1 PROF WAN HASHIM_ASAL USUL BANGSA MELAYU.doc

61
Kertas Kerja Kolokium Membina Kedaulatan Melayu Islam di Nusantara anjuran Ikatan Muslimin Malaysia Tarikh: 9hb-10hb November, 2013 Tempat: Puri Pujangga, UKM. SIAPA RUMPUN BANGSA MELAYU? PERKEMBANGAN DAN KEHEBATANNYA PADA ZAMAN SILAM Oleh Profesor Dato’ Dr Wan Hashim Haji Wan Teh, Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur e.mail: [email protected] I LATAR BELAKANG PENULIS mula bertapak dalam dunia akademik sebagai penyelidik pada 1973 ketika berada dalam tahun 4 (kepujian) di Jabatan Antropologi dan sosiologi, Monash University. Untuk tugasan Latihan Ilmiah, penulis telah memilih tema berkaitan dengan persoalan Hubungan Etnik dan Perpaduan Nasional.Kajian perpustakaan itu menggunakan gabungan tiga disiplin dalam sains sosial iaitu Sosiologi, Sejarah, dan Sains Politik bertajuk National Integration 1

Transcript of 1 PROF WAN HASHIM_ASAL USUL BANGSA MELAYU.doc

Kertas Kerja Kolokium Membina Kedaulatan Melayu Islam di Nusantara

anjuran Ikatan Muslimin Malaysia

Tarikh: 9hb-10hb November, 2013

Tempat: Puri Pujangga, UKM.

SIAPA RUMPUN BANGSA MELAYU? PERKEMBANGAN DAN KEHEBATANNYA

PADA ZAMAN SILAM

Oleh

Profesor Dato Dr Wan Hashim Haji Wan Teh,

Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,

Sungai Besi, Kuala Lumpur

e.mail: [email protected] BELAKANG

PENULIS mula bertapak dalam dunia akademik sebagai penyelidik pada 1973 ketika berada dalam tahun 4 (kepujian) di Jabatan Antropologi dan sosiologi, Monash University. Untuk tugasan Latihan Ilmiah, penulis telah memilih tema berkaitan dengan persoalan Hubungan Etnik dan Perpaduan Nasional.Kajian perpustakaan itu menggunakan gabungan tiga disiplin dalam sains sosial iaitu Sosiologi, Sejarah, dan Sains Politik bertajuk National Integration in a New Nation A Study on Communalism as a Paradox of Modernization (Dec.1973) yang sepuluh tahun kemudiannya telah diterbitkan oleh Heinemann Educational Books menggunakan tajuk Race Relations in Malaysia (1983). Buku kecil itu telah diterjemah ke bahasa Melayu dengan penambahan tiga bab, diterbitkan semula oleh Institut Terjemahan Negara Maalaysia dengan menggunakan tajuk Hubungan Etnik di Malaysia (2011).Untuk ijazah-ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, penulis menumpukan kajian terhadap persoalan perubahan dan pembangunan dalam kalangan komuniti Melayu di luar bandar dengan menjadikan Transformasi sebagai tema utama kajian. Tesis Sarjana bertajuk A Malay Peasant Community in Upper Perak di selesaikan di Monash University juga pada 1976, dan di terbitkan oleh Penerbit UKM pada 1978. Tesis Doktor Falsafah pula di selesaikan di Victoria University of Manchester pada 1982 bertajuk The Transformation of Malay Peasantry under Peripheral Capitalism, diterbitkan oleh Penerbit UKM pada 1986 dan cetakan kedua pada 1995. Lanjutan kepada minat penulis terhadap masyarakat desa, penulis telah memimpin satu pasukan tujuh orang penyelidik dari empat buah fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (ATMA, FSKK, FST, dan F.Pendidikan) untuk membuat penyelidikan aneka disiplin dengan tema Perubahan Nilai Masyarakat Desa.Lima fasa kajian telah di selesaikan, masing-masing di Kampung Wang Kelian Perlis, Kampung Tekek Pulau Tioman Pahang, Kampung Sabak Kelantan, Kampung Teluk Kecil Pulau Pangkor Perak , dan Kampung Seronok di Bayan Lepas Pulau Pinang. Dua jilid kajian, iaitu di Wang Kelian Perlis dan di Pulau Tioman Pahang, telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bermula pada tahun 1987 apabila penulis berpindah dan di tempatkan di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, penulis telah meneroka bidang kajian baru mengenai masyarakat minoriti Rumpun Melayu di Luar Alam Melayu.Untuk selama dua belas tahun (1987-1999), penulis bersama-sama beberapa penyelidik bersama (Prof. Farid M.Onn, Prof.Madya Ismail Hamid, Prof Madya A.Halim Ali, dan Prof Madya Hanapi Dollah) telah menyelesaikan empat fasa penyelidikan, masing-masing dalam kalangan komuniti Melayu di Sri Lanka, di Australia Barat , Melayu Cape di Afrika Selatan, dan Orang Melayu di Arab Saudi. Ketika itulah, penulis mulai menumpukan minat kepada aspek tamadun Melayu dari segi sejarah dan perkembangannya, termasuk tentang asal usul rumpun bangsa Melayu. Malah, Syarahan Perdana untuk pengukuhan jawatan Profesor di UKM yang penulis sampaikan pada 1997 bertajuk Tamadun Silam dan Pembinaan Tamadun Melayu Abad Ke Dua Puluh Satu. Ketika itu, penulis telah menyelesaikan dua kajian yang berkaitan dengan tamadun Melayu; pertama mengenai warisan kraftangan Melayu di Pantai Timur dengan tumpuan kepada Asal Mula dan Perkembangannya serta keadaan semasa perusahaan Batek, Songket, Ukiran Kayu dan Anyaman dengan dibiayai oleh Yayasan Volkswagen menerusi Institute of Southeast Asian Studies, Singapura.Hasil kajian itu telah diterbitkan olehDewan Bahasa dan Pustaka pada 1996 bertajuk Malay Handicraft Industries Origins and Development . Bersama-sama dengan seorang karyawan tamu di Institut Alam dan Tamadun Abdul Halim Nasir, kami membuat dua penyelidikan secara serentak tentang Warisan Seni Bina Melayu serta Istana dan Kerajaan Melayu. Melalui kerjasama ini, kami telah menghasilkan dua buah buku bergambar The Traditional House (1996) yang diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti dan Warisan Seni Bina Melayu (1998) terbitan Penerbit UKM. Ketika membaca buku meja kopi hasil tulisan Tan Sri Mubin Sheppard (Allahyarham), Taman Indera Malay Decorative Arts and Pastimes (1972), penulis tertarik dengan ulasan serta kesangsian beliau tentang asal usul bangsa Melayu apabila kebanyakkan sarjana pada masa itu sedang berpegang kukuh kepada teori bahawa rumpun atau ras Melayu itu berasal dari selatan negeri China, kemungkinan nya dari Wilayah Yunnan atau Pulau Taiwan (Formosa)dan kemudiannya berhijrah ke selatan memasuki Alam Melayu di antara 1,500 ke 3,000 S.M. . Dalam kalangan para sarjana tempatan juga, sudah ada yang mula meragui dan mempertikai teori itu kerana dapatan-dapatan dari carigali arkeologi menunjukkan bahawa nenek moyang rumpun Melayu sudah berada di Alam Melayu ini sejak puluhan ribu tahun yang lalu. Ini memberi ransangan untuk penulis membuat satu penyelidikan kecil dari sudut etnografi dan linguistik bagi tujuan mencari bukti sokongan atau menolak teori migrasi rumpun Melayu dari selatan negeri China ke arah selatan untuk menduduki benua atau Kepulauan Melayu itu. BAHAGIAN SATU

IIManusia Kuno Di Alam MelayuDalam kajian antropologi tentang manusia kuno atau makhluk pra-moden sebelum manusia moden homo sapiens sapiens, terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis makhluk separa-manusia yang paling awal ditemui di benua Sunda atau Alam Melayu serta di benua Australasia ini. Mereka itu adalah Australopithecus berusia antara satu hingga tiga juta tahun yang lalu; Pithecanthropus atau Homo Erectus yang berusia kira-kira sejuta tahun yang lalu; dan yang paling hampir sifatnya dengan manusia moden ialah manusia Neanderthal berusia kira-kira 100,000 hingga 40,000 tahun yang lalu. Salah satu ciri penting yang membezakan di antara ketiga-tiga makhluk ini dengan manusia moden ialah ukuran atau saiz tempurung otaknya. Ukuran bagi Australopithecus cuma satu pertiga daripada saiz manusia moden kira-kira 500cc; saiz Pithecanthropus ialah antara 800-1,200 cc dengan purata 1,000cc, manakala bagi manusia Neanderthal hampir sama dengan saiz manusia moden 1,250 cc. Saiz tempurung otak bagi manusia moden ialah 1,400 cc (C.L. Brace, 1967).Perbezaan juga terdapat pada bentuk kepala, bahagian kening dan dagu, saiz gigi yang lebih besar, dan bentuk tulang rangka dan tulang belakang yang membongkok.Hakikat ini menunjukkan sejak dua hingga tiga juta tahun yang lalu, ketiga-tiga makhluk menyerupai manusia itu pernah mendiami di benua Sunda atau Alam Melayu ini; dan Alam Melayu merupakan di antara kawasan yang sesuai di diami oleh manusia dan makhluk-makhluk lainnya sejak lebih sejuta tahun yang lalu. Dapatan-dapatan dari carigali arkeologi juga telah menunjukkan bahawa sejak sekitar 35,000 tahun dahulu, manusia moden atau homo sapiens sapiens telah pun menjadi penghuni di benua Sunda atau AlamMelayu ini.

III

Pembahagian Manusia Kepada Kelompok Ras atau RumpunKetika mengikuti kuliah tahun satu di Australia pada tahun 1970 , pensyarah Pengenalan Antropologi memperkenal kepada kami pembahagian manusia kepada lima kelompok ras terbesar berdasarkan kepada beberapa ciri fisikal saperti warna kulit, bentuk kepala, tekstur rambu , warna dan bentuk mata, saiz badan, wilayah asal, saiz gigi, dan beberapa ciri sampingan lainnya. Lima kelompok itu adalah seperti berikut:i. CAUCASOID; ras berkulit putih yang wilayah asalnya di Eropah, utara

benua Asia, Timur Tengah, dan India;

ii. NEGROID; ras berkulit hitam yang wilayah asalnya benua Afrika;

iii. MONGOLOID; ras berkulit kuning yang wilayah asalnya adalah benua Asia termasuk Asia Tenggara; iv. AUSTRALOID; wilayah asalnya adalah benua Australia dan sekitarnya;

v. RED INDIAN; ras berkulit merah merujuk kepada pribumi benua

Amerika Utara dan Amerika Selatan yang di andaikan berasal dari benua Asia tetapi telah bermigrasi ke sana menerusi Bering Straits.

Pembahagian ini meletakkan rasa tau rumpun Melayu-Polinesia dalam kelompok ras Mongoloid dan ini amat tidak memuaskan. Saya berpendapat bahawa Melayu-Polinesia, disebabkan mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada ras Mongoloid dan telah tinggal secara berasingan daripada ras Mongoloid (the yellow race) di utara serta telah berevolusi membentuk ciri-ciri budaya mereka yang tersendiri serta bertutur dalam bahasa rumpun Austronesia, ia harus dikategori dalam satu ras yang tersendiri iaitu ras Melayu-Polinesia atau ras berkulit ciku masak (the brown race). Dengan itu, pembahagian seharusnya kepada enam ras terbesar seperti berikut:i. Caucasoid,

ii. Negroid

iii. Mongoloid

iv. Melayu-Polinesia

v. Pribumi Amerika Utara-Selatan

vi. Australoid.

Bagi ras kategori kelima Pribumi Amerika, seorang sarjana dari Perancis Paul Riyet pernah mempertikai teori migrasi orang utara Asia ke utara Amerika menerusi Bering Straits. Berdasarkan kajian beliau, Riyet mengemukakan hipotesis bahawa berkemungkinan penduduk asal Amerika Selatan adalah dari rumpun Melayu-Polinesia kerana terdapat beberapa ciri persamaan fisikal dan budaya di antara mereka dengan penduduk di Kepulauan Pasifik yang berdekatan. Mereka dipercayai berhijrah ke Amerika Selatan melalui Australia, New Zealand melalui Pentas Sahul bermula dari Pentas atau Benua Sunda. Dari benua Amerika Selatan, mereka terus berkembang menuju benua Amerika Utara. Jika kemungkinan Pribumi Amerika Utara dan Amerika Selatan di masukkan ke dalam kategori ras Melayu-Polinesia, maka pembahagian ras terbesar itu kekal kepada lima kelompok ras manusia.

