10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan...

107

Transcript of 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan...

Page 1: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan
Page 2: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

2

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

© Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

NOTIS Anda dibenarkan mencetak (print) buku ini untuk kegunaan anda sendiri dan untuk memudahkan proses pembelajaran. Anda tidak dibenarkan mengulang keluar atau menggunakan mana-mana bahagian buku ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara samada elektronik, mekanik, fotokopi, atau pengstoran maklumat kembali. Anda dilarang menduplikasikan fail ini dan mengedarkannya semula oleh kerana ia tergolong sebagai kesalahan harta intelek (cetak rompak).

Page 3: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

3

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

© Hakcipta terpelihara ImpianPengantin.com. Sekiranya anda ada menerima buku ini secara percuma selain daripada dari laman web ImpianPengantin.com sila laporkan kepada [email protected] . Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta intelek. Pihak ImpianPengantin.com mengambil berat isu harta intelek dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang menyalahgunakan bahan-bahan kami.

Page 4: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

4

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 5

Langkah 1: Tuliskan Matlamat dan Keutamaan 7

Langkah 2: Lakarkan Majlis Impian 10

Langkah 3: Rancang Aturcara Majlis 18

Langkah 4: Sediakan Senarai Semak 25

Langkah 5: Uruskan Bajet 62

Langkah 6: Tindakan 74

Langkah 7: Bahagikan Tugas 83

Langkah 8: Periksa, Semak.. Lagi & Lagi 94

Langkah 9: Bergembiralah! 101

Langkah 10: Selesaikan Tugas 103

Penutup 106

Biodata penulis 107

Page 5: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

5

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

PENGENALAN

Assalamualaikum w.b.t,

Kami berasa amat bangga kerana berjaya menerbitkan ebook ini untuk tatapan anda

semua. Objektif penerbitan buku ini adalah untuk membantu bakal pengantin semua

merancang dan merealisasikan perkahwinan impian mereka. Anda amat bernasib baik

kerana kami amat bermurah hati untuk tidak berhenti untuk setakat menghasilkan 10

LANGKAH MUDAH PERANCANGAN PERKAHWINAN, malah kami telah menambah

beberapa bab yang agak penting bagi memastikan perjalanan anda ke arah gerbang

perkahwinan menjadi lebih mudah dan lancar. Bab-bab tersebut adalah:

- Panduan Memilih Pasangan Sesuai: Mengutarakan apakah ciri-ciri penting

yang perlu ada di dalam pasangan anda bagi memastikan anda berasa lega

dengan pilihan anda. Apa taknya, pasangan inilah akan menjadi teman hingga

akhir hayat anda. Mahukah perkahwinan anda sentiasa disulami pergaduhan dan

berakhir dengan penceraian? Pastikan anda membaca bab ini dengan penuh fokus

dan hayati dengan sepenuhnya agar anda pasti bahawa dialah penghulu atau

teman berbicara hidup anda.

- Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya

sesuatu perkara yang menelan belanja ribuan ringgit. Sebut sahaja kahwin, ramai

yang mula meraba poket mereka dahulu sebelum berkata ”Ya”. Oleh itu panduan

ini tidak lengkap sekiranya kami tidak memasukkan butiran ini!

- Panduan malam Pertama: Adakah anda berasa gusar untuk menghadapi malam

ini kerana tidak tahu teknik and taktik bersama pasangan anda? Kami akan

memastikan anda tidak cemas dalam panduan bonus ini.

Diharapkan anda telah memuat turun ke semua bonus di atas bagi membolehkan

anda lebih fokus dan dapat membaca panduan yang kami terbitkan ini dengan lebih

teratur.

Bagi yang sudah dalam perjalanan ke arah perkahwinan, kami ingin ucapkan

TAHNIAH! kerana anda telah mengambil langkah bijak dengan memiliki buku ini

sebelum membuat perancangan majlis perkahwinan anda. Harapan kami, semoga

buku ini dapat memberikan seribu satu manfaat kepada semua pembaca yang

mempraktikkannya.

Oh ya, lupa kami nak tanya. Apa khabar anda hari ini? Semoga sentiasa sihat dan

ceria selalu. Maklumlah, bakal menjadi “raja sehari” tidak lama lagi. Tentu anda terasa

bagaikan mimpi, apabila terkenangkan majlis perkahwinan kali ini adalah majlis

ANDA. Bukan majlis kakak atau abang anda. Tetapi, ia adalah majlis perkahwinan

ANDA.

Mengapa kami tekankan perkara ini? Kerana, ada sesetengah pengantin (yang pernah

kami temui), seolah-olah tidak sedar yang majlis hari itu adalah majlisnya sendiri. Dia

sibuk membuat pelbagai persiapan di saat-saat akhir sehingga mengabaikan

kesihatan. Akhirnya, majlis yang ditunggu-tunggu selama ini menjadi hilang serinya

kerana pengantin kelihatan pucat, lesu dan tidak bermaya. Ada yang sakit tekak

sehingga hilang suara sehingga menyukarkan untuk melafazkan akad nikah!

Mesti anda tidak mahu perkara seperti ini berlaku pada anda, bukan? Sebab itu anda

perlu bijak membahagikan masa dan tenaga untuk membuat persiapan majlis.

Supaya segala usaha dan masa yang dicurahkan untuk menganjurkan majlis ini tidak

sia-sia.

Page 6: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

6

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Baiklah, sekarang anda telah bersedia untuk membuat persiapan majlis. Akan tetapi,

anda masih lagi tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum majlis perkahwinan.

Atau mungkin anda tahu terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan, sehingga tidak

tahu hendak mulakan yang mana satu dahulu. Oleh itu, kami ada 2 penyelesaian

untuk masalah ini.

Pilihan pertama, anda boleh mengupah wedding planner (perancang/perunding

perkahwinan). Mereka akan merancang majlis berdasarkan bajet anda dan konsep

yang diingini. Kebanyakan perancang perkahwinan lebih mengutamakan majlis yang

diadakan di dewan, hotel, mahupun taman.

Namun, tidak semua orang mampu mengupah perancang perkahwinan. Ini kerana,

kos untuk mengupah perancang perkahwinan yang profesional bukanlah murah.

Kebanyakan mereka mengenakan pelanggan mereka, 10 – 20 peratus daripada bajet

keseluruhan majlis atau anggaran antara RM 2,500 hingga RM 5,000 untuk

perkhidmatan mereka sahaja. Tidak termasuk perbelanjaan lain.

Sekiranya anda rasa pilihan pertama tidak sesuai dengan bajet anda, jangan bimbang!

Mimpi menghadiri majlis anda yang indah tetap boleh direalisasikan dengan pilihan

kedua. Iaitu, anda boleh menjadi perancang majlis perkahwinan sendiri! Buku

ini akan memberikan segala panduan yang anda perlukan untuk menganjurkan majlis

perkahwinan. Mungkin ia hanyalah sebuah majlis yang sederhana di mata anda, tetapi

kemeriahannya akan diingati oleh semua ahli keluarga dan tetamu yang hadir.

Melihat kesan yang diabadikan selepas majlis berlangsung, pasti mendatangkan lebih

banyak kepuasan kepada diri anda. Semuanya akan jadi lebih bermakna kerana

segala-galanya dirancang sendiri. Lebih menarik lagi, kesemua panduan yang telah

disajikan dalam buku ini, akan membuatkan anda kurang stress, perjalanan kerja

anda lebih mudah, cepat dan teratur. Percayalah! Kami telah melaluinya.

Di dalam buku ini juga, kami telah menyusun 10 langkah-langkah bijak yang perlu

dilakukan untuk menganjurkan sebuah majlis perkahwinan. Anda hanya perlu baca

langkah demi langkah di bawah, dan rekodkan perancangan anda sendiri ke

dalam Buku Gerak Kerja.

Oleh itu, anda dicadangkan supaya membuka fail Buku Gerak Kerja sebelum

anda mula membaca langkah-langkah dalam buku ini. Tujuannya adalah untuk

memudahkan anda merujuk bagaimanakah caranya mengaplikasikan langkah tersebut

ke dalam perancangan anda. Setelah itu, Buku Gerak Kerja ini perlulah dicetak (print).

Selepas dicetak, masukkan buku tersebut ke dalam sebuah fail khas yang mudah

untuk ditambah dan dikeluarkan isinya pada bila-bila masa.

Baiklah, anda tidak sabar-sabar untuk merancang majlis perkahwinan IMPIAN? Terus

ikuti panduan mudah langkah demi langkah dan praktikkannya. Selamat membaca!

Yang benar,

Team ImpianPengantin.com

Page 7: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

7

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Langkah 1

“Tuliskan Matlamat dan Keutamaan”

Tuliskan matlamat? Hah?...Kenapa? Macam budak tingkatan 5 yang nak ambil SPM

je..Takkan buat majlis perkahwinan pun nak kena ada matlamat?

Haa..mungkin ini yang terlintas di fikiran anda sebaik sahaja anda membaca tajuk di

atas. Jangan berhenti di sini! Teruskan membaca dan anda akan tahu betapa

pentingnya kita menuliskan matlamat majlis perkahwinan.

Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan soalan kepada anda.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini. Suatu hari anda pergi ke sebuah majlis

perkahwinan. Sampai di sana…

Anda rasa bosan..

Hiburan yang ada pun, menyakitkan telinga..

Tiada wakil tuan rumah menjemput anda makan..

Anda tersedar, rupa-rupanya anda datang untuk makan sahaja..

..atau untuk beri hadiah dan sumbangan pada pengantin..

Selepas bersalam-salaman, anda pun pulang….

Adakah majlis perkahwinan seperti ini (Majlis perkahwinan Touch & Go) yang menjadi

IMPIAN anda? Tentu anda tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada tetamu

majlis anda, bukan?

Dalam majlis anda, anda mahu…

Semua orang bergembira. Baik keluarga, saudara mara, rakan-rakan,

jiran tetangga, mahupun tetamu yang hadir itu anda tidak dikenali.

Semuanya berjalan dengan lancar. Tidak banyak masalah teknikal.

Majlis perkahwinan anda menjadi satu kenangan terindah buat semua

orang yang hadir, dan mereka yang bertungkus-lumus menjayakannya.

Kalau boleh, anda mahu semuanya gembira, cantik, menarik. Pendek kata,

sempurna lah!

Jika apa yang kami katakan ini benar, maka anda mempunyai sebab yang kukuh

mengapa anda perlu menetapkan matlamat untuk majlis perkahwinan anda.

Adakalanya sebagai pengantin, kita terlalu sibuk membuat persiapan untuk diri

sendiri. Sebab kita mahu orang melihat kita kelihatan cantik. Itu tak salah. Tetapi,

jangan sampai kita terlupa, tetamu tidak akan terhibur dengan hanya melihat

pasangan mempelai yang cantik. Banyak perkara lagi yang boleh kita lakukan supaya

tetamu tidak merasa bosan seperti dalam senario di atas.

Page 8: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

8

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Sebab itu, dalam langkah 1 ini, kami mengesyorkan kepada bakal-bakal pengantin

untuk menuliskan matlamat majlis perkahwinan, supaya majlis yang anda impikan

selama ini akan menjadi sebuah kenyataan.

Jika tiada matlamat, ini bermakna anda tidak kisah samada majlis anda berjaya

ataupun tidak. Yang penting, ada majlis. Cukuplah..

Bukankah rugi kalau begitu? Bayangkan, semua tenaga, wang ringgit (bukan sedikit,

malah berpuluh-puluh ribu!) dan masa yang dihabiskan untuk satu majlis tidak

membuahkan apa-apa hasil. Yang dapat, hanyalah penat selepas majlis. Lebih

mengecewakan, jika tetamu sendiri tidak dapat bergembira di hari paling bermakna

dalam hidup anda. Alahai…

Oleh itu, bagaimana dengan menulis matlamat, majlis perkahwinan impian anda boleh

menjadi satu kenyataan?

Menulis matlamat adalah langkah pertama untuk merealisasikan impian

anda.

Matlamat akan membuatkan kita sentiasa berada di atas landasan yang

betul, tidak tersasar daripada tujuan asal penganjuran majlis.

Ia juga dapat memudahkan kita membuat perancangan kerana apabila

ada matlamat, kita dapat merancang aktiviti berpandukan kepada

matlamat yang telah digariskan.

Anda boleh menetapkan apa sahaja matlamat dan seberapa banyak yang anda

mahukan. Namun pastikan bahawa matlamat yang telah ditetapkan boleh dicapai.

Sebagai contoh:

Matlamat majlis perkahwinan kami adalah untuk:

Meraikan pengantin.

Menghebahkan berita pernikahan (untuk menghindari fitnah).

Merapatkan silaturrahim sesama keluarga dan saudara mara.

Berkongsi kegembiraan dengan semua orang.

Mengikut sunnah Nabi SAW.

Meraikan anak-anak yatim.

Menggembirakan ibubapa yang telah banyak berjasa pada kami.

Dan lain-lain lagi…

Katakan, ada di antara matlamat yang anda senaraikan adalah untuk

mengembirakan ibubapa. Anda mahu ibubapa anda bergembira sahaja. Mereka

tidak perlu berpenat lelah menyiapkan persiapan majlis. Tahu-tahu sahaja, semuanya

telah tersedia.

Daripada matlamat ini, untuk merealisasikannya, mungkin anda perlu mengupah

perunding perkahwinan untuk menguruskan kesemuanya atau anda boleh

berpakat dengan adik beradik untuk menyiapkan persiapan majlis.

Page 9: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

9

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Selain itu, semasa anda mahu merancangkan satu-satu acara, anda akan dahulukan

acara yang menepati matlamat, berbanding dengan acara yang tidak berfaedah

atau hanya mengundang pembaziran sahaja. Percayalah, matlamat ini sangat berguna

sewaktu anda mahu merancang aturcara majlis nanti.

Bukan sahaja matlamat, anda juga perlu menetapkan keutamaan / prioriti untuk

majlis ini. Mengapa? Kerana..dengan mengetahui apakah keutamaan anda, lebih

mudah untuk anda merancang bajet yang akan diperuntukkan bagi setiap kategori.

Contoh keutamaan ialah:

Makanan mestilah sedap-sedap..

Lokasi majlis mestilah dihias secantik-cantiknya

Aturcara yang dijalankan semasa majlis mestilah meriah

Dan lain-lain lagi…

Jika anda mahukan makanan yang sedap-sedap, anda akan peruntukkan bajet yang

lebih untuk “Makanan”. Jika anda mahu aturcara majlis yang meriah, anda pasti akan

simpankan bajet untuk “Aturcara Majlis”. Bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk

menetapkan keutamaan, caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu “berangan”

sebentar. Bukan angan-angan kosong, tetapi bayangkan majlis sebenar yang anda

impikan.

Setelah itu, bincangkan idea-idea yang anda peroleh sewaktu “berangan” tadi

dengan orang-orang yang berkaitan dengan penganjuran majlis anda. Selepas sesi

perbincangan, anda akan dapatkan kata putus, apakah yang anda semua mahu untuk

majlis tersebut. Dan mana satukah idea yang benar-benar logik untuk

diaplikasikan ke dalam majlis sebenar. Ting! Anda baru sahaja menyenaraikan

keutamaan anda. Idea-idea yang telah dipersetujui daripada perbincangan ini,

itulah keutamaan anda! Mudah sahaja, bukan?

Kerana itulah pentingnya majlis yang bermatlamat dan mempunyai keutamaan.

Dengan matlamat, perancangan majlis anda selepas ini akan menjadi lebih mudah

kerana anda tahu apa yang mahu dicapai dan bagaimanakah cara untuk

menjayakannya. Fikir-fikirkanlah ye.. Langkah 1 ini sangat penting!

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 1:

Fikirkan matlamat dan keutamaan Majlis Perkahwinan Impian anda dan

tuliskannya dalam Buku Gerak Kerja.

Page 10: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

10

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Langkah 2

“Lakarkan Majlis Impian” Kami yakin, setiap orang mempunyai majlis perkahwinan impian yang tersendiri.

Samada anda berasal dari kampung ataupun anda dilahirkan sebagai anak bandar,

pasti anda pernah mengangankan sebuah majlis yang cukup indah.

Pernah sekali kami menonton rancangan perkahwinan dari Barat. Seorang pengantin

perempuan telah melakarkan majlis perkahwinannya sejak berusia 12 tahun. Yang

menariknya, imaginasi tersebut telah menjadi kenyataan 10 tahun kemudian! Dia

telah berjaya merealisasikan lakaran asal majlis impiannya.

Sejak kami mula menulis buku ini, visi kami hanyalah satu. Iaitu untuk membantu

semua bakal pengantin merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka. Tiada

impian yang mustahil dalam dunia ini, melainkan anda sendiri katakan yang ianya

memang mustahil . Jadi tunggu apa lagi, jom kita mulakannya!

Apakah yang perlu ada dalam lakaran asas sebuah majlis perkahwinan ?

1. Bajet

2. Anggaran jumlah tetamu

3. Tarikh atau bulan majlis perkahwinan

4. Tema majlis (secara umum). Seperti : Sederhana dan meriah,

menyeronokkan, romantik, tradisional dan sebagainya.

Peringatan : Tanpa keempat-empat perkara ini, banyak urusan persiapan

anda akan tertangguh. Pastikan ianya telah ditetapkan dalam langkah 2,

sebelum anda pergi ke langkah yang seterusnya.

PANDUAN MENETAPKAN BAJET

Bajet yang dimaksudkan di sini ialah, anggaran keseluruhan perbelanjaan untuk

persiapan majlis. Bagi menetapkan bajet, anda perlu tahu anggaran jumlah tetamu

yg akan hadir, lokasi dan juga keperluan yang anda utamakan.

Contoh 1:

Anggaran tetamu : 800 orang

Lokasi : rumah

Keperluan utama : Makanan, dan sewa khemah

Anggaran kos setakat ini : RM 10,000

Anggaran kos keseluruhan: RM15,000 dan ke atas.

Page 11: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

11

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Contoh 2:

Anggaran tetamu : 200 orang

Lokasi : hotel

Keperluan utama : Makanan dan sewa tempat

Anggaran kos setakat ini: RM20,000

Keperluan lain : Perhiasan, pelamin, foto dan video dan lain-lain.

Anggaran kos keseluruhan: RM25,000 dan ke atas

Sekiranya anda mahu mengekalkan jumlah jemputan tetamu yang ramai dengan

bajet di bawah RM 15,000, anda boleh menganjurkan majlis perkahwinan di rumah

yang dibuat secara gotong-royong sekampung. Selain itu, anda juga boleh

mengurangkan anggaran jumlah tetamu atau mengurangkan perbelanjaan

pelamin, foto dsb. Inilah teknik KJT atau Kurangkan Jumlah Tetamu yang selalu

digunapakai oleh Pakar Perunding Perkahwinan Malaysia. Kurangkan jumlah tetamu

atau tukar venue!

Kesimpulannya, anda boleh bermain-main dengan angka-angka di atas demi untuk

memastikan keutamaan yang telah ditetapkan sebelum ini, bersesuaian atau

tidak dengan bajet anda. Fikirkan dengan teliti. Jika tidak sesuai, anda masih

mempunyai masa untuk mengubahnya.

Bercakap tentang bilakah kita sepatutnya merancang bajet, (bagi pendapat kami) ia

terpulang kepada anda. Samada anda mahu menetapkan anggaran bajet dahulu

atau menetapkannya kemudian. Ia sangat bergantung kepada gaya hidup anda.

Sekiranya bajet anda terhad dan mahu berjimat, anda bolehlah menganggarkan bajet

dahulu. Kemudian barulah ditetapkan apa yang perlu dimiliki dan apa yang tidak

perlu. (Cara ini lebih digalakkan dan akan ditunjukkan dalam buku ini).

Namun, adakalanya berbaloi jika kita melabur lebih sedikit, kerana mungkin boleh

menjimatkan masa dan tenaga atau untuk mendapat hasil kerja yang lebih

baik. Sebab itu pentingnya penilaian terhadap sesebuah pakej perkahwinan sebelum

kita memilikinya. Dengan cara ini, kita boleh mengelakkan pembaziran. (Cara

membuat penilaian akan dihuraikan dengan terperinci dalam Langkah 4).

Sebagai panduan untuk anda menetapkan anggaran perbelanjaan majlis perkahwinan,

berikut adalah kos majlis perkahwinan Melayu di Malaysia:

* Kos ini boleh berubah, bergantung kepada harga barangan semasa dan cara

pengantin menguruskan bajet. (Panduan menguruskan bajet akan diterangkan

dalam Langkah 5)

Bil Tempat Kos*

1 Rumah (Kampung) Bawah RM 15,500

2 Rumah (Bandar) & Dewan RM 15,500 – RM 25,500

3 Hotel / Taman RM 25,500 ke atas

Page 12: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

12

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Tips:

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh mengurangkan kos

perkahwinan anda dengan mudah tanpa mengorbankan impian perkahwinan

anda, silalah ke http://www.syokkahwin.com/rahsiaselebriti

PANDUAN MENETAPKAN TARIKH

Tarikh yang perlu ditetapkan ialah tarikh majlis pernikahan, tarikh majlis resepsi

atau jamuan makan di tempat pihak perempuan dan pihak lelaki. Terpulang

kepada anda samada mahu memilih hari yang sama (pernikahan dan jamuan makan)

atau melangsungkannya pada hari yang lain.

Tarikh yang ditetapkan mestilah mengikut kesepakatan dan persetujuan

keluarga kedua-dua belah pihak. Dalam adat tradisi Melayu, kadangkala tarikh

atau bulan majlis perkahwinan telah ditetapkan sewaktu majlis pertunangan. Jika ini

berlaku, anda sudah boleh merancang untuk majlis perkahwinan sebaik sahaja tamat

majlis pertunangan.

Sesetengah orang suka memilih tarikh sewaktu cuti sekolah, kerana

menurut pendapat mereka, ramai tetamu boleh menghadirkan diri sewaktu

cuti sekolah. Namun begitu, berhati-hatilah dengan pilihan tersebut.

Sudah menjadi kebiasaan, cuti sekolah merupakan musim perkahwinan untuk

orang Melayu. Apabila terlalu banyak jemputan, mungkin tetamu yang anda

jemput “terpaksa” menolak jemputan anda. Lebih malang lagi, sekiranya

makanan yang disediakan terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan

pembaziran.

Bukan sekadar isu makanan, isu khidmat profesional juga perlu diambil kira.

Berdasarkan pengalaman sebenar, agak sukar untuk perkhidmatan yang

memberikan diskaun pada tarikh ini memandangkan permintaan yang tinggi.

Anda juga perlu menempah mereka lebih awal, kerana agak sukar untuk

mendapatkan khidmat yang terbaik jika tempahan dibuat di saat-saat akhir.

Lebih malang lagi jika perkhidmatan yang ditempah menarik diri. Tarikh yang

sama dengan ramai pengantin lain menyebabkan anda susah untuk mencari

pengganti mereka.

Ada juga kemungkinan di mana pada tarikh ini, jadual mereka lebih ketat. Ia

menyebabkan mereka akan terkejar-kejar dan kepenatan (dibimbangi hasil

kerja mereka tidak memuaskan). Diceritakan ada satu kes, di mana seorang

pengantin terpaksa disolek pada pukul 2 petang untuk acara nikah yang akan

berlangsung pada malamnya, memandangkan juruandam perlu bergegas ke

lokasi pelanggan lain.

Oleh itu, jika tarikh seperti ini yang anda pilih, anda perlu tahu apakah

risikonya dan anda mempunyai back-up plan sekiranya berlaku perkara-

Page 13: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

13

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

perkara yang tidak dapat diduga.

Faktor cuaca juga perlu diambil kira sewaktu menetapkan tarikh. Misalnya

pada setiap akhir tahun di pantai timur semenanjung, sering berlaku musim

tengkujuh, sehingga menyebabkan hujan lebat dan banjir. Sekiranya tiada

perkara yang memaksa anda untuk membuat majlis pada waktu seperti itu,

kami syorkan majlis perkahwinan anda ditangguhkan ke waktu dan tarikh

yang lebih sesuai. Jika terpaksa juga, nikah lah dahulu. Adakan majlisnya

kemudian.

Pemilihan tarikh yang “cantik” seperti 080808 (8 Ogos 2008). Jika tarikh

seperti ini yang anda pilih, anda perlu membuat tempahan tempat atau

khemah, juruandam dan lain-lain secepat mungkin. Ada yang berpendapat,

setahun sebelum majlis. Almaklumlah, bukan anda seorang sahaja yang

sukakan tarikh seperti ini. Ramai pasangan di Malaysia turut sukakannya.

Sesetengah „orang-orang lama‟ mempunyai kepercayaan bahawa bulan

safar (mengikut kalendar hijrah) diharamkan berkahwin. Sebenarnya, hukum

ini sama sekali tidak pernah wujud dalam Islam. Jika anda mahu berkahwin

pada bulan tersebut, teruskan. Namun sekiranya terdapat tentangan dan

anda tidak mahu ada ahli keluarga berkecil hati, tukarkanlah tarikh tersebut

ke bulan seterusnya demi menjaga hati mereka. Bukan kerana mempercayai

kepercayaan karut tersebut.

Tidak digalakkan berkahwin dalam bulan Ramadhan, kerana dikhuatiri tidak

dapat mengawal nafsu sehingga menjejaskan ibadah puasa.

Jika terdapat ramai tetamu jemputan yang datang daripada jauh,

dinasihatkan agar mengadakan majlis pada waktu cuti seperti cuti hujung

minggu, cuti umum dan sebagainya. Andainya, kebanyakan tetamu tinggal

berdekatan dengan anda, anda bebas untuk mengadakan majlis pada

mana-mana hari, termasuk hari bekerja.

