BAHASA MELAYU.doc

18
Keldai yang Memikir Dirinya Cerdik Pada suatu hari, seekor keldai berjalan-jalan di sepanjang sebatang lorong, Tidak berapa kama kemudian ia sampai ke sebuah kebun. Di kebun itu terdapat pelbagai jenisn buah-buahan Dan sayur-sayuran. Keldai memandang kepada buah epal di atas pokok yang besar. Kemudian ia memandang kepada buah-buah labu pada tumbuhan yang menjalar di atas tanah. Keldai memikir dirinya cerdik. Ia menggeleng-geleng sambil berkata, Dalam alam semula jadi, banyak benda yang tidak betul. Seekor burung yang hinggap di atas dahan terdengar kata-kata Keldai lalu berkata, Cip, Cip, Cip .Beritahu saya apa benda yang tidak betul itu.Keldai menunjuk ke arah buah-buah epal dan buah-buah labu lalu berkata, Dua jenis buah ini. Keldai berkata lagi, Pokok epal yang besar mengeluarkan buah-buah yang kecil. Tumbuhan labu yang kecil pula mengeluarkan buah-buah yang besar.Burung itu berkata pula, Cip, Cip, Cip. Inilah kejadian istimewa alam semula jadi.Keldai berasa marah lalu berkata, Apakah istimewanya kejadian ini?Keldai berkata lagi, Buah epal sepatutnya jadi besar sebesar buah labu. Buah labu jadi kecil sekecil buah epal.Keldai berasa bangga dengan kata-katanya itu. Ia berjalan pergi ke pokok epal lalu menggaru-garu badannya yang gatal. Apabila pokok epal itu bergoyang, sebiji epal gugur dan mengenai tepat kepala keldai. Keldai berasa sakit lalu menjerit, Aduh, buah ini hampir memecahkan kepala aku .Burung itu tertawa berdekah-dekah sambil berkata, Cip, Cip, Cip . Kamu bernasib baik kerana buah epal tidak sebesar buah labu. Jika tidak, kata burung itu lagi, kamu mungkin tidak ada lagi untuk memberitahu yang kamu sakit.Keldai berasa malu lalu pergi dari situ. Kita jangan mudah mengkritik tantang kejadian alam yang Allah cipta dan berfikirlah sebelum bercakap. Sekolah Kebangsaan Gemas PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU 1. BUTIR-BUTIR PERSATUAN 1.1 Nama Persatuan : Persatuan Bahasa Melayu 1.2 Alamat Persatuan : Sekolah Kebangsaan Gemas, 73400 Gemas, Negeri Sembilan. 1.3 Tarikh ditubuhkan : 1.4 Penaung : PPD Tampin 1.5 Penasihat : Guru Besar 1.6 Penyelaras / Setiausaha : Puan Fauziah bt Maarit 1.7 Panel Penasihat : Puan Fauziah bt Maarit

Transcript of BAHASA MELAYU.doc

Keldai yang Memikir Dirinya Cerdik

Keldai yang Memikir Dirinya Cerdik

Pada suatu hari, seekor keldai berjalan-jalan di sepanjang sebatang lorong, Tidak berapa kama kemudian ia sampai ke sebuah kebun. Di kebun itu terdapat pelbagai jenisn buah-buahan

Dan sayur-sayuran.

Keldai memandang kepada buah epal di atas pokok yang besar. Kemudian ia memandang kepada buah-buah labu pada tumbuhan yang menjalar di atas tanah.

Keldai memikir dirinya cerdik. Ia menggeleng-geleng sambil berkata, Dalam alam semula jadi, banyak benda yang tidak betul.

Seekor burung yang hinggap di atas dahan terdengar kata-kata Keldai lalu berkata, Cip, Cip, Cip .Beritahu saya apa benda yang tidak betul itu.

Keldai menunjuk ke arah buah-buah epal dan buah-buah labu lalu berkata, Dua jenis buah ini.

Keldai berkata lagi, Pokok epal yang besar mengeluarkan buah-buah yang kecil. Tumbuhan labu yang kecil pula mengeluarkan buah-buah yang besar.

