TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP...

13
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 452 TAWJIH AL-QIRAAT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID IKMAL ZAIDI BIN HASHIM [email protected] MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN BIN HASAN [email protected] SHAHARUDIN BIN SAAD [email protected] ABSTRAK Akidah merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Sumber utama dalam penggarapan ilmu Akidah ialah Al-Quran. Terdapat ayat-ayat Al-Quran berkenaan Akidah dibaca dengan qiraat yang pelbagai. Sesuai dengan sifat Al-Quran yang Qat‘iyyah al-Thubūt wa al-Dilalah, perubahan bacaan atau qiraat yang melibatkan ayat-ayat Akidah mengundang persoalan iaitu sejauh mana ia mempengaruhi pentafsiran ayat-ayat tersebut. Bagi menjawab persoalan ini ilmu Tawjih al-Qirā’āt diaplikasikan dalam menerangkan makna-makna yang tersirat di sebalik kepelbagaian qiraat itu. Ilmu ini sangat signifikan dalam mengetahui kesan kepelbagaian wajah qiraat kepada variasi makna Al-Quran. Untuk itu penulis meneliti teks tafsir Marah Labid karya Sheikh Nawawi Banten dan menganalisis secara deskriptif dan analitikal data-data berbentuk huraian pengarang dalam mentafsirkan ayat-ayat berhubung dengan Akidah dengan memfokuskan kepada kesan qiraat kepada makna ayat. Teks ini dipilih kerana ia merupakan satu- satunya karya tafsir ulama Nusantara berbahasa Arab yang memuatkan banyak qiraat. Kepelbagaian pentafsiran ayat-ayat berkenaan Akidah akan dapat dikenalpasti dan akan menjadi hasil dan dapatan kajian kualilatif yang ringkas ini. Kata Kunci: Tawjih al-Qirā’āt, Kesan Pentafsiran, Akidah 1.0 PENDAHULUAN Para ulama telah menjadikan qiraat yang pelbagai sebagai sumber rujukan mereka kerana selain keabsahannya sebagai hujah, kepelbagaian qiraat juga dilihat mampu untuk mempelbagaikan pentafsiran. Namun kepelbagaian tersebut bukan bermaksud negatif seperti pentafsiran yang kontradik antara satu dengan yang lain tetapi tetapi lebih kepada variasi pentafsiran yang mampu difahami secara harmoni. Untuk itu para ulama tafsir telah memuatkan pelbagai qiraat dalam karya tafsir mereka dan ia menjadi satu identiti karya-karya tafsir muktabar. Variasi pentafsiran menatijahkan pengkayaan ilmu dan keluasan ufuk pemikiran umat dalam memahami wahyu Allah s.w.t dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. 1034

Transcript of TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP...

Page 1: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

452

TAWJIH AL-QIRA’AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT

MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM

MARAH LABID

IKMAL ZAIDI BIN HASHIM

[email protected]

MUHAMMAD SYAFEE SALIHIN BIN HASAN

[email protected]

SHAHARUDIN BIN SAAD

[email protected]

ABSTRAK

Akidah merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Sumber utama dalam

penggarapan ilmu Akidah ialah Al-Quran. Terdapat ayat-ayat Al-Quran berkenaan Akidah dibaca dengan

qiraat yang pelbagai. Sesuai dengan sifat Al-Quran yang Qat‘iyyah al-Thubūt wa al-Dilalah, perubahan

bacaan atau qiraat yang melibatkan ayat-ayat Akidah mengundang persoalan iaitu sejauh mana ia

mempengaruhi pentafsiran ayat-ayat tersebut. Bagi menjawab persoalan ini ilmu Tawjih al-Qirā’āt

diaplikasikan dalam menerangkan makna-makna yang tersirat di sebalik kepelbagaian qiraat itu. Ilmu ini

sangat signifikan dalam mengetahui kesan kepelbagaian wajah qiraat kepada variasi makna Al-Quran. Untuk