Satu perkara yang paling penting ialah, sebelum anda mencetak tarikh yang

telah dipersetujui dalam kad jemputan, pastikan bahawa jurunikah, wali

dan saksi dapat hadir pada tarikh tersebut. Ini kerana, ditakuti majlis anda

bertembung dengan majlis orang lain sehingga menyebabkan jurunikah

(terutamanya) tidak dapat hadir pada waktu yang telah ditetapkan.

Kesimpulannya, pilihlah hari dan tarikh yang paling sesuai untuk anda, keluarga dan

jurunikah. Pastikan tarikh tersebut dapat memudahkan ahli keluarga dan orang yang

dijemput, datang ke majlis perkahwinan anda. Sekaligus, tidak mendatangkan

masalah kepada anda untuk mendapatkan khidmat profesional yang terbaik.

Page 14: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

14

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

PANDUAN MENETAPKAN LOKASI

Lokasi majlis perkahwinan merupakan satu elemen yang cukup penting, kerana ia

melibatkan pengurusan bajet dan risiko-risiko yang akan anda hadapi semasa majlis

nanti. Walau apa pun lokasi yang anda pilih, anda perlu lah mempunyai back-up plan

sekiranya berlaku peristiwa-peristiwa yang tidak diingini.

Untuk perenggan seterusnya, kami akan bincangkan beberapa perkara yang perlu

diambil berat dalam pemilihan setiap lokasi.

1. Hotel

Sebagaimana yang kita maklum, perbelanjaan untuk majlis perkahwinan di

hotel menelan belanja yang besar dan jumlah tetamu juga terhad. Pada

kebiasaannya, tidak melebihi 300 orang.

Kebanyakan hotel mengenakan bayaran mengikut jumlah tetamu yang hadir.

Contoh, 1 orang bersamaan RM 100. Maka jika tetamu anda 300 orang,

jumlah perbelanjaannya adalah RM30,000. Bayaran ini adalah meliputi sewa

tempat dan makanan. Untuk menjimatkan wang anda, berundinglah dengan

pihak hotel untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan „percuma‟

seperti cenderamata untuk tetamu, perhiasan dewan dan sebagainya.

Disebabkan lokasinya yang begitu ekslusif, anda dinasihatkan meminta

bantuan perunding perkahwinan atau mereka yang berpengalaman dalam

bidang ini. Pada kebiasannya, hotel perlu ditempah seawal 10 bulan

sebelum majlis. Jika tidak, anda mungkin tidak dapat memilih tempat yg

terbaik kerana semuanya sudah ditempah orang. Terutama sekali bagi hotel

yang sudah terkenal dengan perkhidmatan yang memuaskan.

Satu perkara yang perlu diambil kira ialah, anda perlu akur bahawa anda

tidak akan dapat menjemput saudara-mara atau kenalan yang ramai. Oleh

itu, fikirkanlah cara yang terbaik bagaimana untuk menghebahkan

berita perkahwinan anda kepada mereka yang tidak dapat dijemput.

Seperti, membuat majlis kenduri kesyukuran di rumah anda, memberikan

hadiah kepada mereka beserta kad yang memaklumkan anda sudah

berkahwin, membuat iklan di akhbar dan pelbagai cara lagi yang boleh

difikirkan supaya tiada orang yang bermasam muka gara-gara tidak dijemput

ke majlis anda.

Jika tidak mampu melakukan semua ini, mungkin hotel bukanlah pilihan

lokasi yang terbaik untuk anda. Melainkan, anda dan ibubapa mempunyai

keluarga dan kenalan yang sedikit atau anda lebih suka majlis yang privasi,

tentunya hotel adalah pilihan lokasi perkahwinan yang tepat!

Page 15: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

15

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

2. Taman

Perkahwinan di taman memerlukan perancangan teliti dan juga melibatkan

risiko cuaca terutama di Malaysia. Jika anda benar-benar inginkan

perkahwinan di taman, pilihlah lokasi yg memberi pilihan untuk membuat

majlis di tempat terbuka dan juga tertutup.

Terdapat hotel-hotel yang menyediakan tempat yang sesuai untuk majlis

bertemakan perkahwinan di taman. Kebanyakannya menghadkan tetamu

tidak melebihi 300 orang dan diadakan bersebelahan dengan kolam renang

atau tasik buatan.

Dengan hiasan bunga segar, majlis itu pastinya memenuhi kehendak

pengantin. Namun yang pasti, majlis seperti ini akan memakan belanja

yang besar, sekurang-kurangnya RM25,000 untuk 250 org tetamu.

Jika anda ingin menjadikan taman rumah anda sebagai lokasi majlis,

rancanglah dengan teliti. Dapatkan bantuan pakar perunding perkahwinan

supaya apa yang dirancang bersesuaian dengan tema tersebut.

3. Dewan

Dewan adalah lokasi yang paling sesuai untuk mereka yang mempunyai

jemputan yang ramai kerana ia lebih selesa berbanding majlis di bawah

khemah. Lebih menarik lagi, ia tidak melibatkan risiko cuaca seperti hujan

lebat atau panas terik.

Namun begitu, dewan juga perlu ditempah seawal mungkin kerana tarikh

majlis anda mungkin terpaksa diubah jika ada orang lain telah menempah

pada tarikh yang sama. Oleh itu, jangan bertangguh lagi. Dapat sahaja tarikh

yang telah dipersetujui, anda perlu terus menempah dewan. Secepat

mungkin!

Catatkan perkara-perkara yang disediakan dan tidak disediakan oleh

pihak pengurusan dewan. Antara perkara-perkara penting ialah, meja makan,

kerusi, meja untuk meletakkan makanan, peralatan teknikal seperti PA

sistem, mikrofon, alat pembesar suara dan lain-lain.

Sesetengah dewan disewa secara berasingan dengan kelengkapan seperti

meja dan kerusi. Kadar sewa juga berbeza-beza mengikut saiz dewan,

lokasi dewan, dan kemudahan asas yang disediakan. Dewan yang

mempunyai pendingin hawa (air-conditioner) tentu lebih mahal daripada

dewan berkipas yang sama saiz dengannya. Berundinglah dengan pihak

pengurusan dewan untuk mendapatkan harga yang berpatutan.

Dewan yang terlalu besar mungkin akan menyukarkan anda untuk membuat

hiasan dalaman. Namun begitu, anda akan memperoleh ruang tambahan

Page 16: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

16

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

untuk ahli keluarga berkumpul dan beramah mesra selepas menikmati

juadah makanan. Jika inilah matlamat majlis anda, apa salahnya jika dewan

anda terlalu besar?

Banyak aktiviti menarik yang boleh dirancangkan untuk para tetamu

kerana anda berada dalam kawasan yang tertutup. Biar apa pun aktiviti yang

anda lakukan, majlis anda tentu tidak akan menggangu jiran tetangga untuk

hidup dengan lebih tenang pada hari cuti.

4. Rumah

Rumah merupakan pilihan hampir kebanyakan pengantin Melayu. Ini kerana,

perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyewa khemah atau kanopi adalah

lebih murah berbanding sewa dewan.

Pastikan kanopi yang anda sewa tidak menakung air hujan dan selamat

untuk para tetamu, walau dalam keadaan cuaca apa sekalipun. Lebih baik

sekiranya kanopi anda menyediakan kipas, untuk memberi keselesaan

kepada para tetamu yang hadir.

Sekiranya kawasan di sekitar rumah anda sempit sehingga anda terpaksa

menggunakan jalan di hadapan rumah, ada baiknya anda berbincang

dahulu dengan jiran tetangga. Lebih-lebih lagi jika jalan itu adalah laluan

utama penduduk kawasan tersebut. Jika mereka tidak mempersetujuinya,

anda boleh memikirkan alternatif lokasi lain yang tidak menggangu jiran-jiran

anda. Jangan pandang remeh hal ini! Silap langkah, buruk padahnya…

Di sesetengah kawasan perumahan di bandar, anda bukan sahaja perlu

menyewa kanopi, tetapi anda juga perlu menyewa jalan dengan majlis

perbandaran kawasan tersebut. Tiada benda yang percuma di zaman

sekarang ini.

Seperkara lagi, jika rumah anda tidak terlalu besar dan ia turut

dijadikan tempat penginapan tetamu yang datang dari jauh, mungkin

keadaan ini akan membuatkan mereka berasa kurang selesa. Oleh itu, anda

harus memilih samada mahu menyewa tempat lain untuk penginapan mereka

atau mengadakan majlis perkahwinan di tempat selain rumah.

5. Masjid

Sebenarnya, kita bukan sahaja mahu majlis yang kita adakan diberkati oleh

Allah. Malah, kita juga mengimpikan rumahtangga yang bahagia, dan sentiasa

mendapat perlindungan dan rahmat daripadaNya. Maka dengan sebab itulah,

kita perlu memulakan langkah pertama untuk memasuki alam rumahtangga

di tempat yang sentiasa diredhai dan disukai Allah.

Rasulullah s.a.w sendiri mengesyorkan setiap majlis pernikahan diadakan di

masjid. Maka, apalah salahnya kita mengamalkan sunnah ini sekali seumur

Page 17: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

17

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

hidup.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat sekiranya

anda memilih masjid sebagai tempat melangsungkan majlis akad nikah.

Antaranya ialah, menjaga adab-adab dalam masjid seperti menutup

aurat, menjauhkan diri daripada bercakap tentang hal keduniaan,

tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam dan

sebagainya. Selain itu, kebersihan masjid juga perlulah dipelihara sebaik

mungkin, baik di dewan solat mahupun di dewan jamuan.

Pastikan majlis anda berlangsung bukan pada waktu solat atau hampir

masuk waktu solat. Dapatkan keiizinan daripada pihak pengurusan

masjid sebelum menggunakannya.

PANDUAN MENETAPKAN TEMA

Inilah masanya untuk mengarang angan-angan anda. Apakah konsep yang ingin

dibawakan dalam majlis anda? Majlis dalam taman? Majlis yang romantik? ..atau anda

lebih suka majlis yang santai dan sederhana?

Bayangkan sebuah majlis yang dihiasi dengan bunga-bunga segar dan aroma

romantis yang menyegarkan. Terdengar pula irama lagu-lagu indah yang sangat

menenangkan. Tidak lama kemudian, datang pula sepasang mempelai berpakaian

serba putih. Ibarat puteri Cinderella dan putera idamannya. Mereka berjalan sambil

berpimpinan tangan di atas hamparan merah, menyusuri dewan yang telah dihias

serba indah. Wow..seronoknya!!

Walau apa sahaja konsep yang anda ingin bawa dalam perkahwinan anda,

lakarkannya. Tidak semestinya dengan bajet yang rendah anda tidak dapat

menghasilkan majlis yang meriah. Dengan sedikit sentuhan kreativiti, anda boleh

membuat pelbagai acara yang dapat memberikan impak maksima kepada majlis anda.

Luaskan imaginasi anda..

Buat masa ini, lupakan sebentar perkara-perkara yang mungkin akan menganggu

fikiran anda. Cipta sedikit kelainan daripada majlis perkahwinan biasa agar

majlis anda akan menjadi satu kenangan yang terindah dalam hidup anda. Setelah

anda dapat memikirkan konsep atau tema yang sesuai dengan majlis anda, Apa yang

penting ialah anda tahu, apa yang anda mahu ada dalam majlis tersebut,

supaya mudah untuk kita melakukan langkah 3 iaitu merancang aturcara majlis.

Selain daripada konsep, anda juga boleh menetapkan warna tema. Pilihan warna

tema yang menarik, boleh menaikkan seri majlis. Jumlah warna tema yang ideal ialah,

lebih daripada 1 warna, tetapi tidak melebihi 3 warna. Dapatkan idea tentang konsep

majlis perkahwinan melalui majalah-majalah atau di internet. Sentuhan kreatif

anda boleh mengubah majlis yang biasa kepada majlis yang lebih

“happening”. Pastikan bahawa tema yang anda bawa, tidak lari daripada matlamat

asal majlis (rujuk langkah 1). Teruskan membaca kerana banyak lagi idea-idea

menarik menanti majlis perkahwinan anda.

Page 18: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

18

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 2:

Berpandukan matlamat anda dalam Tindakan 1, lakarkan Majlis Perkahwinan

Impian anda dengan memasukkan anggaran kos perbelanjaan, anggaran

jumlah jemputan, lokasi perkahwinan dan tema majlis di dalam Buku

Gerak Kerja.

Langkah 3

“Rancang Aturcara Majlis”

Walau sekecil mana pun majlis yang anda rancangkan, anda seharusnya merancang

aturcaranya dengan sebaik mungkin. Ini kerana, dengan adanya aturcara yang baik,

majlis anda akan berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Selain itu, ia juga

sangat berguna sebagai panduan untuk membuat senarai semak keperluan

majlis dan pembahagian tugas semasa majlis sedang berlangsung.

Aturcara yang kami maksudkan di sini bukan sahaja diucap secara lisan, namun yang

penting ianya ditulis dengan baik. Dengan adanya aturcara yang bertulis, anda akan

dapat memudahkan pembantu-pembantu yang bekerjasama menjayakan majlis

perkahwinan anda. Kita akan bincangkan hal ini dengan terperinci dalam langkah 7.

Dengan adanya tema majlis yang telah anda tetapkan dalam langkah sebelum ini,

semakin mudah lah kerja anda menyusun aturcara majlis perkahwinan. Mula-mula

sekali, anda perlu tahu apakah perkara penting yang akan berlaku pada hari

perkahwinan tersebut. Perkara-perkara tersebut adalah:

1. Majlis pertunangan (jika ada)

2. Majlis pernikahan

3. Majlis resepsi

4. Majlis jamuan makan

Pada kebiasaannya, majlis pertunangan diadakan berbulan-bulan sebelum kesemua

majlis yang lain. Walaupun begitu, sesetengah pasangan pengantin pada masakini

suka menggabungkan majlis pertunangan dengan majlis pernikahan. Kemudian,

barulah diikuti dengan majlis resepsi yang disertai jamuan makan.

Semua ini tentu sekali terpulang kepada anda dan pasangan. Namun begitu, setiap

perkara yang berlaku, perlu mempunyai aturcara masing-masing. Sebagai

Page 19: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

19

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

contoh, majlis pernikahan mempunyai aturcaranya yang tersendiri, begitu juga

dengan majlis resepsi.

Sebelum kita pergi lebih jauh, pastikan anda telah menetapkan tarikh majlis

perkahwinan anda dalam langkah 2. Sekiranya anda tidak dapat menetapkan tarikh

lagi, gantikan tarikh anda dengan “Hari Pertama” dan “Hari Kedua” (sekiranya

majlis berlangsung dua hari) untuk merangka aturcara mengikut panduan di bawah.

PANDUAN MERANGKA ATURCARA MAJLIS

1. Tuliskan tarikh dan hari majlis perkahwinan anda. Di bawah tarikh

tersebut, tuliskan apakah perkara penting yang akan berlaku. Contoh:

14 Januaril 2012 (Sabtu) 15 Januari 2012 (Ahad)

- Majlis pertunangan & pernikahan - Majlis Resepsi & Jamuan Makan

2. Senaraikan segala aktiviti atau program yang mahu diisi dalam aturcara

majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan. Apa sahaja yang terlintas di

fikiran anda, tuliskan. Tidak perlu ikut turutan. (Masa untuk berangan lagi )

3. Setelah siap, semak semula semua senarai aturcara. Sekiranya masih ada

aktiviti yang tertinggal, tambahkan dalam senarai tersebut.

4. Susun semua aktiviti yang dirancangkan tadi mengikut turutan yang

sesuai.

5. Setelah itu, barulah anda anggarkan masa yang diperlukan (durasi)

untuk setiap acara.

6. Akhir sekali, tetapkan pukul berapa setiap acara akan bermula dan

berakhir.

CONTOH ATURCARA MAJLIS

Berikut adalah contoh aturcara majlis yang telah disediakan secara terperinci. Untuk

pengetahuan anda, aturcara ini bermula dengan majlis pertunangan dan

pernikahan yang diadakan di masjid pada 14 Januari 2010 (Sabtu). Kemudian

diteruskan dengan majlis resepsi pada keesokan harinya iaitu 15 Januari 2010

(Ahad) yang diadakan di dewan.

Perhatikan acara-acara yang diadakan sepanjang majlis, susunan aturcara dan

durasi setiap acara. Semoga aturcara yang kami sediakan ini akan dapat membantu

anda merancang aturcara sendiri.

Page 20: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

20

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

1. Majlis pertunangan.

14 JANUARI 2012 (SABTU) >> Masjid Ubudiah, Shah Alam

TENTATIF

8.45 pagi Ketibaan rombongan pihak lelaki

9.00 pagi Ucapan pengacara majlis

9.10 pagi Upacara peminangan berbalas pantun antara pihak lelaki dan

perempuan

9.30 pagi Ucapan penutup pengacara majlis

9.35 pagi Upacara menyarungkan cincin kepada pihak perempuan

2. Majlis Pernikahan

14 JANUARI 2012 (SABTU) >> Masjid Ubudiah, Shah Alam

TENTATIF

9.45 pagi Pengantin dan tetamu bersiap sedia untuk majlis pernikahan

9.50 pagi Ucapan pembukaan oleh pengacara majlis

10.00 pagi Khutbah nikah

10.15 pagi Akad nikah

10.30 pagi Ucapan bapa pengantin perempuan kepada menantunya

10.35pagi Ucapan pengantin lelaki

10.40 pagi Ucapan ibu pengantin perempuan kepada anaknya

10.45 pagi Ucapan pengantin perempuan

10.50 pagi Bacaan doa

11.00 pagi Upacara penyerahan maskahwin dan cincin perkahwinan

11.10 pagi Ucapan penutup oleh pengacara majlis

11.15 pagi Jamuan makan

11.45 pagi Majlis bersurai

Page 21: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

21

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

3. Majlis Resepsi *

15 JANUARI 2010 (AHAD) >> Dewan MBSA, Shah Alam

TENTATIF

11.15 pagi

Tetamu dan rombongan pengantin bersiap sedia untuk majlis

resepsi

11.25 pagi Perarakan masuk rombongan pengantin ke dalam dewan

11.35 pagi Persembahan multimedia #1 (gimik majlis)

11.40 pagi Ucapan aluan daripada pengacara majlis

11.45 pagi Ucapan daripada bapa pengantin perempuan

11.48 pagi Bacaan doa

12.00 tghri

12.15 tghri

Upacara makan beradab

Persembahan multimedia #2

12.20 tghri Ucapan daripada bapa pengantin lelaki

12.25 tghri Upacara memotong kek

12.30 tghri

Pertukaran hantaran dan cenderamata

(oleh ibu pengantin perempuan dan ibu pengantin lelaki)

1.00 petang Bersurai

Sesi fotografi bersama tetamu

* Majlis resepsi adalah majlis meraikan/menyambut ketibaan pengantin. Ia

sinonim dengan majlis yang diadakan di dewan, hotel dan taman. Namun

sekiranya anda merancang untuk mengadakan majlis di rumah, kami cadangkan

agar anda turut merancang majlis resepsi. Dengan adanya aturcara yang

tersendiri untuk majlis resepsi, majlis anda pasti akan menjadi lebih

“happening” walaupun ia diadakan di rumah.

4. Majlis Jamuan Makan

15 JANUARI 2010 (AHAD) >> Dewan MBSA, Shah Alam

TENTATIF

10.30 pagi Jamuan makan

11.30 pagi Majlis Resepsi (rujuk aturcara # 3)

12.30 tghri Majlis Resepsi bersurai

Jamuan makan

4.30 ptg Bersurai

TIP!

Acara lain yang boleh diadakan sebelum majlis resepsi:

1. Upacara khatam Quran

Page 22: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

22

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

2. Marhaban dan berzanji

3. Upacara cukur jambul

4. Upacara berinai

5. dan lain-lain

Acara lain yang boleh diadakan semasa majlis resepsi:

1. Perarakan kumpulan kompang

2. Persembahan formasi kompang

3. Persembahan kawad kaki

4. Pertunjukan silat

5. Upacara pertukaran hantaran

6. Makan beradab

7. Upacara memotong kek

8. Persembahan tarian zapin

9. Persembahan nyanyian atau nasyid

10. Ceramah (audio) daripada pakar motivasi keluarga

11. Ucapan daripada pengantin

12. dan lain-lain

Acara lain yang boleh diadakan selepas majlis resepsi:

1. Majlis untuk merapatkan silaturrahim keluarga

2. Aktiviti / permainan – beri hadiah kepada ahli keluarga

3. Pengantin membuka hadiah

4. Persembahan video majlis resepsi

5. Sesi fotografi (edisi khas bersama keluarga sahaja)

6. dan lain-lain

JADUAL KESELURUHAN PERJALANAN MAJLIS.

Bagi mengelakkan persiapan untuk acara-acara lain (selain majlis pernikahan, resepsi

dan jamuan makan) tertingal, anda dinasihatkan untuk membuat jadual

keseluruhan perjalanan majlis. Jadual ini akan memberikan gambaran besar majlis

anda. Berikut adalah contoh jadual tersebut:

13 JANUARI 2010 (JUMAAT)

TENTATIF

Petang Ketibaan saudara-mara terdekat

Gotong royong untuk persiapan terakhir majlis

8.00 mlm Jamuan makan dan bacaan doa selamat

9.00 mlm Majlis berinai

9.30 mlm Sambung gotong-royong..

12.00 mlm Rehat

Page 23: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

23

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

14 JANUARI 2005 (SABTU)

TENTATIF

7.30 pagi Sarapan pagi

8.30 pagi Berangkat ke masjid untuk majlis pertunangan & pernikahan

9.00 pagi Majlis pertunangan

9.50 pagi Majlis pernikahan

12.00 tghri Pengantin dan keluarga berangkat pulang

1.00 tghri Majlis khatam quran dan marhaban (perempuan)

2.00 ptg Jamuan makan

2.30 ptg Gotong royong untuk persiapan terakhir majlis

Persiapan dewan

5.00 ptg Minum petang

Ketibaan saudara-mara terdekat

Malam Makan malam

9.00 mlm Raptai penuh majlis resepsi di dewan

11.00 mlm Rehat

16 APRIL 2005 (SABTU)

TENTATIF

7.30 pagi Sarapan pagi

9.30 pagi Persiapan terakhir untuk majlis resepsi

10.30 pagi Majlis jamuan makan

11.30 pagi Majlis resepsi

12.30 tghri Majlis resepsi bersurai

Jamuan makan

1.00 tghri Rombongan keluarga pengantin lelaki berangkat pulang

Solat zohor

4.30 ptg Majlis bersurai

Solat asar

Gotong royong membersihkan dewan

5.00 ptg Minum petang

Malam Solat maghrib dan isya‟

Makan malam

9.00 mlm Majlis khas bersama keluarga

11.00 mlm Rehat

Dengan adanya jadual ini, lebih mudah lah kerja anda menyediakan senarai keperluan

dalam langkah 4. Contoh yang mudah ialah mengenai makanan. Berdasarkan jadual

ini, anda boleh mengira berapa kali waktu makan untuk tetamu yang datang

bergotong-royong, bermula daripada hari sebelum majlis sehinggalah segala-galanya

selesai. Dengan kiraan yang tepat, anda akan dapat menguruskan bajet dengan

baik dan menyediakan makanan tepat pada waktunya.

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 3:

Page 24: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

24

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Rancangkan aturcara dan jadual keseluruhan Majlis Perkahwinan Impian anda

dalam Buku Gerak Kerja.

Langkah 4

“Sediakan Senarai Semak”

Sehingga ke langkah ini, kami harap anda sudah pun merancang lokasi majlis

perkahwinan akan dilangsungkan, anggaran tetamu yang akan hadir dan aturcara

majlis. Kerana semua maklumat di atas akan membantu anda untuk melakukan

tindakan seterusnya iaitu, menyediakan senarai semak.

Senarai semak ini merupakan senarai perkara-perkara yang diperlukan sebelum,

semasa, dan selepas majlis. Ia digunakan untuk anda memeriksa barang

apakah yang anda perlukan dan ia juga berguna sebagai senarai pemeriksaan

terakhir seminggu sebelum majlis dilangsungkan. Dengan adanya senarai ini, ia akan

mengurangkan risiko untuk melakukan kesilapan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah, dengan merujuk aturcara majlis yang telah

disiapkan sebelum ini, semak semua keperluan yang telah disenaraikan. Potong

perkara-perkara yang tidak diperlukan dan tambahkan keperluan yang tidak tercatat

di sana. Ting! Siaplah senarai semak anda!

Seterusnya, tandakan ( ) dalam kotak yang disediakan setelah anda

menyediakan keperluan tersebut. Sentiasa rujuk kepada senarai pendek ini,

kerana ia akan memudahkan anda memantau keperluan yang masih belum disediakan

lagi. Jika anda mahu merujuk terus senarai semak ini, sila lihat Buku Gerak Kerja

(muka surat 10).

Seterusnya, kami akan berikan beberapa panduan untuk menyediakan setiap

keperluan mengikut kategori masing-masing. Kategori tersebut ialah:

1. Keperluan Asas Pengantin

2. Pengurusan Lokasi

3. Makanan

4. Protokol

5. Cenderahati

6. Rakaman Memori

7. Hiburan

8. Penginapan Tetamu

9. Pengangkutan

Selamat menyediakan senarai semak!

