10 WAJAH BARU SUNGAI KLANG - selangorkini.my · bangkit berhubung makanan di kantin. Katanya,...

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 24 Februari - 3 Mac 2017, 27 Jamadilawal - 5 Jamadilakhir 1438 BERITA PENUH MUKA � TAKZIAH ALMARHUM HAJJAH Che Tom Yahaya 1935-2017 SEMOGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA DAN DITEMPAT- KAN DALAM KALANGAN ORANG- ORANG YANG BERIMAN Y.A.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI DAN KELUARGA DI ATAS PEMERGIAN BONDA TERCINTA WAJAH BARU SUNGAI KLANG WAJAH BARU SUNGAI KLANG 10 BERITA PENUH MUKA � HIJRAH salur durian runtuh

Transcript of 10 WAJAH BARU SUNGAI KLANG - selangorkini.my · bangkit berhubung makanan di kantin. Katanya,...

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 24 Februari - 3 Mac 2017, 27 Jamadilawal - 5 Jamadilakhir 1438

BERITA PENUH MUKA �

TAKZIAH

ALMARHUM HAJJAHChe Tom Yahaya

1935-2017

SEMOGA ALLAH SWT

MENCUCURI RAHMAT

KE ATAS ROHNYA DAN DITEMPAT-

KAN DALAM KALANGAN ORANG-

ORANG YANG BERIMAN

Y.A.B. DATO’ SERI

MOHAMED AZMIN ALI DAN

KELUARGA DI ATAS PEMERGIAN

BONDA TERCINTA

WAJAH BARU SUNGAI KLANGWAJAH BARU SUNGAI KLANG

10BERITA PENUH MUKA �

HIJRAH salurdurian runtuh

Utama2 SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

SHAH ALAM - Pihak sekolah di-gesa memainkan peranan lebih tegas dalam memantau kualiti dan harga makanan dijual di kantin, kata Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman.

Beliau berkata, kebiasaan-nya setiap sekolah mempunyai jawatankuasa dianggotai guru bagi memastikan tiada isu ber-bangkit berhubung makanan di kantin.

Katanya, sekolah perlu me-mastikan dua aspek berkenaan berada pada tahap baik dan ber-patutan sesuai dengan perbelan-jaan purata pelajar.

“Jika didapati harga mahal, sekolah boleh ambil tindakan sewajarnya supaya perkara itu dapat dikawal begitu juga jika didapati tidak sepadan dengan nilai ditawarkan, maka tindakan sama juga boleh diambil.

Pantau harga makanan kantin

SHAH ALAM - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal dihadapi dipandang serius parti pembangkang khususnya PAKATAN dalam misi mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN).

Kerjasama semua pihak ti-dak terkecuali parti di luar PAKA-TAN turut ditagih dan usaha ke arah itu sedang dijalankan bagi mewujudkan persefahaman ku-kuh antara pembangkang.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei ber-kata, pihaknya mengalu-alukan langkah itu termasuk daripada PAS kerana ia terbukti menghasil-kan keputusan positif kepada PAKATAN dalam dua PRU terda-hulu.

“Kesediaan PAS untuk berta-rung dalam PRU-14 secara satu lawan satu sangat dialukan dan wajar disokong sepenuhnya. Sesungguhnya, satu lawan satu adalah formula terbaik yang ter-bukti berkesan dalam laluan menuju Putrajaya.

“Ia berhasil seperti dilalui dalam PRU-12 dan PRU-13 bila PAKATAN menafikan majoriti dua pertiga BN,” katanya kepada Se-langorKini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda itu mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Se-langor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung kesediaan parti berkenaan menjalin kerjasama dengan gabungan pembang-kang bagi memastikan Kerajaan Selangor sedia ada kekal dalam PRU akan datang.

“Bagi mengekalkan PAS dalam

Sambut baik satu lawan satu

Shuhaimi Shafiei

Segera daftar undi

Sebelum hadapi PRU-��

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA - Warganegara berumur 21 tahun dan ke atas perlu mendaftar sebagai pe-milih sebelum 31 Mac ini jika in-gin mengundi jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlang-sung, pada September ini.

Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, ia ekoran proses pew-artaan setiap pendaftar baru lazimnya memakan masa selama enam bulan.

“Cuma mereka yang mendaf-tar sebelum 31 Mac ini boleh

mengundi dalam PRU-14 jika ia diadakan pada September ini.

“Justeru, mustahak untuk mer-eka yang belum mendaftar ber-buat demikian secepat mungkin di pejabat pos terdekat,” katanya ketika sidang media di Pejabat BERSIH 2.0 di Eight Avenue, di sini, pada 21 Februari lalu.

Pada masa sama, beliau turut menggesa pengundi yang su-dah mendaftar membawa ahli keluarga dan rakan yang belum berbuat demikian ke pejabat pos berhampiran.

Shahrul berkata, hal itu kera-na mengundi dalam pilihan raya

adalah hak paling berkuasa bagi rakyat dalam sistem demokrasi.

"Ia juga adalah pendekatan paling terus membawa perubah-an bagi memastikan suara rakyat tidak diabaikan," katanya.

Terdahulu, BERSIH 2.0 mel-ancarkan kempen Bulan Daftar Mengundi (kempen U) yang ber-langsung sepanjang Mac ini den-gan menyasarkan kira-kira em-pat juta pengundi berkelayakan yang belum mendaftar.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan PRU-14 bakal diadakan pada September ini.

sistem pentadbiran di Selangor dan beberapa negeri lain, me-reka akan turut terbabit dengan penubuhan blok pembangkang dalam usaha menumbangkan BN,” kata Ahmad Yunus yang juga Exco negeri.

Bagaimanapun, beliau me-ngakui PAS agak sukar mengekal-kan kedudukan itu ekoran se-nario politik berbeza di Selangor ketika ini serta kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil di Sun-gai Besar dan Kuala Kangsar yang membuktikan pertembungan lebih dua penjuru tidak mengun-tungkan.

Shuhaimi berkata, pembang-kang perlu terus mencari titik pe-nyelesaian dalam perkara itu bagi merealisasikan hasrat bersama.

“Langkah permuafakatan an-tara parti pembangkang dalam memastikan strategi satu lawan satu adalah satu kemestian ditun-tut untuk direalisasikan sepenuh-nya.

“Tindakan bijak ini perlu dilak-sanakan dengan penuh hikmah dan berhemah bagi menum-bangkan BN,” katanya.

Tiada jaminan Rohingya tidak tertindasSHAH ALAM - Tiada jaminan et-nik Rohingya di Myanmar tidak akan tertindas walaupun kera-jaan negara itu mengumumkan gerakan pemberontakan diha-puskan selama empat bulan.

Presiden Majlis Perundin-gan Pertubuhan Islam Malay-sia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hal itu kerana dasar menindas, diskriminasi dan penghapusan etnik masih berter-usan serta dilanjutkan sehingga kaum itu pupus.

Katanya, Mapim berpendapat operasi itu dihentikan hanya satu fasa sahaja sedangkan ia sudah kerap dilakukan atas nama kes-elamatan dan menjadikan etnik terbabit sasaran pembunuhan.

“Operasi tentera Myanmar itu lebih terserlah sebagai operasi pembersihan etnik bukan mem-buru pemberontak,” katanya

dalam kenyataan.Mengulas lanjut, Mohd Azmi

berkata, lebih 70,000 orang me-larikan diri merentas sempadan Bangladesh dan lebih 20,000 kini menjadi pelarian tanpa ke-diaman di negeri Rakhine.

“Kami berpendapat Myanmar masih gagal menyakinkan du-nia untuk mengatasi isu keraky-atan, justeru operasi digabung dengan puak esktremis Buddhis nasionalis sering melancarkan serangan operasi pembersihan etnik.

“Kerajaan Myanmar dituntut melaksanakan siasatan bebas berkenaan penafian dan pelang-garan hak manusia seperti ter-kandung dalam resolusi Myan-mar yang memberi kerakyatan penuh kepada minoriti Mus-lim Rohingya serta kebebasan bergerak di negara itu,” katanya.

“Dengan kawalan dan peman-tauan sekolah, isu berbangkit seperti harga mahal, makanan tidak berbaloi dan sedih dapat dielakkan,” katanya.

Mohd Yusof berkata, Kemen-terian Pendidikan Malaysia (KPM) juga boleh memainkan peranan terbabit jika sekolah tidak me-

ngambil sebarang tindakan.“Jika sekolah gagal pantau

makanan di kantin mereka, KPM perlu masuk campur dan pasti-kan tiada masalah kerana tidak mahu isu ini mengganggu pela-jar dan sedikit sebanyak mem-beri kesan kepada pembelajaran mereka,” katanya.

Utama3SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG - Ibu Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali iaitu Che Tom Yahaya meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Pa-kar KPJ Damansara disebabkan se-rangan angin ahmar, jam 2.14 pagi, pada 18 Februari lalu.

Sebelum ini, Allahyarham Che Tom dilaporkan kritikal selepas mengalami serangan angin ahmar, sejak 10 Oktober lalu.

DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah selain be-berapa pimpinan tertinggi yang tu-rut hadir termasuk Ketua Pembang-kang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Exco Kerajaan Negeri yang turut hadir adalah Dato' Iskandar Abdul Samad, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi serta Dato’ Teng Chang Khim.

Jenazah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Klang Gate, di sini, iaitu 50 meter dari ke-diamannya, pada jam 11.15 pagi, hari yang sama dan Mohamed Az-min sempat merakamkan peng-hargaan kepada semua pihak yang terbabit membantu urusan penge-bumian jenazah.

“Saya bagi pihak keluarga ingin merakamkan penghargaan kepa-da semua yang hadir untuk mem-bantu menyempurnakan urusan pengebumian bonda saya.

“Kami bersyukur urusan ini dapat disempurnakan sebaiknya. Bagi pihak keluarga, saya ingin memohon jika ketika hayat, bonda saya ada melakukan kesilapan atau terlanjur kata, maafkan bonda saya dan diharapkan semoga perjalanan rohnya selamat dan mendapat rah-mat Allah SWT.

“Sama-sama kita doakan semo-ga rohnya mendapat husnul khati-mah dan dianugerahkan syurga penuh nikmat,” katanya sebak.

Belasungkawa

Ibu MB pulang ke rahmatullah

AMPANG - Majlis tahlil dan ba-caan doa selamat ibu Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Allahyarham Che Tom Yahaya di kediamannya di Klang Gate, di sini, dihadiri lebih 200

hadirin termasuk ahli keluarga, pimpinan negeri dan masyarakat setempat, pada 18 Februari lalu.

Majlis dimulakan dengan solat Isyak berjemaah sebelum dite-ruskan dengan solat hajat, bacaan

Yaasin dan disudahi dengan ba-caan doa selamat.

Antara pimpinan tertinggi tu-rut hadir termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Orang ramai dan kenamaan sertai majlis tahlil

Sebelum ini, Allahyarham Che Tom dilaporkan kritikal selepas mengalami serangan angin ahmar, sejak 10 Oktober lalu

103002-H

Utama4 SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

Pencemaran Sungai Semenyih

Bentang laporan dalam Sidang DNS Mac OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pili-han Khas Pengurusan Sumber Air Negeri Selangor (JPK-SAS) akan membentangkan penyata lapo-ran berhubung punca dan kesan pencemaran Sungai Semenyih dalam sidang Dewan Negeri Se-langor (DNS), akhir Mac ini.

Pengerusinya, Ng Sze Han berkata, segala laporan dan sa-ranan dikemukakan pihak serta agensi berkaitan dalam sesi tak-limat itu akan dikaji secara ter-perinci bagi melengkapkan pe-nyata berkenaan.

"Semua agensi antaranya Air Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Per-bandaran Kajang (MPKj) sudah memberi taklimat lengkap ber-hubung perkara ini.

"Jawatankuasa akan meng-kaji dan membincangkan-nya dalam mesyuarat akan datang sebelum diputus dan dikemukakan dalam sidang DNS," katanya kepada Sela-ngorKini, di sini, pada 14 Feb- ruari lalu.

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat JPK-SAS berkenaan punca dan kesan pencemaran Sungai Semenyih yang berlaku, pada Oktober ta-hun lalu.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Negeri Kinrara itu berkata, pi-haknya berpandangan usaha berterusan perlu dilakukan bagi penambahbaikan perkara ter-babit dalam usaha menangani-nya daripada berulang.

"Jawatankuasa berpanda-ngan masih terdapat ruang dalam penambahbaikannya dan segala saranan diberi akan diambil kira," katanya.

iClean Selangor � mudahkan pemantauanSHAH ALAM - Aplikasi iClean Selangor 2 yang dipantau terus melalui kaedah 'real time monitoring' oleh sebuah 'Command Centre' boleh dimuat turun di App Store pada suku tahun ini bagi meningkatkan medium aduan rakyat.

Sistem yang mampu mengesan lo-kasi aduan untuk memudahkan pe-mantauan dan mempercepatkan tin-dakan pematuhan itu sebelum ini hanya boleh dimuat turun di Google Play Store.

Pengurus Besar KDEBWM, Ram-li Mohd Tahir berkata, aduan yang diterima sehari melalui aplikasi itu berkurangan setiap bulan, sejak dilan-carkan Julai tahun lalu.

"Hal itu kerana, kontraktor yang di-lantik menyelesaikannya dalam masa 24 jam," katanya.

Katanya, setakat Januari, 40 aduan diterima berbanding Ogos lalu (244).

Ia juga mencatatkan penurunan se-tiap bulan iaitu Ogos (244), September (123), Oktober (73), November (50), Di-sember (47) dan Januari lalu (40).

"KDEBWM berjaya menyelesaikan 100 peratus masalah kutipan sisa do-mestik di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kadar kutipan sampah juga meningkat dan mencecah 650 hingga 700 tan sehari," katanya.

KDEBWM turut menerima aduan penduduk setempat melalui telefon, whatsapp, sms, e-mel, faks dan sistem aduan rakyat Slangor.

Beliau berkata, pihaknya akan mula mengambil alih kutipan pembersihan awam di 19 kawasan MPK membabit-kan sapuan jalan, potong rumput, sam-pah kebun, sampah pukal dan pasar.

Sementara itu, katanya, KDEBWM kini dalam penilaian untuk memperoleh pensijilan standard antarabangsa ISO.

STARS (26 ADUAN), 65.0%

CALL (11 ADUAN),27.5%

EMAIL (1 ADUAN), 2.5%

SMS (ADUAN), 0.0%

WHATSAPP (2 ADUAN), 5.0%

APP (0 ADUAN), 0.0%

STATISTIK PERATUSAN MEDIUM ADUAN

Sumber: Centralized Command Center

MB puas hati prestasi KDEBWMKLANG - Komitmen Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Ma-nagement (KDEBWM) yang direali-sasikan dalam usaha pengurusan sisa pepejal di Majlis Perbandaran Klang (MPK) dipuji.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keberkesanan itu dapat dilihat menerusi prestasi kutipan sisa pepejal dan maklum balas rak-yat yang berpuas hati dengan perkhidmatan itu.

