1. NAMA - msnt.gov.my bola sepak.pdf · i. Bagi acara berpasukan seperti hoki dan bola sepak,...

48
1

Transcript of 1. NAMA - msnt.gov.my bola sepak.pdf · i. Bagi acara berpasukan seperti hoki dan bola sepak,...

1

2

1. NAMA1.1. Kejohanan ini dinamakan Sukan Terengganu atau ringkasannya ‘SUTERA’ 2019.

2. PENGELOLAAN 2.1. SUTERA ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan Daerah, Pejabat-Pejabat Daerah, Persatuan-Persatuan Sukan dan Pihak Kerajaan Negeri serta pihak-pihak swasta.

3

3.2. Sukan Pilihan

4

4. PENYERTAAN 4.1. Hanya Warganegara Malaysia, Rakyat Negeri Terengganu

dan atlet-atlet pelajar yang berasal dari Negeri Terengganu sahaja yang layak bertanding dalam SUTERA. Rakyat Negeri Terengganu ditakrifkan sebagaimana perkara- perkara di bawah :-

4.1.1. Atlet yang memiliki Kad Pengenalan Negeri Terengganu (KOD 11 dan 46).

4.1.2. Salah seorang daripada ibubapa yang berasal dari Negeri Terengganu dan mempunyai kad pengenalan Rakyat Negeri Terengganu (KOD 11 dan 46).

4.1.3. Penduduk negeri lain tetapi telah mendapat perkenan DYMM Sultan Terengganu melalui Borang “F I” Undang- Undang Taraf Kebangsaan Negeri Terengganu ( Peraturan 8[I]).

4.1.4 Jika terdapat atlet-atlet yang bukan berasal dari Negeri Terengganu yang ingin bertanding dalam SUTERA, perlu menetap dan bermastautin di Negeri Terengganu sekurang-kurangnya dua (2) tahun serta boleh mewakili Negeri Terengganu pada Temasya SUKMA yang akan datang.

5

4.2. SUTERA terbuka kepada pasukan daerah-daerah dalam Negeri Terengganu dan kontinjen yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk SUTERA sebagai jemputan.

4.3. Syarat umur atlet adalah seperti di PERKARA 3.

4.4. Tiap-tiap jenis sukan atau disiplin yang ditetapkan hanya akan dipertandingkan apabila disertai oleh sekurang-kurangnya 5 kontinjen.

4.5. Setiap acara dalam satu jenis sukan tidak akan dipertandingkan jika disertai oleh kurang dari 5 kontinjen. Bagaimanapun bagi acara sukan yang mempunyai kategori atau kelas mengikut beratan penyertaan minima 4 daerah dibenarkan untuk dipertandingkan bagi 2 acara beratan yang tertinggi.

4.6. Jawatankuasa Induk berhak untuk menentukan keputusan acara menentukan sukan dan acara-acara yang tidak memenuhi syarat di atas untuk dipertandingkan juga atas alasan kepentingan negeri.

4.7. Atlet Kebangsaan yang telah layak atau pernah bertanding di Sukan Olimpik dan Sukan Asia adalah TIDAK LAYAK mengambil bahagian, manakala bagi Sukan SEA pula mana-mana atlet yang pernah memenangi pingat emas adalah tidak dibenarkan mengambil bahagian manakala lain-lain pingat dikenakan syarat-syarat tertentu seperti berikut :-

i. Bagi acara berpasukan seperti hoki dan bola sepak, sesebuah pasukan tidak boleh mendaftarkan lebih dari dua (2) pemain kebangsaan. kedua-dua pemain tersebut dibenarkan bermain dalam satu masa kecuali sukan Sepak Takraw. Hanya satu (1) pemain kebangsaan dibenarkan bermain dalam suatu masa.

ii. Bagi acara individu, seseorang atlet tidak dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu (1) acara perseorangan dan satu (1) acara berpasukan/relay seperti bagi sukan olahraga.

4.8. Tiap-tiap daerah atau kontinjen dikehendaki mengemukakan borang penyertaan mengikut jenis sukan kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 31 Mac 2019.

6

4.9. Jawatankuasa Pengelola akan memaklumkan kepada semua kontinjen daerah jumlah bilangan pasukan, jenis sukan dan disiplin yang akan dipertandingkan secara terperinci setelah menyemak senarai pendaftaran selewat-lewatnya 30 April 2019.

4.10. Borang-borang penyertaan yang lengkap dengan nama atlet dan lain-lain maklumat yang diperlukan hendaklah dikemukakan oleh daerah atau kontinjen kepada pihak pengelola tidak lewat daripada 1 Julai 2019. Pertukaran atlet TIDAK dibenarkan dan TIDAK boleh dibuat selepas tarikh tersebut kecuali dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk SUTERA 2019.

5. BILANGAN PEGAWAI / PESERTA5.1. Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan ialah seperti berikut.

6. PENDAFTARAN6.1. Tiap-tiap kontinjen bagi setiap jenis sukan hendaklah mendaftarkan nama-nama pegawai dan atlet masing-masing dengan Jawatankuasa Pengelola melalui Majlis Sukan Daerah tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

7

6.2. Delegation Registration Meeting (DRM) akan diadakan sebelum kejohanan berlangsung di mana tarikh tersebut akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Sebarang pertukaran atlet tidak boleh dibuat kecuali bagi atlet yang mengalami kecederaan dengan disertakan bukti-bukti pengesahan perubatan.

7. KAWALAN PERUBATAN 7.1. Kawalan Doping Semua peserta dalam sesuatu jenis sukan sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan/Antarabangsa adalah dikehendaki menjalani ujian perubatan. Para peserta hendaklah mengemukakan Sijil atau Surat Pengesahan Doktor kepada Jawatankuasa Pertandingan. Pemeriksaan hendaklah dibuat ditempat masing- masing sebelum datang ke pertandingan.

8. PERATURAN TEKNIK / CORAK PERTANDINGAN8.1. Majlis Sukan Negeri Terengganu melalui perundangan dengan Persatuan Sukan Kebangsaan/Negeri berkenaan akan menetapkan corak pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam SUTERA.

8.2. Semua jenis sukan / acara akan dikelolakan selaras dengan Peraturan Badan Kawalan Sukan Antarabangsa yang berkenaan. Jika terdapat percanggahan dari segi pentafsiran, maka pengertian sahih akan dirujuk kepada peraturan dalam Bahasa Inggeris.

8.3. Semua pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan hendaklah selesai dipertandingkan mengikut tempoh SUTERA 2019 seperti yang telah ditetapkan Perkara 10.1 atau pada tempoh yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.4. Penetapan bilangan kumpulan bagi tiap-tiap jenis sukan akan dibuat mengikut amalan Persatuan Sukan Kebangsaan atau Badan Kawalan Sukan Antarabangsa masing-masing dan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Teknikal SUTERA dalam ini adalah muktamad.

8.5. Sistem pertandingan untuk setiap jenis sukan adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Teknikal SUTERA 2019 dan keputusannya adalah muktamad.

9. TEMPOH PENGELOLAAN / JADUAL PERLAWANAN9.1. SUTERA 2019 akan diadakan pada 5 hingga 9hb. September 2019. Tempoh rasmi pengelolaan untuk SUTERA 2019 ialah 5 hari.

8

9.2. Upacara perasmian pembukaan dan penutup SUTERA akan diadakan oleh pihak penganjur Majlis Sukan Negeri Terengganu.

9.3. Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola SUTERA 2019.

10. PENANGGUHAN10.1. Tarikh, masa, tempat perlawanan dan corak pertandingan setiap sukan yang telah ditetapkan/dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta penangguhan atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

10.2. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah jadual sesuatu perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu atau diputuskan serta merta.

10.3. Bagi perlawanan yang ditangguhkan menurut perkara 10.2 di atas, Jawatankuasa Teknikal bagi sukan berkenaan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu dan hendaklah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Teknikal SUTERA atau Jawatankuasa Pengelola SUTERA. Keputusan Jawatankuasa Teknikal SUTERA atau Jawatankuasa Pengelola SUTERA dalam hal ini adalah muktamad.

11. KEMUDAHAN11.1 Jawatankuasa Pengelola akan bertanggungjawab untuk menyediakan peralatan pertandingan. Manakala segala urusan lain adalah di bawah tanggungjawab daerah masing-masing.

11.2. Pakaian seragam dan peralatan peserta seperti jersi, kasut, alat perlindung dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab kontinjen masing-masing.

11.3. Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengemukakan senarai kemudahan/tempat pertandingan dan senarai peralatan sukan yang akan digunakan untuk tujuan pertandingan dan mendapat pengesahan daripada Persatuan Sukan Negeri.

12. INSURAN DAN GANTIRUGI 12.1. Kontinjen yang bertanding adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan Ahli Kontinjen masing- masing.

12.2. Setiap Majlis Sukan Daerah dan Kontinjen diwajibkan untuk mendapatkan lindungan insuran yang bersesuaian bagi setiap atlet dan pegawai kontinjen masing-masing.

9

13. PENGURUS PERTANDINGAN DAN DELEGAT TEKNIKAL13.1. Persatuan Sukan Negeri bagi tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan akan melantik dengan rasminya seorang Pengurus Pertandingan. Pengurus pertandingan adalah bertanggungjawab untuk menentukan segala persiapan teknikal dan pertandingan disediakan dan dilaksanakan mengikut Peraturan Tetap dan Peraturan AM serta panduan-panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola.

13.2. Majlis Sukan Negeri Terengganu akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-Delegat Teknikal dan Pegawai-Pegawai teknikal setelah berunding dengan Persatuan Sukan Negeri bagi tiap-tiap jenis sukan. Tanggungjawab Ketua Delegat Teknikal ialah seperti berikut :-

i) Mencadangkan kepada Majlis Sukan Negeri pegawai- pegawai teknikal dan pengadil/hakim bertauliah yang akan bertugas sepanjang kejohanan berlangsung.

ii) Melawat dan mengesahkan tempat-tempat pertandingan supaya sesuai digunakan untuk pertandingan SUTERA.

iii) menyemak dan mengesahkan jadual-jadual pertandingan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola setelah berbincang dengan Persatuan Negeri masing-masing.

iv) Menentukan semua pertandingan dijalankan mengikut peraturan/jadual pertandingan yang ditetapkan.

v) Menentukan giliran tugasan pegawai-pegawai teknikal seperti pengadil/hakim.

13.3. Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakan laporan bersama-sama dengan laporan pengadil atau hakim mengenai semua aduan dan rayuan yang dibuat dan diputus semasa SUTERA dan juga atlet atau pegawai pasukan yang telah digantung daripada menyertai satu atau kesemua pertandingan bagi sukan berkenaan semasa SUTERA dijalankan kepada Persatuan Sukan Negeri masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

14. JURI TEKNIKAL SUKAN DAN JURI RAYUAN TERTINGGI14.1. Setiap Persatuan Sukan Negeri yang terlibat, setelah berunding dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu hendaklah menubuhkan sebuah Juri Teknikal Sukan dan menamakan Juri Teknikal tersebut

10

bagi tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan untuk mengambil tindakan dan membuat keputusan mengenai aduan, bantahan atau rayuan yang dibuat semasa SUTERA berlangsung.

14.2. Juri Teknikal Sukan mesti dipengerusikan oleh Ketua Delegat Sukan berkenaan dan tidak lebih 4 orang ahli panel lain. Juri Teknikal Sukan berkenaan mesti berunding dan membuat keputusan mengenai semua aduan, bantahan atau rayuan dibuat dalam tempoh tidak lewat dari 1 jam dari masa surat bertulis berkenaan diterima oleh Ketua Delegat Teknikal.

14.3. Mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan Juri Teknikal Sukan berkenaan boleh membuat rayuan kepada Juri Rayuan Tertinggi yang ditubuh dalam perkara 14.4 dibawah ini.

14.4. Semasa SUTERA berlangsung, tugas-tugas Jawatankuasa Rayuan akan dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan Tertinggi yang dilantik oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri dan anggota-anggota Juri Rayuan Tertinggi terdiri daripada tidak kurang daripada lima (5) orang dan tidak lebih dari tujuh (7) orang ahli seperti berikut :-

Pengerusi : Pengarah Majlis Sukan Negeri TerengganuAhli-ahli : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola : Pengerusi Jawatankuasa Teknikal : Dua orang Pengerusi Majlis Sukan Daerah atau wakilnya yang tidak terlibat dengan kes rayuan. : Pengerusi Jawatankuasa Rayuan berhak untuk memilih maksima 2 orang lagi yang difikirkan sesuai jika perlu. Jawatankuasa Juri Rayuan tertinggi mestilah bersidang dalam masa tidak kurang daripada 24 jam selepasa menerima bantahan rasmi bertulis.

14.5. Juri Rayuan Tertinggi akan membuat keputusan muktamad berkenaan dengan semua aduan, bantahan atau rayuan dan perkara lain berhubung dengan pengelolaan SUTERA serta merta selepas diterima surat bertulis berkenaan. Pengerusi Majlis Sukan Daerah atau Ketua Kontinjen atau wakilnya boleh mengemukakan soalan-soalan kepada juri-juri ini. Selain daripada itu, Juri Rayuan Tertinggi ini juga boleh membuat keputusan dalam semua perkara,

termasuk hal-hal teknikal yang dianggap sesuai oleh juri ini.

11

15. RAYUAN/BANTAHAN15.1. Sebarang aduan, bantahan atau soalan mengenai sesuatu perkara samada kepada Juri Teknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi mesti dibuat Pengurus Pasukan atau Ketua Kontinjen secara bertulis dan ditanda tangan dengan cop Majlis Sukan Daerah berkenaan kepada Juri Teknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi dengan disertakan wang tunai sebanyak RM 500.00 sebagai wang pertaruhan.

15.2. Setiap aduan, bantahan atau rayuan kepada Juri Jawatankuasa Teknikal Sukan mesti dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam peraturan pertandingan sukan masing-masing, tetapi hendaklah tidak melebihi daripada 1 jam selepas tamat perlawanan.

15.3. Sekiranya aduan bantahan atau rayuan itu munasabah dan diterima oleh Juri Teknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi, wang pertaruhan akan dikembalikan.

15.4. Juri Teknikal Sukan berhak untuk memanggil mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan dapat membantu untuk memberI maklumat atau keterangan yang berkaitan tetapi individu tersebut tidak berhak untuk sama-sama membuat keputusan terhadap rayuan.

16. DISIPLIN16.1. Setiap Persatuan Sukan Negeri yang terlibat mesti menubuhkan sebuah Jawatankuasa Disiplin bagi mengendalikan kes-kes disiplin di kalangan pegawai dan atlet semasa SUTERA berlangsung.

16.2. Di samping itu, MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU akan melantik sebuah Lembaga Disiplin bagi mengendalikan segala kes disiplin dan salahlaku yang membabitkan para pegawai serta atlet yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Persatuan Sukan Negeri masing-masing. Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap disiplin semua pegawai kontinjen (termasuk pegawai tambahan) yang berdaftar dengan Urusetia SUTERA. Keahlian Lembaga Disiplin adalah seperti berikut :-

Pengerusi : Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ahli-ahli : 5 orang Ketua Kontinjen atau wakilnya : seorang wakil daripada persatuan yang terlibat

16.3. Pihak Lembaga Disiplin berhak untuk memanggil mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan dapat membantu memberikan

maklumat atau keterangan yang berkaitan.

12

17. HADIAH-HADIAH17.1. Hadiah-hadiah untuk SUTERA akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

17.2. Pingat-pingat emas, perak dan gangsa untuk pemenang- pemenang pertama, kedua dan ketiga.

18. KEWANGAN18.1. Jawatankuasa Pengelola iaitu Majlis Sukan Negeri Terengganu atau Majlis Sukan Daerah yang menjadi tuan rumah akan diperuntukkan sejumlah wang bagi tujuan pengelolaan dan bertanggungjawab menyediakan penyata akuan tidak lewat daripada 2 bulan selepas SUTERA semasa berakhir.

19. PERKARA AM19.1. Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Induk berhak membuat keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit yang tidak tercatat dalam Peraturan AM.

19.2. Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Induk adalah muktamad.

19.3. Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Pengurus- Pengurus Pasukan bagi setiap jenis sukan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah asalkan ia tidak bercanggah dengan Peraturan Tetap dan Peraturan AM SUTERA serta Majlis Sukan Negeri.

19.4. Segala bantahan mengenai kelayakan atau kesahihan status atlet tidak boleh dibuat oleh mana-mana pihak setelah diterima dan disahkan oleh Jawatankuasa Induk ataupun selepas diputuskan dalam Mesyuarat Terakhir/Jawatankuasa Khas Teknikal.

19.5. Atlet-atlet seharusnya mewakili daerah asalnya. Atlet-atlet boleh mewakili daerah lain yang bukan daerah asalnya atas syarat-syarat berikut :

(i) a. Pengerusi Majlis Sukan Daerah berkenaan perlu memohon pelepasan daripada Pengerusi Majlis Sukan Daerah asal atlet terbabit, sekiranya permohonan diluluskan oleh Pengerusi Majlis Sukan Daerah terbabit, atlet tersebut boleh mewakili daerah berkenaan untuk SUTERA semasa sahaja.

(ii) b. Taraf bermastautin adalah berdasarkan kepada perwakilan atlet-atlet menyertai pertandingan-pertandingan dan/atau program-program kemajuan atlet berkenaan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri, Persatuan Sukan

13

Kebangsaan. Persatuan Sukan Negeri ataupun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri.

19.6. Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan berkenaan tidak boleh membangkitkan atau memutuskan mengenai kelayakan atau kesahihan status atlet.

19.7. Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa kelayakan atlet-atlet yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat atlet yang tidak layak menyertai sukan berkenaan, seperti yang tercatat di dalam Peraturan AM ini dan Peraturan Pertandingan sukan berkenaan tindakan berikut akan diambil :-

i. Pembatalan dari sukan itu. Jika atlet itu mewakili pasukan, pasukan akan dibatalkan dan jika atlet itu mengambil bahagian di dalam acara individu, penyertaan beliau akan dibatalkan. Jika pasukan/individu yang dibatalkan memenangi pingat, kemenangan tersebut dibatalkan.

ii. Pembatal mengikut 19.7 (i) di atas akan menyebabkan segala perbelanjaan pasukan/individu ditarik balik dengan serta merta dan jika perbelanjaan telah dikenakan kepada pasukan/individu itu, Majlis Sukan Daerah berkenaan dikehendaki membuat pembayaran balik jumlah tersebut

kepada Jawatankuasa Pengelola.

19.8 Tertakluk kepada Perkara 19.5, bagi kontinjen yang ingin mendaftarkan pelajar-pelajar Sekolah Sukan, kontinjen-kontinjen daerah berkenaan juga perlulah memohon dari pihak Pentadbiran Sekolah Sukan berkenaan tidak lewat dari empat belas (14) hari sebelum SUTERA berlangsung. Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada Pengetua Sekolah Sukan serta wakil daripada Majlis Sukan Negeri akan membuat ketetapan mengenai penyertaan atlet- atlet ini berdasarkan kepada beberapa aspek seperti negeri asal, daerah asal, bantuan yang diberikan oleh daerah berkenaan dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan kemajuan atlet berkenaan.

19.9. Tertakluk kepada perkara 19.4 dan 19.5 di atas, jika mana-mana atlet yang tidak didaftar oleh mana-mana daerah, atlet tersebut bebas bermain dengan daerah-daerah lain untuk SUTERA tahun semasa dengan syarat mendapat pelepas dari daerah asal atlet sepertimana perkara 19.5 (i).

Disediakan oleh :-Jawatankuasa Teknikal dan PertandinganSUTERA 2019.Sir/SUTERA

14

15

1. DEFINISI1.1. ‘ SUKAN TERENGGANU’ adalah bermaksud satu pertandingan beraneka jenis sukan (multi sport event) yang dipertandingkan antara daerah di Negeri Terengganu.

1.2. ‘SUTERA’ adalah merupakan singkatan yang akan digunapakai yang membawa maksud Sukan Terengganu.

1.3. ‘DAERAH’ bermaksud Majlis Sukan Daerah dan kontinjen- kontinjen yang dipersetujui oleh Majlis Sukan Terengganu.

1.4. ‘MAJLIS SUTERA’ bermaksud sebuah badan yang dilantik oleh EXCO Belia dan Sukan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Terengganu.

1.5. ‘JAWATANKUASA INDUK’ bermaksud Jawatan Tertinggi SUTERA bagi penyelarasan penyertaan kontinjen yang dilantik oleh EXCO Belia, Sukan dan NGO Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

1.6. ‘JAWATANKUASA PENGELOLA’ bermaksud Jawatankuasa yang dilantik untuk mengelolakan ‘SUTERA’.

1.7. ‘PENGERUSI’ bermaksud Pengerusi SUTERA

2. PRINSIP-PRINSIP ASAS2.1 ‘SUTERA’ adalah satu acara negeri di bawah anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu dan akan diadakan setiap dua (2) tahun dengan secara berselang seli dengan Temasya Sukan Malaysia dan setiap 2 tahun sekali bermula pada tahun 2019.

2.2 Arahan pengelolaan ‘SUTERA’ akan terletak hak kepada Majlis SUTERA.

2.3 Pengelolaan ‘SUTERA’ akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu pada tahun ganjil pertama bermula pada tahun 2019 dan kemudiannya akan diserahkan kepada Majlis- Majlis Sukan Daerah.

3. MAJLIS SUTERA3.1 Pengerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu hendaklah menjadi Pengerusi Majlis SUTERA.

3.2 Ahli-ahli Majlis SUTERA hendaklah dilantik oleh Pengerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu terdiri daripada yang berikut:-

a. TIMBALAN PENGERUSI, Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri

16

b. SETIAUSAHA KERAJAAN atau wakilnya.

c. PEGAWAI KEWANGAN Negeri Terengganu atau wakilnya.

d. Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atau wakilnya.

e. PENGARAH, Majlis Sukan Negeri Terengganu atau wakilnya.

f. PENGARAH, Jabatan Belia dan Sukan atau wakilnya.

g. PENOLONG SETIAUSAHA, Belia, Sukan dan NGO Terengganu atau wakilnya.

3.3 Ahli-ahli Majlis akan menjawat jawatan selama dua tahun kecuali Pengerusi. Ahli-ahli boleh dilantik semula.

3.4 Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang mengosongkan jawatan itu.

3.5 Tugas-tugas Majlis SUTERA ialah :-a. Majlis SUTERA sebagai sebuah organisasi bebas yang akan menetapkan perkara-perkara dasar dan Peraturan SUTERA.

b. Menjamin SUTERA dapat berjalan dengan lancar menurut masa yang ditetapkan.

3.6 Kuasa-kuasa Majlis SUTERA ialah: -

a. Pengerusi Majlis SUTERA berkuasa memanggil sesuatu mesyuarat apabila difikirkan perlu. Separuh daripada ahli Majlis SUTERA yang menghadiri mesyuarat adalah dikira sebagai korum.

b. SUTERA akan mempertandingkan maksimum 24 atau minimum 13 jenis sukan. Majlis SUTERA akan menetapkan senarai Sukan Wajib dan Sukan Pilihan untuk dipertandingkan.

c. Prosedur dan tarikh akhir pendaftaran penyertaan bagi pertandingan sukan dalam SUTERA ditetapkan oleh Majlis SUTERA.

d. Majlis SUTERA boleh menggantung daerah, pasukan, pegawai, jurulatih atau atlet yang melanggar peraturan

17

daripada mengambil bahagian di SUTERA yang berikutnya.

e. Majlis SUTERA mempunyai kuasa untuk menjemput atau menerima permohonan mana-mana negeri, Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Terengganu untuk bertanding dalam mana-mana acara sukan yang dipertandingkan dalam SUTERA sebagai peserta/ kontinjen jemputan jika difikirkan perlu.

f. Majlis SUTERA boleh mengarah atau menarik balik semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa- Jawatankuasa yang lain sekiranya difikirkan perlu.

4. JAWATANKUASA INDUK4.1 Jawatankuasa Induk hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan beberapa orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli yang dinyatakan dalam seksyen- seksyen kecil 4.2 dan 4.3.

4.2 Pengerusi Majlis SUTERA adalah Pengerusi Jawatankuasa Induk SUTERA, manakala Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk akan dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk setelah mendapat persetujuan daripada Ahli Mesyuarat Majlis SUTERA.

4.3 Ahli-ahli Jawatankuasa Induk yang lain hendaklah dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk SUTERA dan hendaklah terdiri dari yang berikut:-

a. Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu atau wakilnyab. Semua Yang Dipertua Majlis Sukan Daerah atau wakil

4.4 Tempoh jawatan bagi Ahli-ahli Jawatankuasa Induk kecuali Pengerusi ialah selama tempoh dua tahun. Ahli-ahli boleh dilantik semula.

4.5 Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang mengosongkan jawatan itu.

4.6 Tugas-tugas Jawatankuasa Induk ialah:-a. Memastikan SUTERA dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas dan perkara yang tercatat di dalam peraturan SUTERA.

18

4.7 Kuasa-kuasa Jawatankuasa Induk :-a. Pengerusi Jawatankuasa Induk berkuasa memanggil sesuatu mesyuarat apabila difikirkan perlu. Separuh daripada ahli Jawatankuasa Induk yang menghadiri mesyuarat adalah dikira sebagai korum.

b. Di dalam sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Induk, Pengerusi boleh menjemput wakil dari mana-mana badan yang berkaitan untuk menghadiri mesyuarat jika dengan kehadiran mereka dapat membantu Jawatankuasa.

c. Jawatankuasa Induk SUTERA bertanggungjawab untuk menyelaras persiapan dan mengemukakan maklum balas kontinjen-kontinjen serta hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

5. JAWATANKUASA PENGELOLA5.1 Jawatankuasa Pengelola SUTERA mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan beberapa orang ahli yang difikirkan perlu yang dilantik oleh Pengerusi Majlis SUTERA.

5.2 Tempoh perkhidmatan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengelola bermula dari tarikh ianya dilantik sehingga selesai pekerjaannya dan tidak lebih dari tarikh ‘SUTERA’ berikutnya diadakan.

5.3 Jawatankuasa Pengelola adalah bertanggungjawab dalam:-a. Menyediakan sepenuhnya pengelolaan ‘SUTERA’.b. Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dari masa ke semasa.c. Menubuh dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dengan mempunyai bidang tugas khusus dalam melaksanakan pengelolaan ‘SUTERA’.d. Pada amnya bertanggungjawab kepada Majlis SUTERA.

5.4 Tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola:-a. Majlis SUTERA menyerahkan segala tugas penganjuran SUTERA kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu sehingga satu tempoh yang diputuskan semula oleh Majlis SUTERA untuk dianjurkan secara bergilir antara Majlis Sukan Daerah-Daerah Terengganu.

19

b. Majlis SUTERA hendaklah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pengelola yang disahkan oleh pihak berkuasa negeri dan segala urusan Penganjuran SUTERA perlulah mendapat kerjasama Majlis SUTERA, Jawatankuasa Induk dan Persatuan Sukan Negeri supaya pengelolaan SUTERA dibuat mengikut peraturan- peraturan yang ditetapkan.

c. Jawatankuasa Pengelola adalah bertanggungjawab membuat segala persediaan yang perlu untuk SUTERA dan ianya adalah tertakluk kepada kelulusan Majlis SUTERA.

d. Jawatankuasa Pengelola hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada Persatuan Sukan Negeri dan tiap-tiap sukan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan.

6. JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL6.1 Jawatankuasa Khas Teknikal dipengerusikan oleh Penolong Setiausaha Kerajaan, Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.

6.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Teknikal yang lain adalah seperti berikut :

a. PENGARAH, Majlis Sukan Negeri Terengganu atau wakilnya

b. PRESIDEN/YANG DI PERTUA, Persatuan Sukan Negeri yang terlibat atau wakilnya

6.3 Jawatankuasa Khas Teknikal bertanggungjawab untuk mengendalikan segala aspek persiapan, persediaan dan pengurusan teknikal pertandingan semua sukan dalam SUTERA.

7. URUSETIA KEJOHANAN7.1 Urusetia Kejohanan yang bertugas sepenuh masa, dalam membantu mengelolakan ‘SUTERA’.

7.2 Urusetia Kejohanan adalah bertanggungjawab kepada Majlis SUTERA dan Jawatankuasa Pengelola.

8. PERATURAN PENGELOLAAN8.1 Majlis SUTERA akan menetapkan tarikh dan daerah di mana SUTERA berikutnya akan diadakan. Daerah/Agensi yang diamanahkan bagi mengelolakan SUTERA adalah

20

bertanggungjawab kepada Majlis SUTERA untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Pengelola bagi mengendalikannya.

8.2 Daerah/Agensi yang diberi penghormatan pengelolaan hendaklah memberi pengakuan bertulis atas kesanggupan bagi mengelolakan ‘SUTERA’.

8.3 ‘SUTERA’ hendaklah seboleh-bolehnya diadakan dua tahun sekali berselang-seli dengan SUKAN MALAYSIA

8.4 Tempoh perlaksanaan ‘SUTERA’ hendaklah tidak melebihi 7 hari termasuk masa untuk acara perasmian dan penutup

8.5 Majlis SUTERA akan menetapkan jumlah dan jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam SUTERA.

“Sesuai dengan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Terengganu maka inilah Jawatankuasa Pengelola SUKAN TERENGGANU ......................, 20.................. dengan segala hormatnya menjemput Daerah ........................ menyertai dalam pertandingan yang akan diadakan di .................... dari ...................... sehingga ......................

8.7 Semua dokumen seperti kad-kad jemputan, borang penyertaan, borang-borang teknik, program dan sebagainya, dicetak, diukir atau yang digunakan sewaktu ‘SUTERA’ mahupun lencana hendaklah melahirkan atau menggambarkan SIRI BILANGAN SUTERA dan nama Bandar di mana berlangsungnya ‘SUTERA’.

9. BENDERA DAN LAMBANG10.1 Lambang SUKAN TERENGGANU (SUTERA) yang mengandungi lapan (8) bintang di sebelah kanan dan kiri aerodinamik berbentuk orang adalah mewakili daerah-daerah di Negeri Terengganu, Lapan (8) bintang yang berwarna adalah bermaksud warna bandera lapan (8) daerah berkenaan. Aerodinamik berbentuk orang ialah bermaksud kejohanan ini bakal melahirkan bakat elit dalam sukan yang bertanding dan bakal menjulang nama Negeri Terengganu dipentas antarabangsa. Kotak bulat di atas aerodinamik yang berwarna hitam dan putih merupakan simbol bendera Negeri Terengganu. Lambang ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan kecuali dengan kelulusan Majlis Sukan Malaysia.

10.2 Bendera ‘SUTERA’ hendaklah dikibarkan bersama-sama dengan Bendera Daerah atau Logo SUTERA yang disediakan

21

oleh Jawatankuasa Pengelola di tempat-tempat pertandingan, di Kampung Sukan dan lain-lain tempat yang sesuai.

10.3 Bendera Daerah-Daerah hendaklah dikibarkan di tempat- tempat pertandingan dan di kampung sukan yang di tetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola

10.4 Satu batang tiang bendera bagi Bendera SUTERA hendaklah disediakan di atas rumput di dalam Stadium Utama diadakan dan hendaklah dikibarkan sepanjang tempoh SUTERA yang diadakan.

11. PENAJAAN DAN KUTIPAN DERMA11.1 Lambang atau Logo SUTERA tidak boleh digunakan bagi maksud perniagaan kecuali dengan kebenaran Majlis Sukan Terengganu

11.2 Jawatankuasa Induk mempunyai hak milik penuh ke atas SUTERA dan juga eksplotasi promosi dan penyiaran

11.3 Semua rundingan penajaan di peringkat negeri dan kebangsaan serta hak penyiaran TV dan Radio hendaklah dibuat bersama antara Jawatankuasa Pengelola, Majlis Sukan Terengganu dan pihak penaja.11.4 Setelah Jawatankuasa Pengelola dimansuhkan, Majlis Sukan Negeri/Daerah tersebut hendaklah menyedia dan menyerahkan satu laporan lengkap Penyata Kewangan yang telah diaudit kepada Majlis Sukan Terengganu selewat-lewatnya enam bulan selepas SUTERA berakhir

12. PEMILIHAN TUAN RUMAH SUTERA12.1 Pemilihan tuan rumah SUTERA akan diputuskan oleh Majlis SUTERA.

12.2 Tuan Rumah SUTERA bagi edisi 2019 akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu, manakala SUTERA seterusnya bermula 2021 akan dikelolakan oleh Majlis-Majlis sukan daerah secara bidaan. Apabila semua daerah telah menjadi tuan rumah, pengelola seterusnya ditentukan secara penggiliran.

12.3 Majlis Sukan Daerah yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian setuju-terima dengan Majlis SUTERA. Perjanjian itu hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis SUTERA atau wakilnya bagi pihak Majlis SUTERA dengan Majlis Sukan

Daerah berkenaan

22

13. PENETAPAN BILANGAN DAN JENIS SUKAN13.1 Jumlah dan jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan akan ditentukan oleh Majlis SUTERA dengan mengambilkira kepada keperluan pembangunan sukan semasa dan cadangan-

cadangan yang dikemukakan oleh pihak Majlis Sukan Daerah.

14. ACARA PERASMIAN/PENUTUP14.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dengan persetujuan Majlis SUTERA akan menentukan aturcara Majlis Perasmian dan Penutup Kejohanan yang melibatkan perkara-perkara berikut :-

14.1.1. Tarikh Perasmian dan Penutup14.1.2. Orang kenamaan perasmian dan penutup14.1.3. Jemputan kenamaan (VVIP/VIP) dan lain-lain jemputan14.1.4. Teks ucapan perasmian/penutup dan teks pengisytiharan14.1.5. Teks Ikrar Kejohanan 14.1.6. Aturcara Majlis Perasmian dan Majlis Penutup14.1.7. Senarai tertib orang kenamaan dan14.1.8. Susun atur tempat duduk khas dan tempat duduk kenamaan.

14.2 Majlis Perasmian Temasya hendaklah dilakukan dalam tempoh awal tarikh temasya berlangsung.

14.3 Majlis Penutupan Rasmi pula mestilah dijalankan selepas acara pertandingan yang terakhir selesai.

15. UPACARA KEMENANGAN15.1 Pingat-pingat kemenangan akan dihadiahkan kepada pemenang- pemenang sebaik sahaja selesai acara sesuatu pertandingan di tempat berlangsungnya pertandingan berkenaan. Pemenang pertama berdiri di tengah-tengah pemenang kedua di kanannya dan pemenang ketiga di kirinya.

16. PINGAT KEMENANGAN16.1 Pingat kemenangan untuk SUTERA hendaklah di sediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan ia mestilah di dalam bentuk medal sahaja.

16.2 Bagi acara individu dan pasukan, pemenang pertama akan memenangi medal emas, pemenang kedua akan memenangi medal perak dan pemenang ketiga akan memenangi medal gangsa.

23

16.3 Sekiranya Majlis SUTERA/Jawatankuasa Induk membuat keputusan pertandingan mesti dijalankan atas sebab-sebab yang perlu dan munasabah walaupun penyertaan tidak mencukupi 5 peserta/pasukan, medal kemenangan individu dan berpasukan

akan diberikan mengikut peraturan berikut :-16.3.1 Sukan-sukan selain daripada seni mempertahankan diri (combat sports).

a. 5 peserta/pasukan dan lebih : emas, perak dan gangsa.

b. 4 peserta/pasukan : emas, perak sahaja.

c. 3 atau 2 peserta/pasukan : emas sahaja

16.3.2 Sukan-sukan seni mempertahankan diria. 5 peserta dan lebih : emas, perak dan gangsab. 4 atau 3 peserta : emas dan perak sahajac. 2 peserta : emas sahaja

16.4 Penentuan tempat ketiga dan keempat akan dipertandingkan bagi semua jenis sukan.

16.5 Setiap peserta yang didaftarkan di dalam acara yang dimenangi adalah layak untuk menerima medal kemenangan.

17. PIALA PUSINGAN17.1 Majlis Sukan Negeri Terengganu akan menyediakan piala-piala pusingan bagi anugerah berikut :-

i. Juara Keseluruhanii. Atlet Lelaki Terbaikiii. Atlet Wanita Terbaik

17.2 Penentuan juara keseluruhan adalah berdasarkan kepada jumlah pungutan pingat yang diperolehi oleh mana-mana kontinjen.

18. KAD AKREDITASI18.1 Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengeluarkan Kad Akreditasi SUTERA kepada pegawai – pegawai dan atlet yang didaftarkan mengikut Peraturan Am SUTERA dan kepada tetamu-tetamu khas yang diiktiraf (accredited) oleh Jawatankuasa Pengelola.

18.2 Pengeluaran Kad Akreditasi hendaklah dikeluarkan mengikut kategori yang ditetapkan seperti contoh berikut : -

24

18.2.1 MERAH (A)

AX - Pengerusi dan Ahli Majlis SUTERA - Ahli Jawatankuasa Induk - Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Terengganu

AXX - Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola AY - Pengerusi Majlis Sukan Daerah dan Majlis Sukan yang berkenaan. - Ketua Kontinjen

AYY - Yang DiPertua - Persatuan/Pertubuhan Sukan Negeri - Pengarah

18.2.2 HIJAU (B)BX - Pegawai - pegawai sukan seperti berikut :

a. Doktorb. Pengurus Pasukanc. Jurulatihd. Pegawai Urusetia Kontinjen Negeri

BXX - Pegawai Teknikal seperti Pengadil, Hakim, Ahli Juri, Penjaga Masa dan sebagainya

18.2.3 KUNING (C)i. Atlet-atlet yang mengambil bahagian

18.2.4 BIRU (D)i. Pembantu-pembantu dan sebagainya seperti Penyambut Tetamu, Kerani-kerani dan sebagainya.

18.2.5 PUTIH (E) i. Para media massa yang berkenaan.

18.3 Di semua tempat pertandingan hendaklah disediakan tempat duduk khas bagi pegawai atau tetamu khas yang memegang Kad Akreditasi Kategori Kad A (merah) dan kepada Pemberita Akhbar yang memegang Kad Akreditasi dalam Kategori E (putih).

19. PINDAAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 22.1 Semua undang-undang, Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUTERA hanya boleh dipinda setelah dibincangkan dan dipersetujui Majlis SUTERA sahaja.

25

26

1.0 PERATURAN AM1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan-peraturan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang Permainan Bola sepak Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Undang-undang dalam bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

1.3.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM SUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019.

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019 berasaskan kepada Undang-Undang dan dan prosedur-prosedur Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang Permainan Bolasepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019 adalah muktamad.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN 05 hingga 09 September 2019

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN Padang Kompleks Sukan Negeri Terengganu Sekolah Menengah Agama Haji Abas, Tok Jiring, Kuala Nerus

4.0 PENYERTAAN4.1 Penyertaan adalah terhad kepada pasukan-pasukan daerah dan kontinjen yang dipersetujui oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu sebagai kontinjen jemputan. Penyertaan mestilah dibuat melalui Majlis Sukan Daerah.4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan yang terdiri daripada :-

27

5.0 KELAYAKAN PEMAIN5.1 Kelayakan peserta tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 3.15.2 Setiap kontinjen DIWAJIBKAN menyenaraikan sepuluh (10) orang pemain yang berumur 20 tahun dan kebawah.

5.3 Delegation Registration Meeting (DRM) akan diadakan sebelum kejohanan berlangsung di mana tarikh tersebut akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Sebarang pertukaran atlet tidak boleh dibuat kecuali bagi atlet yang mengalami kecederaan dengan disertakan bukti-bukti pengesahan perubatan.

5.4 Empat (4) orang pemain yang berumur 20 tahun dan kebawah DIWAJIBKAN sentiasa berada di dalam gelanggang setiap kali perlawanan berlangsung.

5.5 Kelayakan atlet Kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan AM, Pekara 4.7, SUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019.

5.6 Taraf permastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 4.

6.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.

6.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan Awam/ Polis/Tentera.

28

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat/Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

7.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI7.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum dua puluh (20) orang pemain termasuk minimun dua (2) orang Penjaga Gol dan maksimun lima (5) orang pegawai di dalam senarai Pendaftaran Asal.7.2 Jawatan lima (5) orang pegawai hendaklah disebutkan di dalam borang. Ketua Jurulatih hendaklah mempunyai kelayakan minima lesen Kejurulatihan ‘B’ FAM atau sijil yang setaraf dengannya dan disahkan oleh FAM.7.3 Setiap pasukan hendaklah menghantar senarai Pendaftaran Asal pada atau 30 Mei 2019 kepada Jawatankuasa Pengelola SUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019. Senarai pendaftaran hendaklah mengandungi senarai-senarai berikut :-

7.3.1 Nama penuh pemain, posisi dan nombor jersi 1 hingga 20.7.3.2 Nama penuh pegawai 7.3.3 Tarikh dan tempat dilahirkan.7.3.4 Salinan kad pengenalan atau dokumen yang berkaitan 7.3.5 Borang ini hendaklah disahkan oleh Setiausaha Majlis Sukan Daerah masing - masing

8.0 PERKARA AM8.1 PBSNT bertanggungjawab di dalam pengelolaan teknikal pertandingan meliputi:-

8.1.1 Memastikan semua keperluan-keperluan teknikal adalah mengikut peraturan dan prosedur seperti yang ditetapkan oleh FAM atau FIFA.8.1.2 Bertanggungjawab ke atas organisasi teknikal perlawanan dan seluruh kawalan, pengurusan teknikal pertandingan dengan kerjasama PBSNT.

8.1.3 Melantik seorang Pengerusi yang terdiri terdiri daripada salah seorang ahli Jawatankuasa Pengadil Persatuan dan sejumlah ahli-ahli Jawatankuasa Pengadil Bolasepak SUTERA yang difikirkan perlu yang antara lainnya berfungsi untuk melantik Penilai Pengadil, Pegawai Perlawanan yang terdiri daripada Pengadil, Penolong-penolong Pengadil dan Pegawai Ke-4, memantau dan mengambil apa jua

29

tindakan kesan daripada prestasi semasa Pegawai- pegawai Perlawanan berkenaan disepanjang tempoh pertandingan.

8.1.4 Melantik seorang Pengerusi yang terdiri terdiri daripada salah seorang ahli Jawatankuasa Tatatertib PBSNT dan sejumlah ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib Bolasepak SUTERA yang difikirkan perlu yang antara lainnya berfungsi untuk mengendali dan menguatkuasakan hal ehwal tatatertib sepertimana yang diperuntukkan oleh Kod Tatatertib PBSNT di sepanjang tempoh pertandingan.

8.1.5 Mencadangkan kepada Majlis Sukan Negeri perlantikan seorang Ketua Delegat Teknikal yang juga berperanan sebagai Pengarah Pertandingan (selepas ini dikenali sebagai TD) serta seorang Penolong Ketua Delegat Teknikal yang bertanggungjawab sebagai General Coordinator (selepas ini dikenali sebagai GC) untuk mengelola dan menguruskan perkara-perkara teknikal pertandingan ini sepertimana yang diperuntukkan oleh Peraturan Am.

8.1.6 Melantik Pengurus Pertandingan yang terdiri dari kalangan Pegawai PBSNT/MSNT yang akan menjadi Koordinator Pertandingan ini.

8.1.7 Mengadakan kursus serta latihan amali atau taklimat tugasan untuk pegawai dan petugas LOC atau daripada PBSNT selewat-lewatnya 30 hari sebelum perlawanan pertama atau pada masa yang difikirkan perlu.

9.0 PEMATUHAN PERATURAN9.1 Kejujuran dan keikhlasan mematuhi semua peraturan, undang- undang, syarat, prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam penyertaan PERTANDINGAN BOLASEPAK SUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019 adalah menjadi tanggungjawab pasukan, pegawai dan pemain.

9.2 Mana-mana pasukan, pegawai atau pemain yang mengingkari mana-mana perkara di dalam Peraturan boleh dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan samada secara berasingan atau lebih dari satu tindakan oleh JKTPB seperti berikut :-

9.2.1 Amaran atau amaran keras.

30

9.2.2 Pasukan dikira kalah dan kemenangan diberikan kepada pasukan yang satu lagi dengan 3 mata dan jaringan 3-0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan jika ianya lebih;

9.2.3 Memotong mata perlawanan pasukan.

9.2.4 Pasukan atau pemain hendaklah memulangkan balik piala atau medal yang telah diterima.

9.2.5 Pasukan dikira terkeluar daripada pertandingan dan semua perlawanan terdahulu tidak diambil kira.

9.2.6 Pendaftaran pemain dikira terbatal serta merta dan semua perlawanan terdahulu yang disertai oleh pemain ini dikira kalah dengan jaringan 0-3 atau mengikut jaringan sebenar jika ianya lebih.

9.2.7 Apa-apa tindakan lain yang difikirkan perlu dan patut oleh JKTPB.

9.2.8 Mengesyorkan apa-apa tindakan lain kepada PBSNT dan JKKT.

9.3 Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan secara automatik mematuhi perkara-perkara berikut :-

9.3.1 Mematuhi undang-undang permainan dan peraturan badan yang mengelola.

9.3.2 Menerima keputusan pentadbiran, disiplin, kepengadilan berkaitan fakta perlawanan, pegawai-pegawai pertandingan yang dilantik oleh PBSNT dan semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuh dan dibentukkan oleh PBSNT disepanjang tempoh pertandingan.

9.3.3 Menerima semua kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah dan penganjur.

9.3.4 Menerima dan mempraktikkan Amalan Fair Play.9.3.5 Semua pasukan, pegawai dan pemain membenarkan gambar dan video yang berkaitan dengan pertandingan ini diterbitkan dalam media massa atau elektronik.

9.3.6 Pegawai dan pemain dilarang sama sekali membuat kenyataan akhbar mengenai pengurusan dan pengelolaan pertandingan ini termasuklah keputusan-keputusan fakta oleh pengadil kecuali dengan kebenaran PBSNT.

31

9.3.7 Sebarang perselisihan atau rungutan mengenai perkara- perkara bukan teknikal hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Ketua Delegat Teknikal atau wakilnya.

10.0 VENUE PERTANDINGAN DAN LATIHAN10.1 Venue pertandingan dan latihan hendaklah mendapat kelulusan oleh pihak penganjur sahaja.

10.2 Hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya dua (2) buah padang permainan untuk dijadikan sebagai venue pertandingan. Padang permainan hendaklah memenuhi spesifikasi seperti berikut:-

10.2.1 Berukuran 105 meter panjang dan 68 meter lebar sementara Padang latihan hendaklah bersaiz minima serta mempunyai tiang dan palang gol dan tanda-tanda dalam padang mengikut Undang-undang Permainan FIFA;

10.2.2 Bebas halangan sekurang-kurangnya 6 meter daripada garisan tepi dan 7.5 meter daripada garisan gol.

10.2.3 Mempunyai kemudahan tempat untuk persalinan pegawai dan pemain.

10.2.4 Mempunyai bangku simpanan Pasukan yang selesa dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya dua belas (16) orang pada satu-satu masa.

10.2.5 Garisan tepi padang tidak selari dengan cahaya matahari terbit dan terbenam.

10.2.6 Ciri-ciri keselamatan di Padang terbuka seperti yang ditetapkan.

10.2.7 Mempunyai kemudahan alat siaraya yang berfungsi dengan baik.

10.2.8 Mempunyai kemudahan sekurang-kurangnya tiga (3) tandas bergerak khas untuk kegunaan kedua-dua pasukan dan Pegawai Perlawanan;

10.3 Untuk setiap perlawanan, hendaklah memastikan perkara- perkara berikut disediakan di venue perlawanan:-

10.3.1 Sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang budak pemungut bola.

10.3.2 Dua (2) set Stretcher Bearer yang terdiri dari empat (4) anggota setiap satu.

32

10.3.3 Dua (2) buah ambulan beserta pemandu bersama-sama dengan seorang Pegawai Perubatan dan seorang Pembantu Perubatan.

10.3.4 Sekurang-kurangnya dua (2) orang Pekerja Venue yang bertanggungjawab untuk memperbaiki garisan Padang dan kelengkapan Padang.

10.3.5 Air Minuman Botol untuk sekurang-kurangnya 96 botol berisipadu 600 ml bagi setiap pasukan dan 24 botol berisipadu 600 ml untuk pegawai- pegawai perlawanan. 10.3.6 Ais yang mencukupi untuk kedua-dua pasukan.10.3.7 Dua (2) set tiang gol simpanan yang dilengkapi jaring dan bendera sudut simpanan, termasuk tiangnya sekali berada di venue perlawanan pada setiap masa.

10.4 LOC melalui FAS hendaklah juga menyediakan sekurang- kurangnya empat (4) buah padang latihan untuk sepanjang temph pertandingan. Padang latihan ini hendaklah memenuhi spesifikasi seperti berikut :-

10.4.1 Berukuran saiz minima yang ditetapkan oleh Undang- undang Permainan FIFA serta mempunyai mempunyai tiang dan palang gol dan tanda-tanda dalam padang;

10.4.2 Mempunyai rumput asli sahaja, walau bagaimanapun jika mempunyai padang rumput tiruan, maka ia hendaklah mendapat kebenaran FAM terlebih dahulu.

10.5 Lawatan pemeriksaan venue hendaklah dilakukan oleh FAM selewat- lewatnya enam (6) bulan sebelum pertandingan.

10.6 Perlawanan-perlawanan Peringkat Kumpulan, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir terutamanya jika melibatkan Pasukan Tuan Rumah hendaklah bermain di stadium.

10.7 Padang-padang perlawanan dan Padang-padang latihan tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti sepuluh (10) hari sebelum pertandingan bermula.

10.8 Pasukan yang mengambil bahagian hanya dibenar menggunakan padang latihan yang telah dilulus dan dijadualkan oleh pihak pengajur tidak akan bertanggungjawab keatas apa jua masalah sekiranya pasukan-pasukan menggunakan lain-lain Padang latihan yang bukan dalam senarai yang dilulus dan disediakan oleh pihak pengajur.

33

11.0 MOD DAN KAEDAH PERTANDINGAN11.1 Undang-Undang Permainan FIFA

11.1.1 Semua perlawanan hendaklah dimainkan mengikut Undang- Undang Permainan terkini yang berkuatkuasa, sebagaimana yang telah diputus dan disiarkan oleh FIFA.11.1.2 Tidak lebih daripada tiga (3) penggantian yang dibenarkan dalam satu-satu perlawanan dan tambahan satu (1) lagi penggantian semasa perlawanan masa tambahan, daripada senarai pemain simpanan yang dikemukakan di dalam borang perlawanan sebelum sesuatu perlawanan. Mana-mana pemain yang telah diganti tidak boleh bermain semula.

11.2 Tempoh Masa Permainan11.2.1 Masa perlawanan adalah 45 minit bagi setiap separuh masa permainan. Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 15 minit kecuali dengan izin Pengadil.

11.2.2 Apabila masa tambahan diberi, maka masa tambahan itu mestilah mengandungi dua (2) bahagian selama 15 minit setiap bahagian dengan rehat lima (5) minit pada akhir masa penuh perlawanan yang ditentukan tetapi tidak di antara masa tambahan itu. Pemain tidak boleh meninggalkan padang pada waktu rehat antara cukup masa tambahan dengan masa tambahan kecuali dengan kebenaran Pengadil.

11.2.3 Selain daripada Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 dan Ke-4, penentuan pemenang bagi kesemua perlawanan di peringkat kalah mati satu pusingan adalah seperti berikut:-

11.2.3.1 Pasukan yang menang dalam perlawanan penuh masa, jika seri.

11.2.3.2 Pasukan yang menang perlawanan masa tambahan, jika seri.

11.2.3.3 Pasukan yang menang sepakan dari tanda penaltimengikut kaedah dan tatacara yang diperuntukkan oleh Undang-undang Permainan FIFA.

34

11.2.3.2 Pasukan yang menang perlawanan masa tambahan, jika seri.

11.2.3.3 Pasukan yang menang sepakan dari tanda penaltimengikut kaedah dan tatacara yang diperuntukkan oleh Undang-undang Permainan FIFA.

11.2.4 Pada Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 dan Ke-4 jika keputusan seri selepas penuh masa perlawanan, pemenang perlawanan ditentukan dengan sepakan dari tanda penalti mengikut kaedah dan tatacara yang diperuntukkan oleh Undang-undang Permainan FIFA hingga mendapat keputusan.

11.3 Format Dan Jadual Pertandingan11.3.1 Pihak penganjur mempunyai hak menentukan format pertandingan dan jadual pertandingan berasaskan kepada pengesahan jumlah pasukan.

11.3.2 Perlawanan Di Peringkat Kumpulan

11.3.2.1 Pasukan akan diundi ke dalam kmpulan- kumpulan dengan minimum tiga (3) Pasukan atau maksimum lima (5) Pasukan dalam setiap kumpulan ‘A’dan ‘B’11.3.2.2 Tatacara Undian akan dilaksanakan setelah pengesahan Pasukan diterima dan Pasukan pilihan jika ada hanya akan ditetapkan oleh JKTPB yang mana keputusannya adalah MUKTAMAD.

11.3.2.3 Diadakan secara Liga Satu Pusingan.

11.3.3 Perlawanan Peringkat Separuh Akhir11.3.3.1 Johan dan Naib Johan kumpulan layak ke Perlawanan Separuh Akhir.

11.3.3.2 Diadakan secara Kalah Mati Satu Pusingan.

11.3.3.3 Jadual Perlawanan adalah seperti berikut kecuali diputuskan berlainan oleh JKTPB. A1 lwn B2 B1 lwn A2

35

11.3.3.4 Pemenang-Pemenang dalam Perlawanan Separuh Akhir layak ke Perlawanan Akhir.

11.3.4 Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 & Ke-411.3.4.1 Pasukan-pasukan yang kalah dalam Perlawanan Separuh Akhir akan bermain dalam Perlawanan Penentuan Tempat ke-3 dan ke- 4.

11.3.5 Perlawanan Akhir11.3.5.1 Pasukan-pasukan yang menang dalam Perlawanan Separuh Akhir akan bermain dalam perlawanan Akhir.

11.3.5.2 Diadakan secara Kalah Mati Satu Pusingan.

11.3.5.3 Pasukan yang menang dan kalah dalam Perlawanan Akhir diisytiharkan sebagai Johan dan Naib Johan Pertandingan Bolasepak SUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019.

11.3.6 Jadual Pertandingan11.3.6.1 Semua pasukan adalah dikehendaki untuk mematuhi Jadual Pertandingan seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

11.3.6.2 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam Jadual Pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan pihak penganjur sahaja.

11.3.6.3 Jika waktu bermula sesuatu perlawanan hampir atau sama dengan waktu kedengaran azan, maka perlawanan hendaklah dimainkan selepas tamat azan tersebut.

11.4 Bola Pertandingan Rasmi11.4.1 Bola pertandingan seperti yang disediakan. Setiap perlawanan hendaklah disediakan sekurang-kurangnya lapan (8) biji bola yang mematuhi Undang-Undang 2 Permainan Bolasepak.

36

11.5 Sesi Latihan Rasmi Di Venue Pertandingan11.5.1 Pasukan dibenarkan mengadakan latihan dua (2) hari sebelum perlawanan untuk tempoh tidak melebihi 45 minit di venue pertandingan yang ditetapkan dengan syarat keadaan cuaca dan padang mengizinkan. Jika keadaan Padang tidak mengizikan, keputusan penggunaan venue pertandingan adalah tertakluk sepenuhnya kepada Ketua Teknikal Delegat.

11.6 Aktiviti Memanaskan Badan11.6.1 Pasukan berhak untuk memanaskan badan di padang permainan sebelum perlawanan dimulakan jika cuaca mengizinkan. Jika keadaan Padang tidak mengizikan, keputusan penggunaan venue pertandingan adalah tertakluk sepenuhnya kepada VC.

11.6.2 Semasa permainan sebenar, tidak lebih daripada enam (6) Pemain dari setiap Pasukan boleh memanaskan badan pada masa yang sama tetapi tanpa bola (kecuali Penjaga Gol), di belakang gol paling dekat dengan Bangku Pasukan mereka. Para Pemain boleh dibantu dengan dua (2) Pegawai Pasukan yang berdaftar.

11.6.3 Sekiranya padang tidak mempunyai ruang untuk tujuan memanaskan badan seperti yang diperuntukkan oleh Artikel 11.6.2 Peraturan Pertandingan Bolasepak, tidak lebih daripada tiga (3) orang Pemain dari setiap Pasukan boleh memanaskan badan serentak tanpa bola (kecuali Penjaga Gol) di lokasi kosong di belakang Penolong Pengadil I. Pemain-pemain ini hanya boleh dibantu oleh seorang Pegawai Pasukan yang berdaftar dari setiap Pasukan. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, VC adalah berkuasa penuh untuk mencari lokasi atlernatif dimana keputusan beliau mengenainya adalah muktamad.

11.6.4 Pemain yang memanaskan badan semasa perlawanan dijalankan hendaklah memakai bibs yang berbeza warna dengan jersi Pemain dan Pengadil di atas padang.

37

11.7 Pegawai Dan Pemain Di Bangku Simpanan11.7.1 Selain daripada lima (5) orang pegawai yang didaftarkan, tambahan maksimum dua (2) orang pegawai lagi dan sembilan (9) orang pemain boleh duduk di Bangku Simpanan.

11.7.2 Pegawai dan pemain simpananhendaklah sentiasa memakai kad akreditasi yang dikeluarkan oleh JKKT disepanjang berada di Bangku Simpanan.

11.7.3 Pegawai hendaklah mematuhi Undang-undang Permainan FIFA di bawah tajuk The Technical Area mengenai tingkah laku di dalam kawasan teknikal.

11.7.4 Warna pakaian pegawai dan pemain mestilah berbeza dengan pakaian pegawai perlawanan dan pemain-pemain di dalam padang.

11.7.5 Kelakuan pegawai hendaklah sentiasa bersopan dan bertanggungjawab.

11.7.6 Pegawai pasukan dan pemain dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara berikut:-

11.7.6.1 Memasuki padang permainan tanpa kebenaran pengadil.

11.7.6.2 Provokasi sama ada dengan perkataan atau perbuatan, mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan atau isyarat lucah kepada pegawai pasukan, pemain serta pegawai perlawanan.

11.7.6.3 Membantah keputusan pengadil sama ada dengan pekataan, perbuatan atau niat yang boleh menimbulkan keresahan penonton.

11.7.6.4 Merokok di bangku simpanan atau dalam kawasan teknikal.

11.7.6.5 Merosakkan peralatan bangku simpanan atau melakukan perkara- perkara yang boleh merosakkan bangku simpanan dan kawasan teknikal serta sebarang peralatan pengelolaan perlawanan.

38

11.7.6.6 Membaling atau melontar sebarang objek ke dalam padang permainan.

11.8 Pemberian Mata11.8.1 Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata bagi seri dan tiada (0) mata bagi yang kalah.

11.9 Penentuan Pasukan Yang Layak Menduduki Tempat Teratas Liga

11.9.1 Dalam perlawanan di Peringkat Kumpulan, penentuan kedudukan Pasukan-pasukan teratas hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut :-

11.9.1.1 Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi, jika masih sama, ditentukan oleh;

11.9.1.2 Pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak, jika masih sama, ditentukan oleh;

11.9.1.3 Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak, jika masih sama, ditentukan oleh;

11.9.1.4 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, maka penentuan pasukan teratas hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut:-

11.9.1.4.1 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak di antara pasukan-pasukan terlibat, jika masih sama, ditentukan oleh;

11.9.1.4.2 Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak di antara pasukan-pasukan terlibat, jika masih sama, ditentukan oleh;

11.9.1.4.3 Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang terbanyak di antara pasukan- pasukan terlibat, jika masih sama, ditentukan oleh;

11.9.1.5 Sepakan dari tanda penalti jika hanya dua (2) Pasukan yang terlibat dan kedua-duanya masih di Padang

39

Permainan, jika masih sama, ditentukan oleh;

11.9.1.6 Kedudukan tertinggi dalam carta Amalan Fair Play seperti yang diperuntukkan oleh Artikel 11.9.2 Peraturan Pertandingan Bolasepak, dan jika masih lagi sama;

11.9.1.7 Diputuskan oleh JKTPB dimana keputusannya adalah muktamad.

11.9.2 Penentuan Kedudukan dalam carta Amalan Fair Play adalah berdasarkan pemberian mata demerit seperti berikut:

11.9.2.1 Setiap kad kuning - satu (1) mata

11.9.2.2 Setiap kad merah akibat daripada dua (2) kad kuning - tiga (3) mata

11.9.2.3 Setiap kad merah langsung - tiga (3) mata

11.9.2.4 Setiap kad kuning dan diikuti dengan kad merah langsung – empat (4) mata

11.9.2.5 Pasukan yang menerima mata paling sedikit akan menduduki tempat yang tertinggi.

11.10 Perlawanan Yang Dibatalkan Jika perlawanan tidak boleh dimulakan pada masa yang ditetapkan dalam Jadual Pertandingan disebabkan oleh apa jua keadaan, tatacara yang berikut hendaklah diikuti :-

11.10.1 Perlawanan mesti ditangguhkan untuk sekurang- kurangnya tiga puluh (30) minit. Dalam tempoh berkenaan, Pengadil boleh memutuskan perlawanan boleh dimulakan sebelum berakhirnya tempoh penangguhan berkenaan.

11.10.2 Mengikut budi bicara Pengadil, lanjutan kedua tempoh penangguhan selama tiga puluh (30) minit boleh dibenarkan jika pada pendapat Pengadil tempoh penangguhan tambahan ini akan membolehkan perlawanan dimulakan. Jika tidak, pada akhir tempoh penangguhan tiga puluh (30) minit pertama, Pengadil hendaklah mengisytiharkan Perlawanan telah dibatalkan.

40

11.10.3 Pengadil mesti mengisytiharkan perlawanan telah dibatalkan setelah berakhirnya lanjutan kedua tempoh penangguhan .11.10.4 Dalam kes perlawanan yang dibatalkan, JKTPB hendaklah membuat keputusan dalam tempoh dua (2) jam dari keputusan Pengadil membatalkan perlawanan sama ada Perlawanan boleh dijadualkan semula, dengan mengambilkira semangat kesukanan dan pertimbangan, atau sama ada apa-apa tindakan lain dan keputusan yang diperlukan untuk meneruskan pertandingan ini. Mana-mana sekatan disiplin yang disebabkan oleh perlawanan dibatalkan hendaklah terus berkuatkuasa.

11.10.5 Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang dinyatakan dalam klausa 11.10 di atas.

11.11 Perlawanan Yang Tidak Dapat Diteruskan Jika Perlawanan dihentikan oleh Pengadil sebelum akhir masa biasa atau masa tambahan disebabkan disebabkan oleh apa jua keadaan, tatacara yang berikut hendaklah diikuti:-

11.11.1 Perlawanan dihentikan selama tiga puluh (30) minit. Dalam tempoh berkenaan, Pengadil boleh memutuskan perlawanan boleh dimulakan sebelum berakhirnya tempoh pemberhentian berkenaan.

11.11.2 Mengikut budi bicara Pengadil, lanjutan kedua tempoh pemberhentian tiga puluh (30) minit boleh dibenarkan jika pada pendapat Pengadil tempoh pemberhentian tambahan ini akan membolehkan perlawanan diteruskan. Jika tidak, pada akhir tempoh pemberhentian tiga puluh (30) minit pertama, Pengadil hendaklah mengisytiharkan Perlawanan tidak dapat diteruskan.

11.11.3 Pengadil hendaklah mengisytiharkan perlawanan tidak dapat diteruskan setelah berakhirnya lanjutan kedua tempoh pemberhentian.

41

11.11.4 Dalam hal perlawanan yang ditinggalkan akibat keadaan di luar jangka (Force Majeure) bagi apa-apa sebab selepas ia telah bermula, perlawanan hendaklah dimulai dengan keputusan yang sama pada saat- saat di mana masa permainan terhenti dan bukan dimainkan semula sepenuhnya.

11.11.5 Prinsip-prinsip yang berikut hendaklah terpakai bagi memulakan perlawanan yang terbengkalai :-

11.11.5.1 Perlawanan hendaklah dimulai dengan Pemain yang sama di atas padang dan gantian boleh didapati sebagai apabila perlawanan pada mulanya terhenti.

11.11.5.2 Tiada tambahan atau penggantian Pemain boleh dibuat pada Senarai Pendaftaran Perlawanan.

11.11.5.3 Pasukan hanya berhak untuk menggunakan baki bilangan penggantian pada ketika perlawanan itu dihentikan.

11.11.5.4 Pemain yang diperintah keluar padang semasa perlawanan yang terbengkalai tidak boleh diganti.

11.11.5.5 Mana-mana sekatan yang dikenakan sebelum perlawanan ditinggalkan kekal sah untuk baki perlawanan.

11.11.5.6 Masa sepak mula, tarikh (dijadualkan hari berikutnya) dan venue hendaklah diputuskan oleh JKTPB.

11.11.5.7 Mana-mana perkara yang memerlukan keputusan selanjutnya boleh diputuskan oleh JKTPB.

11.11.5.8 Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang dinyatakan dalam klausa 11.11 di atas.

42

12.0 MENARIK DIRI ATAU MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA12.1 Menarik Diri Sebelum Bermulanya Pertandingan Mana-mana Pasukan yang mengambil bahagian tetapi menarik diri atau terkeluar sebelum Pertandingan ini bermula akan dirujukkan kepada JKKT untuk tindakan susulan. Keputusan selanjutnya kesan daripada kekosongan ini akan diputuskan oleh JKKT dan sebarang keputusan mengenainya adalah muktamad.

12.2 Menarik Diri Selepas Pertandingan Bermula Mana-mana Pasukan yang mengesahkan penyertaan, tetapi :-

12.2.1 Menarik diri daripada Pertandingan ini selepas ianya dimulakan; atau

12.2.2 Tidak melaporkan diri bagi mana-mana perlawanan dalam Pertandingan ini; atau

12.2.3 Enggan untuk meneruskan mana-mana perlawanan dalam Pertandingan ini; atau

12.2.4 Meninggalkan Stadium sebelum tamatnya sesuatu perlawanan; Dianggap telah menarik diri daripada Pertandingan ini dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut :

12.2.5 Semua perlawanannya dibatalkan dan dianggap tidak sah. Bagi mengelakkan keraguan, semua mata dan gol dalam perlawanan yang telah dimainkan sebelum penarikan diri berkenaan tidak akan diambil kira apabila menentukan kedudukan terakhir Peringkat Kumpulan.

12.3 Bermain Dengan Bilangan Pemain Yang Kurang Daripada 7

Mana-mana perlawanan yang tidak dapat dimulakan atau diberhentikan oleh Pengadil sebelum tamatnya sesuatu perlawanan biasa atau semasa perlawanan masa tambahan masa akibat daripada salah satu pasukan hanya mampu untuk menurunkan kurang dari tujuh (7) orang pemain, maka perlawanan berkenaan hendaklah dianggap sebagai dibatalkan. Jika keputusan untuk membatalkan perlawanan berpunca daripada kegagalan atau kesalahan mana-mana Pasukan yang mengambil bahagian, maka pasukan lawan yang berupaya menurunkan sekurang-kurangnya tujuh (7) orang pemain dianggap sebagai pemenang dan dianugerahkan 3 mata dengan jaringan 3-0 atau keputusan semasa perlawanan berkenaan diberhentikan jika ianya lebih.

43

13.0 WARNA DAN NOMBOR JERSI13.1 Semua pasukan hendaklah mendaftarkan sekurang-kurangnya dua (2) set jersi yang berlainan warna dan mengisytiharkan warna jersi yang wajib dipakai semasa menjadi Pasukan Tuan Rumah (PTR). PTR adalah nama pasukan yang disebut dahulu di dalam jadual pertandingan. Pasukan Pelawat (PPL) hendaklah memakai warna jersi berlainan daripada warna jersi PTR.

13.2 Jika berlaku persamaan warna jersi kerana PTR tidak memakai warna jersi yang diisytiharkan, maka PTR hendaklah menukar warna jersinya. Jika berlaku persamaan warna jersi kerana PPL memakai warna jersi yang sama dengan PTR, maka PPL yang wajib menukarkan warna jersinya. Jika tiada penyelesaian, GC akan membuat keputusan mengenai warna jersi tersebut dan keputusan adalah muktamad.

13.3 PPL hendaklah membawa dua (2) set jersi di setiap perlawanan.

13.4 Pemain hendaklah memakai nombor jersi yang didaftarkan sahaja. Nombor jersi yang didaftarkan hendaklah bermula daripada nombor 1 hingga 30 sahaja. Nombor jersi di hadapan hendaklah berukuran 10 cm tinggi. Pemain-pemain yang didapati memakai nombor jersi lain daripada yang didaftarkan akan dikenakan tindakan tatatertib. Saiz nombor belakang jersi hendaklah tidak kurang 10 inci tinggi, manakala nombor sebelah kanan seluar hendaklah 2 inci.

13.5 Jersi penjaga gol hendaklah mempunyai warna yang berlainan daripada pemain- pemain lain. Warna jersi penjaga gol utama dan warna jersi penjaga gol simpanan hendaklah sama tetapi dengan nombor jersi yang berlainan. Nomborjersi1 hendaklahdikhaskan untuk Penjaga Gol sahaja.

14.0 TATATERTIB14.1 Asas dan Intipati Tatatertib

14.1.1 Semua langkah-langkah tatatertib berkenaan dengan pertandingan ini hendaklah dilaksanakan mengikut Statut FAM semasa, Kod Tatatertib FAM dan Pekeliling yang telah dikeluarkan.

14.1.2 FAM boleh memperkenalkan kaedah-kaedah tatatertib dan hukuman yang baharu. Kaedah-kaedah itu hendaklah disampaikan kepada Persatuan bagi setiap Pasukan yang bertanding sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum perlawanan pertama pertandingan bermula.

44

14.1.3 Semua Pegawai dan Pemain bersetuju untuk :-14.1.3.1 Menghormati semangat Fair Play, anti-keganasan dan kuasa Pegawai Perlawanan;14.1.3.2 Menjaga kelakuan; dan14.1.3.3 Menggelakkan penggunaan dadah

14.2 Jawatankuasa Tatatertib SUTERA Seperti yang diperuntukkan oleh Artikel 17.1 Peraturan Am dan Artikel 7.1.5 Peraturan Pertandingan Bolasepak, segala perkara tatatertib adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tatatertib SUTERA yang mana akan mengendalikan semua kes tatatertib tidak terhad kepada pasukan, pemain, pegawai dan penyokong yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti pertandingan serta berkuasa mengenakan hukuman sepertimana diperuntukkan oleh Kod Tatatertib FAM semasa.

14.3 Hukuman Tatatertib Secara Automatik Ke Atas Pemain Kerana Kesalahan Kad Kuning/Kad Merah

14.3.1 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan yang berasingan semasa Peringkat Kumpulan akan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya.

14.3.2 Pemain yang menerima Kad Merah atau perintah keluar padang kerana melakukan kesalahan menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan yang sama akan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya.

14.3.3 Pemain yang menerima Kad Merah atau diperintah keluar padang kerana mendapat satu (1) Kad Merah, akan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya. Walau bagaimanapun, perggantungan lanjut boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib, FAM sekiranya melibatkan insiden yang serius.

14.3.4 Hukuman penggantungan yang diterima semasa Peringkat Kumpulan hendaklah dilaksanakan sepenuhnya walaupun jika terpaksa dibawa ke Peringkat Kalah Mati.

14.4 Hukuman Tatatertib Kepada Pegawai14.4.1 Mana-mana Pegawai yang diperintah keluar meninggalkan bangku simpanan akan digantung automatik satu (1) perlawanan berikutnya. Walau bagaimanapun, penggantungan lanjut boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib, FAM sekiranya melibatkan insiden yang serius.

45

14.4.2 Hukuman penggantungan yang diterima semasa Peringkat Kumpulan hendaklah dilaksanakan sepenuhnya walaupun jika terpaksa dibawa ke Peringkat Kalah Mati.

14.4.3 Lain-lain tindakan kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kod Tatatertib FAM.

14.5 Kelakuan Ganas/Kelakuan Tidak Tertib Mana-mana Pemain, Pegawai atau Penyokong yang dikenalpasti, dilaporkan kerana berkelakuan ganas atau tidak tertib boleh dirujukkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan selanjutnya.

14.6 Kekangan Ke Atas Pemain Dan Pegawai Yang Digantung Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang akibat menerima Kad Merah atau mana-mana pegawai yang diperintah keluar meninggalkan Bangku Pasukan atau mana-mana pemain atau pegawai yang sedang menjalani peenggantungan perlawanan tidak dibenar sama sekali untuk bersama pasukan dalam perkara berikut :-

14.6.1 Berada dalam kawasan rasmi (OA) termasuklah Bilik Persalinan sebelum perlawanan;

14.6.2 Berada dalam mana-mana kawasan rasmi permainan (FOP) termasuk tetapi tidak terhad kepada Bangku Pasukan, bermula dari sesi memanaskan badan sehingga tamatnya perlawanan berkenaan.

14.6.3 Terlibat atau Menyertai Majlis Penyampaian Hadiah.

15.0 BANTAHAN15.1 Semua pasukan dibenarkan membuat bantahan melalui PENGURUS PASUKAN atau KETUA KONTINJEN dalam masa dua (2) jam selepas perlawanan tamat. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan ditanda tangan beserta COP MAJLIS SUKAN DAERAH berkenaan kepada Juri Teknikal Sukan atau Juri Rayuan Tertinggi dengan disertakan wang bantahan sebanyak RM 500.00.

15.2 Wang bantahan ini akan luput jika Bantahan/Rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

15.3 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara- perkara fakta yang diputuskan oleh Pengadil semasa perlawanan.

46

16.0 KESELAMATAN16.1 LOC melalui FAS adalah bertanggungjawab di atas penyediaan pegawai keselamatan kepada pegawai dan pemain semasa permainan seperti di dalam jadual serta mengambil langkah-langkah keselamatan terhadap pasukan, pegawai dan pemain di sepanjang pertandingan ini.

16.2 Bagi padang terbuka, LOC melalui PBSNT hendaklah menempatkan pegawai keselamatan memakai vest di tempat-tempat seperti berikut :-

16.2.1 Di Bangku Pegawai ke-4.16.2.2 Di Bangku Pasukan Pasukan

17.0 PERATURAN TEKNIKAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN17.1 Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh JKTPB dan keputusan mengenainya adalah muktamad.

18.0 PERATURAN PENTADBIRAN18.1 Penginapan, Makan Dan Pengangkutan Tempatan

18.1.1 LOC adalah bertanggungjawab di atas penyediaan penginapan, makan dan pengangkutan tempatan untuk semua pasukan-pasukan dan juga pegawai-pegawai pertandingan dan perlawanan pertandingan ini.

18.1.2 Tempat penginapan Pegawai-pegawai Pertandingan dan Pegawai-pegawai Perlawanan hendaklah disediakan di hotel yang bersesuaian atau di tempat berlainan daripada tempat penginapan pemain.

18.2 Organisasi Teknikal Perlawanan (OTP)18.2.1 Semua pasukan, pegawai dan pemain hendaklah mematuhi OTP yang dikeluarkan oleh FAM pada pertandingan ini.

18.3 Kemalangan, Kecelakaan Dan Kehilangan Harta Benda18.3.1 Jawatankuasa Pengelola, Kerajaan Negeri Terengganu, JKTPB, JKKT, PBSNT, FAM, Pegawai-pegawai pertandingan dan perlawanan adalah dilepaskan daripada sebarang tanggungjawab atau ganti rugi jika berlaku kemalangan, kecelakaan dan kehilangan harta benda pasukan, pegawai dan pemain sepanjang masa kejohanan ini.

47

18.4 Kegagalan Mematuhi Mana-Mana Perkara Di Dalam Peraturan

18.4.1 Mana-mana pasukan, pegawai dan pemain yang gagal mematuhi mana-mana peraturan di dalam pertandingan ini akan dikenakan tindakan oleh JKTPB yang mana keputusannya adalah muktamad.

19.0 HADIAH / MEDAL19.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut:-

19.2 Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah tertakluk kepada Peraturan Tetap 16.2.

19.3 Bagi pemenang pingat akan diberikan mata/markah berdasarkan pingat-pingat seperti berikut :-

20.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN20.1 Semua hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan ini atau semua perkara- perkara di luar jangka atau mengenai perbezaan tafsiran, akan diputuskan oleh JKTPB yang mana keputusannya adalah muktamad.

Disediakan oleh :-Jawatankuasa Teknikal dan PertandinganSUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019Terkini : 19/06/2019 23:36

48