12 prosiding

17
jabatan mufti negeri selangor ABSTRAK (Terjemahan) 73 Kertas ini membentangkan ulasan terpilih terhadap hasil penulisan terkini mengenai hubungan di antara pengagihan semula di satu pihak dengan kecekapan dan pertumbuhan di pihak yang satu lagi. Ekonomi uji kaji telah menyebabkan kewujudan model-model kesaksamaan dan model-model keadilan, di mana kepentingan diri tidak lagi menjadi keutamaan tetapi masih sebagai salah satu hipotesis alternatif berkaitan perlakuan manusia. Tukar ganti secara tradisional antara ekuiti dengan kecekapan akhirnya digantikan dengan hubungan positif antara dua pemboleh ubah dalam beberapa perkara penting. Hubungan positif antara pengagihan semula, kecekapan dan pertumbuhan kini mempunyai asas kukuh secara teori dan empirik. Model-model baru memperkenalkan hipotesis perlakuan yang mengenengahkan nilai-nilai Islam mengenai kesatuan, kekitaan dan timbal balik kepada teori ekonomi. Kajian tersebut menerangkan bahawa Islam mempunyai strategi berdaya maju mengenai pengagihan semula yang menggabungkan kedua-dua kaedah langsung dan tidak langsung dalam satu gabungan dasar yang mampu untuk menghapuskan kemiskinan secara beransur-ansur dan mantap. Secara teori, hasil pungutan zakat dilihat seperti memainkan peranan yang ditujukan baginya untuk membasmi kemiskinan. Namun, amalan yang sebenar adalah sebaliknya. Ini berpunca daripada ketegasan para pembuat dasar di negara-negara Islam untuk melaksanakan skop aset boleh zakat yang sempit. Tambahan pula, negara-negara tersebut perlu membangunkan satu sistem pungutan zakat yang lengkap di mana kedua-dua saluran rasmi dan bukan kerajaan boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Adalah dicadangkan supaya ditubuhkan agensi kerajaan yang akan bersaing dengan rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memungut zakat. Hasil pungutan harus diserahkan kepada bank-bank Islam untuk digunakan bagi membantu golongan miskin dalam bentuk pembiayaan terhadap projek mikro yang akhirnya akan dimiliki oleh golongan tersebut. Ini harus dilakukan di bawah peraturan ketelusan dan pemantauan yang ketat. prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 79

description

prosiding

Transcript of 12 prosiding

Page 1: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor

ABSTRAK (Terjemahan)

73

Kertas ini membentangkan ulasan terpilih terhadap hasil penulisan terkinimengenai hubungan di antara pengagihan semula di satu pihak dengankecekapan dan pertumbuhan di pihak yang satu lagi. Ekonomi uji kaji telahmenyebabkan kewujudan model-model kesaksamaan dan model-modelkeadilan, di mana kepentingan diri tidak lagi menjadi keutamaan tetapi masihsebagai salah satu hipotesis alternatif berkaitan perlakuan manusia. Tukarganti secara tradisional antara ekuiti dengan kecekapan akhirnya digantikandengan hubungan positif antara dua pemboleh ubah dalam beberapa perkarapenting. Hubungan positif antara pengagihan semula, kecekapan danpertumbuhan kini mempunyai asas kukuh secara teori dan empirik.

Model-model baru memperkenalkan hipotesis perlakuan yangmengenengahkan nilai-nilai Islam mengenai kesatuan, kekitaan dan timbalbalik kepada teori ekonomi. Kajian tersebut menerangkan bahawa Islammempunyai strategi berdaya maju mengenai pengagihan semula yangmenggabungkan kedua-dua kaedah langsung dan tidak langsung dalam satugabungan dasar yang mampu untuk menghapuskan kemiskinan secaraberansur-ansur dan mantap.

Secara teori, hasil pungutan zakat dilihat seperti memainkan peranan yangditujukan baginya untuk membasmi kemiskinan. Namun, amalan yangsebenar adalah sebaliknya. Ini berpunca daripada ketegasan para pembuatdasar di negara-negara Islam untuk melaksanakan skop aset boleh zakatyang sempit. Tambahan pula, negara-negara tersebut perlu membangunkansatu sistem pungutan zakat yang lengkap di mana kedua-dua saluran rasmidan bukan kerajaan boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

Adalah dicadangkan supaya ditubuhkan agensi kerajaan yang akan bersaingdengan rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memungut zakat.Hasil pungutan harus diserahkan kepada bank-bank Islam untuk digunakanbagi membantu golongan miskin dalam bentuk pembiayaan terhadap projekmikro yang akhirnya akan dimiliki oleh golongan tersebut. Ini harus dilakukandi bawah peraturan ketelusan dan pemantauan yang ketat.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 79

Page 2: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor

KERTAS KERJA (Terjemahan)

74

Persoalan mengenai pengagihan memang amat penting sekali, sehinggakandalam keadaan dunia yang serba makmur pada hari ini kita menyaksikankemiskinan tegar dan ketidaksamaan berlaku dengan meluas.

Mengikut Laporan Pembangunan Manusia UNDP 2004, terdapat 1.1 bilionpenduduk dunia yang hidup di bawah paras US$1 sehari, 432 juta orangdaripadanya tinggal di Asia Selatan dan 323 juta orang mendiami kawasanpinggiran Sahara di benua Afrika. Daripada jumlah tersebut, terdapat 831 jutaindividu yang kekurangan zat makanan, sebahagian besar daripadanyapenduduk Asia Selatan dan Timur.

