1073 KONSEP AL-TADARRUJ DALAM PENYAMPAIAN DAKWAH...
Transcript of 1073 KONSEP AL-TADARRUJ DALAM PENYAMPAIAN DAKWAH...
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
924
KONSEP AL-TADARRUJ DALAM PENYAMPAIAN DAKWAH
TERHADAP SAUDARA BARU
NORAINI BINTI MOHAMAD
Pusat Pengajian Teras
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
DR. MARIAM ABDUL MAJID
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Al-Tadarruj merupakan satu konsep daripada manhaj dakwah Rasulullah s.a.w. Ia boleh dipecahkan kepada
beberapa bahagian sama ada yang melibatkan aspek tarbiyyah, modul pengajaran dan juga sebarang bentuk
pengisian. Konsep al-tadarruj boleh difahami dengan maksud pendekatan dakwah dengan menggunakan
kaedah beransur-ansur, bertahap, berperingkat atau dengan bahasa yang lebih mudah ia boleh difahami
sebagai metode yang bersesuaian dengan kehendak golongan sasaran. Saudara baru merupakan antara
golongan yang perlu diberi perhatian dalam aspek pendekatan dakwah terutama yang melibatkan pengajaran
dan kebajikan mereka selepas memeluk Islam. Ini kerana selepas memeluk Islam mereka kehilangan tempat
untuk mengadu dan bergantung harap. Maka seharusnya inisiatif segera perlu diambil oleh para pendakwah
untuk memandu mereka ke arah ajaran Islam yang sebenar supaya mereka tidak mudah tersasar. Justeru kajian
ini ingin melihat bagaimana pendekatan dakwah yang sesuai untuk digunakan kepada saudara melalui
pendekatan dakwah secara al-tadarruj sebagaimana yang diaplikasikan oleh Rasulullah s.a.w.
Kata kunci: Al-Tadarruj, dakwah, saudara baru.
1.0 PENDAHULUAN
Kajian ini secara umumnya akan mengkaji tentang konsep dakwah secara beransur-ansur atau
dikenali dalam istilah bahasa Arab dikenali sebagai manhaj al-tadarruj. Mengikut sebahagian
ulama dakwah, konsep al-tadarruj termasuk di bawah manhaj dakwah. Konsep dakwah jenis
ini boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian tertentu sama ada yang melibatkan
pendekatan dakwah secara tarbiyyah, pengajaran, pembinaan modul pendidikan dan juga
aspek pengisian. Sejarah menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah menggunakan
kesemua aspek ini ketika menjalankan aktiviti dakwah. Pelaksanaan dakwah jenis ini sangat
perlu khususnya yang melibatkan aktiviti dakwah kepada Saudara Muslim. Ia sangat
1073
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
925
berkesan dan mampu memberikan input yang lebih baik jika proses dakwah yang dijalankan
bersesuaian dengan tahap golongan sasaran. Bukan setakat saudara muslim, malah dakwah
jenis ini boleh dilaksanakan kepada semua golongan sama ada remaja, anak-anak, keluarga
dan masyarakat dengan menggunakan pelbagai modul yang sesuai dengan tahap mereka.
1.2 KONSEP AL-TADARRUJ
Sedikit perbincangan mengenai konsep al-tadarruj dalam dakwah Islamiah. Istilah al-tadarruj
pula boleh difahami dengan konsep dakwah secara beransur-ansur atau bertahap. Tadarruj
diambil daripada perkataan bahasa Arab iaitu ‘darija’ yang bermaksud beransur-ansur.
Mengikut pendapat Dr. Yusuf Al-Qardawi seperti di dalam bukunya yang berjudul al-
Khasa’is al-Ammah Li al-Islam, al-tadarruj bermaksud suatu pendekatan secara bertahap atau
beransur-ansur dalam memastikan pelaksanaan hukum syarak dijalankan secara berkesan dan
sempurna. Pendekatan yang dibawa oleh Allah S.W.T. ini juga turut mengambil kira tabiat
manusia dan konteks realiti semasa dalam pelaksanaan syariat Islam.
Selain itu, al-tadarruj juga boleh difahami dengan makna tidak tergesa-gesa ketika
melakukan pekerjaan atau untuk mencapai sesuatu tujuan. Segala amalan harus disusun dan
dirancang mengikut peringkat dan tahap-tahap yang telah ditentukan. Menurut tulisan KH.
Aufal Marom Kholil dalam penulisannya ada menyebut, tadarruj menurut bahasa bererti
“naik, maju atau meningkat secara beransur-ansur.” Begitu juga sebagaimana diterjemahkan
dalam kamus al-Munjid, perkataan tadarraja ilā kadzā bererti taqaddama ilaihi syaian
fasyaian (mengarah ke hadapan sedikit demi sedikit). Dari sudut bahasa ia tidak jauh
berbeza, ia boleh difahami dengan makna metode keilmuan untuk merubah suasana
masyarakat menjadi sebagaimana yang diinginkan melalui proses secara bertahap iaitu dari
satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi.
Selain itu, perkataan al-tadarruj juga mempunyai kaitan erat dengan perkataan ‘darajah’ yang
secara bahasa bererti ‘satu tingkatan anak tangga’. Maka perkataan al-tadarruj sekurang-
kurangnya menggambarkan dua keadaan iaitu tahap sedikit demi sedikit atau langkah demi
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
926
langkah. Ia juga boleh difahami dengan makna keadaan yang melonjak dari bawah ke atas
sebagaimana tanjakan sebuah tangga yang terdiri dari beberapa anak tangga.
1.3 KONSEP AL-TADARRUJ DALAM AL-QURAN
Sebenarnya jika dilihat dalam konteks penurunan al-Quran sudah melambangkan konsep al-
tadarruj. Penurunan al-Quran secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril
kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu proses al-tadarruj. Proses ini melihat kepada
kesesuaian suasana, tempat dan masa. Ia juga diturunkan berdasarkan kehendak masyarakat
pada ketika itu yang ingin merungkai pelbagai persoalan dan permasalahan yang wujud.
Walaubagaimanapun aplikasi al-tadarruj dalam al-Quran secara terperinci ada diceritakan
melalui proses penetapan pengharaman hukum meminum minuman yang memabukkan.
Meminum minuman keras pada permulaan Islam sudah menjadi satu kebiasaan dalam
masyarakat, bahkan ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka pada ketika
itu.1 Jika kebiasaan tersebut diharamkan secara mengejut, kemungkinan besar masyarakat
akan mengabaikan larangan tersebut mentah-mentah. Oleh sebab itu, kebijaksanaan al-Quran
menetapkan hukum haram meminum minuman keras secara bertahap iaitu dari mubah
(diharuskan) sampai haram.
Pada permulaan Islam, meminum khamr (minuman keras) masih dibolehkan kerana
Masyarakat Arab tidak boleh melepaskan diri daripada mengambil khamr. Sebagaimana
firman Allah s.w.t dalam ayat-ayat berikut.
قلونومن ثمرات النخيل واألعناب تتخذون منه سكرا ورزقا حسنا إن في ذلك آلية لقوم يع
Maksudnya: “Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan
dan rezeki yang baik. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.” (al-Nahl: 67)
1Al-Sabuniy, Muhammad Ali. 2001. Rawai’ al-Bayan: Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur’an. Jakarta: Dar al-
Kutub al-Islamiyyah. m/s 212.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
927
Ayat tersebut merupakan ayat Makkiyah dan merupakan ayat pertama yang membicarakan
mengenai khamr. Selepas ayat tersebut, wujud tiga ayat lain pula yang diturunkan selepas
hijrah Rasulullah s.a.w. ayat tersebut dikenali sebagai ayat madaniyyah yang mempunyai
kaitan dengan larangan khamr.2
Ayat pertama merujuk kepada surah al-Baqarah (219):
عهمايسألونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنافع للناس وإثمهما أكبر من نف
Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada
keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar dari manfaatnya.” (al-Baqarah: 219)
Ayat ini merujuk kepada keburukan khamr meskipun ia tidak mengharamkannya secara pasti.
Dengan turunnya ayat ini, masih ada golongan yang tetap meminum minuman keras kerana
masih melihat manfaatnya, namun wujud sebahagian yang lain cuba menjauhinya kerana
keburukan yang terdapat pada khamr tersebut.
Ayat kedua pula merujuk kepada surah al-Nisa’ (43):
يا أيها الذين آمنوا ال تقربوا الصالة وأنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam
keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..”
(al-Nisa: 43)
Ayat ini menetapkan pengharaman minuman keras ketika hendak melakukan solat. Adapun
meminum minuman keras pada saat masih lagi jauh dengan waktu solat, ia tidak diharamkan.
Jarak jauh dari waktu solat seperti antara isyak dengan subuh dan antara subuh dengan zohor.
2 Al-Syinqithiy, Muhammad al-Amin. 1996. Adlwa’ al-Bayan fi Idlah al-Qur’an bi al-Qur’an. Beirut: Dar Ehia
al-Tourath al-Arabi. m/s165.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
928
Ayat ketiga pula merujuk kepada surah al-Maidah (90):
فاجتنبوه لعلكم تفلحونيا أيها الذين آمنوا إنما الخمر والميسر واألنصاب واألزالم رجس من عمل الشيطان
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi,
(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
(al-Maidah: 90)
Ayat ini menunjukkan pengharaman minuman keras secara pasti dan jelas. Ayat ini secara
jelas melarang meminum minuman keras (khamr) kerana ia termasuk perbuatan syaitan.
Demikian gambaran aplikasi konsep al-tadarruj dalam al-Quran yang dilaksanakan terhadap
larangan meminum minuman keras (khamr). Semenjak kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w.
sehingga kewafatan baginda, tempoh penurunan al-Quran selama 23 tahun.3 Sebagaimana
firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra’ ayat 106:
وقرآنا فرقناه لتقرأه على الناس على مكث ونزلناه تنزيال
Maksudnya: “Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan secara beransur-ansur agar
kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian
demi bahagian.” (al-Isra’: 106)
Sejajar dengan konsep al-tadarruj dalam penurunan al-Quran, penetapan syariat Islam pun
ditetapkan melalui konsep al-tadarruj juga. Oleh sebab itu, penetapan syariat Islam sentiasa
berlaku seiring dengan penurunan ayat al-Quran, bahkan ia sentiasa ditunjangi dalil-dalil
daripada ayat-ayat al-Quran membuktikan al-Quran itu merupakan sumber ajaran syariat
Islam yang utama. Jika disoroti tahap pengajaran dan penghayatan ajaran Islam, ia dimulai
dengan menjauhkan masyarakat dari melakukan syirik kepada Allah dan mengisi hati mereka
3Az-Zarqani, Muhammad Abdul Adzim. 2001. Manaahil al-Irfan fii Ulum al-Qur'an. Kaherah: Dar al-Hadith.
hlm 47.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
929
dengan akidah tauhid, menerangkan dalil-dalil yang dapat membuka mata mereka terhadap
tauhid, bukti-bukti tentang kebangkitan semula selepas kematian serta dalil-dalil tentang
hisab dan hari pembalasan. Setelah melalui tahap pemantapan tauhid, Islam membawa
umatnya kepada pelaksanaan ibadah dimulai dengan kewajipan bersolat sebelum berlakunya
hijrah, zakat, puasa pada tahun kedua hijrah dan diakhiri dengan kewajipan menunaikan haji
bagi yang mampu bermula pada tahun ke 6 hijrah.4
Hikmah penurunan al-Quran secara al-tadarruj adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya
ialah5 memudahkan hafazan dan pemahaman al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam.
Sebagaimana kita ketahui bangsa Arab sebagai bangsa yang menyaksikan turunnya al-Quran
merupakan bangsa yang ummi. Budaya penulisan dalam kalangan mereka sangat kurang
disebabkan kesibukan mereka dalam mengurus kehidupan serta mencari rezeki. Mereka juga
menolak kemunculan agama-agama baru dengan kekerasan dan pertumpahan darah. Jika al-
Quran diturunkan hanya dalam satu kali saja, maka mereka akan mengalami kesulitan dalam
menghafaz dan memahaminya. Disebabkan ini, maka Allah s.w.t menurunkan al-Quran
secara al-tadarruj (beransur-ansur) dan merupakan suatu yang sangat efektif buat masyarakat
awam.
Selain itu, hikmah diturunkan al-Quran secara al-tadarruj juga adalah demi mempersiapkan
masyarakat untuk meninggalkan akidah yang batil, ibadah yang rosak dan budaya yang hina.
Dengan penurunan al-Quran secara bertahap menjadikan mereka dapat menerima kehadiran
al-Quran sebagai pembawa agama yang benar. Sedikit demi sedikit mereka menyedari
bahawa agama yang mereka anuti dari nenek moyang mereka dahulu adalah agama yang
batil. Selain itu ia juga untuk mempersiapkan masyarakat melaksanakan akidah dan ibadah
secara sempurna. Konsep al-tadarruj dalam al-Quran efektif dalam mempersiapkan
masyarakat untuk melaksanakan akidah dan ibadah secara sempurna. Al-Quran diturunkan
secara bertahap dengan melarang perkara-perkara yang besar dan memberikan ancaman yang
dahsyat kepada mereka yang mengingkarinya. Kemudian al-Quran juga melarang perkara-
4 Ibid. hlm 51.
5 Az-Zarqani. Op.cit hlm 50.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
930
perkara yang bersifat biasa dengan lemah lembut.6 Sikap dan tingkah laku yang berkaitan
dengan kehidupan sosial, namun tidak berkaitan langsung dengan akidah tauhid dihadapi
dengan bimbingan secara bertahap. Meminum minuman keras (khamr), zina, riba,
perhambaan dan lain-lain yang tidak lagi menjadi tabiat perseorangan, namun ia telah
dibudayakan dalam masyarakat, maka amat perlu metode al-tadarruj dalam menghadapi
masyarakat seperti ini di samping menjelaskan kesan-kesan negatif daripada pengamalan
tersebut.7
Selain itu, al-Quran juga diturunkan secara al-tadarruj adalah untuk meneguhkan hati kaum
muslimin yang baru memeluk Islam sesuai dengan keadaan mereka pada ketika itu. Ia
digambarkan dengan beberapa kisah tentang para nabi dan umat-umat terdahulu yang
mengalami kesusahan dalam menyampaikan dakwah dan menyebarkan agama Allah di
samping menerangkan janji-janji Allah s.w.t. yang benar kepada mereka yang sabar.
Gambaran kisah dan sejarah ini sedikit sebanyak boleh memberi motivasi kepada umat Islam
untuk terus istiqamah memperjuangkan agama Allah s.w.t.
Al-Quran juga membuktikan konsep al-tadarruj merupakan aspek pendekatan dakwah secara
berhikmah. Al-tadarruj dalam al-Quran sungguh mengkagumkan dan melalui pelbagai
perancangan yang sesuai dan matang. Al-Quran menghadapi suatu masyarakat dengan
fikiran, tingkah laku dan sikap yang sedikit atau banyak berbeza dengan apa yang
dikehendaki al-Quran seperti politeisme, pemujaan berlebihan terhadap kaabah, bomoh,
mabuk dan sebagainya.8 Langkah yang diciptakan dalam al-Quran sewaktu menghadapi
perbezaan tersebut adalah dengan ketegasan menentang atau memberikan bimbingan secara
bertahap. Setiap sikap dan pemikiran serta tingkah laku yang bersalahan dengan ketauhidan
kepada Allah s.w.t. secara langsung atau tidak, pastinya akan ditolak oleh al-Quran dengan
penolakan yang tegas. Adapun sikap dan tingkah laku yang berkaitan dengan kehidupan
sosial selain akidah tauhid dihadapi dengan bimbingan secara bertahap.9
6 Ibid. hlm 51.
7 Shihab, M. Quraish. 1994. Membumikan al-Quran: Fungsi dan Peranan Wahyu dalam Kehidupan
Masyarakat. Bandung: Mizan. Hlm 250. 8 Ibid. hlm245.
9Ibid. hlm250.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
931
Melalui ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan bagaimana interaksi al-Quran dalam
menyampaikan sesuatu hukum. Ia dilakukan secara berperingkat peringkat supaya boleh
memberi kefahaman yang lebih jelas, di samping menerangkan kebaikan dan keburukan
tentang sesuatu amalan tersebut. Ini menunjukkan bagaimana metode dakwah itu perlu
dijalankan secara bertahap sesuai dengan metode yang ditunjukkan dalam al-Quran.
1.4 MANHAJ AL-TADARRUJ DALAM SIRAH RASULULLAH S.A.W
Menurut Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni, terdapat lima aspek dalam manhaj dakwah Rasulullah
s.a.w iaitu yang pertama dimulai dengan menyebarkan ilmu pengetahuan meliputi ajaran
Islam keseluruhannya. Aspek kedua pula ialah Rasulullah s.a.w tidak pernah meminta
balasan atau imbalan terhadap apa yang dihulurkannya khususnya dalam mengembangkan
ajaran Islam yang sebenar. Aspek yang ketiga dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w adalah
berkisar tentang manhaj al-tadarruj iaitu yang boleh difahami sebagai metode dakwah secara
beransur-ansur. Antara aplikasi manhaj al-tadarruj Rasulullah s.a.w ialah menyampaikan
sesuatu yang penting yang harus disampaikan kepada manusia iaitu bermula dengan
menyemai dan memantapkan akidah orang Islam di Mekah. Selepas itu disusuli dengan
anjuran syariat yang lain sama ada berbentuk kewajipan atau perkara-perkara sunat.
Kemudian dilangsungkan dengan aspek akhlak sebagai ikutan kepada seluruh umat iaitu
bersikap lemah lembut dan menyayangi golongan sasaran. Selain itu, antara aspek al-tadarruj
yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w juga dengan bersikap responsif terhadap masalah
golongan sasaran.10
Antara lain lagi yang disebut oleh beliau yang mewakili aspek keempat
ialah bersikap lemah lembut dan menyayangi mad’u, manakala aspek yang kelima dan
terakhir yang dibincangkan dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w ialah bersikap responsif
terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh mad’u.
Menurut Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni pula, ciri-ciri umum manhaj dakwah
ialah meliputi tiga aspek iaitu pertama khasisoh al-indhibath bermaksud iltizam dengan
10
Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni. 2007. hlm10. Petunjuk Dakwah dengan berkesan. Kuala Lumpur: Jasmin
Enterprise.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
932
hukum syariat Islam atau dengan kata lain berdisiplin. Manhaj dakwah yang kedua pula perlu
dilengkapi dengan aspek khasisoh al-tadarruj iaitu bertahap atau meletakkan sesuatu di
tempat yang sesuai.11
Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Maksudnya: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan
membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan
sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara
mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan
janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa
yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu,
Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-
masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang
bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa
yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan
(beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia
akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”
(al-Maidah: 48)
Merujuk ayat berikutnya ini menunjukkan al-Quran memang diturunkan secara beransur-
ansur. Antara hikmah yang cukup besar adalah untuk memberi kefahaman dan penghayatan
kepada Rasulullah s.a.w dan seluruh umat. Kefahaman dan penghayatan yang lengkap akan
menjadikan hati Rasulullah s.a.w bertambah teguh dan yakin. Begitu juga umat hari ini
terutama yang melibatkan Saudara Muslim, mereka dihimpit dengan pelbagai persoalan
dalam agama baru mereka iaitu Islam, maka sudah semestinya metode al-tadarruj perlu
memainkan peranannya supaya hati mereka lebih tetap dan tidak berkeluh kesah dengan
agama baru yang mereka anuti. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Maksudnya: “Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu
kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara
11
Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni. al-Madkhal ila ilm al-Dakwah. Madinah al-Munawwarah. hlm235.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
933
(beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad)
dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.”
(al-Furqan: 32)
Ayat yang lain juga menyebut tentang aspek al-tadarruj dari segi kesempurnaan agama Islam
bermula dari bawah hingga ke atas iaitu sehingga mencapai aspek kesempurnaan.
Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud;
Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak
disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan
yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan
yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung
nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama
kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu
takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka
sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang
ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana
sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-Maidah: 3)
Aspek ketiga dalam manhaj dakwah Rasulullah s.a.w sebagaimana yang dikemukakan oleh
al-Bayanuni ialah khasisoh al-istimrar yang bermaksud berterusan dalam melaksanakan
dakwah dan tidak terhenti di separuh jalan atau tidak mudah berputus asa dengan golongan
sasaran.12
12
Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni. Al-Madkhal ila ilm al-Dakwah. Madinah al-Munawwarah. hlm235.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
934
Selain itu, Jum’ah Amin Abdul Aziz (2011) ada membincangkan mengenai teori al-tadarruj
dalam kitabnya yang berjudul al-Dakwah, Qawa’id wa Usul. Dalam kitab tersebut beliau
menekankan kaedah al-tadarruj fi al-takkalif yang bermaksud bertahap dalam memberi
bebanan atau taklif sebagai satu teori dalam manhaj al-tadarruj. Antara yang dibincangkan
dalam teori ini ialah berbicara dengan seseorang sesuai dengan kadar pemikirannya,
kemudian menunda sesuatu penjelasan seandainya masih tidak dapat dijelaskan pada masa
tersebut. Selain itu aspek kerohanian dengan menyatakan kepada golongan bahawa Allah
s.w.t sangat mengasihi kita dengan peruntukan hukum yang bertahap di samping sentiasa
berdamping dengan Rasulullah s.a.w dan para alim ulama.13
Prinsip al-tadarruj (bertahap) ini merupakan prinsip yang asasi dalam berdakwah hingga
manusia memahami agama ini sesuai dengan kemampuan akalnya dan menerima dengan
hatinya. Prinsip al-Quran menolak jahiliyyah dengan mengaplikasi prinsip al-tadarruj yang
menjadi metode utama kepada perubahan. Perancangan al-tadarruj mengcakupi dua aspek
iaitu bertahap dalam menggantikan satu bentuk dengan merubah dari bawah ke atas
(kefahaman yang ringan kepada kefahaman yang lebih tinggi) sehingga mencapai
kesempurnaan. Keduanya tahap menggantikan sekumpulan format, dengan mendahulukan
yang pokok dari yang cabang dengan berpandukan teladan Rasulullah s.a.w.14
Proses
pelaksanaan dakwah ini adalah antara metode dakwah yang perlu dilaksanakan kepada
Saudara Muslim khususnya yang melibatkan proses pengajaran hukum-hukum Islam.
1.5 PENGERTIAN MUALAF (SAUDARA BARU)
Terminologi mualaf dalam kajian ini berasaskan kepada al-Quran menerusi ayat 60 dalam
Surah Taubah;
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk golongan fakir,
dan miskin, dan ‘amil-‘amil yang mengurusnya, dan golongan mu’allaf yang
dilembutkan hatinya, dan untuk golongan hamba yang hendak memerdekakan
dirinya dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah
13
Jum’ah Amin Abdul Aziz. 2011. Al-Dakwah, Qawa’id wa Usul. Fiqih Dakwah, prinsip dan kaedah asasi
dakwah Islam. m/s 302. Terj: Abdus Salam Masykur. Indonesia. 14
Ibid. hlm303.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
935
dan golongan musafir yang keputusan (belanja) dalam perjalanan. Ketetapan
hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah.
Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(Taubah (9) : ayat 60)
Ayat 60 dalam surah Taubah ini menjelaskan bahawa golongan mualaf merupakan
salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Bagi tujuan tersebut banyak
tafsiran ditemui mengulas berkaitan pengertian mualaf sebagaimana yang dimaksudkan
dalam ayat tersebut.
Mu`jam al-Fāz al-Qur’an al-Karim mendefinisikan () sebagai
) ) iaitu golongan yang cenderung kepada Islam dengan berbuat
baik terhadap mereka.15
Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu pertama; golongan yang
baru memeluk Islam dan kedua; golongan yang belum memeluk Islam.
Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilal al-Quran mengkategorikan golongan (
) kepada tiga golongan iaitu pertama ialah individu yang baru memeluk Islam dan
dengan pemberian zakat diharapkan dapat mengukuhkan pegangan mereka terhadap Islam,
kategori kedua iaitu individu yang belum memeluk Islam dan dengan pemberian harta zakat
diharapkan dapat melembutkan hati mereka supaya memeluk Islam manakala golongan
ketiga ialah mereka yang telah memeluk Islam dan berpegang teguh dengannya dan menerusi
pemberian harta zakat, mereka diharapkan dapat menarik hati orang-orang seperti mereka di
15
Mu`jam al-Faz al-Quran al-Karim (1970), c.3, Kaherah: al-Hai’ah al-Misriyyah al-`Ammah Li-Ta’lif Wa al-
Nashr. h. 45.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
936
kalangan kaum mereka agar memeluk Islam setelah melihat saudara mereka mendapat rezeki
yang banyak. Pemberian zakat ini menggambarkan kesempurnaan hakikat kebijaksanaan
Allah SWT dalam mentadbir urusan hamba-Nya pada setiap aspek situasi dan persekitaran.16
Wahbah al-Zuhayli dalam Tafsir al-Munir menafsirkan () sebagai golongan yang
telah memeluk Islam tetapi niat mereka terhadap Islam masih lemah dan hati mereka perlu
dijinakkan. Tafsiran ini juga merujuk kepada golongan yang mempunyai kemuliaan ekoran
daripada pemberian harta zakat kepada golongan ini akan menyebabkan mereka memelihara
dan mempertahankan Islam.17
Tafsiran ini juga menjelaskan bahawa golongan mualaf
terbahagi dua golongan iaitu mereka yang telah memeluk Islam dan yang belum memeluk
Islam.
Al-Qurtubi dalam al-Jami` Li-Ahkam al-Quran menafsirkan kalimah (
) sebagai mereka yang telah memeluk Islam dan melalui pemberian zakat diharapkan
dapat menjinakkan hati mereka yang masih kurang keyakinan terhadap Islam. Golongan ini
termasuk juga mereka yang kaya tetapi baru memeluk Islam.18
1.6 KONSEP AL-TADARRUJ DALAM PENYAMPAIAN DAKWAH TERHADAP
SAUDARA BARU
16
Sayyid Qutb (1998), Fi Zilal al-Quran, j.3, Kaherah:Dar al-Mashruq, h.1669. 17
Wahbah al-Zuhayli (1998), Al-Tafsir al-Munir Fi al-Aqidah Wa al-Syariah Wa Al-Manhaj, j.9, Beirut: Dar al-
Fikr, h.259. 18
Abi `Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1996), al-Jami` Li-Ahkam al-Quran c.2.j.7,
Kaherah: Dar al-Hadith, h. 166.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
937
Berikut merupakan sedikit perbincangan berkaitan aspek al-tadarruj yang ada dalam
penyampaian dakwah Rasulullah s.a.w.
1.5.1 Rasulullah s.a.w Pendidik Unggul
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Maksud: “ Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan daku untuk menyukarkan dan tidak pula
sebagai mencari kesilapan dan keaiban orang lain, sebaliknya Allah mengutuskan daku
sebagai guru yang memudahkan” (HR Muslim)
Berdasarkan dalil ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat
unggul sebagai guru dan pendidik. Keunggulan tersebut boleh dibuktikan melalui kaedah-
kaedah pengajaran yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagaimana petikan yang ditulis
oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi al-Suri ‘Rasulullah s.a.w merupakan guru
terulung yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Keadaan manusia yang begitu rosak
sebelum kedatangan Baginda dan perubahan positif ke arah nilai-nilai murni yang begitu
mendadak setelah Baginda menjalankan mesej dakwah dan menyerapkan metode-metode
yang mampu menarik perhatian seluruh manusia.’
Antara yang menjadi daya tarikan Rasulullah s.a.w ialah keperibadian Baginda sebagai guru
dan pendakwah. Baginda memiliki sifat penyayang lagi pengasih, menjauhkan perkara yang
menyusahkan dan suka kepada kemudahan, berkasih sayang terhadap golongan pelajar,
mengambil berat kepada mereka dan sentiasa mencurahkan segenap tenaga pada setiap ketika
dan keadaan. 19
Setiap ucapan Baginda juga jelas serta mudah difahami di samping bersikap
tenang dalam setiap ucapannya.
1.5.2 Mekanisme Penyampaian Dakwah Rasulullah s.a.w.
19
Abdul Fattah Abu Ghuddah. 2009. Rasulullah Pendidik Terulung. Negeri Sembilan: al-Azhar Media.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
938
Rasulullah s.a.w menjadikan dirinya sebagai contoh atau model terbaik. Kaedah yang utama
digunakan oleh Baginda ialah ajaran yang berbentuk praktikal dengan cara menjadikan budi
pekerti sebagai ikutan teladan yang baik kepada para pelajar. Rasulullah s.a.w menitik
beratkan kaedah al-tadarruj (beransur-ansur) di dalam memberi pengajaran. Baginda akan
mendahulukan perkara yang lebih penting ke atas perkara yang penting dan mengajar satu
persatu secara beransur-ansur.
Sebagaimana hadith yang bermaksud: “ Daripada Sayyidina Jundub bin Abdullah beliau
berkata: Kami bersama-sama Nabi dan umur kami ketika itu hampir baligh. Baginda
mengajarkan kepada kami perkara yang berkaitan dengan keimanan sebelum mengajar al-
Quran, selepas itu barulah kami belajar al-Quran dan iman kami bertambah dengannya.”
(HR Ibnu Majah)
Selain itu, aspek al-tadarruj dalam pengajaran Rasulullah s.a.w juga menekankan aspek
keutamaan dalam menyampaikan mesej Islam. Ini terbukti sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:
Maksud: “Daripada Saidina Ibnu Abbas, sesungguhnya Nabi pernah mengutuskan Saidina
Muaz bin Jabbal ke Yaman, lalu Baginda bersabda (berpesan kepada Muaz) Sesungguhnya
kamu akan menemui satu kaum dari ahli kitab, maka serulah mereka kepada penyaksian
bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan bahawasanya daku ialah
Rasul utusan Allah. Setelah mereka mentaati perkara tersebut, maka ajarkanlah kepada
mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka agar mengeluarkan zakat yang diambil
daripada golongan kaya dan diberikan kepada golongan fakir dan miskin. Setelah mereka
mentaatinya maka hendaklah kamu menjauhi harta-harta (yang mereka miliki). Takutilah
doa orang yang dizalimi kerana tiada hijab yang menghalangnya (untuk dikabulkan Allah).”
Melalui terjemahan hadith tersebut menunjukkan terdapat beberapa kaedah al-tadarruj yang
boleh diambil iaitu dalam pengajaran perlu mulakan perkara yang lebih penting dari yang
penting. Maksudnya dalam ajaran Islam akidah tauhid lebih penting diajar terlebih dahulu
berbanding hukum syarak atau ajaran syariat yang lain. Selain itu mengajar dengan banyak
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
939
sekali gus akan menimbulkan perasaan jemu dan apa yang dipelajari tidak dapat dikuasai
dengan baik. Bahkan anjuran Rasulullah s.a.w juga berdasarkan hadith ini merujuk kepada
keutamaan perlu diberi kepada masalah-masalah usul (asas) sebelum mempelajari masalah-
masalah furu’ (cabang).20
Selain itu, contoh al-tadarruj juga boleh digambarkan dalam hadith yang berikut. Maksud:
“Daripada Saidina Muhammad bin Fudhail daripada Ato’ (Ibnu Assaib) daripada Abi Abd
Rahman Assulami al-Muqri’ beliau berkata: (salah seorang sahabat yang mengajar kami al-
Quran memberitahu kami) bahawa sesungguhnya mereka belajar dengan Nabi sebanyak
sepuluh ayat sahaja, dan mereka tidak berpindah kepada sepuluh ayat yang lain melainkan
setelah mereka mengetahui apa yang terkandung pada ayat itu dan beramal dengannya.”
Melalui hadith ini menggambarkan bahawa aspek al-tadarruj dilihat dari sudut pemahaman
dan pengamalan. Apabila sesuatu perkara sudah difahami dan ia mampu diamalkan oleh
individu tersebut, maka selepas itu ia boleh bergerak ke tahap yang keseterusnya atau tahap
yang lebih tinggi. Ini juga termasuk dalam aplikasi al-tadarruj.
1.5.3 Penyusunan Modul Pengajaran
Penyusunan modul pengajaran saudara baru perlu melalui tahap yang sesuai mengikut
kesyumulan Islam bermula dengan pengajaran dan penerapan akidah, disusuli dengan
pemahaman dari aspek syariat iaitu ibadah, munakahat, muamalat dan jinayat. Kemudian
diakhiri dengan aspek akhlak Islamiyyah. Penerapan akhlak Islamiyyah memainkan peranan
penting dalam pembangunan manusia. Ketiga-tiga aspek ini perlu dipelajari secara beransur-
ansur mengikut kesesuaian masa dan keadaan mereka.
1.5.4 Aplikasi Konsep Ihsan Terhadap Saudara baru
20
Ibid. m/s 107.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
940
Pemberian zakat merupakan satu daripada manifestasi konsep ihsan terhadap golongan
mualaf bertujuan untuk menjinakkan hati mereka.21
Rasulullah s.a.w. pernah memberikan
zakat kepada beberapa orang Quraish yang mempunyai kemuliaan bagi menjinakkan hati
mereka dan kaum mereka sebagaimana yang terdapat dalam hadis baginda.22
Maksudnya;
Dari Anas bin Malik katanya: Sesungguhnya segolongan Ansar berkata pada
hari peperangan Hunain ketika Allah memberikan kepada Rasul-Nya harta
rampasan Hawazin sebagaimana yang telah diberikan. Lalu Rasulullah s.a.w.
telah memberi beberapa orang lelaki Quraisy sebanyak 100 ekor unta. Maka
mereka berkata: “Semoga Allah SWT mengampunkan Rasulullah, baginda
hanya memberi orang Quraisy dan membiarkan kami sedangkan pedang-
pedang kami masih mengalir daripada darah mereka”. Anas ibn Malik
berkata: Maka diceritakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. dari apa yang
mereka katakan. Lalu baginda menghantar utusan kepada golongan Ansar
dan mengumpulkan mereka dalam sebuah kubah daripada kulit. Apabila
mereka telah berkumpul, Rasulullah s.a.w. pun datang kepada mereka dan
bertanya: “Apa cerita yang telah sampai kepadaku daripada kamu sekalian?”
Maka berkata fuqaha’ Ansar: “Adapun orang-orang yang berkedudukan
antara kami, ya Rasulullah, mereka tidak berkata apa-apa, adapun
segolongan orang daripada kami yang masih muda telah berkata: Semoga
Allah SWT mengampunkan Rasulullah, baginda hanya memberi orang
Quraisy dan membiarkan kami sedang pedang-pedang kami masih mengalir
daripada darah mereka”. Maka sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya aku
hanya memberi beberapa orang lelaki yang masih baru meninggalkan
kekufuran untuk aku menjinakkan hati mereka, tidakkah kamu sekalian reda
jika orang lain pergi dengan harta benda, sedangkan kamu sekalian kembali
ke rumah masing-masing dengan Rasulullah? Maka demi Allah, nescaya apa
yang kamu sekalian kembali dengannya itu lebih baik dari apa yang mereka
kembali dengannya”. Lalu jawab mereka: “Bahkan ya Rasulullah,
sesungguhnya kami reda”. Sabda baginda lagi: “Sesungguhnya kamu
sekalian nanti akan menemui pembolotan yang dahsyat, maka bersabarlah
sehingga kamu sekalian menemui Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya aku
kelak akan menanti di hawd (telaga Nabi di akhirat)”. Balas mereka
akhirnya: “Kami akan bersabar”.
Di samping itu, pemberian zakat ini diharapkan dapat mewujudkan implikasi tarikan
kaum Quraish untuk mendekati Islam kerana status dan kedudukan golongan ini yang
21
Muhammad Mutawalla (1991), Tafsir al-Sya`rawi, j.9, Kaherah: Dar al-Akhbar al-Yawm, h.5223. 22
Al-Imam Muslim bin al-Hujjaj al-Qushayri al-Naisaburi (1994), Sahih Muslim, Kitab al-Zakat, Bab `Ita’ al-
Muallafah Qulubuhum `Ala al-Islam Wa Tasbir Man Quwa Imanih, no. 1059, j.3, Beirut:Dar al-Kutub, h.541.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
941
mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat pada ketika itu. Imam Syafi’i menjelaskan
bahawa golongan mualaf ialah mereka yang baru memeluk Islam. Pengagihan zakat
bertujuan menguatkan pegangan mereka kepada Islam. Selain itu, zakat turut diagihkan
kepada komuniti Islam yang mempunyai status dan kedudukan tinggi serta terkenal di
kalangan kaum mereka. Pemberian zakat kepada golongan ini diharap dapat menarik minat di
kalangan mereka yang belum beragama Islam untuk memeluk Islam. Golongan ketiga ialah
komuniti Islam yang berada di tempat yang berbahaya dan berisiko tinggi untuk melindungi
orang lain daripada serangan orang kafir serta keganasan pelampau. Individu yang ditugaskan
untuk memungut zakat di kalangan kaumnya di lokasi penempatan yang sukar untuk dikenal
pasti dan dijejaki oleh seseorang amil bagi tujuan pungutan zakat juga termasuk dalam
kategori ini.23
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Nur Kareelawati Abd Karim, mentakrifkan
perkataan Saudara Baru merupakan kalangan manusia yang baru memeluk agama Islam dan
berhak mendapat zakat dan pemberian tersebut bertujuan untuk melunakkan hati dan
menguatkan keislaman mereka (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Nur Kareelawati Abd
Karim, 2005). Saudara Baru diertikan juga sebagai segolongan manusia yang kufur dan
memeluk Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Pemberian zakat kepada asnaf
mualaf adalah wajib bertujuan untuk memotivasikan serta menguatkan pegangan akidah
Islamiyah yang baru dianuti (Nur A’thiroh Masyaa’il Tan @ Tan Ai Pao, 2009).
1.6 KESIMPULAN
Kajian tentang konsep dakwah secara al-tadarruj atau beransur-ansur merupakan satu
perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam menyampaikan dakwah Islam. Penyampaian
mengenai agama Islam secara bertahap atau beransur-ansur akan lebih memudahkan
penerimaan Saudara Muslim dan juga Non Muslim tentang ajaran Islam, selain lebih
memudahkan mereka mempelajari dan memahami agama yang mereka anuti. Ia bagi
23
Mustafa Bugha al-Khin & Mustafa al-Bugha `Ali Al-Syarbaji (2005). Kitab Fekah Mazhab Syafie, Ridzuan
Hashim (terj.), Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.,h.105.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
942
mengelakkan mereka merasa tertekan dan terbeban dengan anutan agama mereka, di samping
dapat mengelakkan kecenderungan mereka untuk berbalik kepada agama asal. Bagi saudara
muslim yang baru memeluk Islam, bertukar agama merupakan satu perkara yang berat bagi
mereka.
Oleh kerana itu seharusnya kita sebagai orang Islam perlu mengalu-alukan kedatangan
mereka kepada agama Islam dengan memudahkan urusan mereka dari pelbagai sudut sama
ada melibatkan perkara yang berkaitan dengan kebajikan, kewangan, emosi, spritual dan
sebagainya. Metodologi dakwah Rasulullah s.a.w adalah merupakan metode yang sangat
berkesan yang mana di dalamnya terkandung uslub hikmah yang amat menitik beratkan
aspek al-tadarruj atau penyampaian ajaran Islam secara bertahap dan beransur-ansur di
samping menepati kehendak golongan sasaran.
RUJUKAN
Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi al-Suri. 2009. Rasulullah Pendidik Terulung, 40
Teknik Rasulullah Mengajar. Negeri Sembilan: al-Azhar Media.
Jum’ah Amin Abdul Aziz. 2011. Al-Dakwah, Qawa’id wa Usul. Fiqih Dakwah, prinsip dan
kaedah asasi dakwah Islam. Terj: Abdus Salam Masykur. Indonesia
Muhammad Abu al-Fattah al-Bayanuni. Al-Madkhal ila ilm al-Dakwah. Madinah al-
Munawwarah.
Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni. 2007. Petunjuk Dakwah dengan berkesan. Kuala Lumpur:
Jasmin Enterprise.
Al-Sabuniy, Muhammad Ali. 2001. Rawai’ al-Bayan: Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur’an.
Jakarta: Dar al-Kutub al-Islamiyyah.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
943
Al-Syinqithiy, Muhammad al-Amin. 1996. Adlwa’ al-Bayan fi Idlah al-Qur’an bi al-Qur’an.
Beirut: Dar Ehia al-Tourath al-Arabi.
Az-Zarqani, Muhammad Abdul Adzim. 2001. Manaahil al-Irfan fii Ulum al-Qur'an.
Kaherah: Dar al-Hadith.
Shihab, M. Quraish. 1994. Membumikan al-Quran: Fungsi dan Peranan Wahyu dalam
Kehidupan Masyarakat. Bandung: Mizan.
Ahmad Jafri Bahar. 2011. Pendekatan Psikologi Dakwah dalam al-Quran: Kajian Terhadap
Dakwah Nabi Musa a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (tesis sarjana). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Al-Qardawi, Yusuf. (1981). Al-Khasa'is al-‘Ammah li al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Syarul Azman B. Shaharuddin. 2015. Integrasi Mualaf Cina Terhadap Kebudayaan
Masyarakat Melayu di Negeri Selangor. Tesis Dr. Falsafah Institut Islam Hadhari
(HADHARI). Bangi: UKM.
Mariam Abd. Majid. 2012. Mualaf di Negeri Selangor Darul Ehsan: Kajian Tentang
Kepuasan Diri Dalam Anutan Islam. Tesis Dr. Falsafah Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan, Universiti Malaya.
Qardawi, Yusuf. 2001. Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqah. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah & Fariza Md Sham. 2009. Keperluan Memahami
Psikologi Saudara Muslim. Jurnal Hadhari.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Nur Kareelawati Abd Karim. 2005. Penghayatan Islam
Saudara Baru Orang Asli Kg. Sg. Berua Terengganu. Dlm Razaleigh
Muhamat@Kawangit (pnyt). Isu-isu Pengurusan Saudara Muslim. Bangi: Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM.
Amran Kasimin. 1985. Saudara Baru Cina di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Selangor:
UKM Bangi.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
944
Anuar bin Puteh. 1999. Kefahaman Islam Saudara Baru Cina Kuala Lumpur. Bangi: Fakulti
Pengajian Islam,UKM.
Dusuki bin Haji Ahmad. 1980. Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia.
Anuar Puteh. (2005). Keperluan Bimbingan Kepada Saudara Baru. Dlm. Razaleigh
Muhamat@Kawangit, Faudzinaim Badaruddin & Khairil Khuzairi Omar(pny.). Masa
Depan Saudara Baru: Harapan, Realiti dan Cabaran. Bangi: Pusat Islam, UKM.