1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini...

12
Kajian Pengaruh Dadah di Kalangan Pelajar Baru Institusi Pengajian Tinggi 1 Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, Profesor Madya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12 KAJIAN PENGARUH DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR BARU INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 1 Dr Kamarudin Hussin 2 Abd Majid Mohd Isa 3 Abdull Halim Abdul 4 Huzili Hussin 4 Mohd Amran Hasan 5 ABSTRAK Jawatankuasa Membanteras Gejala Dadah Kebangsaan telah memutuskan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi perlu memantau penyalahgunaaan dadah dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Satu kajian telah dijalankan di 16 buah IPTA dan dua buah IPTS. Seramai 3,558 pelajar tahun satu dipilih secara rawak daripada institusi tersebut telah menjalani ujian air kencing antara 4-10 Ogos 2005. Di samping itu, satu soal selidik ringkas telah dijalankan untuk mengetahui latar belakang, pengetahuan kesan, pengalaman dengan dadah dan melaporkan sama ada responden mengenali rakan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dapatan kajian mendapati bahawa dua dalam seribu (0.02%) pelajar IPT positif ujian air kencing. Profil responden yang didapati positif ujian air kencing pula ialah mereka yang dibesarkan dalam keluarga sederhana dan dari negeri yang mempunyai kes penyalahgunaan dadah. Untuk keseluruhan pelajar IPT, pengetahuan tentang kesan dadah adalah kurang. Berdasarkan kepada kenyataan mereka sama ada pernah menyentuh dadah dan tahu ada rakan yang terlibat dengan dadah, risiko pelajar melibatkan diri dalam penyalahgunaan terutama ekstasi, syabu dan pil kuda adalah membimbangkan. 1 Kajian diselenggarakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk dibentangkan kepada Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Kebangsaan (MTMD) 2005. 2 Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis. 3 TNC HEPA, Universiti Malaysia Terengganu. 4 Pensyarah Universiti Malaysia Perlis. 5 Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi.

Transcript of 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini...

Page 1: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

Kajian Pengaruh Dadah di Kalangan Pelajar Baru Institusi Pengajian Tinggi

1Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

KAJIAN PENGARUH DADAH DALAMKALANGAN PELAJAR BARU INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI1

Dr Kamarudin Hussin2

Abd Majid Mohd Isa3

Abdull Halim Abdul4

Huzili Hussin4

Mohd Amran Hasan5

ABSTRAK

Jawatankuasa Membanteras Gejala Dadah Kebangsaan telah memutuskanbahawa Kementerian Pengajian Tinggi perlu memantau penyalahgunaaandadah dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Satu kajian telahdijalankan di 16 buah IPTA dan dua buah IPTS. Seramai 3,558 pelajartahun satu dipilih secara rawak daripada institusi tersebut telah menjalaniujian air kencing antara 4-10 Ogos 2005. Di samping itu, satu soal selidikringkas telah dijalankan untuk mengetahui latar belakang, pengetahuankesan, pengalaman dengan dadah dan melaporkan sama ada respondenmengenali rakan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Dapatan kajian mendapati bahawa dua dalam seribu (0.02%) pelajar IPTpositif ujian air kencing. Profil responden yang didapati positif ujian airkencing pula ialah mereka yang dibesarkan dalam keluarga sederhana dandari negeri yang mempunyai kes penyalahgunaan dadah. Untukkeseluruhan pelajar IPT, pengetahuan tentang kesan dadah adalah kurang.Berdasarkan kepada kenyataan mereka sama ada pernah menyentuh dadahdan tahu ada rakan yang terlibat dengan dadah, risiko pelajar melibatkandiri dalam penyalahgunaan terutama ekstasi, syabu dan pil kuda adalahmembimbangkan.1 Kajian diselenggarakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk dibentangkan

kepada Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Kebangsaan (MTMD) 2005.2 Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis.3 TNC HEPA, Universiti Malaysia Terengganu.4 Pensyarah Universiti Malaysia Perlis.5 Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi.