Statistik yang sedemikian dan banyak lagi memberikan kepada kita petunjukmengenai darjah kedaifan yang amat dahsyat sekali. Oleh itu, pengagihansemula seharusnya ditangani dengan dasar-dasar yang serius dan berkesan.

SyariÕah menganggap pendapatan dan kekayaan yang dijana melalui aktivitipertukaran yang halal dan dibenarkan dalam pasaran sebagai pengagihanyang baik dan diterima. Namun, terdapat satu syarat yang penting: menurutSyariÕah, halal tidak bermakna bebas daripada tanggungjawab terhadappihak lain, terutamanya dalam usaha menggalakkan kebajikan sosial.

Oleh itu, SyariÕah telah menetapkan beberapa peraturan dan skim untukpengagihan semula, zakat sebagai yang paling utama. Segala peraturan danskim tersebut mencerminkan konsep Islam mengenai keadilan dan strategiuntuk melaksanakannya.

Pengagihan semula semakin mendapat tempat di kalangan ahli-ahli ekonomipada tahun 1980-an dan 1990-an. Beberapa sumbangan baru telahmengubah tanggapan mereka mengenainya. Umat Islam pula berbanggadengan sistem pengagihan semula yang dicerminkan oleh Islam, kerana iasemakin dilihat sebagai wadah terbaik bagi mencapai keadilan sosial.

Sumbangan-sumbangan baru tersebut berpunca daripada tiga hala tuju yangberbeza. Yang pertama berasal daripada ekonomi uji kaji dan teori-teoriberkaitan kesaksamaan. Sumbangan yang kedua pula merupakan lanjutankepada hubungan antara pengagihan semula dengan kecekapan. Manakalayang ketiga adalah berdasarkan kepada satu penilaian semula terhadaphubungan antara ekuiti dan pertumbuhan.

Mengikut hala tuju yang pertama, ekonomi uji kaji telah menyebabkantimbulnya teori-teori kesaksamaan dan keadilan, yang mana keadilandimaksudkan dalam konteks pengagihan dan prosedur. Keadilan dalamekonomi biasanya merujuk kepada kekayaan material, perkara paling utamayang diambil kira oleh kebanyakan ahli ekonomi. Terdapat empat unsurkeadilan; setiap satunya telah mengilhamkan sekumpulan analisis teori.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 80

Page 3: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor75

Unsur pertama ialah kesamaan dan keperluan, meliputi teori-teori yangmerangkumi soal kebajikan anggota masyarakat yang paling kurang bernasibbaik termasuk egalitarianisme, teori-teori kontrak sosial dan Marxisme. Teori-teori ini telah mengilhamkan Prinsip Keperluan, yang menuntut supayakeperluan asasi dipenuhi secara sama rata.

Unsur kedua, utilitarianisme dan kebajikan, terdiri daripada utilitarianisme,Prinsip-prinsip Pareto dan konsep ketiadaan irihati, yang berkembangdaripada etika consequentialist, atau tradisi dalam falsafah dan ekonomi yangmemberi penekanan terhadap akibat dan keadaan akhir. Ia berkaitan dapatdengan Prinsip Kecekapan, yang menyokong usaha terhadapmemaksimakan lebihan.

Unsur ketiga, ekuiti dan desert, merangkumi teori ekuiti, teori desert, dan teoriRobert Nozick. Ketiga-tiganya membentuk Prinsip Ekuiti, yang berdasarkanpekadaran dan tanggungjawab individu.

Unsur terakhir, kumpulan konteks terdiri daripada sekumpulan penulisan yangberkisar mengenai kebergantungan terhadap penilaian keadilan mengikutkonteks, seperti pilihan mengenai individu dan pemboleh ubah, kesan framingdan isu-isu berkaitan proses. Penulisan yang sedemikian tidak menjana apa-apa prinsip pengagihan tetapi sekadar membincangkan idea-idea penulisnya.

Model-model kesaksamaan mengemukakan penambahan-penambahanyang penting kepada teori ekonomi. Teori konvensional menganggap bahawamanusia adalah didorong oleh kepentingan diri semata-mata. Ekonomi uji kajimencadangkan bahawa ramai orang didorong dengan kuat oleh keutamaanyang mengambil kira kepentingan lain, serta mengambil berat tentangkesaksamaan dan timbal balik.

Model-model kepentingan diri boleh membawa kepada jangkaan yangmengelirukan dalam beberapa kes. Sementara itu, model-modelkesaksamaan yang baru dibangunkan boleh menunjukkan mengapa modelkepentingan diri itu kadangkalanya amat berjaya tetapi ada masanyadipertikaikan.

Dalam tahun 1980-an, ahli-ahli ekonomi uji kaji mula menjalankan kajianterhadap permainan tawar-menawar dua-hala dan interaksi dalam kumpulankecil dalam suasana makmal yang dikawal. Permainan Kata-dua telahmenyedarkan ramai pihak bahawa hipotesis kepentingan diri tersebut amatbermasalah. Tambahan pula, Permainan Pertukaran Pemberian, PermainanAmanah, Permainan Diktator dan Permainan Kesejahteraan Awamkesemuanya memainkan peranan penting dalam mengikis kebergantunganeksklusif terhadap hipotesis kepentingan diri tersebut.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 81

Page 4: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor 76

Justeru, dorongan dan perlakuan bagi mencapai kesaksamaan tidak lagidianggap sebagai lencongan sementara daripada memenuhi kepentingandiri. Model-model kesaksamaan menunjukkan bahawa ramai orangmengambil berat tentang perbandingan sosial, kesaksamaan dan keinginanuntuk timbal balik, selain ganjaran material bagi diri mereka sendiri.Kesaksamaan lebih diutamakan dalam kes kontrak yang tidak lengkap,pasaran buruh merupakan satu contoh yang baik.

Daripada model-model kesaksamaan, kita dapat mempelajari bahawapengagihan semula adalah penting dan tidak bertentangan dengankecekapan seperti yang didefinisikan dalam sebuah model persaingansempurna. Malahan, pengagihan semula mungkin satu keperluan untukmencapai kecekapan sedemikian atau keoptimuman Pareto.

Ekonomi uji kaji telah memberikan satu binaan baru di bawah tajuk model-model kesaksamaan, termasuk model-model contractarian di samping model-model keberkecualian, kesatuan dan keutamaan, yang membenarkanindividu meletakkan dasar sementara berselindung di sebalik ÓselubungkejahilanÓ di mana mereka melihat semua kemungkinan yang terhasilmungkin berlaku terhadap mereka, namun tiada siapa yang mengetahuidalam kumpulan mana dia berada.

Model-model contractarian konvensional melihat pengagihan semula sebagaijaminan terhadap risiko, yang tidak boleh dijamin secara persendirian. Namunmodel-model tersebut mengandungi beberapa kelemahan konsep. Inimengakibatkan timbulnya model-model baru yang ÕmenghalalkanÕpengagihan semula sebagai satu cara untuk memanfaatkan perbezaandalam produktiviti, mengikut prinsip timbal balik dalam perdagangan.

Model-model keberkecualian, kesatuan dan keutamaan telah menghasilkanPrioritarianisme untuk menunjukkan bahawa golongan yang kurang bernasibbaik seharusnya diberikan keutamaan berbanding golongan yang lebihbernasib baik dalam hal pengagihan semula. Ia boleh digambarkan sebagaisatu fungsi kebajikan sosial dengan set kontur atas yang benar-benarcembung, disempadani oleh maksimin di satu bahagian, dan utilitarianisme dibahagian yang satu lagi.

Keadilan dilihat sebagai memerlukan keberkecualian sebagai tambahankepada kesatuan dan kekitaan atau timbal balik. Adalah menarik untukdiperhatikan bahawa nilai-nilai seperti keadilan, kesatuan, kekitaan dan timbalbalik berada pada kedudukan teratas dalam senarai nilai-nilai moral yangdiperjuangkan untuk disemai dalam Islam.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 82

Page 5: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor77

Hala tuju kedua sumbangan-sumbangan baru tersebut berkaitan denganhubungan antara pengagihan semula dengan kecekapan. Setelah membuatandaian bahawa ekuiti yang lebih besar hanya diperolehi dengan koskehilangan kecekapan yang pasti, ahli-ahli ekonomi telah mengenal pasti tigakes yang bertentangan dengan andaian tersebut. Kes yang pertama berlakuapabila ekuiti dan kecekapan tidak dapat menukar ganti antara satu samalain; yang kedua ialah dasar-dasar yang menggalakkan ekuiti yang lebihbesar dengan kesan yang sedikit terhadap kecekapan; dan yang ketiga ialahdasar-dasar di mana ekuiti dan kecekapan saling lengkap-melengkapi antarasatu sama lain.

Pengagihan semula tidak perlu menjadi penyebab kehilangan kecekapandalam kes yang pertama apabila tidak terdapat agensi individu, atauketiadaan keupayaan untuk bertindak balas seperti dalam kes golongankurang upaya, orang-orang tua, kanak-kanak, anak-anak yatim serta merekayang tidak mempunyai keluarga. Pendapatan tambahan bagi golongan initidak akan menyebabkan satu perubahan keseimbangan dalam penawaranburuh.

Kes kedua berkaitan dengan program-program pengagihan semula yangmenggabungkan pindahan pendapatan dengan keperluan perlakuan, sepertiprogram-program Õkebajikan kepada pekerjaan yang menggabungkanpengagihan semula dengan keperluan yang kuat terhadap pekerjaan.

Kes ketiga berlaku apabila pindahan mengubah perlakuan atau peluangsecara menambahkan pendapatan pada masa hadapan. Misalnya pindahanyang menyediakan bantuan kesihatan yang mengurangkan masalahkesihatan pada masa hadapan, perbelanjaan modal insan untuk memberisubsidi kepada penjagaan anak, pendidikan, serta latihan pekerjaan bagiorang dewasa dan remaja yang kurang berkemampuan.

Dalam sebuah ekonomi persaingan sempurna, sekiranya golongan kayasecara relatifnya berbelanja lebih bagi barangan yang secara relatifnyamempunyai penawaran yang tidak anjal, manakala gologan miskin secararelatifnya berbelanja lebih bagi barangan yang secara relatifnya mempunyaipenawaran yang anjal, pengagihan semula kepada golongan miskin akanmeningkatkan kecekapan keseluruhan.

Hala tuju ketiga sumbangan-sumbangan baru tersebut menunjukkanhubungan antara pengagihan semula dengan pertumbuhan.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 83

Page 6: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor 78

Dari sudut teori, sumber-sumber pertumbuhan produktiviti, termasukpelaburan baru, pembentukan modal insan, teknologi baru dan inovasiproduk adalah didorong oleh pelaburan, inovasi, pendidikan danperdagangan. Satu hipotesis baru telah menambahkan faktor-faktor sosial,termasuk agihan pendapatan dan kekayaan, dasar sosial berkaitankesihatan, pendidikan, undang-undang pasaran buruh dan program-programsokongan pendapatan sebagai penentu-penentu utama bagi pertumbuhanproduktiviti. Hipotesis baru tersebut mengalami pertembungan dengan tukarganti antara kecekapan dan ekuiti yang tradisional.

Sesetengah ahli ekonomi mencadangkan bahawa apabila ketaksamaanpendapatan amat ketara, sebahagian warga masyarakat akan menjadipengambil kekayaan dan bukan penghasil kekayaan, mengurangkan manfaatpertumbuhan yang diperolehi daripada peningkatan teknologi.

Dalam sebuah ekonomi di mana seseorang individu boleh mencari nafkahsebagai penghasil kekayaan atau hidup dengan mengambil kekayaan oranglain, pengagihan semula membantu ekonomi tersebut mencapai tahap kritikalhak atas harta benda, di mana ia mengalami ÕÕlonjakanÕÕ yang mana kejutanpertumbuhan menjadi berkali ganda.

Oleh itu, pengagihan semula pendapatan akan merangsang pertumbuhanmelangkaui tahap kritikal hak atas harta benda.

Dalam sebuah suasana yang dinamik, tukar ganti antara ekuiti dengankecekapan mengambil bentuk tukar ganti antara ekuiti dengan pertumbuhan.

Satu hubung kait antara kekayaan, pengagihan dan pertumbuhan melaluipenawaran buruh boleh dicadangkan dengan pasaran modal sempurna,dalam sebuah model pertumbuhan endogen yang standard. Apabilapenawaran buruh yang endogen telah diperkenalkan, pertumbuhan akanmula dipengaruhi oleh pengagihan semula, dengan mempamerkaneksternaliti yang positif, dengan itu meningkatkan upah sebenar kesemua isirumah.

Apabila keluk buruh Engel menjadi cekung, pengagihan semula kekayaandaripada golongan kaya kepada golongan miskin akan meningkatkanpertumbuhan. Golongan kaya akan kehilangan kekayaan, tetapi mendapatmanfaat yang lebih daripada pertumbuhan yang meningkat.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 84

Page 7: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor79

Jika dilihat daripada sudut empirik, pada zaman selepas Perang Dunia,sebahagian besar ekonomi Asia Timur mempunyai tahap ketidaksamaanyang rendah secara relatif dan mengalami pertumbuhan pada kadar yangbelum pernah dicapai. Sebaliknya, kebanyakan negara Latin Amerikamempunyai tahap ketidaksamaan yang lebih ketara dan mengalamipertumbuhan pada kadar yang amat rendah berbanding kadar purata negara-negara Asia Timur.

Ahli-ahli ekonomi telah menambah ketidaksamaan sebagai satu pembolehubah tak bersandar kepada sesetengah varian dalam regresi pertumbuhanmerentas-negara Barro. Secara umumnya mereka menemui satu koefisienyang negatif dan sekadar cukup tentang ketidaksamaan, membayangkankesan negatif terhadap pertumbuhan. Namun, kebanyakan anggarantersebut tidak teguh dan mengandungi kesilapan pengukuran rawak atausistematik dan berat sebelah akibat pemboleh ubah tersingkir. Lebih-lebihlagi, ia tidak mengambil kira bagaimana perubahan dalam tahapketidaksamaan dalam sesebuah negara akan memberi kesan terhadappertumbuhan dalam negara tersebut.

Baru-baru ini, ahli-ahli ekonomi menangani masalah-masalah tersebutdengan menggunakan data yang lebih konsisten untuk mengawal mana-mana kesilapan pengukuran dan anggaran panel untuk mengawal mana-mana pemboleh ubah tersingkir yang time-invariant. Keputusan menunjukkanbahawa dalam jangka waktu pendek dan pertengahan, penurunan dalamtahap ketidaksamaan pendapatan sesebuah negara mempunyai korelasipositif yang kuat dengan pertumbuhan ekonomi selanjutnya.

Analisis kepekaan mengesahkan bahawa hubungan positif tersebut amatteguh terhadap banyak pilih aturan pada sampel dan model asal. Seperkarayang membataskan ialah ia mungkin tidak boleh digunakan terhadap negara-negara yang amat miskin, disebabkan data ketidaksamaan bagi negara-negara ini masih terhad.

Sekarang kita akan membincangkan tentang pandangan Islam terhadappengagihan semula. Pemikiran-pemikiran yang telah dibincangkan seperti diatas telah mengemukakan lima asas moral bagi pengagihan semula. Cubakita tinjau kelebihan setiap asas tersebut daripada sudut pandangan SyariÕah.

Asas yang pertama menggambarkan slogan Utilitarian ÓMenggalakkanKesejahteraan Terbesar bagi Bilangan TeramaiÓ. Sebagai satu kriteriakeputusan sosial ianya serasi dengan kehendak SyariÕah, asalkanÓkesejahteraanÓ atau ÓutilitiÓ adalah dalam lingkungan batas-batas halal.Malah, peningkatan kemanusiaan dan utiliti mungkin merupakan matlamatekonomi yang paling utama mengikut SyariÕah.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 85

Page 8: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor 80

Utilitarianisme, apabila digabungkan dengan andaian utiliti sut berkurangandalam pendapatan, utiliti maksimum akan dapat dicapai menerusi kesamaanlengkap. Walau bagaimanapun, Utilitarian menyarankan kesamaan yanglebih dan bukannya lengkap, yang akan hanya memusnahkan segala insentif.

SyariÕah tidak menuntut kesamaan lengkap dan menerima ketidaksamaansebagai sebahagian daripada ujian hidup. Namun, SyariÕah mengesyorkan,bukan menuntut, supaya kesamaan lengkap dicapai sewaktu darurat, sepertidalam keadaan kekurangan bahan makanan yang boleh mengancam nyawa.

Asas kedua dalam pengagihan semula ialah penebusan dosa. SyariÕah Islamdan tradisi keagamaan yang lebih awal menerima penebusan dosa sebagaisatu asas bagi pengagihan semula. Satu natijah daripadanya ialah untukmengurangkan atau menghapuskan kesan kehilangan insentif terhadapgolongan yang memberi, kerana merasakan bahawa dengan memberimereka juga membantu diri sendiri.

Asas ketiga melihat pengagihan semula sebagai satu konsesi bagi golonganyang kurang berkemampuan. Sesetengah ahli ekonomi memberikantumpuan terhadap kebajikan golongan yang paling kurang berkemampuan.Ini amat dialu-alukan dari sudut moral dan selari dengan kehendak Islam.

Asas terakhir bagi pengagihan semula ialah pertukaran. Apa yangmengejutkan, ini boleh dikaitkan dengan tasawwur Islam. Hanya AllahPencipta dan Pemilik sebenar segala-galanya. Pendapatan dan kekayaanindividu ialah sebenarnya satu amanah dan ujian daripada Allah. Sebagaitanda kesyukuran, adalah menjadi tanggungjawab golongan yang beradauntuk berkongsi secara sederhana dengan golongan yang memerlukan danmembantu menyokong tanggungjawab awam.

Pengagihan semula, walau kelihatan seperti pindahan sehala, lazimnyadigambarkan oleh SyariÕah sebagai satu pertukaran. Kesyukuran pada masaini, penebusan dosa, dan ganjaran di akhirat, sudah tentu bukanlahpertukaran pasaran, namun ia masih tetap sebagai pertukaran. Apabilapandangan ini dijiwai oleh agen-agen ekonomi, dorongan mereka terhadappengagihan semula bertambah kuat dan halangannya berkurangan.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 86

Page 9: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor81

Pengagihan semula menurut Islam diberikan keutamaannya, namunketerbatasannya turut diberikan penekanan. Berkaitan keutamaannya,menurut SyariÕah, pengagihan semula bertujuan untuk memenuhi tigamatlamat:

¥ Membanteras kemiskinan, atau memenuhi keperluan.¥ Membayar zakat sebagai satu bentuk penyucian bagi pemberinya.¥ Pengagihan semula menerusi pembayaran zakat membawa kepada

pengurangan ketidaksamaan. Islam merupakan satu-satunya agamayang telah menyatakan matlamat ini secara jelas dan memberikannyasokongan secara berinstitusi.

Walau bagaimanapun, terdapat tiga kekangan utama:

¥ Sumber-sumber yang diperolehi bagi pengagihan semula tidakpernah mencukupi, kerana ia diberikan secara percuma; sentiasaterdapat permintaan berlebihan terhadapnya.

¥ Pengagihan semula berpotensi mendatangkan kesan negatifterhadap insentif kerja kepada pemberi dan penerimanya. Ini bolehmungurangkan output pada masa hadapan. Ahli-ahli ekonomi secaratradisinya membuat penekanan ini.

¥ Pengagihan semula berpotensi mendatangkan kesan negatifterhadap keutuhan sosial dan muhibah melalui: (1) penderaanpenerima oleh pemberi dari segi perkataan atau perbuatan, atau (2)pengagihan semula berlebihan.

Untuk itu, Islam telah menggariskan satu strategi bagi pengagihan semulaberdasarkan lapan unsur:

(1) Keutamaan Tertinggi terhadap Pengagihan Semula:SyariÕah telah menyediakan empat Õjaring keselamatanÕ utama bagimembantu golongan yang tidak berkemampuan menyara diri sendiri daripadabelenggu kemiskinan: (a) nafkah dalam keluarga (b) zakat (c)perbendaharaan awam (baitul mal) dan (d) percukaian ad-hoc, menurutturutan.

(2) Keyakinan Moral dan Agama:Ajaran Islam menyampaikan maklumat dan mendidik orang ramai supayamemahami kekuatan moral, rasional dan keadilan berkongsi dengangolongan yang memerlukan. Apabila orang ramai yakin dengan kesaksamaandan segala objektif pengagihan semula, kesan negatif terhadap insentif, danpengelakkan diri dapat diminimumkan.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 87

Page 10: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor 82

(3) Realisme:SyariÕah memperakui kesahihan segala motif kepentingan diri dan cubamemantulkan, bukan menekannya. Peringatan yang berkali-kali telahdiberikan melalui Al-Quran dan As-Sunnah bahawa kehidupan di dunia inimerupakan sekadar persinggahan, dan pemberi akan diberikan ganjaransetimpal di akhirat kelak.

(4) Kesederhanaan:Pindahan yang diwajibkan adalah sederhana; saudara mara yangmemerlukan dan golongan miskin tempatan mempunyai keutamaan, oleh itumengurangkan halangan di pihak pemberi. Menyumbang bagi mendapatkansanjungan secara umumnya tidak diperlukan, walaupun bertujuan mulia.

(5) Mempertingkat dan mengurus bekalan sumber boleh agih semula:Ini dapat dicapai dengan menggalakkan orang ramai meningkatkan bantuanyang dihulurkan. Kesemua skim pengagihan semula menurut SyariÕahmempunyai objektif sama ada untuk mempertingkat atau mengurus bekalansumber boleh agih.

(6) Mengurang dan mengurus permintaan terhadap sumber boleh agihsemula: SyariÕah mewajibkan setiap individu supaya menjadi mampu dirimenerusi usahanya sendiri dan menjadikan keluarganya bebas daripadabantuan orang lain.

(7) Kepelbagaian instrumen pindahan:SyariÕah menggunakan satu gabungan alat-alat pengagihan semula untukmengekalkan kebolehubahan, kerana setiap instrumen memberi kesan yangberbeza terhadap ekonomi, psikologi dan sosial. Instrumen-instrumentersebut ialah:

¥ Sukarela, termasuk wakaf, derma sementara penggunaan aset benardan sebagainya

¥ Wajib dan kekal, seperti zakat dan sistem Islam mengenai pewarisanharta pusaka

¥ Wajib dan sementara, seperti membantu saudara mara yangmemerlukan

¥ Bermusim, termasuk ibadah korban sewaktu haji, sewaktu berbukapuasa, perkahwinan, kelahiran anak; penebusan dosa, dan lain-lain.Sebahagian daripada pindahan sebegini tidak terbatas kepadagolongan yang memerlukan.

¥ Daripada kekayaan persendirian, atau daripada perbendaharaanawam (baitul mal) yang merupakan Õjaring keselamatanÕ terakhir bagimemenuhi keperluan selepas dana zakat habis digunakan.

¥ Daripada harta persendirian, atau daripada bentuk kekayaan semulajadi tertentu yang ditentukan oleh ShariÕah sebagai milik bersama.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 88

Page 11: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor83

(8) Menurut haluan yang paling mudah:SyariÕah menggalakkan pindahan secara sukarela kerana ia tidak membawakesan sampingan yang negatif terhadap usaha kerja pemberi. Beberapainstrumen Islam berkongsi sebahagian sifat yang diinginkan ini walaupunianya diwajibkan. Contoh termasuk (a) SyariÕah menjamin kebebasan seluruhwarga masyarakat terhadap sumber asli tertentu; (b) pindahan selepaskematian menerusi sistem pewarisan harta pusaka, (c) keutamaan golonganmiskin terhadap hasil bukan cukai tertentu dalam perbendaharaan awam.

Alat pengagihan semula langsung dalam Islam ialah zakat. Zakat ialah levitahunan untuk golongan miskin, diwajibkan ke atas setiap orang Muslim yangmemiliki kekayaan tertentu. Ia termasuk dalam Rukun Islam yang lima.

Sistem zakat boleh diringkaskan kepada enam unsur:

(1) Pada penghujung setiap tahun, peratusan tertentu dipungut daripadasemua kekayaan termasuk aset benar dan aset kewangan. Peratusantersebut dikira sama ada sebagai nisbah kepada nilai aset tersebut (wangtunai, barang kemas, haiwan ternakan) ataupun hasilnya (bangunan - kecualidigunakan sebagai kediaman sendiri, kilang, hak milik kepada aset benar).

(2) Kerajaan menetapkan dua had kekayaan. Yang pertama merupakan hadkecukupan yang cukup untuk menyediakan taraf kehidupan yangmemuaskan. Yang kedua dipanggil had sara diri yang cukup untukmenyediakan keperluan asas seseorang individu. Kedua-dua had ini akanditetapkan mengikut suasana ekonomi selain konvensyen yang diterimapakai.

(3) Zakat dikenakan atas kekayaan yang melebihi had kecukupan, yangdikenali di kalangan ulamaÕ fiqh sebagai nisab.

(4) Jelas, hal ini memerlukan pengiraan tahunan bagi harta benda yangdimiliki oleh setiap Muslim yang akan digunakan sebagai asas pengiraanzakat.

(5) Zakat boleh dipungut sama ada secara persendirian ataupun olehkerajaan.

(6) Hasil pungutan akan diperuntukkan dengan keutamaan yang paling tinggidiberikan kepada golongan fakir miskin menurut dua prinsip: pengekalankekayaan dan pengekalan pendapatan.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 89

Page 12: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor 84

Kaedah penggunaan zakat yang moden telah menyebabkan seruan bagiijtihad baru dibuat oleh beberapa ahli fiqh dan ekonomi Islam ternama untukmemperbetulkan keseimbangan keadilan yang lebih cenderung untukmemenuhi kepentingan pemilik kekayaan bentuk baru berbanding pemilikkekayaan bentuk tradisional.

Sheikh Mustafa Al-Zarqa mencadangkan supaya semua kekayaan bentukbaru dikenakan zakat untuk mengekalkan keseragaman dan keadilan.Sesetengah ahli ekonomi mencadangkan satu sistem zakat yang menyeluruhdi mana kesemua bentuk kekayaan diambil kira dan kadar zakat dapatditentukan melalui proses politik. Manakala yang lain pula menekankantentang keperluan untuk menilai semula sistem zakat, bila mana cara iadilaksanakan meletakkan sebahagian besar tanggungjawab ke atas parapetani sedangkan para pemilik harta dan golongan berpendapatan tinggiterlepas langsung daripada memikul tanggungjawab tersebut.

Ada ahli ekonomi yang menyeru supaya zakat dikenakan ke atas kesemuaaset tetap yang digunakan bagi tujuan perniagaan. Ada yang menyerusupaya konsep nisab dirombak semula dan perubahan radikal kepada apayang diliputi oleh zakat. Ada yang menyeru supaya pengecualian aset tetapperniagaan daripada dikenakan zakat dibatalkan. Akhir sekali, Al-Qardhawimenyarankan supaya gaji dan pendapatan profesional dikenakan zakat.

Berkaitan skop aset yang boleh dikenakan zakat, tiga pendapat bolehdikemukakan:

Pendapat sempit menghadkan aset boleh zakat kepada hasil pertanian,ternakan, aset bergerak yang dibeli bertujuan untuk dijual semula, emas,perak dan wang dalam tangan.

Pendapat pertengahan menambah perolehan daripada aset tetap selainmodal insan, seperti upah, gaji dan pendapatan profesional.

Pendapat luas menambah aset tetap itu sendiri kepada senarai tersebut.

Berikut dikemukakan satu pendapat berganda untuk diberikan perhatianserius. Pertama, kesemua aset dan pendapatan melebihi had kecukupanatau nisab haruslah dikenakan zakat, termasuk aset milik awam. Kedua,kedua-dua aset dan hasil pendapatan daripadanya sendiri tidak bolehdikenakan zakat secara serentak.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 90

Page 13: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor85

Berkenaan kadar zakat, kesemua aset dalam sebuah ekonomi Islam bolehdiklasifikasikan kepada tiga kategori:

Yang pertama termasuk aset yang tidak produktif tetapi berpotensi untukmenghasilkan pendapatan. Secara konvensional, kategori ini terhad kepadaaset kewangan tetapi ia boleh dikembangkan kepada barang kemas, logamberharga dan batu permata selain hasil seni. Mengikut ijmak, kadar zakatyang dikenakan ialah 2.5 peratus.

Kategori kedua termasuk aset kewangan yang lain selain aset benar. Adalahdicadangkan supaya zakat dikenakan ke atas kesemua aset dalam kategorikedua ini pada kadar 2.5 peratus untuk meletakkan ia setanding antara satusama lain dan juga aset dalam kumpulan pertama tadi.

Kategori ketiga ialah modal insan. Mengembangkan pungutan zakat kepadapendapatan daripada aset insan akan menjadi alat yang berupaya untukmembuat pungutan secara langsung daripada sumbernya.

Sekarang kita akan membincangkan tentang pungutan zakat mengikutamalan moden. Sesetengah negara menubuhkan sistem pungutan zakatmenerusi agensi kerajaan. Sesetengah yang lain pula membenarkan institusibukan kerajaan untuk memungut zakat. Tambahan pula, usaha persendirianuntuk memungut dan mengagihkan zakat boleh didapati di semua negaraIslam.

Di negara-negara membangun, di mana syura atau demokrasi masih lagi diperingkat permulaan, rakyat mungkin teragak-agak untuk membayar zakatkepada agensi kerajaan. Dalam kes ini, perbuatan mengelak daripadamembayar zakat dijangka berleluasa seperti mengelak daripada membayarcukai pendapatan di negara-negara membangun.

Dalam pada itu, zakat memerlukan satu sistem pungutan yang canggih yangakan menarik keyakinan kedua-dua pembayar dan penerima zakat. Adalahdicadangkan supaya sistem sedemikian melibatkan satu agensi kerajaan dimana rakyat akan membayar zakat secara sukarela. Sebagai tambahan, saturangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan komuniti - yangdiuruskan oleh pembayar zakat, tertakluk di bawah peraturan yang ketatmengenai ketelusan dan audit luaran - juga menjalankan pungutan zakatsecara sukarela.

Persaingan dijangka berlaku antara agensi kerajaan dan bukan kerajaandalam hal penyediaan perkhidmatan yang lebih baik kepada golongan miskindan ketelusan yang lebih tinggi terhadap pembayar zakat.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 91

Page 14: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor 86

Bagaimanakah hasil pungutan zakat dapat digunakan? Terdapat dua jurangyang dapat dipenuhi oleh zakat. Yang pertama adalah untuk mengekalkantahap minimum pendapatan bagi golongan yang tidak mampu mencarinafkah, ataupun pengekalan pendapatan. Yang kedua adalah untukmengekalkan satu tahap minimum kekayaan ataupun pengekalan kekayaan.

Golongan yang kurang berkemampuan boleh dibantu melalui pindahanlangsung ataupun tanpa syarat bagi menyediakan mereka dengankemudahan asasi. Sebagai tambahan, penyediaan perkhidmatan yangmampu meningkatkan kualiti modal insan mereka secukupnya bagimembolehkan mereka mencari nafkah juga seharusnya dimasukkan kedalam skim pengekalan pendapatan tersebut.

Golongan miskin yang berkemampuan mempunyai modal insan yang cukuptetapi kekurangan modal fizikal untuk menjadi produktif. Usaha meningkatkankekayaan mereka menerusi pembayaran zakat seharusnya diurus bagimelindungi mereka daripada kemunduran dan kemiskinan.

