1 Ulasan Jurnal Mogana Draf 1

12
Ulasan Jurnal Tajuk: Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun: Satu Tinjauan Sumber Jurnal: Diakses dalam http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word %20-%20 Bahasa%20Kanak-Kanak%20-%20Jurnal%20IPGMTAA.pdf Penulis: Mohd Rasdi bin Saamah, Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan 1.1 Pengenalan Bahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak- kanak. Melalui bahasa kanak-kanak dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia sekelilingnya. Menurut Ramli Md. Salleh (1997) bahasa (language) ialah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi suara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berinteraksi. Namun harus diketahui bahawa kanak-kanak akan melalui proses pemerolehan bahasa sebelum 1

description

m

Transcript of 1 Ulasan Jurnal Mogana Draf 1

Ulasan Jurnal Tajuk: Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun: Satu Tinjauan

Sumber Jurnal:Diakses dalam http://jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft%20Word%20-%20Bahasa%20Kanak-Kanak%20-%20Jurnal%20IPGMTAA.pdf

Penulis: Mohd Rasdi bin Saamah, Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan

1.1 PengenalanBahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa kanak-kanak dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia sekelilingnya. Menurut Ramli Md. Salleh (1997) bahasa(language) ialah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi suara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berinteraksi. Namun harus diketahui bahawa kanak-kanak akan melalui proses pemerolehan bahasa sebelum dapat berinteraksi dengan orang lain. Dalam konteks pemerolehan bahasa kanak-kanak, Ramli Md. Salleh (1997) mentakrifkan bahawa pemerolehan bahasa(language acquisition) merupakan proses pembelajaran bahasa dari satu aspek hingga keseluruhannya. Jelas di sini, kanak-kanak akan mengalami suatu pembelajaran tidak langsung hasil pengalaman sekeliling sebelum dapat berbahasa dan berinteraksi dengan orang lain.

2.0 Ulasan JurnalJurnal ini adalah sebuah kajian penulis Mohd Hasdi bin Saamah yang meninjau pemerolehan bahasa kanak-kanak yang meliputi tiga komponen bahasa, iaitu sintaksis, fonologi dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini menurut penulis tumbuh secara bersama-sama. Walau bagaimanapun, perbincangannya selalu dipisah-pisahkan untuk memudahkan pemahamannya. Pertumbuhan sintaksis bermula pada waktu seseorang kanak-kanak mulai menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Menurutnya lagi, umumnya kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun. Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada kanak-kanak. Manakala peringkat semantik pula ialah peringkat kanak-kanak mula memahami maksud ayat ujarannya atau ayat-ayat yang diterimanya.

2.1 Kajian LepasKajian ini telah menjelaskan bahawa kajian bahasa kanak-kanak telah menarik perhatian ramai ahli bahasa dan ahli psikolinguistik dari Barat dan tempatan. Namun demikian, tujuan utama kajian berbeza-beza mengikut minat dan orientasi tiap-tiap pengkaji yang terlibat. Antara tokoh-tokoh Barat yang terlibat adalah Chomsky (1975), Brown (1965), Langaker (1968), Burling (1970), MacNeil (1970), Slobin (1971), Fishman (1970) dan lain-lain. Kajian-kajian mereka meliputi pelbagai aspek yang mempengaruhi pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak kanak termasuklah pengaruh persekitaran.

Sementara itu, kajian daripada tokoh-tokoh tempatan dipelopori oleh Mangantar Simanjuntak (1983 dan 1987), Atan Long (1963), Zulkifley Hamid (1990), Abdul Rashid Ali (1992), Puteri Roslina Abdul Wahid (1999) dan lain-lain. Kajian ini mendapati kajian-kajian yang dibuat oleh ahli-ahli psikolinguistik tempatan masih bermirip kepada kajian-kajian yang terdahulu.

2.2 Objektif KajianObjektif kajian ini adalah bertujuan untuk: i. memerhati dan melaporkan penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun (2.0+) dari segi penerimaan (receptive)ii. memerhati dan melaporkan penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun (2.0+) dari segi pengeluaran (productive)

2.3 Metodologi KajianKajian ini merupakan satu kajian kes pemerolehan bahasa kanak-kanak dari aspek penerimaan dan pengeluaran. Penerimaan' dan pengeluaran adalah dua ciri penting dalam medium bahasa lisan.