itu penulis meneliti teks tafsir Marah Labid karya Sheikh Nawawi Banten dan menganalisis secara deskriptif

dan analitikal data-data berbentuk huraian pengarang dalam mentafsirkan ayat-ayat berhubung dengan Akidah

dengan memfokuskan kepada kesan qiraat kepada makna ayat. Teks ini dipilih kerana ia merupakan satu-

satunya karya tafsir ulama Nusantara berbahasa Arab yang memuatkan banyak qiraat. Kepelbagaian

pentafsiran ayat-ayat berkenaan Akidah akan dapat dikenalpasti dan akan menjadi hasil dan dapatan kajian

kualilatif yang ringkas ini.

Kata Kunci: Tawjih al-Qirā’āt, Kesan Pentafsiran, Akidah

1.0 PENDAHULUAN

Para ulama telah menjadikan qiraat yang pelbagai sebagai sumber rujukan mereka kerana

selain keabsahannya sebagai hujah, kepelbagaian qiraat juga dilihat mampu untuk

mempelbagaikan pentafsiran. Namun kepelbagaian tersebut bukan bermaksud negatif seperti

pentafsiran yang kontradik antara satu dengan yang lain tetapi tetapi lebih kepada variasi

pentafsiran yang mampu difahami secara harmoni. Untuk itu para ulama tafsir telah

memuatkan pelbagai qiraat dalam karya tafsir mereka dan ia menjadi satu identiti karya-karya

tafsir muktabar. Variasi pentafsiran menatijahkan pengkayaan ilmu dan keluasan ufuk

pemikiran umat dalam memahami wahyu Allah s.w.t dan mengaplikasikannya dalam

kehidupan mereka.

1034

Page 2: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

453

2.0 KEPELBAGAIAN QIRAAT DAN KESANNYA KEPADA PENTAFSIRAN

Kesan kepelbagaian qiraat terhadap pentafsiran sering menjadi perbahasan para ulama

khasnya dalam bidang Ulum Al-Quran, Tafsir dan Qiraat. Ia juga menjadi persoalan yang

sering mendapat perhatian para pengkaji disebabkan kepentingan membuktikan keutamaan

qiraat sebagai salah satu sumber pentafsiran Al-Quran.

Antara faktor yang menyebabkan perbezaan dalam pentafsiran Al-Quran ialah kepelbagaian

qiraat. Dr. Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidiyy (2000:93) telah menjelaskan dengan panjang

lebar mengenai hal ini. Antaranya beliau berkata:

“Pendirian mufassir terhadap qiraat yang benar ialah

menisbahkan qiraat tersebut kepada Imam yang

meriwayatkannya, memperbaiki cara bacaannya, memahami

maknanya, menyatakan tawjih baginya, menjadikannya dalil,

menyatukan qiraat sesama qiraat yang benar seumpamanya

kerana semuanya merupakan kalam Allah dan tidaklah

sebahagian kalam Allah itu lebih utama daripada sebahagian

yang lain…”

Dr. Muhammad Bazamūl (1996: 1/393) pula merumuskan beberapa kaedah penting bagi

sesiapa yang mengkaji mengenai kesan-kesan qiraat terhadap pentafsiran Al-Quran iaitu:

Perbezaan pentafsiran yang terdapat di antara wajah-wajah qiraat termasuk dalam

kategori variasi pentafsiran (al-Ikhtilaf al-Tanawwu‘) bukan pentafsiran yang

kontradik dan bertentangan (al-Ikhtilaf al-Tanaqud atau al-Tadad).

Menyandarkan sesuatu qiraat kepada individu atau muqri’ tertentu menunjukkan

ikhtiyar dan bukan menunjukkan qiraat itu direka dan dicipta oleh individu tersebut.

Tiada perbezaan dari segi tafsir antara mana-mana qiraat yang diterima kerana

semuanya merupakan kalam Allah s.w.t dan semuanya merupaka Al-Quran tiada

sebarang perbezaan dari segi keutamaan.

Qiraat yang sah sanadnya tetapi berlawanan dengan tulisan atau rasm Mushaf yang

digelar sebagai qiraat yang shadhdhah boleh diambil faedah daripadanya dari segi

tafsir walau pun ia tidak boleh dibaca dalam solat.

Qiraat yang diriwayatkan secara bersanad dalam sumber-sumber hadis tetapi tidak

disandarkan kepada mana-mana Imam Qiraat maka diistilah sebagai Qira ‘at al-

Page 3: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

454

Nabiyy. Ia dinamakan sedemikian kerana tidak dapat disandarkan kepada mana-mana

Imam Qiraat. Qiraat yang seumpama ini boleh mengelirukan terutama mereka yang

tiada pengetahuan dalam bidang qiraat kerana qiraat seumpama ini tidak bermaksud ia

termasuk dalam qiraat yang mutawatirah dan tidak menunjukkan ia lebih utama

daripada qiraat yang lain. Penamaan ini banyak disebutkan dalam beberapa karya

tafsir seperti al-Tabariyy , al-Kashshaf dan al-Muharrar al-Wajiz.

Terkadang-kadang wajah-wajah qiraat berbeza dari sudut makna yang menyebabkan

satu-satu qiraat membawa makna masing-masing dan tersendiri yang membezakannya

dengan wajah qiraat yang satu lagi.

Tafsir-tafsir yang bersumberkan para ulama Salaf sewajarnya diteliti terlebih dahulu

sebelum menghukumnya sebagai berbeza kerana mungkin pentafsiran tersebut

berdasarkan wajah qiraat tertentu sahaja tanpa berasaskan qiraat yang lain.

3.0 TAWJIH AL-QIRA’AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN

Disebabkan kepentingan ilmu ini dalam mengetahui kesan kepelbagaian wajah qiraat

kepada variasi makna Al-Quran, maka di sinilah letaknya titik pertemuan antara ilmu Tawjih

al-Qirā’āt dengan ilmu Tafsir. Apabila pentafsiran yang melibatkan ayat-ayat yang

mengandungi perkataan-perkataan yang berbeza wajah qiraatnya maka ilmu tawjih al-Qirā’āt

diaplikasikan dalam menerangkan makna-makna yang tersirat di sebalik qiraat yang pelbagai

itu. Menurut Musa‘id ibn Sulayman al-Tayyar (1999:126) selepas menyenaraikan karya-

karya utama dalam ilmu tawjih al-Qirā’āt beliau menyatakan bahawa karya-karya tafsir

yang besar dipenuhi oleh tawjih al-Qirā’āt seperti al-Tabariyy, Ibn ‘Atiyyah, al-Qurtubiyy,

Abū Hayyan, al-Raziyy, al-Shanqitiyy, Ibn ‘Ᾱ shūr dan lain-lain. Walau bagaimanapun

pendekatan para ulama Tafsir dalam mengaplikasikan tawjih al-Qirā’āt berbeza antara satu

sama lain.

Ilmu ini merupakan ilmu yang sangat dominan dalam pengajian qiraat yang berorentasikan

al-Dirāyah. Menurut al-Zarkashiyy: “...Ianya (ilmu Tawjih al-Qirā’āt) bukanlan suatu yang

bersifat riwāyah dan bercirikan talqin (diambil dan disampaikan secara lisan) yang tiada

unsur ‘aqliyy maka ia adalah dirāyah bukan riwāyah.” Ia juga dinamakan sebagai ilmu al-

Ihtijāj, ilmu Ma‘āni al-Qirā’āt dan ilmu ‘Ilal-al-Qirā’āt. Ia membincangkan tentang

penjelasan terhadap pelbagai bentuk bacaan qiraat dari sudut hujah, sebab, ‘llah dan lain-lain

Page 4: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

455

yang bertujuan menonjolkan justifikasi terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

memberikan faedah yang sangat banyak khususnya dalam bidang Tafsir.

Dr. Muhammad Salamah (1999:13) menjelaskan bahawa suatu yang perlu difahami ialah

ilmu ini tidak bermaksud untuk menjadikan sesuatu bacaan itu mutawātir atau shādhdh tetapi

ia lebih kepada menjelaskan kepelbagaian makna (al-Dalālāt) yang tersurat dan tersirat di

sebalik kepelbagaian bacaan tersebut. Ilmu ini bermula dengan menjadi sebahagian daripada

penerangan dalam karya-karya ilmu nahu dan tafsir.

Maka seseorang pentafsir Al-Quran dalam berhujah dengan qiraat sepatutnya bukan sahaja

merujuk kepada sumber-sumber tafsir dalam karya-karya muktabar tetapi turut merujuk

kepada karya-karya tawjih al-Qirā’āt yang mengumpulkan kesemua bentuk tawjih di

dalamnya sama ada yang berkaitan dengan Nahu (al-Tawjih al-Nahwiyy), Sarf (al-Tawjih al-

Sarfiyy), Balaghah (al-Tawjih al-Balaghiyy), Semantik (al-Tawjih al-Dalaliyy) dan

sebagainya.

Karya terawal yang memuatkan tawjih al-Qirā’āt secara khusus ialah karangan Hārūn ibn

Mūsā al-A‘war (m.170 H) berjudul Wujūh al-Qirā’āt. Selain karya tersebut terdapat

sekurang-kurangnya 69 buah karya lain. Di samping qiraat mutawātirah, ilmu ini turut

melibatkan qiraat shādhdhah. Salah satu karya terkenal dalam memberikan tawjih kepada

qiraat shādhdhah bertajuk al-Muhtasab fi Tabyin Wujūh Syawādh al-Qirā’āt wa al-‘Idāh

‘anhā tulisan Abū al-Fath ‘Uthmān ibn Jinniyy (m.392 H).

4.0 KESAN TAWJIH AL-QIRA’AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT

MENGENAI AL-ILAHIYYAT

Perbahasan mengenai akidah tidak terlepas daripada tiga bahagian iaitu Ketuhanan (al-

Ilahiyyat), Kenabian (al-Nubuwwat) dan Perkara-perkara Ghaib (al-Ghaybiyyat/ al-

Sam‘iyyat). Penulis membawakan tiga contoh bagi setiap bahagian dengan memetik teks

Marah Labid yang berkaitan. Contoh 1: Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 148:

ولكل وجهة هو موليها فٱستبقوا ٱلخيرت

Page 5: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

456

Pada perkataan yang bergaris terdapat dua qiraat iaitu موليها dan هاىمول . Dalam

memberikan tawjih kepada kedua-dua qiraat tersebut, Sheikh Nawawi Banten (1997 :51)

menyatakan:

Tawjih bagi qiraat pertama ialah Allah s.w.t yang memerintahkan agar semua kaum

mengadap ke arah kiblat iaitu Kaabah sedangkan qiraat yang satu lagi membawa maksud

setiap kaum tertakluk bagi setiap arah yang menghadap ke kiblat. Perbezaan maksud bagi

kedua-dua qiraat tersebut mempunyai hubungan dengan persoalan aqidah berkaitan

ketuhanan. Muhammad al-Habash (1999:144) menyatakan bahawa mana-mana kiblat yang

menjadi arah bagi hamba Allah itu walau pun pada zahirnya merupakan pilihannya sendiri

namun pada hakikatnya merupakan dengan arahan dan kehendak Allah s.w.t jua. Persoalan

ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak dan pilihan’ bagi

hamba Allah tanpa menafikan hakikat bahawa yang mencipta perbuatan manusia itu ialah

Allah s.w.t seperti yang dinyatakan dalam surah al-Saffat ayat 96:

٦٩خلقكم وما تعملون ٱللهو

Maksudnya: Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!

Maka kedua-dua qiraat tersebut telah menghimpunkan kedua-duanya iaitu kehendak hamba

dan kehendak Allah s.w.t. Hakikat ketuhanan ini tidak akan difahami dengan salah satu qiraat

sahaja.

Contoh 2: Firman Allah s.w.t dalam surah Ᾱ li ‘Imran ayat 18 dan 19:

٨١ ٱلحكيم ٱلعزيزلا إله إلا هو ٱلقسطقائما ب ٱلعلموأولوا ٱلملئكةلا إله إلا هو و ۥأنه ٱلله شهد

٨٦… ٱلإسلم ٱللهعند ٱلدين إن

Terdapat dua qiraat pada perkataan yang bergaris iaitu إن ٱلدين dan أن ٱلدين . Tawjih bagi

qiraat pertama iaitu dengan hamzah berbaris kasrah ialah ia merupakan permulaan kata-kata

yang baru (kalam musta’naf) dan tiada hubungan dengan ayat sebelumnya. Manakala qiraat

yang kedua membawa pelbagai maksud kerana mempunyai hubungan dengan ayat

sebelumnya. Sheikh Nawawi (1997 :117) membawakan pelbagai i‘rab bagi kalimah tersebut:

Page 6: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

457

Sheikh Nawawi menjelaskan bahawa qiraat dengan fathah pada huruf hamzah membawa

beberapa makna yang memberi kesan kepada pentafsiran yang pelbagai. Antaranya kalimah

yang boleh difahami dengan makna dan . Beliau juga membawa

beberapa ‘taqdir’ bagi memahami pelbagai i‘rab. Kesimpulannya Muhammad al-Habash

(1999:146) menyatakan bahawa qiraat dengan fathah membawa maksud penjelasan tentang

persaksian Allah s.w.t, para malaikatNya dan orang yang berilmu iaitu sesungguhnya agama

yang benar di sisi Allah ialah Islam. Beliau juga menyatakan bahawa kedua-dua qiraat ini

tidak bertentangan kerana kedua-duanya menyatakan tentang suatu hakikat yang sama iaitu

Islam merupakan satu-satunya agama yang diredai Allah s.w.t. Hanya yang membezakan

kedua-duanya ialah al-Tawkid iaitu bentuk penegasan yang pelbagai. Dalam qiraat dengan

kasrah penegasan tersebut dinyatakan dalam bentuk ayat yang baru dan dimulakan dengan

kalimah manakala dalam qiraat dengan fathah penegasan itu ditambah dengan persaksian

daripada Allah s.w.t, para malaikat dan golongan yang berilmu.

Contoh 3: Firman Allah dalam surah al-Kahf ayat 44:

٤٤ا ا وخير عقبثواب هو خير ٱلحقلله ٱلولية هنالك

Terdapat dua qiraat pada kedua-dua perkataan yang bergaris iaitu ٱلولية (fathah waw) dan

Sheikh .(qaf marfū‘ah) ٱلحق (qaf makhfūdah) ٱلحق di samping (kasrah waw) ٱلولية

Nawawi (1997:250) menyatakan:

Page 7: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

458

Kesimpulan daripada penyataan di atas Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi kedua-

dua perkataan yang terlibat. Beliau menjelaskan bahawa membawa maksud iaitu

pertolongan sedangkan bermaksud iaitu kerajaan. Manakala menjadi sifat

kepada sedangkan menjadi sifat kepada . Kedua-dua perkataan dengan qiraat

masing-masing memberi makna tambahan iaitu mengenai dua daripada nama-nama Allah

s.w.t yang mulia iaitu dan di samping menegaskan sifat al-Haqq bagi Allah s.w.t.

5.0 KESAN TAWJIH AL-QIRA’AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT

MENGENAI AL-NUBUWWAT

Antara ayat-ayat mengenai akidah yang mengandungi pelbagai qiraat berkaitan persoalan

kenabian ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 106:

٨٠٩ …منها أو مثلها نأت بخير ننسها۞ما ننسخ من ءاية أو

Sheikh Nawawi Banten (1997:38) telah menjelaskan qiraat yang terdapat pada perkataan

yang bergaris:

Page 8: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

459

Dalam penyataan di atas Sheikh Nawawi menyatakan bahawa qiraat membawa maksud

pemansuhan yang pelbagai. Sama ada ia membawa maksud penukaran (al-Tabdil) atau

penangguhan (al-Ta’khir). Walau bagaimanapun beliau tidak menyatakan satu lagi qiraat

iaitu yang membawa maksud kelupaan (al-Nisyan). Kepelbagaian makna yang terhasil

daripada kepelbagaian qiraat pada kalimah tersebut membuktikan bahawa penurunan Al-

Quran telah ditakdirkan Allah s.w.t terjadi padanya dua perkara iaitu kelupaan dan

penangguhan. Kelupaan yang dimaksudkan ialah apabila Allah s.w.t mahu agar Rasulullah

s.a.w melupakan mana-mana ayat daripada Al-Quran makan baginda tidak akan

mengingatinya. Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-A‘la ayat 6 dan 7:

٧وما يخفى ٱلجهريعلم ۥإنه ٱللهإلا ما شاء ٩فلا تنسى سنقرئك

Maksudnya:

7. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang

diturunkan kepadamu dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak

lupa.

8. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan. Sesungguhnya Dia mengetahui

(segala keadaan yang patut berlaku), yang nyata dan yang tersembunyi.

Penangguhan yang dimaksudkan ialah Allah s.w.t menangguhkan penurunan ayat-ayat

tertentu sebaliknya digantikan dengan ayat-ayat yang lain yang membawa kebaikan yang

sama atau lebih baik kepada hamba-hambaNya. Demikian yang dinyatakan oleh al-Jaṣ ṣ aṣ

manakala Abū Zar‘ah pula menyatakan bahawa penangguhan yang dimaksudkan ialah

penangguhan dalam memansuhkan (Ta’khir al-Naskh) (al-Habash, 1999:162-163). Apa yang

lebih penting ialah al-Naskh merupakan suatu perkara yang benar-benar terjadi dan qiraat

yang pelbagai telah membuktikannya.

Contoh kedua dalam bahagian ini ialah firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 119:

٨٨٦ ٱلجحيمعن أصحب ل ولا تسا ا ونذيربشير ٱلحقرسلنك بأ إنا

Page 9: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

460

Terdapat dua qiraat pada kalimah ل ولا تس iaitu ل ولا تس dan ل سولا ت . Qiraat pertama

membawa maksud penafian dan qiraat kedua membawa maksud larangan. Sheikh Nawawi

(1997:42) mengungkapkan:

Larangan yang dimaksudkan ialah Allah s.w.t melarang baginda s.a.w daripada bertanya

tentang golongan kafir pada hari Kiamat. Ini disebabkan baginda sering merasa bersalah atas

sikap golongan musyrikin yang menolak dakwah baginda. Firman Allah dalam surah al-Kahf

ayat 6:

٩أسفا ٱلحديثيؤمنوا بهذا نفسك على ءاثرهم إن لم بخع فلعلك

Maksudnya: Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu

disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka

enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Larangan ini dibenarkan dengan makna qiraat yang satu lagi iaitu penafian berlakunya

pertanggungjawaban ke atas baginda s.a.w di akhirat kerana dakwah telah disampaikan

kepada mereka dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan di atas tindak tanduknya

sendiri. (al-Habash, 1999: 166)

Contoh ketiga pula ialah firman Allah dalam surah Ᾱ li ‘Imran ayat 115:

٨٨١ ٱلمتقينعليم ب ٱللهو يكفروهفلن من خير يفعلوا وما

Terdapat dua qiraat pada يفعلوا وما iaitu يفعلوا وما dan فعلوات وما di samping pada يكفروه

iaitu يكفروه dan كفروهت . Sheikh Nawawi (1997:147) berkata:

Page 10: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

461

Qiraat yang bermaksud ‘kamu’ ditujukan kepada semua orang beriman sedangkan qiraat

yang bermaksud ‘mereka’ ditujukan kepada ahli Kitab. Ahli Kitab yang dimaksudkan ialah

mereka yang telah menyatakan keislaman dan mengakui kerasulan baginda s.a.w. seperti

‘Abd Allah ibn Salam, Tha‘labah ibn Sa‘id, Usayd ibn Sa‘id dan lain-lain. Kedua-dua makna

di sebalik dua qiraat yang berbeza ini menunjukkan bahawa semua amalan yang baik tidak

akan disia-siakan oleh Allah s.w.t dan tetap akan diberikan ganjaran olehNya selagi masih

ada iman atau setelah ada iman di hati.

6.0 KESAN TAWJIH AL-QIRA’AT TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT

MENGENAI AL-GHAYBIYYAT/ AL-SAM‘IYYAT

Antara ayat-ayat yang mengandungi pelbagai qiraat berkaitan dengan perkara-perkara ghaib

ialah ayat 30 surah Yūnus:

٠٠ …ما أسلفت كل نفس تبلوا هنالك

Sheikh Nawawi (1997:485) berkata:

Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi dua qiraat yang mutawatirah dan satu qiraat

yang shadhdhah. Qiraat membawa maksud setiap diri akan merasai kebahagiaan atau

penderitaan berdasarkan amalan yang telah dilakukan. Qiraat pula setiap diri akan

Page 11: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

462

membaca sendiri amalan masing-masing seperti yang tercatat kitab amalan. Kedua-dua qiraat

ini merupakan qiraat yang mutawatirah. Selain itu Sheikh Nawawi turut membawakan qiraat

yang shadhdhah bermaksud Kami (Allah) menguji setiap diri disebabkan ujian terhadap

apa yang telah dilakukan iaitu Kami perlakukan kepada setiap diri seperti perlakuan si

penguji dan pemeriksa. Ia juga bermaksud Kami (Allah) timpakan bala’ atau azab kepada

setiap diri yang engkar disebabkan kejahatan yang pernah dilakukan.

Kepelbagaian makna dan pentafsiran yang terhasil daripada qiraat yang pelbagai pada ayat di

atas telah menjelaskan persoalan nasib insan di akhirat iaitu setiap insan pasti akan membaca

kitab amalan masing-masing yang hakikatnya merupakan ujian yang sedang diterima

keputusannya seterusnya akan menerima balasan berdasarkan keputusan itu sama ada ke

syurga mahu pun ke neraka.

Selain itu firman Allah dalam surah al-Naml ayat 82:

ايتنا لا يوقنون كانوا ب ٱلناس أنتكلمهم ٱلأرضمن عليهم أخرجنا لهم دابة ٱلقولوإذا وقع

Pada perkataan yang bergaris terdapat dua qiraat iaitu أن dan نإ . Sheikh Nawawi (1997

:184) menyatakannya dalam Marah Labid:

Sheikh Nawawi telah memberikan tawjih bagi kedua-dua qiraat tersebut. Qiraat pertama

dengan fathah pada huruf hamzah membawa maksud Dabbah al-Ard yang merupakan tanda

besar bagi hari Kiamat akan keluar dan berkata-kata kepada manusia tentang mereka yang

tidak yakin dengan ayat-ayat Allah. Qiraat ini disokong oleh qiraat yang dinisbahkan kepada

Page 12: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

463

Ubayy ibn Kaab yang membawa maksud yang sama. Qiraat dengan kasrah pada huruf

hamzah pula membawa makna bagi ayat yang baru maka hukum berhenti pada kalimah

adalah waqf tamm. Kesimpulannya wajib bagi kita beriman tentang kewujudan

makhluk tersebut dan wajib kita beriman bahawa ia akan berkata-kata dan memberi nasihat

kepada manusia.

Contoh ketiga pula ialah firman Allah dalam surah al-Zukhruf ayat 19:

٨٦لون ويس إنثا أشهدوا خلقهم ستكتب شهدتهم ٱلرحمنهم عبد ٱلذين ٱلملئكة وجعلوا

Terdapat dua qiraat pada kalimah yang bergaris iaitu عبد dan ندع . Sheikh Nawawi

menjelaskan tentang qiraat dan kesannya kepada makna ayat ini. Beliau (1997:381)

menyatakan:

Muhammad al-Habash (1999:222) merumuskan bahawa ayat yang mempunyai dua qiraat

yang berbeza ini mengandungi ancaman ke atas golongan yang menyifatkan para malaikat

dengan sifat-sifat yang berlawanan dengan kehendak Allah seperi mengatakan para malaikat

berjantina wanita (seperti yang dinyatakan dalam qiraat pertama). Ini berlawanan sama sekali

dengan kemuliaan malaikat yang berada hampir dengan Allah s.w.t seperti yang

dimaksudkan dalam qiraat yang kedua.

7.0 KESIMPULAN

Penulis dapati Sheikh Nawawi Banten sering menjadikan qiraat mutawatirah sebagai hujah

dalam menghuraikan ayat-ayat berkenaan akidah. Walau bagaimanapun beliau juga merujuk

dan menjadikan qiraat shadhdhah yang bersumberkan sahabat dan tabiin sebagai hujah

sokongan. Tidak ketinggalan hujah-hujah lughawiyy juga disertakan apabila perlu. Semua ini

membuktikan kredibiliti dan kewibawaan Sheikh Nawawi sebagai ulama Tafsir. Banyak lagi

ayat-ayat berkenaan akidah yang mengandungi kepelbagaian qiraat disebutkan dalam Marah

Labid. Ayat-ayat ini perlu dikaji dan diselidiki dalam beberapa aspek selain tawjih seperti

pemikiran dan pendekatan Sheikh Nawawi dalam membahaskan isu-isu akidah,

Page 13: TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1034-irsyad-2016.pdf · ini dinyatakan dalam Al-Quran dengan jelas tentang wujudnya ‘kehendak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

464

kecenderungan beliau dalam membicarakan ayat-ayat mutashabihat, sikapnya terhadap

kumpulan-kumpulan seperti Muktazilah, Syiah dan lain-lain.

8.0 RUJUKAN

Bazamūl, Muhammad ‘Umar ibn Sālim, Dr. (1996), al-Qirā’āt wa Atharuhā fi al-Tāfsir

waal-Ahkām, 2 j. Riyadh: Dār al-Hijrah.

Khalidiyy, Salah ‘Abd al-Fattah al-, Dr. (2000), Ta‘rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin,

Damsyik: Dar al-Qalam.

Muhammad al-Habash (1999), al-Qira’at al-Mutawatirah wa Atharuha fi al-Rasm al-

Qur’aniyy wa al-Ahkam al-Shar‘iyyah. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘aṣ ir.

Muhammad ibn cUmar Nawawi al-Jāwi (1417H/1997M), Marāh Labid li Kashf Ma

cna al-

Qur’ān al-Majid. Beirut: Dār al-Kutub al-cIlmiyyah.

Muhammad Salāmah Yusuf Sulaymān Rabi‘ Prof. Dr. (1999), al-Futūhat al-Ilāhiyyah fi

Tawjih al-Qirā’āt al-Qur’āniyyah. Tanta: Fakulti al-Qur’ān al-Karim li al-Qirā’āt wa

‘Ulūmihā, Universiti al-Azhar.