan cara memerhatikan tingkah laku mereka yang ketara dan menggunakan hasil-hasil pemerhatian bagi menyimpulkan tret-tret, motif-motif atau niat-niat tertentu mereka.

3.4 DEFINISI dan KONSEP PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal iaitu abnormal behavior dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat yang diamalkan, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Tingkah laku bermasalah yang diwujudkan berbentuk negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti iaitu lebih sesuai dan sistematik (Bear, Wolf & Risley, 1968).Tingkah laku bermasalah pelajar ini, diklafikasikan kepada dua kategori iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku yang menghalang (bergantung), tingkah laku mengganggu (diskruptif) dan tingkah laku anti sosial (distruktif). Manakala tingkah laku bermasalah positif pula melibatkan tingkah laku seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.

Konsep asas dalam pengurusan tingkah laku melibatkan beberapa aspek iaitu ;i. Perancangan yang rapiii. Tentukan individu atau kumpulaniii. Teknik intervensi yang berkesaniv. Penilaian secara objektif

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid pemulihan sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan iaitu ;i. Setiap pelajar adalah unikii. Tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua muridiii. Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait)

Pengurusan tingkah laku merupakan santu pendekatan intervensi aktif di mana pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Ziproli & Melloy (1993), menyatakan terdapat empat perkara yang perlu dilakukan oleh pelaksana iaitu ;i. Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasaii. Kenal pasti atecendent da consequences persekitaraniii. Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku semasa manipulasi antecedent dan consequences yang telah dikenal pasti.

Latihan 1

Berdasarkan pemerhatian dalam kalangan muid-murid di sekolah anda, kenal pasti contoh-contoh pemasalahan yang berkaitan dengan masalah kemahiran sosial dan tingkah laku.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

3.5 PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL dan TINGKAH LAKU

Pelajar bermasalah tingkah laku adalah sebaagi semua tingkah laku di sekolah dapat diperhatikan dalam pelbagai aspek dan ciri. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan-keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan ini lazimnya akan menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka belajar dan berhubung dengan orang lain. Pelajar-pelajar yang bermasalah tingkah laku tidak normal itu biasanya dapat dilihat daripada aspek intelek, pencapaian akademik, penyesuaian emosi dan perlakuan social. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah ini boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu penarikan diri iaitu mengelakkan diri daripada orang lain, neurotik iaitu menderita daripada gangguan psikoanalisis seperti fobia dan lain-lain, autism dan skizofrenia iaitu personality atau pemikiran yang berbelah bagi.

Terdapat beberapa ciri yang tertentu atau criteria tertentu pada pelajar-pelajar yang mengalami atau bermasalah emosi antara kurang selera makan, masalah tidur, suka bercakap bohong, terlalu merendah diri dan sebagainya. Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai. Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan iaitu ;

i. Memilih Tingkah Laku SasaranTingkah laku sasaran merujuk kepada tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku.

Berikut panduan dalam memilih tingkah laku sasaran iaitu ;i. Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa iaitu tingkah laku melibatkan yang ;a. membahayakan diri dan orang lain.b. boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lainc. tidak sesuai dengan umurnyad. terlalu kerap berlakue. terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentug. menyebabkan murid lain menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya(Zirploi & Mellow, 2001).

ii. Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan :a. Jenis tingkah lakub. Kekerapan berlakuc. Jangka masa berlakud. Tahap keterukan (intensity)e. Jumlah keseluruhan tingkah laku

iii. Pertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku itu meningkat atau mengurang.

iv. Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian.v. Pastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya. Misalnya murid A bangun dari kerusi dan berjalan-jalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam tempoh setengah jam.

vi. Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai baseline data. Tujuan mengumpul data ialah ;i. mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam sehariii. mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlakuiii. mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/ pola tertentuiv. mengetahui sebab-sebab mengapa berlaku keadaan tersebut.