Subjek Kajian Subjek kajian dalam kajian ini ialah seorang kanak-kanak lelaki yang dirujuk sebagai SF berusia 2 tahun 3 bulan (2:3) dan rakannya SK berusia 2 tahun 4 bulan (2:4) yang kedua-duanya berketurunan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan sebagai bahasa ibundanya.

Kaedah pungutan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah pemerhatian dengan menggunakan rakaman pertuturan SF dalam dua situasi, iaitu situasi pertama rakaman pertuturan SF dan rakannya SK berusia 2 tahun 4 bulan (2:4). Manakala dalam situasi kedua pula terdiri daripada rakaman pertuturan SF dengan bapanya (AB). Kaedah pengukuran yang digunakan adalah berasaskan mengenal gambar (picture identification). Menurut Bryen & Gallagher (1991) strategi ini digunakan dengan meluas sebagai ujian yang standard untuk menguji kefahaman kanak-kanak kecil. lnstrumen kajian dalam kedua-dua set rakaman ini ialah Buku Bergambar Awal Buku 1, 3 dan 4, terbitan Arowana Publications. Pertuturan subjek kajian dalam kedua-dua set ditranskripkan mengikut sebutannya.

Rakaman Set 1 4 Dalam Set 1, subjek kajian SF dan rakannya SK diletakkan di dalam sebuah bilik (residential facility) (Miller 1981) dan mereka diberikan buku bergambar sebagai instrument kajian. Pengkaji hanya memerhati dan merakamkan ujaran-ujaran yang keluar daripada SF dan SK semasa mereka melihat gambar-gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Mengikut Miller (1981) alternatit terbaik untuk merekodkan kanak-kanak berinteraksi ialah ketika mereka bersama rakan sebaya atau rakan sepermainan.

Rakaman Set 2 Dalam Set 2, subjek kajian juga diletakkan dalam situasi yang sama dan diberikan instrumen yang sama sebagaimana Set 1 tetapi pengkaji (AB) bertindak menunjukkan gambar-gambar di dalamnya bagi menguji penggunaan ujaran oleh SF berdasarkan visual dalam buku tersebut. Soal jawab SF dan AB dirakamkan dan ditranskrip untuk dianalisis sebagai dapatan kajian ini. Huraian ayat-ayat dalam ujaran SF dibuat berasaskan semantik (makna) bukannya berdasarkan struktur.

2.4 Batasan KajianDalam kajian ini, saya mendapati penulis tidak menyatakan batasan kajian beliau.

2.5 Teori KajianDalam kajian ini, saya mendapati penulis tidak menyatakan teori kajian secara khusus.

2.6 Hasil KajianDalam kajian ini pengkaji telah menyatakan semua ujaran SF yang diperoleh melalui rakaman diberi transkripsi dalam ejaan fonemik dalam bentuk ortografik. Ayat-ayat yang didapati dalam dialog dikategorikan ke dalam dua bahagian, iaitu ayat yang difahami (receptive) dan kedua, ayat-ayat yang dihasilkan melalui ujaran yang dikeluarkan (productive). Kedua-dua jenis ayat tersebut dianalisis dari segi bentuk dan masalah pemahaman. Oleh sebab fungsi bahasa pada peringkat kanak-kanak lebih penting daripada sistemnya, analisis ini lebih berpusat kepada maksud yang hendak disampaikan oleh SF dengan melihat kepelbagaian cara yang digunakan (Dale 1970; Halliday 1975), umpamanya dengan memerhatikan tekanan suara dan hubungan makna (semantic relation) dan susunan kata (word order) yang hadir dalam ayat-ayat yang diujarkan oleh SF.