Page 2: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

2Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

ABSTRACT

The National Anti-drugs Council has called upon the Ministry of HigherEducation to study the misuse of drugs among students of higher learninginstitutions. A study was then conducted at 16 public higher learninginstitutions as well as two private higher learning institutions. A totalnumber of 3,558 first-year students were randomly picked from theseinstitutions to undergo a urine test between 4th – 10th August 2005. Aquestionnaire was also administered to ascertain the respondents’ socialbackground, knowledge on the ill-effects of drugs, past experiences with drugsas well as determining whether the respondents knew of friends who weremisusing drugs. The study revealed that that two out of a thousand (0.02%)students tested positive for drugs. Those who tested positive showed asimilarity in their background profiles whereby they were mostly from middle-class families who were residing in states that had cases of misuse of drugs.Generally, it was deduced that the knowledge regarding the effects of drugswas relatively low among the students of higher learning institutions. Basedon the respondents’ admission to having tried drugs and knowing friendswho were involved with drugs, it can be construed that the risk of studentsmisusing drugs especially amphetamine-type-stimulants like ecstasy, syabuand “yoba” is rather alarming.

PENDAHULUAN

Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) PeringkatKebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteripada 12 Julai 2005 telah memutuskan bahawa ujian urin atau air kencinghendaklah dilaksanakan ke atas pelajar IPT sebagai satu elemenpencegahan pengunaan dadah dalam kalangan kumpulan ini. Mesyuaratturut membuat keputusan agar program-program kesedaran tentangbahaya penyalahgunaan dadah perlu diadakan di IPT.

Berikutan dengan keputusan ini, satu Mesyuarat PenyelarasanAktiviti/Program Pencegahan Dadah di peringkat IPT yang telahdipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggitelah diadakan pada 26 Julai 2005. Mesyuarat telah memutuskan tigaperkara. Pertama, ujian urin diadakan kepada semua pelajar IPTA dantiga buah IPTS iaitu UTP, UNITEN dan MMU. Tumpuan awal ujianadalah terhadap pelajar-pelajar baru sebelum diperluas kepada pelajar-

Page 3: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

Kajian Pengaruh Dadah di Kalangan Pelajar Baru Institusi Pengajian Tinggi

3Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

pelajar lain. Kedua, program kesedaran tentang bahaya dadah perludimasukkan dalam program orientasi pelajar. Ketiga, supayadijalankan Kajian Pengaruh Dadah dalam kalangan pelajar tahunpertama.

Berdasarkan kepada maklumat ini, maka satu kajian telahdijalankan oleh kumpulan penyelidik untuk meneroka penyalahgunaandadah dalam kalangan pelajar tahun pertama.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk:a. Mengenal pasti bilangan pelajar tahun pertama di IPTA/S yang

terlibat dengan penyalahgunaan dadahb. Membina profil pelajar yang menyalahgunakan dadahc. Meninjau pengetahuan kesan, pengalaman dan rakan yang

terlibat dengan penggunaan dadahd. Mengenal pasti pelajar yang berisiko tinggi melalui pengetahuan

kesan, pengalaman dan rakan mereka yang terlibat dengandadah

METODOLOGI

Pendekatan Kajian

Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakanpendekatan deskriptif. Data yang dikumpulkan dianalisis untuk mencaripola penggunaan dadah dalam kalangan pelajar tahun pertama diinstitusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S). Berdasarkandapatan yang diperoleh, diharapkan kajian lanjut yang lebih sistematikdan terperinci dapat dilakukan.

Sampel dan Pemilihan Responden Kajian

Sebagai satu kajian penerokaan, statistik yang diperoleh dijangkadapat meramalkan parameter populasi. Dianggarkan seramai 280,000pelajar sedang mengikuti pengajian dalam 17 buah IPTA dan tiga buahIPTS yang ada kaitan dengan kerajaan, maka satu anggaran sampelkajian perlu dibuat untuk menentukan bilangan sampel yangminimum.

Berdasarkan teori taburan statistik, formula berikut bolehdigunakan untuk menganggarkan bilangan sampel yang diperlukan.

Page 4: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

4Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

Dengan nilai z=1.96 pada aras signifikan p=0.05, dengan andaiantidak melebihi 2% populasi terlibat dengan dadah dan ralat anggaran2%, maka n yang dianggarkan ialah 189. Untuk mengurangkan ralatanggaran, seramai 200 pelajar setiap IPTA/S dipilih secara rawak sebagairesponden kajian.