Dalam proses pengumpulan data ini, terdapat beberapa kaedah digunakan iaitu ;i. Rekod lamaii. Sampel kerjaiii. Pengujianiv. Pemerhatian

i. Rekod Lama

Bailey (1978) membahagikan dokumen untuk kajian dalam dua kategori iaitu dokumen utama dan dokumen sekunder. Dokumen utama merangkumi maklumat berkaitan dengan autobiografi pelajar, anekdot dan kad kumulatif. Manakala dokumen sekunder merupakan laporan ditulis berdasarkan temu bual, pemerhatian ataupun rujukan dokumen-dokumen utama. Contoh dokumen sekunder ialah biografi pelajar, laporan guru dan senarai semak.

iii. PengujianJenis-jenis ujian yang dapat digunakan untuk mengumpulkan maklumat pelajar ialah ;

a. Ujian Pencapaian Akademik pelajar seperti ujian sumatif dan ujian pencapaian formatif sekolah melibatkan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

b. Ujian Kecerdasan untuk mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang disarankan oleh Terman dan Binet.

c. Ujian Kecenderungan Bakat seperti Ujian Aptitud Differential (DAT)

d. Ujian Minat untuk menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya seperti Career Assesment Inventory (CAI) yang mengandungi tiga bidang, merangkumi 6 tema am, 22 asas minat dan skala 89 kerjaya.

e. Ujian Personaliti digunakan untuk mengkaji aspek buka kognitif seperti aspek afektif, motivasi, emosi dan sikap seseorang pelajar seperti The Survey of Personal Values (SPV) dan The Mooney Problem Check List (MPCL). Kedua-dua ujian personality adakah digunakan untuk mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan sikap pelajar.

f. Ujian Saringan digunakan untuk mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas dengan yang kurang cerdas.

g. Ujian Diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan kemahiran pembelajaran pelajar. Keputusan ujian ini adalah penting bagi guru merancang aktiviti pemulihan.

h. Ujian Aptitud Khas seperti Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Perkeranian, Ujian Aptitud Seni dan Ujian Aptitud Muzik adalah digunakan untuk mengukur potensi pelajar dalam bidang tertentu.v. PemerhatianTeknik ini digunakan bagi mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar daripada bidang afektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik dan Pendidikan Jasmani. Bagi aktiviti pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar pula, harus diadakan ke atas perlakuan mereka semasa dalam dan di luar bilik darjah. Jenis alat pemerhatian yang sering digunakan untuk merekod prestasi pelajar melalui aktiviti pemerhatian ialah senarai semak dan skala kadar.

Senarai semak digunakan bagi mengenal pasti ciri-ciri tingkah laku pelajar yang negatif atau positif. Di dalam senarai semak, ciri-ciri tingkah laku pelajar hendaklah dinyatakan dengan mudah dan jelas serta disusun mengikut tertib. Skala kadar pula bertujuan untuk menunjukkan tahap atau darjah tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar. Darjah pencapaian ini lazimnya dinyatakan dengan 5 mata iaitu (1) sangat buruk, (2) buruk (3) sederhana (4) baik dan (5) terbaik.

Di samping itu darjah pencapaian 5 mata tersebut, alat skala kadar hendaklaj mengandungi ciri-ciri tngkah laku yang utama serta disusun mengikut tertib. Darjah pencapaian 5-mata lazimnya, dinyatakan di sebelah setiap ciri tingkah laku yang hendak dinilai.

v. Soal SelidikProses ini melalui temu bual untuk mendapat maklumat pelajar seperti butir-butir diri, keluarga, kediaman, kesihatan, masa belajar, minat, hobi, rancangan masa depan, aktiviti-aktiviti kokurikulum, aktiviti kuar sekolah, pencapaian istimewa dan aktiviti serta cara mengisi masa lapang, termasuk semasa cuti sekolah.

Dalam melaksanakan temu bual beberapa proses perlu dilakukan iaitu ;a. Tentukan tujuan dan objektif temu bualb. Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehc. Tentukan soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam masa temu bual, dan sediakannya secara bertulis serta bersistematik dengan mengikut turutan yang sesuai.