“Maklum balas yang diterima amat baik. Malah, aduan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke-pada saya turut berkurangan dan difahamkan aduan setiap hari se-makin menurun dengan drastik sejak kompaktor baru mula digu-nakan.

“Malah, purata sampah dibawa keluar dan dibuang ke tapak pe-luasan Jeram kini 650 tan sehari,” katanya di Majlis Pelancaran Smart Trak, Kempen Pengurangan Beg Plastik dan penyerahan Mobile Gar-bage Bin, di Kompleks Sukan Pan-daraman, di sini, pada 17 Februari lalu.

Mohamed Azmin berkata, tin-dakan KDEBWM itu terbukti seri-us membantu Kerajaan Negeri menangani isu sampah di Sela-ngor.

“Penggunaan teknologi dan sistem pemantauan pintar ini

adalah satu inisiatif terpuji dan se-lari dengan agenda Kerajaan Ne-geri ke arah Smart State,” katanya.

Beliau berkata, kebersihan amat dititik beratkan sebagai cerminan peradaban sesebuah negeri dan Kerajaan Negeri komited mengu-ruskan sisa pepejal dengan efisien, efektif dan sistematik.

“Kebersihan salah satu indika-tor dalam menentukan tahap ke-majuan sesebuah negeri. Aspek ini menjadikan agenda utama pen-tadbiran kita dan tahun ini, saya memperuntukkan RM45 juta ke-pada KDEBWM untuk menambah baik dan mempertingkatkan lagi pengurusan sisa pepejal,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berharap peluasan pelak-sanaan di Majlis Perbandaran Am-pang Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang oleh KDEBWM dapat di-laksanakan dengan bertanggung-jawab.

“Saya meletakkan harapan dan mahu KDEB berjaya laksanakan-nya,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 1,500 tong sampah Mobile Garbage Bin 120 liter turut diserahkan kepada MPK untuk diedarkan kepada Ahli Majlis dan Ketua Kampung yang disumbangkan KDEBWM secara percuma sebagai salah satu dari-pada tanggungjawab sosial kor-porat.

Utama5SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Sumber: Centralized Command Center

Lancar ‘SAY Ignite 2017’

Raja Muda sokong bakat beliaOLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG - Selangor Youth Community (SAY) mengambil inisiatif menganjurkan ‘SAY Ig-nite 2017’ bagi meningkatkan pembabitan belia dalam ke-giatan berasaskan komuniti ak-tiviti seni dan budaya, hiburan, keusahawan, sukan juga kesi-hatan, pada April ini.

Pengasas dan penaung SAY, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berti-tah, program itu terbahagi ke-pada usaha mencungkil bakat di peringkat akar umbi dan menyediakan wadah untuk golongan belia membentang-kan idea dalam pelbagai isu membabitkan generasi muda.

“SAY adalah landasan untuk belia daripada pelbagai latar belakang dan bangsa serta akar umbi masyarakat ke arah golongan lebih berdaya maju untuk bersama membantu an-tara satu sama lain mencapai

kemajuan. Inilah sebabnya mengapa beta memulakan SAY,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Sela-ngor IGNITE 2017, di Hotel Sun-

way Resort Hotel & Spa, di sini, pada 15 Februari lalu.

Baginda bertitah, SAY juga

MoU HIJRAH-SAY tingkat peluang belia

menjalin kerjasama rapat de-ngan rakan strategiknya iaitu kerajaan, sektor korporat dan golongan belia bagi memas-tikan program bengkel serta ceramah motivasi mencapai matlamatnya.

Titah baginda, anak muda bukan sahaja pemimpin dan harapan masa hadapan, malah-an mampu menjadi pemimpin baik hari ini jika mendapat bimbingan betul.

Manakala, program men-cari bakat diilhamkan daripa-da program ‘Britain Got Talent’ iaitu ‘SAY Ada Gaya’ pula bakal membabitkan peserta beru-sia antara 18 hingga 35 tahun, sama ada dilahirkan, menetap atau bekerja di Selangor.

Belia yang berminat dike-hendaki menghantar video dan sepuluh peserta terbaik berpe-luang membuat persembah-an di peringkat separuh akhir sebelum tiga peserta terbaik bakal mengadakan persembah- an, pada ‘SAY Ignite 2017’.

SUBANG - Golongan belia yang berminat menceburi bidang ke-usahawanan di Selangor disaran tidak melepaskan peluang me-nyertai program HIJRAH yang di-lancarkan Kerajaan Negeri bagi membantu golongan peniaga di negeri itu.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Id-ris Shah bertitah, hal itu ekoran bidang keusahawanan bukan sahaja mampu menawarkan pendapatan konsisten kepada pemilik perniagaan, malahan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Program HIJRAH adalah inisi-atif Kerajaan Negeri bukan saha-ja menyediakan dana diperlukan usahawan untuk berkembang tetapi turut mewujudkan bu-daya menabung dan mengem-

bangkan rangkaian usahawan dengan meluas.

“Ini adalah satu permulaan baik seperti saya percaya keusa- hawanan adalah aspek pen-ting dalam masyarakat seperti mewujudkan pekerjaan dan me-luaskan kekayaan kepada golo-ngan lain,” titah baginda ketika Majlis Pelancaran Selangor IG-NITE 2017 di Hotel Sunway Re-sort & Spa, di sini, pada 15 Feb-ruari lalu.

Baginda yang juga pengasas dan penaung Selangor Youth Community (SAY) bertitah, wa-laupun keusahawan adalah bi-dang mencabar tetapi perkara terbabit dapat direalisasikan dengan bantuan dan nasihat pa-sukan teknikal HIJRAH serta usa-hawan berpengalaman.

Tengku Amir Shah bertitah, pendekatan HIJRAH juga selaras

dengan SAY bagi membantu be-lia berdikari bukannya menghu-lurkan bantuan kewangan yang hanya bersifat sementara.

“Beta juga yakin, SAY akan menjadi landasan yang mampu mengembangkan maklumat berkenaan kewujudan program HIJRAH dengan lebih meluas dan tidak terhad dalam komuniti tertentu sahaja,” titah baginda.

Terdahulu, baginda menyak-sikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara HIJRAH Sela-ngor dengan SAY yang diwakili Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Da-tuk Mansor Othman dan Ketua Pengurus Operasinya, Roslim Md Akhir.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SAY, Izhar Moslim dan Pengurus Kanannya, Dr Johan Kamal Hamidon mewakili SAY.

Utama6 SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

SWELL 2017

Lonjak destinasi tersohor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Ekspo Kesihatan dan Kesejahteraan Selangor 2017 (SWELL) diyakini mampu melonjak potensi negeri itu se-bagai salah satu destinasi terso-hor pelancongan kesihatan di rantau ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, Selangor kini berada di tangga ketiga di be-lakang Pulau Pinang dan Mela-ka daripada segi kedudukan negeri pelancongan kesihatan

di Malaysia.Katanya, Kerajaan Negeri ya-

kin Selangor mampu menyaingi dua negeri terbabit dalam be-berapa tahun akan datang.

“Mereka sudah mula dengan agenda ini, sejak 30 tahun lalu. Kita baru sahaja bermula dalam dua atau tiga tahun lalu dan se-bab itu agak ketinggalan jauh.

“Dengan kedudukan dan status Selangor pada hari ini, saya percaya kita juga mampu sebaris mereka,” katanya pada sidang media SWELL di Pusat Konvensyen Setia Alam (SACC), di sini, pada 9 September lalu.

Dianjurkan Tourism Sela-ngor, ekspo berkenaan dija-dual di Pusat Konvensyen Setia City, bermula 24 hingga 26 Feb-ruari ini.

Pada 2016, SWELL menampil-kan lebih 50 pempamer dan 14 pakar kesihatan.

“Lebih 2,000 mengunjungi SWELL pada tahun lalu dan kita sasarkan pengunjung bakal mencecah 6,000, tahun ini.

“Kali ini terdapat 75 pempa-mer dan 22 penceramah yang bakal membincangkan topik kesihatan sepanjang tiga hari ekspo ini berlangsung,” katanya.

Pusat kesihatan lengkap tingkat jumlah pelancongSHAH ALAM - Memiliki pusat ke-sihatan dengan kemudahan leng-kap antara kelebihan Selangor sehingga menjadi antara negeri yang menerima kunjungan pa-ling ramai dalam segmen pelan-congan kesihatan, sepanjang tempoh lima tahun.

Pengurus Besar Tourism Se-langor, Noorul Ashikin Mohd Din (gambar) berkata, kedudukan negeri itu dengan akses strategik di tiga lapangan terbang utama negara seperti KLIA dan KLIA2 di Sepang serta Subang Skypark Ter-minal di Subang turut menyum-bang kepada peningkatan pelan-cong.

“Perkara itu sekali gus mendo-rong kepada kemudahan akses mudah buat pengunjung yang in-gin mendapatkan servis khidmat kesihatan di Selangor, di samping berpeluang memilih rangkaian ho-tel yang turut menawarkan khid- mat kesihatan dan spa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama Sinar Harian berkenaan poten-si pelancongan kesihatan atau 'Health Tourism' di Selangor.

Pada masa sama, katanya,

perkara itu turut didorong kadar perubatan kompetetif berban-ding negara maju lain, malahan kepakaran perubatan di Sela-ngor berada di kedudukan antara yang terbaik.

Tourism Selangor akan me-nganjurkan Ekspo Kesihatan dan Kesejahteraan Selangor 2017 (SWELL) di Setia City Convention Centre, bermula 24 hingga 26 Februari ini.

Penganjuran program kali kedua itu turut disokong Jawatankuasa Tetap Pelanco-ngan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

PTD Petaling agensi pertama Ikrar Bebas RasuahSHAH ALAM - Pejabat Tanah dan Daerah Petaling menjadi agensi pertama di Selangor menan-datangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha mewujudkan perkhidmatan adil, telus serta be-bas gejala rasuah.

Pengarah Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, pihaknya mahu sokongan dan komitmen setiap pegawai agensi berkenaan melaporkan sebarang perlakuan rasuah dalam urusan seha- rian mereka dengan pelaksanaan ikrar itu.

“Kami juga mahu setiap ven-dor dan kontraktor berurusan dengan pihak berkuasa tempa-tan menandatangani ikrar ini,” ka-tanya dalam satu kenyataan.

IBR yang diperkenalkan ta-hun ini adalah usaha SPRM menekankan ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh me-reka yang diamanahkan tang-gungjawab supaya menghindari rasuah dan salah guna kuasa.

Selepas PTD Petaling, Majlis Perbandaran Selayang mengi-kut jejak langkah sama apabila menandatangani IBR, pada 14 Februari lalu.

SHAH ALAM - Kerajaan Sela-ngor ‘menghargai’ peranan di-mainkan pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos walaupun terus melakukan provokasi terhadap pentadbiran negeri.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluar-ga, Dr Daroyah Alwi berkata, provokasi Jamal itu sekali gus membantu Kerajaan Negeri mempromosikan dasar kebaji-kan dilaksanakan di negeri itu.

“Terima kasih Jamal kerana membantu Kerajaan Selangor mempromosikan Skim Mesra Usia Emas (SMUE),” sindir Da-royah di Twitter.

Dalam catatannya juga, Da-royah turut menampilkan ke-nyataan berhubung perbelan-jaan sebenar membabitkan pelaksanaan skim itu mengikut setiap daerah di Selangor.

“Untuk 2016, Kera-jaan Negeri menyalurkan RM189,936,500,00 kepada 77,080 warga Selangor di bawah skim ini,” katanya.

Beliau berkata, daerah Petaling mencatatkan per-belanjaan paling tinggi de-ngan RM46,227,500, Klang

Terima Kasih ‘promosi’ SMUE

(RM33,072,500), Hulu La- ngat (RM32,279,500), Gombak (RM24,547,000), Kuala Sela-ngor (RM13,186,000) dan Sa-bak Bernam (RM12,931,000).

Sementara bagi daerah Kua-la Langat RM11,593,000, Hulu Selangor (RM9,663,000) dan Sepang (RM5,537,000).

Terdahulu, Jamal yang juga pemimpin Umno mengada-kan demostrasi di hadapan

perkarangan kompleks Kera-jaan Negeri (SUK) kononnya mempertikai peruntukan SMUE berjumlah RM200 juta yang di-dakwa dicampur dengan skim khairat kematian negeri.

Seperti kelazimannya, de-monstrasinya kali ini turut me-nimbulkan provokasi melam-pau dengan membuat gimik van jenazah, keranda serta ber-pakaian seperti penggali kubur.

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)Kerajaan Negeri Selangor

Fokus7SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

Tumpuan orang ramai dan pengantin

Tarikan baru Sungai KlangOLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG - Sebelum ini mung-kin tiada siapa yang berminat menghabiskan masa untuk ber-santai di Sungai Klang ekoran pemandangannya lesu dan dipenuhi sampah tetapi kini ia mula mendapat perhatian orang ramai sebagai salah satu tempat menarik untuk dikun-jungi.

Yang DiPertua Majlis Perban-daran Klang (MPK), Dato' Moha-mad Yasid Bidin berkata, Sungai Klang turut menjadi lokasi foto-grafi pasangan pengantin yang baru melangsungkan perkahwi-nan selain aktiviti memancing yang meningkat saban hari.

"Kunci utamanya apabila Sungai Klang hari ini semakin bersih kerana jika kotor, kita promosi apa juga aktiviti orang

tak akan mahu berkunjung. "Bila sungai bersih, dah ten-

tu kita berpeluang menarik pelancong datang. Ini membo-lehkan kita mula mempromosi-kan Sungai Klang khususnya di Jambatan Kota yang semuanya membabitkan sungai. Jika su-ngai kotor, kita juga tak ingin mempromosikannya.

"Antaranya, hampir setiap minggu ada pasangan pengan-tin buat penggambaran di situ. Selain itu, ada tarikan 'key love' seperti di Paris," katanya kepada SelangorKini di sini, pada 20 Februari lalu.

Katanya, di Sungai Klang juga terdapat lukisan mural yang sesuai untuk sesi fotografi se-lain 'key love'.

Mohamad Yasid berkata, an-tara bukti lain yang menunjuk-kan kerja pemuliharaan Sungai

Klang berada pada landasan yang betul apabila hidupan liar seperti buaya mula datang 'melawat' selain peningkatan kedatangan orang ramai.

"Saya diberitahu pemancing yang kerap memancing di sana, terdapat pelbagai spesis ikan tetapi paling mudah diperolehi adalah ikan keli," katanya.