Pemilihan Responden

Teknik pemilihan rawak berkumpulan digunakan untuk memilih 200responden bagi setiap IPTA/S. Pegawai Perubatan yang ditugaskan olehIPTA/S dengan kerjasama pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) diminta supaya memilih kelompok pelajar sama ada mengikutprogram pengajian, tempat penginapan ataupun kumpulan kuliah secararawak. Setelah sampel air kencing diambil, responden diminta mengisisoal selidik. Jika ujian air kencing adalah positif, sampel hendaklahdihantar untuk ujian lanjut oleh pegawai AADK.

Ujian Air Kencing

Satu alat screening test telah digunakan untuk menguji sama ada pelajartersebut positif atau tidak terhadap najis dadah. Alat ini dikenali sebagaiDOA Tests (Drugs Of Abuse in Urine) di mana boleh mengesan empat jenisdadah sekaligus iaitu Amphetamine (AMP); Methamphetamine (MET)seperti syabu dan ekstasi; Tetrahydrocannabinol (THC) iaitu ganja/marijuan; Opiate (OPI) iaitu morfin serta heroin.

Berpandukan kepada Jadual 1 di bawah, ketepatan alat ujian yangdigunakan ialah 99.7%. Manakala cut-off points yang digunakan adalahberdasarkan piawai yang telah ditetapkan oleh NIDA (National Instituteof Drug Abuse). Petunjuk nilai cut off points bagi empat jenis dadah adalah1000 ng/ml bagi Amphetamine (AMP); syabu, 50 ng/ml bagiTetrahydrocannabinol (THC); Ganja/Marijuana, 300 ng/ml Opiate (OPI);Morfin, Heroin dan 1000 ng/ml bagi Methamphetamine (MET) seperti ekstasi.

Tempoh penahanan (retention period) bagi 3 jenis dadah iaituAmphetamine (AMP); syabu, Opiate (OPI); Morfin, Heroin danMethamphetamine (MET); Ecstasy adalah selama 2 hingga 4 hari dan 1 - 30hari bagi dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC); Ganja/Marijuana.

2

2

Epqzn =

Page 5: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

Kajian Pengaruh Dadah di Kalangan Pelajar Baru Institusi Pengajian Tinggi

5Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

Jadual 1 : Spesifikasi Ujian DOA (Drugs Of Abuse in Urine)

Jenis Dadah Cut off Points Tempoh Kemungkinan KetepatanYang Dikesan (NIDA)* Penahanan Positif Ujian

AMP 1000 ng/ml 2 - 4 hari Hari 1 & Hari 4 99.7%

THC 50 ng/ml 1 - 30 hari (± 50%)

OPI 300 ng/ml 2 - 4 hari Hari 2 & Hari 3

MET 1000ng/ml 2 - 4 hari (± 100%)

Soal Selidik

Satu soal selidik ringkas dirangka oleh pasukan penyelidik (Lampiran).Ia mengandungi empat bahagian iaitu biodata, pengetahuan ataupengalaman berkenaan dadah, faktor pendorong penyalahgunaan dadahdan keputusan ujian air kencing. Soal selidik kajian ini adalah sepertilampiran.

Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakanpakej SPSS versi 13.0. Peratusan dan ujian statistik yang berkaitandigunakan.

DAPATAN KAJIAN

Latar Belakang Responden Kajian

Sebanyak 16 daripada 17 IPTA dan dua daripada tiga IPTS terlibatdalam kajian ini. Bilangan responden ialah sebanyak 3,558 pelajar tahunpertama.

Daripada 3,558 responden kajian, Jadual 2 mendapati bahawaberdasarkan komposisi gender, 52.2% responden ialah lelaki dan 47.8%ialah perempuan. Majoriti responden berbangsa Melayu (74.6%).Responden yang berbangsa Cina ialah 12.1%, Bumiputera Sabah danSarawak 8.8%. Kebanyakan responden (58.5%) datang daripada keluargayang berpendapatan sedarhana (RM500 - 2,000). Tiga (3) negeri asalresponden yang terbanyak ialah Kelantan (12.8%), Johor (10.1%) danSelangor (11.1%)

Page 6: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

6Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

Jadual 2 : Latar Belakang Responden (n = 3,558)