Page 25: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

25

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

1. KEPERLUAN ASAS PENGANTIN

Kategori ini membincangkan segala keperluan asas pengantin yang telah kami

bahagikan kepada 5 bahagian iaitu: prosedur pernikahan, busana pengantin,

andaman, pengapit pengantin dan bulan madu.

Prosedur Pernikahan

Disebabkan prosedur pernikahan merupakan perkara yang sangat penting, kami akan

menerangkannya secara satu persatu. Penerangan ini lebih merujuk kepada prosedur

umum sahaja. Untuk mendapatkan prosedur yang lebih khusus mengikut negeri, sila

rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

Kursus pra-perkahwinan

Setiap pengantin atau pemohon pernikahan wajib mengambil kursus ini

sebelum berkahwin. Sijil daripada kursus ini akan digunapakai untuk

membuktikan kehadiran anda ke kursus tersebut. Tanpa sijil ini, anda tidak

boleh berkahwin dari sudut perundangan negara.

Pada kebiasaannya, sijil ini boleh digunakan seumur hidup. Ini bermakna,

terpulanglah kepada anda bilakah masa yang paling sesuai untuk

menghadirinya. Yang penting, sebelum anda membuat permohonan

pernikahan di Pejabat Agama Islam Negeri, anda dan pasangan sudah pun

mempunyai sijil tersebut.

Anda boleh mengikuti kursus ini di mana-mana tempat di Malaysia asalkan

ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Namun bagi sesetengah negeri, mereka

lebih galakkan anda untuk mengikuti kursus di negeri yang anda akan

daftarkan pernikahan. Misalnya: jika anda akan daftarkan pernikahan di

Selangor, maka anda juga akan mengikuti kursus di Selangor.

Pada kebiasaannya, yuran yang dikenakan adalah antara RM50 sehingga RM

100 sahaja.

Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian yang wajib diberikan oleh

suami kepada isteri sewaktu akad nikah. Mengikut amalan sekarang, kadar

mas kahwin adakalanya ditetapkan oleh negeri, dan adakalanya tidak

ditetapkan. Maka, terpulanglah kepada keikhlasan suami.

Page 26: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

26

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Berikut adalah senarai jumlah maskahwin mengikut negeri:

Negeri Mas kahwin bagi

Gadis

Mas kahwin bagi

Janda

Wilayah Persekutuan RM 80.00 RM 40.00

Selangor RM 80.00 RM 40.00

Johor RM 22.50* RM 22.50*

Melaka RM 40.00* RM 40.00*

Negeri Sembilan RM 24.00 – RM 48.00 RM 24.00 – RM 48.00

Perak Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Kelantan Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Pahang RM 22.50 RM 22.50

Terengganu Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Kedah Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Perlis Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Pulau Pinang Tiada ketetapan Tiada ketetapan

Sarawak RM 120.00 RM 120.00

Sabah RM 100.00 RM 100.00

*boleh ditambah tetapi tidak boleh dikurangkan

Ketahuilah bahawa, mas kahwin tidak semestinya dizahirkan dalam bentuk

wang. Mengikut amalan para sahabat di zaman Rasulullah, mereka menjadikan

bacaan Al Quran, baju besi atau apa sahaja barang yang mempunyai nilai

tersendiri sebagai mas kahwin.

Wang hantaran

Wang hantaran adalah jumlah duit yang diberikan oleh pihak pengantin

lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Adakalanya jumlahnya

ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan dan adakalanya mengikut

keikhlasan keluarga pengantin lelaki.

Ia tidak wajib di dalam Islam, dan hanya merupakan adat dalam perkahwinan

orang Melayu. Oleh itu, janganlah dibesarkan sangat jumlahnya sehingga

membebankan pihak lelaki. Berpada-padalah ye..

Wang ini biasanya diletakkan di atas dulang hantaran samada dalam bentuk

cek atau menggunakan simbol wang tunai seperti 8 keping duit RM10

bersamaan dengan RM8,000. Pastikan anda menugaskan seseorang yang boleh

dipercayai untuk menjaga wang ini semasa majlis sedang berlangsung.

Jurunikah / Penolong Pendaftar Nikah

Sebagai pemohon pernikahan, anda perlu mendapatkan sokongan

daripada Penolong Pendaftar Nikah (jurunikah) untuk bernikah. Untuk

mengenali jurunikah anda, rujuk ke masjid tempat anda tinggal atau mengikut

Page 27: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

27

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

alamat dalam kad pengenalan anda. Oleh kerana jumlah jurunikah ini sangat

terhad, anda perlu menempah mereka seawal mungkin (sebagaimana yang

telah dibincangkan dalam langkah 2). Selain jurunikah, anda juga perlu

mencari 2 orang saksi.

Mengikut undang-undang perkahwinan di negara ini, meskipun wali pengantin

perempuan sendiri akan menikahkan pasangan pengantin, jurunikah wajib

berada di tempat pernikahan itu. Jurunikah bertanggungjawab mengesahkan

borang permohonan pernikahan, membacakan khutbah nikah,

menikahkan pasangan pengantin (jika diwakilkan oleh wali

perempuan) dan menguruskan segala dokumen yang berkaitan selepas

ditandatangani oleh pasangan pengantin sewaktu akad nikah.

Di samping itu, anda juga perlu bersiap sedia dengan sejumlah wang yang

tidak melebihi daripada RM50 (bergantung mengikut negeri), untuk membayar

upah jurunikah dan 2 orang saksi selepas majlis akad nikah. Pastikan anda

bertanya jumlah RM yang tepat sewaktu meminta pengesahan daripada

jurunikah.

Borang Permohonan Nikah

Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam

yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar

Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada

laman web Jabatan Agama Islam Negeri.

Proses permohonan pernikahan boleh dimulakan tiga bulan sebelum tarikh

pernikahan dan juga tidak kurang daripada satu minggu daripada tarikh

pernikahan dilangsungkan. Borang permohonan yang dilengkapkan mestilah

ditandatangani oleh anda sebagai pemohon, wali dan dua orang saksi

lelaki dewasa serta mendapat sokongan daripada Penolong Pendaftar

Pernikahan.

Mengikut aturan, calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan

borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau

bermastautin. Borang tersebut perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen

lain yang berkaitan seperti:

Nama 2 orang saksi (lelaki) bersama salinan kad pengenalan.

Kad pengenalan yang sah.

Bukti mastautin (alamat berlainan dengan tempat tinggal)

Surat pengesahan bujang dari majikan/imam

Sijil kursus pra perkahwinan

Surat memeluk Islam (saudara baru)

Surat sokongan kedutaan (warga asing)

Surat kebenaran mahkamah (bawah umur)

Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pihak calon

suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya

(dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan

Page 28: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

28

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung

mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan

maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam

atau laman web mereka.

TIP perkahwinan di luar negara!

Perkahwinan perlu didaftarkan dalam tempoh 6 bulan, sama ada di

Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Konsulat Malaysia.

Untuk mendaftar, serahkan surat nikah, atau sebarang bukti yang

menunjukkan pengesahan berumah tangga, selain dikehendaki mengisi

beberapa borang yang disediakan.

Ketika mendaftar pernikahan, suami isteri perlu hadir bersama,

kecuali jika mempunyai sebab yang kukuh.

Gagal mendaftar perkahwinan dalam tempoh enam bulan adalah satu

kesalahan.

Jika sudah lebih enam bulan, kemukakan permohonan untuk proses

pendaftaran. Kebenaran akan diberi meskipun denda akan tetap

dikenakan.

Ujian kesihatan

Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia sudah pun mewajibkan setiap pasangan

untuk melalui ujian H.I.V sebelum melangsungkan akad nikah. Selain ujian

H.I.V, terdapat pasangan yang menjalani ujian penyakit genetik seperti

talasemia dsb. Dapatkan borang daripada pejabat agama negeri untuk

disahkan oleh pihak hospital sewaktu anda menjalani ujian kesihatan.

Cincin pertunangan

Di dalam sijil pernikahan, anda tidak perlu mengistiharkan cincin pertunangan.

Namun begitu, mengikut adat Melayu pihak lelaki akan memberikan cincin

pertunangan kepada pihak perempuan. Pada kebiasaannya, cincin jenis belah

rotan diberikan sewaktu upacara pertunangan. Namun ada juga yang

memberikan cincin seumpama ini sewaktu merisik. Walau bagaimanapun, ia

tetap terpulang kepada anda.

Cincin perkahwinan

Lain daripada pertunangan, kali ini anda memerlukan 2 cincin. Satu untuk

pihak lelaki dan satu lagi untuk pihak perempuan. Untuk lelaki, diharamkan

dalam Islam memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Oleh sebab itu

kebanyakan pasangan memilih suasa atau perak bertatahkan batu.

Page 29: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

29

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Bagi perempuan pula, emas sentiasa menjadi pilihan. Namun begitu, tidak

kurang juga yang memilih emas putih yang turut dihiasi dengan batu permata.

Terdapat pelbagai rekabentuk cincin yang terdapat di pasaran. Anda boleh

dapatinya daripada katalog di majalah atau risalah yang diedarkan oleh kedai

barang kemas. Jadilah pembeli yang bijak sewaktu memilih cincin. Bak kata

orang, biar menang membeli, menang juga memakai.

Barang kemas

Sesetengah negeri mewajibkan, kesemua barang kemas termasuk cincin perlu

diisytiharkan dalam sijil perkahwinan beserta dengan harganya sekali.

Rujuk Pendaftar Nikah anda mengenai perkara ini.

Busana Pengantin

Memilih busana untuk majlis perkahwinan merupakan satu pengalaman yang sangat

menyeronokkan. Tentu anda pernah mengidamkan busana yang sangat cantik untuk

digayakan semasa hari bersejarah nanti. Inilah masanya untuk merealisasikan impian!

Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan busana ialah, rekabentuk

(baju melayu, baju kebaya melayu, ala inggeris, ala bollywood dsb.), jenis material

(satin, songket, lase, dsb.), warna dan aksesori yang sesuai untuk dipadankan

dengan pakaian tersebut. Pilihlah busana yang sesuai untuk anda dan pasangan.

Adakalanya warna ungu sangat sesuai untuk wardina, tetapi tidak untuk sesetengah

orang.

TIP memilih warna busana!

Jika anda atau pasangan berbadan gempal, pilihlah warna yang agak gelap

dan material kain yang tidak terlalu berkilat. Pemilihan fabrik seperti ini akan

membuatkan anda kelihatan lebih langsing.

Jika anda atau pasangan berkulit hitam manis, elakkan daripada memilih

warna yang gelap. Ia boleh menurunkan seri pengantin anda.

Bagi yang suka mencuba sesuatu yang berbeza, anda boleh menggabungkan

dua warna yang kontra. Seperti baju melayu berwarna putih, sampin dan

tanjak berwarna biru. Atau jubah berwarna merah jambu, kain lase dan tudung

berwarna hijau muda. Namun anda perlu berhati-hati dengan pemilihan warna

seumpama ini kerana ditakuti percampuran warna kontra yang tidak sesuai

boleh menghasilkan rekaan yang kurang elegan.

Page 30: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

30

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Anda boleh menyewa busana daripada juruandam, atau anda juga boleh menempah

khas daripada pereka pakaian pengantin. Rujuk majalah-majalah pengantin untuk

mendapatkan idea fesyen terkini untuk busana pengantin.

Selain itu, anda juga boleh terus membeli pakaian yang telah siap. Jika anda

berada dalam zaman kegawatan ekonomi, banyak butik akan menawarkan harga

pakaian pengantin yang menarik. Dan anda pasti boleh menawar lagi harganya.

Tatkala anda sibuk memilih busana pengantin, ada perkara lain yang turut perlu

diperhatikan. Seperti; pemilihan kasut dan padanan aksesori yang sesuai dengan

pakaian anda. Yang paaaling penting, anda selesa memakai kesemuanya(dari hujung

rambut hingga ke hujung kaki!).

Jika anda tidak mahu menyimpan baju anda selepas majlis perkahwinan, anda boleh

menjualnya kepada butik-butik atau kedai andaman. Yang penting, pastikan ianya

dijaga dengan baik selepas anda menggunakannya.

TIP busana “happening”!

Lupakan cadangan untuk menyamakan warna baju keluarga dengan busana

pengantin. Ia boleh menenggelamkan penampilan anda sebagai raja sehari. Memadai

dengan menentukan tema untuk mereka

(tidak perlu sama sepenuhnya dengan pengantin).

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan busana

pengantin:

Baju pengantin lelaki

Baju pengantin perempuan

Baju salinan pengantin lelaki

Baju salinan pengantin

perempuan

Baju pengantin lelaki

(majlis pernikahan)

Baju pengantin perempuan

(majlis pernikahan)

Baju pengantin lelaki

(majlis bertandang)

Baju pengantin perempuan

(majlis bertandang)

Tanjak dan samping

Tudung

Veil

Mahkota (crown)

Barang kemas

Kerongsang

Kasut

Pin

Andaman

Sebelum anda mengupah orang yang profesional dalam bidang andaman,

seharusnya, anda perlulah mengetahui perbezaan skop tugas di antara juruandam

dan jurusolek.

Jurusolek adalah seorang yang pakar dalam bidang solekan. Kebiasaannya jurusolek

ini akan menyolekkan pengantin mengikut gaya solekan yang terkini. Akan tetapi,

Page 31: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

31

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

kebiasaannya jurusolek tidak mempunyai koleksi pakaian, baik pakaian

pengantin mahupun komersil.

Juruandam pula adalah mereka yang berkebolehan dalam menyolek, mendandan

serta mempunyai koleksi pelbagai gaya pakaian dan tudung pengantin.

Juruandam berupaya menyediakan segala persediaan perkahwinan secara

menyeluruh. Hal ini termasuklah menyedia dan menghias pelamin, bilik

pengantin. Malah amalan tradisional dalam mengandam pengantin seperti khidmat

perawatan muka, badan dan sebagainya turut disediakan. Selain itu, terdapat

juga sesetengah mak andam yang menjadi pengapit pengantin di majlis resepsi.

Namun begitu, jauhkanlah diri anda daripada amalan kecantikan yang diharamkan

oleh agama seperti susuk, sihir dan botox (walaupun dicadangkan oleh juruandam).

Amalan seperti ini akan memberikan kesan sampingan yang negatif pada diri anda

untuk jangka panjang.

Hmm..jadi sekarang, anda boleh lah memilih samada mahu mengupah juruandam

atau jurusolek. Terpulang pada anda !

Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan jurusolek atau juruandam ?

1) Anda boleh bertanyakan kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang

pernah mendapatkan khidmat juruandam. Ini lebih mudah

memandangkan anda pernah melihat sendiri hasil tangan juruandam

tersebut (sekiranya anda menghadiri majlis perkahwinan mereka lah ).

Minta pandangan mereka terhadap juruandam tersebut, adakah ia sesuai

untuk anda atau tidak. Jika tidak, carilah yang lain !

2) Cara seterusnya, ialah dengan mencari maklumat menerusi iklan-iklan di

majalah-majalah pengantin, surat khabar dan internet (Antara portal

perkahwinan yang popular di Malaysia ialah : www.syokkahwin.com).

Namun, sewaktu kami menulis buku ini, masih tidak banyak lagi syarikat

andaman Malaysia yang mempunyai laman web sendiri di internet.

Carilah juruandam yang lebih dekat dengan kawasan anda terlebih dahulu.

Hubungi mereka dan kalau perlu, aturkanlah temujanji. Jangan terus

berpuas hati dengan 1 pilihan sahaja, ambillah masa untuk bertemu dengan

beberapa juruandam. Sekurang-kurangnya 3 orang. (Borang penilaian

juruandam boleh didapati dalam Buku Gerak Kerja). Sewaktu memilih

juruandam, ikutilah panduan yang kami sediakan di bawah.

Panduan Memilih Jurusolek atau Juruandam.

1) Pastikan juruandam yang anda pilih mempunyai pengalaman menata rias

pengantin sebelum ini. Jika pernah, mintalah mereka tunjukkan kepada anda

gambar-gambar pengantin yang pernah mereka solekan.

Page 32: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

32

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

2) Satu perkara yang SANGAT penting tentang andaman (dan sering diabaikan

oleh bakal pengantin). Anda perlulah memperuntukkan satu masa

untuk mencuba solekan juruandam anda. Pastikan masa tersebut tidak

terlalu dekat dengan majlis perkahwinan anda supaya anda mempunyai

masa untuk mencari jurusolek yang lain sekiranya perlu.

3) Pastikan solekan juruandam anda tidak terlalu keterlaluan sehingga

menghilangkan kecantikan semulajadi anda. Cukuplah sekadar mengenakan

solekan yang dapat menaikkan seri wajah anda dan kena dengan busana

yang anda gayakan.

4) Anda perlu betul-betul memastikan supaya orang yang menyolekkan anda

sewaktu sesi percubaan (dan anda berpuas hati dengannya), adalah orang

yang sama yang akan menyolekkan anda sewaktu hari perkahwinan

nanti. Ini kerana, terdapat juruandam yang menyerahkan tugas mereka

kepada anak buah sewaktu hari yang sebenar. Mungkin hasil tangan anak

buah mereka tidak sama dengan juruandam yang sebenar.

5) Sebelum membuat pemilihan juruandam, anda harus melakukan

beberapa survey terlebih dahulu untuk mendapatkan khidmat yang

terbaik pada harga yang berpatutan. Anda boleh membuat perbandingan

harga di antara juruandam A dengan juruandam B. Atau adakah anda lebih

berjimat jika hanya mengupah jurusolek, manakala pakaian pengantin

ditempah daripada pereka pakaian pengantin.

6) Sekiranya bajet andaman anda sederhana, anda boleh menghias bilik

pengantin bersama ahli keluarga. Lihatlah contoh-contoh gambar bilik

pengantin di dalam majalah dan internet. Kadang kala dengan sentuhan

yang simple, anda boleh memberikan kesan yang lebih romantis terhadap

pasangan anda.

7) Sekiranya anda bercadang untuk mempunyai pelamin yang simple

sahaja, jangan bazirkan duit mengupah juruandam. Anda boleh

lakukannya sendiri ! Apa yang anda perlukan hanyalah mungkin sebuah

kerusi yang cantik (yang boleh didapati di rumah anda), kerangka untuk

hiasan bunga (kalau perlu), beberapa meter kain dan bunga-bunga sebagai

hiasan (juga boleh didapati di rumah anda), dan perkara-perkara lain yang

boleh didapati dengan harga yang lebih murah, tetapi nampak ekslusif.

Dapatkan idea-idea yang menarik daripada sumber yang telah kami

sebutkan sebelum ini.

Akan tetapi, jika anda mahu mendapatkan hasil kerja yang terbaik daripada

yang pakar (dan sekaligus menjimatkan masa anda), ada baiknya anda

mengupah pereka pelamin yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti ini.

8) Satu lagi cara untuk meminimumkan bajet anda, carilah ahli keluarga

terdekat mahupun yang jauh, dan mempunyai kepakaran dalam

Page 33: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

33

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

bidang andaman atau solekan. Tentu mereka boleh berikan anda harga

keluarga !

Di sini, kami ingin berkongsi satu artikel menarik berkaitan dengan penjagaan diri

untuk bakal pengantin. Semua tip dan petua di bawah ditulis oleh Puan Aleeda

Shamsudin (pengasas Koleksi Andaman Aleeda).

Penjagaan Awal Menaikkan Seri Pengantin

Pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan, perlulah peka terhadap

perubahan wajah dan dirinya. Penjagaan bentuk tubuh sama pentingnya seperti

penjagaan wajah. Kebanyakan bakal pengantin baik lelaki mahupun perempuan lebih

memberikan perhatian kepada penjagaan wajah berbanding penjagaan badan

mereka.

Bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan, perlulah mendapatkan

rawatan muka dan badan sebelum menghadapi "majlis raja sehari." Menurut

Puan Aleeda Shamsudin, pengasas Koleksi Andaman Aleeda, bakal raja sehari

perlulah membuat rawatan muka enam bulan lebih awal sebelum majlis mereka

dan rawatan muka yang terakhir perlulah dibuat sebulan sebelum majlis

berlangsung.

Rawatan muka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam,

jerawat, jeragat, menghaluskan kulit dan supaya ton di muka sekata. Dengan

melakukan rawatan muka, kulit muka akan kelihatan lebih halus dan berseri.

Bagi mendapatkan tubuh yang cantik pada hari persandingan pula, bakal

pengantin perlulah berkunjung ke mana-mana pusat kecantikan yang menawarkan

perkhidmatan mandi sauna atau mandi lulur. Rawatan badan ini hendaklah

dilakukan dua minggu sebelum majlis berlangsung. Mandi sauna atau mandi

lulur bertujuan untuk membakar lemak, mencantik serta menyegarkan tubuh.

Dengan melakukan rawatan-rawatan ini, bakal raja sehari akan kelihatan berseri,

cantik dan kelihatan bersemangat. Selamat menjalani rawatan wajah dan badan...

semoga anda kelihatan cantik di majlis persandingan anda.

Sumber: http://www.pengantin.com.my

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan andaman

pengantin:

Tempat duduk pengantin

(semasa akad nikah)

Tempah juruandam / jurusolek

Khidmat penjagaan diri

Pelamin dan aksesorinya

Bunga pahar

Bunga manggar

Bunga pegang

Hiasan bilik tidur

Pintu gerbang

Inai

Payung pengantin

Page 34: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

34

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Hantaran

Hantaran merupakan satu elemen penting yang tidak boleh dipisahkan daripada

perkahwinan orang Melayu. Sesetengah adat perkahwinan di negeri-negeri di

Malaysia tidak membezakan di antara hantaran dengan maskahwin (mahar). Ini

bermakna, jumlah maskahwin yang disebutkan di dalam akad nikah adalah jumlah

hantaran yang dipersetujui.

Manakala bagi kebanyakan negeri, mereka membezakan kedua-dua perkara itu.

Sebagai contoh di negeri Selangor , maskahwin yang ditetapkan oleh Jabatan Agama

Islam Selangor (JAIS) ialah RM 80. Manakala hantarannya ditentukan oleh keluarga

pengantin sendiri. Untuk mengetahui adat istiadat Melayu berkaitan dengan

hantaran, layari laman web ini

http://malaysiana.pnm.my/01/01010203mel_bertunang.htm.

Sebagaimana yang kita maklum, hantaran juga mempunyai keunikan sentuhan

seninya yang tersendiri dan ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Mahukan

hantaran yang menarik ? Ikuti tip di bawah.

TIP hantaran “happening”!

Bekas hantaran yang cantik

Gabungan riben dan bunga yang elegan

Ditatarias dengan profesional

Mengikut peredaran masa

Satu lagi isu yang mungkin dikaitkan dengan hantaran ialah: buat sendiri atau

upah penggubah hantaran? Sekiranya anda adalah seorang yang kreatif, anda

boleh membuatnya sendiri.

Atau dengan cara lain, buat hantaran anda bersama-sama dengan saudara-mara

atau teman-teman yang kreatif. Sekiranya perlu, serahkan sahaja tugas ini kepada

mereka. Beritahu mereka apa kehendak anda (tetapi jangan sesekali mengongkong

kebebasan mereka untuk berkreativiti).

Permudahkan kerja mereka dengan menyediakan gambar-gambar contoh

hantaran (seperti yang anda ingini), peralatan membuat hantaran seperti gunting,

gam dan sebagainya. Dengan cara membahagikan tugas, anda dapat berjimat

kerana tidak perlu mengupah tenaga profesional untuk membuat hantaran.

Walaubagaimana pun, semuanya terpulang kepada situasi anda.

Jangan lupa satu perkara, setelah hantaran siap, ambillah gambar setiap dulang.

Tidak berbaloi sekiranya penat lelah menggubah hantaran tidak diabadikan dalam

Page 35: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

35

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

foto. Selain menjadi kenangan, ia boleh dijadikan contoh kepada bakal pengantin

yang lain seperti adik atau sepupu anda.

Dapatkan idea-idea membuat hantaran daripada kedai-kedai pengantin yang

sentiasa memperbaharui rekabentuk contoh hantaran mereka mengikut gaya terkini.

Antara kedai-kedai popular yang menyediakan keperluan untuk membuat hantaran

terletak di Kuala Lumpur: Jalan Tunku Abd Rahman, Semua House, SSF dll.

Selatan: Nilai 3, Pekan Seramik Ayer Hitam dll.

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan hantaran

pengantin:

Tempah penggubah hantaran

Dulang hantaran

Hiasan dulang

Sirih junjung/ tepak sirih

Potpurri

Al Quran

Telekung / sejadah

Kain

Baju (sepersalinan)

Songkok

Sampin

Beg tangan

Tuala

Jam

Kasut

Set peralatan solek

Set penjagaan diri

Buah-buahan

Manisan

Cokelat

Kek

Telur

Pulut kuning

Pengapit pengantin

Kadang-kadang, kerana terlalu sibuk dengan persiapan majlis, pengantin sering

terlupa untuk melantik seorang pengapit pengantin. Lantas, di“cekup“ sahaja mana-

mana anak dara yang free pada masa itu.

Pengapit pengantin adalah seorang individu yang boleh dikategorikan sangat penting

kerana pengapit akan menjaga segala kebajikan dan keperluan pengantin

sewaktu majlis sedang berlangsung.

Selain daripada berada di sisi pengantin sepanjang majlis, pengapit juga bertugas

untuk membantu anda menyalin pakaian, memeriksa baju, sampin dan

tudung supaya sentiasa kemas. Dan secara umumnya, dia akan sentiasa

menemani anda setelah solekan siap.