Beliau berkata, kedai menjual cenderahati yang diusahakan kumpulan sukarelawan alam sekitar juga akan disediakan dan akan beroperasi tidak bera-pa lama lagi.

Sementara itu, Dato' Men-teri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengu-mumkan peruntukan RM15 juta untuk usaha pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang ketika membentangkan Belan-jawan 2017, pada Oktober lalu.

Lokasi tarikan '���� Tahun Melawat Klang'KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) mempromosikan Sungai Klang yang sarat dengan sejarah dalam program '2017 Tahun Melawat Klang' sejajar de-ngan matlamat menjadikannya sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong.

Yang DiPertua MPK, Dato' Mo-hamad Yasid Bidin berkata, anta-ra aktiviti yang dijalankan adalah program pertandingan fotografi yang memaparkan keunikan dan keindahan Sungai Klang.

"Tahun ini, kita adakan per-tandingan fotografi yang me-maparkan Sungai Klang sebagai objek utama. Sebelum ini, turut diadakan Larian Jambatan Kota yang disertai lebih 2,000 pelari," katanya kepada SelangorKini, di

sini, pada 20 Februari lalu.Bagaimanapun, katanya, usa-

ha mempromosi Sungai Klang ti-dak terhad sempena '2017 Tahun Melawat Klang' sahaja tetapi me-merlukan komitmen berterusan membabitkan pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat.

Ketika membentangkan Be-lanjawan 2017, Dato' Menteri Be-sar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan usaha mempromosikan Sungai Klang ke seluruh dunia termasuk mengan-jurkan 'Klang River Marathon'.

Sementara itu, ketika menyen-tuh usaha pembersihan Sungai Klang, Mohamad Yasid berkata, anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Ber-had Waste Management terpaksa

membina tiga perangkap sam-pah di sepanjang sungai terbabit.

"Kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk kerja pemuliharaan ini tetapi apa yang penting adalah kesedaran orang ramai menjaga kebersihan su-ngai," katanya.

Katanya, MPK juga memberi fokus terhadap usaha memben-dung pencemaran kualiti air Su-ngai Klang membabitkan bahan tercemar dengan meningkatkan kesedaran pengilang.

"Kami dah kenal pasti semua pengilang yang beroperasi di Klang. Kami kerap bertemu dan berbincang dengan mereka bagi membanteras aktiviti pembua-ngan bahan tercemar ke dalam Sungai Klang," katanya.

Bersih hingga ‘tetamu’ tak diundang timbulKLANG - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berseloroh berkenaan kebersihan Sungai Klang apabila mencapai tahap sangat bersih sehinggakan ‘tetamu’ tidak diundang timbul di sungai itu.

Katanya, Sungai Klang kini ter-lalu bersih sehingga ‘tetamu’ baru iaitu buaya datang ke sungai itu.

“Pemerbadanan Menteri Be-sar (MBI) memberi tugas kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk melaksanakan kerja pembersihan Sungai Klang yang terkenal dengan sampah sarap.

“Selepas beberapa bulan, Su-ngai Klang kini bersih daripada

sampah sarap dan terlalu bersih sehingga ada tetamu baru iaitu buaya datang ke lokasi berke-naan.

“Buaya juga suka bersih tetapi ada pihak lain tak suka bersih. Ja-ngan takut dengan bersih,” kata- nya diikuti tawa hadirin di di Ma-jlis Pelancaran Smart Trak, Kem-pen Pengurangan Beg Plastik dan penyerahan Mobile Garbage Bin, di Kompleks Sukan Pandara-man, di sini, pada 17 Februari lalu.

Terdahulu, seekor buaya sepanjang dua meter timbul permukaan Sungai Klang yang mengejutkan penduduk di ban-dar berkenaan.

Terus bela nasib nelayanSABAK BERNAM - Kerajaan Negeri menyerahkan bantuan peralatan menangkap ikan ke-pada 278 nelayan di daerah Sa-bak Bernam dan Kuala Selangor.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, antara bentuk bantuan diberi-kan adalah jaring dan sistem kedudukan sejagat (GPS).

“Nelayan tidak tersisih de-ngan pembangunan negeri. Tanpa nelayan, masakan kita mampu menikmati ikan.

“Pada 2016, kita mempe-runtukkan RM1.6 juta untuk memberikan bantuan peralatan menangkap ikan kepada nela-yan dan peralatan serta makan-an ternakan ikan kepada usaha-wan Selangor.

“Bagi 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi tujuan sama dan dijangka 500 penerima bakal memperoleh manfaat program,” katanya pada Program Penyerahan Bantuan Nelayan dan Akuakultur Kera-jaan Negeri daerah Sabak Ber-nam dan Kuala Selangor, di sini, pada 17 Februari lalu.

Daerah Sabak Bernam me-nyaksikan 133 nelayan mener-ima bantuan dengan 17 dari-padanya menerima bantuan jaring dan selebihnya mendapat GPS.

Sementara di Kuala Selangor, 29 dari 145 penerima mendapat bantuan jaring, manakala sele-bihnya mendapat GPS dan se-cara keseluruhan terdapat 7,395 nelayan berdaftar di Selangor.

Gam

bar o

leh

Sham

sul H

iday

at O

mar

Nasional8 SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

Dasar dan ekonomi kurang stabil

Pelabur asing jauhkan diriOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Dasar kerajaan dan ekonomi negara kurang stabil seperti dinyatakan peng-analisis ekonomi serta diakui kerajaan sendiri adalah antara faktor kebimbangan pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, tindak tanduk parti menguasai kera-

jaan hari ini yang cenderung memainkan isu perkauman bagi mengekalkan kuasa mem-burukkan lagi keadaan.

“Ini menyebabkan pelabur lari meninggalkan Malaysia ditambah keadaan ekonomi tidak stabil dan ketegangan perkauman semakin tinggi apa-bila parti pro kerajaan sendiri memainkan isu perkauman.

“Ini antara faktor utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila beberapa syarikat

antarabangsa seperti Carefour dan British American Tobacco (BAT) meninggalkan Malaysia.

“Kebanyakan pelabur luar yang masuk pula hanya dari China kerana ketika ini mereka sedang berusaha mengem-bangkan penguasaan ekono-mi mereka,” katanya ketika di-hubungi SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Katanya, nilai ringgit sema-kin menyusut pula memberi im-plikasi kepada syarikat terbabit

yang terpaksa menanggung kos tinggi bagi mengimport bahan mentah, sekali gus meningkat-kan kos operasi mereka.

Katanya, masalah korupsi yang membelenggu pentadbi-ran Kerajaan Persekutuan dan jabatan lain turut melemahkan lagi keyakinan pelabur.

“Salah satu kesannya apabila produk seludup berleluasa tan-pa kawalan yang sudah tentu menjejaskan perniagaan me-reka,” katanya.

Henti buru Dego RideSHAH ALAM - Jabatan Pengang-kutan Jalan (JPJ) digesa tidak bertindak dwi-standard terhadap perkhidmatan teksi motosikal, Dego Ride.

Ahli Dewan Negeri Bukit Gas-ing, R Rajiv berkata, usaha mem-buru dan menyaman penung-gang motosikal menjalankan perkhidmatan itu mengikut Seksyen 23 (1) Akta Pengangku-tan Jalan 1987 juga harus dihen-tikan serta-merta.

Katanya, pemandu Grab dan Uber turut melanggar akta sama bagaimanapun mendapat la-yanan istimewa Kerajaan Perse-kutuan.

“Mengeluarkan saman ter-hadap penunggang Dego Ride jelas amalan dwi-standard kera-na hampir semua pemandu Uber dan Grab melakukan kesalahan

sama.“Namun, kita tidak pernah

dengar JPJ ingin memburu me-reka sebaliknya Kerajaan Perse-kutuan mengambil keputusan membenarkan Uber dan Grab beroperasi secara sah kerana se-dar faedahnya kepada rakyat Ma-laysia,” katanya dalam kenyataan.

Pada 11 Februari lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan per- khidmatan Dego Ride dihentikan serta-merta atas faktor kesela-matan selain JPJ dilaporkan mula mengeluarkan saman terhadap penunggang Dego Ride.

Rajiv berkata, Tiong Lai ha-rus memberi layanan serupa ter-hadap Dego Ride dalam usaha menggalakkan rakyat menggu-nakan pengangkutan awam.

“Dego Ride memainkan pe-

ranan penting bagi mengatasi masalah ‘first mile last mile’ dan mampu menggalakkan lagi rak-yat Malaysia bertukar daripada penggunaan kereta persendirian kepada pengangkutan awam seperti MRT dan LRT,” katanya.

Terdahulu, Pengasas dan Ke-tua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, tiada peruntukan undang-un-dang yang menghalang mereka untuk terus menjalankan operasi perkhidmatan berkenaan.

Katanya, perkhidmatan itu an-tara lain membantu golongan B40 menjana pendapatan sam-pingan bermodalkan motosikal sebagai pelaburan utama selain selaras dengan saranan menteri supaya rakyat melakukan dua, tiga atau lebih pekerjaan bagi menampung kos sara hidup.

Dr Rosli Yaakob

Timbang cadangan daftar automatik

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepa-tutnya mengabaikan cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) supaya melaksanakan proses pendaf-taran secara automatik sebaik sahaja seseorang warganegara mencapai umur 21 tahun.

Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, tindakan SPR itu akh-irnya merumit dan melambatkan proses bagi mereka yang berke-layakan mengundi iaitu sebaha-gian daripada tanggungjawab warganegara di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi.

“Walaupun pendaftaran pe-ngundian tanggungjawab SPR, namun mereka merumit dan menyusahkan proses mendaf-tar pengundi serta mengabai-kan cadangan BERSIH 2.0 untuk melakukan pendaftaran pengun-di secara automatik.

“Jika SPR bersungguh-sung-guh ingin memenuhi tugasnya, kami mengalu-alukan mereka bekerjasama dengan BERSIH 2.0 dalam usaha mendorong pendaf-taran pengundi,” katanya pada sidang media di Pejabat BERSIH 2.0, di Eight Avenue, di sini, pada

21 Februari lalu.Katanya, SPR memerlukan

masa enam bulan untuk proses pewartaan bagi pengundi baru dengan sistem pendaftaran di pejabat pos yang diamalkan se-karang.

Pada sidang media sama, BERSIH 2.0 turut melancarkan kempen Bulan Daftar Mengundi menerusi kempen U yang ber-langsung, sepanjang Mac ini.

Beliau berkata, BERSIH 2.0 terpaksa melangkah masuk dan menggerakkan kempen U me-mandangkan pengundian me-mainkan peranan penting dalam proses demokratik.

“BERSIH 2.0 memilih Mac un-tuk melangsungkan kempen ini kerana ia hujung suku tahun ini dan SPR mula memproses pendaftaran itu,” katanya.

Shahrul Aman berkata, kem-pen U itu mensasarkan lebih kurang empat juta rakyat yang belum mendaftar supaya dapat mengembalikan kuasa ke tangan mereka.

Katanya, kempen itu merang-kumi beberapa aktiviti lapangan seperti di pejabat pos dan acara lain di seluruh Malaysia, mulai 25 Februari ini.

PAKATAN cemerlang tadbir negeri KUALA LUMPUR - PAKATAN berjaya memacu Selangor de- ngan cemerlang dan mempunyai rizab negeri kukuh ekoran pen-tadbiran penuh kebertanggung-jawaban dalam menjaga amanah rakyat.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, pendekatan dipraktikkan tanpa berlaku penyalahgunaan kuasa dan ketirisan memberikan kele-bihan kepada Kerajaan Negeri dipimpin Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bagi melaksanakan pelbagai pro-gram kebajikan demi kepenti-

ngan rakyat.“Kerajaan Selangor melak-

sanakan pelbagai program un-tuk kebajikan rakyat antaranya pemberian air percuma, hadiah masuk institusi pengajian tinggi, pusat tuisyen rakyat, insentif perkahwinan belia. Malah, mahu kahwin juga dapat wang selain khidmat Bas Selangorku percu-ma dan program bantuan Food Stamp.

“Walaupun banyak melakukan program membantu rakyat teta-pi Kerajaan Negeri masih mem-punyai rizab simpanan besar, ki-ra-kira RM4 bilion.

“Kerajaan Selangor dipimpin Dato’ Menteri Besar menjadi ba-gus kerana apa? Kerana kerajaan ini tidak mencuri wang, tiada ketirisan dan rasuah, maka se-bab itu kita mampu mempunyai simpanan sebegini,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat harus membuat keputu-san bijak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan memberi majoriti kepada PAKATAN untuk mengambil alih Putrajaya daripada Umno-Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

9SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

10Ekonomi

SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG - Seramai 62 usaha-wan daerah Petaling menerima baucar HIJRAH Selangor bernilai RM781,000 yang disampaikan Penolong Pegawai Daerah, Nasir Mohamad bagi mengembang-kan perniagaan masing-masing.

Pemilik perniagaan pakaian berjenama D’Safia, Ahmad Sa-yuti Mohd Yunos, 38, berkata, pinjaman yang diperolehi itu membolehkan beliau mengem-bangkan modal pusingan bagi persiapan menghadapi permin-taan tinggi menjelang hari raya.

“Ini adalah pinjaman pertama saya sebanyak RM30,000 untuk tambah modal pusingan dise-babkan sekarang dah nak ma-suk bulan Mac dan permintaan semakin hari semakin mening-kat sehingga menjelang musim raya.

“Kebanyakan permintaan adalah persediaan raya dan stok yang ada tidak dapat me-nampung banyak permintaan. Ini juga sebahagian persedia-an membuka sebuah kilang sendiri di Subang Bestari,” katanya ketika ditemui Se-

Kembang peluang perniagaan

Usahawan HIJRAH dapat durian runtuh

SHAH ALAM - Kerajaan Nege-ri mensasarkan pembabitan positif masyarakat belia In-dia dalam bidang perniagaan menerusi bantuan kewangan RM1 juta, tahun ini.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, jum-lah itu meliputi bantuan so-kongan dan kewangan dalam program Hijrah 2017.

“Belia India seluruh negeri dibantu menjana perniagaan masing-masing melalui pro-gram Hijrah di bawah portfo-lio Amirudin Shari.

“Di bawah program be-lia dan keusahawanan ini, saya percaya mereka sudah merangka perancangan se-baik mungkin untuk mem-bantu masyarakat India meningkatkan ekonomi,” ka-tanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Ganabati-rau berkata, belia India perlu bijak mencipta peluang un-tuk terbabit dalam program berkenaan bagi menambah pendapatan mereka dalam perniagaan.

“Saya yakin kaum India

Rebut peluang perniagaan

SHAH ALAM - Laluan antara SACC Mall dan Kompleks PKNS iaitu Ja-lan Perbandaran kini dalam kerja naik taraf dengan peruntukan RM2.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani berkata, projek terbabit membabitkan naik taraf kaki lima, laluan basikal dan land-skap sekitar yang menyaksikan laluan lebih luas, cantik serta mu-dah untuk pejalan kaki.