Latar Belakang Peratus

a. Jantina :Lelaki 52.2

Perempuan 47.8

b. Bangsa :Melayu 74.6

Bumiputera Sabah/Sarawak 8.8Cina 12.1India 3.4

Lain-lain 1.0

c. Pendapatan Keluarga :Kurang dari RM500 18.4

RM501 - RM1000 30.7RM1001 - RM2000 27.8

RM 2001 - RM3000 10.4RM3001 ke atas 12.7

d. Negeri Dibesarkan :Johor 10.1

Kedah 8.3Kelantan 12.8

Melaka 3.1Negeri Sembilan 3.9

Pahang 7.3Penang 4.6

Perak 9.7Perlis 1.2

Selangor 11.1Terengganu 8.3

Sabah 7.0Sarawak 7.0

Wilayah Persekutuan 5.6

Pelajar IPT yang Terlibat dengan Dadah

Seramai 10 daripada 3,558 didapati ujian air kencingnya positif.Berdasarkan ujian binomial, bolehlah dirumuskan bahawa daripada 1,000pelajar tahun pertama di IPT, hanya dua orang sahaja yang terlibat dalampenyalahgunaan dadah (nilai p=0.004). Profil 10 responden yang ujian airkencingnya positif ialah seperti dalam Jadual 3:

Page 7: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

Kajian Pengaruh Dadah di Kalangan Pelajar Baru Institusi Pengajian Tinggi

7Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

Pelajar lelaki yang terlibat ialah enam dan perempuan ialah empatorang. Dari segi bangsa, empat orang ialah Melayu, tiga bumiputeraSabah/Sarawak, dua India dan seorang Cina. Seramai tujuh daripada 10(70%) yang didapati ujian air kencing positif datang daripada keluargayang berpendapatan RM1001 - 2000.

Berdasarkan negeri asal, tiga pelajar datang dari Sarawak, masing-masing dua dari Perak dan Selangor dan masing-masing satu dari Kedah,Terengganu dan Sabah.

Jenis dadah yang didapati positif ialah tiga orang AMP(amphetamine), masing-masing dua THC (Ganja/Marijuana), MET(methamphetamine) dan kombinasi THC dengan OPI (Opium). Seorangpositif untuk kombinasi AMP dengan THC.

Jadual 3 : Profil Responden yang Positif Ujian Kencing

Latar Belakang N (10)a. Jantina :

Lelaki 6Perempuan 4

b. BangsaMelayu 4

Bumiputera Sabah/Sarawak 3Cina 1India 2

c. Pendapatan KeluargaRM500 - 1000 3

RM1001 - 2000 7d. Tempat Tinggal :

Tingkatan 4-5Asrama 1

Rumah Sewa -Ibu bapa/penjaga 8

Tingkatan 6/MatrikulasiAsrama 2

Rumah Sewa -Ibu bapa/penjaga 7

e. Negeri AsalKedah 1Perak 2

Selangor 2Terengganu 1

Sabah 1Sarawak 3

Page 8: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

8Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

f. Jenis DadahTHC 2AMP 3MET 2OPI -

Kombinasi AMP&THC 1Kombinasi THC&OPI 2

Pengetahuan, Pengalaman dan Rakan yang Terlibat dengan Dadah

Berdasarkan maklumat dalam Jadual 4, tidak semua pelajar tahunpertama tahu akan kesan mengambil dadah kecuali pil ecstasy (70.3%),ganja (60.4%) dan heroin (53,8%). Pelajar tahun pertama kurangpengetahuan tentang kesan dadah kodein (17.4%) dan depresen (19.9%).

Responden yang pernah memegang atau menyentuh dadah danmengetahui bahawa rakannya mereka terlibat adalah golongan yangberisiko tinggi.

Empat jenis dadah yang paling ramai pelajar tahun satu pernahpegang dan sentuh ialah pil ecstasy (2.7%), ganja (2.6%), pil kuda (yaba)(1.5%) dan syabu (1.5%). Bagi yang mengenali rakan mereka terlibatdengan pula menunjukkan bahawa dadah yang digunakan adalah empatjenis dadah yang sama.