Teori pribumi Amerika dari rumpun Melayu-Polinesia ini berasaskan dapatan kajian bahawa terdapat beberapa persamaan dalam aspek fisikal dan budaya antara penduduk di Pulau Paskah (Easter Islands) dan Hawaii dari rumpun Polinesia dengan penduduk asal di Panama, Colombia, Ecuador, dan Peru. Peter Bellwood juga meletakkan pribumi Amerika Selatan ke dalam kelompok etno-linguistik Mongoloid Selatan atau ras Melayu-Polinesia (Bellwood,1985).

IVSiapakah Orang Melayu?

Istilah atau penggunaan perkataan Melayu hari ini mempunyai tiga pengertian dan dalam konteks yang berbeza. Pengertian pertama selalunya digunakan dalam konteks di Indonesia, iaitu Melayu sebagai salah satu daripada beberapa suku bangsa atau etnik seperti orang-orang Jawa, Acheh, Bugis, Makassar, Bali, Mandailing, Batak, Korinchi, Banjar, Rawa, Lampong, Minangkabau, Boyan, Madura,Patani, Manado, Toraja, dan sebagainya. Pengertian Melayu ini masih di gunapakai di Indonesia yang merujuk kepada mereka yang mendiami di Kepulauan Riau dan pantai timur Sumatera dan bertutur dalam bahasa Melayu riau sebagai bahasa pertama dan bahasa ibunda. Bahasa asal etnik Melayu inilah yang diangkat menjadi bahasa nasional Negara-bangsa Indonesia yang merdeka mulai peristiwa Sumpah Pemuda pada 1928. Di Malaysia, gerakan nasionalisme Melayu pada tahun-tahun 30an dan 40an telah meleburkan pemisahan di antara suku-suku bangsa atau etnik ini dengan menjadikan mereka semua sebagai bangsa Melayu atau a Malay nation. Hasilnya, timbul konsepsi Melayu kedua, seperti yang dimaktub di dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai tiga ciri-ciri utama seperti berikut; iaitu seseorang yang bertutur dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, beragama Islam, dan berpegang kepada adat resam yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang Melayu. Konsep Melayu kedua ini agak terbuka dengan membolehkan mereka yang asalnya bukan dari keturunan Melayu (Arab, India, China, Eropah) menjadi orang Melayu ataupunmasuk Melayu setelah memenuhi ketiga-tiga ciri-ciri di atas memeluk agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu dan kemudiannya mengaku diri mereka sebagai orang Melayu. Pengertian Melayu ketiga membawa maksud satu kelompok bangsa yang besar atau ras (Inggeris race) atau rumpun bangsa (a racial stock). Ia adalah istilah yang digunapakai oleh penyelidik dalam bidang antropologi dan sosio-linguistik; juga di gunakan oleh UNESCO merujuk kepada penduduk asal di Semenanjung dan Gugusan Pulau-Pulau Melayu yang kini lebih di kenali sebagai Alam Melayu atau the Malay World. Ia adalah konsepsi budaya yang tidak menjadikan agama Islam sebagai salah satu takrifan Melayu sepertimana orang-orang Filipina, etnik Batak atau Bali dan penduduk asal di Pulau Taiwan dikategorikan sebagai rumpun Melayu. Salah satu unsur persamaan mereka ialah bertutur dalam bahasa dari cabang atau rumpun bahasa induk Austronesia atau Melayu-Polinesia. Syarahan ini akan memberi tumpuan kepada konsepsi Melayu kategori ketiga ini (dari sudut antropologi dan sosio-linguistik), iaitu Melayu sebagai rumpun atau ras (race) dan bukannya Melayu sebagai suku-bangsa (etnik) atau seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebabnya ialah pada zaman dan kelompok manusia yang diwacanakan dalam Syarahan ini, agama Islam belum lagi menjadi salah satu ciri jatidiri yang penting kepada orang Melayu ketika itu. Kumpulan-kumpulan yang yang tergolong dalam ras atau rumpun Melayu itu termasuklah penduduk pribumi Pulau Taiwan yang bukan dari bangsa Han (China), etnik Cham dan beberapa suku bangsa asal-pribumi di Semenanjung Indo-China (Vietnam dan Kemboja), etnik keturunan Melayu Patani di Thailand, seluruh penduduk asal di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei serta suku bangsa Merina di Pulau Malagasi (Madagascar). Saudara terdekat kepada rumpun atau ras Melayu itu ialah bangsa Polinesia yang tersebar secara meluas di Kepulauan Pasifik sehingga kke Pulau Hawaii, New Zealand, dan lain-lain lagi, dipercayai berasal dari Alam Melayu dan mempunyai akar bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Mengenai gabungan dua sub-ras besar Melayu-Polinesia ini yang juga menunjukkan bahawa konsep ini sudah di terima dan digunapakai, seorang pengkaji antropologi berpendapat bahawa mereka adalah.

the worlds greatest colonizers spreading eventually as far

westwards as Madagascar, eastward to Easter Island, north-

wards to Hawaii (and Taiwan, ed.) and as far south as New

Zealand. (Gathercole, 1963). Tentang takrifan bangsa Melayu dari kaca mata seorang pegawai kolonial yang pernah berdampingan dengan orang-orang Melayu untuk beberapa tahun lamanya, Stamford Raffles menulis;

I cannot but consider the Malay Nation as one people, speaking one language though spread over so wide a space, preserving the character and customs , in all the maritime states, lying between Sulu Seas and Southern Oceans (On the Malay Nation, Asiatic Researcher, 1816).Dalam tradisi serta ilmu pelayaran dan sebagai pelaut, apakah benar bangsa Melayu pernah mendahului bangsa-bangsa lain termasuk orang Eropah? Seorang pengkaji Eropah John Tiffany, mempunyai jawapan yang agak dramatik lagi indah terhadap persoalan ini:

The Melayu people might reasonably be called the Vikings of the

Orient.Magnificient instinctive shipbuilders, renowned among the

worlds finest sailors, they take to the water like fish, and conquered

a godly portion of the globe before being themselves discovered by Europeans.

Indeed, they crossed the Indian Ocean to discover and settle in the

island of Madagascar at a time when Europeans, by and large, were

still steering fearfully clear of the open ocean. Mighty mariners and

master traders, many of these seafaring tribes possess the amazing

art of psycho-navigation, finding a sort of sixth sense. Para pengkaji membuat rumusan bahawa sejak awal Kurun Masehi atau lebih awal lagi, perahu-perahu bersayap (outrigger boat) yang mereka bina mampu membuat perjalanan sejauh antara 80 hingga 150 batu sehari bergantung kepada keadaan angin. Juga, mereka mampu merentas lautan sejauh 5,000 batu dalam sekali harung, meninggalkan Alam Melayu sekitar 3,000-5,000 tahun yang lalu. Hakikat inilah yang membolehkan rumpun Polinesia yang merupakan pecahan daripada rumpun Melayu dari segi etno-linguistik, menduduki puluhan pulau-pulau di Lautan Pasifik.

Gambaran yang tepat mengenai perahu atau kapal Melayu dan bangsa Polinesia pada awal Kurun Masehi agak sukar di perolehi. Cuma, apabila Alam Melayu mulai di kunjungi oleh pelayar dan pedagang Cina dan Arab yang memulakan jaringan hubungan perdagangan antarabangsa dengan penduduk di Alam Melayu ini di susuli oleh kedatangan bangsa Eropah untuk perluasan perdagangan serta mencari kekayaan, gambarannya menjadi lebih nyata. Salah satu daripadanya adalah cacatan seorang sejarahwan Portugis Gasper Correla 1496-1511 yang ikut sama menyertai armada Portugis untuk menawan Melaka pada awal abad ke-16 dengan membuat perbandingan kapal Melayu Melaka dengan kapal Portugis Flor De La Mar; diantara Her sides were so high that no one dared to board her fromany of the Portuguese ships, naos, caravellas, and gales, and she

remained unscatched by the Portuguese fire because she had four

layers of sheating, and the largest Portuguese artillery could only

penetrate two. At length, the governor sent out his own nao, the Flor

de Lar Mar. In spite of this, the jong managed to fend off the Portuguese

attacks for two days and two nights and only succumb when the

Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried

outside as on the barges of Ribatejo.Mengenai orang Melayu pula, dua orang pelayar-pengembara bangsa Portugis Duarte Barbosa dan seorang pengembara Belanda abad ke-18 Vallentijn, masing-masing mempunyai gambaran yang menarik mengenai orang Melayu pada fasa awal mereka mengenali orang Melayu di Melaka dan disekitarnya. Harus di ingat bahawa Barbosa jugalah yang membuat gambaran secara kiasan perbandingan antara Melaka dengan kota yang paling makmur di Eropah pada akhir abad ke 15, Venice bahawa (diterjemah secaraharafiah) ,Barangsiapa menguasai Melaka saperti mempunyai kedua belah tangannya di leher kota Venice (Whoever controls Melaka has his hands on the throat of Venice.Duarte Barbosa menulis pada 1518 KM mengenai orang Melayu menyebut; Mereka ini yang menganuti agama Islam dan mempunyai bahasa sendiri di kenali sebagai Malaios. Mereka amat menjunjung tinggi terhdap al-Quran dari Muhammad. Mereka sentiasa bersih, dari keturunan baik-baik, amat meminati music, amat penyayang serta mudah mesra. (These as I say are Moors with their own distinct language and are called Malaios. These Malaios hold the Alcoran of Mafamede (sic) in great veneration. They are polished and wellbred, fond of music, and given to love) (dipetik oleh Tunku Luckman Sinar Sinar S.H.,1994,9). Vallentijn menulis pada tahun 1712 menyebut; Orang Melayu sangat cerdik, sangat pintar dan manusia yang sangat sopan di seluruh Asia. Juga sangat baik, sopan santun, lebih pembersih dalam cara hidupnya dan pada umumnya begitu segak-bergaya sehingga tiada manusia lain yang boleh di bandingkan dengan mereka. Pada umumnya mereka penggembira (petikan dari Tengku Luckman Sinar, SH, 1994,10). VAsas-asas Teori Melayu Berasal Dari Selatan China

TEORI Asal Usul Rumpun Melayu yang di katakana berasal dari Wilayah Yunan, selatan benua China di cipta berasaskan kepada saranan dua orang sarjana etnografi (pengkaji budaya) Sarasin bersaudara (P. & F.) pada tahun 1892-93 kira-kira 100 tahun yang lalu. Mereka ini jarang di rujuk oleh para penyelidik terkemudian kemungkinan kerana teori atau andaian mereka itu masih bersifat spekulatif. Menurut pendapat mereka, pada sekitar 5,000 tahun dahulu (3,500-3,000 SM) sebelum penghijrahan nenek moyang rumpun atau ras Melayu ke wilayah Alam Melayu atau Asia Tenggara sekarang, sudah terdapat suku-suku penduduk asli (nenek moyang Orang Asli ?) di kawasan ini yang di namakan orang Vedda. Pun sebelum itu, pada sekitar 40,000 tahun dahulu,dikatakan sudah wujud atau berhijrahnya beberapa kelompok ras dari utara (Asia bahagian benua) ke selatan yang tergolong dalam ras Australoid, Negroid, dan Melanesoid. Mereka kemudian terpaksa berhijrah ke arah lebih jauh ke selatan melalui Pentas Sunda dan Pentas Sahul disebabkan oleh tekanan daripada pendatang yang baru tiba berhijrah dari utara. Sayugia di ingatkan, dari sudut ilmu geografi bahawa sebelum zaman holosen ketika berlakunya pemanasan global yang mencairkan salji tebal yang menutupi sebahagian besar tanah daratan di utara dan selatan berhampiran kedua-dua khutub , manusia mampu berjalan kaki di atas dataran atau Pentas Sunda daripada Semenanjung Melayu ke Sumatera, berjalan kaki ke Pulau Jawa dan Filipina hingga ke Papua New Guinea hanya dengan menyeberangi sungai dan selat. Perjalanan ini bersambung pula di Pentas Sahul yang meliputi benua Australia sekarang dengan menyeberangi Selat Bering di utara benua Australia. Pada sekitar 3,000-2,500 S.M.(Sebelum Masehi) sehingga 1,500 SM, penduduk asal ini telah didesak oleh penghijrahan gelombang pertama kelompok Melayu Proto yang berhijrah ke Alam Melayu dari selatan benua China, iaitu wilayah Yunnan. Kelompok Melayu Proto ini di andaikan masih di tahap kebudayaan batu lama dan pertengahan. Mereka tinggal di tepi-tepi laut dan sungai kerana mudah untuk mendapatkan makanan dan keperluan asas untuk kehidupan seharian seperti membina tempat tinggal dan sebagainya. Kira-kira 1,000 tahun kemudian, pada sekitar 1,500 SM dan 300 SM sehingga memasuki 300 KM (Kurun Masehi), berlaku pula penghijrahan gelombang kedua Melayu Deutro yang membuka penempatan baru ditepi-tepi laut, di sepanjang tebing sehingga ke kuala sungai dengan mengambil alih kawasan-kawasan yang sebelumnya diduduki oleh orang-orang Melayu Proto. (Amat Johari Moain, 1994, 3).