Katanya, kerja naik taraf itu

bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi khususnya anak muda yang berminat dengan pernia-gaan kafe hipster.

“Laluan ini juga akan lebih mesra kepada ibu bapa yang membawa anak menggunakan 'stroller'. Kita menyediakan kemu-dahan untuk anak muda berniaga seperti kafe hipster di laluan ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Fakru Radzi juga menjangka-kan kerja naik taraf terbabit akan

siap, pada April ini.Katanya, PREC turut menam-

bah ruang serbaguna ‘blackbox’ di tingkat dua, SACC Mall yang memberi manfaat kepada maha-siswa dan penggiat seni serta ru-ang graviti berskala mega di kom-pleks PKNS.

“Inisiatif ini selari dengan ga-gasan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu menjadikan Shah Alam se-bagai pusat fesyen muslimah du-nia dan kota seni,” katanya.

Naik taraf Jalan Perbandaran rancakkan ekonomi

SHAH ALAM - Perubahan dalam peraturan tukaran asing yang berkuatkuasa mulai 6 Februari lalu bukan satu sekatan tetapi penambahbaikan ke atas pe-ngaturan operasi sedia ada anta-ra bank domestik dan Bank Nega-ra Malaysia (BNM).

BNM dalam satu kenyataan berkata, bank domestik sentiasa bebas untuk berdagang dalam sebarang jumlah di pasaran tu-karan asing antara bank domes-tik.

“Pengaturan operasi yang di-beri penambahbaikan itu berkait

kepada peraturan tukaran hasil eksport,” katanya.

BNM memaklumkan peruba-han itu tidak bermakna sekatan dilonggarkan seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Ing-geris, namun ia adalah penam-bahbaikan terhadap pengaturan kendalian sedia ada antara bank tempatan dengan BNM.

Akhbar itu melaporkan BNM melonggarkan beberapa sekatan dalam pasaran pertukaran asing untuk membenarkan beberapa dagangan transaksi dolar Ameri-ka Syarikat/ringgit antara bank

domestik.BNM berkata, bank domestik

kini boleh menggunakan tukaran daripada wang hasil eksport ber-nilai kurang AS$1 juta setiap tran-saksi bagi memenuhi keperluan tukaran asing pelanggan mereka tanpa merujuk BNM bagi memu-dahkan keperluan perbankan perniagaan.

Ia membolehkan bank do-mestik dapat mengurus operasi tukaran lebih baik pada hari itu tanpa berkompromi matlamat ke-seluruhan langkah yang diumum-kan, pada 2 Disember 2016.

Tambah baik peraturan tukaran asing

langorKini di Majlis Penyam-paian baucar HIJRAH Sela- ngor di Pejabat Daerah dan Ta-nah Petaling, di sini, pada 17 Februari lalu.

Beliau berkata, langkah Kera-jaan Negeri menyediakan Skim HIJRAH wajar dicontohi negeri lain bagi membantu peniaga

kecil mengembangkan pernia-gaan masing-masing.

Pengusaha Syahmi Catering and Event Sdn Bhd dan Syahmi Travel and Tour, Aisyah Mohd Yunos, 40, berkata, peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan tetapi memerlukan tambahan modal wajar me-

ngambil peluang ditawarkan Kerajaan Negeri.

“Pinjaman RM50,000 ini saya gunakan untuk membesarkan lagi operasi perniagaan. Saya syorkan peniaga lain supaya me-ngambil peluang ini kerana bukan untuk sesiapa tetapi memperbai-ki ekonomi kita sendiri,” katanya

yang memiliki pejabat operasi di Kota Damansara.

Pembekal burger di Dam-asara, Chong Yoon Fong yang memperoleh pinjaman RM50,000 pula memberitahu pinjaman yang diperolehi- nya juga bertujuan menambah modal pusingan perniagaan.

Ahmad Sayuti

Aisyah Mohd Yunos

tentunya gembira dengan ini-siatif dilaksanakan Kerajaan Negeri dan gunalah peluang ini sebaiknya,” katanya.

Di bawah program belia dan keusahawanan ini, saya percaya mereka sudah merangka perancangan sebaik mungkin untuk membantu masyarakat India meningkatkan ekonomi

V GANABATIRAUExco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang

11SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

12 SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017 13SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

14Rencana

SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

OLEH NAEEM RAFFI

Suasana ekonomi hari ini semakin menekan ke-hidupan rakyat. Inflasi, kenaikan harga barang

selain pengenalan Cukai Barang- an dan Perkhidmatan (GST) memburukkan lagi keadaan.

Isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) iaitu RM3,000 sebulan adalah kelas kumpulan rakyat paling terke-san dengan cabaran ini ekoran kehidupan di bandar serba serbi menuntut wang dibelanjakan.

Maka, penghuni besar ban-dar di Kuala Lumpur, Lembah Klang, Pulau Pinang dan Jo-hor Bahru dikelaskan sebagai miskin bandar.

Mereka berperanan besar menghidupkan sektor industri, sosial dan ekonomi sesebuah bandar, sekali gus memberi pu-langan besar kepada kemajuan negeri dan negara.

Namun, mereka menempuh pelbagai cabaran demi menerus-kan kehidupan di bandar.

Selangor peduli

Miskin bandar di Selangor wa-jar bersyukur memiliki sebuah kerajaan yang mengurus negeri dengan baik, cekap dan amanah.

Lihat sahaja rizab negeri 2015 berjaya ditingkatkan 1.8 peratus (RM57.7 juta) berbanding tahun sebelumnya. Sementara rizab negeri sehingga 14 Oktober 2016 pula melonjak kepada RM3.62 bilion berbanding RM3.26 bilion, pada 31 Disember 2015.

Ini membolehkan Kerajaan Negeri terus menerus menye-diakan program kebajikan pro rakyat yang secara tidak lang-sung turut menyantuni golongan miskin bandar.

Sebagai sebuah ekonomi ma-

Dalam tidak sedar

Selangor cakna nasib miskin bandarnusiawi dan negeri mengamal-kan demokrasi matang, Kerajaan Negeri terus memperhebatkan usaha membantu semua lapisan rakyat menerusi Insentif Peduli Rakyat (IPR).

Merancak ProgramHIJRAH

Skim Mikrokredit (micro finan- cing scheme) adalah aspek pen-ting mengupaya usahawan ke-cil yang memerlukan modal perniagaan awal bagi menjana pendapatan lebih lumayan seiring visi Kerajaan Negeri melebarkan golongan kelas menengah.

Berita baik buat golongan miskin bandar yang mahu men-gubah nasib dalam bidang ke-usahawanan menerusi HIJRAH Selangor.

Inilah kerajaan contoh. Mem-perkasa ekonomi rakyat dengan penuh tanggungjawab bukan sekadar memberi umpan seba-liknya menghulur joran untuk pulangan berpanjangan.

Sehingga suku ketiga 2016, seramai 28,231 peserta mene-rima manfaat HIJRAH den-gan pengeluaran pembiayaan RM144.8 juta.

Kejayaan HIJRAH mendorong Kerajaan Negeri memberi pe-runtukan tambahan RM50 juta dalam bentuk pinjaman bagi 2017 kepada Yayasan Hijrah.

Menerusinya, HIJRAH akan menyediakan dana pusingan RM185 juta bermula awal tahun ini hasil bayaran semula yang kini berada pada paras RM59.7 juta.

HIJRAH terbukti mampu me-ngupayakan peniaga kecil selain dijangka akan terus mendapat sambutan dan disasarkan me-ningkat kepada 56,000 peserta, menjelang 2018.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

seadanya, tidak di negeri lain hanya di Selangor.

Skim Smart-Sewa

Memiliki kediaman sen- diri menjadi impian setiap in-san terutama mereka yang su-dah mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, naluri itu berat dicapai bagi miskin bandar.

Ini kerana, potensi mereka lu-lus pembiayaan perumahan dari-pada institusi perbankan adalah sukar ekoran komitmen kewan-gan ketat dalam meneruskan ke-hidupan di bandar.

Atas keprihatinan itu, Kera-jaan Negeri mewujudkan Skim Smart-Sewa membantu orang awam berpendapatan sederhana menyewa dan akhirnya berupaya memiliki rumah.

Kerajaan Negeri membeli 134 unit kediaman bersesuaian di lo-kasi strategik pada 2016 untuk di-jadikan rumah sewa kepada me-reka yang berkelayakan.

Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sejum-lah RM100 juta melalui Tabung Amanah Pengecualian Syarat Kuota Bumiputera dan Penge-cualian Sumbangan Pembinaan Rumah Kos Rendah, Kos Seder-hana Rendah dan Rumah Kos Sederhana bagi mengembang-kan lagi Skim Smart Sewa.

Terbaru, sebanyak 260 unit Rumah Selangorku dikenal pasti untuk dibeli di bawah Skim Smart Sewa membabitkan kos keselu-ruhan RM46.5 juta.

Ia membabitkan Pangsapuri De Kiara sebanyak 30 unit, Pang-sapuri De Bayu (30), Pangsapuri Bandar Bukit Raja (50), Apart-ment Trifolis, Bandar Botanic (30), Jade Hills Kajang (50), Pangsapuri Bandar Rimbayu (50) dan Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh (20).

Tempoh sewaan minima bagi setiap penyewa adalah selama dua tahun dan maksima selama lima tahun. Menerusi program ini, penyewa akan mendapat balik 30 peratus daripada jumlah sewaan

dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan.

Pengembalian 30 peratus wang sewaan boleh dijadikan se-bagai wang pendahuluan dalam pembelian Rumah Selangorku.

Maka, tidak mustahillah miskin bandar di Selangor mampu me-miliki kediaman sendiri.

Bas Percuma membantu

Dalam tidak sedar, pengena-lan perkhidmatan bas percuma Bas Smart Selangor turut mem-bantu meringankan perbelan-jaan golongan miskin bandar.

Sejak dilancarkan pada 2015, perkhidmatan ini sudah berope-rasi di 11 PBT dengan pencapaian bilangan pengguna lebih 2.8 juta penumpang.

Inisiatif dimulakan dengan pe-runtukan RM3.5 juta pada 2015 ditingkatkan kepada RM10 juta, pada 2016.

Ia kemudiannya ditingkatkan kepada RM20 juta pada 2017 untuk menambah laluan baru di semua PBT termasuk kawasan desa.

Kemudahan sudah tersedia, manfaatkan ia sepenuhnya kera-na Kerajaan Negeri ikhlas mem-bantu golongan berpendapatan rendah, sederhana dan pelajar selain bertujuan mengurangkan pelepasan karbon.

Kesimpulan

Tidak guna hasil mahsul bumi Selangor melimpah ruah sekira-nya tidak dimanfaat sepenuhnya untuk kebajikan rakyat.

Demikian mesej yang sering diungkapkan Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam banyak acara bersama rakyat.

Maka dengan pelbagai insen-tif yang tersedia ini, diharap me-nyedarkan kita betapa peduli dan kasihnya pemerintah terhadap nasib rakyatnya.

Naeem Raffi adalah Penolong Pengarang SelangorKini

Skim Peduli Sihat

Langit tidak sentiasa cerah. Se-bagai manusia, kita tidak dapat lari daripada masalah kesihatan. Ini juga merunsingkan kelompok miskin bandar apabila diri atau anggota keluarganya tidak sihat, sekali gus menuntut perbelan-jaan tambahan.

Atas kesedaran dan kepedu-lian itu, Kerajaan Negeri tampil memperkenalkan Skim Peduli Sihat yang akan menyediakan perkhidmatan percuma pen-jagaan kesihatan untuk 250 ribu keluarga dengan peruntukan RM125 juta setahun.

Produk pro rakyat terbaru Ke-rajaan Negeri dilancarkan pada 24 Januari lalu itu secara khusus menyantuni kelompok miskin bandar (B40) yang paling ter-tekan berikutan kenaikan kos sara hidup.

Skim Peduli Sihat diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator itu akan membiayai rawatan ke-sihatan asas (primary care) setiap keluarga layak sehingga RM500 setahun sementara individu (21 tahun ke atas) menerima pem-biayaan RM200 setahun.

Ia adalah skim pertama

15SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

Rencana

Antara senyumdan tangis

Che Tom Yahaya OLEH ERMIZI MUHAMAD

Hening 2.14 pagi Sabtu 18 Februari lalu, Almarhum Che Tom Yahaya, ibu kepada Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mo-

hamed Azmin Ali pulang ke rahmatul-lah akibat serangan angin ahmar.

Jenazah Che Tom, 82, sudah selamat disemadikan di tanah perkuburan Kam-pung Klang Gate.

Ia tentunya menjadi detik paling su-kar buat Dato' Menteri Besar apabila melalui saat kehilangan insan yang pa-ling banyak memberi sokongan dan res- tu kepada beliau.

Mengimbau saat ketika Mohamed Azmin diperkenan istana untuk dilantik menerajui kepimpinan negeri, berita gembira itu disambut emosi bercam-pur baur antara senyum dan tangis Che Tom.

Bangga dengan kejayaan itu, pesan-an penuh ikhlas dititipkan Che Tom su-paya Mohamed Azmin sentiasa menja-ga hubungan dengan masyarakat dan tidak lupa perihal kebajikan rakyat.

"Masa dapat tahu, memang terke-jut sebab makcik ada sakit jantung. Itu yang tak berapa sihat.

"Jadi bila dengar berita macam itu antara senyum dan tangis. Senyum se-bab gembira dan tangis sebab sedih," katanya.

Ungkapan itu diiringi suasana pilu di kediaman Che Tom ketika Mohamed Azmin tiba bagi mendapatkan restu selepas pelantikannya sebagai Dato' Menteri Besar.

Pesanan Che Tom azimat Mohamed Azmin

Pesanan Che Tom tersimpan rapi lalu Mohamed Azmin mencium tangan memohon doa restu daripada Che Tom.

Mereka berpelukan dengan sekun-tum senyuman dan tangis bahagia membasuh raut wajah wanita itu.

Kedua-duanya memotong pulut ku-ning sebagai tanda kesyukuran di ma-jlis yang turut dihadiri keluarga dan sanak saudara lain.

Dua tahun selepas detik itu ber-lalu, berpaksikan kepada iltizam dan pesanan ibu yang masih di-pegang utuh, Mohamed Azmin terus mencipta kegemilangan pentadbiran negeri dengan penuh jaya.

Namun, di sebalik ketokohannya itu, tersisip perasaan pilu di hatinya ketika dilaporkan Che Tom berada dalam ke-adaan kritikal selepas hampir lima bu-lan ditahan di hospital.

