13

3
13,359 pelajar terlibat salah laku disiplin berat 07 November 2014 2:14 AM 21 0 Google +1 KOTA KINABALU 6 Nov. – Kementerian Pendidikan merekodkan sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat atau yang berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, kesalahan yang dilakukan kumpulan pelajar tersebut melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan kes buli. Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 4,568 murid terlibat dalam kes yang berunsur jenayah, termasuk melakukan kegiatan jenayah berat seperti gangsterisme yang membawa kepada siasatan pihak polis. “Kita sememangnya memandang serius dalam semua kes yang melibatkan masalah disiplin pelajar sama ada ia jenayah gengsterisme, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan buli. Pihak kementerian konsisten dalam mengenakan tindakan terhadap sekolah atau asrama yang gagal menangani isu seumpama ini. “Tiada kompromi dengan perkara ini, malah tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana pelajar terlibat termasuk dibuang sekolah atau asrama, sementara bagi kes yang di bawah pihak polis kita serahkan kepada pihak berwajib itu untuk melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar di

description

-

Transcript of 13

13,359 pelajar terlibat salah laku disiplin berat07 November 2014 2:14 AM210Google +1KOTA KINABALU 6 Nov. Kementerian Pendidikan merekodkan sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat atau yang berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, kesalahan yang dilakukan kumpulan pelajar tersebut melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan kes buli.Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 4,568 murid terlibat dalam kes yang berunsur jenayah, termasuk melakukan kegiatan jenayah berat seperti gangsterisme yang membawa kepada siasatan pihak polis.

Kita sememangnya memandang serius dalam semua kes yang melibatkan masalah disiplin pelajar sama ada ia jenayah gengsterisme, kelucahan, ponteng sekolah, vandalisme dan buli.

Pihak kementerian konsisten dalam mengenakan tindakan terhadap sekolah atau asrama yang gagal menangani isu seumpama ini.

Tiada kompromi dengan perkara ini, malah tindakan tegas dikenakan kepada mana-mana pelajar terlibat termasuk dibuang sekolah atau asrama, sementara bagi kes yang di bawah pihak polis kita serahkan kepada pihak berwajib itu untuk melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khair berkata, daripada jumlah keseluruhan kes salah laku disiplin berat atau berunsur jenayah bagi tempoh setengah tahun ini, kes buli melibatkan 1,314 pelajar di sekolah atau asrama.

Walau bagaimanapun katanya, jumlah murid yang terlibat dalam kes buli bagi tempoh tersebut mencatat penurunan, berbanding 2012 sebanyak 2,282 orang dan sebanyak 1,445 orang pada 2013 untuk tempoh sama.

Tegasnya, bagi menangani masalah dan disiplin pelajar, setiap asrama sekolah di negara ini khususnya di bawah kementerian telah ditetapkan untuk mempunyai senarai warden yang bertugas bagi memantau aktiviti harian murid.

Jelanya, kumpulan guru yang bertindak sebagai warden telah diberikan prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi sebarang masalah disiplin termasuk kemungkinan terjadinya kes buli.

SOP memang sudah ada dari segi bagaimana tindakan akan dilakukan, cara hendak menguruskan kes kesalahan dan seterusnya melaporkan insiden yang berlaku. Kita ada operasi 1, 3, 7 iaitu hari pertama melaporkan kejadian, dalam masa tiga hari sudah tahu apa yang telah berlaku dan selepas tujuh hari laporan lengkap harus diserahkan, katanya.

Tambahnya, bagi mengatasi masalah disiplin pelajar dan membentuk jati diri baik dalam kalangan pelajar, setiap sekolah menyediakan dua program kaunseling iaitu Pengurusan Disiplin Murid yang melibatkan guru disiplin dan Khidmat Kaunseling.

Sementara itu, katanya, cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) memang sudah ada terutama di kawasan sekolah bagi menjaga keselamatan harta benda, namun tidak di dalam bilik asrama kerana ada segelintir ibu bapa yang tidak bersetuju dengan tindakan itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/13-359-pelajar-terlibat-salah-laku-disiplin-berat-1.21677#sthash.pJr5FIjl.dpuf