3.6 Cara-cara Pentaksiran

Secara khususnya terdapat beberapa cara untuk mentaksir masalah sosial dan tingkah laku murid-murid iaitu ;a. Pemerhatianb. Penilaian orang lainc. Penilaian kendirid. Pentaksiran ekologi

3.7 KESIMPULAN

Kemahiran sosial merupakan satu kemahiran asas yang berkait erat dengan kebolehan seseorang untuk menerima dan menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Sementara tingkah laku pula merujuk kepada perlakuan yang diserlahkan semasa bersama dengan individu atau dalam kumpulannya. Tingkah laku ini pula akan mempengaruhi kepada prestasi akademik, penglibatannya dalam kumpulan, sikap, minat dan motivasi terhadap pembelajarannya. Sehubungan itu, guru perlu memainkan peranan utama bagi mengambil pencegahan awal terhadap tingkah laku muridnya sebelum menjadi lebih serius.

Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan dengan tajuk di atas di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Latihan 2

Bincangkan tiga cara cara untuk mendapatkan maklumat erkaitan masalah kemahiran sosial dan tingkah laku murid-murid pemulihan.

Latihan 3

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman anda, jelaskan faktor-faktor mempengaruhi pembentukan masalah sosial dan tingkah laku dalam bilik darjah.

4. MENTAKSIR BAHASA LISAN

4.0SINOPSISTajuk ini memberi pengetahuan kepada anda bahasa lisan dan proses pentaksiran dalam bahasa lisan kanak-kanak kelas pemulihan. Dalam bahagian ini juga, pelbagai jenis pentaksiran bahasa serta perkara-perkara yang perlu diambil berat dalam pelaksanaan pentaksiran turut dibincangkan.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini anda dapat ;3. Mengetahui komponen-komponen penting dalam bahasa lisan.4. Mengenal pasti bahasa reseptif dan bahasa ekspresif dalam penggunaan bahasa lisan.5. Menghuraikan pelbagai kaedah dalam pentaksiran bahasa lisan kanak-kanak pemulihan.

4.3 PENDAHULUAN

Mengapakah kita perlu menjalankan pentaksiran atau penilaian bahasa lisan ? Bolehkah kita terus mengajar bahasa kepada kanak-kanak tanpa mengetahui tahap bahasa yang sedia ada ?. Jika kita menilai pola perkembangan setiap bahasa kanak-kanak, memang diakui bahawa pembelajaran bahasa berlaku secara berperingkat daripada peringkat tunggal kef rasa ke ayat ringkas sehingga mampu membentuk bahasa lisan yang lebih kompleks.

Lisan adalah pertuturan atau percakapan iaitu satu aktiviti melahirkan bahasa melalui suara dan sebutan (Kamarudin Hj. Husin, 1987). Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu. Kemahiran lisan ini memerlukan beberapa kemahiran iaitu ;

1.1.1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Dalam topik sebelum ini, anda telah dapat memahami maksud bahasa dengan lebih jelas berdasarkan beberapa definisi bahasa yang dibincangkan. Dalam definisi bahasa tersebut jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan.

Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).

Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dlam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi.1.1.2. Kemahiran Mendengar

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan.

Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,

iii. Auding - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

1.1.3. Kepentingan Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis.

Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.

Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan menulis.

1.1.4. Keperluan Mendengar

Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga apabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio, atau menonton televisyen.

Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi. Di samping itu, dengan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat dari segi tujuan kita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan kita mendengar, iaitu:

i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat, ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton televisyen, atau filem, daniii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas, mendengar ceramah dan sebagainya.

1.2.1. Kemahiran Bertutur

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

4.4 KOMPONEN-KOMPONEN BAHASA LISAN

Kemahiran-kemahiran bahasa memang sukar diuji dengan tepat. Walau bagaimanapun, guru dapat menguji dan menilai pertuturan pelajar secara pemerhatian terhad. Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut:

Sebutan Tekanan Mora ( panjang pendek) Jeda ( persendian) Intonasi Nada Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras Bahasa

ASPEK PERTUTURAN

Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.

Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu.

Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaran bertutur yang serius.

Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.