Saranan atau teori spekulatif Sarasin Bersaudara itu telah diperkukuh oleh seorang penyelidik Yahudi berbangsa Austria Robert Heine van Geldern (1945, 1952,dll) yang membuat rumusan melalui penelitian terhadap bahan artifek arkeologi di perpustakaan Vienna khususnya mengenai kapak atau beliung batu bersegi empat dan periuk tanah liat berkaki tiga. Mengikut Mohamed Anwar Omar Din (2011), Heine van Geldern tidakpun pernah berkunjung ke Alam Melayu untuk mendapatkan data bagi tujuan membina teorinya itu. Beliau, yang mempunyai pengikut dalam kalangan sarjana tempatan yang ramai kerana pada waktu itu kita masih berkedudukan sebagai pelajar atau menti dan pengikut kepada sarjana-sarjana gergasi di paras dunia sebagai mentor, telah berhujah bahawa kapak-kapak segi empat dan periuk berkaki tiga itu boleh ditemui dibeberapa tempat di wilayah selatan (Semenanjung Tanah Melayu) tetapi di katakan berasal dari selatan benua Cina. Ia di bawa ke selatan oleh kelompok orang Melayu semasa bermigrasi ke wilayah Alam Melayu dari selatan benua China. Tun Dr Mahathir dalam karya besarnya A Doctor in the House diterbitkan pada 2011 masih menggunakan dan berpegang kepada teori ini walaupun dua orang sarjana dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman dan Prof Wan Hashim Wan Teh lebih lima belas tahun yang lalu, pada September 1994 telah membuat kenyataan rasmi menolak teori itu berdasarkan hujah-hujah ilmiah hasil kajian mereka dari sudut arkeologi, etnografi dan linguistik (lihat Lampiran II). Terdapat sarjana-pengkaji lain yang mengemukakan bukti dan hujah-hujah yang sama tetapi menggunakan artifek budaya seperti beberapa buah gendang dongsong yang di ditemui di Semenanjung Melayu tetapi bilangannya lebih banyak di wilayah Alam Melayu benua atau Semenanjung Indo-China. Gendang dongsong yang menunjukkan pencapaian tinggi manusia dalam bidang seni ukiran tangan dan pembuatan barangan dari tembaga di percayai diperbuat di sebuah perkampungan di daerah Dong Song, di utara negara Vietnam hari ini yang dulunya adalah Kerajaan Melayu Champa. Perlu di ingat bahawa hampir seluruh wilayah atau Semenanjung Indo-China sejak sebelum dan awal Kurun Masehi sehingga abad ke-16 adalah di dominasi oleh penduduk dari kalangan ras atau rumpun Melayu yang pernah membina dua kerajaan besar, iaitu Kerajaan Funan (awal Kurun Masehi hingga abad ke-4 atau ke-5) dan Kerajaan Champa (mulai abad ke 2 hingga abad ke-16), yang kemudiannya masing-masing di musnah oleh suku bangsa Khmer di Kambodia dan etnik Dai Viets yang agresif dari bangsa Han-China yang berhijrah ke arah selatan dari selatan Sungai Hwang Ho, benua China. Mengikut teorinya, gendang-gendang dongsong itu juga telah di bawa dan sebagai bukti kukuh telah berlakunya migrasi ke selatan oleh para migran Melayu-deutro yang bermigrasi diantara 500 sehingga 1,500-2,000 tahun Sebelum Masehi pada Zaman Gangsa.

Satu lagi teori iaitu Model Kereta Api Ekspres dari Taiwan ke Polinesia (Express Train from Taiwan to Polynesia Model) anjuran Profesor Peter Belwood (1991, 1997,dll) berada dalam sekolah aliran pemikiran yang sama, iaitu teori migrasi dari utara ke selatan. Menurut Bellwood, moyang rumpun Melayu-Polinesia yang bertutur dalam bahasa Austronesia telah berhijrah dari tanah besar China ke Taiwan kira-kira 6,000 tahun S.M.; dan kemudiannya dari tanah ranah di Pulau Taiwan, mereka telah bermigrasi ke selatan memasuki Alam Melyau ketika sebahagian Benua Sunda telah di tenggelami air kira-kira 2,000 Sebelum Masehi. Sebahagian mereka ini yang kemudiannya di kenali sebagai rumpun Polinesia telah bermigrasi ke wilayah Kepulauan Pasifik. Rumpun Melayu-Polinesia inilah yang telah mengusir penduduk-penduduk yang lebih tua di Alam Melayu seperti ras Australoid, Negroid dan Melanesian yang mula bermigrasi jauh ke selatan hingga tiba di Pentas Sahul atau benua Australia dan di kepulauan sekitarnya manakala sekumpulan penghijrah dari utara yang lebih tua dari moyang rumpun Melayu kekal menetap di daerah pendalaman Semenanjuang dan Kepulauan Melayu yang kini lebih dikenali sebagai Orang Asli.VI

Percangahan dan Penolakan Teori Migrasi dari Utara ke Selatan Ketika penulis ini mengorak langkah untuk meneroka penyelidikan dalam satu bidang baru mengenai Melayu diaspora dengan memulakan kajian fasa pertama di Sri Lanka, penulis berdepan dengan satu kenyataan yang di buat oleh seorang profesor penyelidik dalam bidang ilmu pra-sejarah mengenai orang Melayu dan Asia Tenggara. Seperti katanya;The first domestication of plants was done by people of the Hoabinhian culture, somewhere in South East Asia, probably as early as 15,000 B.C. The Neolithic (Late Stone Age) cultures of North China developed out of the Hoabinhian culture of South East Asian originIt might have been South East Asia rather than West Asia as the cradle of human civilization. (de Silva, A History of Sri Lanka, 1984).

Kenyataan Profesor de Silva ini membawa dua implikasi besar tentang kehidupan dan perkembangan tamadun penduduk asal di Benua Sunda atau Alam Melayu. Pertama, Alam Melayu sudah mempunyai penghuninya sebagai penduduk tetap lebih tujuh belas ribu tahun yang lalu. Hakikat ini amat bercanggah dengan teori migrasi Heine-Geldern, Peter Belwood dan lain-lain bahawa orang Melayu sedang dalam proses bermigrasi dari selatan benua China ke Alam Melayu sekitar 5,000 tahun yang silam. Implikasi kedua ialah tamadun awal kegiatan bercucuk tanam bermula lebih awal di Benua Sunda-Alam Melayu dan kemudiannya mula berkembang ke utara hingga ke benua China dan bukan sebaliknya seperti yang di anjurkan oleh pendokong teori migrasi penduduk dari utara ke selatan itu. Kenyataan oleh Profesor de Silva di atas mengundang kajian lanjutan untuk membuktikan kesasihannya.

Bermula pada pertengahan tahun 1980an sehingga awal tahun 1990an, beberapa orang penyelidik generasi baru dari kalangan sarjana tempatan seperti Dr Nik Hassan Suhaimi, Adi Taha dan beberapa lagi mulai mengumpul dan membuat analisis bahan-bahan carigali dari dapatan arkeologi yang telah dimulakan oleh para penyelidik dan sarjana Barat sejak hampir seratus tahun yang lalu. Hasil penelitian mereka itu telah membawa kepada satu kesimpulan bahawa bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Benua Sunda atau Alam Melayu sudah di huni oleh manusia moden atau homo sapiens sapiens yang kemungkinan besarnya adalah moyang rumpun bangsa Melayu yang mendiami di Alam Melayu hari ini. Dapatan oleh penyelidik-penyelidik arkeologi ini agak jelas bercanggahan dengan anjuran Heine-Geldern dan lain-lain pendokong teori migrasi dari utara ke selatan dari segi jarak masa dan zaman. Di sebaliknya, dapatan mereka itu memperkukuh anjuran yang dibuat oleh de Silva bahawa sudah mulai tumbuh dan berkembang satu tamadun awal di Benua Sunda atau Alam Melayu sejak sekitar 17,000 tahun yang lalu. Sesudah menyelesaikan penyelidikan dalam kalangan Orang Melayu di Sri Lanka dan memulakan kajian fasa 2 Rumpun Melayu Diaspora dalam kalangan Orang Melayu di Australia Barat bersama Profesor Madya A. Halim Ali pada sekitar 1994, penulis berkesempatan menyertai satu Persidangan Antarabangsa Hubungan Antara China dan Malaysia yang di adakan di ibukota Kunming, Wilayah Yunnan, selatan negeri China yang di pernah di katakan sebagai tanah ranah tempat asal usul rumpun Melayu. Kesempatan berkunjung ke sana telah digunakan oleh penulis untuk membuat penelitian terhadap beberapa bahan artifek budaya serta hasil kajian yang sedia ada mengenai masyarakat dan kebudayaan kesemua kumpulan etnik yang terdapat di Wilayah Kunming. Penelitian ini di buat di Muzium Etnologi Kunming dengan bantuan seorang kurator warga tempatan di muzium itu. Hasil penelitian ini mendapati wujudnya 26 suku bangsa atau kumpulan etnik di Wilayah Yunnan seperti berikut: 1. China (majoriti) 2. Yi 3. Lisu 4. Hani 5. Nashi 6. Bai 7. Lahu 8. Jinuo 9. Tibetan 10. Achang 11. Jinpo 12. Dulong 13. Nu 14. Pumi 15. Miao 16. Yao 17. Dai 18. Zhuang 19. Bunyi 20. Shui 21. Mongol 22. Wa 23. Deang 24. Bulang 25. Manchu 26. Hui (Muslim). Setiap suku bangsa ini mempamerkan pakaian yang melambangkan jati diri etnik masing-masing. Namun begitu, tiada satupun daripada 26 kumpulan etnik ini yang tergolong dalam kategori rumpun Melayu-Polinesia dan bertutur dalam salah satu cabang dari bahasa rumpun Austronesia. Ini bermakna dan membuktikan tidak terdapatnya satu kelompok etnik atau sukubangsa yang tergolong dalam rumpun Melayu-Polinesia dari segi linguistik dan budaya. Secara logika deduktif (deductive logic) sebagai salah satu kaedah dalam sains social, jika rumpun Melayu itu berasal dari wilayah ini dan kemudiannya bermigrasi ke selatan, sudah tentulah ada kelompok induknya di Wilayah Yunnan ini. Tidak mungkin satu rumpun bangsa yang membiak menjadi begitu besar bilangannya melebehi 250,000 juta di Alam Melayu sekarang pupus di tanah tempat asalnya, atau kesemuanya berhijrah ke selatan? Dengan ini dapat dirumuskan bahawa tidak ada bukti secara empirikal dan etnografi bahawa rumpun atau ras Melayu itu berasal dari Wilayah Yunnan, selatan negeri China. Lagipun, telah dibuktikan di atas bahawa tarikh atau zaman migrasi itu di katakana berlaku pada sekitar 3,500 B.C. adalah amat baru di bandingkan dengan dapatan carigali arkeologi bahawa moyang rumpun Melayu sudah tinggal menetap lebih darpada 15,000 tahun yang lalu (dianggarkan diantara 15,000 hingga 35,000 tahun oleh Profesor Nik Hassan Suhaimi, 1994) . Dua kontradiksi atau percanggahan ini mewajarkan kita bukan sekadar mempersoalkan tetapi menolak teori migrasi rumpun Melayu dari utara ke selatan itu. Penelitian juga di buat terhadap beberapa artifek budaya yang terdapat di ruang pameran Muzium Etnologi di Kunming itu. Selain daripada bahan-bahan lama seperti tembikar yang diperbuat dari tanah liat serta alatan lain yang di perbuat daripada batu dan logam, iaitu alatan-alatan yang di gunakan oleh manusia pra-sejarah, terdapat agak banyak koleksi gendang dongsong yang di pamerkan. Sesungguhnya, penyebaran gendang dongsong yang bermula pada zaman akhir Sebelum Masehi sehingga memasuki zaman awal Kurun Masehi adalah amat meluas merangkumi di beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu, Thailand, dan di Semenanjung Indo-China di mana pernah berdirinya beberapa kerajaan Melayu kuno seperti Kerajaan Funan sejak awal Kurun Masehi, Kerajaan Champa bermula pada abad kedua Kurun Masehi, dan Kerajaan Langkasuka di utara Semenanjung Melayu bermula pada abad ke-4 atau ke-5 Kurun Masehi. Adalah di percayai bahawa gendang-gendang dongsong itu di perbuat oleh petukang-petukang mahir rumpun Melayu yang berada di bawah Kerajaan Champa di pesisir pantai Semenanjung Indo-China atau semasa Kerajaan Langkasuka di utara Semenanjung. Ia tersebar secara meluas di seluruh Alam Melayu hingga ke wilayah selatan negeri China menerusi jaringan perdagangan antara wilayah dan benua yang sudah mula berkembang sejak awal Kurun Masehi, pada mulanya melalui jalan-jalan di pedalaman melalui sungai dan kemudiannya semakin meluas melalui jalan laut di antara kota-kota pelabuhan dan negara kota. VIIMigrasi Secari Terus Ke Benua Sunda-Alam Melayu?Bermula pada tahun 1993, penulis telah di lantik oleh pengurusanUniversiti Kebangsaan Malaysia untuk menerajui dan sebagai Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang kemudiannya bertukar nama kepada Institut Alam dan Tamadun Melayu atau ATMA kerana perluasan ruang lingkup atau skop dan kawasan kajian. Pada waktu itu juga, bahan-bahan penyelidikan yang terkumpul dari perspektif arkeologi, linguistik dan etnografi seperti yang dibentangkan diatas sudah mencukupi dan meyakinkan bahawa teori migrasi rumpun atau ras Melayu dari utara ke selatan itu boleh ditolak.