Sebak kenang keadaan ibu

Lebih memilukan, ketika berucap pada satu majlis, Mohamed Azmin ti-dak mampu menahan sebak menceri-takan situasi berkenaan kepada umum.

"Saya baru sahaja menerima pang-gilan telefon daripada doktor yang melaporkan ibu saya dalam keadaan kritikal dan sukar untuk mereka men-yelamatkan," katanya dengan suara perlahan dan jelas sebak.

Beliau dimaklumkan, tekanan Che Tom menurun perlahan-lahan dan be-liau sekadar berdoa supaya Allah SWT mempermudahkan segala urusan berkaitan.

Tidak lama, Che Tom pergi dengan sisa akhirnya ditemani Mohamed Az-min dan keluarga penuh tenang.

Kehilangan besar

Di sebalik pemergian itu, tersemat di benak Mohamed Azmin menggambar-kan ibunya sebagai individu paling di- sanjungi selain menyifatkan kehilang-an Che Tom sebagai ke-hilangan terbesar dalam hidupnya.

"Beliau se-orang ibu yang amat me-ngambil berat tentang anak-anak dan ke-luarga. Tidak d i l u p a k a n , ibu juga pa- ling ba-

Belasungkawa

Beliau seorang ibu yang amat mengambil berat tentang anak-anak dan keluarga. Tidak dilupakan, ibu juga paling banyak memberikan nasihat kepada saya dalam isu kekeluargaan atau konteks perjuangan ini. Saya kehilangan seorang ibu yang amat saya sayangi

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

nyak memberi nasihat kepada saya dalam isu kekeluargaan atau konteks perjuangan ini.

"Saya kehilangan seorang ibu yang amat saya sayangi," katanya.

Kehilangan itu turut dirasai Datin Seri Shamshida Taharin, isteri Dato' Menteri Besar yang sempat melalui detik ter-akhirnya bersama Che Tom.

"Sebelum beliau pergi, dalam ke-adaannya yang tidak mampu bergerak, beliau sentiasa tenang dan tersenyum.

"Alhamdulillah ketika beliau pergi, kami sekeluarga ada di sisinya,"

kata Shamshida.Sebuah kesedihan pasti-

nya muncul ketika se-seorang yang kita sa-

yangi pergi dahulu menghadap Ilahi.

Tetapi inilah ke-hidupan. Setiap makhluk yang hidup pasti akan menga-lami kematian dan ia akan menjadi se-buah permulaan daripada kehidupan

baru.

16ADN

SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

PELABUHAN KLANG - Dewan Undangan Negeri Selat Klang komited untuk terus membantu penduduk Pangsapuri Seri Peran-tau menyelesaikan isu berbang-kit di kawasan itu sejak sekian lama.

Ahli Dewan Negerinya, Dr Halimah Ali berkata, ia kerana lebih 1,000 penduduk pangsapu-ri yang berasal dari rumah pan-jang itu mengalami pelbagai ma-salah kemudahan infrastruktur.

“Saya mendengar banyak run-gutan dan aduan berkenaan ke-mudahan serta cuba membantu sebaiknya.

“Kawasan ini pertama seka-li saya pergi adalah selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2008 dan tidak ke sini hanya sekadar memberi gula-gula,” katanya ketika sesi taklimat membaik pulih lif di pangsapuri itu, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, sesi taklimat ber-sama Lembaga Perumahan dan

Hartanah Selangor (LPHS) ber-tukar kecoh apabila penduduk mendakwa Kerajaan Negeri tidak bersungguh membantu mereka.

Bagaimanapun, Halimah menafikan perkara itu dan menjelaskan isu berbangkit yang ditimbulkan berpunca daripada kerajaan sebelumnya.

“Pangsapuri ini mewarisi per-masalahan sebelum 2008, na-mun Kerajaan Negeri berjaya me-nyelesaikan hak milik tanah yang sebelum ini milik KTM.

“Pangsapuri ini juga pernah di-tawarkan Skim Ceria untuk pem-baikan lif, namun pihak Pengu-rusan Badan Bersama menolak untuk memberi kerjasama.

“Saya juga merayu kepada Syarikat Bekalan Air Selangor dan Tenaga Nasional Berhad supaya membantu penduduk serta tidak memotong bekalan air atau elek-trik,” katanya.

Sebelum ini, pangsapuri ter-babit turut disediakan kemudah-an gelanggang futsal, dewan dan perpustakaan mini, namun gagal disiapkan pemaju.

Masalah kemudahan infrastruktur

Komitedselesai isu Pangsapuri Seri Perantau

TANJUNG SEPAT - Pembinaan jeti baru Tanjung Sepat tidak mendepani masalah besar dan ia diyakini mampu disiapkan, tahun ini.

Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan (gambar) berkata, pembinaan jeti itu berjalan seperti biasa mengikut perancangan, namun beberapa faktor antaranya ma-salah tanah memerlukan perbin-

cangan susulan bersa-ma pihak berkaitan.

“Jeti ini dalam pro-ses penyiapan akhir dan perancangan asal akan disiapkan pada peng-hujung Februari ini tetapi terdapat isu dari-pada segi tapak pem-binaan yang mungkin melewatkan sedikit proses itu aki-bat beberapa faktor tidak dapat

dielakkan.“Bagaimanapun,

ia diyakini akan di-siapkan tahun ini juga,” katanya, di sini, pada 6 Februari lalu.

Mohd Haslin berkata, perbinca-ngan dengan pihak berkuasa termasuk

Pejabat Tanah dan Daerah Kua-la Langat berjalan lancar ber-

hubung pelbagai perkara an-taranya menempatkan semula penjaja sedia ada di kawasan berkenaan.

“Isu pemindahan juga banyak diselesaikan dan hanya terdapat seorang sahaja lagi. Kita perlu menunggu keputusan mahkamah ekoran beliau mengambil injuksi berhubung perkara ini,” katanya.

Pembinaan jeti baru Tanjung Sepat adalah sebahagian pe-

rancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah jeti haram yang wujud sejak puluhan tahun di seluruh Selangor.

Terdahulu, Dato Menteri Be-sar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri kini dalam proses merangka pem-binaan jeti baru di seluruh Sela-ngor dengan projek permulaan di sini membabitkan kos RM3.1 juta.

Jeti baru Tanjung Sepat ikut perancangan

PETALING JAYA - Usaha mem-bantu keperluan kebajikan rakyat tidak boleh dijalankan menjelang kempen pilihan raya sahaja, kata Ahli Dewan Nege-ri (ADN) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran.

Beliau menegas-kan, gerak kerja itu giat dilaksanakan-nya bersama pejabat pusat khidmat Bukit Gasing selepas mendapat man-dat daripada rakyat, pada pilihan raya lalu.

“Program di peringkat DUN saya sudah dimulakan sejak em-pat tahun lalu dan akan diterus-kan ke peringkat akar umbi un-tuk bantu rakyat memerlukan.

“Keutamaan bagi DUN Bukit Gasing untuk terus memahami

keperluan rakyat dan saya sebagai wakil rakyat akan membawa suara mereka demi kesejahteraan hidup lebih baik,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Rajiv berkata, be-liau optimis pemba-ngunan Bukit Gasing dan Petaling Jaya se-

makin bertambah baik sepanjang tempoh menjalankan amanah.

Ia termasuk pelaksanaan pem-bangunan semula kawasan in-dustri kepada pembangunan komersial di Seksyen 13 serta rancangan pembangunan ka-wasan cerun, di Seksyen 5.

Malah, tidak dilupakan keja-yaan terbesarnya menyelesaikan masalah lalu lintas membabit-kan jalan utama di Bukit Gasing dan keprihatinan berhubung isu aduan penduduk setempat membabitkan pembinaan kon-dominium Petalz Resident.

“Demi kebajikan rakyat, saya akan terus agresif turun padang dan membantu menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Rajiv mula memegang kerusi DUN Bukit Gasing atas tiket DAP selepas menewaskan tiga calon lain dengan majoriti, 15,842 undi.

Sebelum menjadi ADN, Rajiv pernah berkhidmat sebagai ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dari tahun 2008 hingga 2013.

SEKINCHAN - Penduduk Sekin-chan dan Sabak Bernam diminta mengambil langkah persediaan terhadap sebarang kemungkinan berlakunya gangguan air susu-lan pelebaran jalan Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, projek di bawah seliaan Kerajaan Perseku-tuan itu melalui jajaran Jalan Perse-kutuan 5 menghubungkan laluan Sekinchan dan Sabak Bernam.

“Untuk tempoh tiga hingga empat tahun ini, sepanjang ja-lan terbabit akan mengalami ke-

sulitan terutama di kawasan Se-kinchan yang turut mengalami tempias susulan pembangunan projek ini. Paling membimbang-kan, projek ini juga akan memberi kesan kepada masalah paip pecah dan gangguan bekalan elektrik.

“Hampir setiap minggu, saya menerima aduan berhubung ma-salah ini kerana pelebaran jalan sebenarnya turut membabitkan gangguan longkang dan saliran air yang terpaksa ditutup,” katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 13 Februari lalu.

Projek WCE dibina sepanjang

233 kilometer menghubungkan Banting ke Taiping, Perak berja-lan mengikut jadual dan dijangka siap, pada 2019.

Pembinaan yang dimulakan pada 2014 membabitkan 11 fasa pembangunan dan kini sedang memasuki fasa kelima meliputi kawasan di Selangor, manakala fasa kelapan hingga 11, di Perak.

Menelan belanja RM6 bi- lion, lebuh raya itu bakal meng-hubungkan laluan bandar seper-ti Banting, Shah Alam, Kuala Sela-ngor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam dengan Teluk Intan.

Dekati rakyat setiap waktu

WCE ganggu sistem airSekinchan-Sabak Bernam

17SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

Pertanian

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri giat menyediakan Pelan Induk Pertanian tertumpu kepada pe-rancangan jangka panjang untuk membangunkan prospek perta-nian negeri.

Exco Infrastruktur dan Kemu-dahan Awam, Permodenan Per-tanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pelak-sanaannya berkuatkuasa untuk tempoh 10 tahun, bermula tahun ini.

“Kerajaan Negeri sudah mene-rima hasil draf pertama pemben-tangan projek Pelan Induk Perta-nian oleh Institut Kajian Dasar.

“Ia bakal dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun sebagai pelan pembangunan pertanian yang diyakini mampu direalisasikan secara konsisten dalam tempoh berkenaan,” katanya ketika di-hubungi SelangorKini, di sini, ba-ru-baru ini.

Difahamkan, pelan pertanian itu turut memberi keutamaan ke-pada inisiatif berterusan Kerajaan Negeri memajukan bidang ke- usahawan tani.

Ia turut tertumpu kepada usa-ha pembangunan semula Sela- ngor Fruit Valley yang dilak-

Pelan Induk Pertanian

Sasar lonjak hasil

sanakan di Kuala Selangor supa-ya dapat dinikmati bagi menjana pertumbuhan hasil pertanian negeri.

“Kerajaan Negeri dalam proses menyiapkan pelan induk ini me-lalui kerjasama pelbagai agensi.

“Pengisiannya tertumpu kepa-da pelan perancangan dan pem-bangunan jangka panjang un-tuk meningkatkan lagi peluang pengeluaran pertanian negeri,” katanya.

Bangun tanah terbiarSHAH ALAM - Jabatan Pertani-an Negeri Selangor (JPNS) mem-buka peluang kepada pemilik tanah untuk memajukan tanah terbiar seluruh negeri supaya dapat dimajukan sebagai tanah pertanian negeri.

JPNS dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan itu bertu-juan membangunkan tanah ter-biar bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan makanan berasaskan pertanian, di Sela-ngor.

“Tanah ini jika digunakan se-cara optimum dapat mening-katkan keupayaan sektor perta-nian dalam menghasilkan bahan makanan mencukupi.

“Ia juga memberi manfaat ke-pada pemilik tanah, sekali gus mampu mejana peluang untuk menjana pendapatan melalui projek pertanian.

“Selain itu, pembangunan semula dapat mengurangkan tanah terbiar negara dan menin-

gkatkan jumlah pengeluaran ba-han makanan,” katanya.

Pada masa sama, orang awam yang berminat boleh menyer-tai Program Pembangunan Ta-nah Terbiar dengan membuat pendafataran secara dalam talian di www.doa.gov.my atau menghubungi JPNS di talian 03-55189888 atau mendaftar terus ke pejabat pertanian seluruh daerah.

Terdahulu, mekanisma pelak-sanaan pembangunan tanah terbiar dibuat menerusi perbin-cangan bersama pemilik bagi memajukan tanah terbiar de-ngan projek tanaman makanan.

Jenis tanaman dicadangkan antaranya sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi tumbuhan yang mengeluarkan hasil dalam pasaran semasa.

Sementara itu, dilaporkan terdapat 110,000 hektar tanah terbiar di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia bakal dilaksanakan

untuk tempoh 10 tahun sebagai pelan pembangunan pertanian yang diyakini mampu direalisasikan secara konsisten dalam tempoh berkenaan

ZAIDY ABDUL TALIBExco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

18PBT

SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengang-garkan RM132 juta bakal diku-tip menerusi hasil cukai taksiran semasa bagi penggal pertama tahun ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, ia merangkumi 244,264 pegangan harta di selu-ruh kawasan pentadbiran MBSA.

Katanya, pemegang harta di-ingatkan untuk menjelaskan cu-kai taksiran sebelum atau pada 28 Februari ini bagi mengelakkan tindakan tegas.

“Hasil cukai taksiran ini pen-ting untuk menguruskan kutipan sampah domestik, pembersihan kawasan dan menyelenggara infrastruktur awam seperti ja-

lan, lampu jalan, longkang serta membina lebih banyak taman awam juga taman permainan.

“Ia juga membantu MBSA menguruskan bandar raya Shah Alam dengan lebih cekap dan efisien, sekali gus memberi ke-selesaan, kesejahteraan serta ke-harmonian hidup masyarakat,” katanya.

Sebanyak 44 saluran pem-bayaran disediakan bagi memu-dahkan pemegang harta anta-ranya di kaunter utama, Wisma MBSA dan pejabat cawangan MBSA di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.

Shahrin berkata, pemegang harta juga boleh menjelaskan bil cukai taksiran di semua kaunter pihak berkuasa tempatan Sela-ngor secara tunai.

“Mereka juga boleh menjelas-

kan bil cukai taksiran di pusat agensi setempat seperti pejabat pos di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ia juga boleh dilakukan di semua cawangan Bank Simpa-nan Nasional, Ambank dan Bank Muamalat (secara tunai sahaja), manakala pembayaran di Agro Bank, Affin Bank, Bank Islam dan EON Bank boleh dijelaskan se-cara tunai atau cek,” katanya.

Saluran lain termasuk pem-bayaran menggunakan cek, wang pos, kad kredit dan ‘charge card’ seperti Master, Visa, Ameri-can Express dan Dinners Club.