Burung itu berkata pula, Cip, Cip, Cip. Inilah kejadian istimewa alam semula jadi.

Keldai berasa marah lalu berkata, Apakah istimewanya kejadian ini?

Keldai berkata lagi, Buah epal sepatutnya jadi besar sebesar buah labu. Buah labu jadi kecil sekecil buah epal.

Keldai berasa bangga dengan kata-katanya itu. Ia berjalan pergi ke pokok epal lalu menggaru-garu badannya yang gatal.

Apabila pokok epal itu bergoyang, sebiji epal gugur dan mengenai tepat kepala keldai. Keldai berasa sakit lalu menjerit, Aduh, buah ini hampir memecahkan kepala aku .

Burung itu tertawa berdekah-dekah sambil berkata, Cip, Cip, Cip . Kamu bernasib baik kerana buah epal tidak sebesar buah labu.

Jika tidak, kata burung itu lagi, kamu mungkin tidak ada lagi untuk memberitahu yang kamu sakit.

Keldai berasa malu lalu pergi dari situ.

Kita jangan mudah mengkritik tantang kejadian alam yang Allah cipta dan berfikirlah sebelum bercakap.Sekolah Kebangsaan Gemas

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

1. BUTIR-BUTIR PERSATUAN

1.1 Nama Persatuan : Persatuan Bahasa Melayu

1.2 Alamat Persatuan : Sekolah Kebangsaan Gemas, 73400 Gemas,

Negeri Sembilan.

1.3 Tarikh ditubuhkan :

1.4 Penaung : PPD Tampin

1.5 Penasihat : Guru Besar

1.6 Penyelaras / Setiausaha : Puan Fauziah bt Maarit

1.7 Panel Penasihat : Puan Fauziah bt Maarit

Puan Nik Hasnah bt Nik Hasan

1.8 Jawatankuasa Persatuan seperti yang dilantik.

1.9 Daftar ahli : 20 orang

2. KEAHLIAN

2.1 Keahlian setiap persatuan terbuka kepada murid-muid tahun 3,

4, 5 dan 6.

2.2 Pengagihan murid dibuat mengikut minat dan dasar yang

ditetapkan oleh pihak sekolah.

3 MASA DAN TEMPAT LATIHAN3.1 Masa : Tarikh seperti takwim yang ditetapkan dari pukul 3.00

hingga 4.00 petang.

3.2 Tempat perjumpaan ; Bilik tayangan4OBJEKTIF

4.1

5PERANCANGAN KEGIATAN TAHUNAN

5.1 Perancangan kegiatan seperti yang dilampirkan.

6 PELUNJURAN

7 PELAN BERTINDAK

8 STRATEGI PELAKSANAAN

9 KEWAJIPAN DAN HAK AHLI

9.1 Mempunyai hak yang sama dalam semua kegiatan persatuan.

9.2 Berhak bertanding untuk dipilih sebagai jawatankuasa.

9.3 Berhak memilih jawatankuasa dengan cara membuang undi.

9.4 Wajib hadir setiap kali perjumpaan diadakan

9.5 Wajib memakai pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

9.6 Alat-alat keperluan untuk sesuatu projek/ kegiatan harus

disediakan oleh ahli sendiri.9.7 Wajib mematuhi peraturan persatuan.

9.8 Wajib mematuhi peraturan sekolah.

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS

73400 GEMAS, N.S.D.K.

Kod sekolah : NBA

No Telefon/Faks : 07-9482468/07-9482468

PERSATUAN BAHASA MELAYU

1. PENASIHAT ; EN KAMARUDIN B ISMAIL

(GURU BESAR)

2. PENYELARAS : EN MOHD TAUFIK B AWAP

(GURU PEN. KANAN KOKU)

3. PENDAFTARAN

3.1 TARIKH: 05 JANUARI 2009

3.2 PENGESAHAN :

...........................................

4. PENASIHAT :

4.1 PUAN FAUZIAH BT MAARIT

4.2 PUAN NIK HASNAH BT NIK HASSAN

BAHASA MELAYU 1 TAHUN 6Soalan 1 hingga 5. Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di

bawah ini.