Dengan mendapat restu dari Naib Canselor dan persetujuan oleh Profesor Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, satu sidang akhbar bersama di adakan atas nama Institut Alam dan Tamadun Melayu bagi membentangkan hasil dapatan baru penyelidikan yang menolak teori migrasi dari utara itu. Sidang akhbar yang di adakan pada 14 September, 1994 itu telah mendapat liputan yang meluas dan di siarkan dalam semua akhbar harian dan media letronik (lihat Lampiran). Kenyataan akhbar itu telah di sokong oleh Profesor Tan Sri Awang Had Salleh, mantan Naib Canselor UKM yang pada masa itu berada semula di Universiti Kebangsaan Malaysia sebgai Karyawan Tamu. Seperti kata beliau;

.. Satu bukti percangahan sudah cukup untuk teori usang itu di tolak. Tetapi kamu berdua berjaya mengenalpasti dua atau tiga percangahan; pertama tiada masyarakat Melayu sebagai induknya di wilayah Yunnan; kedua, dapatan arkeologi membuktikan sudah wujud manusia modern di Alam Melayu ini di antara 15,000 hingga ke 35,000 tahun yang lalu; dan ketiga, masa di katakan orang Melayu proto dan Melayu deutro baru sedang berpindah dari selatan benua China ke wilayah Alam Melayu sekitar 2,500 sehingga 1,500 S.M., sudah wujud tamadun awal di Alam Melayu ini yang tentunya di bina oleh moyang rumpun bangsa Melayu. Kemungkinan juga pada waktu itu, rumpun bangsa Polinesia sudah pandai mencipta teknologi membina perahu bersayap (outrigger boat) untuk belayar jauh merentas Samudera Pasifik Namun, dua hari kemudian, sekumpulan sarjana yang bernaung di bawah Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) telah membuat satu kenyataan akhbar yang kontra dengan kenyataan akhbar ATMA itu tetapi tidak mengemukakan apa-apa hujah yang menolak mahupun menyokong teori migrasi yang asal atau dapatan baru itu. Apa yang di suarakan hanyalah pandangan bahawa kenyataan akhbar oleh para sarjana penyelidik dari ATMA UKM itu boleh menjejas hubungan baik diantara Malaysia dengan negeri China yang selama ini terjalin dengan eratnya. Sidang akhbar yang di adakan itu tidak memberi apa-apa pendapat dari sudut ilmiah tentang penerimaan atau penolakan teori migrasi yang menjadi persoalan utama. Pada minggu berikutnya, penulis menerima satu panggilan telefon di susuli oleh kiriman sepucuk surat dari Arkib Negara Malaysia meminta penulis menyiapkan satu kertas kerja untuk di bentangkan dalam satu siri Polimik Sejarah Malaysia di mana penulis adalah Ahli Jawatankuasa Perancang dan Perlaksananya. Siri ini telah berjalan dengan baik dan lancer sejak beberapa tahun yang lalu. Kertas kerja yang di kehendaki itu mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkannya dengan di beri tajuk; Teori Migrasi dan Asal Usul Ras Melayu. Sesi pembentangannya di adakan pada awal tahun berikutnya (1995) di Auditorium Arkib Negara Malaysia. Apa yang menarik dalam pembentangan itu adalah pada sesi soal jawabnya. Salah seorang daripada para peserta mengemukakan soalan, Jika orang Melayu bukan berasal dari selatan negeri China, dari mana sebenarnya asal usul kita ?..., satu soalan yang cukup menarik tetapi memerlukan fikiran yang mendalam lagi bernas untuk menjawabnya. Pada waktu itu juga, minda saya sudah di isi oleh satu gerakan intelektual yang di pelopori oleh Profesor (Tan Sri) Mohd Kamal Hassan berpusat di UKM untuk membuka dimensi baru melihat sains sosial dari perspektif Islam.Salah satu hasil gerakan itu adalah dengan mengadakan satu Seminar Sains Sosial dari Perspektif Islam yang di anjurkan oleh Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1994. Tujuh makalah masing-masing di tulis oleh Profesor Mohd Kamal Hassan, Profesor Hassan Langgulung, Profesor Madya Mohd Mahyuddin bin Haji Yahya, Prof Madya Mustapha Haji Mohd Jar, Profesor Madya Ismail Hamid, Profesor Madya Amriah Buang, dan Profesor Madya Wan Hashim bin Wan Teh telah du kumpul dan di sunting untuk di terbitkan dalam bentuk buku bertajuk Sains Sosial dari Perspektif Islam suntingan bersama oleh Wan Hashim dan Mahayudin Haji Yahaya (1986).

Berbekalkan dengan pengalaman yang masih muda dalam gerakan intelektual itu, saya mengemukakan satu jawapan yang agak ringkas kira-kira demikian..;Memandangkan sebahagian besar kita adalah terdiri daripada

orang Islam, dan setiap penganut agama Islam semestinya mempercayai bahawa semua manusia di bumi ini asalnya adalah dari keturunan Hawa dan Adam, saya mempunyai pendapat bahawa oleh kerana moyang manusia keturunan Melayu telah dibuktikan sudah lama berada di Alam Melayu ini, kemungkinan besar bahawa rumpun Melayu ini berhijrah terus ke Alam Melayu dari Timur Tengah tempat asalnya Adam bertemu Hawa yang kemudian melahirkan zuriatnya..Barangkali, rumpun Melayu itu bermigrasi melalui jalan pantai manakala satu kumpulan yang lain, iaitu ras Mongoloid seperti bangsa Cina, Jepun, Korea, orang Mongol dan sebagainya dikenali sebagai the yellow race terpaksa merentas benua dan mendaki bukit bukau, kemungkinannya rumpun atau ras berkulit ciku masak atau sawo matang, iaitu rumpun Melayu ini tiba ke timur wilayah Asia selatan lebih awal daripada ketibaan ras Mongoloid ke wilayah Asia utara itu.. Wallahhuaalam

Dalam ilmu sains sosial, pandangan seperti ini boleh di anggap sebagai teori spekulatif (speculative theory) yang bersandarkan kepada logika deduktif (deductive logic). Sememangnya banyak terdapat dapatan-dapatan dari hasil kajian saintifik bermula dengan teori spekulatif.

Kira-kira 16 tahun kemudian pada 2011, muncul Profesor Oppenheimer seorang penyelidik di Oxford University dengan dapatan baru hasil kajiannya yang menggunakan kaedah yang terkini analisis mtdNA(Oppenheimer,2002,2008,2011a,2011b).Namun, beliau mengutarakan pendapat yang sama bahawa migrasi mereka yang kini adalah penghuni di Alam Melayu adalah secara lansung dari barat ke arah timur untuk tiba di Alam Melayu. Cuma terdapat sedikit perbezaan dengan andaian penulis pada 1995 dahulu yang membuat spekulasi bahawa moyang rumpun Melayu itu berasal dan berhijraah terus ke luar dari Timur Tengah atau Asia Barat manakala dapatan kajian Oppenheimer ialah mereka berhijrah ke luar dari benua Afrika.

Mengikut kajian menggunakan kaedah mtDNA juga, terdapat beberapa gelombang migrasi keluar dari benua Afrika menuju ke arah timur dan akhirnya memasuki Benua Sunda yang saiznya pada ketika itu di anggarkan tiga kali ganda saiz benua India sekarang. Kabilah yang pertama di katakana tiba sekitar 74,000-76,000 S.M., iaitu beberapa tahun sebelum keletusnya gunung berapi Toba di Sumatera yang mengegarkan dunia di mana sebahagian muka bumi di kawasan ini tidak dapat menerima cahaya matahari lebih kurang tiga tahun lamanya. Di andaikan semua ahli kabilah migran gelombang pertama itu pupus dan musnah kerana di timbus oleh lahar Gunung Toba atau mengalami kesukaran mendapatkan air dan makanan kerana bumi di tutupi oleh lahar akibat letusan itu. Sesudah itu, barulah tiba kabilah-kabilah yang berbagai warna kulit dari rumpun atau ras yang berbeza memasuki Benua Sunda. Di antaranya termasuklah kabilah yang agak besar menuju ke benua Asia kawasan utara yang kini di kenali sebagai ras Mongoloid atau the yellow race. Hakikat ini menepati andaian yang di buat oleh Profesor de Silva bahawa fasa tamadun awal kemampuan manusia bercucuk tanam dan kemudiannya menternak haiwan bermula lebih awal daripada di Asia Tenggara daripada di negeri China.

Di antara beberapa gelombang penghijrahan ini, terdapat kabilah-kabilah yang tiba di Alam Melayu pada sekitar 3,500-4,500 S.M. yang terdiri daripada dua golongan bertaraf bangsawan; pertama ialah anak cucu dari keturunan Raja Khurus atau Cyrus the Great berasal dari Parsi, yang di sebut dalam Surah al-Kaf kitab suci al-Quran sebagai Raja Zulkarnain. Penulis buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu telah membuat kesilapan dengan mengaitkan keturunan raja-raja Melayu yang tiba di Bukit Siguntang dengan Raja Iskandar Zulkarmain putera Raja Phillips dari Makaduniah. Beliau sebenarnya adalah Raja Khurus atau Cyrus the Great yang hidup pada zaman Nabi Ibrahim Alaihissallam pada sekitar 5,000 S.M.( lihat Afareez Abd Razak, 2009). Kumpulan kedua berstatus bangsawan juga adalah dari zuriat keturunan Nabi Ibrahim dengan isterinya yang ketiga berasal dari sebuah penempatan bernama Kemboja, wilayah Parsi. Kelompok ini juga berhijrah ke arah timur dan memasuki Alam Melayu ketika sebahagian daripada kawasan dataran Pentas Sunda telah di tenggelami air laut. Mereka ini di beri nama Bani Jawi oleh pengkaji dan penulis Arab, istilah yang paling awal di gunakan merujuk kepada ras atau rumpun bangsa Melayu.

Tidak semua yang berhijrah memasuki Alam Melayu sejak lebih 70,000 tahun dahulu terdiri daripada ras atau rumpun Melayu-Polinesia sahaja. Terdapat di antara mereka ini yang kemudiannya meninggalkan Alam Melayu untuk mencari penempatan dengan menyebari selat dan lautan dan akhirnya tiba di wilayah dan kawasan tempat mereka berada sekarang ini di benua Australia dan di pulau-pulau sekitar Lautan Pasifik. Mereka ini kemudiannya di istilahkan dan tergolong dalam ras Australoid atau rumpun Melanesoid, Negroid, dan sebagainya. Kelompok yang terakhir meninggalkan Alam Melayu untuk berhijrah ke Kepulauan Pasifik adalah rumpun Polinesia yang merupakan saudara terdekat kepada rumpun bangsa Melayu kerana kedua-dua mereka mempunyai banyak persamaan dari segi warna kulit dan bahasa dari akar yang sama, bahasa Austronesia. Gabungan kedua-dua rumpun bangsa ini dengan beberapa ciri persamaan melayakkan mere berada dalam kategori yang tersendiri sebagai ras Melayu-Polinesia atau the brown race yang jumlahnya di anggarkan sekitar 380 juta manusia. Perbincangan mengenainya memerlukan satu ruang yang lain. BAHAGIAN DUA

MELAYU DIASPORAVIIIPendahuluanIstilah atau konsep Melayu diaspora mula digunakan oleh penulis ini pada akhir tahun 1980an atau awal 1990an setelah selesai melakukan penyelidikan dalam kalangan masyarakat Melayu di Sri Lanka dengan di susuli oleh kajian fasa kedua dalam kalangan masyarakat Melayu yang berasal dari Pulau Cocos dan Pulau Kerismas tetapi sudah berhijrah keluar dari pulau-pulau itu untuk tinggal menetap di benua Australia. Ia merujuk kepada kelompok rumpun Melayu dari rantau Asia Tenggara dan Alam Melayu ini (Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Kambodia, Vietnam, Myanmar, dan Filipina) yang telah berhijrah ke luar dari lingkungan Negara-negara di Alam Melayu bermula pada Kurun Masehi ke-5 atau ke-6 sehingga memasuki zaman penjajahan oleh kuasa-kuasa Barat. Ia termasuk penghijrahan yang berlaku pada zaman Kerajaan Sri Wijaya, kerajaan Majapahit sehingga memasuki zaman Kerajaan Melaka dan sesudahnya.