Jadual 4 : Pengetahuan Kesan, Pengalaman danPenglibatan Rakan dalam Dadah

JENIS Tahu Pernah Sentuh/ Ada RakanDADAH Kesan Pegang TerlibatPil Ecstasy 70.3% 2.7% 7.7%

Ganja 60.4% 2.6% 10.1%

Heroin 53.8% 0.9% 2.4%Candu 48.9% 0.8% 2.6%

Pil kuda (Yaba) 43.9% 1.5% 5.1%Syabu 40.0% 1.5% 5.4%

Morfin 38.6% 0.8% 1.2%Depresen 19.9% 0.7% 1.2%

Kodein 17.4% 1.1% 0.9%

Page 9: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

Kajian Pengaruh Dadah di Kalangan Pelajar Baru Institusi Pengajian Tinggi

9Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

Pelajar Berisiko Tinggi

Walaupun bilangan pelajar IPT yang terlibat dalampenyalahgunaan dadah berdasarkan keputusan air kencing ialah 0.02%(dua dalam 1000), dapatan kajian juga menunjukkan secara tidaklangsung pelajar tahun pertama juga berisiko tinggi. Berdasarkan kepadamaklumat dalam Jadual 5, hanya seramai 1893 (53.3%) tahu akan bahayaempat daripada sembilan jenis dadah yang biasa disalahgunakan.

Seramai 328 (6.4%) pernah menyentuh sekurang-kurangnya satudaripada sembilan jenis dadah yang biasa disalahgunakan. Juga, seramai595 (16.8%) mengenali rakannya pernah mengambil sekurang-kurangnyasatu daripada sembilan jenis dadah yang biasa disalahgunakan.

Jadual 5 : Responden Berisiko Tinggi

Bilangan Jenis Dadah Bilangan Jenis Dadah yang Tahu Kesanyang Tahu Kesan Tiada 1 2 3 4

Lelaki Bilangan 496 117 136 132 974% 26.7% 6.3% 7.3% 7.1% 52.5%

Perempuan Bilangan 346 125 138 168 919% 20.4% 7.4% 8.1% 9.9% 54.2%

Jumlah Bilangan 842 242 274 300 1893% 23.7% 6.8% 7.7% 8.4% 53.3%

Bilangan Jenis Dadah Bilangan Jenis Dadah Pernah Disentuhyang Pernah Disentuh Tiada 1 2 3 4

Lelaki Bilangan 1691 90 42 14 18% 91.2% 4.9% 2.3% .8% 1.0%

Perempuan Bilangan 1632 40 13 5 6% 96.2% 2.4% .8% .3% .4%

Jumlah Bilangan 3323 130 55 19 24% 93.6% 3.7% 1.5% .5% .7%

Rakan Terlibat Dengan Rakan Terlibat (Bilangan Jenis Dadah)Bilangan Jenis Dadah Tiada 1 2 3 4

Lelaki Bilangan 1436 192 100 62 65% 77.4% 10.4% 5.4% 3.3% 3.5%

Perempuan Bilangan 1520 91 51 14 20% 89.6% 5.4% 3.0% .8% 1.2%

Jumlah Bilangan 2956 283 151 76 85% 83.2% 8.0% 4.3% 2.1% 2.4%

Page 10: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

10Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

RUMUSAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian, kesimpulan yang boleh dibuat ialahhanya 10 daripada 3,558 orang pelajar tahun pertama IPT, positif ujianair kencingnya. Oleh itu, hanya dua dalam seribu (0.02%) terlibat secaraaktif dalam penyalahgunaan dadah.

Berdasarkan profil pelajar yang ujian air kencingnya positif,mereka datang daripada keluarga sederhana dan negeri berisiko tinggi.Walaupun banyak kempen yang dijalankan dalam menerangkan bahayadadah, tidak ramai pelajar yang tahu akan kesan menggunakan sembilanjenis dadah yang biasa digunakan oleh penagih dadah.

Berpandukan maklumat daripada responden tentang pernahmenyentuh dadah dan mengenali rakan yang pernah mengambil dadahadalah membimbangkan dan perlu diambil tindakan.

CADANGAN

Oleh kerana ini satu kajian penerokaan dan dikendalikan terhadappelajar tahun pertama maka dicadangkan agar kajian berterusan danberkala kepada pelajar pelbagai peringkat dijalankan. Maklumat yangdiperoleh dapat membantu dalam merancang pelan tindakan yang lebihefektif, efisien dan menjimatkan kos serta tenaga.

Ujian air kencing secara berkala hendaklah dilakukan oleh pihakberkuasa IPT. Jika boleh, kuasa untuk mewajibkan pihak berkuasa IPTmenjalankan ujian ini hendaklah diberikan oleh pihak yang berkenaan.