Bayaran dalam talian bo-leh dilaksanakan di www.mbsa.gov.my, www.maybank2u.com, www.payonline.com.my, www.mbfcards.com, www.citibank.com, www.ambg.com.my, www.

rhbbank.com.my, www.bizchan-nel.com.my, www.hsbc.com.my, www.cimbclicks.com.my, eon-bank.com.my, www.phebank.com.my dan www.i-muamalat.com.my

Terbaru, pembayaran boleh dilakukan menerusi JomPAY de-ngan memasukkan biller code: 7567, nombor akaun baru pada Ref-1 dan nombor telefon pada Ref-2 seterusnya jumlah bayaran.

Pembayar cukai yang menjelaskan cukai taksiran untuk tempoh setahun dan jumlah me-lebihi RM100 serta tidak mempu-nyai tunggakan layak menerima payung percuma.

Sebarang pertanyaan ber-hubung cukai taksiran sila hubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA, di talian terus 03-55222881/2882.

Selenggara infrastruktur awam dan kebersihan

SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kini giat melaksanakan kerja membaik pulih sistem saliran khususnya di sekitar pusat bandar.

Yang DiPertua MDKS, Mohd Azhar Mohamed Ali berka-ta, ia juga sebagai persedia-an menangani masalah ban-jir ekoran taburan hujan agak tinggi, sejak kebelakangan ini.

Katanya, tindakan segera dilakukan bagi mengelakkan kerugian besar kepada pen-duduk dan peniaga jika berlaku fenomena hujan berterusan.

“Terutama, ia juga terletak

bersebelahan Laluan Perse-kutuan 5 yang menjadi akses utama pengguna jalan raya ke utara Selangor,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, pemeriksaan rutin MDKS mendapati terdapat kero- sakan longkang monsun di Ja-lan Bendahara 1 dan Jalan Ben-dahara 1/1, Taman Bendahara, Kuala Selangor.

Mohd Azhar berkata, skop kerja bagi memperbaiki long-kang monsun itu sepanjang 200 meter dan dikhuatiri boleh me-nyebabkan laluan air tidak lan-car jika tidak ditangani segera.

Katanya, kerja baik pulih di-jangka siap sepenuhnya, pada 16 Februari ini.

“MDKS sedia maklum berkenaan kesesakan trafik di kawasan berkenaan ketika waktu puncak. Orang awam di-nasihatkan lebih berhati-hati ketika melalui laluan ini bagi mengelakkan kejadian tidak di-ingini,” katanya.

Masyarakat turut digalakkan menyalurkan sebarang aduan secara dalam talian meneru-si aplikasi SPARKS yang boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan App Store.

Baiki longkang tangani banjir

Hasil cukai taksiran ini penting untuk menguruskan kutipan sampah domestik, pembersihan kawasan dan menyelenggara infrastruktur awam seperti jalan, lampu jalan, longkang serta membina lebih banyak taman awam juga taman permainan

SHAHRIN AHMADKetua Bahagian Korporat dan Perhubungan AwamMBSA

Sasar RM��� juta penggal pertama ����

PETALING JAYA - Seramai 175 peserta mengikuti Bengkel Asas Kepimpinan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mendedahkan maklumat asas berhubung pembentukan jawatankuasa di kawasan pen-tadbirannya.

Timbalan Datuk Bandar Peta-ling Jaya, Johary Anuar berkata, penubuhan MPP mampu me-ningkatkan koordinasi dan ke-sejahteraan komuniti, bertindak sebagai satu entiti yang diwakili masyarakat setempat bagi me-nyokong pembangunan ma-syarakat.

“MPP juga antara jawatankua-sa penting bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyo-kong dan membantu dalam menangani isu dalam kawasan pentadbiran MBPJ.

“Oleh itu, MPP menyer-tai bengkes ini supaya dapat memberi kefahaman kepada ahli jawatankuasa zon MPP ber-hubung fungsi dan peranan ter-hadap tugasan yang dipertang-gungjawabkan,” katanya ketika majlis merasmikan Bengkel Asas Kepimpinan MPP di The Club, Bandar Utaman, di sini, pada 19 Februari lalu.

Johary berkata, bengkel itu

juga selaras dengan hasrat Kera-jaan Negeri memastikan sistem pentadbiran sektor awam sen-tiasa efisien dan dekat kepada masyarakat.

“Penubuhan MPP sejajar penerapan ‘Local Agenda 21’ dengan PBT dan komuniti beker-jasama menetapkan hala tuju pembangunan fizikal serta in-san.

“Penubuhan MPP di setiap zon selain memperkukuhkan hubungan antara MBPJ dan pen-duduk, inisiatif ini turut mem-bantu kita menyalurkan infor-masi lebih tepat kepada mereka,” katanya.

Katanya, MBPJ akan mem-fokuskan aktiviti pembangunan serta memantau projek pem-bangunan supaya kawasan itu menjadi sebuah bandar raya peneraju, dinamik dan lestari dengan penambahan peruntu-kan RM450 juta bagi tahun ini.

“Terdapat 192 projek pem-bangunan di kawasan seliaan MBPJ yang diberi keutamaan seperti infrastruktur dan kemu-dahan awam. Diharap semua ahli jawatankuasa MPP juga pengerusi bekerjasama dan ber-satu memikul tanggungjawab tugasan yang diamanahkan,” ka-tanya.

Kepimpinan MPP sokong pembangunan rakyat

19SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

PBT

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA - RM1 juta dipe- runtukkan bagi tujuan penam-bahbaikan Pelan Induk Kesela-matan 2015-2020 Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain (gambar) berka-ta, RM6,000 ditawarkan kepada persatuan penduduk di bawah seliaannnya bagi penganjuran program keselamatan setempat.

“MBPJ menggalakkan seba-rang usaha persatuan penduduk mewujudkan program kesela-matan yang didukung sepenuh-nya daripada segi bantuan pe-runtukan RM6,000 bagi setiap program.

“Permohonan tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lalu dan peruntukan hampir sejuta yang kami terima ini akan digunakan

Pelan Induk Keselamatan 2015-2020 MBPJ

RM� juta tambah baik keselamatan

SHAH ALAM - Pemilik harta di Kuala Selangor berpeluang me-miliki beg edisi khas secara per-cuma jika menjelaskan bayaran cukai taksiran bagi 2017.

Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, ta-waran itu untuk menghargai komitmen dan tanggungjawab pembayar cukai, namun ia ter-takluk kepada konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

“Pembayaran cukai taksiran penting kerana hasil kutipan di-pulangkan semula kepada pem-bayar melalui perkhidmatan se-perti kutipan sampah domestik dan pembersihan awam, penye-lenggaraan infrastruktur jalan, lampu jalan dan longkang.

“Pada masa sama, ia dapat me-ningkatkan mutu perkhidmatan

MDKS kepada warga Kuala Sela- ngor dalam menyediakan persekitaran perbandaran kon-dusif bagi pembangunan eko-nomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, warisan sejarah dan ke-hidupan berkualiti,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Bil untuk penggal Januari hingga Jun tahun ini sudah dike-luarkan dan orang ramai diminta membuat semakan juga bayaran segera, sebelum 28 Februari ini.

Mohd Azhar berkata, fi notis (denda lewat) dikenakan ke atas akaun yang gagal menjelaskan bayaran sebelum tarikh berke-naan.

“Pemilik harta dinasihatkan untuk membawa bil lama atau dokumen harta jika tidak mene-rima bil semasa bagi membuat bayaran,” katanya.

SHAH ALAM - Program Shah Alam Hari Tanpa Kender-aan 2017 edisi kedua terus mendapat sambutan dengan penyertaan lebih 1,000 orang awam.

Bertempat di Dataran Ke-merdekaan, edisi itu disempur-nakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, pada 12 Februari lalu.

Bermula jam 6.30 pagi, orang ramai dilihat mula memenuhi pusat bandar raya dengan menggunakan ‘roller blade’, pa-pan luncur, ‘hover board’ dan ‘skuter blade’.

Aktiviti riadah lain termasuk

pelepasan acara jalan kaki, la- rian, berbasikal, senamrobik dan persembahan pentas kom-bo MBSA.

Selain itu, turut disediakan jualan makanan ‘food truck’, pameran dan jualan hasil seni, produk hijau, jualan baja kom-pos juga sayur-sayuran.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pro-gram berkenaan diadakan se-tiap hari Ahad, minggu kedua setiap bulan.

“MBSA berhasrat melahirkan warga Shah Alam dengan gaya

hidup sihat serta mengurang-kan pelepasan gas karbon mo-noksida yang boleh mencemar alam sekitar.

“Kami juga mahu memberi fokus terhadap aspek pen-jagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam bandar raya rendah karbon, menjelang tahun 2030,” katanya.

Bagi menjamin kelancaran program itu, MBSA menutup beberapa jalan termasuk Per-siaran Bandaraya (Dataran Ke-merdekaan), Persiaran Perban-daran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

Hari Tanpa Kenderaan terus dapat sambutan

untuk peningkatan kempen ke-sedaran keselamatan di MBPJ,” katanya ketika ditemui pada Maj-lis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen dan DUN Pe-taling Jaya, di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini, MBPJ meneri-ma peruntukan RM479,488,450 pada pembentangan Belanjawan 2017.

Daripada jumlah itu,

RM339,604,70.80 dicadangkan bagi tujuan belanja mengurus sementara RM139,883,960,29.20 untuk belanja pembangunan.

Pada masa sama, Mohd Azizi berkata, jawatankuasa penduduk dan persatuan penduduk seki-tar MBPJ perlu mengemukakan borang permohonan lebih awal bagi penganjuran aktiviti kese-lamatan di persekitaran kedia-man masing-masing bagi me- lancarkan keberkesanan program dalam usaha mengurangkan ka-dar jenayah setempat.

Terdahulu, Pelan Induk Kesela-matan diwujudkan sebagai ini-siatif mengurangkan kes jenayah di kawasan Petaling Jaya yang ti-dak terhad kepada usaha mena-ngani ancaman jenayah sahaja sebaliknya sebagai dorongan ke arah mewujudkan bandar raya lebih makmur dan selamat.

SHAH ALAM - Sekurang-kurang-nya 1,625 petak bazar Ramadan di 24 lokasi disediakan Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) sudah dibuka untuk permohonan secara dalam talian bermula 13 hingga 28 Februari ini.

Yang DiPertuanya, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, MPSJ membuat persiapan awal penyediaan tapak bazar Ramadan seperti tahun sebelumnya.

“Dijangka bulan Ramadan ber-mula 27 Mei ini, jadi kita buka tempahan untuk petak bazar bagi mengelak sebarang kesulitan.

“Bermula tahun lalu juga, MPSJ melaksanakan permohonan tapak bazar Ramadan secara dalam talian bagi memudahkan peniaga berurusan tanpa perlu beratur dan bersesak,” katanya selepas Majlis Pembukaan Permohonan Bazar Ramadan Online Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) 2017 di Ibu Pejabat MPSJ, pada 13 Februari lalu.

Hisham berkata, MPSJ juga menyediakan terminal komputer (kaunter hab online) di ibu pejabat-nya bagi memudahkan perniaga yang tidak mempunyai komputer membuat urusan permohonan itu.

“Selain itu, pemohon juga bo-leh memohan dengan mengak-ses melalui telefon pintar. Inisiatif ini dijangka dapat menjimatkan masa dalam melakukan urusan di mana sahaja tanpa perlu datang ke MPSJ,” katanya.

Peniaga, Mohd Zaki Mohd Nor, 37, yang hadir membuat permo-honan tapak secara dalam talian berkata, kaedah permohonan itu membantu memudah dan mem-percepatkan proses beliau.

“Sebelum ini, saya perlu memo-hon dengan menggunakan bo-rang dan beratur panjang. Di situ sudah memakan masa yang agak lama memandangkan saya juga masih bekerja tetap.

"Tetapi sejak pelaksanaannya tahun lalu, urusan permohonan lebih mudah dan cepat,” katanya.

Sementaara itu, Siti Maryam Rosli, 23, berkata, kaedah itu le-bih sistematik berbanding dulu apabila semua urusan termasuk mendaftar, memilih dan memuat naik dokumen sokongan boleh dibuat secara dalam talian.

“Selain itu, saya juga boleh membuat pilihan tapak bazar di lo-kasi dan petak diingini tanpa perlu menunggu cabutan undi,” katanya.

Siapa cepat dapat beg edisi khas percuma

Permit bazar 'online' lebih sistematik

20Pendidikan

SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumah-an dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mengarah-kan sumbangan kerusi dan meja DUN Sijangkang dipulangkan semula disifatkan tidak profe-sional.

Ahli Dewan Negeri Sijang-kang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hai-ri berkata, pihaknya menyum-bangkan keperluan terbabit untuk membantu meringankan beban pihak sekolah.

Malah, katanya, pelajar ketika

Suruh sekolah pulangkan kerusi meja

Noh tak profesional, pelajar duduk di lantai

ini kembali duduk di atas lantai sementara menunggu sumbang- an Kerajaan Persekutuan.

“Ia tindakan tak profesional, saya cuma mahu membantu pe-lajar supaya dapat kemudahan selesa. Saya difahamkan sumba-ngan kerusi dan meja pelajar itu dikeluarkan atas arahannya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dr Yunus berkata, pihaknya menerima permohonan tiga sekolah di DUN terbabit yang memaklumkan mereka memer-lukan kemudahan itu, sekali gus menghantar sumbangan itu

segera.“Kita memperuntukkan sum-

bangan ini kerana ia permoho-nan pihak sekolah. Sebelum ini, pelbagai bantuan juga disalur-kan termasuk baik pulih bangu-nan. Tanpa sebarang masalah tetapi mengapa Noh membang-kitkannya kali ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak mempunyai masalah seki-ranya meja dan kerusi yang di-sumbangkan ke sekolah berke-naan terpaksa dikeluarkan.

“Saya difahamkan selain SK Kebun Baru, SK Sijangkang tu-rut diarah keluarkan kerusi dan

meja yang disumbangkan,” ka-tanya.

Katanya, jika kemudahan itu tidak diperlukan atau tidak mahu digunakan, sekolah bo-leh memulangkannya dan be-liau bersedia menerima semula untuk diagihkan kepada pihak yang lebih memerlukan.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor itu mahu set kerusi dan meja di-hantar ke sekolah itu oleh Kera-jaan Persekutuan bagi meng-gantikan kerusi juga meja yang tertera gambar wakil rakyat berkenaan.

SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) akan menganjurkan program Larian UNISEL 2017 bagi mempromosikan univer-siti itu secara dekat kepada masyarakat.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, program ju-lung kali diadakan di seluruh daerah Se-langor itu adalah agenda Kerajaan Negeri secara khu-sus.