Namun, terdapat faktor-faktor yang berbeza kenapa migrasi berlaku pada zaman sebelum penjajahan di bandingkan dengan migrasi yang berlaku pada zaman penjajahan. Pada zaman pra-penjajahan, migrasi berlaku kerana mencari atau untuk membuka penempatan baru seperti penghijrahan ke Pulau Madagaskar atau penghijrahan bagi tujuan perdagangan. Kecuali penghijrahan ke Pulau Madagaskar yang relatifnya besar sehingga membolehkan rumpun Melayu yang tiba di sana membina sebuah kerajaan pertama di pulau itu yang di kenali sebagai Merina Kingdom, penghijrahan ke kawasan-kawasan lainnya seperti ke pantai timur benua Afrika tidak begitu besar bilangannya untuk membolehkan mereka membuka perkampungan atau penempatan dan berjaya mengekalkan jati diri mereka sebagai rumpun Melayu yang berbeza daripada penduduk pribumi yang asal di penempatan baru itu. Berbeza dengan penghijrahan pada zaman penjajahan kuasa Barat di mana sebahagian besar rumpun Melayu diaspora itu masih dapat mengekal jati diri mereka sebagai orang Melayu walaupun mereka sudah melalui proses asimilasi ke dalam masyarakat majoriti yang dominan. Hal ini bersesuaian dengan teori kitaran dalam hubungan ras yang di anjurkan oleh Robert E. Park (1950) dengan mengusulkan bahawa dalam hubungan jangka panjang di antara kelompok minoriti dengan ras yang dominan, golongan minoriti akhirnya akan berasimilasi dengan golongan majoriti yang dominan. Pemerhatian kita dalam kalangan masyarakat Melayu diaspora sebagai kelompok minority menunjukkan bahawa teori ini boleh di buktikan kebenarannya. IXPenjajahan Mewujudkan Melayu Diaspora Selain daripada diaspora orang Melayu yang berlaku pada zaman Kerajaan Sri Wijaya di antara abad ke-7 sehingga abad ke-14K.M., sebahagian besar rumpun Melayu yang berada di luar AlamMelayu di merata dunia hari ini adalah akibat secara lansung daripada kedatangan kuasa penjajah Barat-Eropah ke Alam Melayu bermula pada awal Kurun Masehi ke-16. Rumpun bangsa Melayu sebagai golongan minoriti yang relatifnya kecil boleh di temui di beberapa buah Negara seperti Surinam, Afrika Selatan, Madagaskar, Sri Lanka, Amerika Syarikat, England, Belanda, Perancis, Mesir, Arab Saudi, dan Australia. Di beberapa buah Negara lain seperti Taiwan, Kambodia, Vietnam, Mynmar, Thailand,Pulau Hainan (China) dan Singapura, orang Melayu adalah kelompok minoriti tetapi merupakan masyarakat pribumi dan bukannya diaspora atau penghijrahdi Negara-negara berkenaan.

Kedatangan Portugis yang berjaya bertapak di Melaka mulai 1511 telah mengakibat berlakunya penghijrahan secara yang agak terhad orang Melayu ke Sri Lanka. Portugis juga, melalui pelayaran Ferdinand Magallen mengelilingi dunia, telah membantu seorang anak Melayu yang di kenali sebagai Panglima Awang atau Enrique (panggilan oleh orang Portugis) untuk mengelingi dunia bermula dari pelabuhan Melaka dan akhirnya tiba semula di salah sebuah pelabuhan di Semenanjung manakala Magallen terbunuh di salah sebuah pulau di Filipina dan tidak melengkapkan pelayarannya sehingga ke garisan penamat, iaitu pelabuhan Melaka.

Penjajah Belanda yang tiba beberapa puluh tahun kemudian daripada kedatangan Portugis melalui penubuhan Dutch East India Company pada 1602 telah membawa kesan yang lebih besar berkaitan dengan diaspora rumpun Melayu dari negeri-negeri Melayu di Semenanjung dan terutama sekali dari Indonesia ke beberapa buah Negara di luar Alam Melayu. Sebahagian besar orang Melayu yang berjumlah sekitar 60,000 yang kini menetap di Sri Lanka dan kesemua mereka yang berada di negara-negara seperti Afrika Selatan (dianggarkan 600,000), negeri Belanda, dan Surinam di Selatan Amerika adalah di bawa oleh Belanda ke sana sama ada sebagai hamba, buangan politik, banduan, buruh kontrak, atau kaum merdahika. Di antara mereka ini, sumbangan dan perjalanan sejarah yang amat menarik untuk di kaji adalah rumpun Melayu Cape di Afrika Selatan,sesuatu yang akan di bincangkan dalam bahagian lain di bawah ini .

Dalam perlumbaan negara penjajah Eropah untuk menguasai negara-negara di Asia temasuk Alam Melayu, Spanyol tertumpu kepada penguasaan di wilayah Kepulauan Filipina dengan berjaya menamatkan pemerintahan Kesultanan Manila di Pulau Luzon serta mengkristiankan majoriti penduduk pribumi di wilayah utara kepulauan itu. Namun, Spanyol tidak berjaya meluaskan penguasaan dan penjajahannya ke wilayah selatan di Pulau Mindanao dan Kepulauan Sulu oleh kerana penentangan yang hebat dari masyarakat Islam di sana. Diaspora rumpun Melayu Filipina juga tidak berlaku kerana penjajah Spanyol tidak berminat untuk membuka negaranya kepada penduduk dari benua Asia.

Pada era yang sama, Perancis menumpukan dominasi negaranya ke wilayah Semenanjung Indo-China khususnya di negara Vietnam dan Kembodia. Ia membawa kepada perang pembebasan untuk mencapai kemerdekaan di susuli oleh perang saudara yang amat panjang di antara golongan penganut ideolog komunisme-sosialisme yang di kembangkan oleh Republik Komunis China dan Soviet Union dan mereka yang berpihak kepada negara Barat yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi dan ekonomi kapitalis. . Dalam masa perang saudara inilah, ramai penduduk rumpun Melayu yang beragama Islam telah terkorban oleh kekejaman regim komunis yang berjaya mengambil aleh kuasa di kedua-dua negara Vietnam dan Kambodia. Sebahagian mereka yang bernasib baik atau mampu membiayai perjalanan ke luar negara telah bermigrasi ke Perancis, Amerika Syarikat, serta sebagai pelarian perang di Malaysia. Di Amerika Syarikat, mereka membina komuniti-komuniti kecil di beberapa buah negeri dan bandaraya saperti di Los Angeles, Seattle, Washington D.C. dan sebagainya.

Penjajah Inggeris tiba ke Alam Melayu agak lewat, iaitu pada bahagian kedua kurun ke 18 dengan membuka stesyen perdagangan di Pulau Pinang pada 1786 dan di Singapura pada 1819 walau pun British East India Company telah di tubuhkan pada awal abad ke 17, iaitu pada tahun 1600. Sebelum itu, Inggeris lebih tertumpu untuk menguasai negara-negara di benua Afrika dan India- Pakistan.Bagi negeri-negeri Melayu serta Borneo Utara (kini Sabah dan Sarawak) yang di kuasaainya, penjajahan Inggeris lebih tertumpu kepada membawa masuk buruh asing yang murah dari negeri China dan India untuk membangun ekonomi kolonial dengan menggunakan modal besar dalam pelaburan perlombongan dan perusahaan getah serta hasil galian lain yang amat di perlukan oleh negara-negara Eropah yang sedang melalui proses Revolusi Industri. Oleh itu, diaspora rumpun Melayu ke luar Alam Melayu amatlah terbatas pada era penjajahan Inggeris. Di sebaliknya, Inggeris telah mewujudkan kelompak diaspora (bermigrasi keluar Negara) yang besar bagi kalangan orang-orang China dan India yang berhijrah ke merata dunia terutama ke negara-negara wilayah Alam Melayu. Salah satu kelompok Melayu diaspora yang tidak harus di lupakan ialah mereka yang kini tinggal menetap di negara-negara Timur Tengah khususnya di Arab Saudi dan Mesir. Penghijrahan mereka ke luar dari wilayah Alam Melayu telah bermula pada abad ke 19 secara kecil-kecilan apabila rumpun Melayu dari negeri-negeri Melayu utara Semenanjung atau Selatan Thailand (wilayah Patani, dll) dan juga Melayu dari Semenanjung dan Singapura belayar ke Timur Tengah untuk menuntut ilmu disamping untuk menunaikan fardhu haji. Sebahagian mereka ini akhirnya memilih untuk terus tinggal menetap di sana dengan mewujudkan satu lagi komuniti Melayu diaspora di luar Alam Melayu. Bagi orang-orang Arab, mereka ini di kenali sebagai Orang Jawi manakala negeri atau wilayah asal mereka iaitu Alam Melayu di kenali sebagai Tanah Jawi, satu nama yang sudah di gunakan oleh bangsa Arab sejak ribuan tahun yang lalu. X

Kajian Perbandingan Rumpun Melayu Di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia, dan Arab Saudi Untuk selama dua belas tahun di antara 1987 dengan 1999, penulis bersama-sama beberapa orang penyelidik bersama telah menyelesaikan empat kajian masing-masing di Sri Lanka, Australia, Afrika Selatan dan Arab Saudi. Hasil kajian ini terdapat dalam empat penerbitan iaitu, i) Rumpun Melayu Sebagai Kelompok Minoriti Keluaran Khas RUMPUN MELAYU POLINESIA, Terbitan Tak Berkala IBKKM, Bil. 4, Ogos 1991; ii) Rumpun Melayu di Australia Barat (bersama A. Halim Ali),( Penerbit UKM ,1999); iii) Rumpun Melayu Minoriti dan Diaspora, Syarahan Perdana I UPNM, (Penerbit UPNM,2010) dan iv) Melayu Cape di Afrika Selatan (bersama Hanapi Dollah)(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010). Berikut ini adalah perbincangan secara perbandingan hasil kajian empat komuniti berkenaan dengan tumpuan kepada empat perkara iaitu,i. Latar- belakang Sejarah Penghijrahan, ii. Kegiatan Ekonomi dan Pekerjaan iii. Kegiatan Dalam Agama dan Pertubuhan Sosial, iv. Persoalan Budaya dan Jatidiri. i. Latarbelakang Sejarah Penghijrahan Ketika penjajah Portugis dan Belanda mula tiba di Alam Melayu pada awal abad ke-16 dan ke-17 KM, perdangan hamba abdi masih berleluasa dan merupakan salah satu sumber pendapatan para pedagang. Penduduk di Semenanjung dan Kepulauan Melayu juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia ini. Di Ceylon pada abad itu, terdapat satu kawasan yang di beri nama Slave Island sebagai satu tempat menjual dan membeli hamba yang di datangkan dari Alam Melayu. Begitu juga di pelabuhan Cape Colony di wilayah Western Cape, Afrika Selatan. Terdapat juga aktiviti pemerdagangan manusia sedemikian.

Selain golongan hamba, terdapat golongan pesalah atau banduan yang di buang negeri oleh penjajah Belanda ke Ceylon dan Afrika Selatan. Di antaranya termasuklah putera-putera raja dan alim ulama berwibawa yang bangkit menentang penjajah Belanda yang berjaya di tangkap dan akhirnya di seylongkan, satu istilah bermaksud di buang negeri sama ada ke Ceylonatau lebih jauh lagi ke Western Cape di Afrika Selatan. Selain hamba, banduan, serta penentang penjajahan Belanda, terdapat juga kaum merdahika yang secara sukarela telah memilih untuk menyertai pasukan tentera upahan semasa Portugis menguasai Melaka untuk selama 129 tahun (1511-1640) dan semasa Belanda menguasai Melaka untuk selama 183 tahun (1641-1824). Terdapat juga mereka dari Kepulauan yang menyertai tentera upahan Belanda.

Sebelum itu, memang sudah terdapat golongan pelaut terutama sekali para pedagang Melayu yang belayar jauh menyusuri sepanjang pantai benua India untuk membawa barang dagangan sehingga tiba di Timur Tengah serta pantai barat benua Afrika. Kecuali rumpun Melayu yang ramai jumlahnya yang tinggal menetap serta di iktiraf sebagai pribumi di Pulau Madagaskar, mereka yang singgah dan tinggal menetap di pesisiran pantai benua Afrika agak kecil bilangannya dan telah terserap ke dalam komuniti masyarakat tempatan pribumi Afrika.