Ayat-ayat Bentuk Pengeluaran (productive) Ayat-ayat (dalam bentuk ujaran) jenis pengeluaran (produktive) ialah ayat~ayat yang diujarkan oleh SF dan diterima oleh orang lain. Pertamanya ialah ciri-ciri ayat dan keduanya masalah memahami ayat-ayat yang pelbagai itu. Daripada ayat-ayat ujaran SF yang dikumpulkan didapati SF berada pada Fasa Peralihan. Pada dasarnya, banyak ayat yang dikeluarkan terdiri daripada pola satu kata, dua kata dan tiga kata ataupun lebih. Kanak-kanak belajar dengan bertahap-tahap melalui interaksi sosial yang disebut oleh Hymes (1971) sebagai kebolehan komunikatif (communicative competence) (Cazden 1972). Unsur-unsur bahasa matetik, iaitu bahasa untuk belajar didapati dominan pada SF seperti menggunakan bahasa untuk memberi nama (naming), menyatakan tujuan atau hasrat dan bahasa yang digunakan untuk mengagak-agak sesuatu makna atau keadaan. Dalam contoh 1, SF menggunakan bahasanya untuk memberikan nama atau menyebut benda-benda, sama ada dengan menggunakan pengalaman hidup dunianya ataupun dengan mengagak-agak.

2.7 KesimpulanSecara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa aspek ayat memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak dalam menuju kebolehan bahasa orang dewasa. Penguasaan ayat juga tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan fonologi dan semantik dalam sesuatu bahasa. Analisis menunjukkan SF menunjukkan satu tahap normal dalam perkembangan penguasaan bahasa kanak-kanak berbanding SK. SF lebih banyak menggunakan ayat-ayat satu kata dan dua kata. SF telah cuba menggunakan ayat yang berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan bergantung kepada fungsi yang hendak disampaikan.

2.8 Mencungkil maklumat kritis/ meneliti jurang/lompang kajianKajian ini merupakan satu kajian yang menarik. Berbicara tentang bahasa, maka kita tidak dapat lari dari aspek fungsi bahasa yang menjadi simbol perhubungan manusia. Berikut merupakan komentar yang dapat diberikan selepas meneliti artikel ini dalam beberapa aspek. Fakta utama yang dikemukakan oleh penulis ialah mengenai ayat-ayat yang mempunyai ciri-ciri bahasa matetik dan holofrastik yang diujarkan oleh kanak-kanak. Sebagai contoh SF mudah faham jika mendengar ayat-ayat yang mudah atau ringkas (ayat telegrafik) dengan merujuk kepada benda, situasi dan pengalaman yang konkrit yang menunjukkan SF sudah mula melangkah ke peringkat bahasa transisi, iaitu mula menguasai ciri-ciri bahasa orang dewasa. Bagi rakannya (SK) pula, banyak ujarannya didapati tidak dapat difahami maknanya. Berdasarkan MLU 2.39 yang diperoleh dalam pertuturannya, SK masih lagi berada pada tahap II, iaitu tahap penggunaan satu atau dua patah perkataan (telegrafik).

Jelas di sini kita melihat ada perbezaan di antara pemerolehan bahasa dengan pengwujudan bahasa. Ternyata SF dan SK sudah menjalani proses pemerolehan bahasa secara penerimaan (reception) selama lebih daripada dua tahun. Dapat dikatakan perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mental, kecerdasan, pengalaman, dan latar belakang sosial yang dilalui mereka. Sehubungan dengan hal itu, perkembangan bahasa kanak-kanak adalah tidak mungkin dapat dipisahkan daripada corak kehidupan keluarga kanak-kanak tersebut (Zatul Azma Zainon Hamzah & Normaliza Abd. Rahim, 2014).

Kajian ini menjelaskan semua kanak-kanak mengalami proses penerimaan bahasa sejak mereka lahir, dan setelah itu mereka mewujudkannya, iaitu sesudah berumur kira-kira 1 tahun. Faktor pendedahan persekitaran didapati aspek yang membezakan pemerolehan bahasa kanak-kanak. Jarak antara penerimaan dan pengwujudan bahasa ternyata lebih lama pada SK berbanding SF. Meskipun SF dan SK mempunyai perbezaan umur hanya satu bulan, namun SF nampak lebih banyak menguasai tatabahasa. Dalam istilah nahu transfomasi, SF sudah ada keupayaan berbahasa (language competence). Mengikut Asmah (1986) peraturan bahasa bukanlah satu hal yang mudah dikuasai. Bayangkan sahaja jumlah bunyi dan peraturan bagi mewujudkan rentetan bunyi hingga menjadi suku kata dan seterusnya kata. Di samping itu terdapat pula peraturan nahu yang sangat rumit. Semuanya ini harus dihayati oleh kanak-kanak, sungguhpun tidak sekali gus. Ada peraturan yang timbul lebih dahulu dari yang lain, dan ada pula yang sangat lambat munculnya.