TIP! kelengkapan yang perlu dibawa oleh pengapit

Semua kelengkapan untuk menata rias anda seperti lipstik , bedak dan cermin

(mengikut tona yang anda pakai)

Tisu

Page 36: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

36

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Kad pengenalan anda dan telefon bimbit

Pen dan buku nota kecil

Alatan menjahit (jarum, benang dan gunting kecil)

Kipas

Bunga

Anda dicadangkan untuk memilih pengapit yang anda kenal dan serasi dengan

anda. Dia tahu apa kehendak anda, dia juga sangat mengenali diri anda,

bertanggung jawab dan anda boleh bergantung harap kepadanya untuk menjaga

perkara-perkara yang tidak dapat anda lihat pada hari tersebut.

Akhir sekali, jangan lupa maklumkan kepada pengapit yang anda pilih seawal

mungkin. Ini kerana, pengapit juga memerlukan masa untuk memilih busana

yang sesuai bagi digayakan sewaktu majlis perkahwinan anda. Atau anda sendiri

yang akan menempah pakaian khas untuknya. Secara ringkasnya, setiap pengantin

memerlukan 2 orang pengapit iaitu:

Pengapit pengantin lelaki..dan..

Pengapit pengantin perempuan

Bulan Madu

Mungkin anda terfikir bahawa, topik ini terlalu awal untuk dibincangkan. Namun

begitu, sekiranya waktu bulan madu anda sangat dekat dengan tarikh majlis

perkahwinan, lebih selamat jika anda dan pasangan merancangnya terlebih dahulu.

Kalau tidak, kelam kabut lah bulan madu anda nanti . Antara perkara-perkara

yang harus dibuat sebelum majlis perkahwinan anda ialah:

Ambil cuti

Sewa kenderaan

Tempah hotel

Rancang aktiviti sepanjang bulan madu

Page 37: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

37

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

2. PENGURUSAN LOKASI

Kebanyakan panduan untuk memilih lokasi perkahwinan telah pun dibincangkan

dengan terperinci dalam Langkah 2. Berdasarkan lokasi yang telah anda pilih dan

aturcara majlis yang telah dirancangkan, semak keperluan-keperluan di bawah.

Sebagai contoh, jika dalam aturcara anda mempunyai persembahan multimedia,

tentu anda memerlukan alat pemancar dan layar putih (yang tidak disenaraikan di

bawah). Jika tiada dalam senarai, tuliskannya di ruang kosong yang disediakan.

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan pengurusan

lokasi:

Sewa Lokasi

Sewa kanopi

Sewa jalan

Sewa dewan

Sewa hotel / taman

Tempah masjid (majlis akad

nikah)

Sewa meja dan kerusi

Sistem PA

Mikrofon

Pembesar suara

Kipas

Lampu

Hiasan lokasi

Upah penghias

Hiasan meja

Hiasan kerusi

Alas meja

Skirting

Hiasan meja pengantin

TIP hiasan meja yang “happening”!

Namakan setiap meja dengan nama bunga-bungaan atau pusat

peranginan di Malaysia.

Warna air dan alas meja mengikut warna tema majlis.

Letakkan kad yang mengandungi aturcara majlis, menu makanan dan

biodata pengantin lelaki dan perempuan yang ingin dikongsikan

bersama dengan tetamu.

Sertakan juga kad kosong untuk tetamu menuliskan ucapan peribadi

kepada pengantin.

Beli borong riben besar mengikut warna tema majlis dan ikatkan mengikut

kesukaan anda pada setiap kerusi. Hasilnya akan tampak ekslusif.

Untuk hiasan bunga di atas meja, pilih pasu pelbagai saiz dan bentuk.

Isikannya dengan bunga berlainan jenis tetapi masih dalam rona yang

serupa.

Untuk menghiaskan tempat, anda boleh bekerjasama dengan pihak pengurusan

tempat dan katerer anda. Terdapat pelbagai idea menarik untuk menghasilkan

hiasan yang ekslusif dalam majalah-majalah perkahwinan.

Page 38: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

38

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Seperti, dekorasi pintu gerbang, menghasilkan majlis dalam taman (walaupun

berada dalam dewan), penyediaan pentas atau singgah sana pengantin (bagi

perkahwinan dalam taman) dsb. Dengan mendapatkan gambar yang seakan-akan

dengan imaginasi anda, akan memudahkan pihak yang terlibat untuk membuat

hiasan.

3. MAKANAN

Perbincangan dalam kategori ini akan terbahagi kepada 3 bahagian: katerer, kek

dan penanggah.

Katerer

Pemilihan katerer atau kumpulan gotong-royong tidak boleh dipandang remeh

kerana hasil masakannya akan mencerminkan maruah keluarga tuan rumah. Jika

anda tidak arif dalam hal ini, serahkan kepada ibubapa anda. Kebiasaannya,

mereka ada citarasa tersendiri untuk memilih menu yang terbaik untuk majlis

perkahwinan anda.

Selain itu juga, mereka boleh mendapatkan maklumat melalui ramai kenalan

yang pernah menganjurkan majlis-majlis keramaian dan menggunakan khidmat

katerer. Orang-orang yang pernah menggunakan khidmat katerer tentu mempunyai

cerita yang baik atau kurang baik tentang katerer tersebut. Jadi, bolehlah anda

pertimbangkan katerer yang mempunyai rekod yang baik dan menolak katerer yang

mempunyai rekod kurang baik.

Perkara penting sebelum mengupah katerer ialah, anda atau ibubapa anda perlu

merasa dahulu masakan mereka. Perlu diingat bahawa, anda merasa masakan

yang dimasak dalam kuantiti yang kecil, akan tetapi dalam majlis sebenar masakan

tersebut dimasak dengan banyak. Di sinilah kebaikannya, sekiranya anda mengenali

katerer tersebut melalui majlis-majlis yang pernah anda hadiri atau kenalan yang

pernah bekerjasama dengan katerer tersebut. Ini akan mengurangkan risiko “bila

masak banyak, tak sedap pulak ! ”

Berapa banyakkah kuantiti makanan yang harus ditempah ?

Pada kebiasaannya, jumlah makanan yang dimasak adalah 80 peratus daripada

jumlah jemputan. Contohnya, jika jumlah jemputan 1000 orang, makanan yang

disediakan adalah untuk 800 orang. Namun begitu, anda harus sentiasa bersedia

untuk menambah kuantiti makanan di saat-saat akhir (jika perlu).

Kadang kala, jumlah tetamu yang hadir sewaktu majlis sebenar adalah di luar

jangkaan anda sehingga makanan yang disediakan tidak mencukupi. Sekiranya anda

merasakan bahawa hal ini boleh berlaku dalam majlis anda, sediakan rancangan B.

Page 39: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

39

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Berundinglah dengan katerer anda untuk bersiap sedia menambah makanan

sewaktu majlis sedang berlangsung. Beritahu pembantu anda untuk

memaklumkan kepada katerer jika dianggarkan makanan yang tinggal tidak cukup

untuk tetamu yang akan hadir. Borang penilaian katerer telah disediakan dalam Buku

Gerak Kerja.

TIP harga katerer !

Kebanyakan katerer meletakkan harga berdasarkan pakej dan jumlah individu.

Contohnya, Pakej A : 1 orang = RM 10. Sekiranya anda ingin tawar-menawar tetapi

mereka tidak dapat menurunkan harga, mintalah mereka sediakan tawaran yang

tidak termasuk dalam pakej harga tersebut seperti hiasan meja makan pengantin,

pelayan tetamu dan lain-lain.

Kek perkahwinan

Bercakap tentang kek, kita bukan sahaja inginkan kek yang sedap, tetapi kita juga

mahukan kek yang cantik. Kadang kala, kek juga mengikut warna tema majlis dan

mempunyai lebih daripada 1 lapisan. Ada orang buat kek 3 tingkat, ada kek 5

tingkat... 7 tingkat pun ada .

Info tentang kek perkahwinan:

1) Royal ising yang digunakan menghias kek boleh bertahan selama tiga

minggu dan kek di bahagian dalamnya boleh bertahan selama seminggu.

2) Biasanya, jenis kek yang digunakan adalah dari jenis kek coklat, mousse

coklat, kek buah, suji, dan pihak pengantin boleh memilih jenis kek yang

disukainya.

3) Hiasan kek dari royal ising amat sesuai untuk perjalanan jauh kerana ia

tahan lama.

4) Untuk hantaran, berat kek antara satu setengah atau dua setengah

kilogram.

5) Harga sebiji kek antara RM130 – RM 380 mengikut berat kek dan jenis

hiasan pada kek tersebut.

Elakkan masalah dengan kek!!

1) Pastikan jarak tempat pembuat kek dengan tempat anda tidak jauh. Atau

dalam erti kata yang lebih mudah, tiada masalah logistik.

2) Pembuat kek turut menyediakan tiang kek (untuk kek bertingkat).

Page 40: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

40

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

3) Berikan nama anda dan pasangan (untuk ditulis di atas kek) yang dieja

dengan betul.

4) Pastikan ising yang digunakan dapat bertahan lama bagi

mengelakkan kek anda cair sewaktu majlis.

5) Tugaskan seorang pembantu yang perlu mengambil kek, menjaga kek

dan meletakkan kek di atas meja, supaya kek anda tidak dihurung semut

atau dijamah oleh kanak-kanak sebelum pengantin sempat memotongnya

.

Walaupun nampak perkara-perkara di atas ini remeh, tetapi jangan ambil ringan satu

pun daripadanya! Ini kerana, tidak berbaloi jika anda terpaksa memeningkan kepala

di hari perkahwinan nanti hanya kerana masalah KEK.

TIP kek “happening”!

Berikan kek kepada tetamu dengan meletakkannya ke dalam kotak yang

dihiasi reben. Kek yang paling sesuai untuk dibawa pulang oleh para tetamu

mestilah jenis kek yang kering. Jenis kek yang berkrim mungkin hanya sesuai

pada majlis sahaja. Antara jenis kek yang sesuai, seperti kek buah, kek mentega,

kek coklat dan sebagainya.

Penanggah

Bagi mereka yang tidak biasa dengan perkataan “penanggah“, ia adalah kumpulan

orang yang membantu melayan tetamu di meja makan, menghidang makanan,

mengemas meja selepas tetamu selesai makan, dan memberikan cenderahati

kepada tetamu.

Sesetengah kampung Melayu mempunyai kumpulan penanggahnya sendiri.

Kebiasaannya, ahli-ahlinya terdiri daripada kaum perempuan dan mempunyai baju

kurung seragam. Namun begitu, jika tempat tinggal anda tidak mempunyai

kumpulan ini, anda boleh dapatkan bantuan daripada pihak katerer. Jika tiada juga,

terpaksalah anda tugaskan ahli keluarga atau saudara-mara untuk menjadi

penanggah pada hari tersebut.

Berikut adalah senarai pendek segala keperluan yang berkaitan dengan makanan

pengantin:

Tempah katerer

Tempah tukang masak

(gotong- royong)

Nasi

Lauk pauk

Buah-buahan

Minuman

Kuih-muih

Kek

Menu makan beradab

Penanggah pengantin

Penanggah tetamu

Makanan untuk orang gotong

royong (sebelum & selepas

majlis)

Page 41: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

41

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

4. PROTOKOL

Bagi kategori ini, huraian akan terbahagi kepada 2 bahagian sahaja iaitu Cara

Jemputan dan Pengurusan Majlis.

Cara Jemputan

Terdapat beberapa perkara penting yang berkaitan dengan cara jemputan iaitu :

1) Senarai jemputan

2) Kad jemputan

3) Kaedah menjemput tetamu

1) Senarai Jemputan

Jika majlis anda dibuat di hotel, tentu sekali senarai jemputan anda hanya terhad

kepada ahli keluarga terdekat dan teman-teman yang rapat sahaja.

Akan tetapi, untuk majlis-majlis perkahwinan selain di hotel, anda boleh

menjemput hingga 1000 hingga 2000 atau lebih orang tetamu. Jumlah ini

bergantung kepada hasil perbincangan yang dipersetujui oleh anda bersama ahli

keluarga.

Walau di mana pun majlis anda dilangsungkan, jumlah jemputan adalah amat

PENTING, kerana ia berkaitan dengan bajet, makanan, cenderahati, kad

jemputan, pemilihan lokasi dan lain-lain.

Cara mudah untuk membuat senarai jemputan ialah dengan membahagikan para

jemputan kepada beberapa kategori. Kategori tersebut ialah : Tetamu pengantin

lelaki & perempuan, tetamu pengantin perempuan, tetamu ibubapa

pengantin perempuan, tetamu pengantin lelaki, tetamu ibubapa

pengantin lelaki dan tetamu adik beradik pengantin.

Bagi menghimpunkan senarai jemputan bagi kategori yang melibatkan ibubapa

dan adik beradik, anda boleh meminta mereka menyediakan senarainya dan minta

mereka maklumkan kepada anda jumlah kad jemputan yang diperlukan.

TIP nama kenalan tidak tercicir !

Cari maklumat (nama, alamat dan nombor untuk dihubungi)

dalam semua sumber yang anda ada. Seperti : buku telefon anda

(bertulis atau dalam telefon bimbit), majalah sekolah, surat/kad yang

pernah diterima, business card, SMS, e-mel dan sebagainya.

Page 42: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

42

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Sediakan satu borang senarai jemputan dalam Ms Excel yang anda

boleh isi bila-bila masa anda teringat untuk menjemput

seseorang. Anda boleh dapati borang Pengurus Tetamu dalam folder

<nama folder> (Borang ini akan mengira secara otomatik tetamu yang

dijemput. Anda juga boleh print borang ini untuk menampalkan nama dan

alamat di atas sampul kad mereka. Selain itu, anda dapat mengesan jika

ada nama jemputan yang berulang. Akhir sekali, tandakan nama mereka

yang telah dijemput dengan memboldkan nama mereka.)

2) Kad Jemputan

Pada masakini, terdapat pelbagai jenis kad jemputan perkahwinan yang terdapat

di pasaran. Namun anda tidak perlulah terlalu ghairah untuk memilih kad yang

cantik. Pilihlah kad yang menepati citarasa dan bajet anda.

Selain daripada mengumpulkan direktori kad jemputan daripada iklan-iklan di

media cetak dan elektronik atau pergi sendiri ke mana-mana kedai yang

menawarkan khidmat ini, anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada

kenalan yang pernah menghantarkan kad jemputan yang cantik dan unik

kepada anda. Mana tahu kalau-kalau anda boleh dapat rekabentuk dan harga

yang istimewa.

Jika anda mahir dalam designing, anda boleh mereka kad anda sendiri. Anda

boleh mendapatkan contoh melalui kad-kad jemputan yang pernah anda terima

atau meminta bantuan daripada teman rapat yang suka merekacipta hasil seni

kreatif menggunakan komputer. Kami dapati, rekaan kad yang terkini sangat

menarik dan kos untuk sekeping kad kurang dari RM0.50 sahaja. Dan yang lebih

penting, kad yang direka sendiri mempunyai nilai apresiasi yang lebih tinggi. Tapi,

jangan sesekali memakan masa yang terlalu lama sehingga tertangguh kerja-

kerja lain pula.

Bagi yang mahu menjimatkan bajet kad jemputan, anda boleh mengurangkan

penggunaan setem, caranya : berilah kad jemputan anda dengan tangan (by

hand) untuk orang yang tinggal berdekatan, atau orang-orang yang (dijangka)

akan anda temui selewat-lewatnya sebulan sebelum majlis. Manakala bagi rakan-

rakan yang masih boleh dihubungi melalui internet, scan kad anda dan edarkan

menerusi e-mail, myspace, blog dan lain-lain.

Bagi mereka yang ingin mengelakkan pembaziran dan menghadkan perbelanjaan,

bolehlah sertakan sekali kad jawapan di dalam kad jemputan anda. Bagi

mereka yang akan hadir, mereka akan menghantar semula kad jawapan tersebut,

beserta bilangan orang yang akan hadir ke majlis anda. Dengan itu, anda bolehlah

merangka perbelanjaan anda. Tetapi awas, ada juga tetamu yang tidak

menghantar semula kad jawapan tersebut, tetapi hadir ke majlis anda.

Satu lagi cara yang agak popular pada zaman ini, menjemput tetamu melalui

laman web. Anda boleh dapati pelbagai jenis laman web yang menawarkan

khidmat ini. Lebih menarik kerana kadang kala ianya PERCUMA ! Contohnya

seperti di www.ewedding.com.

Page 43: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

43

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

TIP kad “happening”!

Untuk kesan yang lebih istimewa, pilih kad yang sesuai dan senada dengan

warna pelamin atau baju pengantin anda.

3) Kaedah menjemput tetamu

Dalam masyarakat Melayu, pelbagai adab dan tatasusila yang harus dijaga

termasuklah kaedah menjemput tetamu.

Ini kerana, ada tetamu yang boleh dijemput dengan kiriman kad sahaja. Ada juga

tetamu yang tidak cukup dengan kiriman kad, perlu dikuatkan lagi jemputan

dengan panggilan telefon. Dan yang paling penting sekali, terdapat sesetengah

orang yang perlu dijemput dengan bersua muka.

Kenalpasti golongan terakhir ini dan mintalah bantuan ibubapa untuk

menguruskan jemputan mereka. Highlightkan nama-nama orang yang perlu

mereka jumpai sebelum majlis perkahwinan anda.

Jangan kerana anda terlepas pandang tentang perkara kecil seperti ini, ada orang

yang bermasam muka dan terkecil hati dengan keluarga anda. Walau pada

hakikatnya, kita sebagai insan biasa tidak mungkin dapat memuaskan hati semua

orang. Namun, apa salahnya kalau kita cuba buat yang terbaik untuk semua .

Bagi memendekkan senarai, perkara yang menjadi keperluan anda ialah :

Senarai tetamu ibubapa

Senarai tetamu sendiri

Senarai tetamu adik beradik

Kad jemputan

Setem

Laman web

Emel

E-kad

Pengurusan Majlis

Kebanyakan majlis perkahwinan Melayu di Malaysia tidak mementingkan protokol

dalam majlis. Bagi sesetengah orang, majlis berprotokol atau lebih dikenali dengan

majlis resepsi, hanya boleh dibuat di hotel, taman, atau dewan. Namun bagi

pendapat kami, walau di mana pun majlis anda dilangsungkan (terutama di rumah),

anda pasti boleh selitkan slot ini. Ia cuma memerlukan sedikit usaha dan kreativiti

sahaja.

Dengan merancang slot majlis seumpama ini, anda akan memperoleh LEBIH

kepuasan kerana majlis anda akan nampak lebih teratur dan “happening”! Jika anda

bijak, mungkin anda tidak perlu mengeluarkan sebarang bajet untuk merealisasikan

majlis formal seperti ini. Alang-alang kita telah bersusah payah membuat persiapan

Page 44: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

44

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

majlis, apa kata kita selitkan slot pendek ini (yang pasti akan meMERIAHkan

suasana majlis anda).

Bagaimana untuk mewujudkan slot ini (bagi majlis selain di hotel)?

Peruntukkan satu masa yang sesuai iaitu bermula semasa ketibaan pengantin

sehinggalah 1 atau 2 jam berikutnya (terpulang pada anda).

Namakan slot ini mengikut kesukaan anda. Contoh: Majlis Resepsi / Majlis Impian

Faisal / Majlis Sulaman Kasih.

Tuliskan nama slot ini serta waktunya di dalam kad jemputan pengantin. Contoh:

Aturcara majlis~Majlis Impian Kasih (11.00 pagi – 12.30thri), Jamuan Makan (11.00

pagi – 5.00ptg)

Apa yang anda perlukan untuk merancang slot ini?

1. Aturcara majlis

Kita telah bincangkan cara-cara menyediakan aturcara majlis dengan panjang

lebar dalam langkah 3. Untuk aturcara majlis resepsi, anda perlu

merancangnya dengan teliti supaya tiada kesilapan yang akan berlaku

sewaktu majlis sebenar nanti. Tambahan pula, aturcara ini akan menjadi

panduan kepada pengacara majlis dan penyelaras majlis (akan dibincangkan

selepas ini).

Berbekalkan imaginasi anda, di setiap tentatif yang telah disediakan dalam

langkah 3, anda boleh selitkan pelbagai gaya persembahan untuk

melaksanakannya.

Kami berikan 2 contoh di sini:

CONTOH TENTATIF #1

11.25 pagi Perarakan masuk rombongan pengantin ke dalam dewan

Pelaksanaan:

“Barisan rombongan pengantin diarak masuk ke dalam dewan yang dimulai

dengan 10 orang lelaki teruna berbaju Melayu dan bersampin sambil

membawa dulang hantaran daripada pihak lelaki. Diikuti pula dengan

ibubapa pengantin lelaki, kemudian barulah saudara-mara yang

menyertai rombongan lelaki. Akhir sekali, pasangan mempelai yang diiringi

oleh 2 orang pengapit.

Sementara di pintu dewan, ibubapa pengantin perempuan menunggu

Page 45: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

45

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

untuk menyambut ketibaan rombongan pengantin dan mengiringi ibubapa

pengantin lelaki terus ke meja makan beradab. Selain itu, saudara-mara

pihak perempuan berdiri di kiri kanan laluan tengah dewan, bagi mengalu-

alukan kehadiran rombongan lelaki. 10 orang kanak-kanak perempuan

(berdiri berselang seli di antara saudara mara) ditugaskan untuk meniup buih

belon ke udara sewaktu rombongan lelaki dan pengantin masuk. Sementara

tetamu-tetamu lain juga turut berdiri di tempat masing-masing sambil

berselawat ke atas nabi sewaktu rombongan pengantin memasuki dewan”.

CONTOH TENTATIF #2

12.25 tghri Pertukaran hantaran dan cenderamata

(oleh ibu pengantin perempuan dan ibu pengantin lelaki)

Pelaksanaan:

“10 orang anak gadis berpakaian sedondon, berdiri menghadap para tetamu

di ruang hadapan dewan sambil memegang hantaran daripada pihak

perempuan. Manakala ibu pengantin perempuan bersiap sedia berdiri di

bahagian akhir barisan. Pengacara majlis akan menjemput ibu pengantin

lelaki untuk menerima hantaran pertama yang akan disampaikan oleh ibu

pengantin perempuan. Kemudian barulah diikuti dengan jemputan kepada

10 orang wakil dari pihak lelaki untuk menerima hantaran yang diberikan

oleh pihak perempuan, dan disampaikan oleh 10 orang anak gadis tadi”.

Pelaksanaan ini tidak perlu dituliskan sepenuhnya seperti di atas. Apa yang

anda perlu catatkan dalam Panduan Penyelaras Majlis dan Pengacara Majlis

ialah, pergerakan setiap orang yang terlibat sewaktu setiap acara berlangsung

(dalam bentuk point). Apa yang lebih penting, ia MESTI diceritakan kepada

semua orang terlibat dalam acara tersebut (tulisan bold di atas) termasuk

pengacara majlis dan penyelaras majlis.

Selain daripada perkara di atas, anda juga perlu memikirkan bagaimana

acara ini dapat diteruskan ke acara berikutnya dengan lancar

(maksudnya, acara ini tidak akan mengganggu pelaksanaan acara

selepasnya). Contohnya: Ke mana 10 orang wakil dari pihak lelaki yang telah

mengambil hantaran hendak pergi? dan bila 10 orang wakil pihak perempuan

hendak melangkah pergi, adakah mereka akan keluar bersama-sama atau

secara berasingan?

Di sinilah pentingnya KETUA bagi setiap kumpulan yang terlibat. Anda

hanya perlu ceritakan secara terperinci kepada ketua kumpulan, dan mereka

akan sampaikan perkara ini kepada anak buah masing-masing. Kami akan

terangkan perkara ini secara lebih terperinci dalam langkah 7.

Page 46: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

46

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

2. Pengacara majlis

Untuk majlis resepsi yang berprotokol, anda perlukan satu atau dua orang

pengacara majlis. Peranan pengacara majlis dalam majlis seumpama ini

sangat penting kerana beliau akan memberikan pandu arah kepada para

tetamu mengenai halatuju aturcara majlis tersebut. Tanpa pengacara majlis,

tentu majlis anda akan kelihatan kucar-kacir. Dengan melantik seorang

pengacara majlis, majlis yang pada asalnya biasa sahaja - boleh

bertukar menjadi lebih “happening”! Percayalah cakap kami..Kami

telah melaluinya.

Siapakah yang boleh menjadi pengacara majlis kami?

Sesiapa sahaja (adik beradik, saudara mara, rakan-rakan), asalkan dia

berbakat menjadi pengacara majlis. Sekiranya anda atau ibubapa ada

mengenali dengan rapat pengacara majlis yang profesional (seperti Mahathir

Lokman), mungkin anda boleh meminta bantuan daripadanya.

Kadang-kadang, DJ yang telah anda tugaskan untuk menjaga audio juga

boleh menjadi pengacara majlis. Namun untuk slot yang agak formal, DJ

tersebut seharusnya memakai pakaian yang formal dan berdiri di tempat yang

dapat dilihat oleh para tetamu (bukan duduk di tempat DJ).

Apakah keperluan pengacara majlis?

Seorang pengacara majlis perlu diberikan skrip ucapan selewat-lewatnya

sebulan sebelum majlis. Ini memberikan masa kepadanya untuk berlatih dan

membetulkan skrip tersebut mengikut keselesaaan beliau. Kami akan berikan

satu contoh skrip ucapan di dalam Buku Gerak Kerja.

Selain itu, pengacara majlis juga perlu diberikan taklimat aturcara majlis

secara terperinci dan beliau harus mengikuti raptai penuh upacara majlis

selewat-lewatnya sehari sebelum majlis berlangsung.

3. Penyelaras majlis

Bagi anda yang belum pernah berpengalaman merancang majlis, anda perlu

tahu bahawa di sebalik semua acara yang berlaku dalam sesuatu majlis,

terdapat seorang ko-ordinator yang berperanan menjaga dan mengawasi

semua perubahan pergerakan yang berlaku pada setiap acara. Dia adalah

penyelaras majlis. Atau lebih dikenali sebagai Event Manager.

Penyelaras majlis akan bekerjasama dengan pengacara majlis untuk memberi

isyarat kepadanya bilakah dia boleh memulakan acara berikutnya (jika perlu),

dan apakah yang perlu diberitahu kepada tetamu sekiranya berlaku sesuatu

yang tidak tertulis dalam skrip ucapan.

Page 47: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

47

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Penyelaras majlis juga akan memastikan bahawa semua orang yang terlibat

dalam acara seterusnya telah bersedia di tempat mereka sebelum acara

mereka berlangsung. Sebagai contoh:

TENTATIF

11.40 pagi Ucapan aluan daripada pengacara majlis

11.45 pagi Ucapan daripada bapa pengantin perempuan

11.48 pagi Bacaan doa

Pelaksanaan:

“Sewaktu pengacara majlis sedang memberikan ucapan alu-aluan, bapa

pengantin perempuan telah bersedia di bahagian hadapan dewan, untuk

memberikan ucapan pada slot seterusnya. Manakala sewaktu bapa pengantin

perempuan sedang memberikan ucapan, pembaca doa pula akan bersedia

menunggu gilirannya”.

Dengan adanya orang yang ditugaskan sebagai penyelaras majlis, majlis anda

akan berjalan dengan lebih lancar dan tidak akan berlaku adegan-adegan

seperti “mana bapa pengantin perempuan ni?....sepatutnya dia kena bagi

ucapan sekarang…”

Apakah keperluan penyelaras majlis?

Penyelaras majlis memerlukan salinan panduan lengkap yang

menceritakan seluruh perjalanan aturcara majlis. Berdasarkan panduan

tersebut, anda perlu menerangkannya satu persatu sehingga penyelaras

majlis anda faham kesemuanya.

Penyelaras majlis perlu mengetahui semua perkara yang akan berlaku di

majlis itu kerana beliau akan memberikan taklimat kepada semua

pembantu-pembantu pengantin yang terlibat dalam majlis tersebut.

Taklimat ini perlu diberikan sewaktu raptai atau selewat-lewatnya 2 jam

sebelum majlis bermula.

Kerja penyelaras majlis akan menjadi lebih mudah jika anda sediakan walkie-

talkie. Namun, jika tiada pun tidak mengapa.

Walaupun nampak tugas sebagai penyelaras majlis ini agak mencabar, namun

begitu ia hanya bertugas sewaktu slot majlis yang formal sahaja (antara 1

hingga 2 jam). Sebab itu, untuk memilih orang yang boleh menjadi

penyelaras majlis, beliau mestilah bertenaga (energetic), mempunyai ciri-

ciri kepimpinan, boleh memberi arahan dan dihormati oleh pembantu-

pembantu anda yang lain.

Page 48: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

48

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Mmm..mungkin timbul di fikiran anda sekarang, siapakah yang boleh anda

minta bantuan untuk menjadi penyelaras majlis? Kami pasti, tentu ada adik

beradik, bapa saudara, ibu saudara, sepupu anda yang berbakat dalam bidang

ini. Lebih mudah jika dia adalah ahli keluarga sendiri.

Jika anda tidak dapat mencarinya, mungkin anda memerlukan bantuan orang

luar. Atau sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah orang ialah dengan

mengupah perunding perkahwinan. Namun, jangan cepat berputus asa!

Teruskan mencari..

Untuk mendapatkan gambaran sebenar, satu contoh Panduan Penyelaras

Majlis, boleh didapati dalam Buku Gerak Kerja.

4. Penyambut tetamu

Pada kebiasaanya, penyambut tetamu adalah wakil daripada tuan rumah

sendiri atau dengan kata lain, ibubapa pengantin. Namun jika ibu bapa atau

salah seorang daripadanya telah tiada, tempatnya mesti digantikan dengan

orang lain yang juga merupakan ahli keluarga. Seorang penyambut tetamu

lelaki, dan seorang lagi penyambut tetamu perempuan.

Secara amnya, tugas penyambut tetamu adalah berdiri di pintu masuk

sambil mengalu-alukan kedatangan tetamu, menjemput tetamu makan

dan mengucapkan terima kasih kepada tetamu sewaktu mereka

hendak pulang.

Tugas ini juga agak meletihkan, oleh itu jangan lupa sediakan kerusi supaya

mereka boleh berehat sebentar. Pastikan juga mereka telah bersarapan pagi

dengan hidangan yang agak berat, kerana ada kemungkinan mereka tidak

sempat untuk makan sepanjang majlis sedang berlangsung.

5. Pengiring tetamu kehormat

Pengiring tetamu berperanan untuk menunjukkan dan membawa tetamu

ke tempat duduk mereka. Tetamu kehormat di sini adalah tetamu-tetamu

VVIP seperti perdana menteri, menteri besar dsb. Selain itu, mereka yang

dikategorikan sebagai tetamu kehormat juga adalah ibu bapa pengantin

(yang datang) dan rombongannya. Untuk orang-orang seperti ini, anda

perlu menugaskan pengiring-pengiring khas yang sesuai dengan mereka.

Sebagai contoh, perdana menteri, tentulah orang yang paling sesuai

mengiring mereka adalah menteri atau orang yang berpangkat datuk. Namun

jika tiada, ibu bapa pengantin lah merupakan orang yang paling sesuai

mengiringi mereka.

Bagi ibu bapa pengantin (yang datang) dan rombongannya, orang yang paling

sesuai mengiringi mereka tentulah ibubapa pengantin (tuan rumah).

Page 49: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

49

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Namun, jika ibu bapa telah ditugaskan menjadi penyambut tetamu, dan

tetamu anda dijangka akan terus datang tidak putus-putus (bagi majlis

resepsi yang memberi kebebasan kepada tetamu untuk datang pada bila-bila

masa), anda perlu menugaskan orang lain yang akan membawa dan

menemani ibubapa pengantin di meja makan. Selain itu, beberapa pengiring

lain akan membawa tetamu kehormat yang lain (rombongan pengantin) ke

meja yang telah dikhaskan untuk mereka.

Pastikan tiada seorang pun tetamu kehormat yang tidak diiringi sehingga

mereka terpinga-pinga dan tercari-cari di manakah mereka harus pergi. Jika

hal ini berlaku, ia sungguh memalukan tuan rumah! Seolah-olah tuan rumah

tidak menghormati tetamu yang bersusah payah menghadiri majlis tersebut.

Isy! Jauhkanlah ye…

6. Pemberi ucapan

Untuk menyerikan lagi majlis, beberapa orang akan dijemput untuk

memberikan ucapan. Pada kebiasaannya, seorang wakil daripada

pengantin lelaki, dan seorang lagi wakil pengantin perempuan.

Terdapat juga majlis yang memberi ruang kepada pasangan mempelai

untuk membuat ucapan. Wow! Mesti happening!! Inilah acara yang ditunggu-

tunggu oleh para tetamu yang hadir. Semua orang pasti gembira. Silap-silap

pasangan yang sudah lama berkahwin pun turut bersemangat untuk

menyegarkan kembali hubungan mereka. Dapatlah anda pahala juga..(kerana

membantu orang lain hidup bahagia).

7. Pembaca doa

Dalam majlis perkahwinan orang Islam, seringkali diselitkan dengan bacaan

doa bagi memberkati lagi majlis. Jika anda mahukannya, beritahu seawal

mungkin kepada pembaca doa tersebut yang anda perlukan bantuannya

pada majlis anda nanti. Doa yang telah dikarang dengan baik akan

menjadikan majlis berjalan dengan lebih lancar dan anda juga mendapat doa

khusus daripada semua tetamu.

Jangan seperti sesetengah orang yang melantik “bidan terjun” untuk

membacakan doa. Sekali lagi kami tekankan bahawa perbuatan ini seolah-

olah tidak menghormati si pembaca doa tersebut (yang biasanya merupakan

tokoh dalam bidang agama). Kesimpulannya, hormatilah kesemua individu

yang terlibat dalam majlis perkahwinan anda.

8. Perunding majlis perkahwinan (wedding planner)

Bagi majlis yang dilangsungkan di hotel atau majlis yang dihadiri oleh

ramai tetamu VIP, kami nasihatkan anda untuk mendapatkan khidmat

daripada pakar perunding acara majlis perkahwinan. Walaupun anda telah

mempunyai perunding sendiri, buku ini tetap akan memberikan anda panduan

Page 50: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

50

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

tambahan untuk membuat beberapa keputusan penting. Namun jika anda

berminat untuk menjadi perunding perkahwinan sendiri, buku ini sedia

membantu anda.

Untuk mengupah perunding majlis perkahwinan, mengikut pasaran di

Malaysia, harga puratanya ialah RM2,500 sehingga RM5,000. Bergantung

kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan jenis-jenis perunding

perkahwinan. Namun kami pernah terbaca sebuah artikel yang menulis

bahawa, untuk majlis yang ekslusif bagi “orang-orang biasa”, bajetnya ialah

RM65,000 untuk jemputan 800 orang. Jumlah ini mungkin merangkumi

keseluruhan perbelanjaan dan upah perunding majlis perkahwinan.

Waktu yang paling ideal untuk menempah perunding perkahwinan ialah

antara 9 hingga 12 bulan sebelum tarikh majlis perkahwinan.

Berikut adalah ringkasan kepada keperluan-keperluan anda untuk bahagian majlis

berprotokol:

Aturcara majlis

Tempah pengacara majlis

Skrip pengacara majlis

Tempah penyelaras majlis

Panduan penyelaras majlis

Penyambut tetamu

Pengiring tetamu kehormat

Panduan tempat duduk majlis

resepsi

Pemberi ucapan

Pembaca doa

Perunding majlis perkahwinan

(wedding planner)

5. CENDERAHATI

Satu lagi perkara yang mungkin akan memeningkan anda adalah apakah cenderahati

yang harus diberikan kepada tetamu. Pelbagai bentuk rekaan cenderahati yang

biasanya diberikan kepada tetamu. Contohnya seperti telur, kek, gula-gula atau

manisan, sapu tangan, potpuri, dan lain-lain.

Cenderahati ini akan diletakkan dalam bekas yang menarik seperti bunga pahar,

bekas seramik atau kaca, beg kertas, beg organza, bekas yang dianyam,

kotak cenderahati yang dihiasi riben dan macam-macam lagi. Anda boleh

mendapatkan pelbagai idea daripada sumber-sumber yang telah kami sebutkan

sebelum ini seperti kedai-kedai pengantin, majalah-majalah pengantin dan internet.

Sesetengah keluarga memberikan cenderahati yang berbeza kepada orang-orang

yang tertentu. Seperti keluarga terdekat, rakan-rakan pengantin, rombongan

pengantin, orang-orang yang bergotong-royong untuk kenduri, orang kenamaan dan

sebagainya.

Sekiranya anda bercadang untuk memberikan cenderahati lebih daripada satu

kepada orang-orang tertentu, pastikan cenderahati anda senang dibawa.

Sediakan satu beg atau bekas yang dapat memuatkan semua cenderahati.

Page 51: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

51

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Hakcipta Terpelihara ImpianPengantin.com

Penentuan cenderahati ini juga kadang kala bergantung kepada adat resam keluarga

kita. Sebagai contoh, orang jawa akan menyediakan “berkat” (bungkusan makanan)

sebagai cenderahati kepada tetamu mereka. Oleh sebab itu, berbincanglah dahulu

dengan kedua ibubapa sebelum menetapkan cenderahati.

Sebenarnya, cenderahati ini masih bergantung kepada bajet dan keikhlasan anda.

Janganlah kerana hendak “menunjuk” kepada tetamu, poket anda kosong

dibuatnya. Walaupun anda mahukan bajet yang sederhana, tetapi perlu diingat

bahawa, cenderahati untuk para tetamu ini adalah satu-satunya kenangan

perkahwinan anda yang dibawa pulang ke rumah. Seperkara lagi, dalam Islam pun

digalakkan kita memberi barang yang baik kepada orang. Oleh itu, sudah tentu anda

mahu berikan barang yang terbaik, bukan ?

Malangnya, fenomena biasa yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita. Terdapat

sesetengah tetamu membuang sahaja cenderahati yang diberikan oleh pihak

pengantin (terutama sekali bekas gula-gula dan bunga pahar). Sedangkan anda telah

belanjakan RM 10 untuk 1 bunga pahar !! Kalau ada 100 orang yang membuangnya,

tidakkah anda rugi RM 1000 ? Oleh itu, fikirkanlah cara bagaimana untuk

mengelakkan perkara ini terjadi. Berikut adalah beberapa tips cenderahati yang baik.

TIP cenderahati “happening”!

Cantik dan menarik

Unik (lain daripada yang lain)

Mudah dibawa

Boleh disimpan sebagai kenangan

Boleh diguna semula (seperti dijadikan sebagai aksesori perhiasan

rumah, kotak cenderahati dan sebagainya)

Dapat memberikan manfaat dan keseronokan kepada penerima

Mempunyai nama pengantin (kalau boleh, nama ibubapa sekali)

Tidak melebihi kemampuan bajet anda

Tidak berbeza mengikut jantina

Sesuai dengan umur penerima (contoh : kanak-kanak diberikan gula-

gula)

Jika cenderahati anda memiliki ciri-ciri di atas, tentu tetamu anda sukar untuk

membuangnya . Borang penilaian cenderahati telah disediakan dalam Buku Gerak

Kerja. Berikut adalah senarai pendek keperluan anda untuk cenderahati:

Tetamu

Cenderahati rombongan

pengantin

Cenderahati tetamu istimewa

Cenderahati tetamu biasa

Bungkusan makanan (berkat)

Pembantu

Cenderahati ibu bapa

Cenderahati adik beradik

Cenderahati saudara-mara/jiran

Lain-lain

Page 52: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

52

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

6. RAKAMAN MEMORI

Fotografi

Pasti anda tidak mahu terlepas detik-detik manis yang berlaku sekali sahaja seumur

hidup. Pelbagai cara boleh digunakan untuk merakamkannya, dan salah satunya

adalah melalui fotografi.

Adakalanya, pasangan pengantin sanggup berhabis duit ribuan ringgit hanya untuk

fotografi sahaja. Persoalannya, adakah jumlah wang ringgit yang dibayar adalah

setimpal dengan hasil kerja jurufoto anda ?

Di sini, kami selitkan sebuah artikel yang ditulis oleh Hasnuddin Abu Samah.

Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda.

Sudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti memerlukan

perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis hari bahagia pasangan

mempelai. Biasanya, jurugambar profesional akan diupah bagi melaksanakan tugas

penting ini. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang

anda perlu lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah

anda belanjakan?

Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik berdasarkan bajet

dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh supaya

anda benar-benar faham tentang apa yang bakal anda perolehi. Nyatakan

kehendak anda kepada jurugambar dan pastikan beliau menulis apa yang

telah dipersetujui bersama. Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya

akan memberi kesan kepada seluruh proses selepas ini.

Baiklah, sekarang anda telah mendapatkan jurugambar yang terbaik pilihan anda.

Beliau semestinya seorang yang profesional dan anda yakin akan kebolehannya.

Jurugambar anda sepatutnya tahu apakah tugas-tugas beliau. Tetapi, dengan

sedikit peranan dari pihak anda sendiri, anda boleh memaksimumkan peranan

jurugambar anda.

Sepanjang pengalaman kami sebagai jurugambar perkahwinan, kami mengakui

sehandal mana pun seseorang jurugambar itu, beliau tidak akan dapat menghasilkan

gambar yang hebat tanpa adanya beberapa faktor penting yang lain.

Contohnya, cuba bayangkan bagaimana agaknya hasil gambar yang dirakam

sekiranya sepanjang majlis perkahwinan, pengantin perempuan kelihatan kelam

kabut dan bermasam muka?

Page 53: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

53

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda. Beri ruang masa

yang selesa untuk setiap acara. Dapatkan tenaga kerja yang mencukupi bagi

menguruskan majlis anda dari peranan kecil hinggalah yang besar. Lebih baik lagi

jika anda boleh melantik seorang pembantu untuk berurusan dengan

jurugambar. Maklumkan dengan terperinci tentang aturcara majlis kepada

jurugambar anda. Dengan ini, majlis anda akan berjalan lancar dan gambar majlis

anda akan dapat dirakam dengan sempurna.

Pasangan pengantin perlu mendapat rehat yang cukup sebelum majlis

perkahwinan. Serahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan kepada

orang yang anda percayai. Anda cuma ada satu peranan penting pada majlis

perkahwinan anda, iaitu – bergembira!

Masa terbaik untuk merakam gambar potret adalah sejurus selepas

pengantin siap dimekap. Anda perlu mengatur masa supaya jurugambar sempat

merakam gambar potret anda sebelum sesuatu acara bermula. Biasanya, untuk

acara resepsi di hotel, pasangan pengantin akan kesuntukan masa untuk merakam

gambar potret kerana akan digesa turun ke dewan. Alasan yang akan diberi ialah,

“tetamu kehormat sedang menunggu” atau “lepas bersanding nanti kita bergambar”.

Tetapi, sebagai jurugambar yang menjalankan tugas, kami akan menjelaskan,

“harap tetamu kehormat boleh menunggu 5 minit kerana anda raja sehari perlu

bergambar untuk kenangan seumur hidup, dan jika gambar potret anda

dirakam selepas tamat majlis, anda akan kelihatan letih dan sudah hilang

seri.” Kaming sekali jika saat penting dan ceria ini tidak dapat dirakam. Matlamat

jurugambar hanyalah untuk menghasilkan gambar yang terbaik untuk anda.

Ada pengantin yang kekok apabila berhadapan dengan kamera. Anda boleh jadikan

diri anda lebih cantik di dalam gambar dengan sedikit latihan. Lihat wajah anda di

dalam cermin dan berlatihlah untuk senyum. Senyum yang bagaimanakah akan

membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Bayangkan diri anda adalah seorang

model. Dapatkan ekspresi wajah yang pelbagai untuk anda lakukan ketika

bergambar nanti. Anda juga perlu berlatih untuk „posing‟. Rujuk majalah untuk

mendapat idea. Namun, yang paling penting sekali, anda hendaklah menjadi diri

anda sendiri dan berasa selesa dengan penampilan anda.

Setelah majlis anda selesai, biasanya jurugambar akan mengambil masa di antara

satu hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. Ini termasuklah proses

suntingan, cetakan, penyusunan dalam album dan sebagainya. Kerja ini perlu

dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti yang baik. Oleh itu, janganlah

menggesa supaya gambar anda disiapkan lebih cepat dari masa yang

dijanjikan kerana ianya akan memberi kesan kepada kualiti gambar anda.

Sumber: http://www.adan.biz/index.htm

Page 54: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

54

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

TIP foto “happening”!

Jika mahukan himpunan gambar perkahwinan anda nampak lebih retro, pilih

rakaman memori dalam rona sefia, dan gunakan motion shots. Ia lebih cantik

berbanding posing potret. (Anda boleh dapatkan contoh gambar-gambar seperti

ini dalam website jurugambar perkahwinan yang terdapat banyak di

www.syokkahwin.com dan www.fotopages.com

Bagi memudahkan pengurusan, kami turut bersetuju dengan cadangan Hasnuddin

Abu Samah supaya anda melantik seorang pembantu untuk berurusan dengan

jurufoto. Maklumkan dengan terperinci tentang aturcara majlis kepada pembantu

jurufoto serta jurufoto anda. Berikan mereka salinan panduan fotografi dan

aturcara selewat-lewatnya 2 minggu sebelum majlis. Di dalam Buku Gerak Kerja,

kami telah sediakan panduan fotografi.

Terdapat juga sesetengah juruandam yang turut menawarkan pakej fotografi.

Pastikan mereka mempunyai hasil kerja yang berkualiti sebelum anda menempah

perkhidmatan mereka. Mungkin juga dengan mendapatkan pakej seperti ini, anda

boleh berjimat.

Walau apa pun, selidik dahulu. Jangan terus buat keputusan sebelum melihat

tawaran daripada pihak lain. Borang penilaian jurufoto telah disediakan dalam Buku

Gerak Kerja. Manakala senarai keperluan untuk fotografi adalah seperti berikut:

Tempah jurufoto

Panduan fotografi

Lantik pembantu jurufoto

Videografi

Ada sesetengah orang yang lebih mengutamakan fotografi berbanding videografi.

“Foto sahaja cukuplah..buat apa nak ambil video?”..Bagaimana pula dengan anda?

Artikel di bawah akan membantu anda untuk membuat keputusan berkaitan

videografi.

Panduan Memilih Videografer

Berikut adalah merupakan soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh bakal

pengantin mengenai rakaman video di hari yang paling istimewa buat mereka iaitu

video perkahwinan.

Kenapa Video?

Tiada ulangan yang dapat anda gantikan saat-saat kegembiraan dan

keceriaan satu-satunya majlis yang bersejarah dalam seumur hidup anda.

Page 55: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

55

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Tiada ulangan yang dapat anda gantikan memori yang terhasil dari setiap sudut, setiap bunyi dan setiap perasaan di sepanjang kemeriahan majlis perkahwinan anda.

Hanya video yang dapat membuatkan anda menghayati kembali setiap detik indah

bersama saudara-mara, rakan taulan dan juga yang terkaming. Mengimbas kembali

perasaan anda di waktu itu. Menyegarkan kembali detik lafaz akad nikah mungkin

setahun selepas itu... atau sepuluh tahun kemudian. Video akan merakamkan

segalanya... keriuhan dan kesibukan saudara-mara yang membantu, kegembiraan

yang jelas terpapar di wajah kedua-dua ibu bapa, gelak ketawa dan usik mengusik

teman serta para tetamu yang hadir. Semua ini akan segar untuk selamanya.

Bolehkah kawan atau saudara mara merakamkan video perkahwinan kami?

Boleh, jika anda tidak kisah dengan hasil kerja dan kualiti video perkahwinan anda.

Semua orang boleh merakamkan video, tetapi bukan semua orang boleh

menghasilkan video yang seronok ditonton.

Menghasilkan video yang baik memerlukan pengalaman yang bertahun-tahun

lamanya. Perubahan teknologi yang pesat dan kian canggih juga memperlihatkan

berbagai peralatan video yang berkualiti tinggi untuk membenarkan videografer

profesional menghasilkan hasil kerja video yang benar-benar berkualiti dan menarik.

Mungkin benar sesetengah orang mengatakan..."baik ada daripada tiada" (takpe!

abang kami boleh rakamkan untuk kami). Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa apa

gunanya video yang dirakamkan tersebut jika ianya tidak seronok ditonton, malah

boleh pening kepala jika ditonton lama-lama. Mungkin ini yang akan kita dengar...

Err..seganlah nak pinjamkan video kahwin kami kat awak.

Bagaimanakah hendak memilih videografer yang BAIK?

Sesetengah orang mungkin tidak mengambil berat soalan ini, malah mungkin tidak

langsung memikirkannya. Mereka tidak pernah menyangka bahawa kesilapan

memilih videografer boleh membuatkan mereka menyesalinya seumur hidup.

(Berdasarkan dari penyelidikan dan pengalaman). Tiada apa lagi yang dapat

dilakukan sekiranya video yang dirakamkan terlalu goyang, suara tidak jelas,

warna yang pelik seperti kulit muka terlalu merah/ungu, dan yang paling

teruk sekali terlepas detik-detik penting seperti lafaz akad nikah, berarak

dan sebagainya.

Gunakan kriteria di bawah semasa menilai dan memilih videografer perkahwinan

anda:

1) Videografer sepatutnya memiliki dan tahu menggunakan kamera yang

berkualiti tinggi untuk menghasilkan visual dan audio yang baik (jelas,

terang dan warna yang hidup)

Page 56: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

56

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

2) Videografer sepatutnya tahu menggunakan alat penataan cahaya (lighting

equipment) dengan baik bagi menghasilkan visual yang jelas dan terang.

3) Videografer sepatutnya kreatif dalam merakamkan video dari pelbagai sudut

yang menarik.

4) Dan yang paling penting sekali, pastikan anda melihat/tonton contoh hasil

kerja video perkahwinan yang pernah dibuat oleh videografer tersebut,

bagi memastikan anda tahu kualiti yang bagaimana bakal anda perolehi bagi

video perkahwinan anda kelak.

Gunakan kriteria di bawah untuk menilai contoh hasil kerja videografer:

1) Adakah video tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik dan tersusun?

Ini penting kerana video yang tidak menarik akan membuatkan anda cepat

merasa bosan. Apatah lagi saudara dan rakan-rakan anda.

2) Adakah video tersebut mempunyai sentuhan suntingan yang kreatif, baik

dari segi pemilihan lagu, kesan khas(effect) dan pemilihan visual yang

menarik?

3) Adakah videografer mempunyai pelbagai contoh sesuai mengikut majlis dan

kehendak citarasa anda? Terdapat berbagai jenis majlis perkahwinan yang

berlainan situasinya seperti majlis akad nikah di rumah atau di masjid,

bersanding di hotel/rumah/taman dan sebagainya.

4) Adakah video tersebut mempunyai keistimewaan tambahan seperti video klip

gambar-gambar pasangan dari kecil hinggalah bercinta, video klip

perkahwinan anda dan yang paling penting - adakah dikenakan bayaran

tambahan untuk video tambahan tersebut?