Sejak Islam bertapak kukuh di Alam Melayu bermula pada abad ke-15 dan ke-16 Kurun Masehi, sudah ada orang Melayu secara kecil-kecilan merentas Lautan Hindi untuk sampai ke Timur Tengah bagi tujuan menunaikan fardhu haji dan sebilangan mereka datang untuk menuntut ilmu bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah apabila kembali semula ke Jawi (Alam Melayu) nanti. Terdapat di antara mereka yang berjaya muncul sebagai alim ulama yang terkenal mengukir nama dalam lembaran sejarah tanah air. Bagaimanapun, komuniti Melayu diaspora yang terdapat di kota suci Makkah dan Medinah serta di kota pelabuhan Jeddah hari ini adalah hasil penghijrahan yang berlaku pada abad ke-19 sehingga sepanjang abad ke-20. Walaupun terdapat mereka yang berasal dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, sebahagian besar mereka yang sudah puluhan se- hingga seratus tahun lebih menetap di sana adalah dari rumpun Melayu Patani, Selatan Thailand. Kedudukan mereka sebagai mangsa keganasan puak Thai yang memusuhi orang-orang Islam di wilayah negeri-negeri Melayu Selatan Thai telah menarik simpati pemerintah negara Arab Saudi yang sedia menerima mereka sebagai warga negara di samping membenarkan mereka bekerja di negara itu.

Di Australia, orang-orang Melayu yang mula tiba di sana secara kecil-kecilan adalah semasa sebelum Perang Dunia Kedua meletus. Mereka di bawa oleh syarikat-syarikat perusahaan industri mutiara yang berpusat di bandar kecil Broome. Penghijrahan secara besar-besaran orang Melayu ke sana bermula pada tahun-tahun 1960an dan 1970an disebabkan oleh kepadatan penduduk Melayu di Pulau Cocos yang di susuli kemudian oleh mereka dari Pulau Kerismas kerana pengecilan serta penutupan kilang-kilang perusahaan fosfat di pulau itu. Ini di ikuti pula oleh penghijrahan golongan professional dan semi-profesional di antara 10 ke 20 tahun lalu yang mempunyai kelulusan serta kepakaran yang sesuai dengan keperluan tenaga kerja di sana. ii. Kegiatan Ekonomi dan Pekerjaan Seperti telah di sebutkan diatas, ketibaan orang-orang Melayu ke Afrika Selatan dan Sri Lanka sejak awal abad ke-16 kebanyakan-nya adalah sebagai hamba, banduan, pesalah yang di buang negeri, serta sebilangan kecil sahaja sebagai kaum merdahika.Bagi kumpulan kecil kaum merdahika ini, mereka di Ceylon telah menyertai pasukan bersenjata yang di kenali sebagai Ceylon Rifle Regiment yang wujud di antara 1800-1877 manakala mereka di wilayah Western Cape menyertai pasukan tentera upahan Belanda tetapi kemudiannya di serap ke dalam angkatan tentera Inggeris sebagai Cape Malay Frontier. Bagi yang lain-lainnya, mereka terikat untuk bekerja sebagai hamba sehingga hutang kepada tuan-tuan mereka dapat di langsaikan, atau bagi banduan sehingga mereka di lepaskan. Sebahagian mereka dan anak-anak mereka kemudiannya menyertai pasaran pekerjaan buruh manakala sekumpulan kecil di antaranya mulai memperolehi kebolehan membuat kerja-kerja sebagai tukang jahit, tukang kasut, tukang dobi, buruh binaan, pekerja kilang, serta sebagai pembantu rumah atau buruh di ladang. Terdapat juga mereka yang menganggotai pekerjaan berpakaian seragam sebagai polis, pekerja bomba, pembantu di rumah sakit kerajaan, dan lain-lain lagi.

Hal ini berubah dengan ketaranya pada abad ke-20 yang lalu dan semasa kajian di lakukan. Melalui kemajuan dalam pendidikan, sudah begitu ketara meningkatnya bilangan mereka yang menceburi bidang pekerjaan berkolar putih di peringkat pertengahan atau menengah bawah. Terdapat juga diantara mereka yang menceburi bidang perniagaan berskala kecil dan sederhana, serta mereka yang berkelulusan dalam bidang profesional sebagai doctor perubatan, doctor gigi, jurutera, akauntan, professor dan pensayarah, penyelidik di universiti, serta guru dan pentadbir dalam jabatan kerajaan. Kemajuan dalam bidang ini lebih menyerlah dalam kalangan rumpun Melayu Cape di Afrika Selatan.

Bagi kedua-dua rumpun Melayu di Arab Saudi dan Australia, usia mereka masih agak muda. Rata-ratanya mereka adalah generasi pertama atau generasi kedua yang berhijrah ke sana pada abad ke-20 yang lalu. Di Arab Saudi, kemajuan yang di capai oleh generasi kedua dan ketiga agak ketara dan menyerlah. Melalui pendidikan yang di beri percuma, mereka berjaya mencapai kemajuan sehingga membolehkan mereka menyertai bidang bidang professional sebagai guru, pensyarah universiti dan kolej perguruan, mendapat kelulusan dalam bidang perubatan, kejuruteraan, arkitek, atau menjadi juruterbang, dan sebagainya. Jika sebahagian besar ibu bapa mereka (generasi pertama) berhijrah untuk tinggal menetap di Makkah dan Madinah, generasi kedua dan ketiga ini telah berjaya menyertai golongan kelas menengah dan sebahagian besar mereka kini tinggal menetap di Jeddah. Namun, ada juga segolongan mereka yang menyertai kegiatan pengurusan perhotelan, penyediaan makanan dan tempat tinggal yang berkaitan dengan jemaah ibadat haji dan umrah yang merupakan salah satu pekerjaan ibu bapa mereka sebagai generasi pertama, sebagai pengusaha ladang kurma, dan sebagainya. Terdapat di antara mereka itu mencapai taraf jutawan dalam usia yang masih muda kerana terbabit dalam urusan jual beli hartanah dan bidang perhotelan. Keadaannya hampir sama bagi rumpun Melayu yang kini menetap di Australia Barat, terutama kumpulan mereka yang di kaji yang berasal dari Pulau Cocos dan Pulau Kerismas serta bekas penyelam mutiara yang kini tinggal menetap di Perth, Kattaning, Geraldton, dan South Hedland di Australia Barat. Jika ibu-bapa mereka rata-ratanya mendapat pendidikan setakat sekolah rendah sahaja dan tentunya pekerjaan yang paling sesuai adalah sebagai pekerja buruh di kilang dan di Majlis Bandaran, juru jual di pasar raya, atau paling tinggi sebagai juruteknik dan penyelia dalam sesebuah perusahaan, generasi kedua yang mendapat pendidikan menengah dan tinggi menampakkan potensi mereka untuk meninggalkan pekerjaan tradisi ibu bapa mereka sebagai pekerja kolar biru. Pun, kejayaan mereka ini masih belum begitu ketara seperti yang telah di capai oleh masyarakat Melayu Cape atau Melayu di Arab Saudi.

iii. Kegiatan Dalam Urusan Agama dan Pertubuhan Sosial Bahagian ini akan mencuba meneliti setakat mana rumpun Melayu sebagai komuniti kecil memberi sumbangan kepada kegiatan yang bercorak keagamaan (keIslaman), serta dalam pertubuhan-pertubuhan sosial lainnya. Jika di buat perbandingan di antara empat komuniti yang telah di kaji, kelompok Melayu Cape khususnya di banda raya Cape Town dan wilayah Eastern Cape adalah cemerlang dan amat menyerlah dalam kedua-dua dimensi ini.

Dari perspektif sejarah, sudah di ketahui umum bahawa ketibaan tokoh besar Sheikh Yusuf Makassar sebagai buangan politik pada 1694 bersama-sama 3 orang isteri, lebih 30 orang pembantu dan pengikutnya telah mencipta satu sejarah penting lagi istimewa. Kehadiran mereka ini sebagai petanda tertubuhnya sebuah komuniti Islam dengan Sheikh Yusuf sebagai pengasas-nya. Setelah beliau meninggal dunia lima tahun kemudian pada 1699, murid dan pengikutnya mmeneruskan usaha murni untuk mengembang serta memperkukuh agama Islam di wilayah Timur Cape.

Agama Islam yang di bawa oleh Sheikh Yusuf ke Tanjung Harapan itu hanya dapat di perkukuh dan di perkembang secara lebih terbuka oleh seorang lagi tokoh buangan politik dari Kerajaan Tidore di Kepulauan Ternate kira-kira seratus tahun kemudian. Bermula pada awal abad ke-19, Iman Abdullah Kadi Abdussallam yang juga buangan politik oleh penjajah Belanda kerana beliau juga mengepalai gerakan menentang penjajahan Belanda di Kepulauan Ternate, dengan secara gigih telah memulakan pendidikan ilmu Islam dengan secara lebih formal dan terbuka melalui penubuhaan madrasah atau sekolah agama rakyat. Apa yang sungguh istimewa dalam perkara ini ialah jika di negara dan wilayah lain, Islam tiba dengan di bawa oleh pendakwah Arab dari Timur Tengah, Islam tiba dan di kembangkan di Afrika Selatan oleh para ulama dari Alam Melayu. Begitu juga dengan perkembangan Islam melalui pembinaan musalla dan masjid kemudiannya, peranan para ulama, imam dan guru dari Alam Melayu amatlah penting. Di Afrika Selatan, kawasan penempatan yang paling banyak terdapat masjid adalah di Bo-Kaap yang satu ketika dahulu sekitar 80 peratus penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu. Bo-Kaap yang berasal dari perkatan Melayu bukit terletak di lereng bukit berdekatan dengan bandaraya Cape Town. Di sinilah juga terdapat masjid-mesjid tertua, kedua dan ketiga tertua yang di bina di Afrika Selatan. Penulis di beritahu bahawa pada sepanjang abad ke-19 sehingga awal abad ke-20, terdapat beberapa buah masjid yang imamnya adalah dari bangsa Melayu manakala khutbah Jumaat juga di sampaikan dalam bahasa Melayu. Sehingga ke hari ini, masih terdapat para imam yang terdiri daripada orang Melayu di samping mereka dari keturunan India Muslims. Kami juga di beritahu bahawa pada waktu solat dalam bulan Ramadan, imam-imamnya terdiri daripada al-Hafiz dan sebahagian mereka ini terdiri daripada orang Melayu. Hingga ke hari ini, masjid memainkan fungsi yang amat penting dalam pendidikan Islam. Malah masjid bukan sekadar di gunakan sebagai tempat mengerjakan solat berjemaah tetapi dalam perkarangannya di buka kelas tadika dan kelas-kelas untuk menganjurkan pendidikan agama Islam secara yang formal.

Dalam bidang gerakan sosio-politik juga, ahli masyarakat dari rumpun Melayu di Afrika Selatan telah memainkan peranan yang amat penting. Hasil perkahwinan campuran di antara penghijrah dari Alam Melayu dengan mereka dari keturunan Turki seperti Imam Abu Bakar Effendy yang telah melahirkan Achmat Effendy yang merupakan anak Melayu pertama bertanding dalam Pilihanraya Umum untuk merebut kerusi parlimen bagi wilayah Eastern Cape. Tidak kurang pentingnya ialah peranan yang amat menonjol dalam membangkitkan kesedaran awal politik pada pertengahan abad ke-20 yang di mainkan oleh Dr Abdullah Abdul Rahman, seorang lagi anak Melayu hasil kahwin campuran dengan bangsa Scotts. Dr Abdul Rahman merupakan Presiden African Political Organisation (APO) yang pertama yang mendahului Nelson Mandela melalui badan politik yang di tubuhnya, African National Congress untuk membela dan mendesak agar kaum kulit berwarna dan hitam juga di terima untuk terlibat dengan secara aktif dalam gelanggang politik.

Beberapa tokoh ulama dan guru agama turut memainkan peranan dalam menyebar serta memperkukuh perkembangan agama Islam di Sri Lanka. Mereka ini lebih di kenali menerusi masjid yang mereka bina serta makam-makam keramat yang di pelihara untuk mengingati akan peranan yang telah di mainkan oleh tokoh-tokoh silam dalam mengembangkan syiar Islam di sebuah negara yang di dominasi oleh masyarakat majoriti yang beragama Buddha.

Selain daripada masjid yang merupakan tempat beribadah, masyarakat Melayu di Sri Lanka juga mempunyai kelab dan persatuan di beberapa kota seperti Colombo, Kurunegala, Hambantota, dan sebagainya. Ini peringkat nasional, kelab dan pertubuhan ini bernaung di bawah satu pertubuhan induknya Sri Lankan United Malay Organization atau SLUMO. Ini membolehkan mereka berkumpul sesekali sekala untuk memajukan pelbagai kegiatan seni, sukan, dan sebagainya.Ia menjadi salah satu alat bagi mengekalkan jati diri mereka sebagai etnik minoriti yang relatifnya kecil.