“Kolaborasi ini bertujuan melihat sejauh mana pelak-sanaan di peringkat awal sebelum kita bergerak sendiri yang akan memberi nilai tambah dalam menya- lurkan maklumat serta penerangan le-bih lanjut kepada komuniti serta segala perkhidmatan lain yang tersedia,” katanya menerusi wawancara dalam sebuah akh-bar, baru-baru ini.

Hasril berkata, larian siri pertama itu akan diadakan pada 11 dan 12 Mac ini ber-sama Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Tapak Pasar Pekan Salak, Sepang.

Katanya, wacana, konvoi dan pameran berkenaan UNISEL turut disediakan selain larian itu.

“Larian ini dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu terbuka, veteran, 18 tahun ke bawah dan family fun run .

“RM5,000 hadiah menanti pemenang. Tambah menarik, UNISEL akan me-

nyediakan hadiah biasiswa pengajian bagi kategori bawah 18 tahun lebih RM100,000,” katanya.

Pada masa sama, katanya, UNISEL tu-rut berkampung di kawasan terbabit bagi program tanggungjawab sosial (CSR) an-taranya gotong-royong, membersihkan

surau dan program anak angkat.

“Menerusi pro-gram ini, ia mampu memberi sinergi baru dalam penjenamaan terkini yang dipelo-pori Naib Canselor,

Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menerusi ‘tagline’ baru UNISEL, ‘Peneraju Transformasi’,” katanya.

Larian UNISEL ����dekati masyarakat

.

PermohonanPendaftaran diwww.myraceonline.com talian 019-5541902

03-51033888012-340174003-55223400 SHAH ALAM - Lepasan Sijil Pelajaran Malay-

sia (SPM) 2016 boleh mengemas kini borang permohonan ke matrikulasi boleh dilakukan, sehingga 27 Februari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan media berkata, ia boleh dilakukan pelajar terbabit melalui laman sesawangnya di www.moe.gov.my.

Katanya, keputusan kemasukan ke pro-gram itu dikeluarkan menerusi laman se-sawang rasmi kementerian pada tarikh yang bakal dimaklumkan.

“Pelajar atau pemohon tidak perlu meng-hantar salinan keputusan SPM ke bahagian

matrikulasi kementerian.“Ini berikutan keputusan calon diperoleh

terus daripada Lembaga Peperiksaan sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi.

“Pelajar ditawarkan ke program itu perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana ia dikeluarkan secara dalam talian sepenuh-nya,” katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui mak-lumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan di talian 03-88844083/4036/4040 dari jam 8.30 pagi hingga 4.40 petang, pada hari bekerja.

Kemas kini permohonanmatrikulasi hingga �� Februari

Pelajar ketika ini kembali duduk di atas lantai sementara menunggusumbangan Kerajaan Persekutuan. Iatindakan takprofesional, saya cuma mahu mem-bantu pelajar supaya dapat kemudahan selesaYUNUS HAIRIADN Sijangkang

Media Selangor sedang mencari pasukan editorial berpengalaman luas dan mahir untuk membantu penerbitan akhbar Kerajaan Negeri versi Inggeris untuk keluaran dua kali sebulan sebanyak 16 muka surat. Pasukan editorial terpilih juga perlu mengenda-likan portal atas talian versi Inggeris.

JAWATAN KOSONG

Mereka yang berminat boleh menghantar e-mel kepada [email protected] sebelum 7 Mac 2017.

UPKK: ��,��� calon peroleh �APUTRAJAYA - Seramai 46,461 calon (23.9 peratus) menduduki Ujian Penilaian Ke-las Kafa (UPKK) 2016 memperoleh 8A, peningkatan empat peratus berbanding tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata semua calon mencatat kelulusan 100 peratus, pencapaian selama tiga tahun berturut-turut bagi peperiksaan itu sejak 2014, lapor BH ONLINE.

“Mata pelajaran Amali Solat dan Peng-hayatan Cara Hidup Islam (PCHI) men-catat kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 pera-tus, diikuti mata pelajaran al-Quran yang mencatat 99.6 peratus kelulusan.

“Pencapaian ini menunjukkan keja-

yaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, Tilawah Al-Quran dan mengamal-kan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan UPKK 2016, baru- baru ini.

Bagi mata pelajaran lain, Jawi dan Khat mencatat kelulusan (94.23 pera-tus), Lughatul Quran (91.83 peratus) dan Adab (Akhlak Islamiah) (90.48 peratus).

Seramai 194,258 calon menduduki pe-periksaan itu 4,469 pusat peperiksaan se-luruh negara.

Keputusan UPKK 2016 boleh disemak secara atas talian dan SMS bermula jam 11 pagi, serta di sekolah bermula jam 3 petang.

21SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

Agama

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan 12,578 kes perceraian tahun lalu dengan peningkatan 705 kes berbanding 11,873, pada 2015.

Statistik itu menunjukkan Selangor mencatatkan kes perceraian tertinggi di Malaysia buat tahun ketiga berturut-tu-rut dengan 11,297 kes, sejak 2014.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Mela-yu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi ber-kata, beliau memandang serius pening-katan angka terbabit tanpa menafikan umat Islam adalah majoriti penduduk di negeri itu.

“Saya sangat memandang serius isu ini kerana percaya keutuhan dan kehar-monian institusi kekeluargaan menjadi

penyumbang kelestarian hidup ma-syarakat serta negara yang sejahtera.

“Jika institusi kekeluargaan man-tap dan utuh, sudah pasti ia mewujud-kan ketenteraman masyarakat,” katanya dalam sidang media selepas himpunan penjawat awam Jawatankuasa Hal Eh-wal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, di sini, baru-baru ini.

Mengikut kajian, kes perceraian ber-punca daripada tiada persefahaman, ti-dak memahami tanggungjawab, kahwin muda dan campur tangan orang ketiga.

Selain itu, masalah dadah, pasangan curang, enggan bermadu serta isu re-meh-temeh turut menyumbang kepada peningkatan perceraian di Selangor.

SHAH ALAM - Seramai 44 pelajar tingkatan satu daripada golongan asnaf fakir dan miskin berjaya mema-suki Sekolah Menengah Agama (SAM) melalui kuota diperuntukkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut laman rasmi Lembaga Za-kat Selangor (LZS), agensi itu dengan kerjasama JAIS mengadakan taklimat kepada pelajar terbabit di Dewan Seminar Masjid Negeri Sultan Salahu-din Abdul Aziz Shah, baru-baru ini.

Seminar itu diadakan bagi menjelaskan kepada pelajar berke-naan bantuan zakat diberikan selain menerima surat tawaran kemasukan ke SAM.

Taklimat disampaikan kepada pela-jar berkenaan oleh wakil JAIS, Samuri Zan Sarjimin.

Turut hadir dalam sesi taklimat berkenaan adalah Ketua Jabatan Pen-didikan Divisyen Agihan LZS, Mohd Denyzman Kamaruddin.

Zakat On Wheels

Terjah seluruh negeri

�� pelajar asnaf masuki SAM

Kes perceraian meningkat

WAKTU SOLAT SELANGOR24 Februari - 3 Mac 2017

27 Jamadilawal - 3 Jamadilahir1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

24 Jumaat 5:59 6:09 7:24 1:29 4:46 7:29 8:3925 Sabtu 5:59 6:09 7:24 1:29 4:45 7:29 8:3926 Ahad 5:59 6:09 7:24 1:29 4:45 7:29 8:3827 Isnin 5:59 6:09 7:24 1:29 4:44 7:29 8:3828 Selasa 5:59 6:09 7:23 1:29 4:44 7:29 8:3801 Rabu 5:58 6:08 7:23 1:28 4:43 7:29 8:3802 Khamis 5:58 6:08 7:23 1:28 4:43 7:29 8:3803 Jumaat 5:58 6:08 7:23 1:28 4:42 7:29 8:38

24 Jumaat 6:02 6:12 7:26 1:31 4:48 7:31 8:4125 Sabtu 6:02 6:12 7:26 1:31 4:48 7:31 8:4126 Ahad 6:01 6:11 7:26 1:31 4:47 7:31 8:4127 Isnin 6:01 6:11 7:25 1:31 4:47 7:31 8:4028 Selasa 6:01 6:11 7:25 1:31 4:46 7:31 8:4001 Rabu 6:01 6:11 7:25 1:31 4:45 7:31 8:4002 Khamis 6:00 6:10 7:25 1:30 4:45 7:31 8:4003 Jumaat 6:00 6:10 7:24 1:30 4:44 7:31 8:40

Mula diperkenalkan pada 2010 de-ngan nama Kaunter Bergerak, ia kemu-diannya dijenamakan semula dengan ZOW pada 2016 dengan waktu per- khidmatan dari jam 10 pagi hingga 3.30 petang.

Norajun berkata, LZS bakal menam-bah dua ZOW lagi tahun ini dan menja-dikan koleksi keseluruhan adalah tujuh.

“ZOW antara lain turut bertujuan menjalankan dakwah zakat dengan mendekati masyarakat Islam di lokasi

terpilih khususnya yang jaraknya terlalu jauh dengan cawangan LZS.

“Antara perkhidmatan disediakan termasuk bayaran, taksiran, pertanyaan dan khidmat rundingan, aduan serta penerimaan borang permohonan agih-an zakat.

Untuk mendapatkan maklumat tarikh dan lokasi ZOW, orang ramai boleh layari www.zakatselangor.com.my atau hubungi talian zakat Selangor 1-300-88-4343.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan ZOW bagi maj-lis atau festival boleh hubungi Abd Kharudin Mohd Zaini di talian 010-3329001 atau 019-3480528 atau e-mel [email protected].

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Zakat On Wheels (ZOW) bakal memperluaskan wilayah jajahan-nya ke seluruh Selangor melalui pro-gram ‘Giant Rakan ZOW’.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Nora-jun Ainun Mohd Hashim berkata, pasar raya Giant dipilih sebagai lokasi khusus persinggahan ZOW, sepanjang tahun ini.

“Ia termasuk persinggahan ketika waktu puncak iaitu Ramadan dan Di-sember. ZOW turut memberi tumpuan kepada lokasi pasar malam terpilih dan waktu perkhidmatan, bermula jam 4.30 petang hingga 11 malam.

“Antara aktiviti dijalankan termasuk sembang santai bersama pendakwah atau selebriti jemputan,   busking dan ‘game show’ untuk kanak-kanak serta dewasa,” kata- nya kepada Se-langor Kini.

KENYATAAN TENDER

(6430-P)

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:-

Butir-Butir Tawaran

No Tender: WHB/PU/OT/PRO/01/17

THE PROPOSED CONSTRUCTION AND COMPLETION OF REMAINING ROADWORKS, DRAINAGE WORKS, STREET LIGHTING AND ANCILLARY WORKS AT PERSIARAN ATMOSFERA FOR PROPOSED SUBANG BESTARI DEVELOPMENT, SEKSYEN U5, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN FOR M/S WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

No

A

Syarat-Syarat Pendaftaran

Berdaftar dengan CIDB Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Gred : G5 – G6Kategori : CE21

(Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman yang serupa di bidang berkaitan)

Harga

Bayaran Dokumen

Tender RM318.00

kepadaRANHILL

CONSULTING SDN BHD(Tidak akan

Dikembalikan)

Tarikh dan Tempat Pembelian Dokumen Tender

21 Februari 2017Sehingga

28 Februari 2017

Di pejabat:-RANHILL CONSULTING

SDN BHDSuite 1003, Level 10, Plaza

Permata, No. 6, Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala

Lumpur

T: 03-2716-8888F: 03-2716-8859

Waktu PejabatIsnin - Khamis

8.30pg -12.30tgh1.15ptg – 5.30ptg

Jumaat8.30pg -12.30tgh2.30ptg – 5.30ptg

Tarikh Tutup Tender:-Sebelum atau pada jam

12.00tgh, 14 Mac 2017 (Selasa)

Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)

dan salinannya

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:-

JABATAN PEROLEHANWORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

ARAS 4, NO 1 WORLDWIDE@7 JALAN LAZUARDI 7/29

40000 SHAH ALAMSELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel : 03-55102525 No. Fax 03-55104448

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan

Adalah DIWAJIBKAN kepada Petender untuk menghadiri Lawatan Tapak seperti yang tertera di bawah:

Tarikh: 1 Mac 2017 (Rabu) | Waktu: 10 pagi Tempat: Pintu Masuk Loji Rawatan Kumbahan Subang Bestari

22Wanita

SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Malaysia Women Mara-thon (MWM) edisi ke-5 tahun ini bakal menyaksikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli menyertai acara larian lima kilometer (km) ‘fun run’.

Pengarah MWM, Karen Loh berkata, pihaknya berbangga menerima sokong-

an Tengku Permaisuri Norashi-kin terhadap acara larian khas itu.

“Kami juga sangat berbe-sar hati atas kesudian ba-ginda mencemar duli ketika ‘flag-off ’ dan berlari bersama wanita lain.

“Ia menaikkan semangat kami dan membuktikan Se-

langor benar-benar menyokong wanita dalam segala bidang,” katanya ketika ucapan aluan di Majlis Pelancaran MWM Edisi ke-5 di Acapella Suite Hotel, di sini, pada 14 Februari lalu.

Majlis disempurnakan Exco Pelan-congan, Alam Sekitar dan Teknologi Hi-jau, Elizabeth Wong dan Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din.

Bakal berlangsung pada 5 Mac ini, MWM seperti biasa menawarkan empat kategori utama iaitu ‘full marathon’ de- ngan jarak 42km, ‘half marathon’ (21km), 10km dan 5km ‘fun run’.

Buat pertama kalinya, MWM turut membuka penyertaan kepada peserta lelaki selain memperkenalkan kategori ‘children’s run’ dengan jarak 2.5km dan 5km.

Selain itu, acara berkenaan bakal me-nampilkan beberapa kelainan antara-nya ‘barefoot runners’, ‘running doctors’ dan ‘celebrity runners’.

Mereka yang berminat masih boleh mendaftar di www.mwm.my sebelum 26 Februari ini atau layari Facebook Ma-laysia Women Marathon untuk maklu-mat lanjut.

SHAH ALAM - Memasuki tahun kelima penganjurannya, Maraton Wanita Malaysia (Malaysia Women Marathon-MWM) terus menambah baik kualiti kejohanan khas buat wanita itu.

Pengarah MWM, Karen Loh berkata, buat pertama kalinya jarak larian MWM diukur berlandaskan peraturan dan garis panduan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF).

Katanya, inisiatif berkenaan diperoleh hasil saranan dan usaha keras Jawatankua-sa Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usaha-wan Selangor.

“Dengan adanya IAAF, peserta layak menggunakan landasan MWM untuk me-nyertai acara larian atau maraton di pering-kat antarabangsa.