Di samping itu, fokus yang penting untuk ditaksirkan dalam bahasa lisan ialah ;

i. Fonologiii. Semantikiii. Sintaksisiv. Morfologiv. Pragmatik

i. Fonologi

Dalam hal ini, guru seharusnya menggunakan sebutan bahasa Melayu baku sebagai asas ujian dan penilaian. Pelajar perlu menyebut sama seperti yang dieja (tulis). Namun kalangan guru bahasa Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa pertama akan membunyikan perkataan tersebut bukan seperti yang dieja tetapi seperti yang dituturkan dalam masyarakat harian secara tidak formal. Hakikat ini agak ketara apabila situasi berkenaan melibatkan dua orang individu (guru dan pelajar) yang datang dari dua suku, daerah atau negeri yang berbeza. Selain terdapatnya sebutan-sebutan yang salah, terdapat juga loghat - oghat yang pelbagai dalam pertuturan.Intonasi dan nada suara merupakan aspek yang tidak kurang penting dalam kemahiran bertutur. Alunan dan tekanan nada suara seharusnya selari dengan apa yang dituturkan. Intonasi dan nada suara yang mendatar tidak dapat menarik perhatian pendengar yang mendengarnya. Aspek ini agak jelas dalam pengucapan dialog lakonan, penyampaian puisi, pantun dan sebagainya.

Selain itu, kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink untuk drink.

ii. Morfologi

Dalam pertuturan murid-murid mengucapkan kata-kata yang tidak dibina mengikut hukum tatabahasa yang sebenarnya. Bagaimanapun, untuk tujuan pengesanan guru seharusnya menilai tentang penggunaan kata yang sesuai dengan konteksnya. Misalnya dalam sistem sapaan bagi masyarakat Melayu terdapat ganti nama yang khusus apabila wujud dua pihak yang berbeza.

iii. Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula, melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks. Malahan kesilapan ini merupakan satu fenomena yang biasa berlaku dalam kalangan pelajar. Kesilapan yang dilakukan semasa bertutur jarang dapat dikesan, disebabkab penutur dan pendengar tidak menyedari kesilapan yang berlaku.

Kesilapan ayat merupakan lanjutan daripada kegagalan pengguna mematuhi peraturan susunan kata dan frasa, kesilapan menggunakan tanda baca, menggunakan perkataan, istilah, imbuhan dan sebagainya. Kesilapan ayat dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti kesilapan ayat inti, ayat tanya, ayat pasif, ayat berklausa, kesilapan kerana ayat kabur dan kesilapan kerana pemilihan perkataan atau imbuhan yang tidak tepat. Semasa guru menggunakan satu teknik pengajaran yang melibatkan aspek lisan seperti teknik perbincangan reflektif, inkuiri, panel, sumbang saran dan sebagainya, sebenarnya guru itu telah mendedahkan pelajar kepada suasana membentuk ayat secara lisan.

iv. Semantik

Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan. Malahan kesalahan makna merupakan kesalahan yang sangat serius kerana maknalah yang akan menentukan maksud sesuatu ayat atau perkataan tetapi kesalahan ini dianggap serius oleh sesetengah pihak khasnya pihak-pihak media cetak dan media elektronik. Media elektronik umpamany seringkali tidak dapat membezakan antara perkataan dari dan daripada, manakala media cetak pula sering melakukan kesilapan-kesilapan perkataan antara dan di antara, atas dan di atas.

v. Pragmatik

Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

4.5. Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif

LATIHAN 1

Dengan merujuk bahan multimedia, dapatkan maklumat berkaitan dengan komponen-komponen bahasa dan bahasa reseptif dan bahasa ekspresif . Catatkan dapatan anda tersebut dalam bentuk grafik dan bentangkan.

LATIHAN 2

Berdasarkan pemerhatian anda, jalankan aktiviti untuk mengesan kemahiran lisan bagi murid-murid dalam kelas anda.

Berdasarkan pentaksiran dan pengalaman anda, bincangkan hasil pentaskiran dalam mencapai matlamat pengajaran dan perancangan intervensi terhadap murid-murid anda.

LATIHAN 3

Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan masalah pembelajaran asas murid-murid adalah melalui pengujian dan sampel kerja, Secara berkumpulan anda dikehendaki menjelaskan cara pentaksiran tersebut.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.