Di Arab Saudi, perlembagaan dan undang-undang negara itu tidak membolehkkan rakyatnya menubuhkan kelab ataupun persatuan. Oleh itu, masyarakat Melayu di sana menggunakan institusi masjid dan jaringan ahli keluarga besar dan jiran tetangga untuk sekali sekala berhimpun seperti pada majlis kenduri perkahwinan ataupun ketika menyambut perayaan hari raya Aidil Fitri. Ketika di lakukan kajian, seorang tokoh Melayu dari Malaysia, Sheikh Abdul Qadir al-Mandailingi murupakan satu-satunya anak Melayu di lantik untuk menduduki Majlis Pentadbiran Masjid al-Haram. Beliau juga merupakan satu-satunya penduduk bukan dari keturunan Arab yang di beri kebenaran mengajar di Masjidil al-Haram. Di masjid-masjid lain, terdapat jugaorang-orang Melayu yang di beri kepercayaan sebagai Imam atau pun muazim.

Rumpun Melayu di Australia boleh di anggap sebagai sebuah masyarakat baru yang berusia sekadar 40 ke 50 tahun sahaja. Sebahagian besar mereka tiba di tanah besar selepas Perang Dunia Kedua. Penulis di beritahu semasa mereka di Pulau Cocos, pendidikan tentang agama Islam agak terabai dan dari segi amalan juga tidak begitu di titik berat. Apabila mereka berpindah ke tanah besar dalam tahun-tahun 1960an dan 1970an, barulah mereka terdedah kepada pengajaran agama Islam oleh para pendakwah. Tetapi malangnya, sebahagian mereka di perkenal kepada Islam melalui gerakan al-Arqam dan sebahagian lagi dipengaruhi oleh tarikat Mufaridia. Sebagai contoh, masyarakat Melayu-Islam di kota kecil Katanning terbahagi kepada tiga puak iaitu Ahlulsunnah-Waljamaah, pengikut al-Arqam, dan pengikut tarikat Mufaradia. Di bandar kecil Geraldton pula, hampir kesemua para jemaahnya menjadi pengikut tarikat Mufaradia. Berbeza sedikit daripada di ibu kota Western Australia, Perth di mana pengaruh Ahlulsunnah Waljamaah lebih mendominasi manakala imamnya adalah seorang dari Malaysia. Di sebahagian besar masjid-mesjid di negeri Australia Barat, imam-imamnya terdiri daripada orang-orang Melayu walaupun para jemaahnya terdiri daripada pelbagai bangsa.

Berbeza dengan masyarakat Melayu di Arab Saudi , mereka di bolehkan dan telah menubuhkan persatuan-persatuan di kota dan bandar yang mempunyai komuniti besar melebihi 40 keluarga. Di Perth, terdapat Persatuan Penduduk Pulau Cocos dan Pulau Kerismas yang di bantu penubuhannya oleh kerajaan negeri Western Australia dengan di peruntukan sebuah rumah persatuan untuk menjaga kepentingan kebajikan ahlinya. Pada peringkat yang tidak formal, bekas-bekas penyelam mutiara juga bersatu dalam sebuah persatuan tidak berdaftar yang di beri nama Silaturrahim. Penulis di beritahu di kota Melbourne, terdapat sebuah komuniti Melayu yang agak besar bernaung di bawah Persatuan Melayu Victoria atau PMV. Pada tahun-tahun 1960an dan 1970an, PMV merupakan persatuan yang di anggotai oleh para pelajar kerana pada waktu itu masih belum terdapat keluarga Melayu yang menjadi warga tetap di sana.iv. Persoalan Budaya dan Jati Diri

Salah satu perkara yang menjadi persoalan apabila mengkaji sesuatu kelompok minoriti dalam konteks masyarakat majoriti ialah setakat manakah kelompok minorit i itu berjaya mengekal ciri-ciri identiti mereka yang asal. Akan lebih bermasalah apabila kita dalam keadaan kurang jelas apakah ciri-ciri budaya atau identiti mereka yang asal itu. Tentunya lebih sukar lagi apabila kita cuba mengenalpasti ciri-ciri budaya dan identiti Melayu bagi masyarakat yang sudah tiga ratus tahun atau lebih daripada masyarakat induknya di Indonesia atau Malaysia seperti mereka yang kini berada di Sri Lanka mahupun Afrika Selatan. Juga, rumpun Melayu manakah yang paling sesuai dijadikan kerangka rujukan kerana Melayu di Semenanjung akan berbeza dengan Melayu di Selatan Thai, berbeza pula daripada Melayu di Pulau Jawa, di Sulawesi atau di Kepulauan Ternate. Budaya Melayu itu sendiri adalah pelbagai ragam. Bagaimanapun, perkara ini perlu juga di bincang untuk membuat penentuan secara kasar apakah atau di manakah Melayunya kelompok yang telah kita takrifkan sebagai Melayu itu walaupun sebahagian besar mereka yang kini berada di Afrika Selatan dan Sri Lanka sudah tidak begitu ketara lagi rupa atau wajah Melayunya.Faktor pertama dan utama yang menampakkan ciri-ciri persamaan semua ahli-ahli masyarakat yang di kaji adalah Latarbelakang Sejarah Asal Usul mereka. Bagi mereka yang kini berada di Sri Lanka dan Afrika Selatan, tanpa sebarang keraguan mereka mengakui bahawa moyang mereka dulu asalnya adalah dari Alam Melayu atau the Malay World. Ada yang agak jelas mengingati, mengikut ceritanya,kami berasal dari Indonesia. Moyang kami di bawa ke mari sebagai hamba oleh kapal Belanda dengan tangan dan kaki mereka di rantai. Namun, sebahagian besar mereka tidak jelas kerana pada zaman itu masih belum wujud istilah dan negara-negara seperti Malaysia, Singapura atau Indonesia. Yang ada ialah Melaka, Sumatera, pulau Jawa, Bugis atau Sulawesi, Ternate, dan sebagainya. Pada mereka, sudah cukup bagi mereka mengetahui bahawa moyang mereka berasal dari Alam Melayu. Kerana factor ini jugalah mereka di beri label sebagai Malay dan tempat asal usul atau tanah ranah mereka menjadi salah satu ciri-ciri identiti yang penting.

Bagi masyarakat Melayu yang kini menetap di Australia dan Arab Saudi, kebanyakan mereka agak jelas dari negeri, daerah atau wilayah manakah asal usul mereka. Bagi mereka yang berasal dari Pulau Cocos, sejarah mereka sudah di tulis bahawa mereka di bawa ke Pulau Cocos pada pertengahan abad ke-19 oleh Alexander Hare dengan di bantu oleh Cluiness Ross yang kemudiannya menjadi Tuan mereka sehingga mereka di beri pilihan untuk terus kekal di Pulau Cocos, berpindah ke tanah besar Australia, atau kembali ke Sabah walau pun hubungan dengan sanak-saudara penduduk asal telahpun terputus. Sebahagian mereka di beritahu moyang mereka berasal dari North Borneo (sekarang Sabah) dan sebahagian lain berasal dari daerah Banten, Jawa Barat.

Bagi rumpun Melayu di Arab Saudi, hampir semua mereka mengetahui daerah atau tempat asal kampung halaman mereka.Ini kerana ibu bapa atau datuk dan nenek mereka tidak terputus hubungan dengan saudara mara di tempat asal atau kampung halaman mereka di Jawi, sama ada mereka berasal dari Kuala Selangor, Baling, Patani, Penarik (Narathiwat), dan lain-lainnya. Mereka adalah orang Jawi (panggilan orang-orang Arab kepada orang Melayu) kerana mereka berasal dari Tanah Jawi. Faktor kedua sebagai unsur jati diri yang asas bagi sesuatu bangsa adalah bahasa pertuturan atau lebih tepat lagi bahasa ibunda atau bahasa pertama. Apabila di buat perbandingan di antara empat masyarakat Melayu yang di kaji, Melayu Cape di Afrika Selatan telah hilang sama sekali bahasa Melayu sebagai bahasa utama kira-kira pada akhir abad ke-19 seratus tahun yang lalu. Bahasa pertama sebahagian besar mereka adalah bahasa Afrikaan di ikuti oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Keadaannya hampir sama juga di Sri Lanka di mana rata-rata Melayu Sri Lanka tidak lagi mampu bertutur dalam bahasa Melayu, kecuali sebilangan generasi tua yang masih mampu bertutur dalam bahasa Melayu creole, iaitu campuran dua bahasa Melayu dan Tamil. Bagi masyarakat Melayu di Arab Saudi, generasi pertama dan kedua masih mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Tetapi bagi generasi ketiga, mereka telah menerima bahasa Arab sebagai bahasa utama dan bahasa ibunda manakala bahasa Melayu hanya di gunakan apabila bertemu dengan saudara mara yang baru tiba dari Jawi. Kemungkinan besar generasi keempat atau kelima nanti akan hilang kemampuan mereka bertutur dalam bahasa Melayu. Bagi rumpun Melayu di Australia, rata-rata mereka yang ditemui adalah pendatang baru ke negeri itu. Amat jelas sekali bahasa Melayu loghat Indonesia adalah bahasa pertama dan bahasa utama mereka. Malah hampir kesemua yang berasal dari Pulau Cocos dan Pulau Kerismas tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Adalah di jangkakan generasi kedua nanti akan terus kekal bertutue dalam bahasa Melayu disamping mereka juga akan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.Faktor Ketiga sebagai unsur jati diri adalah Agama. Dalam kesemua empat masyarakat yang di kaji, agama Islam merupakan unsur jati diri yang amat penting untuk memperkenalkan diri mereka sebagai orang Melayu. Malah pada zaman awal ketibaan masyarakat Melayu dan kelompok lain yang bergama Islam di Afrika Selatan,kesemua mereka yang beragama Islam di masukkan ke dalam kelompok dan di takrif sebagai Cape Malay atau orang Melayu Cape walaupun mereka tidak semestinya berketurunan Melayu. Hanya bertahun-tahun kemudian apabila ramai orang-orang Islam dari India atau negara lain tiba dan di sedari mereka bukan orang Melayu, barulah mereka di masukkan ke dalam satu kategori lain iaitu coloured atau Asiandengan membezakan mereka ini daripada Cape Malay yang sudah di terima bertaraf sebagai pribumi sama seperti pribumi Afrika yang lainnya.

Di Sri Lanka, Australia dan Arab Saudi, orang Melayu semestinya di kaitkan dengan dan di anggap sebagai penganut agama Islam. Jika seseorang itu bersal dari salah satu negara di Alam Melayu tetapi bukan beragama Islam, dia tidak di anggap sebagai orang Melayu. Ini bermakna bahawa agama Islam merupakan teras atau ciri utama sebagai jati diri kepada orang Melayu.

Faktor keempat sebagai unsur jati diri adalah Kebudayaan. Memandangkan konsep kebudayaan itu amat luas maknanya, mencakupi pelbagai aspek cara-cara hidup, kita terpaksa menghadkan analisis ini kepada perkara-perkara tertentu yang asas sahaja iaitu aspek lahiriah seperti pakaian, makanan, dan kesenian serta aspek bukan lahiriah iaitu norma dan nilai. Secara umumnya, mereka yang sudah berhijrah ke luar daripada tempat asal mereka di Alam Melayu amat mudah menyesuaikan diri dengan cara-cara hidup masyarakat dominan di mana mereka berada, atau mereka menerima sesuatu yang baru untuk di jadikan sebagai jati diri bangsa Melayu.

Di Afrika Selatan, mereka menerima pakaian ala-Arab iaitu berjubah dan berketayap sebagi salah satu unsur jati diri membezakan diri mereka dari orang-orang lain yang bukan Melayu. Begitu juga dengan kaum wanitanya. Ini merupakan perkembangan mulai pertengahan abad kke-20 yang lalu. Tetapi sebelumnya, penampilan jati diri mereka menerusi pakaian adalah seperti orang Turki, iaitu memakai coat dan tali leher serta memakai tarbus. Kaum wanitanya pula memakai gown ala-Arab Mesir atau Turki dan mengenakan fesyen rambut seperti Arab Mesir atau Turki juga. Dalam bidang kesenian pula, terdapat dua jenis kesenian iaitu nyanyian berkumpulan koir dengan memakai coat dan tarbus dan persembahan tarian khalifah seperti tarian dabus di Perak dan Acheh yang di kaitkan dengan kesenian orang Melayu Cape. Pun dari segi makanan, ia sudah berubah dan amat berbeza darpada makanan tradisi orang-orang Melayu di Malaysia atau Indonesia.Di Arab Saudi, generasi kedua dan ketiga yang di temui sudah tidak lagi memakai kain pelikat berbaju Melayu dan berketayap seperti orang Melayu di Malaysia atau di Patani. Rata-ratanya mereka sudah begitu selesa dengan berpakaian jubah ala-orang orang Arab. Sama juga dengan wanitanya, mereka juga selesa berpakaian ala-Arab dan berhijab. Dalam bidang kesenian juga, mereka senang dengan nyanyian dan tarian Arab seperti yang disiarkan melalui peti-peti televisyen. Tiada kesenian khas yang menampilkan keMelayuan seperti Melayu Cape di Afrika Selatan.