Oleh kerana pelajar masih tidak mengetahui kesanpenyalahgunaan sembilan jenis dadah yang biasa digunakan olehpenagih dadah, kempen yang berterusan hendaklah dijalankan di IPT.

Satu mekanisme perlu diwujudkan untuk mengurangkan risikopelajar terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Oleh itu, agensi sepertiAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis dan Pertubuhan BukanKerajaan (NGO) perlu bekerjasama bagi mengurangkan pelajar IPTdaripada terdedah dengan bahaya ini.

Page 11: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

Kajian Pengaruh Dadah di Kalangan Pelajar Baru Institusi Pengajian Tinggi

11Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

LAMPIRAN

SOAL SELIDIK KAJIAN PENGARUH DADAH DI IPT

A BIODATA (Bulatkan atau isikan ruang berkenaan)

1. Jantina 1. Lelaki 2. Perempuan

2. Bangsa 1. Melayu 2. Bumiputera Sabah/Sarawak3. Cina 4. India 5. Lain-lain

3. Tempat tinggal semasaa. Tingkatan 1 – 3

1. Asrama 2. Rumah Sewa 3. Ibu bapa/penjaga

b. Tingkatan 4 – 51. Asrama 2. Rumah Sewa 3. Ibu bapa/penjaga

c. Tingkatan 6 / Matrikulasi1. Asrama 2. Rumah Sewa 3. Ibu bapa/penjaga

d. Di Universiti1. Asrama 2. Rumah Sewa 3. Ibu bapa/penjaga

4. Pendapatan Bulanan Keluarga : RM ____________

5. IPT :

6. Negeri dibesarkan **

* **Kod IPTA Kod Negeri

01 UM 01 Johor02 UKM 02 Kedah03 USM 03 Kelantan04 UPM 04 Melaka05 UTM 05 Negeri Sembilan06 UUM 06 Pahang07 UIAM 07 Penang08 UNIMAS 08 Perak09 UMS 09 Perlis10 UiTM 10 Selangor11 UPSI 11 Terengganu12 KUiTTHO 12 Sabah13 KUSTEM 13 Sarawak14 KUIM 14 Wilayah Persekutuan.15 KUTKM16 KUKTEM17 KUKUM18 UTP19 MMU20 UNITEN

Page 12: 1 Kajian Pengaruh Dadah (ok) - adk.gov.my · PDF fileMETODOLOGI Pendekatan Kajian Kajian ini adalah satu kajian penerokaan dan ianya menggunakan pendekatan deskriptif. ... Perak 9.7

JURNAL ANTIDADAH MALAYSIAJURNAL ANTIDADAH MALAYSIA

12Profesor Dato’ Dr. Kamarusin Husin, Profesor Dr. Abd Majid Mohd Isa, ProfesorMadya Abdull Halim Abdul, Huzili Hussin & Mohd Amran Hasan , m/s 1-12

B. PENGETAHUAN/PENGALAMAN BERKENAAN DADAH

1. Berdasarkan jenis dadah yang disenaraikan di bawah adakah anda tahukesannya, pernah lihat atau pegangnya dan adakah terdapat di kalanganrakan anda yang pernah terlibat/menggunakannya? (Tandakan diruang berkenaan).

Jenis Pengetahuan Pernah RakanDadah Kesan Sentuh/Pegang Terlibat

Tahu Tak Tahu Ya Tidak Ada TiadaCanduDepresenGanjaHeroinKodeinMorfinPil EcstacyPil Kuda

Syabu

C. FAKTOR PENDORONG

2. Banyak faktor dikatakan mendorong remaja/belia mengambil dadah.Sila nyatakan pandangan anda tentang faktor berikut. (Bulatkan nomborberkenaan)

Sangat Tak Tak SangatPenting Penting Pasti Penting Tak Penting

a. Perasaan ingin tahu 1 2 3 4 5

b. Pengaruh rakan 1 2 3 4 5

c. Secara tak sengaja 1 2 3 4 5

d. Masalah keluarga/tempat tinggal 1 2 3 4 5

e. Mengatasi tekananhidup/jiwa 1 2 3 4 5

f. Seronok-seronok 1 2 3 4 5

Kegunaan Urus Setia

Keputusan (1. Positif 2. Negatif)

Jenis: