104072750-Minit-Mesy-Muzik-Kali-Ke2.pdf

download 104072750-Minit-Mesy-Muzik-Kali-Ke2.pdf

of 3

Transcript of 104072750-Minit-Mesy-Muzik-Kali-Ke2.pdf

  • 7/25/2019 104072750-Minit-Mesy-Muzik-Kali-Ke2.pdf

    1/3

    SK JELAI.34520 BATU KURAU, PERAK DARUL RIDZUAN

    MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEDUA

    Panitia Mata Pelajaran: PENDIDIKAN MUZIK

    Tarikh : 5 JULAI 2011

    Masa : 1.00 PETANG

    Tempat : KANTIN

    Pengerusi : EN. MUHAMAD ROHAIZAD B MUHAMAD KHER

    Kehadiran (Bilangan) : 4 ORANG

    Guru Yang Hadir : 1. EN. MUHAMAD ROHAIZAD B MUHAMAD KHER

    2. PN. KU SALLEHA BT KU HAMID

    3. PN. YUHAINA BINTI MD YUSOFF

    4. PN. ROSAZLINA MASTURA BT KU HAMID

    Guru Yang Tidak Hadir : -

    BIL AGENDA TINDAKAN

    1. Ucapan Pengerusi:

    Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semuaguru Muzik 2012 yang bersama-sama meningkatkan usahadan kerjasama dalam mendidik murid-murid dalam matapelajaran Dunia Muzik.

    Makluman

    AJK

    2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

    Pn. Ku Salleha mencadangkan agar Minit Mesyuarat PanitiaDunia Muzik Kali pertama Tahun 2012 disahkan dandisokong oleh En. Muhamad Rohaizad.

    Makluman

  • 7/25/2019 104072750-Minit-Mesy-Muzik-Kali-Ke2.pdf

    2/3

    3.Perkara Yang Dibincangkan;

    3.1 Guru-guru Muzik dimaklumkan bahawa penggunaan

    makmal komputer sebagai bilik muzik akibat sekolah

    kekurangan bilik yang sesuai untuk dijadikan bilik

    muzik. Makmal computer dipilih kerana sifatnya yang

    kedap bunyi dan terletak jauh dari bangunan kelas.

    Oleh itu dapat mengelakkan daripada gangguan bunyi

    sekiranya alat muzik dimainkan.

    3.2 Guru-guru muzik juga diberitahu bahawa Bilik Muzik ini

    boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut jadual

    waktu muzik yang telah ditetapkan.

    3.3 Sekiranya guru-guru muzik ingin membawa alatankeluar dari bilik muzik adalah dibenarkan, namun

    penggunaannya oleh murid-murid haruslah dipantau

    oleh guru, dan perlu dipulangkan semula ke dalam bilik

    muzik setelah selesai digunakan.

    3.4 Guru-guru muzik yang terlibat dengan KSSR juga

    boleh membawa masuk murid-murid yang terlibat dalam

    KSSR untuk masuk ke dalam bilik muzik ini. Sekiranya

    kesuntukan masa, guru-guru boleh mengajar muzik di

    dalam kelas sahaja.

    3.5 Ketua panitia mengingatkan kepada guru-guru KSSR

    untuk melengkapkan fail KSSR masing-masing dan

    pastikan tahap pencapaian (band) murid juga

    ditetapkan.

    3.6 Alatan muzik yang telah dibeli iaitu kayu tik-tok dan

    loceng.

    3.7 Ketua panitia juga menerangkan bahawa ujian perlu

    dilakukan terhadap murid-murid untuk memastikan

    pencapaian mereka. Ujian boleh dilakukan dalam

    bentuk bertulis atau melalui pemerhatian terhadap murid

    itu sendiri.

    Makluman AJK

  • 7/25/2019 104072750-Minit-Mesy-Muzik-Kali-Ke2.pdf

    3/3

    Disediakan oleh Disemak oleh,

    ...

    (Pn. Yuhaina binti Md Yusoff) (En. Muhamad Rohaizad BMuhamad Kher) Setiausaha,Pengerusi,Panitia Pendidikan Muzik Panitia Pendidikan Muzik

    4. Hal-hal Lain

    4.1 Pn. Ku Salleha memaklumkan bahawa beliau akan

    menggunakan keyboard untuk digunakan dalam

    latihan dan persembahan murid sempena majlis

    persaraan Tn Hj Ahmad Rahim yang akan diadakan.

    Makluman AJK

    5.

    Ucapan Penangguhan.

    Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK

    yang hadir. Harapan kepada semua guru dapat

    menggunakan bilik muzik dengan sebaik-baiknya agar

    proses P&P dapat berjalan dengan lancar dan

    tidak mengganggu kelas-kelas lain kerana kedudukannyajauh. Sekiranya guru ada masalah segera merujuk kepada

    KP.

    Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.