Berapakah bayaran untuk perkhidmatan video perkahwinan?

Harga sebenarnya bergantung kepada citarasa anda. Kebanyakan videografer

mempunyai pakej harga yang bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberikan

oleh mereka. Terpulang juga berapa penting dan bermaknanya sebuah video

perkahwinan anda kepada diri anda sendiri serta generasi anda di kemudian hari.

Terdapat berbagai harga dari berbagai videografer yang ada pada masa kini.

Peringatan... rakaman video perkahwinan anda adalah merupakan satu pembelian

yang paling penting dan bermakna buat diri anda. Jangan pilih harga!. Pilih kualiti.

Tiada penyesalan yang lebih teruk dari memiliki sebuah perkahwinan yang telah

menelan belanja besar tetapi dirakamkan dengan teruk oleh video perkahwinan yang

murah.

Sumber: http://www.smartgeneration.com.my/

Page 57: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

57

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Dengan artikel ini, kami berharap anda dapat membuat pilihan juruvideo yang tepat.

Bagi memudahkan kerja anda, dapatkan borang penilaian juruvideo dalam Buku

Gerak Kerja.

TIP video “happening”!

Untuk mendapatkan jalan cerita yang menarik dan tersusun, lantik seorang

pembantu juruvideo / pengacara yang ditugaskan untuk menceritakan

peristiwa yang sedang berlaku dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, pengacara tersebut juga boleh menemuramah ibubapa

anda, saudara mara dan rakan-rakan tentang apa sahaja topik yang

berkaitan dengan perkahwinan anda. Seperti: Ucapan khas untuk pengantin,

pantun, lagu dan sebagainya. Libatkan ramai orang dalam pembikinan video

tersebut supaya semua orang yang menonton terhibur. Selain berbakat,

pastikan pengacara anda juga mengenali siapakah orang-orang yang mesti

ditemuramah.

Berikan panduan video dan aturcara majlis kepada juruvideo dan

pengacara supaya mereka tidak tertinggal detik-detik penting yang anda

mahu ianya dirakamkan.

Berikut adalah senarai keperluan untuk videografi yang anda boleh dapatinya juga

dalam Buku Gerak Kerja:

Tempah juruvideo

Panduan juruvideo

Lantik pembantu juruvideo

Page 58: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

58

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

7. HIBURAN

Tidak sempurna sesebuah majlis perkahwinan itu tanpa sebarang hiburan.Tujuan asal

hiburan ini diadakan adalah untuk menggembirakan tetamu yang hadir.

Namun, alangkah baiknya juga jika hiburan tersebut dapat menyampaikan mesej

yang positif seperti, bagaimana membentuk keluarga bahagia, bagaimana

menyemarakkan kembali cinta setelah lama berumahtanga dsb. Sekurang-kurangnya

tetamu yang pulang dari majlis anda bukan sahaja membawa buah tangan, malah

mereka membawa satu pengajaran berharga yang dipelajari daripada majlis anda.

Adakalanya tuan rumah menyediakan set karaoke yang dikatakan dapat

menghiburkan para tetamu. Namun, benarkah begitu?.. Bagaimana jika suara

penyanyi karaoke itu sumbang sehingga menyakitkan telinga para tetamu? Adakah

berbaloi bajet anda disalurkan ke hiburan seumpama ini?..Tepuk dada tanya selera.

Jika anda sendiri tidak suka menghadiri majlis perkahwinan seperti ini, tentu tetamu

anda juga tidak sukakannya.

Anda lah yang bertanggung jawab memilih hiburan yang paling sesuai untuk majlis

anda. Hiburan ini boleh didatangkan dalam bentuk persembahan fizikal seperti

formasi kompang, silat pengantin, cabutan nombor bertuah atau secara audio seperti

lagu-lagu dan nasyid. Atau secara visual melalui persembahan multimedia.

TIP hiburan yang “happening”!

Programkan lagu-lagu pilihan anda berdua dalam iPod atau pemain MP3,

dan sewa sistem audio untuk membolehkan tetamu berkongsi menikmatinya.

Pastikan pembesar suara tidak berada terlalu dekat dengan tetamu

sehingga boleh mengganggu perbualan mereka.

Hormati waktu solat dengan memainkan audio zikir-zikir munajat dan azan

apabila tiba waktu solat.

Sepertimana perkara-perkara lain, anda juga memerlukan pembantu yang

menguruskan hiburan. Untuk persembahan audio, sesetengah orang memilih DJ untuk

menceriakan majlis. Namun ada juga sesetengah orang yang sukakan suasana yang

lebih tenang, memilih untuk memasang lagu-lagu sentimental dan romantis sahaja.

Jika anda memilih pilihan kedua, anda tidak perlu mengupah DJ kerana anda sudah

ada iPod atau pemain MP3. Namun anda tetap perlu menugaskan seseorang untuk

menjaga kelengkapan audio ini untuk mengelakkan sebarang masalah atau kecurian.

Bagi memudahkan kerja, anda perlu memberikan mereka satu salinan panduan DJ

atau jurumedia (boleh didapati dalam Buku Gerak Kerja).

Page 59: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

59

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Bagi persembahan fizikal pula, anda perlu menyediakan seorang pembantu yang

mengawasi setiap kumpulan yang membuat persembahan. Pembantu ini akan

berurusan dengan kumpulan tersebut sepanjang majlis berlangsung. Ini sangat

penting untuk mengelakkan kumpulan persembahan anda terpinga-pinga kerana tidak

tahu kepada siapa mereka harus rujuk jika terdapat sebarang persoalan.

Walau apa jua persembahan yang anda pilih, jangan lupa senaraikan semua

keperluan teknikalnya. Contoh, jika anda mahu menayangkan multimedia, anda

perlukan komputer, pembesar suara, alat pemancar dan layar putih. Tuliskannya

dalam senarai keperluan pengurusan tempat (sebagaimana yang telah diterangkan

sebelum ini).

Berikut adalah senarai hiburan yang anda pilih. Potong mana-mana hiburan yang tidak

diperlukan dan tambahkan senarainya jika anda mempunyai hiburan-hiburan lain.

DJ

Formasi kompang

Silat pengantin

Kumpulan marhaban / berzanji

Persembahan multimedia

8. PENGINAPAN TETAMU

Tetamu yang memerlukan penginapan adalah :

1. Saudara mara atau kawan-kawan yang datang daripada jauh dan

bercadang untuk menginap di tempat anda.

Pada kebiasaannya, mereka ini lebih selesa tidur di rumah anda kerana mereka

mahu membantu menyiapkan kerja-kerja yang perlu dilakukan di saat-saat

akhir. Oleh itu, pastikan bantal, tilam dan selimut mencukupi untuk semua

tetamu. Letakkannya di satu tempat supaya anda mudah mencarinya nanti.

Jangan lupa untuk memastikan kesemua alat kelengkapan ini berada dalam

keadaan yang bersih.

Sekiranya jumlah tetamu terlalu ramai dan dianggarkan rumah anda tidak

dapat menampung semua orang, anda perlu menyediakan tempat penginapan

back up. Seperti, menyewa satu rumah yang berdekatan dengan rumah anda

atau menumpangkan beberapa orang ke rumah-rumah jiran yang rapat dengan

keluarga anda (jika jiran anda mengizinkannya).

2. Keluarga rombongan pengantin

Anda perlu mencarikan penginapan untuk mereka sekiranya mereka perlu

bermalam di tempat anda atau berehat seketika sebelum dan selepas majlis.

Page 60: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

60

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Kedua-dua jenis penginapan ini boleh diuruskan seawal mungkin, oleh itu jangan

tangguhkannya. Anda hanya perlu pastikan kembali bahawa tiada masalah dengan

tempat penginapan sebulan sebelum majlis berlangsung. Paling PENTING !

Tugaskan beberapa orang pembantu yang menguruskan penginapan tetamu sewaktu

majlis anda nanti (akan dibincangkan dalam langkah 7).

Secara ringkasnya, berikut adalah keperluan untuk penginapan :

Tempah hotel atau rumah tamu (saudara mara)

Tempah hotel atau rumah tamu (rombongan pengantin)

Tilam / alas tempat tidur

Bantal

Selimut

9. PENGANGKUTAN

Beberapa jenis pengangkutan perlu ditempah atau disewa seawal mungkin

meskipun ia hanya akan digunakan untuk majlis bertandang. Anda tidak akan rugi jika

menempahnya awal, tetapi anda mungkin tidak boleh mendapatkan kenderaan yang

sesuai dan selesa jika anda menempahnya lewat.

Jika majlis anda dilangsungkan bukan di kawasan rumah, anda memerlukan

kenderaan untuk membawa pengantin dan perlu ada satu kenderaan khas yang

bersiap sedia untuk kecemasan, membawa warga emas dan kanak-kanak pulang.

Seperti yang lain, anda juga memerlukan seorang pembantu yang mengatur

pengangkutan untuk mereka yang memerlukan.

Antara jenis pengangkutan yang diperlukan adalah:

Sewa kenderaan (perjalanan pergi balik rombongan ke majlis bertandang)

Sewa kenderaan (hantar dan ambil pengantin dari tempat majlis)

Kereta khas (untuk kecemasan / warga emas / kanak-kanak)

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 4:

Sediakan senarai semak keperluan Majlis Perkahwinan Impian anda dalam

Buku Gerak Kerja.

Page 61: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

61

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Langkah 5

“Uruskan Bajet”

Setelah mengikuti langkah 4, anda pasti sudah pun mempunyai satu senarai semak

semua barang keperluan yang lengkap. Sebelum anda mula mencari barang-barang

tersebut, menempah perkhidmatan yang diperlukan dan sebagainya, ada baiknya

anda merancang bajet terlebih dahulu.

Tujuannya ialah untuk mengelakkan diri daripada berbelanja terlalu berlebih-

lebihan sehingga boleh menimbulkan pembaziran. Jika kita ingat kembali langkah 1,

matlamat asal majlis perkahwinan adalah untuk meraikan pengantin, menghiburkan

diri, merapatkan hubungan silaturrahim dan yang seumpama dengannya. Oleh sebab

itu, kita tidak mahu majlis ini bertukar menjadi kesengsaraan disebabkan terpaksa

membayar banyak hutang setelah selesai majlis.

Majlis perkahwinan seperti ini tentu sekali tidak dibenarkan oleh Islam kerana

menimbulkan kesusahan dan kemudharatan bagi pihak yang menganjurkannya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Janganlah kamu menghambur-hamburkan hartamu secara boros.

Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara syaitan.”

(Surah Al Isra‟: ayat 26-27)

Justeru itu, penting untuk anda mempunyai satu bajet bertulis. Dengan adanya

pengurusan bajet yang sistematik, anda akan dapat mengesan aliran tunai dengan

mudah. Selain itu, anda juga dapat merancang penjimatan yang boleh digunakan

untuk membayar pinjaman (sekiranya ada).

Di akhir belanjawan ini, anda akan dapat mengetahui:

1. Jumlah penjimatan (Jumlah Pendapatan tolak Jumlah Perbelanjaan)

2. Di mana dan berapa jumlah hutang tertunggak ( Jumlah pendapatan

kredit)

3. Cara untuk menjimatkan wang dalam belanjawan akan datang (contoh:

untuk majlis perkahwinan adik anda atau untuk belanjawan bulanan keluarga

“baru” anda )

Bagi memudahkan anda menguruskan bajet majlis perkahwinan, kami telah sediakan

sebuah Pengurus Bajet yang dijalankan sepenuhnya menggunakan perisian Ms

Excel. Ia mudah, cepat dan tepat! Anda hanya perlu memasukkan data sekali sahaja

dan akan dapat melihat hasilnya secara automatik.

Page 62: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

62

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Pengurus Bajet ini boleh didapati dalam folder <nama folder> dan ia mempunyai 3

halaman utama. Berikut adalah screen shot dan panduan menggunakan Pengurus

Bajet majlis perkahwinan anda.

Halaman 1: Pendapatan

Halaman 2: Perbelanjaan

Klik di sini untuk

ke halaman 2

Page 63: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

63

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Halaman 3: Rumusan

Bagaimanakah cara untuk menggunakan Pengurus Bajet ini?

Caranya mudah sahaja..Anda hanya perlu mengikuti langkah demi langkah yang akan

kami tunjukkan selepas ini. Mula-mula, anda perlu merancang bajet terlebih dahulu.

Langkah 1 : Mengisi anggaran pendapatan.

Buka halaman “Pendapatan”. Isikan jumlah pendapatan tunai yang anda

anggarkan akan diperolehi untuk bajet majlis ini. (Untuk memasukkan jumlah; Klik

pada ruang yang dikehendaki > taip angka (tanpa titik perpuluhan) > tekan Enter).

Lihat contoh di bawah:

Klik di sini untuk

ke halaman 3

Isikan jumlah

di sini

Page 64: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

64

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Lihat! Jumlah keseluruhan pendapatan anda akan keluar secara automatik.

Kemudian, isikan jumlah anggaran pendapatan kredit pada ruangan yang sama di

bahagian bawah.

Dalam kes ini, penganjur majlis tidak bercadang untuk membuat sebarang pinjaman.

Jadi, biarkan sahaja ruangan tersebut kosong.

Page 65: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

65

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Jika anda perasan, di bahagian atas sekali terdapat jumlah pendapatan anggaran yang

dikeluarkan secara otomatik.

Jumlah tersebut ialah jumlah anggaran pendapatan tunai + anggaran

pendapatan kredit (RM 25,000.00 + RM 0.00 = RM 25,000.00)

Langkah 2: Mengisi anggaran perbelanjaan.

Buka halaman “Perbelanjaan”. Sama seperti cara mengisi anggaran pendapatan,

isikan anggaran perbelanjaan yang akan dibuat dalam ruangan yang disediakan.

Lihat contoh di bawah:

Isikan jumlah

di ruang ini

Page 66: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

66

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Di bawah setiap kategori, terdapat jumlah keseluruhan perbelanjaan kategori tersebut

yang dikeluarkan secara automatik.

Setelah anda masukkan kesemua anggaran perbelanjaan untuk setiap kategori,

jumlah keseluruhan anggaran perbelanjaan akan terpapar secara automatik di

bahagian atas halaman.

Klik di sini untuk ke

halaman 2

Klik di sini untuk ke

halaman 2

Page 67: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

67

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Setelah selesai, buka halaman “Rumusan” untuk memastikan jumlah baki wang yang

masih tinggal.

Berdasarkan rumusan di atas, graf menunjukkan bahawa jumlah pendapatan melebihi

jumlah perbelanjaan dan baki wang yang tinggal adalah RM2,150. Ini menandakan

bahawa perbelanjaan dalam bajet ini masih terkawal.

Untuk menghasilkan perancangan bajet yang baik, sentiasa pastikan jumlah

anggaran perbelanjaan anda TIDAK melebihi jumlah anggaran pendapatan.

Namun begitu, kadangkala perkara ini terjadi:

Dalam gambarajah di atas, jumlah anggaran perbelanjaan telah melebihi jumlah

pendapatan. Ini menyebabkan jumlah bakinya dipaparkan dalam bentuk negatif. Jika

hal ini berlaku, anda mempunyai 2 pilihan. Pertama; tambahkan jumlah

pendapatan atau kedua; kurangkan perbelanjaan.

Langkah 3: Print perancangan bajet anda.

Page 68: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

68

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Print dan masukkannya ke dalam Buku Gerak Kerja anda. Tujuannya adalah supaya

anda sentiasa mengikuti perancangan bajet tersebut dan untuk memastikan

perbelanjaan anda tidak over-badget.

Setelah selesai kesemua langkah di atas, boleh lah anda mula membeli-belah.

Dalam syok bershopping, jangan lupa simpan resit barang-barang yang telah dibeli.

Sebab resit-resit tersebut sangat berguna untuk langkah seterusnya.

Langkah 4: Masukkan jumlah pendapatan dan perbelanjaan sebenar.

Menggunakan borang yang sama, isikan jumlah pendapatan sebenar ke ruangan yang

telah disediakan. Lihat contoh di bawah:

Jumlah sebenar tidak semestinya sama dengan jumlah anggaran. Jumlah sebenar

adalah pendapatan yang benar-benar anda perolehi. Sebagaimana contoh di atas,

penganjur sebenarnya tidak bercadang menggunakan kad kredit. Namun dalam situasi

yang sebenar, dia telah menggunakannya.

Cara yang sama turut digunakan untuk mengisi halaman “Perbelanjaan”. Lihat contoh

di bawah:

Isikan jumlah

di sini

Isikan jumlah

di sini

Page 69: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

69

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Katakan pada 30/3/2008, anda telah memasukkan jumlah RM 50 untuk perbelanjaan

bunga pahar. Manakala pada 30/4/2008, anda ingin menambah RM 10 kepada

jumlah tersebut. Caranya begini:

1. Klik pada jumlah sebenar bunga pahar.

Page 70: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

70

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

2. Taipkan di formula bar seperti ini:

3. Tekan Enter. Secara automatik, komputer akan menambahkan jumlah

tersebut.

Dengan menggunakan teknik yang sama, anda boleh menambahkan lebih daripada 1

jumlah. (Contoh : =50+10+10+5+10 > Enter > RM 85.00)

Setelah anda masukkan kesemua perbelanjaan untuk setiap kategori, jumlah

keseluruhan akan terpapar secara automatik di bahagian atas halaman.

Langkah 5: Analisa bajet anda.

Untuk menyemak samada wang anda masih mempunyai baki atau tidak, sila lihat

halaman “Rumusan”.

Page 71: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

71

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Anda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa supaya perbelanjaan yang

dibuat tidak melebihi pendapatan atau baki wang telah bertukar ke jumlah negatif.

Berdasarkan kes ini, penganjur masih mempunyai jumlah baki RM 1,285. Dengan

wang baki ini, penganjur boleh melangsaikan hutang kad kredit yang telah dibuat

sebelum ini.

Bagi anda yang mungkin agak sibuk, masukkan jumlah perbelanjaan yang telah

dibuat pada setiap akhir bulan. Ia hanya memakan masa tidak lebih 15 minit sahaja

(bergantung kepada kuantiti data).

Dengan adanya pengurus bajet ini, secara tidak langsung anda akan dapat

mengelakkan diri daripada dibebani hutang selepas majlis selesai dan mendapat

pelbagai manfaat lagi sebagaimana yang telah dihuraikan di awal bab ini.

Page 72: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

72

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

[PENTING!]

Buat pinjaman untuk perbelanjaan majlis perkahwinan???

Pada masakini, kebanyakan pasangan pengantin memilih untuk membuat pinjaman

daripada bank atau menggunakan kad kredit bagi membeli kelengkapan majlis

perkahwinan. Adakah amalan kewangan seperti ini dibolehkan? Apa kata anda?

Secara peribadi, kami dapat rasakan yang hal ini mungkin boleh menyentuh sensitiviti

sesetengah pihak. Namun begitu, jika ada orang yang bertanyakan pendapat kami,

kami lebih suka katakan yang kami kurang bersetuju dengan amalan ini.

Bagi kami, menganjurkan majlis perkahwinan yang besar bukanlah satu perkara yang

wajib. Nabi saw sendiri tidak pernah membebankan umatnya untuk mengadakan

majlis perkahwinan berdasarkan sabdanya:

“Adakanlah majlis walau hanya dengan seekor kambing”

Oleh itu, adakanlah majlis perkahwinan mengikut kemampuan anda dan

keluarga. Sekiranya seseorang itu terpaksa membuat pinjaman, ini bermakna majlis

tersebut sudah berada di luar kemampuan beliau. Jika begitulah situasinya, adalah

lebih baik sekiranya dianjurkan majlis yang kecil sahaja untuk menjamu sanak

saudara terdekat dan rombongan pengantin yang datang.

Namun begitu, jika keadaan terlalu mendesak sekalipun, pinjamlah wang daripada

mereka yang tidak mengenakan “bunga” seperti ibu bapa atau ahli keluarga. Ini

kerana, implikasi daripada membayar “bunga” pinjaman mungkin boleh menjejaskan

pengurusan kewangan anda selepas berumahtangga nanti. Takut-takut kerana tidak

dapat bayar hutang bank, kita suami isteri pula yang bergaduh. Ini tidak mustahil dan

ianya sudah pun berlaku.

Selain daripada pinjaman bank, salah satu cara pinjaman yang agak popular pada

masakini ialah kad kredit. Bukan tak boleh gunakan kad kredit. Boleeehhh, tetapi

ada caranya. Di sini, kami ingin berkongsi sedikit tip amalan berbelanja

menggunakan kad kredit.

1. Gunakan kad kredit hanya apabila anda mempunyai duit tunai untuk

membayarnya sebaik sahaja penyata bank sampai ke rumah. (bukan selagi

tak sampai had kredit, selagi itulah kad itu digunakan-ini SALAH!)

2. Gunakan kad kredit untuk tujuan keselamatan. (Guna kad kredit kerana

tidak mahu membawa wang tunai yang banyak dalam beg)

3. Bayar hutang kad kredit sepenuhnya (bukan jumlah minimum yang

dicadangkan!) sebelum tarikh tamat tempoh pembayaran. Ini adalah untuk

mengelakkan faedah yang tinggi memandangkan interest kad kredit adalah

faedah pinjaman TERtinggi. Ia boleh mencecah sehingga 18% setahun.

Sekaligus boleh mengelakkan diri daripada terlibat dalam riba‟.

Page 73: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

73

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Tidak kiralah berapa had maksimum kad kredit anda, sekiranya anda mengikuti ke 3-3

tip di atas, anda pasti akan SELAMAT. Amalkan kaedah ini sepanjang hidup anda dan

yang penting, ajarkanlah ia kepada anak-anak dan sesiapa sahaja yang anda kamingi.

(Untuk makluman anda, tip ini telah diajarkan oleh bapa kami )

Kembali bercerita tentang isu pinjaman untuk majlis perkahwinan..

Ketahuilah bahawa, kehidupan selepas perkahwinan boleh jadi LEBIH panjang

daripada kehidupan sebelumnya. Kita akan perlukan LEBIH banyak sumber kewangan

sewaktu itu, seperti membayar pinjaman kereta, rumah, perbelanjaan sara hidup,

anak-anak dsb. Jika awal-awal perkahwinan lagi sudah dibelenggu dengan pelbagai

jenis hutang, masakan hidup kita akan senang. Hari-hari kira hutang. Kalau tak dapat

bayar, kereta kena tarik, orang bank sibuk cari kita sehingga ke lubang cacing, nama

di blacklist dan macam-macam masalah akan timbul..

~~Hmm..tak syok laa kahwin yang macam tu..betul tak?

Maaflah sekiranya pendapat kami terhadap isu ini agak ekstrem. Bukan maksud kami

hendak menakut-nakutkan anda, akan tetapi isu ini sememangnya isu yang sangat

SERIUS. Fikirkanlah perkara ini sebaik mungkin kerana kami tidak mahu anda merana

di kemudian hari.

Sekiranya pada hari ini anda tidak mampu untuk menganjurkan majlis yang besar,

(maklumlah orang baru grad Universiti atau baru dapat kerja) - Satu idea daripada

kami, anda buat majlis kecil-kecilan sekarang dan tangguhkan majlis yang besar 5

tahun atau 10 tahun lagi..Maksud kami, anda akan realisasikan majlis

perkahwinan impian anda berdua dalam majlis ulangtahun perkahwinan yang

ke-5 atau ke-10. Mungkin pada masa itu, kedudukan kewangan anda sudah stabil

dan rezeki anda semakin bertambah. Jadi bolehlah anda mengadakan majlis yang

lebih meriah dan dapat menjamu lebih ramai tetamu pada masa itu. Tak gitu?

Justeru, marilah sama-sama kita hayati erti perkahwinan yang sebenar. Kita tidak

mahu kisah “rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi” berlaku kepada diri kita.

Lakukan perkara yang wajib dan jalankan perkara sunat mengikut kemampuan diri

masing-masing. Insya Allah dengan amalan kewangan yang betul, kita akan bahagia

di hari kemudian. Amin.

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 5:

Rancangkan belanjawan Majlis Perkahwinan Impian anda dalam Pengurus Bajet.

Page 74: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

74

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Langkah 6

“Tindakan”

Setelah perancangan demi perancangan dibuat dalam langkah sebelum ini, tibalah

masanya untuk bertindak! Hmm..kerja mana harus dimulakan dahulu ye? “Nak pergi

shopping dulu ke..atau nak tempah mak andam dulu?” Ahaks!! Anda tidak perlu

pening kepala..ikut sahaja panduan yang telah kami sediakan dalam langkah ini.

Perlu ditekankan bahawa, tindakan yang dibuat tanpa perancangan akan membuatkan

anda berasa tertekan. Ia boleh mengakibatkan anda berasa pening dan penat kerana

banyak lagi perkara-perkara kecil yang belum dibuat. Lebih membimbangkan lagi, jika

masa semakin suntuk.

Justeru itu, bagi mengelakkan perkara ini terjadi, anda perlu merancang setiap

tindakan anda dengan baik menggunakan dua lampiran ini, iaitu Perancang Gerak

Kerja dan Kalendar Gerak Kerja. Kedua-dua lampiran ini akan membantu anda

untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lebih teratur dan sistematik.

Perancang Gerak Kerja digunakan untuk menyemak apakah persiapan yang harus

dibuat pada setiap bulan. Secara tidak langsung, anda sudah pun menetapkan

deadlines (tarikh akhir) untuk diri anda. Sekiranya anda dapat mengikutinya secara

konsisten, anda pasti tidak akan menggelabah di saat-saat akhir.