“Ini juga menunjukkan MWM sentiasa meningkatkan kualitinya dari tahun ke tahun untuk manfaat peserta khususnya wanita untuk menggapai pencapaian lebih besar hingga ke peringkat global,” katanya selepas Majlis Pelancaran MWM Edisi ke-5, di Acapella Suite Hotel, di sini, pada 14 Feb-ruari lalu.

Karen berkata, MWM tahun ini juga bakal dimulakan di lokasi berbeza ber-banding penganjuran sebelum ini selain tambahan kategori dan kelainan peserta.

“Dengan bantuan Jawatankuasa Pem-bangunan Generasi Muda, Sukan, Kebu-dayaan dan Pembangu-nan Usahawan yang d i p e n g e r u s i k a n Amirudin Shari, kita akan bermula di sta-dium keramat Se-langor iaitu Stadium Shah Alam.

“Ini semestinya memberi peserta perasaan ber-beza berbanding lokasi sebelum ini di Dataran Ke-merdekaan Shah Alam,” katanya.

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri menafikan terdapat loka-liti ‘virus misteri’ di Selangor seperti disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluar-ga, Dr Daroyah Alwi berkata, sebaran senarai Lokaliti Wa-bak Semasa daerah Hulu La-ngat dikaitkan dengan virus berkenaan juga tidak benar.

“Penduduk Selangor khu-susnya di Kajang tidak perlu panik. Tiada ‘virus misteri’ se-perti dilaporkan.

“Sebaran Senarai Lokaliti Wabak Semasa Wabak daerah Hulu Langat yang dikaitkan dengan ‘virus misteri’ tidak benar. Ia maklumat denggi,” katanya melalui laman mikro, Twitter @drdaroyahalwi, baru-baru ini.

Terdahulu, portal pro-Um-no melaporkan virus misteri seumpama wabak ‘zombie’ menyebabkan kematian tiga keluarga dari Kelantan yang mengunjungi Kajang.

Ia juga menasihatkan orang ramai berhati-hati kera-

na didakwa tiada ubat khusus mengubati penyakit misteri berkenaan.

Pada 6 Februari lalu, se-orang meninggal dunia, manakala seorang lagi dima-sukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pulang bercuti dari Kajang.

Terdahulu, pada 27 hing-ga 31 Januari lalu, mangsa berkunjung ke Kajang kerana mengadakan majlis perhim-punan keluarga bersama 38 yang lain.

Pada 11 Februari lalu, Men-

teri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam mengesahkan tiga dari enam individu yang menerima rawatan di Hospi-tal Tanah Merah disahkan me-ngalami jangkitan kencing ti-kus (leptospirosis).

“Di mana mereka men-dapat jangkitan kencing ti-kus ini, kita belum dapat pastikan. Tetapi kalau dilihat kepada masa tanda awal, ada kemungkinan ia bermula di kampung halaman mereka di Tanah Merah sebelum ke Ka-jang,” katanya.

MWM penuhi piawaian antarabangsa

Menjengah edisi ke-5

Tengku Permaisuri sertai Maraton

Tiada virus misteri di Selangor

Pendaftaran diwww.mwm.mysebelum 26 Feb

FacebookMALAYSIA WOMEN

MARATHON

23SelangorKini 24 Februari - 3 Mac 2017

Sukan

SELAYANG - Red Giants terus melakar kemenangan ke- dua pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas cemerlang menewaskan FELDA United 3-1, di Sta-dium Majlis Perbandaran Selayang, pada 18 Februari lalu.

Pada awal permainan, FELDA United dilihat lebih ba-nyak melakukan percubaan berbahaya ke pintu gol Se-langor terutama menerusi rembatan deras Norshahrul Idlan Talaha pada minit kelima yang ditepis penjaga gol, Khairul Azhan Khalid.

FELDA United dilihat berubah bermula dengan jaringan Sela-ngor yang dihasilkan Victor Ste-lian Astafei pada minit ke-30.

Dua belas minit kemudian, gawang FELDA United bocor lagi menerusi Raimi Mohd Nor yang pantas melakukan tindakan susulan selepas sepakan penalti Fran-cis Forkey Doe ditampan penjaga gol Farizal Harun.

Selangor menamatkan separuh masa pertama dengan selesa apabila Rizal Fahmi Rosid meledak gol ketiga The Red Giants pada masa kecederaan.

Bersambung babak kedua, permainan kembali seim-bang dan Cellerino hampir merapatkan jurang gol buat FELDA United, namun percubaannya pada minit ke-59 sekadar menggegar tiang gol.

Asakan bertali arus skuad The Fighters ke kubu Sela-ngor akhirnya membuahkan hasil apabila Lucas Matias Cano memecah kebuntuan jaringan pasukannya pada minit ke-84.

Bagaimanapun, jaringan itu sudah terlambat buat FEL-DA United untuk sekurang-kurangnya meraih keputusan seri dan kedudukan 3-1 memihak Selangor kekal hingga wisel penamat.

SHAH ALAM - Saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) iaitu perlumbaan yang men-jadi teras kepada pasaran motosikal Asia kekal berlangsung enam pusingan bagi musim 2017 yang dijadualkan bermula, pada Mac ini.

Litar Antarabangsa Sepang kem-bali ke dalam kalendar kejuaraan ARRC sebagai lokasi sesi ujian pra-musim ARRC pada 15 hingga 16 Mac ini dan pusingan pembukaan pada 1 juga 2 April ini selepas tidak berada dalam kalendar musim 2016 dise-babkan proses naik taraf dan baik pulih litar.

Litar ikonik Jepun, litar Suzuka ter-us kekal dalam kalendar kejuaraan ta-hun ini apabila menjadi hos pusing- an ketiga perlumbaan yang dijadual-kan, pada 3 dan 4 Jun ini.

Litar Antarabangsa Sentul, Indo-nesia akan menjadi lokasi bagi pu-singan keempat pada 12 dan 13 Ogos ini diikuti Litar Antarabangsa Buddh, India yang tampil sebagai hos ARRC bermula musim lepas akan menjadi lokasi pusingan kelima, pada 7 dan 8 Oktober ini.

Litar Antarabangsa Chang, Buri-ram, Thailand sekali lagi memainkan peranan sebagai hos berganda bagi perlumbaan ARRC.

Litar itu akan menjadi hos bagi pusingan kedua pada 14 dan 15 April ini, pusingan istimewa yang dijalankan sebagai sebahagian dari-pada Festival Songkhran Thailand dan sekali lagi menjadi perlumbaan penutup musim yang dijadualkan

berlangsung, pada 2 dan 3 Disem-ber ini.

Red Giants gempur FELDA United �-�

Khairul Idham pelumba terbaik ARRC ���� kekal enam pusinganKUALA LUMPUR - Khairul Idham Pawi dinobatkan pelumba motosikal terbaik pada Anugerah Sukan Permotoran Malay-sia Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) 2016.

Khairul Idham atau lebih dikenali dengan jolokan Super Kip bakal bersa-ing dalam kelas Moto2 bersama pasu-kan Idemitsu Honda Team Asia musim ini menerima anugerah itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang perlumbaan Moto3 musim lalu.

Pelumba profesional negara, Jazeman Jaafar pula dinobatkan pelumba kereta terbaik, manakala pelumba drift profe-sional negara, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel meraih Anugerah Kejuaraan Ke-bangsaan, lapor BERNAMA.

Sementara itu, pelumba Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah memenan-gi Anugerah Pelumba Malaysia Pilihan Peminat.

Pasukan Project X Ra-

cing pula dinobatkan pasukan terbaik (dua roda), manakala pasukan Sakura Tec-do Racing meraih gelaran pasukan ter-baik (empat roda).

Majlis itu turut meraikan hasil karya media sukan yang menyaksikan wartawan Harian Metro, Saiful Affendy Sapran memenangi Anugerah Wartawan Terbaik SIC-MAM, manakala jurugambar terbaik dimenangi Abdul Razak Latif dari-pada Kosmo.

Majlis itu turut meraikan tokoh sukan permotoran negara antaranya Datuk Ab-dul Razak Dawood, Tan Sri Mokhzani Ma-hathir, Allahyarham Tan Sri Basir Ismail, Karamjit Singh, Alex Yoong, Ron Hogg, Shahrul Yuzy Ahmad Zaini, Khairul Idham dan Muhammad Zulfahmi Khairuddin dalam senarai Dewan Kemasyhuran.

Anugerah Sukan Permotoran Malay-sia SIC-MAM 2016 julung kali diada-kan itu bagi menghargai segala usa-ha dan pencapaian pelumba yang

mengharumkan nama negara.

KALENDARKEJUARAANASIA FIM 2017PUSINGAN 11 & 2 April

Sepang, Malaysia

PUSINGAN 2 14 & 15 April

Chang, Thailand

PUSINGAN 3 3 & 4 Jun

Suzuka, Japan

PUSINGAN 4 12 & 13 Ogos

Sentul, Indonesia

PUSINGAN 5 7 & 8 Okt

Buddh, India

PUSINGAN 6 2 & 3 Dis

Chang, Thailand

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Selangor dan PKNS FC secara rasminya tersingkir daripada saingan Piala FA 2017 selepas gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga, pada 14 Februari lalu.

Selangor tewas 4-3 kepada Ne-geri Sembilan menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tan-pa jaringan untuk tempoh 120 minit permainan, manakala jaringan tung-gal Mohd Amri Yahyah sudah cukup membawa kemaraan Melaka United, sekali gus mematikan langkah Naib Juara Piala FA 2016.

Disebalik kekecewaan ini, Sela-ngor di bawah kendalian P Maniam pastinya lebih merasai keperitan itu kerana kali terakhir mereka menju-lang Piala FA, pada 2009.

Sementara E Elavarasan terpaksa menerima kekalahan dengan hati terbuka disebalik menyembunyikan perasaan kecewa memandangkan PKNS FC hadir ke Stadium Hang Je-bat dengan reputasi jaringan mem-banggakan dengan lapan gol dalam dua perlawanan terakhir.

Hanya saingan Liga Super yang masih panjang perlu dimanfaat-kan sebaiknya oleh dua pasukan itu dalam memastikan kedudukan sele-sa di penghujung musim selain men-cari tempat melayakkan diri ke sa- ingan Piala Malaysia.

Selepas empat perlawanan liga, PKNS FC menduduki tangga keenam dengan kutipan enam mata semen-tara Selangor kelapan dengan per-bezaan satu mata.

Kedua-dua pasukan mem-punyai jentera serangan yang semakin baik de-ngan jumlah 15 jarin-gan, sembilan milik PKNS FC, manakala selebih-nya buat Selangor tetapi mereka masih mempun-yai barisan pertahanan kurang meyakinkan kerana melepaskan 23 jaringan di peringkat liga.

Musim ini, PKNS FC meletakkan harapan kepada pemain import, Pat-rick Ronaldinho Wleh yang akhirnya menemui sentuhan jaringan ketika bertemu Selangor di bahagian sera-ngan, manakala Gonzalo Manuel

Soto selaku ketua pasukan menge-mudi jentera pertahanan.

Sementara P Maniam meletakkan Francis Forke Doe mengemudi baha-gian serangan sementara Ugochuk-wu Ukah di bahagian pertahanan buat Red Giants.

Kebimbangan utama yang perlu diperbaiki segera kedua-dua jurulatih adalah mengurangkan potensi lawan membolosi gawang mereka kerana kebanyakan gol yang dilepaskan

dalam lima perlawanan awal musim ini berpunca daripa-

da kelalaian mudah dan se-rangan balas pantas di saat jentera serangan ghairah memburu gol.

Walaupun berjaya bang-kit mencipta gol pendahuluan

atau penyamaan tetapi kealpaan di saat selesa mengawal perlawan-an mengakibatkan mereka berputih mata selepas wisel penamat ditiupkan.

Jentera tengah pastinya perlu le-bih kreatif mencipta gerakan teruta-ma dalam usaha mengucar-kacirkan pertahanan lawan serta membuka peluang di sebelah kiri dan kanan.

Liga Super dan Piala Malaysia

Harapan piala PKNS FC dan Selangor

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

Harapan piala PKNS FC& Selangor

KUALA TERENGGANU - Semangat tidak mudah mengalah ditunjukkan pemain PKNS FC memberi kesan dan mampu mengubah perlawanan di saat akhir perlawanan.

Keputusan 2 - 2 dicatat ketika me-nentang T-Team nyata menggembi-rakan Ketua Jurulatih, E Elavarasan selepas pasukannya ketinggalan dua gol dalam separuh masa per-tama.

Pemain gantian, Khairul Rama-dhan Zauwawi gembira pasukan-nya berjaya menyekat kemenangan lawan dan menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu.

“Ia bukan mudah (ditentang he-bat T-Team), saya gembira dapat bersama rakan sepasukan dan men-catat keputusan ini selain berpuas hati.

“Bila saya dimasukkan selepas ketinggalan, jurulatih arahkan terus fokus untuk memburu gol dan pasu-kan berjaya dengan seri,” kata bekas

pemain Terengganu itu dalam sidang media

selepas perlawanan di Stadium Sultan

Ismail Nadiruddin Shah, di sini, pada 18 Februari lalu.

Khairul Rama-dhan menjaring-

kan gol pertama

PKNS FC pamerkebangkitan nafikemenangan T-Team

P M S K G Mt

1 Kedah 5 3 2 0 10:5 11

2 Pahang 5 3 1 1 14:6 10

3 Perak 5 3 1 1 7:7 10

4 Selangor 5 2 2 1 9:7 8

5 T-Team 5 2 2 1 6:9 8

6 PKNS 5 2 1 2 11:9 7

7 Kelantan 3 2 0 1 5:3 6

8 JDT 4 1 2 1 5:4 5

9 Malacca United 4 1 1 2 5:6 4

10 Sarawak 5 1 1 3 4:6 4

11 FELDA 5 1 1 3 5:9 4

12 Pulau Pinang 5 0 0 5 1:11 0

LIGA SUPER 2017Kedudukan Terkini 22 Februari

PKNS FC pada minit ke-78 dan gol kedua di-peroleh hasil jaringan sendiri Mahamadou Samassa (m90) hasil pergelutan di depan gol T-Team, manakala Farhod Tadjiev men-jaringkan dua gol T-Team (m9 dan m45).

Perubahan taktikal dilakukan Ela-varasan dengan memasukkan bekas pe-main kebangsaan, Safee Sali dan Khairul Ramadhan dalam separuh masa kedua nyata memberi kesan kepada persemba-han PKNS FC.

Kemampuan Safee membantu baha-gian serangan PKNS FC bersama Patrick Ronaldinho, Lucas Espindola dan pemain lain jelas memberi tekanan kepada pasu-kan lawan.

“Kemasukan Safee menjadikan gerakan barisan serangan lebih agresif dan ber-puas hati dengan keputusan dicipta kera-na bermain di tempat lawan,” katanya.