Hasil pungutan zakat boleh diamanahkan kepada bank-bank Islam, untukdilaburkan sementara, sehingga ia diagihkan sebagai cek pengekalanpendapatan kepada golongan yang kurang berkemampuan ataupun sebagaipembiayaan bagi projek-projek mikro untuk dimiliki dan diurus oleh golonganmiskin yang berkemampuan. Peraturan harus dibuat bagi mengawalpengagihan sebegini di mana penggunaannya harus dipantau.

Berkaitan kesan zakat ke atas kemiskinan, banyak kajian telah memberianggaran mengenai potensi hasil pungutan zakat di beberapa buah negara.Anggaran berbeza daripada di bawah 2 hingga kepada 8 peratus KDNK. Inimenunjukkan bahawa zakat boleh membawa kesan yang besar ke ataskemiskinan. Walau bagaimanapun, hasil pungutan sebenar amat rendahsekali. Secara umum, ia kurang daripada 1 peratus KDNK.

Antara sebab-sebab prestasi yang mengecewakan termasuk kepatuhan yangjitu terhadap skop aset boleh zakat yang sempit menurut pendapat fiqh,kecenderungan untuk mengelak daripada membayar zakat menerusi saluranrasmi, kurangnya kesedaran orang ramai terhadap kepentingan zakat danbagaimana perkiraan sepatutnya dibuat, dan ketidakcekapan di pihak agensipungutan zakat. Apabila masalah-masalah tersebut dapat diatasi, zakat bolehmemainkan peranan yang lebih besar dalam merapatkan jurang kekayaan,mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan modal insan. Hasil sebeginiakhirnya akan dicerminkan melalui pembangunan ekonomi yang lebih baikdan pantas.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 92

Page 15: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor87

Sebagai kesimpulan, ekonomi pengagihan semula telah berubah dengandrastik dalam tempoh tiga dekad yang lalu. Layanan terhadap ekuiti secaraad-hoc dalam ekonomi kebajikan tidak dapat diterima lagi. Sementara itu,bahagian utama teori ekonomi yang diasaskan daripada hipotesiskepentingan diri sedang digantikan dengan hipotesis-hipotesis alternatif,termasuk dorongan daripada keutamaan yang mengambil kira kepentinganlain. Ekonomi uji kaji akhirnya telah menjadi ikut-ikutan dan dijangkakan akanmemperkenalkan perkembangan baru dan menarik kepada teori teori.

Model-model kesaksamaan dan keadilan telah terbukti mampu menunjukkanbahawa pengagihan semula boleh mempertingkatkan kecekapan. Tukar gantidi antara ekuiti dengan kecekapan secara tradisional hanya menjadi sahihsebagai kes khusus. Hubungan positif di antara ekuiti dengan kecekapanterus diberikan sokongan secara teori dalam penulisan.

Model-model keberkecualian, kesatuan dan keutamaan telah menunjukkanbahawa nilai-nilai Islam seperti keadilan, kesatuan, kekitaan dan timbal balikadalah kunci kepada kecekapan apabila dimasukkan dalam analisis teori. Inimembebaskan ekonomi Islam daripada nilai yang berat sebelah.

Teori telah boleh menggunakan kemajuan dalam menjelaskan hubunganpositif antara ekuiti dengan kecekapan dan untuk menerangkan hubunganpositif antara ekuiti dengan pertumbuhan. Negara-negara membangun bolehmenjadi lebih berjaya dalam usaha-usaha pembangunan mereka sekiranyapengagihan kekayaan di kalangan rakyat dapat dipertingkatkan. Secaraempirik, hubungan positif antara pengagihan semula dengan pertumbuhanadalah ketara dan mantap.

Dalam hal berkenaan dasar, pengagihan semula melibatkan dasar-dasaryang mempertingkatkan kualiti modal insan, terutama menerusi kesihatandan peningkatan pendidikan. Gabungan dasar-dasar lebih bermanfaatdaripada dasar yang tunggal.

Zakat menyediakan satu gabungan dasar-dasar pengekalan pendapatan dankekayaan bagi meningkatkan modal insan dan memberi tambahan modalfizikal supaya golongan miskin menjadi produktif. Tidak disangsikan lagi, iniakan mempertingkatkan produktiviti bagi ekonomi secara keseluruhannyadan mempercepatkan pembangunan.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 93

Page 16: 12 prosiding

jabatan mufti negeri selangor 88

Secara teori, hasil pungutan zakat kelihatan cukup untuk mencapai tujuantersebut. Namun, amalan yang sebenar ialah sebaliknya. Ini berpuncadaripada ketegasan para pembuat dasar di negara-negara Islam untukmelaksanakan skop aset boleh zakat yang sempit. Tambahan pula,kurangnya sistem pungutan zakat yang lengkap di mana kedua-dua saluranrasmi dan bukan kerajaan boleh dimanfaatkan sepenuhnya menjadipenyumbang kepada masalah ini.

Hasil pungutan zakat yang rendah juga boleh menjadi punca kurangnyasistem pungutan dan pengagihan zakat yang boleh dipercayai. Antaracadangan yang boleh dibuat berkenaan hal tersebut termasuklah penubuhanagensi kerajaan yang perlu bersaing dengan rangkaian pertubuhan bukankerajaan (NGO) bagi memungut zakat. Hasil pungutan harus diserahkankepada bank-bank Islam untuk digunakan bagi membantu golongan miskin dibawah peraturan dan pemantauan yang ketat.

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 94

Page 17: 12 prosiding

prosiding 3/26/05 11:22 AM Page 95