Bagi orang-orang Melayu Sri Lanka, mereka amat jelas sudah berasimilasi secara mendalam dengan budaya masyarakat Sinhala-Tamil yang dominan. Wanita-wanitanya mengenakan pakaian sari sebagai pakaian harian dan tidak lagi mengenali baju kebaya atau baju kurung. Lelaki pula berpakaian pelikat, bersongkok atau berketayap sama seperti masyarakat Islam lain-nya. Namun pada satu ketika dulu (menerusi gambar-gambar lama), pakaian resmi lelaki adalah memakai coat dan bertali leher seperti orang Barat, tetapi bersongkok atau memakai setangan ala-songkok yang di perbuat daripada kain batek. Makanan mereka juga sama dengan makanan masyarakat Islam tempatan. Lebih dari itu, dan ini sesuatu yng menarik, dalam upacara perkahwinan pihak wanitalah yang akan memberi hantaran atau belanja hangus kepada orang lelaki dan tidak sebaliknya seperti di amalkan di Malaysia dan Indonesia. Jelas sekali ini adalah pengaruh adat dan amalan masyarakat tempatan di India-Sri Lanka yang beragama Hindu-Buddha. Dalam kalangan orang-orang Melayu di Australia pula, selain berpakaian ala-Barat, mereka masih kekal memakai pakaian Melayu seperti berkain pelikat , berbaju Melayu, atau berjubah serta bersongkok atau berketayap. Wanita-wanitanya masih mengenakan pakaian baju kurung serta menutup aurat. Masakan dan hidangan makanan juga adalah ala-Melayu. Dalam bidang kesenian, mereka mengamalkan paluan kompang dan mempersembahkan seni silat apabila di adakan majlis perkahwinan. Dan mereka juga mengamalkan perayaan berkaitan dengan Islam seperti menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban serta mengadakan perarakan ke masjid bagi perayaan Mauludil Rasul . Secara lahiriah, masyarakat kulit putih di sana akan mudah mengenali bahawa mereka adalah orang Melayu apabila melihat pada pakaian selain daripada paras rupa dan warna kulit ciku masak mereka .

Jika terdapat perbezaan di antara rumpun-rumpun Melayu diaspora ini dari sudut budaya lahiriah seperti pakaian, makanan, dan kesenian, amat ketara sekali persamaannya dari segi amalan budaya bukan lahiriah dalam bentuk berbudi bahasa. Sebagai contoh, mereka akan mudah mesra dengan orang-orang Melayu lain yang baru mereka kenali seolah-olah mereka mempunyai pertalian saudara walaupun baru sahaja bertemu dan berkenalan. Lantaran, orang Melayu yang baru mereka kenali itu akan di ajak makan dan menginap di rumah seperti amalan masyarakat Melayu tradisi di Malaysia juga. Perkataan Inggerisnya ialah hospitality atau mudah mesra dan ini merupakan ciri-ciri asas lagi utama bagi masyarakat yang telah di kaji, walaupun bagi sesetengah mereka itu seperti Melayu di Afrika Selatan dan Melayu di Sri Lanka sudah terpisah beratus tahun lamanya daripada masyarakat induk mereka di Alam Melayu.Sebagai kesimpulannya, berpegang teguh kepada agama Islam, amalan berbudi bahasa serta mudah mesra, serta masih tetap mengaku diri mereka sebagai orang Melayu adalah tiga unsur utama sebagai teras kepada jati diri rumpun Melayu diaspora yang kini berada di luar Alam Melayu.XIRumpun MelayuKecemerlangan Masa Silam, Kemunduran Masa Kini? Tajuk kecil di atas adalah sesuatu yang agak provokatif. Ia memberi pandangan bahawa rumpun bangsa Melayu pada suatu ketika dahulu pernah tiba ke satu tahap kecemerlangan, tetapi kedudukan mereka kemudiannya adalah dalam keadaan kemunduran, atau lebih tepat lagi secara relatifnya ketinggalan.

Salah satu dapatan yang agak dramatik hasil kajian seorang sarjana dari Sri Lanka kira-kira pada awal tahun 1980an dahulu (Profesor de Silva) ialah Asia Tenggara atau Alam Melayu di anggap sebagai kawasan bermulanya kehidupan manusia bertamadun, atau the cradle of human civilization. Kehidupan bertamadun pada Zaman Neolitik atau New Stone Age bermula di Alam Melayu pada sekitar 15,000 SM, lebih awal daripada terbinanya tamadun di Timur Tengah manakala tamadun awal di benua China di katakan tumbuh hasil daripada pengaruh pertumbuhan tamadun awal di Alam Melayu. Maksud tamadun awal itu ialah kegiatan bercucuk tanam dan menternak haiwan. Sebelum itu, kehidupan manusia adalah secara primitif, iaitu memburu bintang dan meramu hasil tumbuh-tumbuhan liar. Pandangan de Silva 30 tahun yang lalu bersamaan dengan dapatan oleh Profesor Oppenheimer yang menggunakan kaedah DNA yang menyebut bahawa manusia yang berhijrah ke luar dari Afrika tiba di Alam Melayu lebih awal daripada ketibaan manusia di Eropah dan di benua China. Dalam satu penulisan yang lain, Eden in the East (2001), Oppenheimer membuat telahan bahawa Benua Atlantis Yang Tenggelam (the lost Continent of Atlantis) seperti yang terdapat dalam penulisan Plato sekitar 300 SM kemungkinan besar adalah Benua Sunda yang di tenggelami air pada zaman holosen di antara 12,000-8,000 SM. Ia masih merupakan satu andaian dan hipotesis yang masih memerlukan kajian lebih mendalam untuk mendapatkan rumusan yang tuntas.

Beratus atau beribu tahun Sebelum Masehi, bangsa Melayu telah mula membina perahu-perahu layar atau perahu bersayap (outrigger boat) yang mampu merentas selat dan lautan khususnya Lautan Pasifik untuk mereka menjadi penduduk dan penghuni yang kekal di beberapa kepulauan sejauh Pulau-pulau New Zealand, Hawaii, Marianas, Tahiti, dan banyak lagi serta membentuk identiti sendiri sehingga menjadi rumpun Polinesia sebelum penghuni dari benua Eropah dan Asia benua mengenali lautan. Pada tahun-tahun Masehi, rumpun Melayu juga telah merentas Lautan Atlantik untuk menduduki pantai timur benua Afrika khususnya menjadi peneroka dan pribumi di Pulau Madagaskar sebelum penduduk benua Afrika sendiri belayar untuk menduduki pulau itu.

Untuk selama 2,000 tahun sehingga kurun ke-15, rumpun Melayu adalah satu-satunya manusia yang menguasai lautan di dunia sebelah timur ini, bukan sekadar sebagai pelayar dan pelaut tetapi juga menguasai ilmu dan jaringan perdagangan jarak jauh. Seperti di nyatakan oleh Profesor Syed Husin Alatas melalui karya besarnya Myth of the Lazy Native (1975), sebelum tibanya kuasa penjajah dari Eropah pada abad ke-16, sudah wujud satu kelas perdagangan bangsa Melayu yang mantap di Alam Melayu ini. Catatan oleh ahli sejarah Portugis pada awal abad ke-16 Gasper Correla mengenai kapal layar atau jong Melayu menjadi bukti yang jelas bahawa kapal-kapal layar yang di bina oleh orang-orang Melayu mampu menandingi kapal-kapal yang di bina oleh para penjajah yang tiba ke mari mulai awal abad ke-16.

Dalam masa 1,500 tahun juga bermula pada awal Kurun Masehi sehingga memasuki abad ke-16, rumpun Melayu dari pelbagai suku bangsa telah membina puluhan kerajaan bermula daripada Kerajaan Funan dengan disusuli oleh Kerajaan Champa yang menguasai seluruh Semenanjung Indo-China menguasai seluruh sempadan utara Alam Melayu benua. Ini di susuli oleh pembukaan negara-negara kota serta pelbagai kerajaan yang meliputi seluruh Semenanjung Melayu dan Alam Melayu kepulauan, termasuk kerajaan pertama di Pulau Madagaskar. Kemuncak kepada perkembangan ini adalah Empayar Sriwijaya di antara abad ke-7 sehingga abad ke-13, Empayar Melaka pada abad ke-15 dan Kerajaan Islam Patani di antara abad ke-16 sehingga awal abad ke-20.

Tetapi jika di kaji secara mendalam, kedatangan bangsa Eropah sebagai kuasa penjajah yang rakus lagi agresif mulai kurun ke-16 telah berjaya melemahkan kuasa dan kekuatan bangsa Melayu yang secara alamiah lebih besifat akomodatif, tidak agresif , serta lebih mementingkan bekerjasama daripada persaingan . Ini meletakkan bangsa Melayu semakin ketinggalan jauh di belakang. Kerana sifat-sifat atau tabii bangsa Melayu yang tidak agresif dan lebih mementingkan kerjasama dan akomodasi, negara-negara Funan dan Champa di Semenanjung Indo-China berjaya di musnahkan, masing-masing oleh suku bangsa Khmer dan Dai Viets yang berhijrah kearah selatan dari selatan negeri China. Keadaannya sama dengan beberapa kerajaan Melayu di utara Semenanjung termasuk Kerajaan Melayu Patani yang akhirnya berjaya di kuasai oleh bangsa Tai yang lebih agresif dan berasal dari selatan negeri China juga. Bagi negeri-negeri Melayu di Semenanjung dan seluruh wilayah kepulauan termasuk Filipina, Indonesia dan Brunei, untuk selama lebih 400 tahun penduduknya berada di bawah cengkaman penjajah Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan Inggeris secara silih berganti. Amat malang sekali bahawa bangsa Melayu tidak pernah bersatu tenaga untuk membina upaya bagi memerangi kuasa-kuasa penjajah ini. Walaupun sebahagian besar bangsa Melayu bermula pada abad ke-15 sudah menganuti agama Islam, tetapi mereka tidak mempunyai daya tahan, daya saing, dan daya juang yang sama jika di bandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang juga telah menganuti agama Islam seperti di India yang berjaya menubuhkan Empayar Moghul, dan terutama sekali di wilayah Asia Barat meliputi sebahagian benua Eropah yang sentiasa berkembang dengan meluaskan sempadannya sehingga menjadi kuasa dunia yang amat digeruni merangkumi juga seluruh Sepanyol sehingga keutara bersempadan dengan Eropoh. Ketika Melaka dan seluruh Alam Melayu mulai di kuasai penjajah Eropah, bendera Islam di wilayah Asia Barat sedang berkibar megah bukan sekadar sebagai kuasa militer tetapi perkembangan Islam dan masyarakatnya telah disusuli oleh penghasilan dan penyebaran ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan penciptaan dan pembinaan ilmu sains. Masyarakat Islam di Alam Melayu ketika itu tidak mempunyai kemampuan untuk memberi apa-apa sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam yang sedang pesat berkembang di Asia Barat dan sebahagian benua Eropah sehingga bangsa-bangsa Eropah sendiri kemudiannya terpaksa memperoleh pelbaga ilmu-ilmu sains yang di hasilkan oleh para pemikir Islam pada abad itu. Inilah yang di maksudkan sebagai kemunduranrumpun bangsa Melayu yang menjadi tajuk kecil dalam bahagian ini. Dan keadaan kemunduran ini masih berada bersama-sama bangsa Melayu sepanjang abad ke-20 yang lalu walaupun negara-negara yang masih di kuasai oleh rumpun bangsa Melayu seperti Filipina, Brunei, Indonesia, dan Malaysia sudah mencapai kemerdekaan . Dalam bidang ekonomi perdagangan dan perniagaan serta dalam bidang pendidikan juga, terutama jurusan profesional, etnik minoriti China secara relatifnya sedang berada jauh di hadapan dalam kesemua negara-negara rumpun Melayu ini. Jika kita merenung jauh ke seberang samudera luas merentas pulau-pulau di Lautan Pasifik di mana terdapatnya rumpun bangsa Polinesia yang merupakan serpihan daripada bangsa induknya di Alam Melayu, mereka juga secara relatifnya jauh ketinggalan dalam bidang-bidang yang sama, iaitu ekonomi dan pendidikan. Mencari sebab dan musababnya memerlukan suatu wacana yang khusus secara berasingan. XIIKesimpulan

SYARAHAN ini telah menumpukan kepada dua persoalan yang berkaitan dengan asal mula dan berkembangan bangsa dan tamadun Melayu, iaitu tentang dari mana asalnya manusia di Alam Melayu ini, dan bila bermulanya penghijrahan mereka ke Alam Melayu ini, serta fenomena Penghijrahan mereka dari Alam Melayu ke negara-negara lain di luar Alam Melayu terutama sekali pada zaman penjajahan. Bagi perkara pertama, teori lama yang menyatakan bahawa rumpun bangsa Melayu berasal dari wilayah Yunnanselatan negeri China mahupun dari Taiwan telah di tolak. Dengan menggunakan bukti etnologi, linguistik dan arkeologi, penulis berhujah bahawa Alam Melayu inilah tanah ranah atau tempat asal usul bangsa Melayu. Jika di tinjau lebih jauh selama puluhan ribu tahun ke belakang, adalah di perc