1 pengenalan empat bidang kegiatan psv

5
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan adalah untuk menerangkan sesuatu objek dengan lebih jelas Menggambar juga boleh dikenali sebagai representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. Selain itu, bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid dan bertujuan memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aktiviti melukis atau membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid. Menggambar juga merupakan satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan Stensila Poster Mengga mbar

Transcript of 1 pengenalan empat bidang kegiatan psv

Menggambar

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan adalah untuk menerangkan sesuatu objek dengan lebih jelas Menggambar juga boleh dikenali sebagai representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.Selain itu, bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid dan bertujuan memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aktiviti melukis atau membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid. Menggambar juga merupakan satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

Kolaj

Catan

Montaj

Lukisan

Poster

Stensilan

Gosokan

Resis

Cetakan

Mozek

Capan

Gurisan

Percikan

Membuat Corak dan Rekaan

Bidang membuat corak dan rekaan memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain.Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Corak boleh dibentuk daripada motif yang teratur dan bebas. Oleh itu,corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak dan rekaan tersebut juga boleh dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain.Bidang ini membolehkan individu mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Antaranya melalui kegiatan seperti:Corak tidak terancang

Renjisan dan percikan

Ikatan dan celupan

Titisan

Tiupan

Pualaman

Corak terancang

Cetakan

Resis

Catan

Lukisan

Kolaj

Kaligrafi

Lipatan dan guntingan

Capan

Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami konsep dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga memdedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan dalam membuat sesebuah karya. Hal ini secara langsung memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa melaksanakan proses penghasilan seni.Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran kepada mereka bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja yang diadakan sebagai satu proses pembelajaran. kegiatan ini boleh dilakukan dalm pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

JENIS AKTIVITIDiorama

Asemblaj

Stabail

Mobail

Arca Timbul

Model

Origami

Topeng

Boneka

Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestic, alat permainan, perhiasan (ornament), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar.Bidang ini memberi kesedaran tentang jenis tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik penghasilan, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan yang digunakan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses penghasilan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Apresiasi boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisis, lakonan, nyanyian dan cerita. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

Perhiasan Diri(dokoh)

Alat Pertahanan Diri

Alat Domestik (alat pengisar)

Alat Permainan (sepak raga)

Tenunan

Ukiran

Tekat

Batik

Tembikar

Anyaman