Bagi kanak-kanak Melayu, kata-kata awal yang timbul ialah kata isi atau kata sari (content words). Kata isi atau kata sari ini biasanya terdiri daripada kata yang merujuk kepada alam sekelilingnya. Kata tugas, iaitu kata struktur, rata-rata timbul kemudian sungguhpun ada kekecualian tertentu seperti pada kata yang. Mengikut Whitney (1998) apabila seseorang kanak-kanak itu semakin meningkat usianya, kapasiti penerbitan bahasa juga akan bertambah, dan semakin mudah untuk diuji tahap kefahamannya sebagaimana juga yang dihadapi oleh psikolinguist terhadap orang dewasa. Dalam kes seperti ini, eksperimen boleh dilaksanakan dengan mengambil kira respon pertuturan kanak-kanak untuk menilai tahap pemahamannya. Semakin meningkat umur kanak-kanak semakin matang untuk kanak-kanak itu mengeluarkan ujaran. Menurut Bukatko & Daehler (1995 pada usia dua tahun kanak-kanak mula menggabungkan perkataan untuk menghasilkan ayat.

2.9 Kekuatan dan KelemahanPenulisan artikel ini mempunyai banyak kekuatan memandangkan penulis berpegang kepada fakta dan pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam menguatkan hujah yang diberikan. Penulis ini juga, berjaya membawakan kesedaran kepada pembaca tentang perkembangan pemerolehan bahasa dalam sistem pendidikan di Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Dari penulisan ini juga penulis berjaya menyedarkan pembaca tentang kepentingan pembangunan pemerolehan bahasa kepada masyarakat yang bermula dari sejak kelahiran.

Namun demikian, saya mendapati penulis mungkin tertinggal untuk menyatakan definisi konsep penerimaan dan pengeluaran, secara jelas. Namun demikian, penerimaan dalam konteks kajian ini boleh difahami sebagai suatu tindak balas pendengaran dan pemerhatian. Manakala pengeluaran merupakan tindak balas keupayaan mengeluarkan kata-kata.

Di samping itu, saya mendapati artikel ini memberi pemahaman kepada pemabaca bahawa pada peringkat awal berbahasa, kanak-kanak akan mengeluarkan ujaran yang berbentuk asas sahaja tetapi boleh difahami. Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Berk (2000) yang menyatakan ayat-ayat awal kanak-kanak mempunyai perkataan-perkataan asas seperti yang digunakan dalam telegram, iaitu hanya menggunakan kata nama dan kata kerja dengan mengabaikan kata fungsi, kata penentu, kata ganti nama diri, kata ganti nama penunjuk dan kata kerja bantu.

2.10 Penutup Berdasarkan kajian ini dapatlah dikatakan bahawa proses pemerolehan bahasa kanak-kanak mengalami evolusi setara dengan perkembangan umur kanak-kanak tersebut. Artikel ini telah membuktikan bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa melalui dua tindakbalas yang disebut penerimaan dan pengeluaran. Aspek pembentukan ayat juga menentukan kebolehbahasaan kanak-kanak setaraf orang dewasa. Kajian ini turut memberi kelompangan pandangan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak juga perlu bergantung kepada faktor-faktor ibu bapa, masyarakat dan persekitaran.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan perkembangan mental. Jurnal Dewan Bahasa,31(10), hlm. 711-720.

Berk, L. E. (2000). Child development (5th Ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Bryen, D. N. & Gallagher, D. (1991). Assesment of language and communication. Dlm Bruce A. Bracken (Ed.). The psychoeducational assessment of preschool children (2nd Ed). Massachusetts: Allyn and Bacon.

Bukatko, D. & Daehler, M. W. (1995). Child development: A thematic approach. Boston: Houghton Mifflin Company.

Miller, J. F. (1981). Assessing language production in children. London: Edward Arnold Limited.

Ramli Md.Salleh. (1997). Kamus Linguistik. (Penyusun). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rasdi bin Saamah. (November, 2014). Pemerolehan bahasa kanak-kanak berusia dua tahun: Satu tinjauan. Diakses dalam http://jpmipgmtaa. webs.com/ Penulisan /Microsoft%20Word%20-%20Bahasa%20Kanak-Kanak%20%20Jurnal%20IPG MTAA.pdf

7