Selain itu, anda juga boleh mencatat tindakan yang sudah selesai dibuat. Tindakan

mencatat atau menandakan kerja yang sudah dibuat, boleh menyenangkan hati anda.

Lebih banyak melihat tanda selesai ( ) dalam Perancang Gerak Kerja anda, semakin

lebarlah senyuman anda.

Setelah anda mengetahui apakah yang perlu dilakukan pada bulan tersebut,

masukkan tindakan tersebut ke dalam Kalendar Gerak Kerja mengikut tarikh-tarikh

yang sesuai dengan anda. Sebagai contoh, dalam Perancang Gerak Kerja, apabila

masuk bulan ke-5 sebelum majlis, anda dijadualkan untuk menempah jurufoto dan

juruandam.

Dalam Kalendar Gerak Kerja pula, tuliskan “tempah juruandam” pada minggu ke 2,

dan “tempah jurufoto” pada minggu ke-3. Jika anda memasukkan setiap perancangan

ke dalam kalendar pada setiap akhir bulan, apabila masuk sahaja bulan seterusnya,

anda sudah tahu bilakah hendak melakukan tindakan 1, 2, 3, dan seterusnya.

Jika anda mempunyai kurang daripada 6 bulan sebelum majlis, jangan panik! Mulakan

sahaja persiapannya secepat yang boleh. Yang penting, elakkan kekalutan di saat-saat

Page 75: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

75

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

akhir (sebagaimana yang sering dilakukan oleh kebanyakan bakal pengantin). Apa

yang boleh dilakukan awal, jangan dilengahkan lagi! Lakukan segera. Lebih cepat,

lebih bagus! Untuk kerja-kerja yang memakan masa yang lama (seperti membuat

cenderahati tetamu), lakukan setiap hari sedikit demi sedikit.

Dalam senarai di bawah, terdapat sesetengah bulan yang mempunyai kerja yang

sangat banyak. Namun jika diteliti, sebahagian kerja yang disenaraikan boleh

disiapkan dalam masa sehari seperti “mengesahkan tempahan kek, juru andam dsb”.

Oleh itu, jika semua kerja pada bulan itu telah berjaya disiapkan, jangan terus

berhenti. Mulakan pula tugasan pada bulan seterusnya meskipun belum tiba masanya

lagi. Macam kami kata tadi, “lebih cepat, lebih bagus!”

Berikut adalah ringkasan cara menggunakan dua lampiran ini:

1. Pastikan anda telah menyiapkan senarai semak semua keperluan anda di

dalam langkah 4.

2. Berdasarkan senarai tersebut, semak senarai Perancang Gerak Kerja di

bawah. Mana yang tidak diperlukan, potong. Manakala yang diperlukan tetapi

tiada dalam senarai, tambahkan.

3. Rancang dan catatkannya dalam Kalendar Gerak Kerja bilakah tarikh yang

sesuai untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

4. Kemudian, bertindaklah mengikut perancangan yang telah dibuat dan

panduan yang telah disediakan.

5. Setelah selesai tugas tersebut, tandakan ( ) dalam kotak yang disediakan.

Rujuk Buku Gerak Kerja untuk mendapatkan salinan Perancang Gerak Kerja anda.

Page 76: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

76

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

PERANCANG GERAK KERJA

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:

Pilih tarikh dan waktu bernikah.

Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.

Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.

Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.

Tetapkan tema majlis.

Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.

Rancang aturcara majlis.

Uruskan bajet.

Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam

Hubungi saksi pernikahan

Pilih tempat kursus perkahwinan.

Tempah lokasi majlis berlangsung.

Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.

Pilih juruandam.

Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.

Pilih katerer.

Pilih jurufoto dan juruvideo.

Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.

Pilih cincin pernikahan.

Pilih kumpulan persembahan.

Pilih kek pengantin.

Bincang rekaan baju.

Bincang barang hantaran.

Pilih penggubah hantaran.

Rancang destinasi bulan madu

Rancang tempat tinggal selepas berkahwin.

Page 77: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

77

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:

Himpunkan senarai tetamu.

Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)

Tempah destinasi bulan madu.

Tempah juruandam.

Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.

Tempah pengacara majlis / DJ (termasuk PA sistem).

Tempah katerer.

Tempah jurufoto dan juruvideo.

Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis.

Tempah cincin perkahwinan.

Tempah kek pengantin.

Tempah kumpulan persembahan.

Tempah penginapan untuk tetamu.

Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.

Tempah penggubah hantaran.

Beli barang hantaran.

Hadiri kursus perkahwinan.

Buat pemeriksaan kesihatan.

Buat rawatan muka.

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:

Pilih dan tempah kad jemputan.

Sediakan peta lokasi.

Beli cincin perkahwinan.

Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.

Tempah atau beli rozet untuk ahli keluarga dan penanggah.

Tinjau gerak kerja pereka pakaian.

Tinjau lokasi majlis.

Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.

Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).

Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah.

Bayar deposit (jika perlu).

Page 78: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

78

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:

Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat

Agama Negeri masing-masing.

Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.

Sahkan tempahan pakej juruandam.

Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.

Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.

Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.

Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.

Sahkan tempahan kek pengantin.

Sahkan tempahan kumpulan persembahan.

Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.

Sahkan tempahan percutian bulan madu.

Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).

Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.

Buat tempahan untuk melakukan spa.

Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.

Pilih senarai lagu / nasyid.

Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.

Mula membungkus cenderahati tetamu.

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:

Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.

Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.

Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis

perkahwinan.

Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.

Cetak aturcara majlis.

Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.

Mengaturkan sesi pengambaran di studio.

Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.

Rancang kedudukan tempat duduk tetamu.

Page 79: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

79

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

SEBULAN SEBELUM MAJLIS:

Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.

Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.

Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.

Buat rawatan muka dan badan.

Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.

Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.

Sediakan hiasan meja.

Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.

Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.

Berlatih senyum setiap hari.

DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:

Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar

Pernikahan.

Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.

Serahkan permohonan cuti kepada majikan.

Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.

Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.

Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.

Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).

Mula kemas beg untuk bulan madu.

Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan

profesional perkahwinan dalam sampul surat.

Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:

Pastikan anda sudah bercuti.

Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima.

Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.

Sahkan semua perincian dengan katerer.

Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).

Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.

Page 80: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

80

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Buat rawatan muka dan badan yang terakhir.

Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.

Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).

Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.

Buat raptai untuk majlis resepsi.

Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

SEHARI SEBELUM MAJLIS:

Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.

Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.

Pakai inai di jari.

Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN:

Bangun awal dan mandi sunat.

Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.

Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.

Lalui majlis dengan penuh gembira!

Page 81: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

81

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

KALENDAR GERAK KERJA

Untuk mendapatkan pelbagai jenis kalendar, anda hanya perlu muat turun (download)

secara percuma daripada mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan

ini. Salah satu laman web yang kami cadangkan ialah:

http://www.vertex42.com/ExcelTemplates/excel-calendar-template.html

Di sini, anda akan menjumpai pelbagai jenis kalendar yang boleh didapati secara

PERCUMA! Antaranya ialah: Excel Calendar Template. Lihat screenshot ini:

Sebaik sahaja anda download kalendar ini (yang hanya memakan masa beberapa saat

sahaja ), anda akan dapat file winzip yang mengandungi kalendar 2007, 2008,

2009 dan 2010.

Double-click @ buka file yang berkaitan dengan tempoh gerak kerja anda. Contoh:

tarikh majlis perkahwinan: 15 April 2008 dan gerak kerja anda bermula daripada

Oktober 2007 sehingga 15 April 2008. Jadi, kalendar yang anda perlu buka

hanyalah kalendar 2007 dan 2008 sahaja.

Pilih bulan Oktober 2007, Nov 2007, Dis 2007, Jan 2008, Feb 2008, Mac 2008 dan

April 2008. Print kalendar-kalendar ini dan masukkan ia ke dalam Buku Gerak Kerja

anda. (Anda boleh print terus dan isikannya secara manual atau anda boleh isi aktiviti

anda terlebih dahulu kemudian baru print).

Untuk pengetahuan anda, teknologi kalendar digital ini sentiasa berubah mengikut

peredaran semasa. Makin hari, makin canggih! Anda tidak semestinya memilih

kalendar yang kami cadangkan di atas. Pilihlah mana-mana kalendar yang

memudahkan kerja anda. Untuk kami, kami selesa dengan kalendar di atas. Sebab itu

kami mengesyorkannya.

Yang paling penting, gunakan kalendar gerak kerja ini secara maksimum. Anda akan

dapati, sewaktu anda print kalendar ini semangat anda datang berkobar-kobar.

Page 82: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

82

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Teruskan semangat ini secara konsisten! Ikut sahaja panduan yang kami berikan di

awal langkah 6 ini. Rancang, rancang, rancang aktiviti anda. Selepas merancang,

lakukan TINDAKANnya. InsyaAllah, anda akan berjaya!

Hmm..nampaknya banyaknya kerja yang perlu dilakukan ye! Bolehkah anda

lakukannya seorang diri? Tentu tidak, kan..Untuk mengetahui cara untuk

mengurangkan beban kerja dan mendapat rehat yang cukup, teruskan membaca

langkah seterusnya!

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 6:

Isikan senarai perancangan kerja Majlis Perkahwinan Impian anda dan

kalendarnya dalam Buku Gerak Kerja.

Page 83: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

83

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Langkah 7

“Bahagikan Tugas”

Mengikut kebiasaan, kebanyakan pengantin Melayu (orang biasa) lebih suka menjadi

perancang majlis perkahwinan sendiri. Faktor yang paling ketara ialah kerana bajet

yang terhad untuk mengupah perunding majlis perkahwinan.

Tidak mengapa jika anda mahu merancang majlis perkahwinan sendiri. Dengan

merancang majlis sendiri, anda akan memperoleh satu kepuasan yang luar biasa!

Namun ia tidak bermakna, anda perlu lakukan kesemua kerja seorang diri.

Jangan sesekali membebankan diri dengan persiapan perkahwinan, sehingga tidak

mahu minta bantuan orang lain kerana takut menyusahkan. Ini tidak benar! Terdapat

raaamai orang yang menyayangi anda. Sudah tentu mereka dengan senang hati ingin

membantu untuk membuat persediaan hari paling bahagia dalam hidup anda.

Dengan sedikit kebijaksanaan membahagikan tugas, anda akan dapat

menenangkan hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang remeh-temeh. Inilah

rahsia kejayaan perancangan majlis yang sistematik. Namun begitu, masih ada

beberapa perkara yang anda boleh lakukannya sendiri, dan ada juga perkara-perkara

yang anda perlu minta bantuan orang lain iaitu ahli keluarga, saudara-mara, jiran

tetangga atau kawan-kawan.

Tugas yang kami maksudkan di sini adalah kerja-kerja selain daripada tugas yang

telah diagihkan kepada perkhidmatan profesional majlis perkahwinan. Contoh

tugasannya ialah, memasang papan tanda, menghubungi pihak Pendaftar Nikah dsb.

Dari sudut pelaksanaan, tugas-tugas sebelum majlis perkahwinan lebih mudah jika

diagihkan kepada orang-orang yang terdekat dengan anda. Seperti: ibubapa dan

adik beradik. Bahagikanlah kerja dengan bijak. Ini kerana bebanan tugas yang terlalu

banyak tidak harus diberikan kepada ibubapa (lebih-lebih lagi yang telah lanjut usia).

Dalam langkah sebelum ini, kami menyarankan anda agar membuat persiapan setiap

hari sedikit demi sedikit (terutama bagi kerja yang memakan masa yang lama seperti

membungkus cenderahati tetamu). Untuk mempercepatkannya lagi, agihkanlah

barang-barang tersebut kepada adik beradik atau kawan-kawan yang tinggal

berdekatan. Atau anda boleh tetapkan satu hari untuk berkumpul, dan lakukannya

beramai-ramai. Tentu seronok dan cepat siap!

Page 84: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

84

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Namun begitu, kebanyakan tugas yang anda boleh berikan kepada orang lain adalah

merangkumi tugas-tugas yang perlu dilakukan 1 hari sebelum majlis dan semasa

majlis sedang berlangsung.

Tugasan 1 hari sebelum majlis melibatkan kerja-kerja menyiapkan barang yang

tidak tahan lama seperti bunga telur, hantaran makanan dan menyembur wangian

potpuri. Oleh sebab pada masa itu, ramai saudara mara dan jiran sudah berkumpul

untuk bergotong royong, elok sangat jika anda minta bantuan mereka untuk

menyiapkannya. Lagipun, anda perlu memastikan perkara-perkara lain dan berinai

pada hari tersebut.

Manakala sewaktu majlis sedang berlangsung, anda MESTI membahagikan tugas

kepada orang lain. Jangan pula anda sibuk berurusan dengan katerer atau jurufoto

pada hari tersebut. Sediakan untuk setiap 1 perkhidmatan, 1 orang pembantu (dari

pihak anda). Pembantu ini akan berurusan dengan pihak tersebut, membantu jika

terdapat sebarang masalah, dan melangsaikan baki upah.

Apa yang penting, berikan tugas kepada orang yang anda percayai boleh

melakukannya dengan baik. Caranya, tempah atau maklumkan kepada mereka

seawal mungkin. Mudah sahaja..Tanya pada mereka adakah mereka sanggup

melakukan tugas tersebut untuk anda. (JANGAN amalkan tabiat “bagi tahu last

minute” atau “kita cekup je mana yang datang hari tu” – haa.. kalau tak ada orang

datang tolong masa hari terakhir tu, sape nak jawab cik kak? Termenung saje la

nanti..).

Jika mereka setuju, terangkan kepada mereka secara jelas apakah kehendak

anda untuk tugas-tugas berikut. Bagi memudahkan individu yang membantu anda,

berikan aturcara majlis dan panduan melaksanakan tugas kepada mereka.

TIP membahagikan tugas!

Bahagikan tugas mengikut kumpulan-kumpulan seperti: keperluan asas

pengantin, pengurusan tempat, makanan dsb.

Lantik seorang ketua untuk setiap kumpulan dan senaraikan nama

pembantu-pembantunya.

Senaraikan tugas sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan dan

tuliskan nama pembantu yang akan melaksanakan tugasan tersebut.

Berikan salinan senarai tugas ini kepada ketua kumpulan dan terangkan

tugas-tugas ahli kumpulannya dengan terperinci.

Ketua kumpulan akan memberikan taklimat tugasan kepada ahli

kumpulannya sebelum majlis bermula dan memastikan semua pembantu

menjalankan tugas mereka.

Page 85: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

85

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Mari kita senaraikan dan bahagikan tugas-tugas yang perlu dibuat mengikut kategori

dalam senarai semak keperluan: sebelum, semasa dan selepas majlis. Rujuk Buku

Gerak Kerja untuk mendapatkan salinan anda.

Keperluan Asas Pengantin

Nama ketua:

Nama pembantu:

TUGASAN TINDAKAN

SE

BELU

M

Prosedur Pernikahan

Menghadiri kursus Perkahwinan

Menghubungi Pendaftar Nikah dan saksi

Pemeriksaan kesihatan

Menghantar borang Permohonan Pernikahan

Busana Pengantin

Pereka Pakaian

Aksesori pengantin

Andaman

Tempah jurusolek / juruandam

Menyiapkan bunga pegang

Menghias bilik pengantin

Menghias pelamin

Menyewa pintu gerbang

Hantaran

Tempah penggubah hantaran

Membeli barang hantaran

Menyewa dulang

Bulan Madu

Menempah penginapan & pengangkutan

(letakkan nama-nama yang telah ditugaskan untuk

menjalankan setiap tugasan

dalam ruangan ini)

Page 86: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

86

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

SE

MA

SA

Andaman

Memakaikan inai

Menata rias pengantin

Pengapit pengantin

Menjaga kebajikan pengantin sepanjang majlis

Menjaga barang berharga

Menjadi “mata kedua” untuk pengantin

SE

LE

PA

S

Tiada tugas khas. Tolong bantu kumpulan lain.

Pengurusan Tempat

Nama ketua:

Nama pembantu:

TUGASAN TINDAKAN

SE

BELU

M

Menempah lokasi

Menempah kanopi

Mengupah penghias tempat

Menyewa meja dan kerusi

Menyewa keperluan teknikal

Menyediakan meja, kerusi dan hiasannya

Menyediakan kawasan tetamu berehat/berbual-bual

Menyedia dan memasang papan tanda (petunjuk

arah lokasi majlis)

Memasang bunga manggar

Memastikan semua barang yang dipinjam/disewa

sampai pada masanya

(letakkan nama-nama yang telah

ditugaskan untuk menjalankan

setiap tugasan dalam

ruangan ini)

SE

MA

SA

Mengemas meja makan

Memastikan lokasi majlis sentiasa bersih (luar dan

dalam kawasan)

Page 87: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

87

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

SE

LE

PA

S

Memastikan semua peralatan teknikal yang

dipinjam/disewa dipulangkan dalam keadaan baik

Memastikan lokasi ditinggalkan dalam keadaan yg

bersih.

Makanan

Nama ketua:

Nama pembantu:

TUGASAN TINDAKAN

SE

BELU

M

Menempah katerer / kumpulan gotong-royong

Menentukan menu

Menempah pencuci mulut

Menempah kumpulan penanggah

Menyediakan hidangan makan beradab

Menyediakan makanan untuk kumpulan gotong

royong

Mengambil kek

(letakkan nama-nama yang telah ditugaskan untuk

menjalankan setiap tugasan

dalam

ruangan ini)

SE

MA

SA

Menjemput tetamu ke meja makan

Memastikan makanan sentiasa cukup

Melayan pengantin di meja makan

Melayan rombongan pengantin di meja makan

Melayan tetamu di meja makan

Mengemas meja makan

SE

LE

PA

S

Memastikan semua peralatan makanan yang

dipinjam/ disewa dipulangkan dalam keadaan baik

Mengagihkan makanan kepada kumpulan gotong

royong dan jiran-jiran.

Page 88: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

88

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Protokol

Nama ketua:

Nama pembantu:

TUGASAN TINDAKAN

SE

BELU

M

Cara Jemputan

Menyediakan senarai tetamu

Menempah kad jemputan

Mengedarkan kad jemputan

Majlis Resepsi

Menempah perunding majlis perkahwinan

Menempah pengacara

Melantik penyelaras majlis

Memaklumkan kepada semua orang yang terlibat

dalam protokol majlis

Raptai majlis resepsi

(letakkan nama-

nama yang telah ditugaskan untuk

menjalankan setiap tugasan

dalam ruangan ini)

SE

MA

SA

Mengacarakan majlis

Memastikan semua aturcara berjalan lancar

Berurusan dengan pengacara majlis

Membacakan doa

Memberi ucapan

Membuat persembahan

Menyambut tetamu di pintu masuk

Mengiring tetamu kehormat

Memastikan rombongan pengantin diberi layanan

yang terbaik

SE

LE

PA

S

Tiada tugas khas selepas majlis resepsi. Tolong bantu

kumpulan lain.

Page 89: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

89

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Cenderahati

Nama ketua:

Nama pembantu:

TUGASAN TINDAKAN

SE

BELU

M

Membeli/menempah cenderahati tetamu

Membungkus cenderahati

Menyediakan bunga pahar dan bunga manggar

Membeli/membuat rozet untuk ahli keluarga dan

penanggah

Memastikan semua cenderahati berada di lokasi

sebelum majlis bermula

(letakkan nama-

nama yang telah ditugaskan untuk

menjalankan setiap tugasan

dalam ruangan ini)

SE

MA

SA

Mengedarkan cenderahati kepada rombongan

pengantin

Mengedarkan cenderahati kepada tetamu

SE

LE

PA

S

Mengagihkan baki cenderahati dan bunga pahar

kepada kumpulan gotong royong

Memastikan semua peralatan yang dipinjam

dipulangkan dalam keadaan baik

Rakaman Memori

Nama ketua:

Nama pembantu:

TUGASAN TINDAKAN

SE

BELU

M

Menempah jurufoto

Menempah juruvideo

(letakkan nama-

nama yang telah ditugaskan untuk

menjalankan setiap tugasan

dalam ruangan ini)

SE

MA

SA

Merakamkan memori dalam bentuk foto dan video

(seperti yang dinyatakan dalam panduan jurufoto dan

juruvideo)

Page 90: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

90

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

SE

LE

PA

S

Mencuci gambar

Menyiapkan album pengantin

Menyunting video

Hiburan Nama ketua:

Nama pembantu:

TUGASAN TINDAKAN

SE

BELU

M

Menempah DJ dan sistem P.A

Menempah kumpulan kompang

Menempah kumpulan marhaban

Memilih lagu

Menyediakan persembahan multimedia

Menyewa/meminjam segala keperluan teknikal yang

diperlukan dalam setiap persembahan.

(letakkan nama-nama yang telah

ditugaskan untuk menjalankan

setiap tugasan dalam

ruangan ini)

SE

MA

SA

Menyelia sistem audio

Menyelia persembahan multimedia

Menyelia kumpulan yang membuat persembahan

SE

LE

PA

S

Memastikan semua peralatan yang dipinjam/disewa

dipulangkan dalam keadaan baik.

Page 91: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

91

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Penginapan

Nama ketua:

Nama pembantu:

TUGASAN TINDAKAN

SE

BELU

M

Menyewa/mengatur penginapan untuk tetamu yang

datang dari jauh.

Menempah hotel untuk keluarga rombongan

pengantin.

Menyediakan kelengkapan tidur (selimut, bantal dsb.)

untuk para tetamu.

(letakkan nama-

nama yang telah ditugaskan untuk

menjalankan setiap tugasan

dalam ruangan ini)

SE

MA

SA

Memastikan semua tetamu dapat menginap dengan

selesa.

Memastikan penginapan rombongan pengantin dalam

keadaan baik.

SE

LE

PA

S

Memastikan semua tetamu dapat menginap dengan

selesa.

Pengangkutan Nama ketua:

Nama pembantu:

TUGASAN TINDAKAN

SE

BELU

M

Menyewa/mengatur pengangkutan yang diperlukan

sewaktu majlis pernikahan dan resepsi.

Menempah/menyewa pengangkutan untuk ke majlis

bertandang.

(letakkan nama-nama yang telah

ditugaskan untuk menjalankan

setiap tugasan

dalam ruangan ini)

SE

MA

SA

Memandu kereta pengantin.

Menyelia pengangkutan untuk kanak-kanak dan

warga emas (sekiranya perlu)

Page 92: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

92

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

SE

LE

PA

S

Memastikan semua kenderaan yang dipinjam/disewa

dipulangkan dalam keadaan baik.

TIP! Anda boleh..

perincikan lagi setiap tugasan mengikut keperluan majlis anda.

senaraikan seberapa banyak pembantu untuk satu kumpulan.

tugaskan lebih daripada satu individu untuk setiap tugasan.

letakkan nama anda dalam mana-mana tugasan, kecuali untuk tugasan

semasa & selepas majlis.

[Peringatan] Setiap ketua kumpulan perlu mempunyai 1 salinan tugasan

kumpulan dan 1 salinan panduan penyelaras majlis (highligtkan tugas mereka

dalam panduan tersebut). Rujuk contoh panduan penyelaras majlis dalam Buku Gerak

Kerja.

Berikut adalah senarai pendek semua pembantu khas yang akan mengendalikan

petugas-petugas daripada perkhidmatan profesional perkahwinan, pada hari majlis

berlangsung. Boleh jadi mereka adalah ketua kumpulan-kumpulan di atas, atau ahli

kumpulan. Tugas-tugas mereka ialah:

Menunjuk arah lokasi majlis (di mana mereka boleh mulakan kerja dsb.)

Memastikan petugas perkhidmatan menjalankan tugas mereka,

Menjaga kebajikan (cth:jika ada yang perlu dijemput makan, pastikan dia

makan)

Membuat pembayaran baki (jika perlu)

PEMBANTU KHAS UNTUK PERKHIDMATAN PROFESIONAL MAJLIS

PERKAHWINAN

Perkhidmatan Profesional

Majlis Perkahwinan

Pembantu Khas

Penolong Pendaftar Perkahwinan

Juruandam

Pembuat hantaran

Pembuat cenderahati

Pengurusan lokasi (kanopi/dewan)

(letakkan nama-nama yang telah ditugaskan untuk

menjalankan setiap tugasan dalam

ruangan ini)

Page 93: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

93

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Penghias lokasi

Katerer

Penangggah

Kek

Pengacara Majlis / DJ

Kumpulan Kompang

Kumpulan Persembahan

Jurufoto dan Juruvideo

Penginapan tetamu

Pengangkutan

*Dapatkan salinan anda dalam Buku Gerak Kerja.

Anda boleh memberikan lebih daripada satu perkhidmatan kepada seorang

pembantu, kerana secara amnya tugas pembantu khas ini hanya memantau petugas

perkhidmatan tersebut (seperti katerer, penanggah dan kek). Namun, ada orang

profesional yang memerlukan pembantu khas setiap masa (seperti juruvideo) . Jadi

untuk orang seperti ini, seorang pembantu untuk setiap perkhidmatan.

[Peringatan!]

Pastikan anda sentiasa menjalinkan hubungan yang baik dengan semua pihak yang

membantu anda. Mereka inilah tulang belakang majlis anda. Tanpa mereka, mungkin

majlis impian anda hanya tinggal dalam angan-angan. Lebih bermakna sekiranya anda

dapat memberikan hadiah yang istimewa kepada mereka sebagai tanda penghargaan,

sejurus selepas majlis berakhir. Tentu mereka akan pulang dengan senang hati.

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 7:

Sediakan senarai tugasan pembantu Majlis Perkahwinan Impian anda dalam

Buku Gerak Kerja.

