1 Overview Kbat Dalam Pdp Geografi

download 1 Overview Kbat Dalam Pdp Geografi

of 29

description

D

Transcript of 1 Overview Kbat Dalam Pdp Geografi

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP

Kaedah yang boleh digunakan melalui pendekatan pengajaran kemahiran berfikirKEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PDP GEOGRAFIKBAT telah diberi penekanan dalam PPPM 2013-2025.

Hanya dapat dicapai dengan bantuan guru-guru dalam bilik darjah.

Guru perlu memilih pendekatan yang berorientasikan kemahiran berfikir iaitu pemikiran kritis dan kreatifkemahiran membuat keputusan penyelesaian masalah.

PENGENALANMengikut Bloom (1956), KBAT melambangkan pemikiran yang kritikal, logikal, reflektif, serta metakognitif dan pemikiran kreatif yang dirangsangkan apabila berdepan dengan masalah dan soalan yang bukan menjadi kebiasaanKBAT memerlukan seseorang pelajar itu memanipulasi maklumat dan idea yang mentransformasikan maksud dan implikasi maklumat dan idea asal tersebut.Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.Kemahiran membuat aplikasiMenganalisisMensentisisMenilai hujahTaakulanRefleksi MenyoalMenjana Idea baharuMereka ciptaPenyelesaian masalah Membuat keputusan yang tepat ELEMEN KBATPENTAKSIRAN- perubahan dalam pentaksiranPEDAGOGI Perubahan dalam pendekatanKURIKULUM Perubahan dalam pembelajaran muridSUMBER Menyediakan sumber KBATKOKURIKULUM KBAT dalam KokurikulumLATIHAN Latihan kepada semua yang terlibatSOKONGAN MASYARAKAT Melibatkan masyarakat dalam KBAT 7 ELEMEN penerapan KBAT

Guru perlu mengetahui dan mendalami pengetahuan mengenai elemen KBAT

Pendekatan pengajaran yang sesuai untuk dipraktikkan dalam kelas

Perubahan sikap ke arah positif iaitu menyokong sepenuhnya transformasi pendidikan

Berkolaborasi dengan semua pihak- ibu bapa, murid dan masyarakat setempat. MENTRANSFORMASIKAN KBATPelajar diberi peluang dan ruang untuk memahami KBAT dalam pdp di kelas.

Pelajar diberi galakkan untuk cuba menjawab setiap soalan KBAT yang dikemukakan daripada aras rendah hingga ke seterusnya.

Mentransformasikan kbatKBAT bermaksud penggunaan minda secara meluas bagi membolehkan murid melakukan proses mentaksir, menganalisis atau memanupulasikan maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.Berbeza dengan kemahiran berfikir aras rendah iaitu penggunaan pemikiran yang terhad. OVERVIEW KBATDalam Taksonomi Bloom KBAT berada ditahap membuat aplikasi, analisis sentesis dan penilaian.Kemahiran dalam KBAT pada dasarnya ialah kemahiran berfikir kritis, kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan Overview kbatMelibatkan aktiviti membuat analisis, taakulan dan menganalisis berasaskan bukti-bukti.

Merujuk kepada pemikiran reflektif dan munasabah yang difokuskan kepada usaha memutuskan sama ada sesuatu perkara boleh dipercayai atau tidak dipercayai.

Penguasaan pemikiran reflektif menyebabkan seseorang akan sedar tentang pemikiran sendiri dan dapat mengaitkan idea dan pengalaman lalu.

Kemahiran berfikir kritis11Penggunaan cara-cara tertentu seperti memfokuskan kepada soalan, menjawab soalan dengan jelas, memutuskan sama ada sesuatu sumber berasas atau tidak, meneliti dan membuat keputusan seperti laporan, kesimpulan,keputusan bernilai, mendefinisi tema, mengenalpasti andaian dan membuat keputusan.

Kebolehan membaca dan mendengar dengan teliti,menilai hujah, mencari dan mengenal pasti andaian tersirat serta mengesan akibat.

Terbentuk daripada empat kemahiran iaitu;-

Kelancaran- kebolehan seseorang menjana idea yang banyak.Fleksibel kebolehan menghasilkan idea yang berbeza-beza.Penghuraian - kebolehan memperluaskan dan mengembangkan idea secara mendalam.Keaslian- kebolehan berfikir secara luar biasa dan menggunakan sesuatu perkara denga cara berlainan. KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIFSatu proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan yang terbaik.

Kandungannya;Mencadang, menganalisis, menilai pilihan meramal terhadap pilihan yang dilakukan dan memilih pilihan yang terbaik. Ini menjurus kepada penyelesaian masalah. KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSANTingkatkan Soalan Aras Tinggi

Guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang pelajar itu.

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan'strategi yang boleh digunakan bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.strategi yang boleh digunakan bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian MasalahAktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. pelajar perlu menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya.

langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian.

strategi yang boleh digunakan bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.3. Teknik Menyoal

Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara berkesan.

Dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.

Tujuan Teknik PenyoalanMelihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasiMengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lainMenegaskan kepentingan isiMengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiriMengesan pengetahuan berbahasa pelajarMengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritisMendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajarstrategi yang boleh digunakan bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks

Buku teks yang disediakan sudah mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi.

Perhatikan semula kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu.

Gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBATstrategi yang boleh digunakan bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.5. Pembelajaran Berasaskan Projek

Perbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL).

Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.

Pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. .

strategi yang boleh digunakan bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.6. Menggunakan Alat Berfikir

Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan.

Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.

Antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan dalam berfikir, iaitu:- Soalan dan penyoalan- Peta Minda- Pengurusan Grafik- CoRT- i-Think- 6 Thinking Hat-Thnkers Keys

Penyelesaian masalah Pendekatan penyebatianPendekatan bercampur Soalan penyoalan beraras tinggiPembelajaran inkuiriSumbangsaranPembelajaran koperatif dan konstruktivismeMODEL DAN PENDEKATAN KBATMemupuk minat murid untuk belajarMenyelesaikan masalah pembelajaran dalam kelasPeningkatan pencapaian akademikBerkeyakinan untuk menyoalMenggalakkan budaya berfikir muridNATIJAHNYAKBAT dan pembelajaran abad ke 21

kemahiran pembelajaran dan inovasi (learning and innovation skills)

kemahiran maklumat, media dan teknologi (information, media and technology skills)

kemahiran hidup dan kerjaya (life and career skills) Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation) Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving) Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration) Literasi Maklumat (Information Literacy) Literasi Media (Media Literacy) Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy) Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability) Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction) Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills) Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability) Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)APAKAH ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG DALAM KEMAHIRAN ABAD KE- 21?menguasai subjek (kandungan kurikulum)mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi merekamemahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)memiliki kemahiran kaunselingmenggunakan teknologi terkiniAPAKAH CIRI-CIRI GURU ABAD KE-21?Berupaya membuat hubung-kait Bijak menyoalYakin berkomunikasi Mengambil risikoDahagakan ilmuIngin tahuMenjana ideaFleksibelTidak berputus asaMendengar dan membuat refleksi Berkemahiran kritis Menguasai kemahiran literasi

Berani mencubaMampu berfikir sendiriMembuat inisiatifMampu bekerja dengan orang lainMembuat perubahanBerintegritiBerkeperibadian tinggi APAKAH CIRI-CIRI MURID ABAD KE-21?SEBELUM PELAJAR BOLEH MENGUASAI DAN MAHIR DALAM KBAT GURU-GURU PERLU TERLEBIH DAHULU MENGUASAINYA SUPAYA ASPIRASI DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAPAT DICAPAI.PENUTUP