1

Api yang membakar hutan itu padam setelah hujan turun dengan lebatnya.

Amalap

Cnyala

Bmarak

Dterang

2

Orang kaya yang bakhil itu telah menerima pembalasan atas segala perbuatannya.

Apemurah

Ckikir

Bbaik hati

Djujur

3

Keadaan di dalam kelas itu agak kelam-kabut.

Ateratur

Ccantik

Bkemas

Dsistematik

Soalan 4 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

4

Congkak ialah permainan tradisional yang masih dimainkan sehingga kini.

Amoden

Cdepan

Bmaju

Dbaru

5

Semua fail di pejabat itu berselerak setelah dipindahkan ke tempat baru.

AterurusCtertimbun

BtersusunDterlonggok

Soalon 6 hingga22 . Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.

6Pertandingan bercerita

sekolah rendah

negeri Selangor akan diadakan pada bulan hadapan.

Adipada

Cdalamdi

Bantaradi

Ddidi

7Buku cerita itu dibeli

kakaknya.

A

akan

Coleh

B

pada

Dkepada

8Perangai Sudin berubah

ayahnya dinaikkan pangkat.

Aakan

Cterhadap

Boleh

Dsemenjak

9Baju yang dipakai oleh Ani serupa

baju Faridah.

AsepertiCdengan

BbagiDuntuk

10 Lembu yang diimport ___

Australia itu gemuk-gemuk belaka.

AkeCdari

Bdi Ddaripada

Soalan 11 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

11Pada Hari Raya ramai kaum lelaki memakai baju Melayu dan mereka kelihatan amat ______.

Acantik

Chodoh

Btampan

Dcomot

12Siput babi telah kalah dalam pertandingan itu kerana ia bergerak amat ______.

Aderas

Cperlahan

Blaju

Dpantas

13Buah nangka itu sudah _____ kerana telah dimakan ulat.

Ahodoh

Blayu

Blemau

Dbusuk

14Bunga ros yang sedang _____ itu sangat harum baunya.

AkuncupCmekar

BsegarDterbit

Soalan 15 berdasarkan Gambar 3

Gambar 315Penglihatan nenek menjadi lebih ____ setelah dia memakai cermin mata.

AjelasClicin

BkerasDnyaring

16Pemuda itu mengasah pisau-pisau yang sudah ___.

AkerasCtumpul

BkaburDburuk

17Hujan turun dengan

selama tiga hari tiga malam menyebabkan banjir di kawasan yang rendah.

AbanyakClebat

BderasDkuatSoalan 18 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

18

Budak

itu selalu bertumbuk dengan rakan-rakannya.

Akacang hantu

Cringan tulang

Bhidung belang

Dberat mulut

19

Dia pantas seperti

apabila disuruh melakukan sesuatu kerja.

Aatas angin

Cbidan terjun

Blipas kudung

Dlari-lari anak

20Ayah tidak dapat memandu pada waktu malam kerana dia

.

Amata angin

Crabun ayam

Bterang tanah

Drambang mata

Soalan 21 berdasarkan Gambar 5

Gambar 521Zaki memancing dengan menggunakan se_______ joran yang baru dibelinya.

ApotongCbatang

BbuahDkaki

22Pihak polis melepaskan tujuh ______ tembakan ke arah penceroboh itu.

AdasCbutir

BlarasDpucukSoalan 23 dan 24. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

23 Bersihkanlah meja makan itu,suruh ibu kepada Ziana.

AZiana menyuruh ibunya membersihkan meja makan itu.

B Ibu Ziana menyuruh Ziana membersihkan meja makan itu.

CIbu Ziana menyuruh meja membersihkan Ziana makan itu.

DZiana menyuruh ibu Ziana membersihkan makan meja itu.

24 Susunkan buku-buku itu di atas rak, suruh guru kepada Zaiton.

AGuru menyuruh Zaiton menyusun buku di atas rak.

BZaiton menyuruh gurunya menyusun buku di atas rak.

CZaiton menyuruh rak menyusun buku di atas rak.

DBuku disuruh susun oleh Zaiton di atas rak.

Soalan 25 hingga 26. Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.

25 Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah fikiran buntu?

