Ceramah kepimpinan-peranan-pengawas-sekolah-091031090825-phpapp01
1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas
-
Upload
syuhada-ar -
Category
Documents
-
view
2.383 -
download
220
Transcript of 1 Laporan Kem Kepimpinan Pengawas
SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA
47810 PETALING JAYA
SELANGOR
LAPORAN
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
SABTU
24 MAC 2012
ANJURAN
UNIT DISIPLIN & PENGAWAS
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA
NAMA PROGRAM : KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012
HARI : SABTU
TARIKH : 24 MAC 2012
TEMPAT : DEWAN SRIKANDI, SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA
PESERTA : PENGAWAS (TAHUN 2, 3, 4, 5 & 6)
1.0 PENGENALAN
Kursus Kepimpinan Pengawas ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan nilai-nilai
kepimpinan dan pembangunan sahsiah di kalangan para pengawas sekolah. Secara umumnya,
kursus ini juga berbentuk “Experienial Learning” untuk membuka minda dan menimba
pengalaman di samping memupuk nilai sahsiah diri yang unggul di kalangan para peserta dalam
usaha untuk meningkatkan kualiti, kecemerlangan minda, prestasi kerja dan jati diri. Kursus ini
juga dapat menggembeleng usaha ke arah peningkatan dan pembangunan sahsiah diri serta
aspek ketahanan mental di kalangan kepimpinan pelajar muda.
2.0 KEKUATAN
2.1 Fasilitator
Perlaksanaan modul telah dikelolakan oleh fasilitator luar yang telah dilantik oleh pihak
sekolah dan berjalan dengan lancar. Manakala, guru pembimbing unit disiplin dan pengawas pula
bertindak membantu fasilitator luar yang dilantik semasa aktiviti modul dijalankan serta
memastikan perjalanan program berjalan lancar. Secara keseluruhannya, fasilitator telah
menyampaikan modul dengan berkesan kepada para peserta kursus kepimpinan pengawas ini.
2.2 Peserta
Murid-murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 telah terlibat sepenuhnya seperti yang telah dirancang.
Semua murid amat teruja dan memberikan kerjasama dengan baik sepanjang program ini
dijalankan seperti berkumpul awal di Dewan Sri Kandi dan membawa alatan yang diperlukan
semasa program berlangsung. Para pengawas juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan jitu
terhadap kursus kepimpinan pengawas ini dan hampir 98% para pengawas sekolah telah
menghadiri kursus ini. Kebanyakkan peserta memberi respon yang positif terhadap kursus
kepimpinan pengawas ini dan menyatakan kursus ini perlu diadakan pada setiap tahun dan
keinginan untuk mengikutinya lagi.
2.3 Modul
Para peserta disediakan modul kursus kepimpinan pengawas ini semasa program
berlangsung terlebih dahulu. Hal ini membantu para peserta untuk lebih memahami modul yang
akan dilaksanakan dan mempunyai bahan kursus selain catatan sendiri semasa mengikuti kursus
kepimpinan pengawas ini. Selain itu, modul yang disediakan juga tidak tertumpu kepada bahan
slaid atau ceramah berkaitan kepimpinan pengawas sahaja malah modul ini juga mengandungi
latihan stimulasi atau praktikal yang boleh dipraktikan oleh pengawas dalam meningkatkan jati diri
sebagai seorang pengawas dan mempunyai disiplin serta sahsiah diri yang baik.
3.0 KELEMAHAN
3.1 Kelewatan kursus bermula
Kursus kepimpinan pengawas ini bermula agak lewat daripada masa yang telah dirancang
berikutan fasilitator yang tersesat mencari lokasi sekolah. Kursus bakal bermula pada pukul 8.30
pagi seperti yang dirancang dalam tentatif program namun berikutan hal yang tidak dapat
dielakkan kursus ini telah bermula agak lewat sejam daripada masa yang telah dijadualkan.
3.2 Modul
Modul yang disediakan turut mengandungi modul yang tidak selaras dengan matlamat
kursus kepimpinan pengawas iaitu terdapat modul teknik belajar kepada para peserta. Kursus ini
dirancang awal bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pengawas tentang disiplin dan
jati diri sebagai seorang pengawas atau pemimpin pelajar di sekolah yang harus mereka contohi
dan teladani serta praktikkan kepada para murid yang lain.
3.3 Keterlibatan guru dalam program
Sepanjang program ini berlangsung didapati guru-guru unit disiplin & pengawas kurang
dilibatkan dalam modul kursus kepimpinan pengawas ini. Guru-guru tidak dapat menunjuk ajar
atau memberi contoh teknik atau teladan kepada para pengawas untuk dicontohi dalam
menangani kes-kes didiplin oleh murid-murid di sekolah.
4.0 PENAMBAHBAIKKAN
4.1 Kelewatan kursus bermula
Fasilitator boleh dimaklumkan lebih awal tentang lokasi sekolah dan penyelaras program
juga boleh meminta fasilitator untuk lebih menepati masa program yang telah ditetapkan agar
program yang dirancang ini dapat dimulakan tepat pada masanya.
4.2 Modul
Modul yang disediakan juga hendaklah selaras dengan matlamat program dan fasilitator
boleh mengubahsuai modul tersebut dengan sasaran program yang dikehendaki oleh penganjur.
Penganjur juga boleh memaklumkan akan matlamat atau sasaran program yang ingin
dilaksanakan.
4.3 Keterlibatan guru
Guru-guru Unit Dispilin & Pengawas perlu dilibatkan dalam modul kursus kepimpinan
pengawas ini dan dicadangkan untuk program kursus kepimpinan pengawas yang akan datang
perlu diadakan slot khas untuk para guru menunjukkan contoh bagaimana untuk menangani kes-
kes kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid kepada pengawas dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka seharian.
5.0 KESIMPULAN
Kursus Kepimpinan Pengawas Tahun 2012 ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan
kepada murid-murid seperti meningkatkan dispilin diri yang utuh dan kemahiran komunikasi yang boleh
para pengawas pelajari. Oleh itu, program ini amat perlu diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang berbeza
dan lebih menarik kerana bukan sahaja amat membantu pembangunan diri murid-murid itu sendiri malah
memberi pendedahan idea kepada para pengawas tentang kepimpinan yang harus mereka contohi dan
teladani selain meningkatkan jati diri sebagai seorang pengawas serta mempraktikkan disiplin yang baik.
Disediakan oleh :
...........................................................(PN. HUSNA MAHIRAH BINTI HASAN)Setiausaha Unit Disiplin & PengawasSK Seksyen 11 Kota Damansara
Disahkan oleh :
.................................................(DATIN JAYANTHI A/P DEVAN)Penolong Kanan HEMSK Seksyen 11 Kota Damansara
Disemak oleh :
.......................................................(PN. MUSALMAH BINTI AB. GHANI)Guru BesarSK Seksyen 11 Kota Damansara
GAMBAR PROGRAM
Para pengawas telah berkumpul di dewan pada pukul 8.00 pagi
Datin Jayanthi sedang menyampaikan pesanan kepada para pengawas
Fasilitator sedang menyampaikan modul program
Peserta melakukan aktiviti untuk slot 1
Fasilitator sedang bertanyakan sesuatu kepada peserta
Perserta sedang membaca ak modul yang telah disediakan
Para peserta kelihatan gembira mengikuti kursus kepimpinan pengawas ini
Para peserta sedang membuat latihan stimulasi
Para peserta sedang membuat latihan dalam kumpulan kecil
Para peserta diakhiri program dengan mengikuti lagu Gemuruh yang membawa penuh pengertian dan semangat