Page 94: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

94

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Langkah 8

“Periksa, semak.. lagi & lagi”

Fuhh..! lega rasanya apabila semua kerja telah dibereskan. Alhamdulillah! Tinggal

tunggu beberapa hari sahaja sebelum majlis perkahwinan. Hmm..tak sabar

rasanya,kan?

Namun, dalam saat-saat terakhir (sebelum melangkah ke majlis perkahwinan), masih

ada perkara penting yang tidak boleh ditinggalkan. Antaranya ialah, anda perlu

membuat follow-up. Tujuannya adalah untuk mengetahui perkembangan terkini

kesemua syarikat perkhidmatan perkahwinan dan para pembantu yang telah

ditempah.

Selain itu, anda juga boleh mengingatkan mereka tentang perkara-perkara yang

penting. Maklumlah, tempahan sudah dibuat 4 – 5 bulan sebelum majlis. Tak mustahil

kalau ada yang terlupa..Betul tak?

Tapi..siapa yang harus anda follow-up dan apakah yang perlu ditanyakan kepada

mereka? Untuk mempercepatkan lagi urusan anda, kami telah senaraikan segala

maklumat yang anda perlukan. Dapatkan salinan anda dalam Buku Gerak Kerja.

Pihak yang perlu

dihubungi

Perkara-perkara penting yang perlu dipastikan

Penolong Pendaftar Nikah

(jurunikah)

- Sahkan kembali tarikh, masa dan tempat pernikahan

- Sahkan jumlah bayaran yang perlu disediakan untuk

kadhi& saksi

- Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

2 orang saksi

- Sahkan kembali tarikh, masa dan tempat pernikahan

- Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

Wali

- Sahkan kembali tarikh, masa dan tempat pernikahan

- Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

Pereka busana

- Sahkan tarikh untuk ambil pakaian

- Sahkan jumlah baki bayaran

Page 95: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

95

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Juruandam

- Sahkan tarikh berinai

- Pastikan aksesori apa yang disediakan untuk

mengetahui apa yang masih diperlukan

- Tetapkan tarikh percubaan solekan

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Pemilik spa

- Sahkan tarikh dan masa temujanji untuk membuat

rawatan muka dan badan

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Penghias pelamin

- Sahkan tarikh dan masa pasang pelamin

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Penghias bilik pengantin

- Sahkan tarikh dan masa menghias bilik pengantin

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Pengapit

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

- Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

Jemputan

- Semak jemputan yang masih belum dijemput

- Sahkan kehadiran (jika perlu)

Pengiring tetamu

- Pastikan dia telah tahu siapa yang harus diiringi

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

- Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

Pengacara majlis / DJ

- Tanya jika ada sebarang masalah dengan skrip

- Sahkan tarikh, masa dan lokasi raptai majlis

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

Penyelaras majlis

- Tanya jika ada sebarang masalah dengan panduan

yang disediakan

- Bincangkan tarikh dan masa yang sesuai untuk

membuat taklimat kepada tenaga kerja

- Sahkan tarikh, masa dan lokasi raptai majlis

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

Katerer

- Sahkan jumlah tetamu yang terkini dan menu yang

telah dipersetujui

- Sahkan tarikh dan masa caterer akan membawa

barang-barang keperluan ke lokasi majlis

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Penanggah

- Sahkan jumlah penanggah yang boleh hadir

Page 96: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

96

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

- Tetapkan masa berkumpul untuk taklimat sebelum

memulakan tugas

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Jurufoto

- Sahkan kembali pakej yang diambil

- Tanya jika ada sebarang masalah dengan panduan

yang disediakan

- Sahkan hari,masa dan tarikh pengambaran

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Juruvideo

- Sahkan kembali pakej yang diambil

- Tanya jika ada sebarang masalah dengan panduan

yang disediakan

- Sahkan hari,masa dan tarikh rakaman

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Kedai bunga / penghias

lokasi

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

- Sahkan kembali pakej yang diambil

- Sahkan tarikh dan masa menghias bermula

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Kedai kek

- Sahkan nama pengantin

- Sahkan tarikh kek akan diambil/dihantar

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Kumpulan persembahan

- Tanya persediaan setakat ini

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Penghias hantaran

- Sahkan tarikh hantaran yang siap dihias boleh diambil

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Pembuat cenderahati

- Sahkan tarikh cenderahati yang siap dihias boleh

diambil

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Lokasi majlis

(khemah/dewan/hotel)

- Sahkan tarikh dan masa pasang khemah / mula

persiapan dewan

- Sahkan kelengkapan yang disediakan

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Pemandu kenderaan

pengantin

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

- Tetapkan tempat dan waktu bertemu

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Penginapan tetamu

- Sahkan kembali tarikh daftar masuk dan keluar

Page 97: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

97

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

penginapan tetamu

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Percutian bulan madu

- Sahkan tempahan yang dibuat sebelum ini

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Perunding majlis

perkahwinan

- Sahkan pakej yang diambil

- Tanya jika ada sebarang masalah dengan persetujuan

sebelum ini

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Semua pembantu semasa

majlis

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

- Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

- Sahkan tarikh, masa dan lokasi raptai majlis

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi taklimat

TIP! Jika sewaktu anda hubungi mereka..

1. ~mereka tidak jawab panggilan telefon. Cuba hubungi lagi pada masa yang

lain. Jika dalam masa 2 hari anda terus hubungi mereka dan masih tiada jawapan,

pergi segera ke kedai mereka.

2. ~mereka sibuk. Minta dia hubungi anda secepat mungkin apabila dia free. Jika

dalam hari yang sama dia tidak hubungi anda, hubunginya pada keesokan hari.

3. ~seseorang menyatakan yang dia tidak dapat hadir ke majlis anda. Tolong

sediakan penggantinya secepat mungkin (jika perlu).

4. ~mereka kata, ada masalah laa..Minta mereka ceritakan, kalau boleh

diselesaikan - selesaikan terus. Jika tidak, tetapkan temujanji secepat mungkin

untuk menyelesaikan masalah tersebut.

5. ~mereka kata, OK! Tiada sebarang masalah. Pesan kepada mereka, jika

terdapat sebarang perubahan atau masalah, sila maklumkan secepat mungkin

kepada anda atau ibubapa anda.

6. ~mereka kata, OK, jumpa di sana! Pesan pada mereka, jaga diri baik-baik!

Selain daripada follow-up, anda juga mestilah mempunyai back-up plan sekiranya

sesuatu perkara yang tiada dalam perancangan terjadi. (Perkara ini telah kami

sebutkan di bahagian awal buku ini). Bukan sahaja untuk acara, malah orang pun

perlu kan back-up. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang memainkan peranan yang

besar di dalam majlis, seperti: pengerusi majlis & penyelaras majlis.

Kenapa kami selalu ingatkan perkara ini? Sebab kejadian ini telah berlaku dalam

majlis perkahwinan kami sendiri! Penyelaras majlis kami tidak dapat hadir di saat-saat

Page 98: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

98

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

akhir kerana ada kecemasan. Nasib kami baik kerana kami tergerak hati untuk siap

sediakan penyelaras majlis (simpanan). Alhamdulillah, akhirnya semua acara berjalan

dengan lancar.

Habis cerita tentang back-up. Kita cerita pula tentang one-man’s-head….

Sekiranya kebanyakan maklumat penting berada dalam kepala anda sahaja (seperti

maklumat berkaitan jurunikah, jurufoto, katerer dsb.), toloooonglah ceritakan

kepada orang lain. Individu tersebut adalah orang yang akan menjadi penyelaras

majlis atau ibu bapa dan adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda percayai

boleh bertanggungjawab ke atasnya. Dengan perkongsian maklumat ini, sedikit

sebanyak akan memudahkan mereka untuk menyelesaikan sebarang masalah yang

mungkin akan timbul semasa majlis berlangsung (memandangkan anda tidak boleh

diganggu pada masa tersebut).

Antara perkara terpenting yang perlu dilakukan di saat-saat akhir ini ialah, raptai

majlis resepsi. Dengan adanya raptai, anda akan mendapat gambaran masalah-

masalah yang mungkin akan timbul sewaktu majlis berlangsung.

Selain itu, ia juga penting kerana penyelaras majlis akan memberikan taklimat

berkenaan keseluruhan aturcara majlis perkahwinan kepada semua pihak yang

terlibat. Sebab itulah kami minta anda untuk ceritakan maklumat-maklumat penting

kepada penyelaras majlis mengikut apa yang perlu diketahuinya. Kerana bermula

sahaja raptai, anda telah pun menyerahkan tugas menguruskan majlis kepada dia

(penyelaras majlis).

Sebaik sahaja selesai raptai, semua individu akan mengetahui tugas mereka

secara lebih spesifik. Minta mereka menanyakan apa jua soalan jika terdapat

sebarang permasalahan. Kebaikannya ialah, jawapan kepada soalan tersebut mungkin

akan meleraikan tanda tanya orang-orang lain yang turut berada di situ. Jadi, anda

tidak perlu menjawab soalan yang sama berulang kali.

Antara individu yang patut berada sewaktu raptai majlis ialah..

1. Pengerusi majlis

2. Penyelaras majlis

3. Tuan rumah / ibubapa

4. Pengantin

5. Pengapit

6. Juruvideo / jurufoto

7. Pengurus bahagian teknikal spt sistem PA

8. Semua ketua kumpulan pembantu

9. dan sesiapa sahaja yang dirasakan perlu…

Setiap ketua kumpulan pembantu juga berperanan untuk menceritakan aturcara

majlis dan setiap tugasan secara spesifik kepada ahli kumpulan mereka. Anda perlu

membekalkan salinan bertulis - panduan penyelaras majlis dan tugasan

kumpulan kepada semua ketua kumpulan.

Page 99: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

99

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Untuk memastikan semua acara berjalan dengan lancar, penyelaras majlis mungkin

perlu memberikan taklimat ringkas sekali lagi kepada semua pembantu majlis 2-3

jam sebelum majlis bermula.

TIP taklimat yang efektif!

Untuk memudahkan semua pembantu (terutama bagi yang belum ke lokasi

majlis) memahami keadaan sebenar, penyelaras majlis akan melukiskan

gambarajah susun atur lokasi di atas papan putih yang telah disediakan.

Ceritakan perjalanan aturcara majlis perkahwinan satu persatu, dan apa

yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan.

Untuk perincian tugas, penyelaras majlis akan meminta semua pembantu

merujuk kepada ketua kumpulan masing-masing.

Sebutkan nama ketua setiap kumpulan dan pembantu-pembantunya.

Supaya semua pembantu anda mengenali ahli kumpulan masing-masing.

Pohon jasa baik mereka untuk membantu kumpulan lain yang mungkin

memerlukan pertolongan semasa majlis sedang berlangsung.

Sebutkan nama-nama individu (selain anda) yang boleh dihubungi, jika

terdapat sebarang masalah.

Akhir sekali, jangan lupa untuk ucapkan terima kasih di atas segala pertolongan

mereka dan minta mereka tunggu sebentar selepas majlis (kerana anda ingin

memberikan hadiah istimewa yang masih menjadi rahsiaaa).

Kesimpulannya, ada beberapa tindakan susulan yang perlu dilakukan dalam langkah

ini iaitu:

1. Buat follow-up

2. Sediakan backup plan

3. Ceritakan maklumat penting kepada orang yang boleh dipercayai

4. Membuat raptai majlis resepsi

5. Mengadakan taklimat kepada semua pembantu

Untuk mengelakkan anda terlepas pandang walau satu tugasan sekali pun, cuba

semak kembali Perancang Gerak Kerja dan Senarai Semak Keperluan anda. Baca

senarai tersebut berulang kali dan lihat apakah tugasan yang masih perlu dibuat.

Kalau anda lihat dalam langkah ini sahaja, masih banyak perkara yang perlu dilakukan

di saat-saat akhir. Oleh itu, pesan kami, jangan tangguhkan kerja anda. Mana-

mana tugasan yang boleh disiapkan awal, lakukannya seawal mungkin. Ia baik untuk

mengelakkan stress.

Jika sampai ke satu tahap, anda berasa sangat tertekan, cuba kawal diri anda. Tarik

nafas…kemudian,lepas(buat berulang kali). Sentiasa berikan senyuman kepada

Page 100: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

100

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

tetamu yang datang untuk menolong anda sebelum majlis berlangsung. Dengan

melihat keramahan dan senyuman anda, mereka akan rasa terhibur dan gembira

membantu anda.

Seelok-eloknya, pada 1-2 hari sebelum majlis, anda telah siapkan segala

tugasan di atas kerana sebaik sahaja melangkah masuk ke hari majlis perkahwinan,

anda perlu fokus pada persiapan diri dan melayan para tetamu sahaja. Kesemua

tugas-tugas lain MESTI diserahkan kepada para pembantu anda.

Satu lagi perkara yang cukup penting di saat-saat akhir ini ialah, sentiasalah jaga

diri. Pesan juga kepada ahli keluarga anda dan para pembantu untuk berhati-hati

terutama sekali ketika memandu kenderaan. Amalkan pemanduan cermat. Elakkan

kemalangan! Bacalah doa sebelum naik kenderaan. InsyaAllah kita akan dilindungi

oleh Nya.

Akhir sekali, seorang sahabat baik kami pernah berpesan. Antara kejayaan sesebuah

majlis perkahwinan itu ialah dengan menunaikan solat hajat pada setiap hari

(seelok-eloknya 40 hari sebelum majlis berlangsung).

Menurutnya, ada sesetengah orang yang menganjurkan majlis, makanannya

banyak~tapi orang tak datang. Ada juga yang tetamunya ramai~tapi makanan tak

cukup pula. Kesimpulannya, semua perkara berada di luar bidang kuasa kita. Sebab

itulah kita mesti memohon pertolongan daripada yang Maha Berkuasa.

Dengan paduan usaha dan doa yang berterusan, insyaAllah jiwa kita akan lebih

tenang menghadapi apa sahaja rintangan. Dan yang lebih menarik lagi, semua urusan

kita akan dipermudahkan dan dengan izinNya, majlis kita akan berjalan dengan

lancar. Amin.

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 8:

Ini adalah tindakan yang terakhir, baca kesemua kandungan Buku Gerak Kerja.

Buat semakan terakhir untuk Majlis Perkahwinan Impian anda. Pastikan semua

tugasan anda telah disiapkan dan semua pembantu telah mengetahui tugas

masing-masing sebelum hari majlis perkahwinan.

Page 101: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

101

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Langkah 9

“Bergembiralah!”

Sampai sahaja ke langkah 9 ini, tugas anda hanyalah bergembira! Anggaplah,

hari ini adalah hari perkahwinan anda yang telah ditunggu-tunggu selama ini. Inilah

hari paling bersejarah dalam hidup anda. Bergembiralah!

Anda nak tahu apakah yang akan dilalui sepanjang hari majlis perkahwinan anda?

Haa..begini ceritanya…

Di awal hari majlis perkahwinan anda..

Bangun pagi – solat subuh dan mandi sunat. Segarkan tubuh anda dengan

aroma yang dapat membangkitkan mood kerana hari ini akan “panjang”!

Sarapan dengan makanan yang membekalkan tenaga (untuk mengelakkan

“rama-rama berterbangan dalam perut”) .

Pastikan busana dan aksesori pengantin telah disediakan (sebaik-baiknya

siapkan semua perkara sebelum anda tidur malam semalam).

Semak Buku Gerak Kerja. Minta pembantu anda memeriksa kembali perkara-

perkara yang harus disiapkan pagi ini.

Make-up dan tukar pakaian.

Bergambar secara solo atau dengan pasangan. Jika bersama pasangan,

pastikan anda telah pun dinikahkan, tau!

Semasa majlis pernikahan..

Mendengar kadhi membacakan khutbah nikah.

Akad nikah.

Solat sunat selepas nikah.

Upacara membatalkan air sembahyang.

Penyerahan cincin dan maskahwin.

Bersalaman dengan ibu bapa, mertua dan para tetamu.

Sesi fotografi.

Page 102: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

102

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Semasa majlis resepsi ..

Majlis berjalan mengikut aturcara yang telah dirancangkan.

Lebih bermakna, jika anda berdua dapat memberikan ucapan.

Kekalkan keserian wajah pengantin. Senyum sokmo!

Semasa jamuan makan..

Bersalaman dengan tetamu.

Beramah mesra dengan tetamu. (Pengantin sekarang bukan hanya duduk di

atas pelamin sahaja, kena la “mesra tetamu” supaya semua tetamu anda

sukeeee )

Mengucapkan terima kasih atas kesudian menghadirkan diri.

Sesi fotografi bersama keluarga dan kawan-kawan.

Bergembiralah! Kerana anda telah bekerja keras untuk menjayakannya.

Di akhir hari tersebut..

Anda baru tersedar yang anda telah pun berada bersama insan terkaming!

Sentiasa ambil berat akan keperluannya (tidak kira samada anda suami/isteri).

Sentiasa bersopan, cantik dan menarik. Elakkan memakai baju T dan berkain

batik pada malam tersebut.

Bergembiralah dalam majlis khas bersama keluarga yang telah banyak

membantu anda! Senyum, senyum dan senyum! (walaupun sangat penat)

Ucapkan terima kasih..lagi dan lagi. Gembirakan mereka yang telah berusaha

keras untuk anda. Berikan cenderahati (jika ada).

Nikmati malam pertama anda.. ZZZzzzzzz

Setelah membaca cerita di atas, kami harap anda dapat membayangkan gambaran

sebenar majlis yang akan berlangsung nanti. Melihatkan jadual anda yang agak padat

pada hari tersebut, anda perlukan lebih tenaga dan stamina. Jika perlu ambil

makanan tambahan, ambillah seelok-eloknya sebelum hari majlis lagi. Ini adalah

untuk memastikan sistem badan anda telah imun dengan makanan tambahan

tersebut.

Memang ada perkara-perkara yang kami tidak tuliskan dalam senarai semak, namun

anda harus sediakannya. Misalnya, pakaian untuk majlis khas bersama keluarga,

pakaian untuk malam pertama dan lain-lain lagi. Jika anda takut terlupa perkara-

perkara kecil seperti itu, catatkannya dalam senarai semak anda. Catat jangan

tak catat….!!

Teruskan bacaan anda ke langkah seterusnya (episod terakhir dalam buku ini)….

Page 103: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

103

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Langkah 10

“Selesaikan Tugas”

Haa! Jangan ingat habis sahaja majlis, anda boleh senang-senang “cuci kaki”.

Masih ada tugas yang harus diselesaikan. Antara tugas-tugasnya ialah:

Pastikan anda telah pun mengucapkan syukur kepada Allah. Jika belum,

ucaplah “Alhamdulillah” sekarang.

Pastikan ibu bapa anda berada dalam keadaan yang baik dan telah mendapat

rehat yang cukup.

Pastikan semua pembantu anda berada dalam keadaan baik dan telah

mendapat cenderahati mereka.

Pastikan semua pihak telah menerima wang bayaran sepenuhnya.

Pastikan semua keperluan yang dipinjam dan disewa telah dikembalikan

kepada tuannya.

Hantarkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir melalui

surat, emel, friendster atau SMS.

Hubungi mereka yang anda tidak sempat ucapkan terima kasih atau berikan

cenderahati sewaktu majlis berlangsung.

Pastikan tiada pihak yang berkecil hati dengan anda (terutama jika anda tidak

dapat melayan mereka sewaktu majlis). Jika anda rasa -ada-, mohon maaf

kepada mereka. InsyaAllah, dengan mudah mereka akan memaafkan anda.

Tanya kepada ibu bapa dan adik beradik anda, jika ada perkara-perkara

yang masih belum selesai lagi.

Peruntukkan sehari dua untuk menziarahi ahli keluarga terdekat

(seperti: bapa dan ibu saudara sebelah ibu/bapa). Tujuannya adalah untuk

menghargai bantuan yang mereka berikan dan memperkenalkan pasangan

anda (dengan lebih dekat) kepada mereka.

Jika semua perkara di atas telah selesai, barulah ringan sikit beban di kepala anda.

Ambillah peluang keemasan ini untuk pergi berbulan madu. Bolehlah anda

merehatkan diri daripada segala kepenatan yang dialami sejak 8-12 bulan yang lalu.

Di samping itu, inilah masanya untuk berdua-duaan dengan pasangan anda. Sure tak

akan kena tangkap basah! Jadikan bulan madu anda sebagai kenangan manis yang

tidak dapat dilupakan. Jangan terlepas segala memori yang telah dicipta bersama.

Page 104: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

104

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Sebab itu, anda mesti bawa kamera atau perakam video. Dan jangan lupa bawa

salinan sijil nikah sekali..

Cukuplah setakat ini kesemua 10 langkah bijak merancang majlis perkahwinan anda.

Seterusnya adalah kesimpulan (mengikut kronologi) tindakan yang harus diambil

untuk merancang sebuah majlis perkahwinan. Tidak lupa juga, bonus untuk anda

yang tidak mempunyai masa yang lama untuk membuat persiapan. Anda boleh

mengikuti panduan durasi yang dicadangkan untuk setiap fasa.

Fasa 1

Membuat segala perancangan asas – termasuk: Matlamat, Keutamaan, Tarikh,

Lokasi majlis, Anggaran bajet dan tetamu jemputan.

>>Durasi: Tidak lebih daripada 5 hari.

Fasa 2

Melakar aturcara majlis akad nikah & majlis perkahwinan.

>>Durasi: Tidak lebih daripada 2 hari.

Fasa 3

Menyediakan senarai semak keperluan mengikut kategori dan menguruskan bajet dengan lebih spesifik.

>>Durasi: Tidak lebih daripada 1 minggu

Fasa 4

Survey dan buat tempahan Penolong Pendaftar Pernikahan dan Perkhidmatan

Profesional Perkahwinan. Kemudian, beli, sewa, pinjam dan sediakan segala kelengkapan yang diperlukan.

>>Durasi: Tidak lebih 1 bulan

Fasa 5

Membuat jemputan.

>>Durasi: Tidak lebih 1 bulan.

Page 105: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

105

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

Fasa 6

Melantik pembantu dan membahagikan tugas

>>Durasi: Tidak lebih 1 minggu

Fasa 7

Follow-up semua pihak yang terlibat untuk persiapan sebelum dan semasa majlis.

>>Durasi: Tidak lebih 1 minggu

Fasa 8

Bergembiralah di majlis perkahwinan anda!

Durasi keseluruhan: Tidak lebih 90 hari / 3 bulan

Durasi ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Kami sama sekali tidak menjamin

dengan tempoh masa sependek ini anda boleh menghasilkan majlis perkahwinan yang diimpikan.

Ke mana sahaja anda pergi, pasti anda akan dapati semua pakar perunding

perkahwinan menasihatkan agar memulakan persiapan seAWAL mungkin. Ini

kerana, tabiat melengah-lengahkan kerja mungkin boleh membawa masalah besar

kepada anda. Jadi, cepat-cepatlah..Elakkan ketegangan di saat-saat akhir!

Buku ini belum tamat lagi…sambung baca penutup ye…

Page 106: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

106

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

PENUTUP

Di samping membuat persiapan fizikal, persiapan rohani juga tidak boleh diabaikan.

Maklumlah, majlis perkahwinan hanya sehari sahaja. Tetapi, kehidupan

berumahtangga berlangsung untuk bertahun-tahun lamanya. Kalau boleh, mahu

sehingga ke hujung nyawa lah. Buat persediaan untuk menempuh alam

rumahtangga sebaik mungkin sebagaimana anda membuat persiapan majlis.

Fahami dan hayati tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri. Pelajari tip-tip

mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. Jadikan diri anda seorang yang istimewa.

Bukan sekadar sebagai suami atau isteri, tetapi juga sebagai seorang pendengar yang

baik, sahabat yang setia dan pasangan yang romantis.

Ingatlah bahawa, institusi perkahwinan yang kukuh akan dapat melahirkan generasi

yang berguna untuk masa hadapan. Mulakanlah perkahwinan kita dengan cara yang

diredhai dan disukai oleh Allah, kerana tanpa keredhaan dari-Nya masakan mungkin

kita mampu untuk membentuk keluarga yang aman dan bahagia.

Jika ada sebarang masalah atau cubaan, jangan takut jangan gentar. Hadapinya

dengan sabar dan sentiasalah mohon doa kepada Allah kerana doa itu adalah senjata

terhebat orang mukmin. Percayalah, “Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati

akan tenang.” (Ar Ra’dhu:28)

Akhir kata daripada kami, semoga anda berjaya menganjurkan majlis perkahwinan

IMPIAN dan seterusnya berjaya membina mahligai IMPIAN di dunia dan di akhirat.

Selamat Pengantin Baru!

Ps: Kongsilah kegembiraan anda dengan kami! Hantarkan gambar perkahwinan anda

beserta mesej atau komen ke [email protected]. Gambar dan mesej yang

terpilih akan dipaparkan dalam laman web kami.

TAMAT

Page 107: 10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda · PDF file-Panduan mencari pendapatan sampingan: Perkahwinan sememangnya ... Sebelum bercerita tentang matlamat, kami mahu mengajukan

107

10 Langkah Bijak Merancang Majlis Perkahwinan Anda

BIODATA PENULIS

Team ImpianPengantin.com terdiri dari mereka yang terlibat secara langsung dan

berpengalaman luas di dalam industri perkahwinan tempatan. Kami pernah terlibat

secara langsung sebagai rakan rasmi Pameran Pengantin Malaysia pada tahun 2008

dan 2009 dan juga beberapa acara penting perkahwinan di Malaysia.