AFikiran buntu berpunca daripada kelemahan otak.

BKita tidak dapat berfikir dengan sempurna jika fikiran kita buntu.

CKita hendaklah bertenang serta melakukan senaman kecil.

DFikiran menjadi buntu jika kita terlalu banyak berfikir.

26Dapatkah pasukan badminton Malaysia mengalahkan pasukan badminton Denmark?

AKejayaan pasukan Malaysia bergantung pada kekuatan pemain perseorangan.

BPasukan Malaysia pernah mengalahkan pasukan Denmark sebelum ini.

CJika pemain Malaysia bermain dengan sungguh-sungguh, pasukan Denmark pasti dapat ditewaskan.

DPemain Malaysia perlu bermain dengan yakin untuk mengalahkan pasukan Denmark.

Soalan 27 hingga 28. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27. I Orang yang keras kepala macam Rusli itu memang patut dipulaukan.

II Menurut kata orang tua-tua, kawasan ini agak keras.

III Kuih itu agak keras kerana telah terlebih tepung.

IV Rempuhan keras Jebat telah mencederakan Tuah.

A I dan II

B I, II, dan IV

CI, III, dan IV

D I, II, III, dan IV

28 IHatinya menjadi larut apabila tidak dipilih untuk mewakili sekolah.

IIGula itu larut apabila dimasukkan ke dalam air panas.

IIISejak bekerja di kilang itu, Suhaimi pulang setelah larut malam.

IVTali itu akan larut jika ditarik dengan kuat.

AI dan IICII dan IV

BII dan IIIDI, II, dan III

Soalan 29 hingga 30. Pilih ayat-ayat yang betul susunan bahasanya.

29. ICili sos itu rasanya pedas.

IIKetiga-tiga anaknya menetap di Kuantan.

IIISetiap peserta pertandingan itu diberi kemeja-T.

IVSetengah murid nakal suka ponteng sekolah.

AI dan IICII dan IV

BII dan IIIDIII dan IV30.IEmak menghidangkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

IIDia bergegas pulang bila dipanggil oleh ibunya.

IIINora mempelajari cara menjilid buku dari pengalamannya.

IVEncik Rashid memperisterikan anaknya dengan anak sepupunya.

AI dan IICII dan III

BI dan IVDIII dan IVSoalan 31 hingga 35. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pengerusi:Salam sejahtera rakan-rakan. Pagi ini kita akan membincangkan cara-cara memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah. Kita telah menjemput tiga orang rakan kita yang sudah bersedia dengan hujah masing-masing. Mereka ialah Saudara Hasan, Saudara Ismail, dan Saudara Mahfuz. Tanpa membuang masa, saya menjemput Saudara Hasan untuk memulakan perbincangan.

Hasan:Terima kasih, Saudara Pengerusi. Pada pendapat saya, cara yang baik untuk memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah adalah dengan menggalakkan mereka menggunakan perpustakaan.

Pengerusi:Terima kasih, Saudara Hasan. Apakah pula pada pandangan Saudara Ismail?

Ismail:Tuan Pengerusi, saya rasa, cara yang berkesan untuk memupuk tabiat membaca adalah dengan mengkhususkan sedikit waktu dalam sehari untuk membaca. Setiap hari kita mesti membaca pada waktu yang ditetapkan itu. Lama-kelamaan tabiat membaca akan berterusan.

Pengerusi:Terima kasih, Saudara Ismail. Apa pula pandangan Saudara Mahfuz?

Mahfuz:Saudara Pengerusi, satu cara lagi yang dapat memupuk tabiat membaca adalah dengan menubuhkan Kelab Buku. Melalui kelab ini, kita dapat bertukar-tukar buku dan berbincang tentang buku-buku yang telah kita baca. Tiap-tiap orang hendaklah menderma sebuah buku kepunyaannya kepada kelab ini sebagai permulaan. Kelas kita ada 40 orang murid. Hal ini bermakna, kita sudah mempunyai 40 buah buku.

Hasan:Saudara Pengerusi, cadangan Saudara Mahfuz ini amat baik. Saya menyokongnya.

