10.Teks Ucapan Pengacara Majis Persaraan Pn Norizan

8
MAJLIS PERSARAAN PUAN NORIZAN BINTI MOHD TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERSARAAN PUAN NORIZAN BINTI MOHD TEKS UCAPAN CATATAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. 1. Yang Berusaha, Pn Nuri Binti AB Hak, Pengetua Sek Men Agama Rantau 2. Yang Dihormati,___________________________________________ _______ wakil Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. 3. Yang Berusaha, En Shamsudin Bin Haji Khamis, Yang Dipertua PIBG SMA Rantau dan barisan kepimpinannya, 4. Yang Dihormati, Ustaz Mohd Zuhaidi Bin Abdul Wahab, Pengetua SMA Hj Muhamad, Mantan Pen Kanan I SMA Rantau, 5. Pn Noormaah Binti Hj Mansor, Guru Besar SK Taman Tuanku Jaafar, Mantan Pengetua SMA Rantau, 6. Ustaz Mohd Nasaruddin Bin Mohd Hassim, Pen Kanan I SMA Rembau, Mantan Pen Kanan I SMA Rantau, 7. Pn Rashidah Binti Jailani, Pen Kanan I SMA Rantau, 8. Ustaz Azzahar Bin Abd Aziz, Pen Kanan Hal Ehwal Murid, 9. Pn Norliza Binti Hj Musa, Pen Kanan Kokurikulum, 10. Yang Diraikan, Pn Norizan Binti Mohd, 11. Barisan pendidik, 12. Dan anak-anak pelajar yang dikasihi. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama melafazkan rasa 1 13 Februari 2015

description

teks emcee

Transcript of 10.Teks Ucapan Pengacara Majis Persaraan Pn Norizan

Page 1: 10.Teks Ucapan Pengacara Majis Persaraan Pn Norizan

MAJLIS PERSARAAN PUAN NORIZAN BINTI MOHD

TEKS UCAPAN PENGACARAMAJLIS PERSARAAN PUAN NORIZAN BINTI MOHD

TEKS UCAPAN CATATAN

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt.

1. Yang Berusaha, Pn Nuri Binti AB Hak, Pengetua Sek Men Agama Rantau

2. Yang Dihormati,__________________________________________________

wakil Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

3. Yang Berusaha, En Shamsudin Bin Haji Khamis, Yang Dipertua PIBG SMA Rantau

dan barisan kepimpinannya,

4. Yang Dihormati, Ustaz Mohd Zuhaidi Bin Abdul Wahab, Pengetua SMA Hj

Muhamad, Mantan Pen Kanan I SMA Rantau,

5. Pn Noormaah Binti Hj Mansor, Guru Besar SK Taman Tuanku Jaafar, Mantan

Pengetua SMA Rantau,

6. Ustaz Mohd Nasaruddin Bin Mohd Hassim, Pen Kanan I SMA Rembau, Mantan

Pen Kanan I SMA Rantau,

7. Pn Rashidah Binti Jailani, Pen Kanan I SMA Rantau,

8. Ustaz Azzahar Bin Abd Aziz, Pen Kanan Hal Ehwal Murid,

9. Pn Norliza Binti Hj Musa, Pen Kanan Kokurikulum,

10. Yang Diraikan, Pn Norizan Binti Mohd,

11. Barisan pendidik,

12. Dan anak-anak pelajar yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama melafazkan rasa kesyukuran ke hadrat

Allah Yang Maha Agung, kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita

dipertemukan dan berkumpul bagi meraikan Majlis Persaraan Puan Norizan Binti

Mohd yang amat dikasihi.

Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat,

Angkat tangan jemari sepuluh,Doa dipohon biar selamat.

113 Februari 2015

Page 2: 10.Teks Ucapan Pengacara Majis Persaraan Pn Norizan

MAJLIS PERSARAAN PUAN NORIZAN BINTI MOHD

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dengan limpah

kurniaNya, marilah kita sama-sama bermunajat, menadah tangan memohon taufik

dan hidayah agar majlis kita pada hari ini diberkati dan dirahmati Allah SWT. Untuk

itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Mohd Hisham Bin

Mustafa untuk memimpin bacaan doa.

DOA

Amin Ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas bacaan

doa itu tadi.

Jasamu dikenang,

Budimu tidak terbilang,

Semangatmu dijulang,

Jasamu gemilang.

Ada sepohon pokok berdahan,

Cantik bunganya si bunga andani,

Kami memohon kepada Tuhan,

Puan kiranya kekal di sini.

Hari ini, tanggal 26 Mei 2015, genap 58 tahun Pn Norizan meniti usia. Selamat Hari

Lahir kami ucapkan. Jika diteliti sejarah perkhidmatan Pn Norizan, beliau mula

bertugas pada 21 Oktober 1980 di Jabatan Kerja Raya Jempol sehingga 15 April

1988. Kemudian, beliau berkhidmat pula di Pejabat Daerah Jempol sehingga tanggal

15 Julai 1990. Bermula 16 Julai 1990 pula, Pn Norizan berkhidmat di Pejabat Daerah

Jelebu sehinggalah 17 September 2000 dan seterusnya, bermula 18 September 2000

sehinggalah ke hari ini, Pn Norizan menabur budi dan menyemai bakti yang tidak

terhitung di sekolah kita yang tercinta, SMA Rantau Pembantu Tadbir N22.

Sesungguhnya, Pn Norizan yang kami kenali ialah seorang yang sangat rajin, lemah

lembut, tidak betah bermasam muka dan sangat manis dengan kuntuman

senyuman. Sesungguhnya, kehilangan beliau amat kami rasai. Jasa beliau akan

tersemat di ingatan, meniti di bibir kami, sentiasa.

213 Februari 2015

Page 3: 10.Teks Ucapan Pengacara Majis Persaraan Pn Norizan

MAJLIS PERSARAAN PUAN NORIZAN BINTI MOHD

Hadirin sekalian,

Majlis kini diteruskan dengan ucapan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan Yang Berusaha Pn Nuri Binti Ab Hak, Pengetua Sek Men Agama

Rantau, menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Nuri bt Ab Hak

atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan tayangan multimedia bagi menyemarakkan

lagi memori yang tercipta bersama dengan Pn Norizan Binti Mohd.

TAYANGAN MULTIMEDIA

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, tayangan multimedia itu tadi dihasilkan

oleh En Muhd Ridhuan Bin Abdullah Sani.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dilanjutkan lagi dengan acara persembahan. Moga persembahan yang

disampaikan sebentar lagi menjadi tanda ingatan buat Pn Norizan. Terimalah

persembahan dari Kumpulan Nasyid An Najihin yang akan menyampaikan dua buah

lagu nasyid iaitu Doa Perpisahan dan Kenangan terindah. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN PELAJAR

Demikianlah tadi persembahan dari Kumpulan An Najihin. Terima kasih diucapkan.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari wakil guru dan staf SMA Rantau.

Dipersilakan En Mohd Hisham Bin Mustafa untuk menyampaikan lagu Pelangi

Petang khas buat Pn Norizan Binti Mohd. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

PERSEMBAHAN GURU

313 Februari 2015

Page 4: 10.Teks Ucapan Pengacara Majis Persaraan Pn Norizan

MAJLIS PERSARAAN PUAN NORIZAN BINTI MOHD

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Mohd Hisham di atas persembahan yang

menyentuh hati itu tadi.

Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu

Bagai pelangi petang

kau kan pasti

Pergi jua..

Tibalah kita ke acara kemuncak. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn

Norizan Binti Mohd untuk menyampaikan bait-bait ucapan beliau. Majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PN NORIZAN

Terima kasih kalungan budi buat Pn Norizan.

Seterusnya adalah acara memotong kek. Dipersilakan Pn Pengetua untuk bersama-

sama dengan Pn Norizan bagi upacara memotong kek. Dengan segala hormatnya,

majlis mmpersilakan.

PN NORIZAN POTONG KEK

Pohon kelapa di Tanjung Puteri,

Buat hiasan gubahan barangan,

Tiada apa yang dapat diberi,

Terimalah bingkisan buat kenangan.

Justeru, majlis diteruskan dengan pemberian hadiah kenang-kenangan kepada Pn

Norizan binti Mohd.

Hadiah _______________________________________________________________

413 Februari 2015

Page 5: 10.Teks Ucapan Pengacara Majis Persaraan Pn Norizan

MAJLIS PERSARAAN PUAN NORIZAN BINTI MOHD

Terima kasih Puan Pengetua. Terima kasih Puan Norizan.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Majlis juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Norizan kerana sudi untuk

bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan

agar Pn Norizan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan selepas

persaraan. 

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin

yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini. 

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah

dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. 

Pergi ke dusun memetik kelapa 

Kelapa muda kelapa bali 

Jari disusun maaf dipinta 

Panjang usia bersua kembali

Majlis diteruskan dengan acara perarakan dan bersalaman bagi mengiringi Pn

Norizan. Diminta para guru untuk beratur di bahagian kiri dewan diikuti dengan

513 Februari 2015

Page 6: 10.Teks Ucapan Pengacara Majis Persaraan Pn Norizan

MAJLIS PERSARAAN PUAN NORIZAN BINTI MOHD

pelajar lelaki tingkatan 1 shafie

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10

11

12

13

14

15

16

613 Februari 2015