1.0 Penulisan Akademik

10
1.0 Penulisan Akademik i) Bincangkan sejauh mana guru prasekolah berjaya melaksanakan standard-standard pembelajaran dalam Tunjang Fizikal dan Estetika – Kreativiti. Nilaikan pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru. Seterusnya, cadangkan persekitaran bilik darjah yang membolehkan kanak-kanak untuk berimaginasi, mengeluarkan idea, meneroka, memanipulasi bahan dan mereka cipta sesuatu dengan bebas tanpa halangan. Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia. Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat” Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan 1

description

1.0 Penulisan Akademik

Transcript of 1.0 Penulisan Akademik

1.0 Penulisan Akademiki) Bincangkan sejauh mana guru prasekolah berjaya melaksanakan standard-standard pembelajaran dalam Tunjang Fizikal dan Estetika Kreativiti. Nilaikan pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru. Seterusnya, cadangkan persekitaran bilik darjah yang membolehkan kanak-kanak untuk berimaginasi, mengeluarkan idea, meneroka, memanipulasi bahan dan mereka cipta sesuatu dengan bebas tanpa halangan.Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance.Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan. Perkembangan Kreativiti merangkumi Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Drama dan Gerakan Kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak ini diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.Fokus Seni Visual adalah pada aplikasi seni, eksperisi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Eksperisi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain.Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvasi, dan apresiasi muzik.Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk memain peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.Aktviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain.Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma iaitu penyataan yang diterima umum dan menjadi asa kepada sesuatu huraian. Seterusnya, pendekatan merupakan satu kumpulan, andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa (Kamarudin Hj.Husin, 1988). Playing and learning merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam pendekatan pengajaran guru prasekolah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar (Bustam Kamri 2004;Putri Zabariah 2005). Sebagai bakal guru prasekolah, banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk melaksanakan sesebuah sesi pembelajaran dan pengajaran yang bermakna dan mengembirakan bagi kanak-kanak. Contohnya guru seharusnya mengamalkan pendekatan pengajaran seni yang pelbagai. Ia boleh daripada pendekatan bersepadu, gabung jalin mahupun bertema. Ketika mengajar, guru perlu, pertama, memberi peluang, kebebasan dan masa secukupnya untuk meneroka bahan seni dan hasil seni tanpa sebarang penilaian awal oleh guru. Kedua, apabila tiba masa untuk berbincang tentang hasil seni mereka, fokuskan apa yang hendak dibincangkan. Ketiga, apabila murid tidak dapat menghasilkan sesuatu lukisan atau kerja seni dengan baik, guru perlu membantu dan yang keempat, guru berbincang dan memberikan rasional mengenai apa yang dilukis atau dihasilkan oleh murid.Ketika melakar, murid-murid mungkin gemar menggunakan krayon atau pensel warna dan semakin perkembangan mereka meningkat, apabila mereka boleh mengawal pergerakan motor halus dan koordinasi mata mereka, mereka lebih cenderung menggunakan berus dan warna air. Semakin meningkat, murid-murid akan menggunakan gam, kertas warna, bahan semula jadi, bahan terbuang dan sebagainya. Pemilihan bahan dan kepelbagaian bahan dapat merangsang minda dan seterusnya menggalakkan kreativiti mereka dalam penghasilan sesuatu hasil seni.Seorang guru juga perlu mempelbagaikan strategi dalam mengajar pendidikan muzik dan pergerakan kreatif bagi menggabungkan kecenderungan semula jadi dan latihan otot-otot.Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. Mereka berhak diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka, dan menggunakan sepenuhnya potensi mereka. Sebagai ibu bapa, kita boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka. Meskipun kreativiti tidak boleh diajar, kita boleh menyediakan persekitaran dan merancang aktiviti-aktiviti yang boleh meransang pemikiran kreatif kanak-kanak.

Feldman (1991) menyatakan kanak-kanak belajar secara semulajadi. Mereka ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara-perkara baharu. Mungkin antara cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui bermain. Di samping aktiviti ini juga membolehkan mereka terlibat dalam mengaktifkan gaya pembelajaran mereka yang semulajadi. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti belajar melalui permainan, mereka terlibat dengan aktiviti yang mereka gemarkan. Semasa aktiviti bermain ini terdapat beberapa perkembangan yang dapat dipupuk seperti; Perkembangan kognitif, bahasa dan fizikal Kestabilan emosi Kreativiti kanak-kanak Perkembangan dan kemahiran sosial Memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanakNor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) mengketogerikan pembelajaran yang bersandarkan aktiviti permainan kepada empat jenis. Keseimbangan diantara aktiviti bermain dan belajar merupakan rangka kerja yang penting dalam membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Terdapat empat jenis permainan yang dikenal pasti iaitu : Permainan solitary Permainan parallel Permainan associative Permainan cooperative

ii) Anda boleh mendapat maklumat dengan meninjau secara pemerhatian di prasekolah ataupun menemubual guru yang dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui perkongsian pintar.Melalui temubual bersama Cikgu Ong Kiat Yin sebagai guru panitia Pendidikan Muzik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jagoh beliau telah mengajar Pendidikan Muzik selama 5tahun lebih. Beliau telah menyatakan keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka. Guru seharusnya sentiasa menggunakan cara pergerakan. Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.Cikgu Ong mengatakan suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik.Cikgu Ong juga mengatakan bahan bantu mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Terdapat tiga jenis bahan bantu mengajar iaitu ;

i) Bahan bantu mengajar bukan elektronik Papan tulis Buku teks Papan Pamer Fail tegak dan bahan bacaan Gambarii) Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik Overhead projektor (OHP ) Slide Radio Televisyen dan VCR Tayangan filem Komputeriii) Bahan bantu mengajar bercorak pengalamanBahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran. Ini dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan murid-murid secara langsung. Peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik.

Guru prasekolah tersebut juga berkongsi dengan saya bahawa ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) murid. Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:a) Kaedah keseluruhan lagub) Kaedah baris demi barisc) Kaedah solfegeKaedah keseluruhan lagu sesuai untuk mengajar lagu pendek. Kaedah baris demi baris kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikuti dengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu. Kaedah solfege dengan isyarat tangan kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem do bergerak (movable do) yang mana pic do bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic do ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic do ialah not D. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik.

Bertemu bual dengan Guru Prasekolah Ong Kiat YinMasa : 930am (Waktu Rehat)Tempat : Pejabat GuruJawatan : Guru Panitia Pendidikan Muzik

Buku rujukan Pendidikan Muzik

8