Pengerusi:Saya juga merasakan bahawa cadangan Mahfuz ini amat baik dan patut dibincangkan dengan lebih mendalam. Apa pula pandangan Saudara Ismail?

Ismail:Saya ingin melanjutkan cadangan Saudara Mahfuz itu supaya almari yang kosong di sudut sana dijadikan tempat menyimpan buku-buku, Kelab Buku kita. Saya percaya Cikgu Munirah akan bersetuju.

Pengerusi:Baiklah, diskusi kita pada hari ini mengambil keputusan menubuhkan Kelab Buku.

31Apakah tujuan perbincangan ini diadakan?

AUntuk menubuhkan Kelab Buku di sekolah

BUntuk mencari jalan menggalakkan murid-murid membaca

CUntuk menanam semangat membaca di kalangan murid-murid

D Untuk menggalakkan murid-murid menggunakan perpustakaan32 Kita mengetahui ahli panel telah membuat persediaan terlebih dahulu melalui

A

pembacaan buku.

B

cadangan Mahfuz.

C

hujah masing-masing.

D

penerangan Pengerusi.

33 Apakah cadangan yang perlu mendapat kebenaran Cikgu Munirah?

A

Mengutip derma

B

Mengumpulkan buku

C

Menggunakan almari

D

Mengadakan perbincangan lanjut

34Penyataan yang berikut BENAR tentang cara memupuk minat membaca, kecuali

A

mengadakan sudut membaca.

B

menyediakan jadual khas membaca.

C

menggalakkan murid-murid membaca di perpustakaan.

D

bertukar-tukar bahan bacaan di kalangan murid.

35Frasa lebih mendalam dalam petikan membawa maksud

A

tertib.

Ctersusun.

B

teratur.

Dterperinci.Soalan 36 hingga 40 ..

Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekolah Kebangsaan Kajang,

Jalan Low Ti Kok,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

27 September 2005.

Menemui Saudara Loqman yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta maaf kerana tidak dapat menyertai rombongan saudara melawat ke Langkawi tempoh hari.

Sebenarnya pada hari tersebut, saya telah menghadiri Hari Terbuka di Sekolah Tinggi Kajang bersama abang saya. Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan apa yang telah berlaku pada hari itu.

Pada sebelah paginya, murid-murid sibuk menyediakan bilik-bilik pameran. Murid-murid Persatuan Masakan sibuk menyediakan pelbagai jenis masakan untuk dipamerkan kepada pengunjung. Bilik-bilik makmal juga tidak kurang menariknya dengan berbagai-bagai percubaan sains.

Di kawasan lapang di hadapan sekolah pula, ahli-ahli Pandu Puteri mengadakan perkhemahan. Di dewan besar, kerusi-kerusi tersusun dengan kemasnya untuk pengunjung menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Dewan ini dihias dengan indah.

Pada pukul 2.00 petang, orang ramai mula membanjiri pameran tersebut. Tuan Pengetua dan guru-guru kemudian terus dibawa ke bilik pameran.

Pada pukul 4.00 petang pula, semua pengunjung turun ke padang untuk menyaksikan permainan pancaragam oleh para pelajar sekolah ini. Kemudian, mereka dijemput ke dewan untuk menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Abang saya turut mengambil bahagian. Saya tertarik dengan tarian zapin dan inang. Setelah selesai pertunjukan itu, para pengunjung dipersilakan menikmati jamuan ringan.

Sekian sahaja yang dapat saya ceritakan. Sehingga kita berjumpa lagi dalam lembaran yang lain, sambutlah salam mesra daripada saya.

Yang benar,

Hanafi

36Apakah tujuan Hanafi mmenuli surat kepada Loqman?

A

Untuk meminta maaf

B

Untuk mengajak melawat pameran

C

Untuk menceritakan apa yang berlaku

D

Untuk membatalkan rancangannya pergi ke Langkawi

37Apakah acara yang paling diminati oleh Hanafi pada hari itu?

A

Hiasan dewan

B

Acara sambutan

C

Pameran masakan

D

Tarian tradisional

38Di manakah persembahan kebudayaan diadakan?

A

Di dewan

B

Di bilik makmal

C

Di bilik pameran

D

Di kawasan lapang

39Apakah atur cara pertama yang disusun oleh pihak sekolah untuk orang ramai?

A

Menikmati jamuan

B

Melihat hasil-hasil pelajar

C

Melawat ke kawasan perkhemahan

D

Menyaksikan pertunjukan kebudayaan

40 Di bilik pameran, para pengunjung dapat menyaksikan perkara-perkara berikut, kecuali

A

hasil-hasil seni.

B

permainan pancaragam.

C

kuih-muih dan lauk-pauk.

D

hasil-hasil percubaan sains.

BAHAGIAN C

Tulis beberapa nilai atau pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Semenjak ibu bapanya meninggal setahun lalu, Nazri serta tiga orang adiknya tinggal bersama nenek mereka yang sudah tua. Nazri bernasib baik kerana Encik Lim sanggup mengambilnya bekerja di kedai runcitnya. Setiap petang selepas balik dari sekolah, Nazri akan bekerja di kedai runcit Encik Lim. Dia membantu Encik Lim melayan pelanggan-pelanggan yang datang ke kedai. Nazri bersikap ramah dengan para pelanggan yang datang. Semua pelanggan yang datang menyenangi sikap Nazri.

Walaupun hidup miskin, tetapi Nazri seorang budak yang jujur. Biarpun amat memerlukan wang, dia tidak pernah mengkhianati Encik Lim. Semua wang hasil jualan barang-barang akan disimpan di dalam laci. Tidak ada sesenpun yang diambilnya. Nazri tidak akan mengambil apa-apapun, selain daripada yang diberi oleh Encik Lim. Encik Lim selalu memberi makanan kepada Nazri untuk di bawa pulang. Nazri berterima kasih kepada Encik Lim yang banyak membantunya. Pada sebelah malamnya, Nazri tidak lupa mengulang kaji pelajarannya dan membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.

Bahagian B

( Masa dicadangkan : 40 minit)

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Aku kini bersendirian. Namun aku tiada pilihan kerana kawanku semuanya telah sampai ke rumah masing-masing. Rumah akulah yang paling jauh. Sedang aku berjalan, tiba-tiba .... Mulakan karangan anda dengan Sedang aku berjalan, tiba-tiba.............

ATAU

2. Kamu dan keluarga telah pergi ke sebuah tempat yang menarik semasa cuti persekolahan yang lalu. Tuliskan pengalaman manis kamu itu.

ATAU

3. Kamu telah berjumpa guru kelas kamu untuk berbincang tentang cara-cara menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. Tuliskan perbualan kamu dengan guru kelas kamu.No. Soalan :Kata PemeriA. Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

1. Cikgu Zainal .......................................... guru Mataematik.

2. Bungkusan itu ...............................untuk Encik Razali.

3. Berita itu ................................benar.

4. Budak itu .....................................cucu Tuk Seman.

5. Panggilan telefon itu .............................untuk Kak Erma.

6. Kami..................................... bertanya tentang kemalangan itu kepada Farid.

7. Bangunan masjid itu ..............................bangunan yang paling lama di daerah ini.

8. Tujuan kami ke sini .........................untuk melawat jiran yang sakit.

9. Sungai di hujung itu ...............................dalam dan lebar.

10. Buah durian di dalam bakul itu ...................................untuk dijual.

11. Lelaki yang berbaju batik tadi ..........................bapa saudara saya.

12. Mereka .......................................datang ke sini petang semalam.

13. Pembesaar yang akan merasmikan bangunan baru ini ..............................Menteri Besar.

14. Gunung yang tertinggi di Malaysia ...............................Gunung Kinabalu.

15. Guru Sains ........................ meminta murid membawa buah-buahan untuk diawetkan.

16. Semua gosip yang tersebar dalam akhbar ......................bohong semata-mata.

17. Nenek ................................ bercerita tentang zaman Jepun kepada kami.

18. Olahragawan sekolah kami ................................... Chong Ah Meng.

19. Nama kawan saya................................. Adilla.

20. Alimin melukis gambar itu .................................untuk dihadiahkan kepada gurunya.